1
1
3
Alhamdulillah, pertama sekali marilah kita memanjatkan kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah dan kurnia-Nya maka buku “Dari Kaca Mata KSN” telah dapat diterbitkan khas sempena memperingati dan menghargai kegigihan YBhg Tan Sri Mohd Sidek Hassan menerajui perkhidmatan awam selaku Ketua Setiausaha Negara (KSN). Apa yang pasti, setiap idea, sumbangan dan usaha gigih sepanjang menjawat jawatan sebagai KSN bagi meningkatkan sistem penyampaian perkhidmatan kerajaan tidak mampu dinilai dan dibalas sepanjang hayat. Justeru, adalah menjadi tanggungjawab kepada Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan untuk merakamkan setiap perjalanan dan sorotan sumbangan YBhg Tan Sri Mohd Sidek kepada negara selaku peneraju utama sektor perkhidmatan awam melalui penerbitan buku ini berlandaskan tema “Menjana Transformasi, Menjunjung Integriti-Sektor Awam”. Paparan menarik foto-foto dan petikan kata-kata bernas diharap dapat dijadikan panduan dan rujukan kepada generasi pelapis berhubung lakaran sejarah kepimpinan, bakat serta kesungguhan dalam membantu meningkatkan dan mencapai perkhidmatan cemerlang di kalangan penjawat awam selain membina etika kerja yang utuh. Pengalaman selama kira-kira 37 tahun dalam perkhidmatan awam ternyata telah menyerlahkan kepimpinan KSN untuk dikongsi bersama bagi melahirkan penjawat awam yang memiliki minda kerja kelas pertama. Di bawah kepimpinan YBhg Tan Sri Mohd Sidek, perkhidmatan awam Malaysia diasuh untuk berani berubah menjadi lebih responsif dengan mendahulukan kehendak rakyat sambil berpegang kuat kepada nilai integriti dan bersikap amanah. Diakui sepanjang kepimpinan YBhg Tan Sri Mohd Sidek, telah menjurus kepada peningkatan kualiti penyampaian perkhidmatan awam bagi mengharungi cabaran globalisasi yang semakin sengit dan seterusnya membawa kita ke era lebih baik. Semoga penerbitan ini dapat memberikan momentum kepada perjuangan yang lebih jitu dan menjadi tatapan serta pembakar semangat mengenai ketokohan seorang penjawat awam tertinggi negara membantu membangunkan negara bangsa, 1Malaysia.
Sekapur SirehKETUA SETIAUSAHA KEMENTERIAN PENERANGAN
KOMUNIKASI DAN KEBUDAYAAN
DATO’ SRI KAMARUDDIN SIARAFKetua Setiausaha Kementerian Penerangan
Komunikasi & Kebudayaan
Andai hati boleh berkata,Melalui mulut ia bicara,
Nasihat diberi untuk membina,Umpama bapa kasihkan anaknya,Tiada sekelumit menyimpan rasa,
Hanya untuk kebaikan semua,Perkhidmatan awam harus dijaga,
Supaya teguh negara tercinta,Jauhkan diri dari sengketa,
Menyemai integriti di dalam jiwa,Maaf dipinta dari semua,
Semoga PTD terbilang jua.
Nukilan
Tan Sri Mohd Sidek Hassan Intan Bukit Kiara, Kuala Lumpur
14 Julai 2010
5
Dari kaca mata Ketua Setiausaha Negara
Memacu Transformasi
4
Nama
Jawatan
Kelulusan
Asal
Tarikh Lahir
Nama Isteri
Kurniaan
29 Julai 2010 06 Ogos 200802 Jun 2008 - semasa11 Januari 200703 September 2006 - semasa03 September 2006 - semasa24 Oktober 200419 Januari 200123 Jun 199901 Oktober 1994
16 Jun 199201 Februari 199201 Mac 198516 Julai 1984
01 Mac 1982
01 Ogos 1980
01 Mei 197715 April 1974
Tan Sri Mohd. Sidek b. Hj. Hassan
Ketua Setiausaha Negara, Malaysia
B. Econ. (Hons) (Pentadbiran Awam) Universiti Malaya (1974)M.B.A New Hampshire (1984)
Pekan, Pahang Darul Makmur
24 Jun 1951 (Ahad)
Puan Sri Wan Noorlina binti Wan Hussein
P.M.N, P.S.M, S.J.M.K., S.P.C.M, S.S.A.P, D.G.S.M, D.I.M.P, D.H.M.S, P.N.B.S, K.M.NIjazah Kehormat Doktor Sains Dalam Pentadbiran Awam (UNITAR)
PROFIL PERIBADI KETUA SETIAUSAHA NEGARA
Pengalaman dan Ringkasan Perkhidmatan Ketua Setiausaha NegaraLembaga Penasihat, 1Malaysia Development Bhd (1MDB) Exco, Majlis Ekonomi Presiden UIAM (Universiti Islam Antarabangsa Malaysia)Dilantik menyertai Pasukan Petugas Khas Pemudahcara Perniagaan(PEMUDAH)Pengerusi, Institut Integriti MalaysiaKetua Setiausaha NegaraKetua Setiausaha, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI)Timbalan Ketua Setiausaha (Perdagangan), MITIPengarah, Bahagian Perhubungan Pelbagai Hala, MITIPenasihat Hal Ehwal Ekonomi, Suruhanjaya Perdagangan Malaysiadi Washington D.C., Amerika SyarikatTimbalan Pengarah (Operasi), Bahagian Perdagangan Antarabangsa, MITITimbalan Pengarah, Bahagian Dasar dan Penyelidikan, MITIPesuruhjaya Perdagangan Malaysia di Sydney AustraliaTimbalan Pengarah (Penyelidikan), Unit Penyelarasan & Pelaksanaan, Jabatan Perdana MenteriTimbalan Pengarah, Sektor Analisa Projek, Unit Penyelarasan dan Pelaksanaan, Jabatan Perdana MenteriKetua Penolong Pengarah, Unit Penyelarasan & Pelaksanaan, Jabatan Perdana MenteriPenolong Pesuruhjaya Perdagangan, Kedutaan Besar Malaysia di Tokyo, JepunLantikan ke PTD, Penolong Pengarah, Bahagian Perdagangan Antarabangsa, Kementerian Perdagangan dan Perindustrian
6 7
Mengetip perakam waktu pada hari terakhirnya di Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri selaku Ketua Setiausaha.
Menerima ucapan tahniah daripada Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Abdul Rahman Mamat.
TERIMA KASIH...Bersalaman dengan kakitangan pada hari terakhirnya di Kementerian Perdagangan dan Industri dan seterusnya memulakan tugas baru sebagai Ketua Setiausaha Negara.AMANAH DIGALAS... Menerima nota serah tugas daripada bekas Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Samsudin Osman di Jabatan Perdana Menteri di Putrajaya pada 1 September
2006.
8 9
TUGAS BARU... Bersama Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi pada perhimpunan bulanan Jabatan Perdana Menteri di Bangunan Perdana Putra, Putrajaya pada 4 September 2009.
MOHD. SIDEK DIMINTA JADI ‘JAMBATAN’ KERJASAMA AWAM, SWASTA
PUTRAJAYA 4 Sept 2006 -- Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi meminta Ketua Setiausaha Negara (KSN) yang baru, Tan Sri Mohd. Sidek Hassan menjadi ‘jambatan’ bagi meningkatkan kerjasama yang lebih baik antara sektor awam dan swasta.
Sambil memperkenalkan Mohd. Sidek kepada warga Jabatan Perdana Menteri buat pertama kali hari ini, Perdana Menteri berkata, beliau percaya Mohd. Sidek dapat memajukan sektor awam dengan lebih baik berdasarkan pengalamannya sebelum ini.
‘’Saya percaya Tan Sri Mohd. Sidek Hassan sudah bersedia, berada dalam posisi, kedudukan dan pengalaman yang baik untuk memimpin perkhidmatan awam, untuk memimpin semua pegawai kerajaan dan begitu juga pada waktu kita sekarang sedang menggembleng tenaga sepenuhnya, tenaga sektor awam dan swasta untuk membina satu kekuatan, daya kekukuhan ekonomi kita.
‘’Bukannya kita tidak mempunyai persefahaman yang baik dengan sektor swasta sebelum ini namun kita perlu menambah nilai untuk memperbaiki sistem penyampaian perkhidmatan awam.
‘’Mudah-mudahan pelantikan beliau akan dapat diterima baik,’’ katanya demikian ketika berucap pada perhimpunan bulanan Jabatan Perdana Menteri (JPM) di sini, hari ini.
Turut hadir Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. Mohd. Sidek yang merupakan bekas Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) dilantik sebagai KSN baru bagi menggantikan Tan Sri Samsudin Osman yang tamat kontrak pada 2 September lalu.
Menurut Perdana Menteri, pengalaman Mohd. Sidek ketika mempengerusikan perjumpaan antara sektor swasta, penglibatan dalam dialog ekonomi di dalam dan luar negeri serta dalam penyediaan perjanjian perdagangan bebas dengan negara luar, diharap menjadi panduan dalam tugas dan misinya sebagai KSN.
Dalam pada itu, Abdullah turut mengingatkan kakitangan awam supaya bekerja keras bagi membolehkan Malaysia berada dalam kedudukan antara 10 terbaik di dunia.
‘’Saya akui sektor awam telah berusaha bersungguh-sungguh dan telah meningkatkan kedudukan dari tempat 28 ke 24 dalam Indeks Kompetitif Sektor Awam 2005. Tapi itu belum cukup,” katanya.
(Sumber : Utusan Malaysia)
MALAM PERPISAHAN...Memerhatikan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menyampaikan cenderamata dan sijil penghargaan kepada bekas Ketua Setiausaha Negara (KSN) Tan Sri Samsudin Osman pada Majlis Makan Malam Perpisahan bekas KSN di Kuala Lumpur pada 3 September 2006.
