1. PENDAHULUAN
Kokurikulum merupakan pelengkap kepada kehendak dan kepentingan
kurikulum formal sekolah. Aktiviti kokurikulum menyediakan pelbagai peluang
kepada palajar menambah, mengukur dan mengamalkan kemahiran,
pengetahuan dan nilai-nilai yang telah dipelajari di dalam bilik darjah. Pada
asasnya, kurikulum sekolah dan kokurikulum merupakan dua komponen
yang mempunyai hubungan yang rapat dan saling memberi peneguhan
antara satu sama lain dalam sistem pendidikan. Sumbangan kokurikulum
bukan setakat mengisi kepentingan perseorangan semata-mata tetapi yang
nyata kecemerlangan tersebut jika digemblengkan akan memberi suatu
sumbangan yang bererti dalam pembinaan masyarakat seimbang dan
kemakmuran negara.
Oleh itu aktiviti kokurikulum adalah merupakan sebahagian daripada
bidang pendidikan dan kurikulum asas dan setiap sekolah adalah
bertanggungjawab untuk merancang dan melaksanakan program aktiviti
kokurikulum yang bersesuaian dan selaras dengan visi dan misi Kementerian
Pendidikan.
Buku panduan dasar ini juga menerangkan tentang aplikasi kegiatan
kokurikulum terhadap pelajar dan program yang dijalankan oleh pihak
sekolah. Dengan adanya penekanan terhadap pelaksanaan aktiviti
kokurikulum ini diharapkan akan menjadi panduan kepada para guru untuk
menerapkan aktiviti kokurikulum ke dalam program sekolah. Secara tidak
langsung, aplikasi-aplikasi tersebut akan mewujudkan satu anjakan
paradigma terhadap guru-guru dalam kegiatan kokurikulum pada masa akan
datang.
Anjakan paradigma ini perlu kerana dalam usaha untuk
mempertingkatkan martabat kokurikulum di sekolah, satu pendekatan baru
harus diperkenalkan oleh pihak pentadbir/pemimpin sekolah dan penyelaras
kokurikulum.
Adalah penting bagi sekolah memastikan bahawa pelajar mempunyai
perseimbangan antara aktiviti kokurikulum dengan pendidikan akademik
formal, dan menyertai aktiviti kokurikulum demi nilai-nilai intrinsiknya dan
minat.
Penegasan tentang kepentingan aktiviti kokurikulum dilaksanakan di
sekolah-sekolah sejajar dengan penyelarasan dalam usaha
melaksanakannya. Kokurikulum dititikberatkan memandangkan bahawa
pelaksanaan gerak kerja yang berkesan akan memberikan sumbangan yang
positif terhadap perkembangan jasmani, rohani, mental dan juga emosi
pelajar tadi dalam memberi didikan sempurna kepada pelajar. Setiap pelajar
mempunyai kebolehan dan potensi yang tertentu dalam bidang rohani,
kognitif, afektif dan psikomotor.
Persoalannya sejauh manakah pihak sekolah mengambil tindakan
untuk menyemai minat dan mengembangkan potensi serta menjadikan
kokurikulum sebagai suatu yang menyeronokkan. Di sini pihak sekolah
perlulah mengkaji apakah bentuk aktiviti atau program yang benar-benar
pelajar minati disamping memberi ilmu kepada mereka. Dalam pelaksanaan
program kokurikulum tersebut, waktunya perlulah fleksibel agar dapat
disesuaikan dengan kewajipan-kewajipan lain bagi pelajar dan guru.
Pandangan para pelajar perlu juga diambil kira kerana aktiviti ini melibatkan
mereka secara langsung. Dengan ini, kejayaan kokurikulum bergantung
kepada semua pihak yang terlibat secara langsung atau sebaliknya.
Dengan adanya buku ini ianya akan dapat dijadikan sebagai panduan
untuk membantu pihak-pihak yang terlibat secara langsung dengan kegiatan
kokurikulum dalam merancang dan merangka program kokurikulum yang
lebih baik, berkualiti dan efektif terutamanya di peringkat sekolah-sekolah
rendah, menengah dan maktab-maktab seluruh negara.
2. TUJUAN DAN MATLAMAT
Kokurikulum mempunyai matlamat yang jelas dalam memenuhi fungsi
pendidikan itu sendiri. Matlamat pendidikan kokurikulum sebenarnya
mempunyai perkaitan rapat dengan Pelan Strategik Kementerian Pendidikan
2007-2011. Ini bermakna kokurikulum dibentuk untuk melahirkan pelajar yang
seimbang dari segala aspek dan mampu memenuhi keperluan masyarakat
serta negara pada masa akan datang dan mengembangkan potensi pelajar
ke tahap yang maksima.
Aktiviti kokurikulum sebenarnya diasaskan berdasarkan falsafah
bahawa semua pelajar perlu mempunyai keseimbangan jasmani, rohani,
sosial dan mental. Para palajar juga diperchayai mempunyai minat, bakat
serta kemahiran yang boleh dimajukan. Dalam falsafah kokurikulum turut
menyatakan bahawa semua pelajar boleh dididik dan mempunyai kemahiran
untuk mendidik diri sendiri dan orang lain. Malah, sekolah serta institusi yang
bertanggungjawab perlu membantu para pelajar tersebut untuk
merealisasikan bakat dan potensi mereka.
Tujuan, matlamat dan objektif utama pendidikan kokurikulum secara
ringkasnya ialah untuk mengajar dan melatih pelajar sesuatu kemahiran dan
menanam nilai-nilai murni dan sikap bermasyarakat yang diterima, dan juga
untuk mengajar pelajar merancang cara beriadah yang sihat dan selamat.
Penglibatan pelajar dalam aktiviti kokurikulum diharap akan dapat
menjadikan pelajar sebagai warga negara yang bertanggungjawab, tahan
lasak, mempunyai jati diri yang teguh sambil memberikan sumbangan bakti
kepada negara, bangsa dan agama.
