Top Banner
20

Dari Meja Editor Laman Puisi Islampada tahun 2020 ini. Setelah berehat selama hampir 2 minggu. Rakan-rakan penulis kembali aktif menyediakan bahan penulisan untuk majalah ini yang

Feb 23, 2020

Download

Documents

dariahiddleston
Welcome message from author
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
Page 1: Dari Meja Editor Laman Puisi Islampada tahun 2020 ini. Setelah berehat selama hampir 2 minggu. Rakan-rakan penulis kembali aktif menyediakan bahan penulisan untuk majalah ini yang
Page 2: Dari Meja Editor Laman Puisi Islampada tahun 2020 ini. Setelah berehat selama hampir 2 minggu. Rakan-rakan penulis kembali aktif menyediakan bahan penulisan untuk majalah ini yang

DICETAK OLEH PENCETAK KERAJAAN,POLITIN @ WENEN BIN MOBIJI, A.S.D.K., A.D.K., B.S.K., JABATAN CETAK KERAJAAN,

SABAH, MALAYSIA.2020.

Shoutul Islam diterbitkan lagi buat kali pertamanyapada tahun 2020 ini. Setelah berehat selama hampir2 minggu. Rakan-rakan penulis kembali aktifmenyediakan bahan penulisan untuk majalah iniyang diterbit setiap hari Jumaat. Awal tahun 2020ini juga, kesibukan dirasa bagi ibu bapa yangmempunyai anak-anak yang masih bersekolah. Persiapan persekolahan telah disiapkan lebih awal,semasa cuti sekolah lagi. Di mana-mana premis yang menjual pakaian dan peralatan sekolah pasti akan dipenuhi oleh ibu bapa bersama anak-anak mereka. Semua ini demi pendidikan anak-anak.

Islam sangat mengambil berat tentang aspekpendidikan dan pentarbiyah anak-anak. DalamSurah al-Tahrim, ayat 6, Allah SWT berfirman yangbermaksud: "Wahai orang-orang yang beriman,peliharalah diri kamu dan keluargamu dari apineraka." Ayat itu menjelaskan ibu bapa perlu meniti kberatkan hal berkaitan asuhan, bimbingan dan pendidikan yang terbaik untuk anak-anak.

Imam al-Ghazali berpesan: "Anak-anak adalah amanahatas ibu bapa. Jika sudah terbiasa dengan perkara kebaikan, anak itu akan membesar dalam kebaikan dan biasa dengannya. Sebaliknya, apabila dibesarkan dalam suasana yang ti dak baik dan dipersiakan seperti binatang, tunggulah kebinasaannya. Dosa juga akan diti mpakan ke atas orang yang dipertanggungjawabkan itu."

Justeru, asas pendidikan seharusnya diberi keutamaan. Ini termasuk menanamkan akidah dan mengajarmereka mengenai syariat dalam agama seperti solat selain menanamkan akhlak peribadi berdasarkanakhlak Islam. Tokoh ilmuwan Islam tidak asing lagi, Ibn Khaldun juga mengingatkan tentang pendidikanal-Quran. Beliau berkata: "Al-Quran adalah ilmupertama yang dipelajari oleh anak-anak kerana belajar al-Quran adalah satu syiar agama yang dipelopori oleh orang-orang Islam dan diteruskan oleh semua orang Islam di negeri-negeri mereka kerana al-Quran yang menguatkan iman dancara untuk mengasah kebolehan-kebolehan lain."

Keibubapaan ialah tugasan yang memerlukan komitmen ti nggi, kasih sayang yang ti ada sempadan dan kesabaran yang ti ada had. Ibu bapa perlu menggunakan cara dan pendekatan yang betul untuk membentuk mereka sejak kecil. Kanak-kanak ini diibaratkan sebagai kain puti h. Hanya ibu bapa dan orang lebih tua yang boleh mencorakkan kehidupan mereka. Jika kita inginkan kejayaan buat anak-anak kita, gunakan cara yang betul supaya mereka ti dak tersilap langkah keti ka meningkat dewasa.

Sekian, wasalam.

MOHAMAD SIDIK BIN AWANG ADI

SIDANG REDAKSIPENAUNG

Yang Berbahagia Datuk Seri PanglimaDr. Haji Hasbullah Haji Mohd. Taha

Yang Di-Pertua Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS)

PENASIHATYBhg. Datuk Ustaz Haji Saifulzaman bin Sangul

PengarahJabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah

KETUA EDITORUstaz Mohamad Sidik Haji Awang Adi

Timbalan Pengarah (Hal Ehwal Islam), JHEAINS

TIMBALAN KETUA EDITORUstaz Abd. Razak Hamdin

EDITOR/KETUA PENYELARASUstaz Asmuni Ali

([email protected])

SIDANG PENGARANGAdi Pitang

([email protected])Ustaz Asmuni Ali

([email protected])Ustaz Abd. Rahman Tajudin (Emang)

([email protected])Ustaz Abdillah Haji Nanun

([email protected])Puan Siti Imrah bte Lenas([email protected])Ustaz Awang Juri Ag. Tahir([email protected])

Encik Abdu Khalil bin HassanTuan Haji Sainuri bin Yahmin

Ustaz Mohd Azlan bin Haji BakriEncik Mohammad Sya�iq Ismail

Encik Mohd Azrul Nizam bin JunaidiEncik Mohd Alwie Noorbaki

Ustaz Amiruddin Mohd RosdiCik Nursyuhada Aspar

PENGURUSANEncik Daut Haji Insun

GRAFIKEncik Azmi bin Hashim

JURUTAIPBahagian Penyelidikan & Informasi, JHEAINS

JURUFOTOEncik Jamiun Osman

Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri SabahBeg Berkunci 103, Tingkat 9, Blok B, Wisma MUIS

88737 KOTA KINABALUTel.: 088-522222

Faks: 088-253449

BERPISAH JUA

Jika tua nanti kita hidup masing-masingingatlah hari ini...jangan hanya mendongak ke langitjangan lupa rumput di bumi...

Semoga kita selalumenjadi sebuah kisah klasikuntuk diceritakanpada generasi baharu.

Kemesraan ini...jangan cepat berlaluada cerita lama... yang indahjuga saat kita berdukati ka kita tertawaitu hanya sandiwara.

Yakinlah...kalian pun sama dengan dirikupernah berharap masa initakkan berlalu, terlalu cepat.

Bergegaslah kawanuntuk sambut masa depanberikan senyuman...untuk sebuah perpisahansampai jumpa lagi.

Oleh:DeeKeeBeaufort11122019

Dari Meja Editor Laman Puisi Islam

SHOUTUL ISLAM BIL. 1 - 14 Jamadilawal 1441H/10 Januari 2020M2 SHOUTUL ISLAM BIL. 1 - 14 Jamadilawal 1441H/10 Januari 2020M 19

Page 3: Dari Meja Editor Laman Puisi Islampada tahun 2020 ini. Setelah berehat selama hampir 2 minggu. Rakan-rakan penulis kembali aktif menyediakan bahan penulisan untuk majalah ini yang

KESALAHAN JURUNIKAH TANPA KEBENARANOleh:

Puan Siti Imrah bte Lenas

KEHENDAK-KEHENDAK BAGI PEMELUKAN AGAMA ISLAMOleh:

Puan Siti Imrah bte Lenas

Pemelukan agama Islam bagi seorang saudara baru memerlukan pengakuan syahadah dan kerelaan hati yang ikhlas tanpa sebarang paksaan dari mana-mana pihak. Ianya juga adalah suatu proses perubahan kepercayaan dan pegangan daripada agama asal kepada agama Islam bagi individu yang bukan beragama Islam. Oleh yang demikian, bagi memastikan proses pengislaman tersebut dilaksanakan dengan tertib dan memenuhi syarak maka ianya diperjelaskan dalam Enakmen Majlis Ugama Islam Tahun 2004 melalui seksyen 69 iaitu:

(1) Kehendak-kehendak yang berikut hendaklah dipatuhi bagi pemelukan sah agama Islam oleh seseorang-

(a) orang itu mestilah mengucapkan dua kalimah Syahadah dalam bahasa Arab secara yang semunasabahnya jelas;

(b) pada masa dia mengucap dua kalimah Syahadah itu, orang itu mestilah sedar bahawa kalimah itu bermakna "Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawa Nabi Muhammad SAW ialah Pesuruh Allah" ; dan

(c) pengucapan itu mestilah dibuat dengan kerelaan hati orang itu sendiri.

(2) Seseorang yang tiada dapat bercakap boleh, bagi maksud memenuhi kehendak perenggan (1)(a) mengucapkan dua kalimah Syahadah dengan menggunakan isyarat yang menunjukkan makna yang dinyatakan dalam perenggan (1)(b).

Seksyen 70 Enakmen Majlis Ugama Islam Negeri Sabah Tahun 2004 menyatakan: Seseorang itu memeluk agama Islam dan menjadi seorang orang Islam sebaik-baik sahaja dia habis mengucap dua kalimah Syahadah dengan syarat bahawa kehendak-kehendak seksyen 69 adalah dipenuhi; dan orang itu selepas itu disebut muallaf dan seterusnya dari saat pemelukan Islam itu beliau telah tertakluk kepada tugas- tugas serta kewajipan-kewajipan yang sama seperti mana-mana orang Islam yang lain.

Kesimpulannya, pemelukan agama Islam oleh seseorang individu yang asalnya bukan beragama Islam boleh berlaku secara langsung apabila dia sendirinya dengan akal yang waras dan rela memeluk Islam. Sebaliknya, seseorang yang belum berupaya atau tidak berupaya memilih sendiri agamanya secara tidak langsung dikatakan memeluk Islam apabila salah seorang atau kedua ibubapa atau penjaganya memeluk agama Islam.

“Perubatan atau Bukan Perubatan?”Ada dua jenis penyakit pada manusia, penyakit yang berkaitan dengan jiwa dan Fizikal. Penyakit Fizikal merupakan penyakit yang terlihat secara materi/ jasad/jasmani, sedangkan penyakit jiwa merupakan penyakit yang tidak terlihat atau sifatnya rohani/tidak terlihat/ghaib. Sebagaimana kita ketahui, penyakit perubatan tentu sudah ada ahlinya dan penyakit rohani juga ada ahlinya. Namun, kemudian masalah timbul ketika penyakit fizikal/perubatan yang tidak dapat dikesan oleh kedoktoran perubatan. Dari sini petualangan dimulai.

Kemudian dikenallah penyakit psikosomatik, atau penyakit jiwa/rohani yang berpengaruh terhadap fizikal/jasmani manusia. Dan cara pengubatannya pun beragam, dari pengubat tradisional, moden, psikologi, alternatif hingga sihir. Bagaimana syariat Islam menanggapi hal ini?

Maka, majalah ini ditangan kalian ini akan menjawabnya secara details insya-Allah. Pertama, mari kita mulai dengan mengenal landasan berfikir dan bertindak yang dalam Agama Islam dikenal dengan Dalil. Dalil harus kukuh kerana hal ini adalah langkah awal untuk mengharungi perjalanan panjang yang boleh jadi merupakan detik penting dalam hidup kita; perubahan. A journey to healing.

DALIL DAN DEFINISI RUQYAH SYARIYYAHDefinisi Akar Histori Ruqyah SyariyyahTerapi Al-Quran atau lebih dikenal dengan Ruqyah Syariyyah ini merupakan bahagian dari kedoktoran ala Nabi, atau ath Tib an-Nabawi (Al Hijamah, Herba dan Ruqyah). Yang merupakan sebuah metode pengubatan dengan membacakan wahyu Allah SWT kepada jiwa seseorang yang sedang mengalami sakit dengan harapan menyembuhkan rohaninya dan kemudian jasad pun perlahan sembuh. Ruqyah muncul sebelum Islam ini lahir, jadi memang wajar jika didalamnya terdapat hal yang sifatnya batil maka dari itu Rasulullah SAW menyempurnakannya. Dari 'Auf bin Malik ia berkata, "Pada masa jahiliyah aku pernah melakukan penjampian, lalu aku berkata, "Wahai Rasulullah, bagaimana pendapatmu mengenai hal tersebut?" Baginda menjawab:

AL-RUQYAH AS-SYARIYYAHOleh:

Mohd Alwie NoorbakiFakulti Dakwah dan Komunikasi Universitas Islam Negeri Sunan Gunung Djati Bandung, Indonesia

"Perlihatkan jampi kalian kepadaku! Tidak mengapa dengan jampi selama bukan perbuatan syirik."

Ertinya ruqyah terbagi menjadi 2 jenis iaitu ruqyah syariyyah dan ruqyah syirkiyyah. Ruqyah syariyyah adalah ruqyah yang sesuai syariat Islam dan ruqyah syirkiyyah adalah ruqyah yang di dalamnya terdapat perbuatan kesyirikan.

Perbezaan antara Ruqyah Syariyyah, Syirkiyyah dan Sihiriyyah.Ruqyah syariyyah dilakukan dengan membacakan mantra yang disyariatkan dengan kuat (baik Al-Quran, bacaan zikir dan doa nabi atau doa manusia yang difahami ertinya). Sementara ruqyah syirkiyyah merupakan terapi pengubatan melalui mantra yang tidak diketahui maknanya, atau terkadung kesyirikan di dalamnya.

Ciri-Ciri Ruqyah Syirkiyyah.● Bertanya nama ibu kandung sang pesakit atau

objek yang akan diubati ataupun disihir.● Meminta pakaian bekas sebagai media. ● Meminta haiwan sembelihan sebagai mahar, syarat

atau persembahan. Kadang dukun mengelabui sebagai sedekah.

● Menggunakan atau membekali jimat ● Membacakan mantra aneh dalam proses

pengubatan. ● Menggunakan Isim Munkar.● Memerintahkan kepada pesakit untuk mengurung

diri di kamar dalam beberapa waktu, tidak menyentuh air, tidak melihat cahaya dll.

● Bakar kemenyan saat proses pengubatan untuk memanggil khodam atau pembantu di kalangan bangsa jin.

● Sang pengubat memiliki kesaktian dan boleh meramal.

● Meminta mahar atau tarif khusus. ● Melakukan mediasi dan transfer penyakit. ● Menggunakan khodam. ● Mengharuskan pesakit mengamalkan wirid overdose

sebagai amalan disertai puasa khusus.● Melakukan pelecehan seksual.

Sebahagian besar dari mereka bahkan tidak sedar bahawa ruqyah yang dilakukannya adalah syirik.

Islam dan Perubatan Enakmen Kita

SHOUTUL ISLAM BIL. 1 - 14 Jamadilawal 1441H/10 Januari 2020M18 SHOUTUL ISLAM BIL. 1 - 14 Jamadilawal 1441H/10 Januari 2020M 3

Page 4: Dari Meja Editor Laman Puisi Islampada tahun 2020 ini. Setelah berehat selama hampir 2 minggu. Rakan-rakan penulis kembali aktif menyediakan bahan penulisan untuk majalah ini yang

Penulis bersama Alif & Alya

BACK TO SCHOOLOleh:

Adi Pitang

2 Januari 2020 telah menghimpunkan ibu bapa tanpa paksa hampir di semuasekolah di seluruh Malaysia. Tidak terkecuali aku. Apa tidaknya, terpaksamenemani anak-anak yang baru masuk ke darjah satu. Kesibukan ibu bapamencari kelas anak-anak, tempat duduk anak-anak dalam kelas danmenunggu anak-anak sehingga waktu rehat merupakan pemandangan biasa setiap awal persekolahan.