Mengiringi Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi meninggalkan pentas selepas berucap pada perhimpunan bulanan Jabatan Perdana Menteri di perkarangan Bangunan Perdana Putra pada 4 September 2006.
10 11
Menghadiri mesyuarat jawatankuasa kabinet mengenai perjawatan dan gaji pekerja-pekerja sektor awam (JKK-MPGSA) dipengerusikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi di Jabatan Perkhidmatan Awam pada 28 September 2006.
Bersama penerima Anugerah Ketua Setiausaha Negara, kumpulan Megabait-2 Jabatan Anestesiologi dan Rawatan Rapi Hospital Melaka pada Majlis Penyampaian Anugerah Konvensyen Kumpulan Meningkat Mutu Kerja Kebangsaan ke-23 dan Anugerah Inovasi Perkhidmatan Awam tahun 2006 di Wisma Darul Iman pada 12 September 2006.
Menghadiri majlis sambutan harijadi ke-63 Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Rafidah Aziz di Kompleks MITI Jalan Duta pada 8 November 2006.
RUMAH TERBUKA... Bersama Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan Menteri Kerja Raya Datuk Seri S. Samy Vellu di Putrajaya pada 11 November 2006.
Menghadap ke bawah Duli Yang di-Pertuan Agong Tuanku Syed Sirajuddin buat kali pertama sejurus dilantik sebagai Ketua Setiausaha Negara di Istana Negara pada 5 September 2006.
Dari kaca mata Ketua Setiausaha Negara
Menjunjung Integriti 1312
MESRA RAKYAT... Tertarik melihat kehalusan seni kain tenun Pahang ketika melawat Kompleks Kampung Budaya Pulau Keladi di Pekan pada 14 November 2006.
“ Suka saya mengingatkan bahawa tugas sebagai penjawat awam merupakan suatu
amanah. Oleh itu, amanah ini harus dipikul dengan penuh ikhlas dan bertanggungjawab. Tanggungjawab yang dipikul tidak memadai
kalau setakat melepaskan batuk di tangga sahaja, malah apa yang dituntut daripada kita adalah perkhidmatan yang terbaik, atau dengan lain
perkataan, yang berkualiti tinggi. “
“ Masih terdapat sebilangan petugas kaunter yang kurang berhemah semasa melayani
pelanggan. Ada pula yang kurang peka terhadap masalah yang dihadapi pelanggan. Malah masih ada petugas kaunter yang sengaja menyulitkan pelanggan dengan meminta pelanggan mengisi
semula borang permohonan atau meminta pelanggan datang semula pada hari lain atas kesilapan kecil yang sepatutnya dapat diatasi
dengan inisiatif petugas kaunter itu sendiri. Pada hemat saya, petugas-petugas kaunter sepatutnya
lebih responsif dan bersikap ingin mempermudah urusan pelanggan yang datang berurusan di
kaunter agensi Kerajaan. “
“ Gejala rasuah, penyalahgunaan kuasa, ketidakcekapan dan nilai-nilai negatif yang
lain merupakan antara gejala yang boleh melemahkan dan memberikan imej buruk kepada
perkhidmatan awam. Sekiranya gejala-gejala ini tidak dibendung dan dikawal, segala usaha Kerajaan ke arah kecemerlangan akan menjadi sia-sia belaka. Oleh itu, tindakan tegas perlulah diambil terhadap anggota yang terlibat dengan
gejala negatif ini, dengan bertujuan untuk membendung gejala tersebut dari terus merebak, di samping menjadi teladan kepada anggota lain. “
- Majlis Sambutan Hari Kualiti, Jabatan Perdana Menteri 17 November 2006
Menunjukkan buku kecil Integriti “ Dari Akar Hingga Buahnya “ dan plak ikrar Integriti Malaysia bersama Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan Timbalannya Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak pada majlis sambutan Hari Integriti Nasional 2006 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya pada 9 November 2006.
Di perhimpunan bulanan Jabatan Perdana Menteri bersama Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan Timbalannya Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak di Dataran Putra pada 2 Oktober 2006.
Dari kaca mata Ketua Setiausaha Negara
Memacu Transformasi
1514
Dari kaca mata Ketua Setiausaha Negara
Menjunjung Integriti 15
“ Sistem penyampaian merupakan teras utama perkhidmatan awam kepada rakyat, sektor perniagaan dan pihak-pihak yang berkepentingan. Sistem penyampaian yang cemerlang akan terhasil berasaskan prinsip-prinsip integriti, kepercayaan dan gandingan mantap di kalangan semua pihak yang berkepentingan. Ia juga diperkukuhkan lagi melalui amalan berdialog dan berbincang antara sektor, khasnya sektor awam dan sektor swasta. Melalui cara ini, segala dasar yang digubal atau perkhidmatan yang diberikan akan mudah difahami serta diterima oleh rakyat dan lain-lain pelanggan. Apabila nilai-nilai tersebut diamalkan dan menjadi satu budaya, maka ikatan di kalangan semua sektor akan menjadi kukuh, harmoni dan selari. Dengan demikian, hasrat kerajaan untuk menggerakkan jentera kerajaan dan swasta bagi sama-sama membangun negara akan lebih
mudah tercapai. “
- Majlis Penyampaian AnugerahKualiti Sektor Awam (AKSA)
28 November 2006
Bergambar bersama Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan para pemenang Anugerah Kualiti Perdana Menteri Sektor Awam, Sosioekonomi dan Swasta pada majlis Anugerah Kualiti Sektor Awam 2006 di Kuala Lumpur pada 28 November 2006.
“ Rasuah merupakan satu-satunya isu integriti yang banyak dibincangkan. Kita sedia maklum bahawa rasuah, salah guna kuasa dan penyelewengan akan menghalang pembangunan
negara, meluaskan jurang kemiskinan, mengurangkan daya saing negara, melemahkan sistem pentadbiran dan akhirnya menjejaskan pencapaian matlamat meningkatkan kualiti hidup sejagat. Adalah penting usaha-usaha
memerangi rasuah dan mengukuhkan integriti dijadikan sebagai budaya, oleh kerana ia
adalah penyumbang besar terhadap pencapaian wawasan negara kita. “
“ Pada prinsipnya untuk memastikan sistem integriti dalam perkhidmatan awam berkesan, pelaksanaan sistem itu sendiri harus ke arah mewujudkan suasana dan budaya integriti.
Dengan lain perkataan, in order to create an integrity system in the public service, the system itself must work towards promoting integrity. Untuk itu, prinsip-prinsip nilai
atau elemen integriti perlu ada dalam sistem seperti ketelusan, akauntabiliti dan lain-lain nilai murni sejagat. Ianya perlu dipatuhi dan diamalkan sepanjang masa oleh semua pihak
di dalam sistem itu. “
“ Antara langkah-langkah yang perlu diambil untuk mengawal sistem operasi jabatan adalah dengan menyediakan dasar, undang-undang, prosedur serta tugasan yang jelas dan mudah
difahami oleh pegawai dan kakitangan. Sekiranya terdapat peruntukan undang-undang, peraturan atau prosedur yang kabur, tidak praktikal, tidak
relevan atau lapuk, maka ianya hendaklah dipinda dan dikemas kini sewajarnya supaya boleh
dikuatkuasakan dengan jelas dan tegas. Selain itu, hendaklah dipastikan undang-undang dan
peraturan tidak memberi tompokan kuasa, yang akhirnya wujud kuasa monopoli sehingga boleh
membuka peluang kepada rasuah dan salah guna kuasa. “
- Isu-Isu Tadbir Urus Dan Integriti Dalam Perkhidmatan Awam: Dulu, Kini Dan Masa Depan 23 November 2006
“ Dalam perkhidmatan awam, terdapat dua set nilai murni untuk dibudayakan. Pertama ialah nilai teras. Nilai teras merupakan nilai sepunya (shared values) perkhidmatan awam
yang perlu diamalkan oleh semua kakitangan perkhidmatan awam. Nilai teras mengandungi enam nilai murni sejagat iaitu amanah, bijaksana, benar, telus, adil dan bersyukur. “
17
Dari kaca mata Ketua Setiausaha Negara
Memacu Transformasi
16
Menyertai Kejohanan Golf Menjunjung Kasih sempena tamat tempoh pemerintahan Seri Paduka Baginda Tuanku Syed Sirajuddin sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-12 di Shah Alam pada 9 Disember 2006.
“ Aktiviti perancangan merupakan satu proses awal yang amat penting dilakukan sebelum
sesuatu projek dilaksanakan supaya manfaatnya kelak benar-benar dapat dinikmati oleh golongan
sasar. Seterusnya, keputusan pemilihan projek juga perlu dibuat berdasarkan analisis
kemungkinan dan analisis kos faedah atau Cost Benefit Analysis. Kepentingan analisis ini adalah bagi memastikan projek yang dipilih benar-benar
berdaya maju dan dapat memberikan faedah yang maksimum kepada masyarakat. “
“ Dalam hal ini, pepatah Inggeris yang menyebut “If you fail to plan, you plan to fail”, boleh dijadikan panduan. Sekiranya kita gagal
untuk merancang, ini bermakna kita sudah menempah kegagalan. Fenomena inilah yang sering terjadi dalam kebanyakan projek yang gagal dilaksanakan dan disiapkan. Oleh itu,
menyediakan perancangan projek mengikut garis panduan yang ditetapkan tentunya akan dapat
mengelakkan pembaziran wang rakyat dan seterusnya meningkatkan kecekapan pelaksanaan
pembangunan negara. “
“ Sebagai penjawat awam, sama ada kita Pegawai Pengawal atau tidak, kita perlu memastikan setiap ringgit yang diperuntukkan dan dibelanjakan dapat
memberikan hasil yang maksimum. Kawalan kewangan adalah perlu untuk memastikan program, projek dan aktiviti organisasi dilaksanakan dengan
cekap dan berkesan. Pengawalan juga perlu dilakukan bagi mematuhi kehendak akauntabiliti awam,
iaitu untuk membuktikan bahawa segala sumber kewangan telah digunakan bagi kepentingan awam serta mengikut undang-undang dan peraturan yang ditetapkan. Dalam hal ini, pengukuhan integriti dan
kecekapan pengurusan kewangan pastinya dapat meningkatkan ketelusan, dan menghindari ketirisan “
- Persidangan Perancangan Projek & Pengurusan Kewangan Untuk Pegawai Tertinggi Kerajaan Di Intan Bukit Kiara 18 Disember 2006
“ Perkara utama yang penting dalam pengurusan projek dan kewangan adalah dengan mengamalkan tadbir urus yang baik. Dalam hal ini, empat prinsip utama yang perlu diterapkan dalam diri setiap penjawat awam ialah integriti, akauntabiliti,
ketelusan dan keadilan. Saya percaya bahawa pembangunan modal insan yang selalu disebut-sebut itu tidak akan menjadi satu realiti jika kita masih tidak dapat menghayati dan mengamalkan prinsip integriti dan akauntabiliti. “
18 19
20 21
23
Dari kaca mata Ketua Setiausaha Negara
Memacu Transformasi
22
MENJADI SAKSI... Upacara angkat sumpah dan menandatangani surat sumpah menyimpan rahsia sebagai Setiausaha Politik oleh Latt Shariman Abdullah di hadapan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.