TUJUAN:
� Mendokong hasrat Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri
Baginda Sultan dan Yang DiPertuan Negara Brunei Darussalam dalam memberi
penekanan terhadap kesejahteraan pelajar terutamanya dari aspek
pembangunan belia.
� Mendokong Visi ”Pendidikan Berkualiti Ke Arah Kemajuan dan Kemakmuran
Negara” dan Misi ”Menyediakan Pendidikan yang Menyeluruh Untuk Mencapai
Potensi Yang Maksima Untuk Semua” seperti mana dalam Pelan Strategik
Kementerian Pendidikan 2007 – 2011 dan selaras dengan matlamat kokurikulum
itu sendiri.
� Mewujudkan sumber tenaga manusia yang sihat dan cergas, berkebolehan dan
rasional untuk membolehkan mereka ini menyumbang khidmat bakti kepada
ugama, bangsa dan negara.
� Memperkaya dan memperlengkapkan keupayaan pelajar secara menyeluruh
untuk mencapai potensi yang maksima.
� Meningkatkan keyakinan dan jati diri pelajar dalam persaingan dan
perkembangan dunia masa kini dan akan datang.
MATLAMAT
� Untuk mencapai matlamat pendidikan secara menyeluruh dan seimbang bagi
perkembangan pelajar dari aspek jasmani, rohani dan intelek serta emosi bagi
memenuhi keperluan diri sendiri, keluarga, masyarakat dan negara amnya.
� Untuk mengenalkan aktiviti-aktiviti rekreasi untuk mengisi masa lapang.
� Mengajar kemahiran hidup seperti kepimpinan, kemahiran dan kemasyarakatan.
� Memberi pengukuhan kepada pendidikan formal yang dipelajari dalam bilik
darjah.
� Menyemai perasaan muhibah, perpaduan dan integrasi nasional di kalangan
generasi muda.
� Untuk meningkatkan tahap disiplin pelajar dan diharapkan dapat mengurangkan
masalah sosial remaja.
� Menjadikan sekolah sebagai satu tempat yang menarik, ceria dan
menyeronokkan.
� Menyemai nilai-nilai pendidikan dalam aktiviti kokurikulum
3. RANGKAKERJA AKTIVITI KOKURIKULUM
Aktiviti-aktiviti kokurikulum memainkan peranan yang penting dalam
perkembangan menyeluruh (holistic) pelajar-pelajar. Jika ianya diurus,
dirancang dan dilaksanakan, aktiviti-aktiviti tersebut akan merangsang setiap
pelajar untuk meminati sesuatu kemahiran sepanjang hayat, sebagai contoh,
tidak kira ianya berbentuk sukan atau muzik. Ini akan membantu pelajar
tersebut untuk mempunyai perkembangan yang seimbang apabila dewasa
kelak. Semua aktiviti-aktiviti kokurikulum menitik-beratkan interaksi social, dan
setiap aktiviti mempunyai objektifnya yang tersendiri. Sebagai contoh, sukan
mengembangkan ketahanan, “fair play” dan “team spirit” kepada pelajar.
Aktiviti kesenian dan kebudayaan mencerapkan perasaan kelembutan dan
menghargai bangsa yang mempunyai adat resam dan yang berbagai budaya.
Aktiviti pasukan beruniform pula bertujuan untuk pelajar menjadi warganegara
yang berguna dengan menanamkan sifat tidak bergantung kepada orang lain
dan semangat untuk berkhidmat untuk orang lain. Selain daripada
menanamkan nilai-nilai murni, aktiviti-aktiviti kokurikulum juga mengenalkan
pelajar kepada semangat keusahawanan (entrepreneurial), belajar
menghadapi risiko dan menghargai seni dan budaya, di mana semuanya
adalah penting bagi perkembangan yang menyeluruh atau holistik pelajar-
pelajar.
Seharusnya, keseluruhan rangkakerja aktiviti-aktiviti kokurikulum
seperti Rajah 1, adalah sesuatu yang komited untuk membina peribadi dan
menanam nilai-nilai murni pada diri pelajar. Ianya menyumbang kepada
kurikulum formal dalam mencapai matlamat pendidikan kokurikulum yang
dihasratkan (Annex 1: ms:26). Penekanan terhadap nilai-nilai tersebut
memberi makna terhadap peranan aktiviti-aktiviti kokurikulum dalam membina
peribadi pelajar.
Prinsip Panduan
• Membina peribadi, semangat berpasukan dan tanggungjawab
• Hendaklah luas dengan peluang untuk pengkhususan dan mengembangkan kemahiran
• Hendaklah responsif untuk menerapkan nilai kebangsaan
• Mempromosi integrasi sosial
Program Aktiviti Kokurikulum Program Pembangunan Jati Diri
(Co-Curricular Activities Programme) (Character Development Programme)
Keagamaan, Kesenian dan
Kebudayaan
Sukan & Permainan
Pasukan Beruniform
Kelab dan Badan
Penyertaan Luar
Sekolah
Keusahawanan
Kewarganegaraan
Keperibadian
dan Kemahiran hidup
bermasyarakat
Rajah 1: Prinsip Garis Panduan
Kategori-kategori dan kepelbagaian aktiviti-aktiviti dalam garis panduan dan
penilaian sekolah adalah berperanan untuk menggalakkan penglibatan
pelajar dalam aktiviti-aktiviti sekolah. Ini adalah untuk mempastikan semua
pelajar dalam semua peringkat persekolahan samada di peringkat rendah
atau menengah mengalami pendidikan yang berasaskan kepelbagaian yang
akan menyediakan mereka dalam kehidupan yang sempurna.