“Ke mana Mus?” Kelibat Mustapha, rakan sekampung bersama anaklelakinya menuju ke bilik Pejabat Am sekolah. “Kan bertanya kelas anakku..”Jawabnya sambil ketawa. Ketika itu jam menunjukan 6.50 pagi, pelajar-pelajar diminta untuk beratur di luar bilik darjah sebelum waktu pembelajarandimulakan. Ibu bapa yang menemankan anak-anak di darjah satu masihsetia menunggu di luar kelas, walaupun guru bertugas telah mengumumkan

agar ibu bapa tidak berada di kawasan bilik darjah melalui corong pembesar suara sekolah. Pandanganmasing-masing terarah kepada anak-anak yang masih berada di dalam kelas. Ku lihat anakku AlyaAlmira sedang bercakap dengan rakan baru yang duduk di bangku kayu di sebelahnya. Gembiramelihat suasana itu. Ya! Sekurang-kurangnya Alya sudah boleh ditinggalkan, tanpa ditunggu. “Jadi…mau tunggu sampai rehat”, Tanya Mustapha kepadaku ketika kami terjumpa di dewan terbuka sekolahitu. Aku mengiyakan. Begitu juga Mustapha. Kami sama-sama bergerak ke kantin sekolah untuk sarapan pagi. Menunggu hampir 1 jam 30 minit sebelum masa rehat sekolah anak-anak kami.

Mengikut pakar pemakanan, sarapan pagi sebelum pukul 9 pagi merupakan perkara yang sangat pentingkerana badan manusia memerlukan tenaga baru selepas tidur. Nutrisi badan akan berkurangan dan parasgula akan menurun pada kadar minimum semasa tidur. Sarapan mengembalikan tahap glukosa, sejeniskarbohidrat penting yang diperlukan oleh otak untuk berfungsi. Ia memberikan tenaga kepada otakuntuk melakukan kerja- kerja asas seperti berfi kir, mengingat dan sebagainya. Tidak bersarapan bolehmembawa kepada penyakit obesiti. Ini kerana secara tidak langsung seseorang itu akan makan secaraberlebihan ketika waktu makan yang seterusnya. Sarapan pagi mampu mengawal kelaparan danmembantu individu mengambil makanan mengikut keperluan yang diperlukannya sahaja.

Menurut pakar lagi, sarapan membantu anak kekal fokus dalam pelajaran. Usia 6 ke 12 tahun merupakanwaktu kritikal kanak-kanak untuk membesar. Badan mereka memerlukan nutrien dan tenaga yangsecukupnya. Kanak-kanak yang tidak bersarapan sukar memberi tumpuan dan mereka menjadilebih letih di sekolah. Banyak kajian membuktikan dengan bersarapan dapat meningkatkan ingatan dantahap penumpuan. Ini sangat penting bagi memudahkan mereka menyerap pelbagai perkara baru yangberlaku. Mengambil sarapan dengan nutrisi yang lengkap memberikan kanak-kanak tenaga untukmelakukan aktiviti fi zikal. Kajian menunjukkan 1 daripada 3 kanak-kanak yang tidak mengambil sarapan kurang melakukan aktiviti fi zikal.

“Bah! Jumpa lagi…” Kataku pada Mustapha bila melihat anak-anak tahun satu telah keluar beraturmenuju kantin sekolah. Masing-masing kami, ibu atau bapa membantu anak-anak membeli sarapan pagibuat pertama kalinya, di musim persekolahan ini.

DUA PEREMPUAN YANG INGIN BERTANYAOleh:

Mohd Alwie NoorbakiFakulti Dakwah dan Komunikasi Universitas Islam Negeri Sunan Gunung Djati Bandung, Indonesia

Suatu ketika, Zainab, isteri Abdullah ibn Mas’ud iaitu sahabat Rasulullah SAW yang pertama membacaal-Quran secara keras dan tercatat sebagai pemeluk Islam keenam, menghadiri pertemuan tersebut, beliaumengajak kaum perempuan untuk bersedekah. Setibanya di rumah, dari pertemuan tersebut, Zainab lantasmenemui sang suami dan berkata kepadanya, “Suamiku! Engkau kan, orang yang suka membantu orang lain. Tadi, Rasulullah SAW memerintahkan kaum perempuan untuk bersedekah. Kerana itu, temuilahBaginda dan tanyakan kepadanya apakah sedekahku boleh kuberikan kepada keluargaku sendiri? Jika tak boleh, sedekah itu akan kualihkan kepada orang lain!”

“Kau sajalah yang menemui Baginda!” jawab sang suami yang bernama lengkap Abu AbdurrahmanAbdullah ibn Mas’ud ibn Ghafi l ibn Habib ibn Syamkh ibn Fa’r ibn Makhzum ibn Sahilah ibn Kahil ibnAl-Harits ibn Tamim ibn Sa’d ibn Hudzail ibn Mas’ud.

Zainab kemudian pergi ke rumah Rasulullah SAW. Setibanya di sana, ternyata di pintu rumah Bagindatelah menunggu seorang perempuan lain dari kalangan Anshar, dengan maksud yang sama. Merekaberdua sebenarnya segan menemui Baginda. Beberapa saat kemudian, Bilal ibn Rabbah keluar darirumah baginda, Melihat Bilal yang dikenalnya baik, Zainab pun berkata kepada Muazin pertama itu, “Bilal! Temuilah kembali Rasulullah SAW dan sampaikanlah kepada Baginda, di pintu ada dua perempuan yang ingin bertanya kepada baginda; bolehkah kedua perempuan itu bersedekah kepada suami mereka dananak-anak yatim dalam keluarga mereka sendiri? Tapi, jangan beri tahukan kepada Baginda siapa kamiini!”

Bilal pun berbalik langkah dan masuk kembali ke rumah Rasulullah SAW. Dia kemudian menyampaikan kepada baginda pesan kedua perempuan yang menunggu di balik pintu. Menerima pertanyaan demikian, baginda pun bertanya kepada Bilal, “Bilal! Siapa kedua perempuan itu?”

“Seorang perempuan dari kalangan Anshar dan Zainab, isteri Abdullah ibn Mas’ud, wahai Rasul!” jawabBilal.

“Bilal,” ucap baginda selanjutnya, “katakan kepada kedua perempuan itu, mereka akan mendapat duapahala; pahala kerana berbuat kebajikan kepada keluarganya dan pahala bersedekah!”.

Iktibar Kisah Bicara Kita

SHOUTUL ISLAM BIL. 1 - 14 Jamadilawal 1441H/10 Januari 2020M4 SHOUTUL ISLAM BIL. 1 - 14 Jamadilawal 1441H/10 Januari 2020M 17

Page 5: Dari Meja Editor Laman Puisi Islampada tahun 2020 ini. Setelah berehat selama hampir 2 minggu. Rakan-rakan penulis kembali aktif menyediakan bahan penulisan untuk majalah ini yang

‘’Dakwah dengan cara memusuhi ibarat orang membangun kota, tetapimerobohkan istananya.’’ - KH. Hasyim Asy’ari

Muhammad Hasyim Ashari atau Kiai Haji Muhammad Hasyim Asy’ari adalah pengasas Nahdlatul Ulama (NU), organisasi massa Islam yangterbesar di Indonesia. Ayahnya bernama Kiai Asy’ari, pemimpinPesantren Keras yang berada di sebelah selatan Jombang. Ibunya bernamaHalimah. Dari garis ibu, KH. Hasyim Asy’ari merupakan keturunan RajaBrawijaya VI, yang juga dikenali sebagai Lembu Peteng, ayah Jaka Tingkir

yang menjadi Raja Pajang (keturunan kelapan daripada Jaka Tingkir).

Ketika berusia 15 tahun, beliau berkelana mencari ilmu ke serata pesantren. Antara Pesantren yangdisinggahi ialah Pesantren Wonokoyo (Probolinggo), Pesantren Langitan (Tuban), Pesantren Trenggilis(Semarang), Pesantren Siwalan, dan Pesantren Panji (Sidoarjo). Pada tahun 1892, KH. Hasyim Asy'ari menunaikan ibadah haji sekali gus menimba ilmu pada Syeikh Ahmad Khatib al-Minangkabawi, SyeikhMuhammad Mahfudz at-Tarmasi, Sayyid Abbas al-Maliki al-Hasani dan Syeikh Nawawi al-Bantani.

KH. Hasyim Asy'ari mendirikan Pondok Pesantren di Tebuireng yang menjadi pesantren terbesar danterpenting di tanah Jawa pada abad ke-20. Mulai tahun 1900, beliau memposisikan Pesantren Tebuireng menjadi pusat pembaharuan bagi pengajaran Islam.

Peranan KH. Hasyim Asy'ari tidak hanya terbatas pada bidang keilmuan dan keagamaan, tetapi jugadalam bidang sosial dan kebangsaan. Pada tahun 1937, beliau didatangi pimpinan pemerintah Belandadengan memberikan bintang emas dan perak sebagai tanda penghormatan namun beliau menolaknya.

Pada 31 Januari 1926, KH. Hasyim Asy’ari mendirikan Nahdlatul Ulama (Kebangkitan Ulama) denganasas dan tujuannya: “Memegang dengan teguh pada salah satu daripada mazhab empat iaitu ImamMuhammad bin Idris al-Syafie, Imam Malik bin Anas, Imam Abu Hanifah al-Nu’man dan Imam Ahmad bin Hanbal. Dan juga mengerjakan apa sahaja yang menatijahkan kemaslahatan agama Islam”. Beliau terpilihmenjadi rais akbar Nahdlatul Ulama, sebuah gelar yang sehingga kini tidak seorang pun menyandangnya.Beliau juga menyusun qanun asasi (undang-undang dasar) Nahdlatul Ulama yang mengembangkanfahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Selain itu, KH. Hasyim Asy’ari mengarang puluhan kitab yang kebanyakannya dalam bahasa Arab.Antaranya ialah al-Nurul Mubin Fi al-Mahabbati Sayyidi al-Mursalin, Risalah Ahli Sunnah Wal Jama’ah, Adabul ‘Alim wa al-Muta’allim dan Ziyadah Ta’liqat.

Setelah Indonesia merdeka pada tahun 1945, KH. M. Hasyim Asy’ari terpilih sebagai ketua umum dewan partai Majelis Syuro Muslimin Indonesia (Masyumi).

KH.M. Hasyim Asy’ari meninggal dunia pada pukul 3.00 pagi, 25 Julai 1947, bertepatan dengan7 Ramadan 1366H.

KH. HASYIM ASY'ARIOleh:

Ustaz Amiruddin Mohd RosdiGuru, Sekolah Menengah Integrasi Teras Islam (SMITI) al-Hafi dz Kota Kinabalu

KHALWAH DAN UZLAH ADALAH TRADISI ANBIYA'DAN AULIYA' (BAHAGIAN 4)

Oleh:Abd. Rahman Tajudin @ Emang Galileo

Fellow CONCAVE-ISSI (Islamic & Strategic Studies Institute)

Sesungguhnya interaksi antara Ahli Tasawwuf dengan Allah SWT terjadi di dalam hati. Hati memilikikekuatan yang sungguh hebat dalam penyingkapan hakikat kehidupan.

Maka dengan itu, manusia seharusnya memiliki hati seperti "bukitzamrud" yang selalu bersedia menerima gelombang penyingkapan Ilahi (al-tajalliyat) yang mengalir kepadanya daripada Allah SWT.

Berkenaan dengan hal keadaan hati ini, Sheikh Ibrahim Haqqi pernah menuturkan:

"Hati adalah Rumah Allah SWT, maka bersihkanlah hati daripadayang selain Dia, agar siang malam Ar-Rahman sentiasa adadi sanubari insani".

Maka dengan ini hati menyimpan rahsia besar Ilahi. Seharusnya hati perlu dipenuhi cinta hanya kepada Allah SWT semata-mata. Hal ini kerana hati yang satu tidak akan memiliki cinta yang kedua. Allah SWTtelah berfi rman kepada nabi Daud AS:

"Wahai Daud, sesungguhnya Aku mengharamkan hati manusia untuk dimasuki cintaKu dan cinta yangselain Aku secara bersamaan."

Maka dengan ini, hati yang masih dipenuhi dengan cinta duniawi yang rendah tidak akan dimasuki oleh kalimah Allah SWT yang tinggi. Jikalau dikosongkan daripada duniawi akan menyebabkan penyedian ruang medium hakikat ketuhanan untuk memasukinya.

Maka ahli Tasawwuf pernah mengatakan bahawa hati itu umpama rumah yang perlu dikosongkan agar iadiisi dengan kalimah Allah SWT yang luhur.

"Pengosongan" (al-ifragh) yang dimaksudkan adalah penyucian daripada makhluk. Tidak menyimpankeindahan duniawi yang maya di dalam hati tetapi menguasainya di tangan sahaja, tidak di hati. Hatihanya tempat Ilahi.

Pengosongan hati merupakan suatu penjernihan daripada memikirkan yang lain (selain Allah SWT).

Ia menjauhkan insan daripada semua perhatian asing kepada fokus hanya Allah SWT sahaja.

Penyucian daripada pelbagai hubungan yang tidak mengingatkan kita kepada Allah SWT dan daripadahal-hal yang tidak berguna sama sekali kepada yang lebih bermanfaat.

Menfokuskan kepada hakikat kebenaran yang Baqa' meninggalkan penipuan yang Fana'.

Tasawwur Jejak Ulama

SHOUTUL ISLAM BIL. 1 - 14 Jamadilawal 1441H/10 Januari 2020M16 SHOUTUL ISLAM BIL. 1 - 14 Jamadilawal 1441H/10 Januari 2020M 5

Page 6: Dari Meja Editor Laman Puisi Islampada tahun 2020 ini. Setelah berehat selama hampir 2 minggu. Rakan-rakan penulis kembali aktif menyediakan bahan penulisan untuk majalah ini yang

ALLAH SWT TIDAK BOLEH DILIHAT OLEH MANUSIAOleh:

Ustaz Abdillah bin Haji Nanun

SOALANUstaz, mengapakah kita tidak boleh melihat Allah SWT? Mohon penjelasan ustaz.

JAWAPANTerima kasih mengenai pertanyaan yang tersebut di atas. Salah satu keagungan dan kebesaran Allah SWT ialah kita tidak mampu melihat-Nya kerana kalau Allah SWT boleh kita lihat, tentu Dia bukan Tuhan.

Sesuatu yang dapat dilihat dengan mata dan terjangkau oleh akal manusia bererti dapat dikuasai. Bukan Allah SWT yang menguasai manusia, tapi manusia yang menguasai Allah SWT. Firma Allah SWT dalam surah An-Nur ayat 35:

Yang bermaksud: “Allah SWT memberi cahaya kepada langit dan bumi.”

Dari cahaya timbul sinar. Sinar tidak dapat dilihat tetapi kerana adanya sinar, manusia boleh melihat apa-apa yang ada di sekeliling dengan terang. Jadi “tidak dapat dilihat” (ghaib) adalah bukti kebenaran ketuhanan Allah SWT. Berikut ialah kisah Nabi Musa AS ketika ingin melihat Allah SWT dalam surah al- A’raaf ayat 143.

Yang bermaksud: “Dan ketika Nabi Musa datang pada waktu Yang Kami telah tentukan itu, dan Tuhannya berkata-kata dengannya, maka Nabi Musa (merayu dengan) berkata: "Wahai Tuhanku! Perlihatkanlah kepadaKu (ZatMu Yang Maha Suci) supaya Aku dapat melihatMu". Allah berfirman: "Engkau tidak sekali- kali akan sanggup melihatKu, tetapi pandanglah ke Gunung itu, maka kalau ia tetap berada di tempatnya, nescaya Engkau akan dapat melihatKu", setelah Tuhannya "Tajalla" (menzahirkan kebesarannya) kepada Gunung itu, (maka) "TajalliNya" menjadikan Gunung itu hancur lebur dan Nabi Musa pun jatuh pengsan. setelah ia sedar semula, berkatalah ia: "Maha suci Engkau (Wahai Tuhanku), Aku bertaubat kepada-Mu, dan Akulah orang Yang awal pertama beriman (pada zamanku).”