Menerima cek bernilai RM500,000 daripada Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Taib Mahmud untuk tabung bantuan mangsa banjir di Wisma Bapa Malaysia, Kuching pada 16 Januari 2007.
“ Mengimbas kembali pengalaman dan usaha pembaharuan yang lalu, perkhidmatan awam telah
memberikan perhatian utama kepada usaha-usaha peningkatan kecekapan
dan keberkesanan sistem penyampaian perkhidmatan, khususnya dengan mengurangkan karenah birokrasi
melalui proses penambahbaikan sistem dan prosedur, serta mengemaskinikan undang-undang dan peraturan. Aspek
ini akan terus menjadi fokus dan agenda penting perkhidmatan awam
dalam usaha meningkatkan daya saing negara. “
“ Bagi memastikan perkhidmatan awam benar-benar dapat melaksanakan
tugas dan tanggungjawabnya dengan penuh ketelusan dan kejujuran, aspek integriti dan akauntabiliti penjawat awam akan terus diperkukuhkan.
Penjawat-penjawat awam menyedari akan pentingnya kami membudayakan
prinsip integriti dan akauntabiliti. Perkhidmatan awam yang bersih,
cekap dan amanah amat penting untuk menjayakan agenda pembangunan
negara dengan cekap, dan isu integriti ini tidak akan dikompromikan. “
- Majlis Perdana Perkhidmatan Awam ke-7, 11 Januari 2007
Menyampaikan surat pelantikan Ketua Polis Negara kepada Tan Sri Musa Hassan di Majlis Khidmat Bakti pada 9 Februari 2007.
24 25
BERIADAH...Sempat meluangkan masa menyertai Pertandingan Golf Piala Perdana Menteri di Kelab Golf Perkhidmatan Awam pada 7 April 2007.
Bersama Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri Datuk Seri Mohd Radzi Sheikh Ahmad, Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi Datuk Peter Chin Fan Kui, Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Azalina Othman Said dan Panglima Angkatan Tentera Jeneral Tan Sri Abdul Aziz Zainal di Kelab Golf Glenmarie Subang sempena Hari Belia Negara pada 13 Mei 2007.
Menyaksikan pelancaran Modul Keluarga oleh Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil di Jabatan Perdana Menteri pada 19 Mac 2007
26 27
Menghadap Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin di Istana Negara pada 25 Mei 2007.Menyampaikan trofi Anugerah Olahragawan Paralimpik Kebangsaan 2006 kepada Faridul Masri di Stadium Juara, Bukit Kiara pada 12 April 2007.
Berbincang bersama Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi sambil diperhatikan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Maximus Ongkili selepas perhimpunan bulanan Jabatan Perdana Menteri di Dataran Bangunan Perdana Putra pada 8 Januari 2007.
Menerima buku “Arahan Perdana Menteri No.1 Tahun 1998, Siri 7 No.1 Tahun 2007 : Pelaksanaan Sistem Pengurusan Audit Nilai Dalam Perkhidmatan Awam Dalam Agensi Kerajaan” daripada Perdana Menteri pada majlis perasmian Akademi Pencegahan Rasuah Malaysia (APRM) pada 12 April 2007.
Dari kaca mata Ketua Setiausaha Negara
Menjunjung Integriti 2928
Menyampaikan Anugerah Khidmat Cemerlang Tahun 2006 kepada kakitangan Jabatan Perdana Menteri di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya pada 5 Jun 2007.
Bersama Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam Tan Sri Ismail Adam melancarkan Kempen Budaya Kerja Kelas Pertama di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya pada 19 Jun 2007.
“ Kenaikan gaji adalah satu reward. Begitu juga Anugerah Khidmat
Cemerlang yang diberikan hari ini, juga merupakan satu reward. Namun suka saya menegaskan bahawa dalam aspek Pengurusan Sumber Manusia biasanya, reward dan punishment
adalah dilaksanakan secara seiring. Di samping memberi reward kepada yang layak menerimanya, punishment juga perlu dilaksanakan terhadap mereka
yang melanggar peraturan. “
“ Kita sentiasa berhadapan dengan cabaran hari muka yang tiada
kepastian. Kita didepankan dengan keperluan untuk melengkapkan diri
dengan kemahiran baru, pendedahan-pendedahan baru serta kualiti
pemikiran dan sikap yang lebih baik, yang berupaya memberikan ruang baru, sumber aspirasi baru dan anjakan baru
dalam pelbagai konteks. Dalam kata lain, kejayaan warga yang cemerlang
dan kecemerlangan sesebuah organisasi merupakan satu perjalanan yang perlu
melalui pelbagai pancaroba. “
- Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Jabatan Perdana Menteri
5 Jun 2007
Menerima Anugerah Darjah Panglima Mangku Negara (P.M.N) daripada Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin yang membawa gelaran Tan Sri sempena Istiadat Pengurniaan Darjah-darjah Kebesaran Persekutuan di Istana Negara pada 2 Jun 2007.
Mengiringi Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin ke Majlis Santapan Malam Sambutan 50 Tahun Kemerdekaan anjuran Perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur pada 4 Disember 2007.
Dari kaca mata Ketua Setiausaha Negara
Memacu Transformasi
3130
Dari kaca mata Ketua Setiausaha Negara
Menjunjung Integriti 31
“ Pegawai yang cekap sentiasa bekerja dengan pantas, does not procrastinate, and will just do it setelah keputusan yang wajar dibuat. Ini bermakna, kita perlu ada sense of urgency dalam melaksanakan setiap tugasan, tanpa melengah-lengahkan sesuatu arahan, sebaliknya memaksimumkan sumbangan kita dalam apa jua tindakan. Perbuatan menangguhkan kerja akan menyebabkan banyak perkara lain yang akan terlepas pandang. Perkara yang boleh dibuat
awal perlu terus diselesaikan pada hari yang sama, kerana pada hari esok mungkin banyak lagi perkara yang perlu diselesaikan. “
“ Peningkatan dalam penggunaan ICT masa kini perlu disalurkan secara positif bagi memantapkan perkhidmatan dan merupakan mekanisme terbaik untuk meningkatkan daya saing. Dalam hubungan ini, saya amat menggalakkan penggunaan mel elektronik, atau e-mel, di kalangan anggota perkhidmatan awam bagi mempercepatkan urusan kerja harian. Penggunaan e-mel juga memudahkan maklum balas serta meningkatkan komunikasi
di kalangan penjawat awam, dan juga dengan pelanggan-pelanggan. Ianya cepat, ringkas dan berkesan – perkhidmatan seumpama inilah yang dituntut dalam dunia tanpa sempadan masa kini. “
- Majlis Makan Malam Bersama PesertaKursus Diploma Pengurusan Awam Bil 1/2007
5 Julai 2007
- Majlis Perjumpaan Ketua Setiausaha Negara Dengan Pegawai-Pegawai Tadbir Gred N41 (Kontrak) Yang Mengisi Jawatan Hakiki Pegawai Tadbir Dan Diplomatik Gred M41
24 Julai 2007
Menghadiri mesyuarat pembentangan laporan kerja Pasukan Petugas Khas Pemudahcara Perniagaan (PEMUDAH) bersama Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi di Jabatan Perdana Menteri pada 16 Ogos 2007. Hadir sama Presiden Majlis Persekutuan Pekilang-pekilang Malaysia Tan Sri Yong Poh Kon dan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Tan Sri Ismail Adam.
“ Satu lagi elemen penting dalam sistem penyampaian awam yang cemerlang ialah
aspek integriti modal insan. Ingin saya jelaskan bahawa integriti mencakupi perkara-perkara yang lebih besar daripada isu rasuah semata-
mata (integrity goes beyond corruption). Konsep integriti membawa maksud kepada nilai-nilai
amanah, boleh dipercayai, jujur, taat dan mempunyai sifat-sifat peribadi yang teguh.