Selain dari aktiviti-aktiviti kokurikulum, garis panduan juga
menggalakkan penyertaan pelajar dalam aktiviti-aktiviti pengkayaan seperti
kursus kepimpinan, kem pengembaraan, bengkel etika sosial dan seminar-
seminar kemahiran-kemahiran hidup yang dibahagi-bahagikan dalam
Program Pembangunan Jati Diri (Character Development Programme).
Jadinya, rangkakerja aktiviti-aktiviti kokurikulum diteguhkan lagi dalam
mengembangkan minat pelajar bagi aktiviti rekreasi yang berpanjangan dan
mengembangkan pengalaman-pengalaman pelajar.
4. GARIS PANDUAN DASAR AKTIVITI KOKURIKULUM 4.1 Program aktiviti-aktiviti kokurikulum direka bentuk dalam lingkungan
pembelajaran kemahiran dan pengetahuan dan dapat mengukuhkan secara
efektif atau berkesan nilai-nilai murni dalam diri pelajar yang diselaraskan
dalam matlamat yang dihasratkan dalam pendidikan kokurikulum.
Perancangan program aktiviti-aktiviti kokurikulum di sekolah-sekolah
hendaklah berpandukan prinsip-prinsip berikut:
4.1.1 Membina Peribadi, Semangat Berpasukan dan Rasa Tanggungjawab
Aktiviti-aktiviti kokurikulum seharusnya menggalakkan pelajar dalam
jurusan yang bermakna dan menyediakan peluang untuk membina
peribadi dan kepimpinan dan mempromosi aplikasi kemahiran sosial
dan semangat kerjasama. Dalam proses mempelajari sesuatu
permainan sukan, kumpulan muzik atau dalam pasukan beruniform,
pelajar belajar nilai-nilai disiplin, kerja berpasukan, tanggungjawab dan
komitmen. Latihan-latihan tahan lasak dalam sukan melahirkan
ketahanan dan kekuatan. Pelajar yang terlibat dalam pertunjukan
kesenian dan kebudayaan serta tradisi akan melalui rutin yang sangat
berdisiplin dan belajar nilai-nilai kerja berpasukan dan berkumpulan
(team-work).
4.1.2 Luas dan Berpeluang Untuk Menjadi Mahir
Seperti juga pelajar-pelajar didedahkan dengan berbagai mata
pelajaran di sekolah, mereka juga sepatutnya ditawarkan dengan
berbagai aktiviti-aktiviti kokurikulum yang mendedahkan mereka
dengan pengalaman-pengalaman yang berbeza dan menggalakkan
untuk mencuba berbagai minat. Pelajar yang mempunyai minat yang
tinggi atau sangat berbakat dalam sesuatu aktiviti seharusnya
diberikan peluang untuk lebih memahirkan diri dan mengembangkan
minat tersebut.
4.1.3 Responsif Terhadap Menanamkan Nilai-Nilai Kebangsaan dan
Kemahiran
Sesetengah aktiviti adalah disesuaikan dengan menanamkan nilai-nilai
kebangsaan dalam diri pelajar. Contohnya projek-projek komuniti atau
kemasyarakatan menanamkan sikap tanggongjawab sosial dan
kembara warisan (heritage trails) membantu pelajar mengembangkan
rasa kenegaraan. Kemahiran-kemahiran asas seperti pertahanan
awam dan pertolongan cemas boleh juga diajarkan melalui aktiviti-
aktiviti kokurikulum.
4.1.4 Mempromosi Integrasi Sosial
Aktiviti-aktiviti kokurikulum seharusnya memberikan ruang bagi pelajar-
pelajar dari beberapa latar belakang untuk menyertai dan mengikuti
aktiviti yang sama dan menjalani proses untuk saling mengenal antara
satu dengan yang lain. Ini akan memperkayakan pengalaman sosial
pelajar dan membolehkan mereka mendapat kefahaman yang lebih
jelas mengenai spektrum masyarakat.
4.2 Untuk membolehkan pelajar mendapatkan pendidikan yang lebih menyeluruh,
semua pelajar adalah hendaklah mengambil bahagian sekurang-kurangnya
SATU aktiviti kokurikulum daripada Aktiviti Sukan dan Permainan; Pasukan
Beruniform; Keagamaan, Kesenian dan Kebudayaan; dan Kelab atau Badan.
4.3 Sekolah hendaklah menawarkan berbagai jenis aktiviti bagi menampung
berbagai minat pelajar. Aktiviti-aktiviti tersebut hendaklah jua konsisten
dengan misi sekolah, dengan mengambil kira jumlah tenaga pengajar dan
prasarana yang terdapat di sekolah. Sekolah yang hendak menawarkan
aktiviti baru hendaklah memaklumkannya kepada Jabatan Pendidikan
Kokurikulum untuk mendapat kebenaran. Ini adalah untuk memastikan
aktiviti-aktiviti tersebut adalah selaras dengan Dasar Kementerian Pendidikan.
4.4 Setiap sekolah hendaklah merangka rancangan program 20 hingga 24
minggu setahun yang dapat melibatkan pelajar dengan aktiviti sepanjang
tahun. Bagi setiap aktiviti, ruang hendaklah diberikan untuk pelajar bagi
mempelajari kemahiran asas dan bagi yang berbakat pula dapat
meningkatkan lagi prestasi dan mengembangkan kemahiran mereka.
4.5 Pelajar yang ingin menyertai aktiviti lain yang ditawarkan di sekolah boleh
menukarnya pada awal tahun persekolahan.
4.6 Setiap sekolah hendaklah menubuhkan sekurang-kurangnya SATU Pasukan
Beruniform. Pelajar yang menyertai salah satu Pasukan Beruniform terutama
Kadet Polis dan Kadet Tentera tidak dibenarkan untuk menukar ke aktiviti lain
hingga tamat persekolahan menengah melainkan atas sebab-sebab
kesihatan.