Demikianlah Maha Agungnya Allah SWT sehingga pancaindera kita tidak mencapai untuk melihatnya. Semoga jawapan ringkas ini dapat memberikan impak dan kefahaman yang baik bagi kita semua.

Wallahu a’lam.

JAGA TULISAN DI MEDIA SOSIALOleh:

Mohd Azrul Nizam bin JunaidiFakulti Dakwah dan Komunikasi Universitas Islam Negeri Sunan Gunung Djati Bandung, Indonesia

Di zaman moden ini, dengan adanya social media dan internet, seseorang dengan mudah berbicara dan menyampaikan pendapatnya. Di social media lebih mudah menyampaikan aspirasi dan pendapat. Akan tetapi sosial media ada juga sisi negatifnya, iaitu setiap orang bebas berbicara negatif, mencaci dan mencela. Lebih bebas dari dunia nyata kerana ia dapat berlindung di balik akaun.

Sebagai seorang mukmin, tentu sangat tidak layak berbicara kasar, mencela dan melaknat bila pun dan di mana pun, baik di dunia nyata mahupun dunia maya.

Nabi Shallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda:

“Sesungguhnya orang mukmin itu orang yang tidak suka melaknat, mencela, berkata keji, dan kotor.” (HR. Ahmad 1/416; shahih).

Hendaklah kita berhati-hati menjaga lisan kita di dunia nyata dan menjaga tulisan serta komentar kita di dunia maya. Kerana tulisan ini kedudukannya sama dengan ucapan lisan sebagaimana kaedah:

“Tulisan (hukumnya) sebagaimana lisan.”

Ketika lisan suka mencaci, mencela, melaknat, ghibah dan berkata-kata kotor kepada orang lain, ini sama saja kita akan “berbagi pahala percuma” kepada mereka kemudian kita akan bankrap. Mengapa demikian? Kerana dengan lisan dan tulisan kita, mereka yang kita cela dan caci-maki adalah pihak yang kita zalimi. Jika kita tidak meminta maaf di dunia, maka urusan akan berlanjut di akhirat.

Di akhirat kita tidak dapat meminta maaf begitu saja, akan tetapi ada bayarannya. Tidak berbentuk duit atau harta. Kerana ini sudah tidak bermanfaat di hari kiamat.

Allah SWT berfirman:

“Pada hari di mana harta dan anak-anak lelaki tidak berguna, kecuali orang-orang yang menghadap Allah dengan hati yang selamat.” (Asy-Syu’araa`: 88 - 89).

Jagalah lisan sebelum kita diadili di akhirat. Tahukah anda bahawa di dunia ini cukup sukar mencari keadilan yang seadil-adilnya. Ini adalah bukti adanya kehidupan setelah kematian di mana pada hari tersebut akan ada keadilan yang seadil-adilnya. Hendaklah kita sebagai seorang muslim menjaga lisan kita, kerana memang lidah itu tidak bertulang, sangat mudah kita dengan lisan dan tulisan kita menyakiti orang lain. Terlebih yang disakiti adalah sesama muslim yang sejatinya bersaudara. Allah SWT berfirman:

“Dan orang-orang yang menyakiti orang-orang mu’min dan mu’minat tanpa kesalahan yang mereka perbuat, maka sesungguhnya mereka telah memikul kebohongan dan dosa yang nyata.” (Al-Ahzab: 58).

Nabi Shhallallahu ‘Alaihi Wasallam menjamin syurga mereka yang mampu menjaga lisannya. Baginda bersabda:

“Barangsiapa bisa memberikan jaminan kepadaku (untuk menjaga) apa yang ada di antara dua janggutnya dan dua kakinya, maka kuberikan kepadanya jaminan masuk syurga.” (HR. Bukhari).

Remaja Kemusykilan Agama

SHOUTUL ISLAM BIL. 1 - 14 Jamadilawal 1441H/10 Januari 2020M6 SHOUTUL ISLAM BIL. 1 - 14 Jamadilawal 1441H/10 Januari 2020M 15

Page 7: Dari Meja Editor Laman Puisi Islampada tahun 2020 ini. Setelah berehat selama hampir 2 minggu. Rakan-rakan penulis kembali aktif menyediakan bahan penulisan untuk majalah ini yang

Maksudnya: "Dialah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) - untuk menguji danmenzahirkan keadaan kamu: siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya; dan Dia Maha Kuasa(membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang yang bertaubat).”Ayat ini dijadikan dalil oleh sebahagian ulama bahawa kematian dan kehidupan adalah benar-benarwujud kerana ia juga merupakan makhluk ciptaan Allah SWT. Allah SWT yang telah menjadikan proseskematian dan kehidupan dengan menetapkan masa kematian dan kehidupan untuk menguji siapakahdi antara hamba-Nya yang baik amalnya.Allah SWT menyebut kematian dahulu diikuti dengan kehidupan. Mati di sini bermaksud ‘tanpa kehidupan’ yang merangkumi fasa sebelum kelahiran dan selepas kehidupan seseorang manusia. Manakala hiduppula meliputi kehidupan di alam dunia dan kehidupan di alam akhirat.Setiap manusia akan melalui ujian bagi mengenalpasti siapakah yang paling taat dan ikhlas dalamberamal. Penilaian di sisi Allah SWT adalah pada kualiti amal tersebut, bukan pada kuantitinya keranadalam ayat ini Allah SWT tidak mengatakan: “yang paling banyak amalnya”.Di akhir ayat ini Allah SWT menyatakan bahawa “Dan Dia Maha Perkasa dan Maha Pengampun.” Duasifat Allah SWT yang ditonjolkan dalam frasa hujung ini menunjukkan kesempurnaan sifat-Nya. Allah SWTitu Maha Perkasa lagi Maha Teliti dalam melakukan penilaian dan hukuman, maka manusia mestilahmelakukan segala amal dengan penuh kesungguhan, istiqomah dan ikhlas agar amalan mereka diterimaoleh Allah SWT. Pada masa yang sama, Allah SWT juga bersifat Maha Pengampun pada hamba-Nyayang melakukan kesilapan dan sentiasa membuka ruang untuk hamba-Nya bertaubat selagi belumdijemput ajal.Mati satu perkataan yang amat digeruni oleh sesetengah individu. Tidak dapat disangkal perihal kematiansememangnya sesuatu kejadian yang amat dahsyat untuk dilalui. Namun lupa untuk membuat persiapanmenghadapinya adalah sesuatu yang lebih besar kedahsyatannya. Lantaran itu ajaran Islam menganjurkankita sentiasa mengingati mati agar ianya mampu menghidupkan hati yang sering terkubur mati keranahambatan duniawi dan kemaksiatan.Baginda Nabi SAW pernah ditanya mengenai manusia yang cerdik lalu Baginda Nabi SAW menjawab: “Yang paling banyak mengingati kematian antara mereka dan paling bagus persiapannya selepaskematian. Mereka itu orang-orang yang cerdik.” (Hadis Riwayat Imam Ibnu Majah).Mengapa Baginda Nabi SAW menyuruh kita sentiasa mengingati mati? Ini adalah kerana mati itu sesuatu yang benar dan pasti dialami setiap manusia. Tidak kira di pelosok mana sekalipun kita berada, tidak kirasekukuh mana sekalipun bangunan kita bersembunyi, jika sudah tiba masanya kita dijemput untukmenghadap Illahi, pastinya kita tidak akan mampu lari daripadanya. Mengingat kematian, menurut Imam Al-Ghazali, dapat mengubati jiwa yang sakit, menyegarkan semangat yang letih, serta membangun kembali kekuatan dan energi batiniah yang tidak berdaya. Maka semakinbanyak mengingat kematian, semakin meningkat pula ketekunan dan optimisme dalam melaksanakanhak-hak Allah SWT.Apa yang pasti mati itu datangnya tanpa notis pemberitahuan kerana ia dalam rahsia Allah SWT.Mengapa? Supaya hati setiap manusia sentiasa celik mengerah seluruh anggota tubuh badanmenyiapkan bekalan untuk menghadapinya. Beruntunglah orang yang melihat kematian itu sebagai satu ibrah, peringatan dan peluang keinsafan untuk memohon keampunan sambil mengikhlaskan amalibadahnya.

AYAT AL-QURAN SURAH ALMULK : 2"MENGINGATI MATI MENGHIDUPKAN HATI”

Oleh:Awang Juri bin Ag. Tahir @ AJAT

Sesungguhnya para ulama merupakan pewaris Nabi. Mereka tidak mewarisiharta dan kekayaan para nabi, akan tetapi mereka mewarisi ilmu para Nabi. Hal inilah yang menjadikan merekapewaris para Nabi, dan meneruskan tugas kenabian menebarkan rahmat/kasih ke seluruh alam.

Keilmuan mereka menjadikan mereka tempat kepercayaan umat Islam. Mereka menjadi rujukan bagi umat, dalamsegenap urusan mereka, sama ada yang bersifat ibadat atau muamalat/interaksi sehari-hari. Umat Islam yangmenginginkan keselamatan ukhrawi, akan merujuk para ulama. Mereka menjauhi perkara-perkara yang haram, atasnasihat para ulama ini. Para ulama memberikan teguran dan saranan, atas nama ‘amar makruf nahi mungkar’.

Lalu bagaimana pula sekiranya, para ulama sendiri yang melakukan kemungkaran? Bagaimana mungkin kepercayaanumat akan kekal kepada mereka? Yang lebih teruk lagi, bagaimana mungkin kepercayaan umat akan kekal kepadailmu para nabi? Mereka akan mengatakan, “Lihatlah para ulama! Mereka paling alim akan ajaran para nabi, tetapitetap sahaja melakukan kemungkaran? Korupsi? Merompak harta umat?” Dan senarainya akan berpanjangan.

Apatah lagi, kemungkaran tersebut kerana kecintaan para ulama terhadap dunia. Hal ini bukanlah sesuatu yangbaharu kita alami. Sejak awal, sekitar kurun 3 Hijriyah lagi, Imam al-Harits al-Muhasibi rahimahullah (w243H)telah mengkritik sebilangan ulama yang mencintai dunia, dan khianat kepada ilmunya. Mereka mendakwa bahawaIslam itu cuma fiqh dan amalan zahir sahaja, dan mengabaikan dosa-dosa batin seperti tamak haloba dan cintakandunia.

Mari kita hayati bersama, di sini penulis membawakan terjemahan sebahagian daripada Kitab Al-Ilm karangan beliaurahimahullah;

“Mereka (para ulama yang jahat itu) lah yang lupa siapakah yang miskin, lalu merekapun tersalah jalan. Mereka inginkandunia, lalu mereka tak mampu memperolehinya sesuai apa yang membuat mereka redha. Orang yang telahdikurniakan rezeki pula tidak memberikan manfaat kepada mereka, maka merekapun berusaha mendapatkannyadan menerbalikkan urusannya (agar menjadi buruk). Mereka tak diberikan peluang dan kemampuan oleh golonganyang jiwa mereka inginkannya (yakni dunia pada orang itu) dan pandangan mereka memasang cita-citaberkenaannya. Serta yang diri mereka sendiri tak mampu untuk dapatkan dengan asbab mencari rezeki danmendapatkan dunia."

Mereka berpendapat bahawa kehidupan yang selesa, bersenang-lenang dengannya, sentiasa dengannya, dan mendapatkan harta melalui asbab agama itu, lebih pantas mencapaikan kepada apa yang mereka sukakan, lebihmenyampaikan dan mendekatkan mereka kepada impian mereka, lebih menyampaikan kepada kemuliaan (duniawi)dan kepimpinannya dan lebih berjaya buat mereka dalam usaha (mendapatkan dunia).

Mereka menzahirkan berhias-hias (dengan pakaian agama), pura-pura khusyuk, dan mendakwa bahawa merekaadalah penuntut ilmu dan penghafalnya, agar mereka itu dinilai tinggi di dalam hati orang-orang awam.

Dengan itu, mereka menyembunyikan mazhab-mazhab (sesat) mereka, dan mereka membuatkan orang ramai butaakan tujuan sebenar mereka. Mereka berhias-hias dengan hiasan anak-anak Akhirat, sedangkan amalan mereka ialah amalan ahli dunia. Rupa orang soleh, tapi perilaku orang yang menindas. Lidah orang-orang jujur, tapi perilaku orang takabur.

Semoga Allah SWT memelihara kami dan kamu daripada sifat ini, dan semoga Dia mencukupkan kami dan kamudengan kurnia-Nya, daripada perkara seperti apa yang mereka (ulama jahat) ini usahakan daripada dunia! SungguhlahDia itu Maha Pemurah nan Dermawan!”

ULAMA DAN DUNIA: MEMBACAKRITIKAN IMAM AL-HARITSAL-MUHASIBIOleh: Mohammad Syafi q Ismail Exco Dakwah dan Tarbiah ABIM Sabah

Tinta Ilmiah Inti Sari Ayat Al-Quran

SHOUTUL ISLAM BIL. 1 - 14 Jamadilawal 1441H/10 Januari 2020M14 SHOUTUL ISLAM BIL. 1 - 14 Jamadilawal 1441H/10 Januari 2020M 7

Page 8: Dari Meja Editor Laman Puisi Islampada tahun 2020 ini. Setelah berehat selama hampir 2 minggu. Rakan-rakan penulis kembali aktif menyediakan bahan penulisan untuk majalah ini yang

HUKUM IKTIKAF BAGI WANITA HAIDOleh:

Nursyuhada AsparAkademi Pengajian Islam Kontemporari Universiti Teknologi Mara, Samarahan II

Seperti yang kita tahu,banyak manfaat bagi mereka yang mengejar 10 malam terakhir Ramadhan dengan beriktikaf di masjid. Persoalannya, adakah boleh bagi seorang wanita yang sedang didatangi haid untuk beriktikaf di masjid bagi mengejar 10 malam terakhir Ramadhan?

Ada pun untuk hukum wanita haid beriktikaf, terdapat perbezaan pandangan di kalangan ulama. Pendapatpertama, jumhur (majoriti) ulama empat mazhab menyatakan haram dan tidak sah bagi seorang wanitayang haid untuk beriktikaf di masjid. Ini kerana antara syarat sah iktikaf adalah suci daripada junub, haiddan nifas. Selain itu, terdapat dalil-dalil yang menjadi hujah kepada larangan untuk wanita haid dudukdi dalam masjid. Antara dalilnya:

Firman Allah SWT: “Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu solat, sedang kamu dalam keadaan mabuk, sehingga kamu mengerti apa yang kamu ucapkan, (jangan pula hampiri masjid) sedang kamudalam keadaan junub, kecuali sekadar berlalu sahaja, hingga kamu mandi.” (Surah An-Nisa’: 43).

Melalui ayat ini, keadaan junub disamakan dengan keadaan haid iaitu berhadas besar. Oleh itu, wanita haid juga tidak dibenarkan duduk di masjid melainkan untuk melintasinya sahaja seperti mana keadaan junub.Terdapat juga hadith yang melarang orang yang berada dalam keadaan junub dan wanita haid untuk memasuki masjid. Sabda Rasulullah SAW:

Maksudnya: "Aku tidak menghalalkan bagi orang haid atau junub memasuki masjid."

Hadis tersebut dikeluarkan oleh Imam Abu Daud dalam kitab Sunannya, Imam al-Bukhari dalam al-Tarikh al-Kabir, Ibn Khuzaimah dalam Shahihnya dan Imam al-Baihaqi dalam al-Sunan al-Kubra.