Seorang pegawai yang berintegriti bererti sentiasa menghargai serta memelihara kepentingan
jabatan dan hak orang awam. “
“ Cara berfikir dan cara bekerja anggota perkhidmatan awam hendaklah diubah daripada process-driven kepada outcome-driven. Agensi-agensi perlu menekankan
kepada outcome, dan bukannya proses. Tidak penting bagi saya berapa kali mesyuarat telah
diadakan, berapa lama setiap mesyuarat berlansung, siapa yang hadir, atau berapa
kali lawatan dibuat. Apa yang penting; apa keputusan yang dibuat, adakah tindakan
diambil dan apa kesannya. “
“ Dalam membina organisasi yang berdaya saing, sebagai pemimpin kita perlu berani untuk memberikan teguran mahupun tindakan disiplin
kepada anggota bawahan sekiranya mereka melakukan kesalahan atau melanggar etika kerja. Prinsip ‘REWARD AND PUNISHMENT’ perlu dilaksanakan secara saksama. Kebanyakan ketua jabatan pada hari ini dilihat cenderung dengan
mengutamakan ‘reward’ dalam menghargai prestasi cemerlang kakitangan bawahan. Mereka tidak mahu atau takut mengenakan ‘punishment’ apabila kakitangan melakukan perbuatan yang
menyalahi peraturan.“- Ucaptama Persidangan Kebangsaan
Ke Arah Sistem Penyampaian Yang Cemerlang 14 Jun 2007
Dari kaca mata Ketua Setiausaha Negara
Memacu Transformasi
3332
Dari kaca mata Ketua Setiausaha Negara
Menjunjung Integriti 33
“ Semua pihak yang terlibat hendaklah memberikan komitmen yang tinggi terhadap semua perkara berkaitan pengurusan, keselamatan perlindungan dan penyelenggaraan bagi memastikan fungsi, perkhidmatan dan hasil keluaran Sasaran-Sasaran Penting masing-masing tidak menghadapi
sebarang gangguan, kompromi atau ancaman. Gangguan, kompromi atau ancaman, walau sekecil mana, boleh menjejaskan imej, kredibiliti dan sistem penyampaian perkhidmatan Kerajaan serta mempunyai kesan kepada pertumbuhan ekonomi negara, keselamatan dan pertahanan negara,
perjalanan fungsi Kerajaan dan seterusnya imej negara. “- Majlis Perasmian Seminar Sasaran Penting Tahun 2007
9 Ogos 2007
“ Ada juga di kalangan pemimpin yang tidak mematuhi undang-
undang, prosedur dan peraturan yang ditetapkan. Hal ini sudah tentu
menjejaskan integriti kerana tidak dapat menunjukkan contoh teladan
yang baik. Perlu ditekankan bahawa setiap diri individu itu sendiri adalah
pemimpin dan setiap pemimpin bertanggungjawab terhadap mereka
yang dipimpin. Setiap individu adalah khalifah di muka bumi ini. “
“ Bagi menjamin kejayaan gerakan pemantapan integriti, penyelarasan
dan pemantauan pelaksanaan program haruslah dilakukan “dari bawah”
melalui pemerkasaan komponen atau sektor masing-masing. Pemantauan dan
penyelarasan yang dilakukan secara pentadbiran yang birokratik boleh
membantutkan daya usaha di peringkat akar umbi dan ini perlu dielakkan.
Sensitiviti pelbagai lapisan atau komponen masyarakat terhadap campur
tangan pihak lain juga perlu diambil perhatian. Sentiasa mengamalkan sikap
yang terbuka, positif dan membina terhadap mana-mana golongan
ataupun pertubuhan. “
- Merealisasikan Tekad 2008 Pelan Integriti NasionalCabaran dan Harapan
6 September 2007
Menyaksikan penyampaian surat pelantikan panel bebas khas kepada aktivitis sosial Tan Sri Lee Lam Thye oleh Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak di Putrajaya pada 27 September 2007.
“ Salah satu cabaran terbesar yang dihadapi dalam perkhidmatan awam hari ini, adalah tenaga kerja yang relevan memandangkan
orientasi pelanggan memerlukan kita menyampaikan perkhidmatan dengan cara yang terbaik. Pelanggan pada hari ini tahu akan hak serta kehendak mereka. Sikap prihatin kepada pelanggan dan sentiasa mencari jalan untuk
memenuhi keperluan mereka merupakan elemen penting dalam usaha menyediakan perkhidmatan
yang berkualiti kepada orang ramai. Dalam hubungan ini, sumber manusia yang terlatih dan
berkualiti adalah menjadi keutamaan.“
“ Seorang pegawai Perkhidmatan Awam perlu memiliki ciri-ciri produktif dan responsif.
Pegawai sentiasa mempunyai sense of urgency dalam melaksanakan setiap tugasan,
tidak melengah-lengahkan sesuatu arahan, sebaliknya mempunyai inisiatif tersendiri untuk memaksimumkan sumbangannya
dalam melaksanakan setiap arahan. Pegawai sedemikian juga dapat melaksanakan tugasnya
dengan arahan yang minima, dan sentiasa menyiapkan tugasan dengan cepat dan tepat, iaitu kadar kesilapan yang dilakukan adalah
minima. “
“ Satu ciri yang paling penting yang perlu ada pada diri seseorang pegawai
perkhidmatan awam ialah, Integriti. Integriti bukan sahaja bermaksud menghindari dari
perlakuan rasuah dan salah guna kuasa, tetapi juga bermaksud performing the best in
every possible way. “
- Majlis Penutupan Persidangan Suruhanjaya-Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Pelajaran Dan Negeri Kali Ke-X 2 Ogos 2007
Menghadiri mesyuarat pembentangan laporan kerja Pasukan Petugas Khas Pemudahcara Perniagaan (PEMUDAH) bersama Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi di Jabatan Perdana Menteri pada 16 Ogos 2007. Hadir sama Presiden Majlis Persekutuan Pekilang-pekilang Malaysia Tan Sri Yong Poh Kon.
Dari kaca mata Ketua Setiausaha Negara
Menjunjung Integriti 3534
“ Bagi memastikan rekod awam boleh diterima sebagai bukti yang sahih, semua jabatan dan agensi kerajaan hendaklah merancang dan melaksanakan program pengurusan rekod yang
menyeluruh mengikut prinsip, prosedur dan amalan terbaik pengurusan rekod. Ini akan memastikan bahawa rekod awam mempunyai ciri-ciri sahih, andal (reliable) dan boleh dipercayai.
Rekod yang sebegini barulah layak menjadi bukti yang boleh diterima di mahkamah. “
- Ucaptama Majlis Perasmian Konvensyen Pengurusan Rekod5 November 2007
“ Saya ingin mencadangkan supaya pendekatan KMK dikaji semula
dengan memberi perhatian utama kepada penerapan knowledge-based dan creativity-driven di kalangan
pihak pengurusan dan pekerja bagi membolehkan organisasi menghasilkan
nilai tambah. Oleh itu, KMK versi baru seharusnya memberi tumpuan
kepada idea, pembelajaran, perkongsian ilmu dan penciptaan nilai menerusi strategi penyelesaian masalah yang
lebih berkesan dan teknik analisis yang terkini, misalnya dengan menggunakan kaedah “blue ocean strategy”. Produk
akhir KMK seharusnya menjurus kepada penciptaan output organisasi, iaitu, sama ada berbentuk produk atau perkhidmatan
yang dapat dirasai dengan ketara dan dinikmati secara meluas oleh masyarakat
pengguna. “
“ Penjawat awam bermentaliti kelas pertama adalah mereka yang berupaya
membuat perubahan bukan sahaja dalam cara bekerja, tetapi juga dalam
menghasilkan produk-produk baru di peringkat antarabangsa. Untuk
menjadi lebih kreatif dan inovatif serta membolehkan kita menjadi pemain di
peringkat global, cara berfikir yang biasa perlu diubah. Anggota perkhidmatan
awam perlu “think out of the box” untuk menghasilkan rekacipta dan produk baru. “
- Majlis Penyampaian Anugerah Konvensyen KMK Kebangsaan Ke 22 dan Anugerah Inovasi Perkhidmatan
Awam 200729 Oktober 2007
SERIUS... Mendengar amanat Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi di Perdana Putra pada 5 November 2007 bersama Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak.
Memotong pulut kuning bersama Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi pada majlis jamuan hari raya Aidilfitri di Jabatan Perdana Menteri pada 24 Oktober 2007. Hadir sama Menteri Kerja Raya Datuk Seri S. Samy Vellu serta kenamaan-kenamaan lain.
Memerhatikan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan isteri, Datin Seri Jeanne Abdullah memotong pulut kuning pada majlis makan malam yang diraikan oleh anggota sektor awam di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya pada 9 Julai 2007.
MESRA... Bersama Menteri Penerangan Datuk Seri Zainuddin Maidin dan Timbalannya Datuk Ahmad Zahid Hamidi di majlis mesra Aidilfitri di Dataran Setia Angkasapuri pada 27 Oktober 2007.
Dari kaca mata Ketua Setiausaha Negara
Menjunjung Integriti 3736
“ Persekitaran yang kondusif akan menarik minat para pelabur serta memesatkan lagi pertumbuhan ekonomi negara. Segala bentuk kelulusan yang melibatkan prosedur yang rumit perlu dipermudah, manakala peraturan berkaitan perlu sentiasa dikemaskinikan. Dalam hal ini, kerajaan telah menubuhkan PEMUDAH (Pasukan Petugas Khas Pemudahcara Perniagaan) iaitu satu bentuk kerjasama antara agensi kerajaan dan swasta bagi mengkaji semula prosedur-prosedur yang digunapakai dalam memberi kelulusan kepada aktiviti
pelaburan dan perniagaan. Alhamdulillah, saya bersyukur kerana urusan-urusan tertentu telah dapat disingkatkan dan sebahagian karenah birokrasi dalam perkhidmatan awam telah dapat diatasi melalui usaha
PEMUDAH. “ - Majlis Anugerah Fellow Intan Dan Penyampaian Diploma Intan 2007 4 Disember 2007
“ ...untuk meningkatkan sistem penyampaian perkhidmatan,
penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) perlu dimanfaatkan
sepenuhnya. Sungguhpun Kerajaan telah melaksanakan pelbagai projek
ICT, namun masih banyak lagi ruang dan peluang untuk meraih potensi ICT bagi meningkatkan lagi kualiti sistem
penyampaian. Lebih tumpuan hendaklah diberikan kepada penyediaan maklumat
dan perkhidmatan Kerajaan secara online, tanpa perlu pelanggan berurusan di kaunter. Dengan cara ini, maklumat
dan perkhidmatan Kerajaan boleh dicapai pada bila-bila masa dan di mana
sahaja. “
“ Panggilan telefon hendaklah dijawab dengan segera tanpa menunggu hingga tiga deringan, bercakap dengan bahasa yang sopan dan mesra. Petugas kaunter pula hendaklah bersifat informatif, sedia
membantu, menghormati pelanggan dan sentiasa mencari jalan bagi
menyelesaikan urusan di kaunter tanpa menangguhkannya ke hari esok. E-mel dan surat hendaklah diberikan respons dengan cepat. Pelanggan terutamanya orang awam hendaklah dimaklumkan dengan segera mengenai pertanyaan
atau status tindakan terhadap permohonan yang dimajukan. “
- Sambutan Hari Kualiti Jabatan Perdana Menteri2 November 2007
Merasmikan “ Malaysian Government Open Source Software Conference (MyGOSSCON) 2007 “ di Putrajaya pada 6 Disember 2007 disaksikan Ketua Pengarah Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) Datuk Normah Md Yusof dan Presiden Majlis Persekutuan Pekilang-pekilang Malaysia Tan Sri Yong Poh Kon.