4.7 Penglibatan dan komitmen guru adalah sangat penting bagi keberkesanan
pelaksanaan aktiviti-aktiviti kokurikulum. Kehadiran guru adalah penting bagi
memastikan kesejahteraan dan keselamatan pelajar semasa mengikuti
aktiviti-aktiviti kokurikulum selain daripada merangsang dan memandu
mereka. Walau bagaimanapun jumlah jam atau masa bagi tugasan aktiviti-
aktiviti kokurikulum adalah bergantung kepada jenis aktiviti. Apabila guru
diberi tugasan aktiviti-aktiviti kokurikulum hendaklah mengambil kira
pengajaran dalam bilik darjah dan tugasan yang lain. Kelas-kelas tambahan
adalah tidak dikira sebagai tugasan aktiviti-aktiviti kokurikulum guru.
4.8 Nisbah guru dan pelajar adalah 1:20.
5. KOMPONEN-KOMPONEN AKTIVITI KOKURIKULUM
5.1 Sukan dan Permainan
5.2 Keagamaan, Kesenian dan Kebudayaan
5.3 Kelab dan Badan
5.4 Pasukan Beruniform
(Lihat senarai contoh aktiviti kokurikulum seperti dalam muka surat 11)
CONTOH SENARAI AKTIVITI KOKURIKULUM
Sukan & Permainan
Pengembaraan & Rekreasi
Pasukan Beruniform
Keagamaan, Kesenian &
Kebudayaan, Kelab
Aktiviti Tambahan (Kelab & Badan)
1. Badminton 2. Bolasepak 3. Futsal 4. Bola Keranjang 5. Jimnastik 6. kayak/Kanu 7. Hoki 8. Bola Jaring 9. Sepak Takraw 10. Bola Lesut (Softball) 11. Renang 12. Ping Pong/Table Tennis 13. Tenis 14. Olahraga 15. Bola Tampar 16. Seni Mempertahan Diri 17. Pengembaraan 18. Berbasikal 19. Senamrobik 20. Krikit 21. Rugbi 22. Bowling 23. Bowling Padang 24. Snooker & Billiard 25. Dan Lain-Lain
1. Kadet Tentera 2. Kadet Polis 3. Pandu Puteri 4. Bulan Sabit Merah 5. Pengakap 6. Kadet Bomba dan
Penyelamat
1. Koir 2. Muzik 3. Nasyid 4. Lagu Dakwah 5. Zikir/Rawi 6. Fardu Kifayah 7. Al-Quran 8. Tarian Tradisi 9. Drama 10. Gulingtangan 11. Hadrah 12. Seruling 13. Pancaragam Sekolah 14. Seni Khat 15. Fotographi 16. Tembikar 17. Anyaman 18. Permainan tradisi
- Pasang - Congkak
- Gasing 19. Dan Lain-Lain
1. Berkebun 2. Ilmu Alam 3. Sejarah 4. Matematik 5. Sains 6. Sains Rumah Tangga 7. Mengumpul Setem 8. Teknikal 9. Kelab Perhutanan 10. Koperasi Sekolah 11. Keselamatan Jalan Raya 12. Kelab Kesihatan 13. Catur 14. Alat Pandang Dengar 15. Khutub Khanah 16. Komputer 17. Bahas 18. Pertukangan Kayu 19. Memancing
20. Dan Lain-Lain
6. PRINSIP PELAKSANAAN AKTIVITI KOKURIKULUM
Untuk meningkatkan mutu dan keberkesanan aktiviti-aktiviti kokurikulum di
sekolah-sekolah dan juga untuk meningkatkan dan meninggikan tahap
penyertaan atau penglibatan penuntut, beberapa garis panduan dibuat
seperti:-
Setiap penuntut di sekolah menengah dan maktab hendaklah memilih SATU
kegiatan atau aktiviti seperti yang disenaraikan. Penuntut-penuntut bagaimanapun
dibolehkan juga untuk melibatkan diri dalam aktiviti kedua jika mereka berminat akan
tetapi aktiviti tersebut mestilah yang tidak membebankan.
Setiap sekolah rendah, menengah dan maktab wajib menubuhkan sekurang-
kurangnya SATU pasukan beruniform:
• Kadet Tentera
• Kadet Polis
• Pandu Puteri
• Pengakap
• Bulan Sabit Merah
• Kadet Bomba dan Penyelamat
7. SKOP 7.1 Berbagai jenis program aktiviti kokurikulum yang ditawarkan hendaklah
memenuhi kehendak dan keperluan minat, tahap kemahiran dan kebolehan
pelajar dan juga tertakluk kepada kemampuan sekolah dari segi tenaga
pengajar yang berkebolehan dan prasarana sekolah (ms:16).
8. PEMILIHAN PROGRAM AKTIVITI / KEGIATAN 8.1 Pelajar-pelajar bolehlah memilih SATU aktiviti dari senarai yang mereka
minati dalam program aktiviti kokurikulum sekolah. Jika mereka ingin untuk
mengambil aktiviti kedua, mereka hendaklah memilihnya dari senarai Aktiviti
Pilihan. Ini adalah untuk memastikan agar pelajar tidak dibebani oleh terlalu
banyak penyertaan dalam aktiviti-aktiviti kokurikulum.
8.2 Sekolah dan maktab hendaklah menawarkan aktiviti-aktiviti yang dapat
menarik minat pelajar disamping menawarkan skop untuk perkembangan
minda dan pembelajaran yang membina.
8.3 Perancangan program aktiviti-aktiviti kokurikulum juga hendaklah mengambil
kira terhadap kemampuan, tenaga pengajar, kesesuaian, kemudahan,
prasarana yang terdapat di sekolah dan maktab.