Terdapat juga larangan iktikaf untuk wanita dalam sebuah hadith yang diriwayatkan oleh ‘Aisyah RA. Beliau berkata:

“Dahulu para wanita melakukan iktikaf. Apabila mereka haid, Rasulullah SAW memerintahkan merekauntuk keluar dari masjid.” (Riwayat ini disebutkan Ibn Qudamah dalam al-Mughni 3:206 dan beliaumenyatakan: Diriwayatkan oleh Abu Hafs al-Akbari. Ibnu Mufl ih dalam al-Furu’ 3:176 juga menyebutkanriwayat ini dan beliau nisbahkan sebagai riwayat Ibnu Battah. Kata Ibnu Mufl ih: “Sanadnya baik”).

Bahkan ulama mazhab Hanafi menetapkan syarat yang lebih ketat untuk iktikaf di bulan Ramadan di mana syarat sah iktikaf di sisi Hanafi adalah turut disertai dengan puasa. Kerana itu, wanita haid tidak bolehberpuasa dan tidak sah iktikafnya. Manakala pendapat kedua, mazhab Zahiri menyatakan sah untukwanita haid beriktikaf. Ini kerana mazhab Zahiri berpegang dengan dalil-dalil yang menyatakan tiadalarangan untuk wanita haid duduk di dalam masjid.

Oleh yang demikian, berdasarkan kepada pandangan dinyatakan di atas jelaslah bahawa pandanganjumhur lebih kuat iaitu wanita haid tidak sah iktikafnya kerana syarat sah ibadah iktikaf itu ialah sucidaripada hadas. Sememangnya seorang wanita secara fi trahnya akan merasa sedih kerana banyak amal ibadah yang tidak dapat dilakukan kerana haid dalam Ramadan seperti puasa, solat tarawih dan qiamullail. Namun, dianjurkan untuk wanita yang haid memperbanyakkan zikir dan doa khususnya di sepuluh malam terakhir Ramadan ini. Wanita haid juga insya-Allah akan mendapat pahala menghidupkan malam al-qadar sekiranya berusaha untuk melaksanakan amalan ini.

MENGIKUTI SYARIAT ALLAH SWT ADALAH TIANGKEIMANAN

Oleh:Ustaz Mohd Azlan bin Haji Bakri

Pensyarah Institut Tahfi z Al-Quran Negeri Sabah (ITQAS)

MAKSUD HADISDaripada Abi Muhammad Abdullah bin Amru bin al-‘As R.Anhuma beliau telahberkata: bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: "Tidak beriman (belumsempurna iman) salah seorang dari kamu sehingga hawa nafsunya tunduk menuruti ajaran yang telah aku bawa (sampaikan)."

(Hadis ini hadis hasan sahih yang telah kami riwayatkannya dari kitab al-Hujjah. Nama penuhkitab al-Hujjah di sini ialah karangan al-Syeikh Abu al-Fath Nasrbin Ibrahim al-Maqdisi al-Syafi e al-Faqih al-Zahid. Kitab ini ialah kitab Usuluddin berasaskan kepadakaedah ahli Hadis dan Sunnah dengan sanad yang baik).

HURAIAN HADISHadis ini menerangkan kepada kita berkenaan salah satu daripada tuntutan lman, iaitu mestilah hawanafsu kita tunduk dan menurut semua ajaran yang dibawa oleh Rasulullah SAW. Sekiranya seseorangitu lebih mengutamakan hawa nafsunya daripada mengamalkan ajaran lslam dan menyintai perkaramaksiat berbanding amal kebajikan, maka lmannya belum lagi sempurna.

Hadis ini selari dengan fi rman Allah SWT dalam surah al-Nisa ayat 65, maksudnya: "Demi Tuhanmu,mereka tidak dikatakan beriman sebelum mereka berhukum kepada kamu mengenai perselisihan sesamamereka, mereka tidak berasa berat hati atas keputusan kamu serta menerima dengan pasrah sepenuhnya."

keimanan yang sempurna tidak akan terhasil sehingga hawa nafsu seseorang mengikuti apa yangdibawa oleh Rasulullah SAW. Hal ini juga bermakna bahawa seseorang wajib mendahulukan syariat Islamdibandingkan dengan kehendak dan hawa nafsunya. Sekiranya terdapat pertentangan antara kehendaknya dengan syariat Islam, maka dia wajib mendahulukan syariat Islam.

PENGAJARAN HADIS1. Hawa nafsu manusia lebih cenderung pada keburukan dan dan tidak memperdulikan syariat Islam.

2. Untuk meningkatkan iman ke tahap kesempurnaan, seseorang itu perlu mencintai apa yang dicintai Allah SWT dan benci apa yang dibenci Allah SWT.

3. Bermujahadah ke atas hawa nafsu adalah kebahagian dan keselamatan.

RUJUKAN:● Al-Kafi Syarah 40 Hadis, Dr Zulkifl i Mohammad Al-Bakri, Pustaka Cahaya Kasturi Sdn Bhd, Cetakan Pertama, 2016.● Al-Wafi Syarah Hadith 40 Imam Nawawi, Dr Mustafa Al-Bugha, Muhyiddin Misto, Al-Hidayah Publication, 2016.

Fiqh Wanita Sentuhan Hadis

SHOUTUL ISLAM BIL. 1 - 14 Jamadilawal 1441H/10 Januari 2020M8 SHOUTUL ISLAM BIL. 1 - 14 Jamadilawal 1441H/10 Januari 2020M 13

Page 9: Dari Meja Editor Laman Puisi Islampada tahun 2020 ini. Setelah berehat selama hampir 2 minggu. Rakan-rakan penulis kembali aktif menyediakan bahan penulisan untuk majalah ini yang

PERBAHASAN DAN HAKIKAT KALAMULLAH (A-QURAN) (BAHAGIAN 1)

Oleh:Abdu Khalil bin Hassan

Kalam Allah atau Al-Quran dikenali dengan berbagai ciri dan sifat. Salah satu antaranya adalah ia merupakan kitab yang keasliannya telah dijamin oleh Allah SWT dan ia adalah kitab yang terpelihara dan terjaga sebagaimana dalam firman Allah SWT dalam Surah Al Hijr:

Bermaksud: “Sesungguhnya Kami yang menurunkan Al-Quran dan Kamilah Pemelihara-pemelihara-Nya.”

Demikianlah Allah SWT menjamin keaslian al-Quran yang dikurniakan atas dasar Kekuasaan dan dalam pengetahuan Allah SWT. Dengan jaminan ayat tersebut, maka setiap muslim percaya dan yakin bahawa apa yang dibaca dan didengarnya sebagai al-Quran tidak berbeza sedikitpun dengan apa yang pernah dibaca oleh baginda Rasulullah SAW dan apa yang didengar serta dibaca oleh para sahabat Nabi SAW.

Persoalannya dalam Ilmu Kalam ialah: Kalau Kalam Allah (Al-Quran) itu merupakan sifat, maka ia mesti kekal, di samping itu, kalau kalam Allah itu tersusun maka ia mestilah diciptakan dan tidak boleh kekal.

Dalam Kitab al-Ibanah, Imam Abu Hasan al-Ash’ari menyatakan bahawa, secara hakiki, Kalam Allah itu adalah apa yang dapat diingat dalam hati, diucapkan dan dibaca dengan lidah, serta ditulis di dalam kitab, bukan dalam erti kiasan dan bukan sesuatu hal yang terjadi pada selain Allah SWT kerana jika kalam Allah terjadi pada selain-Nya bererti Dia tidak berkata-kata, tidak memerintah, tidak melarang dan tidak memberi penjelasan dengan kalam-Nya. Pandangan yang demikian, mengikut Imam Abu Hassan Al-Ash’ari, tidak bersesuaian dengan ayat al-Quran dalam Surah Toha Ayat 14:

bermaksud: “Sesungguhnya Aku ini adalah Allah, tidak ada Allah selain Aku, maka sembahlah Aku.”

Seterusnya dalam kitab Sharh al-usul al-khamsah sebagai respon kepada pandangan Kaum Muktazilah yang mengatakan bahawa kalam Allah bukanlah bersifat kekal tetapi bersifat baharu dan ia diciptakan Allah SWT dan ia adalah makhluk. Pandangan Imam Abu Hassan al-Ash’ari sebaliknya, beliau berpendapat bahawa kalam Allah tidaklah diciptakan sebab kalau ia diciptakan, maka ia bertentangan dengan firman Allah SWT dalam Surah An-Nahl ayat 40:

Maksudnya: “Sesungguhnya apabila Kami menghendaki sesuatu, Kami hanya mengatakan kepadanya: Jadilah! lalu jadi.”

Menurut Imam Abu Hassan al-Ash’ari dalam Kitab Al-Luma’, ayat tersebut menegaskan bahawa untuk penciptaan itu memerlukan kalimah ‘kun’ dan untuk terciptanya ‘kun’ ini perlu pula kata ‘kun’ yang lain; begitulah seterusnya sehingga terdapat rentetan kata-kata ‘kun’ yang tidak berkesudahan. Oleh kerana itu, al-Quran tidak mungkin diciptakan. Hujah ini berdasarkan pada firman Allah SWT dalam Surau Al Rum ayat 25:

Maksudnya: “Di antara tanda-tanda-Nya ialah terjadinya langit dan bumi atas perintah-Nya.”

Dalam ayat di atas disebutkan bahawa langit dan bumi terjadi dengan perintah Allah SWt. Perintah mempunyai wujud dalam bentuk kalam Allah. Dengan demikian, dalam kitab al-Ibanah Imam Abu Hassan al-Ash’ari melanjutkan bahawa perintah Allah SWT adalah kalam Allah dan merupakan sifat dan sebagai sifat Allah SWT maka mestilah ia kekal. Dalam erti kata lain, al-Quran bukan makhluk.

PENJAJAHAN DAN JATI DIRIOleh:

Tuan Haji Sainuri bin Yahmin

Negara yang pernah dijajah acapkali terperangkap oleh pola fikir atau “mindset” colonial masters. Seolah-olah sistem yang ditanam oleh colonial masters itu terlalu dalam cerucuknya hingga terlalu sukar untuk dibongkar hingga ke akar umbinya. Sistem bernegara memang amat ketara bertahan dan berterusan hingga berzaman. Walaupun telah memperoleh kemerdekaan namun sistem ekonomi, politik, sosial dan pendidikan tidak mampu diubah oleh anak bangsa yang menjadi pengemudi.

Fenomena yang kita hadapi ini bukanlah baru. Sejak 600 tahun dahulu, Ibnu Khaldun sarjana sosiologi dan falsafah Islam pernah membuat pemerhatian tentang peristiwa ini. Beliau membuat catatan dalam kitab Muqaddimah, bahawa bangsa yang pernah ditakluki oleh sebuah kuasa lain lazimnya terus menjadi kagum terhadap penakluknya. Oleh sebab itu mereka gemar meniru pakaian, simbol, kepercayaan, budaya dan amalan bangsa yang menakluki mereka. Mereka menyangka bangsa yang mengalahkan mereka ialah bangsa yang agung.

Akibatnya mereka tidak percaya bahawa mereka mungkin dikalahkan oleh faktor-faktor yang biasa sahaja. Oleh sebab itu, kita tidak berasa hairan apabila ada dalam kalangan kita yang terus mengagumi kuasa Inggeris. Mereka terus terkesima dengan bahasa Inggeris. Mereka tidak dapat melihat kejayaan bahasa Melayu dalam memandaikan rakyat kerana minda mereka sudah terjajah oleh Inggeris. Bagi mereka, bahasa Inggeris dapat digunakan untuk menjayakan segala-galanya. Kejayaan bahasa Melayu melahirkan ribuan doktor, jurutera, ahli kimia, ahli farmasi dan lain-lain, dan mereka yang berjaya ini pula mampu mengikuti pengajian sarjana dan kedoktoran di Korea, Jepun, Rusia, Mesir atau Sweden, tidak membuktikan apa-apa kepada mereka. Mereka tetap terjajah dalam minda yang mengagungkan bahasa Inggeris.

Idea minda terjajah ini juga dikongsi oleh seorang sarjana sosiologi Islam lain, iaitu Malek Bennabi. Sarjana kelahiran Algeria ini menerima pendidikan di Perancis. Beliau banyak membuat kajian dan pengamatan tentang fenomena bahasa dan bahasa pengantar pendidikan dan kesannya terhadap pemikiran seseorang. Dalam bukunya Islam in History and Society (1954), beliau membincangkan cara sejarah penjajahan menimbulkan fenomena penjajahan minda. Ada kalanya ungkapan minda tertawan dan minda terjajah juga digunakan bagi mendeskripsi senario yang sama akibat penjajahan. Malek Bennabi membuat pengamatan bahawa "fenomena kedwibahasaan mencipta kesan-kesan yang sangat bertentangan dengan kebudayaan kebangsaan kita masing-masing." Hal ini berlaku apabila kita menerima pendidikan dalam sebuah bahasa lain, lazimnya bahasa penjajah, minda kita terus kagum terhadap budaya bahasa yang kita gunakan untuk belajar tersebut. Akibatnya kita mungkin menjadi individu yang buta budaya sendiri, malah menghinanya, dan ada kalanya boleh mengkhianatinya.

Hakikatnya, bahasa yang tidak digunakan dalam pendidikan, pengaruhnya akan menjadi sangat terhad. Bahasa yang tidak digunakan dalam pendidikan, lazimnya tidak dapat didaulatkan, malah Bahasa tersebut dipandang remeh oleh penuturnya. Itulah sebabnya, dari segi lakuan bahasa, bahasa Melayu yang digunakan penuturnya ialah bahasa rendah dan terhad. Lakuan sebeginilah yang membuktikan penggunanya memandang bahasa Melayu rendah dan remeh.

Apabila kita menggunakan bahasa asing sebagai bahasa pendidikan kita, maka kita akan menggalakkan penjajahan minda. Minda yang terjajah akan terus kagum dan terkesima dengan budaya bahasa penjajahnya. Akhirnya akan terubah nilai jati dirinya. Menariknya, mengapa sebahagian besar orang Jepun, Korea dan Cina contohnya masih kekal seperti sedia kala? Hal ini berlaku kerana bahasanya. Sistem pendidikan menggunakan bahasa sendiri, mereka bebas daripada unsur penjajahan minda. Mereka dapat menempah kemodenan melalui bahasa sendiri dan mengekalkan jati diri asli.