TUNAIKAN KEWAJIBAN... Menunaikan solat Maghrib bersama pemimpin negara pada Majlis berbuka puasa bersama Perdana Menteri di Masjid Putra pada 14 September 2007.
Bergambar bersama Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi serta barisan penerima Anugerah Kualiti Sektor Awam 2007 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur pada 30 November 2007.
Pada sidang akhbar bersama Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi selepas pembentangan laporan kerja oleh Pasukan Petugas Khas Pemudahcara Perniagaan (PEMUDAH) di Pejabat Perdana Menteri pada 16 Ogos 2007.
38 39
Berbual-bual bersama Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan Ketua Hakim Negara Datuk Abdul Hamid Mohamad.
Berada di majlis perasmian Dialog Pembangunan Daerah 2007 dan pelancaran sistem e-Merah & Portal I Serve U bersama Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya pada 4 September 2007.
Merasmikan “Malaysian Government Open Source Software Conference (MyGOSSCON) 2007” sambil diperhatikan Ketua Pengarah Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) Datuk Normah Md Yusof dan Presiden Majlis Persekutuan Pekilang-pekilang Malaysia Tan Sri Yong Poh Kon di Putrajaya pada 6 Disember 2007.
40 41
43
Dari kaca mata Ketua Setiausaha Negara
Menjunjung Integriti 4544
Bersama Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi pada Perhimpunan Bulanan Jabatan Perdana Menteri di Dataran Kompleks Perdana Putra pada 7 Januari 2008.
Bersama Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Seri Dr Jamaluddin Jarjis (dua, kanan) dan timbalannya Datuk Kong Cho Ha (kiri), di majlis Perhimpunan Bulanan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya pada 17 Januari 2008.
“ Dalam pada itu juga, penjawat awam perlu “pay attention to details”. Jangan melakukan kerja sambil lewa atau mengambil sikap tidak
endah. Bagi setiap tugasan sebaiknya disediakan senarai semak atau checklist bagi membantu kita memberi perhatian kepada perkara-perkara yang
kecil yang dianggap remeh temeh, tetapi boleh menjejaskan kelancaran sesuatu usaha.“
“ Sebagai contoh, dalam mengendalikan mesyuarat, urusetia perlu pastikan alat audio video berfungsi dengan baik, kertas dan pensel
disediakan, folder mesyuarat dihantar lebih awal kepada ahli mesyuarat, kedatangan
ahli mesyuarat disahkan sebelum mesyuarat berlangsung. Dengan memberi perhatian kepada
perkara-perkara “remeh” seumpama itu boleh menentukan kejayaan serta keberkesanan
sesuatu mesyuarat. “
“ Integrity means doing your best. Bila saudara-saudari punch in atau swipe in atau apa jua kaedah yang digunakan
sebagai tanda hadir bekerja, maka saudara-saudari mestilah benar-benar “Hadir” dengan memberikan sepenuh perhatian
terhadap tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan. Tiada elemen main-main,
ponteng atau tangguh kerja. “
- Sesi Bersama KSN dengan Pegawai-Pegawai Kerajaan Persekutuan/Negeri Sarawak 26 Januari 2008
Melancarkan Buku Panduan Edisi Kedua Penambahbaikan Urusan Cadangan Pemajuan serta Penyelenggaraan dan Pengurusan Hartanah selepas merasmikan Seminar Penilaian Keberkesanan Pelaksanaan Inisiatif Baru Mempertingkatkan Sistem Penyampaian Perkhidmatan Kerajaan di PICC pada 15 Januari 2008.
PATUH ARAHAN ... Anggota-anggota perkhidmatan awam menghadiri Perhimpunan Bulanan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi memakai baju batik berikutan satu pekeliling perkhidmatan awam bagi menggalakkan pemakaian batik Malaysia pada setiap hari Khamis di PICC pada 17 Januari 2008.
Dari kaca mata Ketua Setiausaha Negara
Menjunjung Integriti 4746
Bersama Pengerusi bersama Pasukan Petugas Khas Pemudahcara Perniagaan (PEMUDAH) Tan Sri Yong Poh Kon menunjukkan Buku Laporan Tahunan PEMUDAH Jabatan Perdana Menteri (JPM) di Putrajaya pada 29 Februari 2008.
“ Bagi mencapai kecemerlangan dalam pendidikan negara,
semua pihak perlu menggalas tanggungjawab dan tidak
meletakkan sepenuh tanggungjawab pendidikan anak-anak kepada kerajaan semata-mata. Kemudahan prasarana yang lengkap,
peranan guru dan kerajaan bukanlah jaminan ke arah
melahirkan insan yang berkualiti sekiranya ibu
bapa dan masyarakat tidak memainkan peranan masing-
masing. “
- Majlis Perasmian Sekolah Kebangsaan Danau Kota 2, Kuala Lumpur.
26 Februari 2008
Bergambar kenangan pada majlis penutup Seminar “ Masterclass Place Branding “ di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya pada 18 Februari 2008.
Dari kaca mata Ketua Setiausaha Negara
Memacu Transformasi
48 49
Menunjukkan salinan analisis mengenai laman web khas, www.warkahuntukpm.com.my di Bilik Mesyuarat Jabatan Perdana Menteri, Bangunan Perdana Putra pada 4 Mac 2008.
Bersama Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob selepas majlis perjumpaan tertutup bersama-sama Datuk Bandar dan Yang Dipertua Pihak Berkuasa Tempatan Pahang, Terengganu dan Kelantan di Kuantan pada 31 Januari 2008.
“ Ketua Jabatan hendaklah mengamalkan sistem reward dan punishment dengan memberi ganjaran sewajarnya kepada mereka yang berkhidmat dengan cemerlang dan mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang melanggar peraturan serta
melaksanakan tugas dengan baik secara sengaja. “
“ Ketua Jabatan perlu menyemak undang-undang dan peraturan serta pekeliling-pekeliling sedia ada. Mana yang telah lapok dan tidak relevan lagi perlu dimansuhkan atau dikemas kini supaya sesuai dengan keadaan semasa bagi mempermudah
urusan kepada pelanggan dan orang ramai “- Majlis Makan Malam Sempena Lawatan Kerja KSN Ke Negeri Kelantan 1 Mac 2008
Mendengar pengumuman barisan Kabinet Baru oleh Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi di Bangunan Perdana Putra, Jabatan Perdana Menteri pada 18 Mac 2008.
Dari kaca mata Ketua Setiausaha Negara
Menjunjung Integriti 5150
“ Kita mampu melakukan sesuatu perubahan semasa kita masih lagi berkhidmat
dalam perkhidmatan awam. Janganlah kita menyesal di kemudian hari kelak, iaitu
apabila kita telah memasuki alam persaraan, baru
kita menyedari bahawa kita tidak melaksanakan
sebaik-baiknya apa yang sepatutnya kita
laksanakan. Pada waktu itu, semuanya telah
terlambat. Dalam erti kata lain, saudara-saudarilah yang bakal menentukan
perubahan yang seterusnya mencorakkan keberkesanan
perkhidmatan awam di masa akan datang.“
- Majlis Penyampaian Surat Kenaikan Pangkat Jawatan Utama Sektor Awam Dan
Jawatan Khas Sektor Awam Bilangan 2/200818 April 2008
Perhimpunan Bulanan Jabatan Perdana Menteri yang diadakan di perkarangan Dataran Bangunan Perdana Putra pada 7 April 2008.
Bergambar kenangan bersama ketua-ketua jabatan dan penduduk Kampung Cherok Paloh selepas penyerahan replika kunci masjid kampung baru daripada Jabatan Kerja Raya Pahang kepada Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) di Pahang pada 5 April 2008.
Pertemuan dengan delegasi CUEPACS bersama Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi di Bangunan Perdana Putra, Jabatan Perdana Menteri, Putrajaya pada 17 April 2008.
52 53
Menyaksikan upacara mengangkat sumpah menyimpan rahsia sempena pelantikan beberapa Setiausaha Politik baru di hadapan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi di Bangunan Perdana Putra, Jabatan Perdana Menteri di Putrajaya pada 23 April 2008.
Bergambar bersama Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan 27 Setiausaha Politik selepas Majlis Mengangkat Sumpah Simpan Rahsia di Bangunan Perdana Putra, Jabatan Perdana Menteri pada 23 April 2008.
Bersama Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi di Majlis Dialog Integriti Asean 2008 di Institut Integriti Malaysia di Kuala Lumpur pada 21 April 2008.