9. PERANCANGAN PROGRAM 9.1 Apabila membuat perancangan program aktiviti-aktiviti kokurikulum, sekolah
atau maktab yang mempunyai jumlah pelajar yang sedikit adalah
dinasihatkan untuk tidak menawarkan terlalu banyak aktiviti jika tidak
berkemampuan tetapi sekolah atau maktab yang mempunyai jumlah pelajar
yang besar bolehlah menawarkan beberapa jenis aktiviti yang boleh
memenuhi kehendak dan minat serta kebolehan pelajar
9.2 Sekolah atau maktab hendaklah merancang program 20 hingga 24 minggu
setahun bagi setiap aktiviti, dengan mengambil kira waktu-waktu peperiksaan
dan cuti penggal persekolahan. Program yang sebegitu rupa akan dapat
mempastikan penglibatan yang berterusan sepanjang tahun dan
membolehkan perkembangan minat dan kebolehan pelajar yang sistematik.
9.3 Dalam merancang program aktiviti-aktiviti kokurikulum, sekolah atau maktab
hendaklah membezakan antara aktiviti penyertaan dalam sekolah atau
maktab (intra-school) dan pertandingan atau perlawanan antara sekolah atau
maktab (inter-schools). Penyertaan dalam sekolah adalah diberi lebih
keutamaan kerana ianya membolehkan penglibatan yang aktif semua
peringkat pelajar. Walau bagaimanapun, pertandingan atau perlawanan
antara sekolah atau maktab adalah sangat digalakkan kerana ianya memberi
peluang kepada pelajar untuk mengalami pengalaman dalam
pertandingan/perlawanan dan memotivasi mereka untuk meningkatkan tahap
kemahiran. Ianya juga dapat membantu sekolah atau maktab untuk menaikan
imej disamping meningkatkan kesepaduan dan moral sekolah/maktab.
9.4 Sekolah juga hendaklah merancang program yang bersesuaian bagi pelajar-
pelajar berkeperluan khas mengikut keupayaan dan minat mereka.
10. PERUNTUKAN WAKTU AKTIVITI KOKURIKULUM
PERINGKAT
JUMLAH WAKTU
PERUNTUKAN MASA
Rendah Bawah
2
1 Jam
Rendah Atas
3
1 Jam 30 Minit
Menengah Bawah
3
1 Jam 30 Minit
Menengah Atas
3
1 Jam 30 Minit
Nota: Sekolah-sekolah hendaklah mempastikan setiap aktiviti direhatkan sewaktu masuk sembahyang dan disebelah petang diselesaikan sebelum masuk waktu sembahyang maghrib
11. PENGENDALIAN PROGRAM 11.1 Dalam konteks pembahagian tugas dan tanggungjawab penyelarasan,
pengawasan dan pengendalian aktiviti-aktiviti kokurikulum hendaklah
dibincangkan bersama guru-guru melalui konsultasi dan perundingan.
11.2 Garis panduan pembahagian tugas dan tanggungjawab:-
11.2.1 Aktiviti-aktiviti kokurikulum adalah sebahagian daripada tugas dan
tanggungjawab rasmi guru-guru.
11.2.2 Setiap guru hendaklah mengambil salah satu daripada aktiviti
kokurikulum dan mahir dalam aktiviti tersebut.
11.2.3 Bagi penyelarasan yang berkesan, nisbah guru:pelajar adalah
dicadangkan 1:20.
11.2.4 Dalam pembahagian tugas dan tanggungjawab penyelarasan aktiviti-
aktiviti kokurikulum tersebut hendaklah diambil kira aktiviti
kokurikulum yang berat dan kurang membebankan.
11.2.5 Pengajaran dalam bilik darjah, penyelarasan aktiviti-aktiviti
kokurikulum dan tugas-tugas lain di sekolah hendaklah diambil kira
dalam pembahagian bebanan tugas guru berkenaan.
11.2.6 Pembahagian tugas dan tanggungjawab mengajar, aktiviti-aktiviti
kokurikulum dan tugasan lain adalah di atas budi bicara Pengetua
dan Guru Besar.
11.2.7 Tidak ada jangka waktu yang tetap bagi penyelarasan guru dalam
aktiviti-aktiviti kokurikulum kerana ini bergantung kepada jenis aktiviti.
11.2.8 Kelas-kelas tambahan atau tugas-tugas pentadbiran tidaklah
termasuk dalam tugasan dan tanggungjawab aktiviti-aktiviti
kokurikulum.
11.2.9 Aktiviti-aktiviti kokurikulum yang memerlukan penggunaan tenaga
yang lebih (fizikal) hendaklah dikendalikan pada sebelah pagi atau
petang dimana cuaca tidak begitu panas melainkan aktiviti yang
dibuat dalam bilik darjah atau dewan.
12. FAKTOR PEMILIHAN AKTIVITI KOKURIKULUM
Dalam merancang program aktiviti-aktiviti kokurikulum sekolah, beberapa
faktor harus diambil kira oleh sekolah/maktab seperti:
12.1 Kedudukan sekolah sama ada sekolah tersebut berada di luar bandar
ataupun di dalam kawasan bandar dan berhampiran dengan kemudahan-
kemudahan yang dipunyai oleh agensi kerajaan, pertubuhan-pertubuhan, dan
sebagainya.
12.2 Kemampuan kewangan sekolah. Adalah sebaiknya sekolah
memperuntukan jumlah kewangan yang berpatutan untuk pengurusan aktiviti-
aktiviti kokurikulum seperti bagi pembelian peralatan, penyewaan
kemudahan, bayaran perjalanan dan sebagainya.
12.3 Kemudahan-kemudahan yang sedia ada dan yang berdekatan supaya
tidak terlalu banyak membuang masa ke tempat-tempat berkenaan.