Akidah Artikel Pilihan

SHOUTUL ISLAM BIL. 1 - 14 Jamadilawal 1441H/10 Januari 2020M12 SHOUTUL ISLAM BIL. 1 - 14 Jamadilawal 1441H/10 Januari 2020M 9

Page 10: Dari Meja Editor Laman Puisi Islampada tahun 2020 ini. Setelah berehat selama hampir 2 minggu. Rakan-rakan penulis kembali aktif menyediakan bahan penulisan untuk majalah ini yang

Program Tautan Kasih Ukhuwah Perpaduan Ziarah Mahabbah bersama Yang BerbahagiaDatuk Ustaz Haji Saifulzaman bin Sangul, Pengarah JHEAINS anjuran Bahagian Dakwah JHEAINS

dan Bahagian Zakat MUIS di Kampung Kabang Papar pada 6 Januari 2020. Hadir bersamadi program tersebut Yang Berbahagia Datuk Seri Panglima Dr. Hj. Hasbullah Hj. Mohd. Taha

Yang Dipertua Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) untuk menyampaikan sumbangan wang zakat kepada asnaf yang layak menerimanya di kampung tersebut

Hari Keluarga JHEAINS Kota Belud bersamaYang Berbahagia Datuk Ustaz Haji Saifulzaman bin Sangul, Pengarah JHEAINS

di Pusat Pelancongan Kalangadan Ku, Kg. Nahaba Kota Beludpada 24 Disember 2019

Peristiwa Peristiwa

SHOUTUL ISLAM BIL. 1 - 14 Jamadilawal 1441H/10 Januari 2020M10 SHOUTUL ISLAM BIL. 1 - 14 Jamadilawal 1441H/10 Januari 2020M 11

Page 11: Dari Meja Editor Laman Puisi Islampada tahun 2020 ini. Setelah berehat selama hampir 2 minggu. Rakan-rakan penulis kembali aktif menyediakan bahan penulisan untuk majalah ini yang

Program Tautan Kasih Ukhuwah Perpaduan Ziarah Mahabbah bersama Yang BerbahagiaDatuk Ustaz Haji Saifulzaman bin Sangul, Pengarah JHEAINS anjuran Bahagian Dakwah JHEAINS

dan Bahagian Zakat MUIS di Kampung Kabang Papar pada 6 Januari 2020. Hadir bersamadi program tersebut Yang Berbahagia Datuk Seri Panglima Dr. Hj. Hasbullah Hj. Mohd. Taha

Yang Dipertua Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) untuk menyampaikan sumbangan wang zakat kepada asnaf yang layak menerimanya di kampung tersebut

Hari Keluarga JHEAINS Kota Belud bersamaYang Berbahagia Datuk Ustaz Haji Saifulzaman bin Sangul, Pengarah JHEAINS

di Pusat Pelancongan Kalangadan Ku, Kg. Nahaba Kota Beludpada 24 Disember 2019

Peristiwa Peristiwa

SHOUTUL ISLAM BIL. 1 - 14 Jamadilawal 1441H/10 Januari 2020M10 SHOUTUL ISLAM BIL. 1 - 14 Jamadilawal 1441H/10 Januari 2020M 11

Page 12: Dari Meja Editor Laman Puisi Islampada tahun 2020 ini. Setelah berehat selama hampir 2 minggu. Rakan-rakan penulis kembali aktif menyediakan bahan penulisan untuk majalah ini yang

PERBAHASAN DAN HAKIKAT KALAMULLAH (A-QURAN) (BAHAGIAN 1)

Oleh:Abdu Khalil bin Hassan

Kalam Allah atau Al-Quran dikenali dengan berbagai ciri dan sifat. Salah satu antaranya adalah ia merupakan kitab yang keasliannya telah dijamin oleh Allah SWT dan ia adalah kitab yang terpelihara dan terjaga sebagaimana dalam firman Allah SWT dalam Surah Al Hijr:

Bermaksud: “Sesungguhnya Kami yang menurunkan Al-Quran dan Kamilah Pemelihara-pemelihara-Nya.”

Demikianlah Allah SWT menjamin keaslian al-Quran yang dikurniakan atas dasar Kekuasaan dan dalam pengetahuan Allah SWT. Dengan jaminan ayat tersebut, maka setiap muslim percaya dan yakin bahawa apa yang dibaca dan didengarnya sebagai al-Quran tidak berbeza sedikitpun dengan apa yang pernah dibaca oleh baginda Rasulullah SAW dan apa yang didengar serta dibaca oleh para sahabat Nabi SAW.

Persoalannya dalam Ilmu Kalam ialah: Kalau Kalam Allah (Al-Quran) itu merupakan sifat, maka ia mesti kekal, di samping itu, kalau kalam Allah itu tersusun maka ia mestilah diciptakan dan tidak boleh kekal.

Dalam Kitab al-Ibanah, Imam Abu Hasan al-Ash’ari menyatakan bahawa, secara hakiki, Kalam Allah itu adalah apa yang dapat diingat dalam hati, diucapkan dan dibaca dengan lidah, serta ditulis di dalam kitab, bukan dalam erti kiasan dan bukan sesuatu hal yang terjadi pada selain Allah SWT kerana jika kalam Allah terjadi pada selain-Nya bererti Dia tidak berkata-kata, tidak memerintah, tidak melarang dan tidak memberi penjelasan dengan kalam-Nya. Pandangan yang demikian, mengikut Imam Abu Hassan Al-Ash’ari, tidak bersesuaian dengan ayat al-Quran dalam Surah Toha Ayat 14:

bermaksud: “Sesungguhnya Aku ini adalah Allah, tidak ada Allah selain Aku, maka sembahlah Aku.”

Seterusnya dalam kitab Sharh al-usul al-khamsah sebagai respon kepada pandangan Kaum Muktazilah yang mengatakan bahawa kalam Allah bukanlah bersifat kekal tetapi bersifat baharu dan ia diciptakan Allah SWT dan ia adalah makhluk. Pandangan Imam Abu Hassan al-Ash’ari sebaliknya, beliau berpendapat bahawa kalam Allah tidaklah diciptakan sebab kalau ia diciptakan, maka ia bertentangan dengan firman Allah SWT dalam Surah An-Nahl ayat 40:

Maksudnya: “Sesungguhnya apabila Kami menghendaki sesuatu, Kami hanya mengatakan kepadanya: Jadilah! lalu jadi.”

Menurut Imam Abu Hassan al-Ash’ari dalam Kitab Al-Luma’, ayat tersebut menegaskan bahawa untuk penciptaan itu memerlukan kalimah ‘kun’ dan untuk terciptanya ‘kun’ ini perlu pula kata ‘kun’ yang lain; begitulah seterusnya sehingga terdapat rentetan kata-kata ‘kun’ yang tidak berkesudahan. Oleh kerana itu, al-Quran tidak mungkin diciptakan. Hujah ini berdasarkan pada firman Allah SWT dalam Surau Al Rum ayat 25:

Maksudnya: “Di antara tanda-tanda-Nya ialah terjadinya langit dan bumi atas perintah-Nya.”

Dalam ayat di atas disebutkan bahawa langit dan bumi terjadi dengan perintah Allah SWt. Perintah mempunyai wujud dalam bentuk kalam Allah. Dengan demikian, dalam kitab al-Ibanah Imam Abu Hassan al-Ash’ari melanjutkan bahawa perintah Allah SWT adalah kalam Allah dan merupakan sifat dan sebagai sifat Allah SWT maka mestilah ia kekal. Dalam erti kata lain, al-Quran bukan makhluk.

PENJAJAHAN DAN JATI DIRIOleh:

Tuan Haji Sainuri bin Yahmin

Negara yang pernah dijajah acapkali terperangkap oleh pola fikir atau “mindset” colonial masters. Seolah-olah sistem yang ditanam oleh colonial masters itu terlalu dalam cerucuknya hingga terlalu sukar untuk dibongkar hingga ke akar umbinya. Sistem bernegara memang amat ketara bertahan dan berterusan hingga berzaman. Walaupun telah memperoleh kemerdekaan namun sistem ekonomi, politik, sosial dan pendidikan tidak mampu diubah oleh anak bangsa yang menjadi pengemudi.

Fenomena yang kita hadapi ini bukanlah baru. Sejak 600 tahun dahulu, Ibnu Khaldun sarjana sosiologi dan falsafah Islam pernah membuat pemerhatian tentang peristiwa ini. Beliau membuat catatan dalam kitab Muqaddimah, bahawa bangsa yang pernah ditakluki oleh sebuah kuasa lain lazimnya terus menjadi kagum terhadap penakluknya. Oleh sebab itu mereka gemar meniru pakaian, simbol, kepercayaan, budaya dan amalan bangsa yang menakluki mereka. Mereka menyangka bangsa yang mengalahkan mereka ialah bangsa yang agung.

Akibatnya mereka tidak percaya bahawa mereka mungkin dikalahkan oleh faktor-faktor yang biasa sahaja. Oleh sebab itu, kita tidak berasa hairan apabila ada dalam kalangan kita yang terus mengagumi kuasa Inggeris. Mereka terus terkesima dengan bahasa Inggeris. Mereka tidak dapat melihat kejayaan bahasa Melayu dalam memandaikan rakyat kerana minda mereka sudah terjajah oleh Inggeris. Bagi mereka, bahasa Inggeris dapat digunakan untuk menjayakan segala-galanya. Kejayaan bahasa Melayu melahirkan ribuan doktor, jurutera, ahli kimia, ahli farmasi dan lain-lain, dan mereka yang berjaya ini pula mampu mengikuti pengajian sarjana dan kedoktoran di Korea, Jepun, Rusia, Mesir atau Sweden, tidak membuktikan apa-apa kepada mereka. Mereka tetap terjajah dalam minda yang mengagungkan bahasa Inggeris.

Idea minda terjajah ini juga dikongsi oleh seorang sarjana sosiologi Islam lain, iaitu Malek Bennabi. Sarjana kelahiran Algeria ini menerima pendidikan di Perancis. Beliau banyak membuat kajian dan pengamatan tentang fenomena bahasa dan bahasa pengantar pendidikan dan kesannya terhadap pemikiran seseorang. Dalam bukunya Islam in History and Society (1954), beliau membincangkan cara sejarah penjajahan menimbulkan fenomena penjajahan minda. Ada kalanya ungkapan minda tertawan dan minda terjajah juga digunakan bagi mendeskripsi senario yang sama akibat penjajahan. Malek Bennabi membuat pengamatan bahawa "fenomena kedwibahasaan mencipta kesan-kesan yang sangat bertentangan dengan kebudayaan kebangsaan kita masing-masing." Hal ini berlaku apabila kita menerima pendidikan dalam sebuah bahasa lain, lazimnya bahasa penjajah, minda kita terus kagum terhadap budaya bahasa yang kita gunakan untuk belajar tersebut. Akibatnya kita mungkin menjadi individu yang buta budaya sendiri, malah menghinanya, dan ada kalanya boleh mengkhianatinya.

Hakikatnya, bahasa yang tidak digunakan dalam pendidikan, pengaruhnya akan menjadi sangat terhad. Bahasa yang tidak digunakan dalam pendidikan, lazimnya tidak dapat didaulatkan, malah Bahasa tersebut dipandang remeh oleh penuturnya. Itulah sebabnya, dari segi lakuan bahasa, bahasa Melayu yang digunakan penuturnya ialah bahasa rendah dan terhad. Lakuan sebeginilah yang membuktikan penggunanya memandang bahasa Melayu rendah dan remeh.

Apabila kita menggunakan bahasa asing sebagai bahasa pendidikan kita, maka kita akan menggalakkan penjajahan minda. Minda yang terjajah akan terus kagum dan terkesima dengan budaya bahasa penjajahnya. Akhirnya akan terubah nilai jati dirinya. Menariknya, mengapa sebahagian besar orang Jepun, Korea dan Cina contohnya masih kekal seperti sedia kala? Hal ini berlaku kerana bahasanya. Sistem pendidikan menggunakan bahasa sendiri, mereka bebas daripada unsur penjajahan minda. Mereka dapat menempah kemodenan melalui bahasa sendiri dan mengekalkan jati diri asli.

Akidah Artikel Pilihan

SHOUTUL ISLAM BIL. 1 - 14 Jamadilawal 1441H/10 Januari 2020M12 SHOUTUL ISLAM BIL. 1 - 14 Jamadilawal 1441H/10 Januari 2020M 9

Page 13: Dari Meja Editor Laman Puisi Islampada tahun 2020 ini. Setelah berehat selama hampir 2 minggu. Rakan-rakan penulis kembali aktif menyediakan bahan penulisan untuk majalah ini yang

HUKUM IKTIKAF BAGI WANITA HAIDOleh:

Nursyuhada AsparAkademi Pengajian Islam Kontemporari Universiti Teknologi Mara, Samarahan II

Seperti yang kita tahu,banyak manfaat bagi mereka yang mengejar 10 malam terakhir Ramadhan dengan beriktikaf di masjid. Persoalannya, adakah boleh bagi seorang wanita yang sedang didatangi haid untuk beriktikaf di masjid bagi mengejar 10 malam terakhir Ramadhan?

Ada pun untuk hukum wanita haid beriktikaf, terdapat perbezaan pandangan di kalangan ulama. Pendapatpertama, jumhur (majoriti) ulama empat mazhab menyatakan haram dan tidak sah bagi seorang wanitayang haid untuk beriktikaf di masjid. Ini kerana antara syarat sah iktikaf adalah suci daripada junub, haiddan nifas. Selain itu, terdapat dalil-dalil yang menjadi hujah kepada larangan untuk wanita haid dudukdi dalam masjid. Antara dalilnya:

Firman Allah SWT: “Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu solat, sedang kamu dalam keadaan mabuk, sehingga kamu mengerti apa yang kamu ucapkan, (jangan pula hampiri masjid) sedang kamudalam keadaan junub, kecuali sekadar berlalu sahaja, hingga kamu mandi.” (Surah An-Nisa’: 43).

Melalui ayat ini, keadaan junub disamakan dengan keadaan haid iaitu berhadas besar. Oleh itu, wanita haid juga tidak dibenarkan duduk di masjid melainkan untuk melintasinya sahaja seperti mana keadaan junub.Terdapat juga hadith yang melarang orang yang berada dalam keadaan junub dan wanita haid untuk memasuki masjid. Sabda Rasulullah SAW:

Maksudnya: "Aku tidak menghalalkan bagi orang haid atau junub memasuki masjid."

Hadis tersebut dikeluarkan oleh Imam Abu Daud dalam kitab Sunannya, Imam al-Bukhari dalam al-Tarikh al-Kabir, Ibn Khuzaimah dalam Shahihnya dan Imam al-Baihaqi dalam al-Sunan al-Kubra.

Terdapat juga larangan iktikaf untuk wanita dalam sebuah hadith yang diriwayatkan oleh ‘Aisyah RA. Beliau berkata:

“Dahulu para wanita melakukan iktikaf. Apabila mereka haid, Rasulullah SAW memerintahkan merekauntuk keluar dari masjid.” (Riwayat ini disebutkan Ibn Qudamah dalam al-Mughni 3:206 dan beliaumenyatakan: Diriwayatkan oleh Abu Hafs al-Akbari. Ibnu Mufl ih dalam al-Furu’ 3:176 juga menyebutkanriwayat ini dan beliau nisbahkan sebagai riwayat Ibnu Battah. Kata Ibnu Mufl ih: “Sanadnya baik”).

Bahkan ulama mazhab Hanafi menetapkan syarat yang lebih ketat untuk iktikaf di bulan Ramadan di mana syarat sah iktikaf di sisi Hanafi adalah turut disertai dengan puasa. Kerana itu, wanita haid tidak bolehberpuasa dan tidak sah iktikafnya. Manakala pendapat kedua, mazhab Zahiri menyatakan sah untukwanita haid beriktikaf. Ini kerana mazhab Zahiri berpegang dengan dalil-dalil yang menyatakan tiadalarangan untuk wanita haid duduk di dalam masjid.

Oleh yang demikian, berdasarkan kepada pandangan dinyatakan di atas jelaslah bahawa pandanganjumhur lebih kuat iaitu wanita haid tidak sah iktikafnya kerana syarat sah ibadah iktikaf itu ialah sucidaripada hadas. Sememangnya seorang wanita secara fi trahnya akan merasa sedih kerana banyak amal ibadah yang tidak dapat dilakukan kerana haid dalam Ramadan seperti puasa, solat tarawih dan qiamullail. Namun, dianjurkan untuk wanita yang haid memperbanyakkan zikir dan doa khususnya di sepuluh malam terakhir Ramadan ini. Wanita haid juga insya-Allah akan mendapat pahala menghidupkan malam al-qadar sekiranya berusaha untuk melaksanakan amalan ini.

MENGIKUTI SYARIAT ALLAH SWT ADALAH TIANGKEIMANAN

Oleh:Ustaz Mohd Azlan bin Haji Bakri

Pensyarah Institut Tahfi z Al-Quran Negeri Sabah (ITQAS)

MAKSUD HADISDaripada Abi Muhammad Abdullah bin Amru bin al-‘As R.Anhuma beliau telahberkata: bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: "Tidak beriman (belumsempurna iman) salah seorang dari kamu sehingga hawa nafsunya tunduk menuruti ajaran yang telah aku bawa (sampaikan)."