Dari kaca mata Ketua Setiausaha Negara
Memacu Transformasi
54 55
Bersama Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin, Permaisuri Agong Tuanku Nur Zahirah, Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan isteri Datin Seri Jeanne Abdullah di Majlis Santapan Malam sempena Sambutan Jubli Emas Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) di Kuala Lumpur pada 28 April 2008.
“ Saudara-saudari yang telah bersara mempunyai “kelebihan” kerana pernah berada dalam Perkhidmatan Awam dan sekarang ini, di luar Perkhidmatan Awam pula. Mungkin apabila berada di luar, banyak kelemahan dapat dilihat, dan sehubungan itu adalah menjadikan kewajipan saudara-saudari untuk memaklumkan kelemahan
tersebut kepada rakan-rakan yang sedang berkhidmat supaya pembaharuan dan penambahbaikan yang sewajarnya boleh diambil.
Oleh itu, bagi kita yang masih lagi dalam perkhidmatan, adalah menjadi tanggungjawab kita untuk mengambil tindakan yang sewajarnya terhadap segala aduan mahupun rungutan yang dikemukakan, tidak kira daripada
rakan-rakan yang telah bersara mahupun daripada orang awam. Berilah keutamaan dan perhatian terhadap segala aduan dan rungutan yang diterima, serta tangani isu dan masalah yang dibangkitkan dengan bijak. Sebenarnya
aduan dan rungutan orang ramai adalah merupakan maklumbalas yang terbaik bagi kita, untuk mengetahui keberkesanan sistem penyampaian perkhidmatan sehingga ke peringkat akar umbi. “
- Majlis Khidmat Bakti Bilangan 1 Tahun 2008 2 Mei 2008
“ Tadbir urus terbaik juga memberi penekanan terhadap aspek prestasi
dan pematuhan. Kedua-dua aspek ini mempunyai kaitan secara langsung
dengan tugas pengauditan, iaitu menilai pelaksanaan program dan
aktiviti agensi dari aspek kecekapan dan keberkesanan, serta memastikan tiada sebarang pembaziran sumber kewangan. Selain itu, Juruaudit
Dalam juga hendaklah memastikan setiap prosedur, peraturan dan undang-undang yang berkaitan dipatuhi, dalam
melaksanakan pengurusan kewangan yang telus dan berakauntabiliti. “
“ Adalah menjadi harapan saya agar Institusi Audit Dalam ini
akan terus melaksanakan peranan yang aktif dalam memastikan urus tadbir perkhidmatan awam yang terbaik. Juruaudit sememangnya
sentiasa dikaitkan dengan sifat-sifat ketelitian, objektif, berimbang dan
telus. Ini berpunca dari kesediaan dan kesungguhan serta komitmen tinggi
dalam menghasilkan pengauditan yang bermutu. Sungguhpun demikian usaha
ke arah peningkatan kualiti perlulah dilipatgandakan supaya peranan Audit
Dalam terus relevan serta menepati keperluan semasa dalam menyediakan
sistem penyampaian perkhidmatan awam yang berintegriti.. “
-Majlis Perasmian Simposium Audit Dalam 2008 24 April 2008
Menyaksikan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menandatangani plak pada Majlis Pembukaan Dialog Integriti Asean 2008 di Institut Integriti Malaysia pada 21 April 2008.
56 57
Menyampaikan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang kepada Laksamana Pertama Maritim Datuk Ismail Hamzah dan Pengawal Pengiring Timbalan Perdana Menteri Lans Koperal Hairudin Sulaiman pada Majlis Perkhidmatan Cemerlang, Jabatan Perdana Menteri di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya pada 6 Mei 2008.
Beramah mesra bersama sebahagian daripada penerima-penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2007 Jabatan Perdana Menteri di PICC pada 6 Mei 2008.
Menyampaikan surat pelantikan sebagai Ketua Pengarah KEMAS kepada Datuk Abdul Puhat Mat Nayan pada Majlis Khidmat Bakti dan Penyampaian Surat Pelantikan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya pada 2 Mei 2008.
Meraikan 16 pelantikan baru Ketua Setiausaha dan Ketua Pengarah dari pelbagai jabatan pada Majlis Khidmat Bakti dan Penyampaian Surat-surat Pelantikan di PICC pada 2 Mei 2008.
Bersama Raja Muda Perak Raja Dr. Nazrin Shah, Persiden Harvard Club Malaysia Tan Sri Lin See Yan dan Profesor Herman Dutch Leonard di Meja Santapan di Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) Kuala Lumpur pada 2 Mei 2008.
Turut serta pada sesi perbincangan bersama Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi pada Mesyuarat Pertama Majlis Menangani Inflasi 2008 di Bilik Mesyuarat Utama, Pejabat Perdana Menteri pada 9 Jun 2008.
59
Dari kaca mata Ketua Setiausaha Negara
Memacu Transformasi
58
Turut serta dalam Mesyuarat Pertama Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi di Bangunan Parlimen, Kuala Lumpur pada 3 Julai 2008.
Mesyuarat bersama semua ketua Setiausaha Kementerian yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi di Bangunan Perdana Putra Putrajaya pada 16 September 2008.
“ Apabila kita menjadi pengguna yang bijak, kita akan dapat membantu kerajaan dalam mempertingkatkan ekonomi negara serta mengurangkan masalah kenaikan harga barangan yang semakin menjadi-jadi diseluruh dunia pada masa ini. Pengguna yang
berhemah juga adalah pengguna yang “sedikit berbelanja dan banyak menabung”. Galakkanlah diri kita membuat simpanan untuk kegunaan masa depan bagi diri dan anak-anak. Dengan amalan berjimat cermat, kita akan dapat membina keluarga bahagia, serta
tidak perlu bergantung kepada orang lain atau kerajaan dalam mengurus persekolahan anak-anak ataupun untuk keperluan keluarga. “
“ Sebagai penjawat awam, kita hendaklah sentiasa melakukan penambahbaikan yang berterusan bagi meningkatkan sistem penyampaian Kerajaan. Kita hendaklah berani mengubah peraturan-peraturan yang telah lapuk dan tidak lagi sesuai diguna pakai
serta telah lama diamalkan, walaupun melibatkan pindaan undang-undang atau akta tertentu. Proses penambahbaikan ini memerlukan kajian yang lebih terperinci dan lebih fokus supaya tindakan yang diambil bertepatan dengan
kehendak rakyat. Saya dapati banyak perubahan yang telah dilaksanakan oleh Jabatan Kerajaan tetapi gagal mencapai matlamat yang telah ditetapkan. Ini mungkin disebabkan proses perubahan yang dilaksanakan tidak difahami oleh semua peringkat dan kurangnya
penguatkuasaan oleh agensi yang terbabit. “
- Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Perwakilan Puspanita Kali Ke-26 13 Mei 2008
- Majlis Anugerah Khidmat Cemerlang ACU 2007, ICU JPM 10 Julai 2008
Dari kaca mata Ketua Setiausaha Negara
Memacu Transformasi
60 61
Bersama Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin pada Pertandingan Golf Piala Majlis Raja-Raja di Glenmarie Golf and Country Club pada 5 Julai 2008.
Sesi bergambar selepas Mesyuarat Pertama Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA) di Bangunan Parlimen Kuala Lumpur pada 3 Julai 2008.
“ Tumpuan kepada langkah meningkatkan tahap daya saing
negara adalah penting kepada usaha Kerajaan untuk memenuhi matlamat Misi Nasional. Dalam mengekalkan daya saing negara, Kajian Separuh Penggal RMKe9 telah menetapkan
bahawa penyampaian Perkhidmatan Awam perlu ditransformasikan agar
lebih mesra pelanggan melalui beberapa langkah strategik. “
“ Ini termasuk langkah seperti pengintegrasian perkhidmatan,
perekayasaan penyampaian perkhidmatan, peningkatan perkongsian
maklumat dan infrastruktur, kajian semula rangka kerja perundangan
dan kawal selia, peningkatan kawalan kendiri (self regulation) dan
pembangunan kompetensi anggota Perkhidmatan Awam. Saya berharap
peserta persidangan akan turut memberi tumpuan kepada perkara-perkara ini
semasa membincangkan langkah-langkah proaktif ke arah meningkatkan
daya saing negara.
-Persidangan Peningkatan Daya Saing Negara :Peranan dan Inisiatif Sektor Awam
15 Julai 2008Hadir bagi merasmikan Persidangan Peningkatan Daya Saing Negara: Peranan dan Inisiatif Sektor Awam di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya pada 15 Julai 2008.
62 63
“ Bagi membolehkan aktiviti rekaciptaan terus berkembang pesat, negara memerlukan kepimpinan yang kuat dan berwawasan dari pelbagai sektor kerajaan, sektor swasta dan perniagaan, pertubuhan dan komuniti, ahli akademik serta media. Sokongan undang-undang dan pentadbiran adalah penting untuk memantapkan usaha mempergiatkan rekaciptaan. Sebarang bentuk kekangan dan
halangan yang membelenggu aktiviti rekacipta di semua peringkat sama ada di sektor awam atau swasta perlu diatasi segera. Persepsi negatif terhadap rekaciptaan hendaklah dihindari. Rekaciptaan harus dijadikan sebagai budaya kita.“
“ Aspek ketiga yang perlu diberikan keutamaan serta menentukan pegawai PTD terus cemerlang dan relevan adalah pembangunan modal insan. Proses mentadbir, menilai, membuat keputusan, berkomunikasi, berinteraksi, merancang, dan memimpin menuntut
penjawat awam yang mempunyai kebijaksanaan, berilmu pengetahuan dan berkemahiran.“
- Pembentangan Kertas Kerja Oleh Y. Bhg. Tan Sri Mohd Sidek Hassan, Ketua Setiausaha Negara “Pemupukan Dan Pembudayaan Reka Cipta Dari Sudut Undang-Undang, Pentadbiran Dan Kepimpinan
29 Julai 2008
- Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik, Malaysia
10 Julai 2008
Menandatangani perjanjian persefahaman mewakili kerajaan Persekutuan bersama Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah Datuk Sukarti Wakiman di Kota Kinabalu pada 19 Jun 2008. Hadir sama Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi ,Menteri di Jabatan Ketua Menteri Datuk Nasir Tun Sakaran dan Ketua Hakim Syarie Ibrahim Lembut .