12.4 Tenaga pengajar atau kepakaran guru atau ahli masyarakat adalah juga
penting dalam menyusun aktiviti. Jika perlu, pengubahsuaian dibuat untuk
memastikan aktiviti-aktiviti kokurikulum boleh berjalan. Latihan dan bantuan
bolehlah didapatkan daripada Jabatan Pendidikan KoKurikulum dalam
memberi tunjuk-ajar dan kursus yang berkenaan dengan pengurusan aktiviti-
aktiviti kokurikulum.
12.5 Pertandingan peringkat kawasan/kumpulan, daerah atau negara yang
dianjurkan oleh bahagian-bahagian di Jabatan Pendidikan KoKurikulum,
Kementerian Pendidikan. Ertinya perancangan program aktiviti-aktiviti
kokurikulum perlu mengikut jadual program pertandingan yang disediakan
oleh Jabatan Pendidikan Kokurikulum supaya penyertaan pelajar boleh
ditingkatkan dan pemilihan bagi perwakilan sekolah akan lebih teratur.
Sekolah/maktab boleh merujuk kepada musim-musim dan tarikh-tarikh
kejohanan diadakan bagi persediaan-persedian lebih awal.
13. PROGRAM PEMBANGUNAN JATI DIRI DAN KHIDMAT MASYARAKAT
Program Pembangunan Jati Diri dan Khidmat Masyarakat dalam rangkakerja aktiviti
kokurikulum menyediakan satu struktur untuk semua pelajar bagi aktiviti pengkayaan
yang dirancang oleh sekolah.
Tujuan Program Pembangunan Jati Diri dan Khidmat Masyarakat adalah:-
untuk menanamkan nilai-nilai kebangsaan dan mengembangkan sifat
kekitaan,
untuk menggalakkan dan merangsang pelajar yang berkeupayaan
untuk menjadi kreatif dan fleksibel, boleh merancang dan membuat
inisiatif, dan berkebolehan untuk menyelesaikan masalah,
untuk menyediakan pelajar dengan kemahiran dan pengetahuan
yang membolehkan mereka untuk menjalani kehidupan yang
bermakna, mempunyai hala tuju dan kesejahteraan,
untuk mendedahkan pelajar kepada bermacam disiplin dan
meluaskan pemikiran dan pandangan mereka,
untuk menjadi pelengkap kepada kurikulum formal dan aktiviti
kokurikulum dalam mencapai matlamat pendidikan yang dihsaratkan.
13.3 Program Pembangunan Jati Diri dan Khidmat Masyarakat memberikan
pelajar dengan aktiviti pengkayaan yang berbagai di bawah 3 domain iaitu:-
13.3.1 Keusahawanan (Enterprise)
13.3.2 Kewarganegaraan (Citizenship)
13.3.3 Kemahiran Peribadi dan Sosial (Personal and Social Lifeskills)
13.4 Sekolah-sekolah adalah diberi peluang untuk merancang program ini untuk
menyesuaikan dengan keperluan pelajar. Sekolah boleh memutuskan apakah
jenis program yang ditawarkan, berapa lama program dijalankan dan
pelaksanaan program tersebut.
13.5 Sekolah hendaklah mendedahkan pelajar kepada 3 domain tadi. Di bawah
diberikan contoh modul yang boleh dibuat dilingkungan 3 domain tadi;
KEUSAHAWANAN
(Enterprise)
KEWARGANEGARAAN
(Citizenship)
Kemahiran Peribadi & Sosial (Personal & Social Lifeskills)
Usahawan Muda
Seminar Kerjaya
Bengkel Kreativiti
Bengkel Inovasi
Seminar Kepimpinan
Aktiviti Pendidikan Luar
(Outdoor Education Activities)
Kursus Outward Bound School
Latihan Pemimpin Rakan Sebaya
Bengkel Penyelesaian Masalah
Hari Amal
(Charity Day)
Gotong Royong
Ceramah Motivasi
Persembahan Tradisi
Kembara Warisan (Heritage Trails)
Kembara Pendidikan (Learning Journeys)
Hari Pelajar
Bengkel Apresiasi Kebudayaan
Bengkel Kemahiran Komunikasi
Bengkel Kemahiran
Interpersonal
Klinik Sukan Rekreasi
Kelas Etika Sosial
Ceramah Pengurusan Stres
14. UJIAN KECERGASAN JASMANI
Ujian Kecergasan Jasmani ini adalah dikendalikan bersama dengan Jabatan
Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pendidikan yang diselaraskan
dengan pengajaran Pendidikan Jasmani.
14.1 Ujian adalah bagi semua pelajar dan guru.
14.2 Ujian hendaklah dijalankan sekurang-kurangnya 1 kali setahun.
14.3 Data-data ujian adalah untuk perancangan program kecergasan dan
kesihatan.
15. SUKAN TAHUNAN ANTARA RUMAH-RUMAH
15.1 Sekolah-sekolah hendaklah mengadakan Sukan Tahunan Antara Rumah-
Rumah sekali setahun
15.2 Semua guru dan pelajar hendaklah terlibat dalam pengendalian sukan
tahunan.
15.3 Memberi peluang kepada sekolah untuk mengenalpasti pelajar yang berbakat
dan berpotensi bagi perwakilan sekolah ke kejohanan-kejohanan sukan
antara sekolah-sekolah.
16. SUKAN TAHUNAN ANTARA SEKOLAH
Jabatan Pendidikan Kokurikulum, Kementerian Pendidikan adalah jabatan yang
bertanggungjawab bagi penganjurannya.
Sekolah-sekolah akan dilantik untuk menjadi Tuan Rumah bagi pengendaliannya
melainkan Kejohanan Olahraga dan kejohanan-kejohanan lain yang tidak ada
Tuan Rumah.
Pegawai-pegawai teknikal hendaklah dilantik dari kalangan guru-guru sekolah
selain daripada pegawai-pegawai daripada Jabatan Pendidikan KoKurikulum.