(Hadis ini hadis hasan sahih yang telah kami riwayatkannya dari kitab al-Hujjah. Nama penuhkitab al-Hujjah di sini ialah karangan al-Syeikh Abu al-Fath Nasrbin Ibrahim al-Maqdisi al-Syafi e al-Faqih al-Zahid. Kitab ini ialah kitab Usuluddin berasaskan kepadakaedah ahli Hadis dan Sunnah dengan sanad yang baik).

HURAIAN HADISHadis ini menerangkan kepada kita berkenaan salah satu daripada tuntutan lman, iaitu mestilah hawanafsu kita tunduk dan menurut semua ajaran yang dibawa oleh Rasulullah SAW. Sekiranya seseorangitu lebih mengutamakan hawa nafsunya daripada mengamalkan ajaran lslam dan menyintai perkaramaksiat berbanding amal kebajikan, maka lmannya belum lagi sempurna.

Hadis ini selari dengan fi rman Allah SWT dalam surah al-Nisa ayat 65, maksudnya: "Demi Tuhanmu,mereka tidak dikatakan beriman sebelum mereka berhukum kepada kamu mengenai perselisihan sesamamereka, mereka tidak berasa berat hati atas keputusan kamu serta menerima dengan pasrah sepenuhnya."

keimanan yang sempurna tidak akan terhasil sehingga hawa nafsu seseorang mengikuti apa yangdibawa oleh Rasulullah SAW. Hal ini juga bermakna bahawa seseorang wajib mendahulukan syariat Islamdibandingkan dengan kehendak dan hawa nafsunya. Sekiranya terdapat pertentangan antara kehendaknya dengan syariat Islam, maka dia wajib mendahulukan syariat Islam.

PENGAJARAN HADIS1. Hawa nafsu manusia lebih cenderung pada keburukan dan dan tidak memperdulikan syariat Islam.

2. Untuk meningkatkan iman ke tahap kesempurnaan, seseorang itu perlu mencintai apa yang dicintai Allah SWT dan benci apa yang dibenci Allah SWT.

3. Bermujahadah ke atas hawa nafsu adalah kebahagian dan keselamatan.

RUJUKAN:● Al-Kafi Syarah 40 Hadis, Dr Zulkifl i Mohammad Al-Bakri, Pustaka Cahaya Kasturi Sdn Bhd, Cetakan Pertama, 2016.● Al-Wafi Syarah Hadith 40 Imam Nawawi, Dr Mustafa Al-Bugha, Muhyiddin Misto, Al-Hidayah Publication, 2016.

Fiqh Wanita Sentuhan Hadis

SHOUTUL ISLAM BIL. 1 - 14 Jamadilawal 1441H/10 Januari 2020M8 SHOUTUL ISLAM BIL. 1 - 14 Jamadilawal 1441H/10 Januari 2020M 13

Page 14: Dari Meja Editor Laman Puisi Islampada tahun 2020 ini. Setelah berehat selama hampir 2 minggu. Rakan-rakan penulis kembali aktif menyediakan bahan penulisan untuk majalah ini yang

Maksudnya: "Dialah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) - untuk menguji danmenzahirkan keadaan kamu: siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya; dan Dia Maha Kuasa(membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang yang bertaubat).”Ayat ini dijadikan dalil oleh sebahagian ulama bahawa kematian dan kehidupan adalah benar-benarwujud kerana ia juga merupakan makhluk ciptaan Allah SWT. Allah SWT yang telah menjadikan proseskematian dan kehidupan dengan menetapkan masa kematian dan kehidupan untuk menguji siapakahdi antara hamba-Nya yang baik amalnya.Allah SWT menyebut kematian dahulu diikuti dengan kehidupan. Mati di sini bermaksud ‘tanpa kehidupan’ yang merangkumi fasa sebelum kelahiran dan selepas kehidupan seseorang manusia. Manakala hiduppula meliputi kehidupan di alam dunia dan kehidupan di alam akhirat.Setiap manusia akan melalui ujian bagi mengenalpasti siapakah yang paling taat dan ikhlas dalamberamal. Penilaian di sisi Allah SWT adalah pada kualiti amal tersebut, bukan pada kuantitinya keranadalam ayat ini Allah SWT tidak mengatakan: “yang paling banyak amalnya”.Di akhir ayat ini Allah SWT menyatakan bahawa “Dan Dia Maha Perkasa dan Maha Pengampun.” Duasifat Allah SWT yang ditonjolkan dalam frasa hujung ini menunjukkan kesempurnaan sifat-Nya. Allah SWTitu Maha Perkasa lagi Maha Teliti dalam melakukan penilaian dan hukuman, maka manusia mestilahmelakukan segala amal dengan penuh kesungguhan, istiqomah dan ikhlas agar amalan mereka diterimaoleh Allah SWT. Pada masa yang sama, Allah SWT juga bersifat Maha Pengampun pada hamba-Nyayang melakukan kesilapan dan sentiasa membuka ruang untuk hamba-Nya bertaubat selagi belumdijemput ajal.Mati satu perkataan yang amat digeruni oleh sesetengah individu. Tidak dapat disangkal perihal kematiansememangnya sesuatu kejadian yang amat dahsyat untuk dilalui. Namun lupa untuk membuat persiapanmenghadapinya adalah sesuatu yang lebih besar kedahsyatannya. Lantaran itu ajaran Islam menganjurkankita sentiasa mengingati mati agar ianya mampu menghidupkan hati yang sering terkubur mati keranahambatan duniawi dan kemaksiatan.Baginda Nabi SAW pernah ditanya mengenai manusia yang cerdik lalu Baginda Nabi SAW menjawab: “Yang paling banyak mengingati kematian antara mereka dan paling bagus persiapannya selepaskematian. Mereka itu orang-orang yang cerdik.” (Hadis Riwayat Imam Ibnu Majah).Mengapa Baginda Nabi SAW menyuruh kita sentiasa mengingati mati? Ini adalah kerana mati itu sesuatu yang benar dan pasti dialami setiap manusia. Tidak kira di pelosok mana sekalipun kita berada, tidak kirasekukuh mana sekalipun bangunan kita bersembunyi, jika sudah tiba masanya kita dijemput untukmenghadap Illahi, pastinya kita tidak akan mampu lari daripadanya. Mengingat kematian, menurut Imam Al-Ghazali, dapat mengubati jiwa yang sakit, menyegarkan semangat yang letih, serta membangun kembali kekuatan dan energi batiniah yang tidak berdaya. Maka semakinbanyak mengingat kematian, semakin meningkat pula ketekunan dan optimisme dalam melaksanakanhak-hak Allah SWT.Apa yang pasti mati itu datangnya tanpa notis pemberitahuan kerana ia dalam rahsia Allah SWT.Mengapa? Supaya hati setiap manusia sentiasa celik mengerah seluruh anggota tubuh badanmenyiapkan bekalan untuk menghadapinya. Beruntunglah orang yang melihat kematian itu sebagai satu ibrah, peringatan dan peluang keinsafan untuk memohon keampunan sambil mengikhlaskan amalibadahnya.

AYAT AL-QURAN SURAH ALMULK : 2"MENGINGATI MATI MENGHIDUPKAN HATI”

Oleh:Awang Juri bin Ag. Tahir @ AJAT

Sesungguhnya para ulama merupakan pewaris Nabi. Mereka tidak mewarisiharta dan kekayaan para nabi, akan tetapi mereka mewarisi ilmu para Nabi. Hal inilah yang menjadikan merekapewaris para Nabi, dan meneruskan tugas kenabian menebarkan rahmat/kasih ke seluruh alam.

Keilmuan mereka menjadikan mereka tempat kepercayaan umat Islam. Mereka menjadi rujukan bagi umat, dalamsegenap urusan mereka, sama ada yang bersifat ibadat atau muamalat/interaksi sehari-hari. Umat Islam yangmenginginkan keselamatan ukhrawi, akan merujuk para ulama. Mereka menjauhi perkara-perkara yang haram, atasnasihat para ulama ini. Para ulama memberikan teguran dan saranan, atas nama ‘amar makruf nahi mungkar’.

Lalu bagaimana pula sekiranya, para ulama sendiri yang melakukan kemungkaran? Bagaimana mungkin kepercayaanumat akan kekal kepada mereka? Yang lebih teruk lagi, bagaimana mungkin kepercayaan umat akan kekal kepadailmu para nabi? Mereka akan mengatakan, “Lihatlah para ulama! Mereka paling alim akan ajaran para nabi, tetapitetap sahaja melakukan kemungkaran? Korupsi? Merompak harta umat?” Dan senarainya akan berpanjangan.

Apatah lagi, kemungkaran tersebut kerana kecintaan para ulama terhadap dunia. Hal ini bukanlah sesuatu yangbaharu kita alami. Sejak awal, sekitar kurun 3 Hijriyah lagi, Imam al-Harits al-Muhasibi rahimahullah (w243H)telah mengkritik sebilangan ulama yang mencintai dunia, dan khianat kepada ilmunya. Mereka mendakwa bahawaIslam itu cuma fiqh dan amalan zahir sahaja, dan mengabaikan dosa-dosa batin seperti tamak haloba dan cintakandunia.

Mari kita hayati bersama, di sini penulis membawakan terjemahan sebahagian daripada Kitab Al-Ilm karangan beliaurahimahullah;

“Mereka (para ulama yang jahat itu) lah yang lupa siapakah yang miskin, lalu merekapun tersalah jalan. Mereka inginkandunia, lalu mereka tak mampu memperolehinya sesuai apa yang membuat mereka redha. Orang yang telahdikurniakan rezeki pula tidak memberikan manfaat kepada mereka, maka merekapun berusaha mendapatkannyadan menerbalikkan urusannya (agar menjadi buruk). Mereka tak diberikan peluang dan kemampuan oleh golonganyang jiwa mereka inginkannya (yakni dunia pada orang itu) dan pandangan mereka memasang cita-citaberkenaannya. Serta yang diri mereka sendiri tak mampu untuk dapatkan dengan asbab mencari rezeki danmendapatkan dunia."

Mereka berpendapat bahawa kehidupan yang selesa, bersenang-lenang dengannya, sentiasa dengannya, dan mendapatkan harta melalui asbab agama itu, lebih pantas mencapaikan kepada apa yang mereka sukakan, lebihmenyampaikan dan mendekatkan mereka kepada impian mereka, lebih menyampaikan kepada kemuliaan (duniawi)dan kepimpinannya dan lebih berjaya buat mereka dalam usaha (mendapatkan dunia).

Mereka menzahirkan berhias-hias (dengan pakaian agama), pura-pura khusyuk, dan mendakwa bahawa merekaadalah penuntut ilmu dan penghafalnya, agar mereka itu dinilai tinggi di dalam hati orang-orang awam.

Dengan itu, mereka menyembunyikan mazhab-mazhab (sesat) mereka, dan mereka membuatkan orang ramai butaakan tujuan sebenar mereka. Mereka berhias-hias dengan hiasan anak-anak Akhirat, sedangkan amalan mereka ialah amalan ahli dunia. Rupa orang soleh, tapi perilaku orang yang menindas. Lidah orang-orang jujur, tapi perilaku orang takabur.

Semoga Allah SWT memelihara kami dan kamu daripada sifat ini, dan semoga Dia mencukupkan kami dan kamudengan kurnia-Nya, daripada perkara seperti apa yang mereka (ulama jahat) ini usahakan daripada dunia! SungguhlahDia itu Maha Pemurah nan Dermawan!”

ULAMA DAN DUNIA: MEMBACAKRITIKAN IMAM AL-HARITSAL-MUHASIBIOleh: Mohammad Syafi q Ismail Exco Dakwah dan Tarbiah ABIM Sabah

Tinta Ilmiah Inti Sari Ayat Al-Quran

SHOUTUL ISLAM BIL. 1 - 14 Jamadilawal 1441H/10 Januari 2020M14 SHOUTUL ISLAM BIL. 1 - 14 Jamadilawal 1441H/10 Januari 2020M 7

Page 15: Dari Meja Editor Laman Puisi Islampada tahun 2020 ini. Setelah berehat selama hampir 2 minggu. Rakan-rakan penulis kembali aktif menyediakan bahan penulisan untuk majalah ini yang

ALLAH SWT TIDAK BOLEH DILIHAT OLEH MANUSIAOleh:

Ustaz Abdillah bin Haji Nanun

SOALANUstaz, mengapakah kita tidak boleh melihat Allah SWT? Mohon penjelasan ustaz.

JAWAPANTerima kasih mengenai pertanyaan yang tersebut di atas. Salah satu keagungan dan kebesaran Allah SWT ialah kita tidak mampu melihat-Nya kerana kalau Allah SWT boleh kita lihat, tentu Dia bukan Tuhan.

Sesuatu yang dapat dilihat dengan mata dan terjangkau oleh akal manusia bererti dapat dikuasai. Bukan Allah SWT yang menguasai manusia, tapi manusia yang menguasai Allah SWT. Firma Allah SWT dalam surah An-Nur ayat 35:

Yang bermaksud: “Allah SWT memberi cahaya kepada langit dan bumi.”

Dari cahaya timbul sinar. Sinar tidak dapat dilihat tetapi kerana adanya sinar, manusia boleh melihat apa-apa yang ada di sekeliling dengan terang. Jadi “tidak dapat dilihat” (ghaib) adalah bukti kebenaran ketuhanan Allah SWT. Berikut ialah kisah Nabi Musa AS ketika ingin melihat Allah SWT dalam surah al- A’raaf ayat 143.

Yang bermaksud: “Dan ketika Nabi Musa datang pada waktu Yang Kami telah tentukan itu, dan Tuhannya berkata-kata dengannya, maka Nabi Musa (merayu dengan) berkata: "Wahai Tuhanku! Perlihatkanlah kepadaKu (ZatMu Yang Maha Suci) supaya Aku dapat melihatMu". Allah berfirman: "Engkau tidak sekali- kali akan sanggup melihatKu, tetapi pandanglah ke Gunung itu, maka kalau ia tetap berada di tempatnya, nescaya Engkau akan dapat melihatKu", setelah Tuhannya "Tajalla" (menzahirkan kebesarannya) kepada Gunung itu, (maka) "TajalliNya" menjadikan Gunung itu hancur lebur dan Nabi Musa pun jatuh pengsan. setelah ia sedar semula, berkatalah ia: "Maha suci Engkau (Wahai Tuhanku), Aku bertaubat kepada-Mu, dan Akulah orang Yang awal pertama beriman (pada zamanku).”

Demikianlah Maha Agungnya Allah SWT sehingga pancaindera kita tidak mencapai untuk melihatnya. Semoga jawapan ringkas ini dapat memberikan impak dan kefahaman yang baik bagi kita semua.

Wallahu a’lam.

JAGA TULISAN DI MEDIA SOSIALOleh:

Mohd Azrul Nizam bin JunaidiFakulti Dakwah dan Komunikasi Universitas Islam Negeri Sunan Gunung Djati Bandung, Indonesia

Di zaman moden ini, dengan adanya social media dan internet, seseorang dengan mudah berbicara dan menyampaikan pendapatnya. Di social media lebih mudah menyampaikan aspirasi dan pendapat. Akan tetapi sosial media ada juga sisi negatifnya, iaitu setiap orang bebas berbicara negatif, mencaci dan mencela. Lebih bebas dari dunia nyata kerana ia dapat berlindung di balik akaun.

Sebagai seorang mukmin, tentu sangat tidak layak berbicara kasar, mencela dan melaknat bila pun dan di mana pun, baik di dunia nyata mahupun dunia maya.

Nabi Shallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda:

“Sesungguhnya orang mukmin itu orang yang tidak suka melaknat, mencela, berkata keji, dan kotor.” (HR. Ahmad 1/416; shahih).