Melayani soalan wartawan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya.
64 65
Menghadiri perbincangan Ekonomi Negara ke-23 di Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER) di Kuala Lumpur pada 17 Julai 2008. Turut sama, ahli Lembaga Pemegang Amanah Tan Sri Sheriff Kassim dan Tan Sri Thong Yaw Hong.
Mengiringi Ketua Perlembagaan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Sultan Ahmad Shah beredar dari kampus utama di Gombak selepas Majlis Konvokesyen UIAM ke-24 di Kampus Utama di Gombak pada 23 Ogos 2008.
Bertukar dokumen memorandum persefahaman bersama Presiden Gabungan Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Malaysia (ACCIM) Tan Sri William Cheng Heng sempena ulangtahun ke-60 ACCIM disaksikan oleh Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Ong Ka Ting di Kuala Lumpur pada 23 Julai 2008.
SMS KERAJAAN 15888 ... Menekan angka 15888 sebagai simbolik pelancaran Gerbang SMS Kerajaan pada Majlis Perasmian Persidangan Ketua-ketua Pegawai Maklumat (CIO) di PICC pada 31 Julai 2008.
Sebahagian daripada tetamu yang hadir cuba menghantar SMS ke nombor 15888 selepas pelancaran Gerbang SMS Kerajaan di PICC pada 31 Julai 2008.
66 67
MENGHIJAU... Mengiringi Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan Isteri Datin Seri Jeanne Abdullah melihat tumbuh-tumbuhan yang menghijau di perkarangan kediaman KSN pada majlis rumah Terbuka Aidilfitri pada 11 Oktober 2008.
Menyambut ketibaan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak dan isteri sempena majlis rumah terbuka Aidilfitri di kediaman Ketua Setiausaha Negara pada 11 Oktober 2008.
Di majlis Khidmat Bakti pegawai-pegawai kanan kerajaa dan penyampaian watikah pelantikan Jabatan Perdana Menteri (JPM) 2008 di Dewan Seri Endon, Puspanitapuri pada 16 Disember 2008.
RAI...Meraikan sambutan hari ulang tahun kelahiran Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang ke-69 selepas majlis Penyampaian Anugerah Kualiti Sektor Awam 2008 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada 27 November 2008.
Bergambar bersama Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan penerima Anugerah Kualiti Perdana Menteri kepada Naib Canselor Universiti Teknologi Mara (UiTM), Datuk Seri Profesor Dr Ibrahim Abu Shah pada majlis Penyampaian Anugerah Kualiti Sektor Awam 2008 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada 27 November 2008.
68 69
Menghadiri istiadat keberangkatan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abdidn dan Raja Permaisuri Agong Tuanku Nur Zahirah untuk lawatan negara ke Kuwait di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 30 November 2008.
Menyampaikan piala Anugerah Kualiti Jabatan Perdana Menteri (JPM) kepada Ketua Pengarah Unit Penyelarasan dan Pelaksanaan (ICU-JPM) Tan Sri Khalid Ramli (kanan) sempena Hari Kualiti JPM 2008 di Dewan Seri Endon, Puspanitapuri pada 11 Disember 2008.
Menghadiri Hari Kualiti Jabatan Perdana Menteri 2008 di Dewan Seri Endon, Puspanitapuri pada 11 Disember 2008.
70 71
Bersama Ketua Setiausaha Kementerian Penerangan Datuk Kamaruddin Siaraf di Angkasapuri sebelum bersiaran langsung dalam program Bicarawara : Bersama Ketua Setiausaha Negara yang dihoskan oleh Sayed Munawar Sayed Mustar di TV 1, RTM pada 5 Februari 2008.
7372
Dari kaca mata Ketua Setiausaha Negara
Menjunjung Integriti 7574
PERTAMA KALI... Menyampaikan amanat bagi mewakili Perdana Menteri pada Perhimpunan Bulanan Jabatan Perdana Menteri di Dataran Kompleks Perdana Putra, Putrajaya pada 2 Mac 2009.
“ Adalah menjadi harapan kita agar integriti menjadi suatu cara hidup. Apabila integriti dijunjung, Insya
Allah kita akan dapat memberi fokus kepada agenda pembangunan dan kemajuan dengan
lebih yakin dan terjamin. Sebaliknya jika nilai, etika
dan integriti itu yang menjadi punca dan permasalahan, ini akan membantutkan
perancangan dan pelaksanaan semua bentuk sistem yang
ada, misalnya, sistem dalam kekeluargaan dan kemasyarakatan, sistem
keselamatan dan pertahanan, sistem penyampaian khidmat awam, sistem perniagaan dan
pelaburan dalam ekonomi, sistem penguatkuasaan dan keadilan, dan sebagainya.“
- Persidangan Agenda Integriti Nasional: Penilaian Dan Hala Tuju
17 Mac 2009
Mendengar taklimat daripada Ketua Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Laksamana Datuk Mohd Amdan Kurish mengenai operasi penguatkuasaan APMM di Pelabuhan Klang pada 22 Februari 2009.
Melawat Projek Tebatan Banjir Sungai Damansara bersama Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Douglas Unggah Embas dan Timbalannya Datuk Maznah Mazlan di Petaling Jaya pada 12 Februari 2009.
Menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Khas Membincangkan Perjawatan Gaji Sektor Awam yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi di Bangunan Parlimen pada 24 Februari 2009. Turut hadir Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak.
76 77
Di majlis Pelancaran Dasar Pengurusan Aset Kerajaan: “Aset Negara, Amanah dan Tanggungjawab Bersama” di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada 31 Mac 2010.
Menyaksikan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menerima cenderahati daripada Menteri Kerja Raya Datuk Seri Ir. Mohd Zin Mohamed selepas pelancaran Dasar Pengurusan Aset Kerajaan: “Aset Negara, Amanah dan Tanggungjawab Bersama” di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pafa 31 Mac 2010.
Bersama Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak melihat isi kandungan buku laporan TEKAD 2008 pada Persidangan Agenda Integriti Nasional: ‘Pernilaian dan Hala Tuju’ di Institut Integriti Malaysia pada 17 Mac 2009.
Mengiringi Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak di Persidangan Agenda Integriti Nasional: ‘Pernilaian dan Hala Tuju’ di Institut Integriti Malaysia pada 17 Mac 2009.
Mengiringi Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak melihat kubah masjid yang menggunakan Sistem Binaan Industri (IBS) selepas merasmikan Pameran Antarabangsa IBS Malaysia 2009 (MIIE 2009) di Pusat Konvensyen Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) pada 23 Januari 2009.
Menyampaikan surat dan piala iringan sebagai Felo Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) kepada bekas Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Samsudin Osman di Dewan Plenari, Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya pada 3 Mac 2009.
Dari kaca mata Ketua Setiausaha Negara
Menjunjung Integriti 7978
“ Agensi-agensi agama hendaklah memperkasakan fungsi Jabatan masing-masing di samping memantapkan serta mendedahkan pegawai dan kakitangan
dengan pengurusan pengetahuan. Jika setiap penjawat awam khususnya
di agensi agama memahami dan berjaya mengaplikasikan pengurusan
pengetahuan dalam erti kata yang sebenar, maka agensi agama itu akan dapat berdiri teguh dan dihormati. “
“ Nilai integriti yang tinggi juga perlu menjadi perhatian dan amalan setiap
penjawat awam. Nilai ini merupakan suatu kekuatan bagi mengurus kejayaan dan mengatasi kelemahan dengan berkesan.
Amalan-amalan yang bercanggah dengan nilai integriti seperti rasuah, pecah amanah,
salah guna kuasa, sikap pentingkan diri sendiri dan lain-lain hendaklah dielakkan
sama sekali oleh setiap pegawai dan kakitangan kerajaan, lebih-lebih lagi yang
berkhidmat di agensi agama Islam. Ini kerana sejak dari dulu lagi agensi agama
sentiasa dipandang tinggi oleh masyarakat. Kita bimbang jika kesilapan dilakukan oleh
segelintir kakitangannya, maka seluruh agensi agama akan dipandang serong oleh
masyarakat. “
-Majlis Perasmian Persidangan PenyelarasanUndang-Undang Syarak / Sivil Kali Ke-19
27 April 2009
“ Sehubungan dengan itu, saya ingin menggalakkan pegawai-pegawai
perkhidmatan awam untuk menceburi dalam sukan golf, kerana sukan ini
dapat membantu memantapkan lagi semangat setia kawan dan bekerja
secara berpasukan dalam Perkhidmatan Awam. Di samping beriadah serta menyihatkan badan, pemain golf turut menguji ketahanan mental, membentuk personaliti melalui
pematuhan disiplin, kesungguhan dan integriti, serta menjalin persefahaman di kalangan pemain. Ini juga adalah
merupakan elemen-elemen penting yang seharusnya diserap dan diamalkan oleh anggota perkhidmatan awam semasa melaksanakan tugas dan
tanggungjawab masing-masing. “
“ Namun saya ingin memberi PERINGATAN kepada saudara-
saudari, jangan sekali-kali bermain golf pada waktu pejabat. Bersukan
dan beriadahlah pada waktu terluang di hujung minggu. Wujudkan rutin
tersendiri serta disiplinkan diri tanpa sedikit pun menjejaskan komitmen kepada tugas dan tanggungjawab
masing-masing. Saya percaya seorang pemain golf yang memiliki sifat-sifat
tersebut juga merupakan seorang penjawat awam yang berdedikasi dan
cemerlang. “-Majlis Makan Malam Bersama Peserta Kursus
Diploma Pengurusan Awam Bil 2/200829 April 2009
Menyampaikan buku ilmiah kepada Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yasin sambil disaksikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak sempena Majlis Perdana Perkhidmatan Awam Ke-10 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya pada 28 April 2009.