Kejohanan adalah mengikut peringkat umur seperti jadual di bawah:
• Sekolah Rendah – Umur 12 Tahun dan Ke Bawah
• Sekolah Menengah dan Maktab
• Bahagian B – Umur 15 tahun dan Ke Bawah
• Bahagian C – Umur 16 Tahun dan 17 Tahun
• Bahagian D – Umur 18 Tahun Ke Atas
17. HARI REKREASI SUKAN SEKOLAH
17.1 Sekolah hendaklah memperuntukan 2 kali setahun bagi pelajar bersukan di
bawah pengawasan guru.
17.2 Masa yang diperuntukan adalah tidak kurang 2 jam.
17.3 Sekolah-sekolah rendah, menengah dan maktab hendaklah menggunakan
peruntukan waktu aktiviti-aktiviti kokurikulum yang ditentukan. Walau
bagaimanapun sekolah-sekolah digalakkan menggunakan hari kelepasan
awam atau di luar waktu kurikulum formal.
17.4 Sekolah-sekolah yang mempunyai jumlah pelajar yang ramai, Hari Rekreasi
Sukan Sekolah bolehlah dibahagikan kepada 2 sesi iaitu sesi I bagi
Menengah 1-3 dan sesi II bagi Menengah 4 – 5/6 mengikut keupayaan
sekolah.
17.5 Sekolah hendaklah mengambil kira aspek keselamatan, kemudahan,
peralatan dan pengawalan disiplin pelajar semasa mengikuti aktiviti
kesukanan.
18. PAKAIAN SEMASA KEJOHANAN-KEJOHANAN SUKAN
PELAJAR LELAKI
PELAJAR PEREMPUAN
Pakaian hendaklah mengikut kesesuaian bagi jenis sukan dan mengikut peraturan dan undang-undang sukan berkenaan seperti:- 1. Bolasepak 2. Badminton 3. Futsal 4. Olahraga 5. Sepak Takraw 6. Bola keranjang 7. Hoki 8. Rentas Desa 9. Ping Pong 10. Renang 11. Bola Tampar 12. Tenis 13. Gimnastik 14. Krikit 15. Bola Lesut (Soft Ball) 16. Rugbi 17. Lain-lain sukan
Pakaian hendaklah mengikut kesesuaian bagi jenis sukan dan mengikut peraturan dan undang-undang sukan berkenaan seperti:- 1. Bola Jaring 2. Badminton 3. Olahraga 4. Rentas Desa 5. Bola Keranjang 6. Bola Tampar 7. Hoki 8. Renang 9. Gimnastik 10. Tenis 11. Ping Pong 12. Bola Lesut (Soft Ball) 13. Lain-lain sukan
Jenis seluar tight adalah dibenarkan asalkan pemain/atlit tersebut memakai seluar pendek
Seluar bawah paras lutut adalah dibenarkan asalkan ianya bukan dari jenis yang ketat atau tight. Sebelum memulakan perlawanan atau perlumbaan olahraga, pemain/atlit hendaklah memakai tracksuit lengkap (baju dan seluar) dan hanya dibuka sebelum memulakan perlawanan atau perlumbaan.
Kasut yang dipakai hendaklah bersesuaian dengan jenis sukan dan mengikut peraturan dan undang-undang sukan berkenaan. Bagi acara olahraga, jika sekiranya atlit tersebut tidak mau memakai kasut atau spike, adalah dibenarkan.
Kasut yang dipakai hendaklah bersesuaian dengan jenis sukan dan mengikut peraturan dan undang-undang sukan berkenaan. Bagi acara olahraga, jika sekiranya atlit tersebut tidak mahu memakai kasut atau spike, adalah dibenarkan.
19. KESELAMATAN DAN KESEJAHTERAAN
Sekolah hendaklah mempastikan bahawa perkara-perkara berikut ada
terdapat di sekolah:
19.1 First-Aid kit
19.2 Guru-guru yang terlatih dalam pertolongan cemas.
19.3 Bilik rawatan
19.4 Perlindungan insurans berkelompok
19.5 Peralatan aktiviti kesukanan dan aktiviti-aktiviti lain diperiksa sebelum
digunakan.
19.6 Prasarana yang selamat dan selesa.
19.7 Menyediakan prosedur khas bila berlaku sesuatu kecemasan.
20. BIDANG TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB JAWATANKUASA
AKTIVITI KOKURIKULUM SEKOLAH 20.1 Peranan:
20.1.1 Merancang, menyelaras dan melaksanakan aktiviti-aktiviti
kokurikulum.
20.1.2 Menyediakan peralatan dan kemudahan.
20.1.3 Menggalakkan penyertaan orang luar dalam program aktiviti-aktiviti
kokurikulum seperti menjadi jurulatih sukan dan permainan.
20.2.4 Memupuk semangat kemasyarakatan setempat dan mengeratkan
lagi pertalian antara pelajar-pelajar, guru dan ahli masyarakat.
20.1.4 Mengawal dan menilai program yang dijalankan.
20.2 Bidang tugas
20.2.1 Pengetua / Guru Besar.
i) Mempengerusikan jawatankuasa.
ii) Mempastikan segala perancangan aktiviti-aktiviti kokurikulum
berjalan dengan baik.
iii) Membimbing dan memberi galakan bagi meningkatkan
kecekapan guru melaksanakan program aktiviti-aktiviti
kokurikulum.
iv) Menilai program aktiviti-aktiviti kokurikulum.
20.2.2 Timbalan Pengetua / Penolong Guru Besar.
i) Membantu Guru Besar/Pengetua dalam melaksanakan tugas-
tugas tersebut di atas.
ii) Mewakili Guru Besar/Pengetua jika perlu.