Hendaklah kita berhati-hati menjaga lisan kita di dunia nyata dan menjaga tulisan serta komentar kita di dunia maya. Kerana tulisan ini kedudukannya sama dengan ucapan lisan sebagaimana kaedah:

“Tulisan (hukumnya) sebagaimana lisan.”

Ketika lisan suka mencaci, mencela, melaknat, ghibah dan berkata-kata kotor kepada orang lain, ini sama saja kita akan “berbagi pahala percuma” kepada mereka kemudian kita akan bankrap. Mengapa demikian? Kerana dengan lisan dan tulisan kita, mereka yang kita cela dan caci-maki adalah pihak yang kita zalimi. Jika kita tidak meminta maaf di dunia, maka urusan akan berlanjut di akhirat.

Di akhirat kita tidak dapat meminta maaf begitu saja, akan tetapi ada bayarannya. Tidak berbentuk duit atau harta. Kerana ini sudah tidak bermanfaat di hari kiamat.

Allah SWT berfirman:

“Pada hari di mana harta dan anak-anak lelaki tidak berguna, kecuali orang-orang yang menghadap Allah dengan hati yang selamat.” (Asy-Syu’araa`: 88 - 89).

Jagalah lisan sebelum kita diadili di akhirat. Tahukah anda bahawa di dunia ini cukup sukar mencari keadilan yang seadil-adilnya. Ini adalah bukti adanya kehidupan setelah kematian di mana pada hari tersebut akan ada keadilan yang seadil-adilnya. Hendaklah kita sebagai seorang muslim menjaga lisan kita, kerana memang lidah itu tidak bertulang, sangat mudah kita dengan lisan dan tulisan kita menyakiti orang lain. Terlebih yang disakiti adalah sesama muslim yang sejatinya bersaudara. Allah SWT berfirman:

“Dan orang-orang yang menyakiti orang-orang mu’min dan mu’minat tanpa kesalahan yang mereka perbuat, maka sesungguhnya mereka telah memikul kebohongan dan dosa yang nyata.” (Al-Ahzab: 58).

Nabi Shhallallahu ‘Alaihi Wasallam menjamin syurga mereka yang mampu menjaga lisannya. Baginda bersabda:

“Barangsiapa bisa memberikan jaminan kepadaku (untuk menjaga) apa yang ada di antara dua janggutnya dan dua kakinya, maka kuberikan kepadanya jaminan masuk syurga.” (HR. Bukhari).

Remaja Kemusykilan Agama

SHOUTUL ISLAM BIL. 1 - 14 Jamadilawal 1441H/10 Januari 2020M6 SHOUTUL ISLAM BIL. 1 - 14 Jamadilawal 1441H/10 Januari 2020M 15

Page 16: Dari Meja Editor Laman Puisi Islampada tahun 2020 ini. Setelah berehat selama hampir 2 minggu. Rakan-rakan penulis kembali aktif menyediakan bahan penulisan untuk majalah ini yang

‘’Dakwah dengan cara memusuhi ibarat orang membangun kota, tetapimerobohkan istananya.’’ - KH. Hasyim Asy’ari

Muhammad Hasyim Ashari atau Kiai Haji Muhammad Hasyim Asy’ari adalah pengasas Nahdlatul Ulama (NU), organisasi massa Islam yangterbesar di Indonesia. Ayahnya bernama Kiai Asy’ari, pemimpinPesantren Keras yang berada di sebelah selatan Jombang. Ibunya bernamaHalimah. Dari garis ibu, KH. Hasyim Asy’ari merupakan keturunan RajaBrawijaya VI, yang juga dikenali sebagai Lembu Peteng, ayah Jaka Tingkir

yang menjadi Raja Pajang (keturunan kelapan daripada Jaka Tingkir).

Ketika berusia 15 tahun, beliau berkelana mencari ilmu ke serata pesantren. Antara Pesantren yangdisinggahi ialah Pesantren Wonokoyo (Probolinggo), Pesantren Langitan (Tuban), Pesantren Trenggilis(Semarang), Pesantren Siwalan, dan Pesantren Panji (Sidoarjo). Pada tahun 1892, KH. Hasyim Asy'ari menunaikan ibadah haji sekali gus menimba ilmu pada Syeikh Ahmad Khatib al-Minangkabawi, SyeikhMuhammad Mahfudz at-Tarmasi, Sayyid Abbas al-Maliki al-Hasani dan Syeikh Nawawi al-Bantani.

KH. Hasyim Asy'ari mendirikan Pondok Pesantren di Tebuireng yang menjadi pesantren terbesar danterpenting di tanah Jawa pada abad ke-20. Mulai tahun 1900, beliau memposisikan Pesantren Tebuireng menjadi pusat pembaharuan bagi pengajaran Islam.

Peranan KH. Hasyim Asy'ari tidak hanya terbatas pada bidang keilmuan dan keagamaan, tetapi jugadalam bidang sosial dan kebangsaan. Pada tahun 1937, beliau didatangi pimpinan pemerintah Belandadengan memberikan bintang emas dan perak sebagai tanda penghormatan namun beliau menolaknya.

Pada 31 Januari 1926, KH. Hasyim Asy’ari mendirikan Nahdlatul Ulama (Kebangkitan Ulama) denganasas dan tujuannya: “Memegang dengan teguh pada salah satu daripada mazhab empat iaitu ImamMuhammad bin Idris al-Syafie, Imam Malik bin Anas, Imam Abu Hanifah al-Nu’man dan Imam Ahmad bin Hanbal. Dan juga mengerjakan apa sahaja yang menatijahkan kemaslahatan agama Islam”. Beliau terpilihmenjadi rais akbar Nahdlatul Ulama, sebuah gelar yang sehingga kini tidak seorang pun menyandangnya.Beliau juga menyusun qanun asasi (undang-undang dasar) Nahdlatul Ulama yang mengembangkanfahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Selain itu, KH. Hasyim Asy’ari mengarang puluhan kitab yang kebanyakannya dalam bahasa Arab.Antaranya ialah al-Nurul Mubin Fi al-Mahabbati Sayyidi al-Mursalin, Risalah Ahli Sunnah Wal Jama’ah, Adabul ‘Alim wa al-Muta’allim dan Ziyadah Ta’liqat.

Setelah Indonesia merdeka pada tahun 1945, KH. M. Hasyim Asy’ari terpilih sebagai ketua umum dewan partai Majelis Syuro Muslimin Indonesia (Masyumi).

KH.M. Hasyim Asy’ari meninggal dunia pada pukul 3.00 pagi, 25 Julai 1947, bertepatan dengan7 Ramadan 1366H.

KH. HASYIM ASY'ARIOleh:

Ustaz Amiruddin Mohd RosdiGuru, Sekolah Menengah Integrasi Teras Islam (SMITI) al-Hafi dz Kota Kinabalu

KHALWAH DAN UZLAH ADALAH TRADISI ANBIYA'DAN AULIYA' (BAHAGIAN 4)

Oleh:Abd. Rahman Tajudin @ Emang Galileo

Fellow CONCAVE-ISSI (Islamic & Strategic Studies Institute)

Sesungguhnya interaksi antara Ahli Tasawwuf dengan Allah SWT terjadi di dalam hati. Hati memilikikekuatan yang sungguh hebat dalam penyingkapan hakikat kehidupan.

Maka dengan itu, manusia seharusnya memiliki hati seperti "bukitzamrud" yang selalu bersedia menerima gelombang penyingkapan Ilahi (al-tajalliyat) yang mengalir kepadanya daripada Allah SWT.

Berkenaan dengan hal keadaan hati ini, Sheikh Ibrahim Haqqi pernah menuturkan:

"Hati adalah Rumah Allah SWT, maka bersihkanlah hati daripadayang selain Dia, agar siang malam Ar-Rahman sentiasa adadi sanubari insani".

Maka dengan ini hati menyimpan rahsia besar Ilahi. Seharusnya hati perlu dipenuhi cinta hanya kepada Allah SWT semata-mata. Hal ini kerana hati yang satu tidak akan memiliki cinta yang kedua. Allah SWTtelah berfi rman kepada nabi Daud AS:

"Wahai Daud, sesungguhnya Aku mengharamkan hati manusia untuk dimasuki cintaKu dan cinta yangselain Aku secara bersamaan."

Maka dengan ini, hati yang masih dipenuhi dengan cinta duniawi yang rendah tidak akan dimasuki oleh kalimah Allah SWT yang tinggi. Jikalau dikosongkan daripada duniawi akan menyebabkan penyedian ruang medium hakikat ketuhanan untuk memasukinya.

Maka ahli Tasawwuf pernah mengatakan bahawa hati itu umpama rumah yang perlu dikosongkan agar iadiisi dengan kalimah Allah SWT yang luhur.

"Pengosongan" (al-ifragh) yang dimaksudkan adalah penyucian daripada makhluk. Tidak menyimpankeindahan duniawi yang maya di dalam hati tetapi menguasainya di tangan sahaja, tidak di hati. Hatihanya tempat Ilahi.

Pengosongan hati merupakan suatu penjernihan daripada memikirkan yang lain (selain Allah SWT).

Ia menjauhkan insan daripada semua perhatian asing kepada fokus hanya Allah SWT sahaja.

Penyucian daripada pelbagai hubungan yang tidak mengingatkan kita kepada Allah SWT dan daripadahal-hal yang tidak berguna sama sekali kepada yang lebih bermanfaat.

Menfokuskan kepada hakikat kebenaran yang Baqa' meninggalkan penipuan yang Fana'.

Tasawwur Jejak Ulama

SHOUTUL ISLAM BIL. 1 - 14 Jamadilawal 1441H/10 Januari 2020M16 SHOUTUL ISLAM BIL. 1 - 14 Jamadilawal 1441H/10 Januari 2020M 5

Page 17: Dari Meja Editor Laman Puisi Islampada tahun 2020 ini. Setelah berehat selama hampir 2 minggu. Rakan-rakan penulis kembali aktif menyediakan bahan penulisan untuk majalah ini yang

Penulis bersama Alif & Alya

BACK TO SCHOOLOleh:

Adi Pitang

2 Januari 2020 telah menghimpunkan ibu bapa tanpa paksa hampir di semuasekolah di seluruh Malaysia. Tidak terkecuali aku. Apa tidaknya, terpaksamenemani anak-anak yang baru masuk ke darjah satu. Kesibukan ibu bapamencari kelas anak-anak, tempat duduk anak-anak dalam kelas danmenunggu anak-anak sehingga waktu rehat merupakan pemandangan biasa setiap awal persekolahan.

“Ke mana Mus?” Kelibat Mustapha, rakan sekampung bersama anaklelakinya menuju ke bilik Pejabat Am sekolah. “Kan bertanya kelas anakku..”Jawabnya sambil ketawa. Ketika itu jam menunjukan 6.50 pagi, pelajar-pelajar diminta untuk beratur di luar bilik darjah sebelum waktu pembelajarandimulakan. Ibu bapa yang menemankan anak-anak di darjah satu masihsetia menunggu di luar kelas, walaupun guru bertugas telah mengumumkan

agar ibu bapa tidak berada di kawasan bilik darjah melalui corong pembesar suara sekolah. Pandanganmasing-masing terarah kepada anak-anak yang masih berada di dalam kelas. Ku lihat anakku AlyaAlmira sedang bercakap dengan rakan baru yang duduk di bangku kayu di sebelahnya. Gembiramelihat suasana itu. Ya! Sekurang-kurangnya Alya sudah boleh ditinggalkan, tanpa ditunggu. “Jadi…mau tunggu sampai rehat”, Tanya Mustapha kepadaku ketika kami terjumpa di dewan terbuka sekolahitu. Aku mengiyakan. Begitu juga Mustapha. Kami sama-sama bergerak ke kantin sekolah untuk sarapan pagi. Menunggu hampir 1 jam 30 minit sebelum masa rehat sekolah anak-anak kami.

Mengikut pakar pemakanan, sarapan pagi sebelum pukul 9 pagi merupakan perkara yang sangat pentingkerana badan manusia memerlukan tenaga baru selepas tidur. Nutrisi badan akan berkurangan dan parasgula akan menurun pada kadar minimum semasa tidur. Sarapan mengembalikan tahap glukosa, sejeniskarbohidrat penting yang diperlukan oleh otak untuk berfungsi. Ia memberikan tenaga kepada otakuntuk melakukan kerja- kerja asas seperti berfi kir, mengingat dan sebagainya. Tidak bersarapan bolehmembawa kepada penyakit obesiti. Ini kerana secara tidak langsung seseorang itu akan makan secaraberlebihan ketika waktu makan yang seterusnya. Sarapan pagi mampu mengawal kelaparan danmembantu individu mengambil makanan mengikut keperluan yang diperlukannya sahaja.

Menurut pakar lagi, sarapan membantu anak kekal fokus dalam pelajaran. Usia 6 ke 12 tahun merupakanwaktu kritikal kanak-kanak untuk membesar. Badan mereka memerlukan nutrien dan tenaga yangsecukupnya. Kanak-kanak yang tidak bersarapan sukar memberi tumpuan dan mereka menjadilebih letih di sekolah. Banyak kajian membuktikan dengan bersarapan dapat meningkatkan ingatan dantahap penumpuan. Ini sangat penting bagi memudahkan mereka menyerap pelbagai perkara baru yangberlaku. Mengambil sarapan dengan nutrisi yang lengkap memberikan kanak-kanak tenaga untukmelakukan aktiviti fi zikal. Kajian menunjukkan 1 daripada 3 kanak-kanak yang tidak mengambil sarapan kurang melakukan aktiviti fi zikal.

“Bah! Jumpa lagi…” Kataku pada Mustapha bila melihat anak-anak tahun satu telah keluar beraturmenuju kantin sekolah. Masing-masing kami, ibu atau bapa membantu anak-anak membeli sarapan pagibuat pertama kalinya, di musim persekolahan ini.

DUA PEREMPUAN YANG INGIN BERTANYAOleh:

Mohd Alwie NoorbakiFakulti Dakwah dan Komunikasi Universitas Islam Negeri Sunan Gunung Djati Bandung, Indonesia

Suatu ketika, Zainab, isteri Abdullah ibn Mas’ud iaitu sahabat Rasulullah SAW yang pertama membacaal-Quran secara keras dan tercatat sebagai pemeluk Islam keenam, menghadiri pertemuan tersebut, beliaumengajak kaum perempuan untuk bersedekah. Setibanya di rumah, dari pertemuan tersebut, Zainab lantasmenemui sang suami dan berkata kepadanya, “Suamiku! Engkau kan, orang yang suka membantu orang lain. Tadi, Rasulullah SAW memerintahkan kaum perempuan untuk bersedekah. Kerana itu, temuilahBaginda dan tanyakan kepadanya apakah sedekahku boleh kuberikan kepada keluargaku sendiri? Jika tak boleh, sedekah itu akan kualihkan kepada orang lain!”

“Kau sajalah yang menemui Baginda!” jawab sang suami yang bernama lengkap Abu AbdurrahmanAbdullah ibn Mas’ud ibn Ghafi l ibn Habib ibn Syamkh ibn Fa’r ibn Makhzum ibn Sahilah ibn Kahil ibnAl-Harits ibn Tamim ibn Sa’d ibn Hudzail ibn Mas’ud.

Zainab kemudian pergi ke rumah Rasulullah SAW. Setibanya di sana, ternyata di pintu rumah Bagindatelah menunggu seorang perempuan lain dari kalangan Anshar, dengan maksud yang sama. Merekaberdua sebenarnya segan menemui Baginda. Beberapa saat kemudian, Bilal ibn Rabbah keluar darirumah baginda, Melihat Bilal yang dikenalnya baik, Zainab pun berkata kepada Muazin pertama itu, “Bilal! Temuilah kembali Rasulullah SAW dan sampaikanlah kepada Baginda, di pintu ada dua perempuan yang ingin bertanya kepada baginda; bolehkah kedua perempuan itu bersedekah kepada suami mereka dananak-anak yatim dalam keluarga mereka sendiri? Tapi, jangan beri tahukan kepada Baginda siapa kamiini!”

Bilal pun berbalik langkah dan masuk kembali ke rumah Rasulullah SAW. Dia kemudian menyampaikan kepada baginda pesan kedua perempuan yang menunggu di balik pintu. Menerima pertanyaan demikian, baginda pun bertanya kepada Bilal, “Bilal! Siapa kedua perempuan itu?”

“Seorang perempuan dari kalangan Anshar dan Zainab, isteri Abdullah ibn Mas’ud, wahai Rasul!” jawabBilal.

“Bilal,” ucap baginda selanjutnya, “katakan kepada kedua perempuan itu, mereka akan mendapat duapahala; pahala kerana berbuat kebajikan kepada keluarganya dan pahala bersedekah!”.

Iktibar Kisah Bicara Kita

SHOUTUL ISLAM BIL. 1 - 14 Jamadilawal 1441H/10 Januari 2020M4 SHOUTUL ISLAM BIL. 1 - 14 Jamadilawal 1441H/10 Januari 2020M 17

Page 18: Dari Meja Editor Laman Puisi Islampada tahun 2020 ini. Setelah berehat selama hampir 2 minggu. Rakan-rakan penulis kembali aktif menyediakan bahan penulisan untuk majalah ini yang

KESALAHAN JURUNIKAH TANPA KEBENARANOleh:

Puan Siti Imrah bte Lenas

KEHENDAK-KEHENDAK BAGI PEMELUKAN AGAMA ISLAMOleh:

Puan Siti Imrah bte Lenas

Pemelukan agama Islam bagi seorang saudara baru memerlukan pengakuan syahadah dan kerelaan hati yang ikhlas tanpa sebarang paksaan dari mana-mana pihak. Ianya juga adalah suatu proses perubahan kepercayaan dan pegangan daripada agama asal kepada agama Islam bagi individu yang bukan beragama Islam. Oleh yang demikian, bagi memastikan proses pengislaman tersebut dilaksanakan dengan tertib dan memenuhi syarak maka ianya diperjelaskan dalam Enakmen Majlis Ugama Islam Tahun 2004 melalui seksyen 69 iaitu:

(1) Kehendak-kehendak yang berikut hendaklah dipatuhi bagi pemelukan sah agama Islam oleh seseorang-

(a) orang itu mestilah mengucapkan dua kalimah Syahadah dalam bahasa Arab secara yang semunasabahnya jelas;

(b) pada masa dia mengucap dua kalimah Syahadah itu, orang itu mestilah sedar bahawa kalimah itu bermakna "Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawa Nabi Muhammad SAW ialah Pesuruh Allah" ; dan

(c) pengucapan itu mestilah dibuat dengan kerelaan hati orang itu sendiri.

(2) Seseorang yang tiada dapat bercakap boleh, bagi maksud memenuhi kehendak perenggan (1)(a) mengucapkan dua kalimah Syahadah dengan menggunakan isyarat yang menunjukkan makna yang dinyatakan dalam perenggan (1)(b).

Seksyen 70 Enakmen Majlis Ugama Islam Negeri Sabah Tahun 2004 menyatakan: Seseorang itu memeluk agama Islam dan menjadi seorang orang Islam sebaik-baik sahaja dia habis mengucap dua kalimah Syahadah dengan syarat bahawa kehendak-kehendak seksyen 69 adalah dipenuhi; dan orang itu selepas itu disebut muallaf dan seterusnya dari saat pemelukan Islam itu beliau telah tertakluk kepada tugas- tugas serta kewajipan-kewajipan yang sama seperti mana-mana orang Islam yang lain.

Kesimpulannya, pemelukan agama Islam oleh seseorang individu yang asalnya bukan beragama Islam boleh berlaku secara langsung apabila dia sendirinya dengan akal yang waras dan rela memeluk Islam. Sebaliknya, seseorang yang belum berupaya atau tidak berupaya memilih sendiri agamanya secara tidak langsung dikatakan memeluk Islam apabila salah seorang atau kedua ibubapa atau penjaganya memeluk agama Islam.

“Perubatan atau Bukan Perubatan?”Ada dua jenis penyakit pada manusia, penyakit yang berkaitan dengan jiwa dan Fizikal. Penyakit Fizikal merupakan penyakit yang terlihat secara materi/ jasad/jasmani, sedangkan penyakit jiwa merupakan penyakit yang tidak terlihat atau sifatnya rohani/tidak terlihat/ghaib. Sebagaimana kita ketahui, penyakit perubatan tentu sudah ada ahlinya dan penyakit rohani juga ada ahlinya. Namun, kemudian masalah timbul ketika penyakit fizikal/perubatan yang tidak dapat dikesan oleh kedoktoran perubatan. Dari sini petualangan dimulai.

Kemudian dikenallah penyakit psikosomatik, atau penyakit jiwa/rohani yang berpengaruh terhadap fizikal/jasmani manusia. Dan cara pengubatannya pun beragam, dari pengubat tradisional, moden, psikologi, alternatif hingga sihir. Bagaimana syariat Islam menanggapi hal ini?

Maka, majalah ini ditangan kalian ini akan menjawabnya secara details insya-Allah. Pertama, mari kita mulai dengan mengenal landasan berfikir dan bertindak yang dalam Agama Islam dikenal dengan Dalil. Dalil harus kukuh kerana hal ini adalah langkah awal untuk mengharungi perjalanan panjang yang boleh jadi merupakan detik penting dalam hidup kita; perubahan. A journey to healing.

DALIL DAN DEFINISI RUQYAH SYARIYYAHDefinisi Akar Histori Ruqyah SyariyyahTerapi Al-Quran atau lebih dikenal dengan Ruqyah Syariyyah ini merupakan bahagian dari kedoktoran ala Nabi, atau ath Tib an-Nabawi (Al Hijamah, Herba dan Ruqyah). Yang merupakan sebuah metode pengubatan dengan membacakan wahyu Allah SWT kepada jiwa seseorang yang sedang mengalami sakit dengan harapan menyembuhkan rohaninya dan kemudian jasad pun perlahan sembuh. Ruqyah muncul sebelum Islam ini lahir, jadi memang wajar jika didalamnya terdapat hal yang sifatnya batil maka dari itu Rasulullah SAW menyempurnakannya. Dari 'Auf bin Malik ia berkata, "Pada masa jahiliyah aku pernah melakukan penjampian, lalu aku berkata, "Wahai Rasulullah, bagaimana pendapatmu mengenai hal tersebut?" Baginda menjawab:

AL-RUQYAH AS-SYARIYYAHOleh:

Mohd Alwie NoorbakiFakulti Dakwah dan Komunikasi Universitas Islam Negeri Sunan Gunung Djati Bandung, Indonesia

"Perlihatkan jampi kalian kepadaku! Tidak mengapa dengan jampi selama bukan perbuatan syirik."

Ertinya ruqyah terbagi menjadi 2 jenis iaitu ruqyah syariyyah dan ruqyah syirkiyyah. Ruqyah syariyyah adalah ruqyah yang sesuai syariat Islam dan ruqyah syirkiyyah adalah ruqyah yang di dalamnya terdapat perbuatan kesyirikan.

Perbezaan antara Ruqyah Syariyyah, Syirkiyyah dan Sihiriyyah.Ruqyah syariyyah dilakukan dengan membacakan mantra yang disyariatkan dengan kuat (baik Al-Quran, bacaan zikir dan doa nabi atau doa manusia yang difahami ertinya). Sementara ruqyah syirkiyyah merupakan terapi pengubatan melalui mantra yang tidak diketahui maknanya, atau terkadung kesyirikan di dalamnya.

Ciri-Ciri Ruqyah Syirkiyyah.● Bertanya nama ibu kandung sang pesakit atau

objek yang akan diubati ataupun disihir.● Meminta pakaian bekas sebagai media. ● Meminta haiwan sembelihan sebagai mahar, syarat

atau persembahan. Kadang dukun mengelabui sebagai sedekah.

● Menggunakan atau membekali jimat ● Membacakan mantra aneh dalam proses

pengubatan. ● Menggunakan Isim Munkar.● Memerintahkan kepada pesakit untuk mengurung

diri di kamar dalam beberapa waktu, tidak menyentuh air, tidak melihat cahaya dll.

● Bakar kemenyan saat proses pengubatan untuk memanggil khodam atau pembantu di kalangan bangsa jin.

● Sang pengubat memiliki kesaktian dan boleh meramal.

● Meminta mahar atau tarif khusus. ● Melakukan mediasi dan transfer penyakit. ● Menggunakan khodam. ● Mengharuskan pesakit mengamalkan wirid overdose

sebagai amalan disertai puasa khusus.● Melakukan pelecehan seksual.

Sebahagian besar dari mereka bahkan tidak sedar bahawa ruqyah yang dilakukannya adalah syirik.

Islam dan Perubatan Enakmen Kita

SHOUTUL ISLAM BIL. 1 - 14 Jamadilawal 1441H/10 Januari 2020M18 SHOUTUL ISLAM BIL. 1 - 14 Jamadilawal 1441H/10 Januari 2020M 3

Page 19: Dari Meja Editor Laman Puisi Islampada tahun 2020 ini. Setelah berehat selama hampir 2 minggu. Rakan-rakan penulis kembali aktif menyediakan bahan penulisan untuk majalah ini yang

DICETAK OLEH PENCETAK KERAJAAN,POLITIN @ WENEN BIN MOBIJI, A.S.D.K., A.D.K., B.S.K., JABATAN CETAK KERAJAAN,

SABAH, MALAYSIA.2020.

Shoutul Islam diterbitkan lagi buat kali pertamanyapada tahun 2020 ini. Setelah berehat selama hampir2 minggu. Rakan-rakan penulis kembali aktifmenyediakan bahan penulisan untuk majalah iniyang diterbit setiap hari Jumaat. Awal tahun 2020ini juga, kesibukan dirasa bagi ibu bapa yangmempunyai anak-anak yang masih bersekolah. Persiapan persekolahan telah disiapkan lebih awal,semasa cuti sekolah lagi. Di mana-mana premis yang menjual pakaian dan peralatan sekolah pasti akan dipenuhi oleh ibu bapa bersama anak-anak mereka. Semua ini demi pendidikan anak-anak.

Islam sangat mengambil berat tentang aspekpendidikan dan pentarbiyah anak-anak. DalamSurah al-Tahrim, ayat 6, Allah SWT berfirman yangbermaksud: "Wahai orang-orang yang beriman,peliharalah diri kamu dan keluargamu dari apineraka." Ayat itu menjelaskan ibu bapa perlu meniti kberatkan hal berkaitan asuhan, bimbingan dan pendidikan yang terbaik untuk anak-anak.

Imam al-Ghazali berpesan: "Anak-anak adalah amanahatas ibu bapa. Jika sudah terbiasa dengan perkara kebaikan, anak itu akan membesar dalam kebaikan dan biasa dengannya. Sebaliknya, apabila dibesarkan dalam suasana yang ti dak baik dan dipersiakan seperti binatang, tunggulah kebinasaannya. Dosa juga akan diti mpakan ke atas orang yang dipertanggungjawabkan itu."

Justeru, asas pendidikan seharusnya diberi keutamaan. Ini termasuk menanamkan akidah dan mengajarmereka mengenai syariat dalam agama seperti solat selain menanamkan akhlak peribadi berdasarkanakhlak Islam. Tokoh ilmuwan Islam tidak asing lagi, Ibn Khaldun juga mengingatkan tentang pendidikanal-Quran. Beliau berkata: "Al-Quran adalah ilmupertama yang dipelajari oleh anak-anak kerana belajar al-Quran adalah satu syiar agama yang dipelopori oleh orang-orang Islam dan diteruskan oleh semua orang Islam di negeri-negeri mereka kerana al-Quran yang menguatkan iman dancara untuk mengasah kebolehan-kebolehan lain."

Keibubapaan ialah tugasan yang memerlukan komitmen ti nggi, kasih sayang yang ti ada sempadan dan kesabaran yang ti ada had. Ibu bapa perlu menggunakan cara dan pendekatan yang betul untuk membentuk mereka sejak kecil. Kanak-kanak ini diibaratkan sebagai kain puti h. Hanya ibu bapa dan orang lebih tua yang boleh mencorakkan kehidupan mereka. Jika kita inginkan kejayaan buat anak-anak kita, gunakan cara yang betul supaya mereka ti dak tersilap langkah keti ka meningkat dewasa.

Sekian, wasalam.

MOHAMAD SIDIK BIN AWANG ADI

SIDANG REDAKSIPENAUNG

Yang Berbahagia Datuk Seri PanglimaDr. Haji Hasbullah Haji Mohd. Taha

Yang Di-Pertua Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS)

PENASIHATYBhg. Datuk Ustaz Haji Saifulzaman bin Sangul

PengarahJabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah

KETUA EDITORUstaz Mohamad Sidik Haji Awang Adi

Timbalan Pengarah (Hal Ehwal Islam), JHEAINS

TIMBALAN KETUA EDITORUstaz Abd. Razak Hamdin

EDITOR/KETUA PENYELARASUstaz Asmuni Ali

([email protected])

SIDANG PENGARANGAdi Pitang

([email protected])Ustaz Asmuni Ali

([email protected])Ustaz Abd. Rahman Tajudin (Emang)

([email protected])Ustaz Abdillah Haji Nanun

([email protected])Puan Siti Imrah bte Lenas([email protected])Ustaz Awang Juri Ag. Tahir([email protected])

Encik Abdu Khalil bin HassanTuan Haji Sainuri bin Yahmin

Ustaz Mohd Azlan bin Haji BakriEncik Mohammad Sya�iq Ismail

Encik Mohd Azrul Nizam bin JunaidiEncik Mohd Alwie Noorbaki

Ustaz Amiruddin Mohd RosdiCik Nursyuhada Aspar

PENGURUSANEncik Daut Haji Insun

GRAFIKEncik Azmi bin Hashim

JURUTAIPBahagian Penyelidikan & Informasi, JHEAINS

JURUFOTOEncik Jamiun Osman

Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri SabahBeg Berkunci 103, Tingkat 9, Blok B, Wisma MUIS

88737 KOTA KINABALUTel.: 088-522222

Faks: 088-253449

BERPISAH JUA

Jika tua nanti kita hidup masing-masingingatlah hari ini...jangan hanya mendongak ke langitjangan lupa rumput di bumi...

Semoga kita selalumenjadi sebuah kisah klasikuntuk diceritakanpada generasi baharu.

Kemesraan ini...jangan cepat berlaluada cerita lama... yang indahjuga saat kita berdukati ka kita tertawaitu hanya sandiwara.

Yakinlah...kalian pun sama dengan dirikupernah berharap masa initakkan berlalu, terlalu cepat.

Bergegaslah kawanuntuk sambut masa depanberikan senyuman...untuk sebuah perpisahansampai jumpa lagi.

Oleh:DeeKeeBeaufort11122019

Dari Meja Editor Laman Puisi Islam

SHOUTUL ISLAM BIL. 1 - 14 Jamadilawal 1441H/10 Januari 2020M2 SHOUTUL ISLAM BIL. 1 - 14 Jamadilawal 1441H/10 Januari 2020M 19

Page 20: Dari Meja Editor Laman Puisi Islampada tahun 2020 ini. Setelah berehat selama hampir 2 minggu. Rakan-rakan penulis kembali aktif menyediakan bahan penulisan untuk majalah ini yang