20.2.3 Guru Kanan KoKurikulum.
i) Menyelaras dan menyelia semua aktiviti-aktiviti kokurikulum.
ii) Merancang dan mengagih tugas kepada guru-guru.
iii) Membantu Guru Besar/Pengetua dalam perancangan dan
pelaksanaan aktiviti-aktiviti kokurikulum.
20.2.4 Guru Penyelaras KoKurikulum.
i) Menentukan penglibatan pelajar dan guru dalam aktiviti-aktiviti
kokurikulum.
ii) Menentukan dan memilih aktiviti-aktiviti kokurikulum yang
dijalankan di sekolah.
iii) Merekodkan semua aktiviti-aktiviti kokurikulum.
20.2.5 Guru Pengawas / Jurulatih / Ketua Rumah.
i) Mengawas dan melatih pelajar-pelajar dalam aktiviti-aktiviti
kokurikulum.
ii) Memilih pelajar-pelajar yang akan mewakili sekolah dalam
pertandingan dan perlawanan dan sebagainya.
iii) Merekodkan penyertaan dan pemarkahan pelajar dalam aktiviti-
aktiviti kokurikulum.
iv) Membantu guru penyelaras dalam penyeliaan aktiviti-aktiviti
kokurikulum yang berkenaan.
21. ANUGERAH KECEMERLANGAN KOKURIKULUM 21.1 Penilaian dalam aktiviti-aktiviti kokurikulum keseluruhannya termasuk ujian
kecergasan jasmani akan direkodkan dalam rekod kemajuan pelajar dan sijil
khas tamat persekolahan dan juga dalam surat akuan “testimonial” bagi
mendapatkan pertimbangan dan sokongan dermasiswa dan pekerjaan dan
sebagainya.
21.2 Penganugerahan dan ganjaran yang akan diberikan adalah bergantung
kepada tahap pencapaian yang dicapai oleh sekolah, pelajar, dan pasukan
dalam aktiviti kokurikulum secara keseluruhan.
21.3 Penganugerahan juga akan diberikan kepada guru yang menjadi pelatih atau
jurulatih kepada pelajar atau pasukan yang cemerlang dan berjaya di
peringkat kebangsaan, serantau dan antarabangsa.
21.4 Sekolah yang cemerlang dalam aktiviti-aktiviti kokurikulum secara
keseluruhan pada tahun berkenaan akan menerima anugerah Sekolah
Cemerlang Kokurikulum dan mendapat ganjaran mengikut jumlah yang
ditentukan oleh Kementerian Pendidikan sebagai insentif berpandukan
kriteria-kriteria yang akan di sediakan
22. KEMASUKAN KE UNIVERSITI DAN BIASISWA / DERMASISWA
Penilaian aktiviti-aktiviti kokurikulum yang dibuat oleh sekolah bolehlah
digunakan sebagai pertimbangan dan sokongan tambahan bagi pelajar
memasuki Institusi Pengajian Tinggi dan universiti-universiti berkenaan serta
mendapatkan pekerjaan.
23. UMUM
Kerjasama dari Pengetua-Pengetua adalah sangat-sangat diharapkan dalam
pelaksanaan dasar ini dengan mengambil kira garis panduan yang telah
diberikan. Adalah lebih berkesan, tekal dan selaras jika salah seorang guru
dilantik untuk bertanggungjawab menjadi penyelaras kepada program aktiviti
kokurikulum ini. Sekolah-sekolah akan dapat memantau dan memberikan
laporan penyertaan dan penglibatan pelajar dalam aktiviti kokurikulum dengan
memasukkannya ke dalam rekod dan “testimonial” pelajar.
Annex 1 MATLAMAT PENDIDIKAN KOKURIKULUM
(DESIRED OUTCOMES OF CO-CURRICULAR EDUCATION)
Sekolah Rendah
Sekolah Menengah &
Maktab
Tingkatan 6
Diakhir tamat persekolahan peringkat rendah, murid-murid seharusnya � dapat membezakan
antara benar dan salah, baik dan buruk
� belajar untuk berkongsi
dan mendahulukan orang lain
� dapat menjalinkan
persahabatan dengan orang lain
� mempunyai perasaan
ingin tahu mengenai beberapa perkara
� boleh memikirkan
tentang diri sendiri dan ekspresi diri
� membina cara hidup
sihat � mencintai Negara
Brunei Darussalam
Diakhir tamat persekolahan menengah, penuntut-penuntut semestinya � mempunyai integriti moral
� menghargai dan prihatin terhadap orang lain
� boleh bekerjasama dan menghargai setiap sumbangan
� berusaha dan inovatif � mempunyai asas yang kukuh untuk pendidikan yang lebih tinggi
� percaya tentang kebolehan diri
� menghargai estetika � memahami dan mempercayai Negara Brunei Darussalam
Diakhir tamat persekolahan tingkatan 6, penuntut-penuntut seharusnya � mempunyai jati diri dan
tegas � mempunyai perasaan
tanggungjawab sosial � memahami apa yang
perlu untuk memberi perangsang dan memotivasikan orang lain
� mempunyai sifat
keusahawan dan kreatif � boleh berfikir sendiri dan
secara kreatif � sentiasa berusaha
mencari kecemerlangan � mempunyai semangat
juang � memahami apa yang
perlu untuk memimpin Negara Brunei Darussalam
AKTIVITI KOKURIKULUM SEKOLAH RENDAH, MENENGAH & MAKTAB (BORANG KEDATANGAN)
Nama Aktiviti:______________________________________________________ Kedatangan Bagi Tahun: _________________________
Darjah/Tingkatan: 1 / 2 / 3 / 4 / 5 / 6 Hari/Masa Aktiviti: __________________________
Nama Guru Pengawas: _____________________________________ T/Tangan Guru : ____________________________
No Nama Penuntut Dh/ Tkt
L / P Rumah T a r i k h / M i n g g u
1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15
16
17
18
19
20
21
22
23
24
25
26