MOHON KEBERKATAN... Mengaminkan bacaan doa pada hari pertama Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak memulakan tugas rasmi sebagai Perdana Menteri di Putrajaya pada 6 April 2009.
Bersama Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak dan Timbalannya yang baru dilantik Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika barisan Kabinet baru diumumkan di Dewan Taklimat Unit Komunikasi, Jabatan Perdana Menteri pada 9 April 2009.
Dari kaca mata Ketua Setiausaha Negara
Memacu Transformasi
8180
Dari kaca mata Ketua Setiausaha Negara
Menjunjung Integriti 81
Diiringi Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan ketika melawat Pusat Kawalan Kompleks Balai Polis Cyberjaya pada 1 Jun 2009. Pusat kawalan ini dilengkapi sistem bersepadu kamera litar tertutup (CCTV) yang dihubung terus dengan Sistem Perkhidmatan Panggilan Kecemasan (MERS) 999.
“ Kita perlu sentiasa muhasabah diri sendiri dengan memastikan kita
telah bersungguh-sungguh serta benar-benar ikhlas menjalankan tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan. Dalam apa jua keadaan mahupun tindakan kita, kepentingan awam
perlu sentiasa mendahului kepentingan sendiri. Jika kita membiarkan
kepentingan peribadi mengatasi kepentingan awam dan perkhidmatan, sudah tentu kita tidak dapat berlaku
adil, dan kita akan gagal menjalankan tugas dengan penuh amanah. “
“ Dalam memberikan perkhidmatan terbaik, nilai-nilai yang perlu ditekankan
ialah sifat prihatin, empati, bijaksana dalam berurusan dengan pelanggan,
berfikiran positif dan terbuka, dan bersedia melakukan perubahan mengikut dasar dan
kehendak semasa. Dalam hubungan ini, saya sering mengingatkan diri saya dan anggota Perkhidmatan Awam yang saya temui, bahawa cara yang paling mudah untuk kita menghayati budaya kepuasan
pelanggan adalah dengan cara “put ourselves in the shoes of the customers”. Apabila kita meletakkan diri kita seolah-
olah sebagai seorang pelanggan yang sedang mendapatkan perkhidmatan, sudah tentu kita mengharapkan perkhidmatan tersebut dilaksanakan dengan penuh cekap, pantas
dan tepat, dan seterusnya kita akan berbuat demikian, Insya Allah. “
-Pemeriksaan Dasar Pembangunan Nilai-Nilai Murni Dalam Sektor Awam
2 Jun 2009
“ Selaku penjawat awam, adalah amat penting kita menyahut
saranan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dalam
menjayakan konsep “1 Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian
Diutamakan”. Ini memerlukan penjawat awam supaya lebih
gigih dalam memenuhi ekspektasi stakeholders dan pelanggan. Mutu perkhidmatan perlu ditingkatkan, proses pemberian perkhidmatan
perlu dipermudahkan kerana setiap pelanggan berhak mendapat perkhidmatan yang terbaik. Bagi
memenuhi hasrat ini, prestasi petunjuk utama atau KPI telah
dan akan terus digunakan sebagai kayu pengukur pencapaian
prestasi penjawat awam. KPI ini bukan sahaja menekankan output
tetapi juga outcome atau impak sesuatu perkhidmatan.“
- Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2008
Jabatan Perdana Menteri12 Mei 2009
KENANG-KENANGAN... Mengabadikan kenangan bersama Raja Permaisuri Agong Tuanku Nur Zahirah, Menteri Kesihatan Datuk Liow Tiong Lai serta petugas-petugas pentadbiran Hospital Putrajaya pada 7 Jun 2009.
82 83
Bergambar kenangan bersama Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak dan Setiausaha-setiausaha Politik selepas Majlis Angkat Sumpah dan Menandatangani Surat Sumpah Simpan Rahsia di Putrajaya pada 11 Jun 2009.Menyaksikan beberapa orang Setiausaha Politik mengangkat sumpah menyimpan rahsia di hadapan
Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak di Putrajaya pada 11 Jun 2009.
JASA DIHARGAI… Menerima Pingat Panglima Negara Bintang Sarawak (PNBS) yang membawa gelaran Datuk Seri daripada Yang Dipertua Negeri Sarawak Tun Abang Muhammad Salahuddin Hassan di Astana Negeri, Kuching pada 11 Jun 2009.
Dari kaca mata Ketua Setiausaha Negara
Menjunjung Integriti 8584
“ Oleh itu, konsep 1Malaysia adalah pemangkin kepada proses transformasi sosial yang mengarah kepada kemajuan negara dan kesejahteraan kehidupan masyarakat. Gagasan tersebut yang membawa bersama lapan nilai aspirasi, sememangnya memberi harapan baru kepada rakyat. Pada masa yang sama, ia merupakan satu
cabaran kepada golongan cendekiawan dan penjawat awam untuk memikir, meneroka dan mencari strategi terbaik bagi merealisasikan konsep dan semangat 1Malaysia. Dengan itu, adalah menjadi tanggungjawab semua pihak untuk memastikan hasrat murni pemimpin negara dapat diterjemahkan supaya manfaatnya
kelak, bakal dinikmati oleh rakyat dan negara. “
- Seminar 1Malaysia : Kecemerlangan Melalui Kepelbagaian 28 Julai 2009
“ Saya sangat berharap supaya kita pegawai PTD pada masa ini tidak
terbuai-buai dengan pencapaian masa lalu. Kita sering kali terbuai-buai
dengan pencapaian silam yang hebat oleh pasukan bola sepak negara. Kita
tidak harus hanya terus berbangga dengan pencapaian hebat para Sarjana
Islam masa silam sehingga di akhir pemerintahan Khalifah Uthmaniah di
Turki. “
“ Oleh itu, tidak dapat tidak, perkhidmatan PTD perlu “dicipta semula”, “re-invent” dengan mengambil masuk bakat-bakat baru yang akan menyumbang terhadap
kecemerlangan PTD. Kemasukan bakat-bakat baru ini tidak semestinya pada Gred masuk yang rendah, tapi di
pelbagai peringkat dengan mengambil kira pengalaman, pengetahuan dan kemahiran masing-masing. Namun pada masa yang
sama, kita anggota-anggota PTD sedia ada perlu meningkatkan kemahiran
dan pengetahuan masing-masing bagi menandingi bakat-bakat baru yang
cemerlang ini. Secara tidak langsung, we compete among ourselves to become the best of the best, and that is how PTDs remain the best – creme de la creme of the Public
Service. “
-Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik Malaysia
17 Julai 2009
Menyaksikan upacara menyiram pokok Doa pada majlis 100 Hari Najib Bersama Rakyat di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur pada 11 Julai 2009.
Mengiringi Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak melawat pameran 100 Hari pentadbirannya sebagai Perdana Menteri selepas menyampaikan amanat pada majlis Perhimpunan Perdana Menteri Bersama Pegawai Perkhidmatan Awam di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada 27 Julai 2009. Hadir sama Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Dr Koh Tsu Koon.
Menerima Ijazah Kehormat Doktor Pentadbiran Awam daripada Canselor Universiti Tun Abdul Razak (UNITAR), Tun Rahah Mohd Noah pada majlis Konvokesyen UNITAR Ke-9 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada 31 Oktober 2009.
Bersama Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak dan Presiden Persekutuan Pekilang-pekilang Malaysia (FMM) Tan Sri Mustafa Mansur pada jamuan malam FMM ke-41di Kuala Lumpur pada 3 Disember 2009.
87
Dari kaca mata Ketua Setiausaha Negara
Memacu Transformasi
86
Bersama Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak dan Timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin pada perhimpunan bulanan di Jabatan Perdana Menteri (JPM) di Dataran Putra pada 7 September 2009. Hadir sama Senator Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop dan Datuk Seri Idris Jala.
Menghadiri Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Jabatan Perdana Menteri 2009 di Dewan De’ Seri Endon, Puspanitapuri, Putrajaya pada 14 Oktober 2009. Selain Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak dan Timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin, hadir sama Menteri di Jabatan Perdana Menteri Senator Tan Sri Dr Koh Tsu Koon dan Menteri Sumber Manusia Datuk S. Subramaniam.
“ Berkhidmat dengan penuh integriti serta memberikan perkhidmatan yang berintegriti adalah merupakan aspek paling penting dan utama. Kita tidak boleh bertolak ansur sama sekali terhadap sebarang perlakuan
dan amalan yang boleh menyebabkan keraguan terhadap integriti kita. Sebagai penjawat awam, kita memilih untuk berkhidmat dalam Kerajaan berdasarkan semangat dan motivasi yang tinggi untuk berkhidmat dengan jujur, ikhlas dan beramanah demi pembangunan dan kesejahteraan negara. Bukan untuk wang ringgit, bukan
untuk kekayaan. “- Majlis Perasmian Program Suai Kenal (Onboarding & Acculturation)
di bawah Cross-Fertilisation Sektor Awam-Swasta 2009 28 Julai 2009
“ Dalam hal ini, saya berpendapat selain memberikan imbuhan kepada
penjawat awam atas daya usaha yang ditunjukkan, kita juga tidak harus lupa kepada prinsip carrot
and stick dalam mengurus sumber manusia sektor awam. Pemberian
imbuhan kepada pegawai berprestasi tinggi hendaklah juga diiringi dengan tindakan yang bersesuaian terhadap anggota yang melanggar peraturan, supaya hasrat untuk mewujudkan sebuah perkhidmatan awam yang
profesional, efektif dan inovatif dapat direalisasikan. “
“ Tindakan tatatertib bukan semata-mata bertujuan untuk memberikan balasan atau
hukuman setimpal kepada pegawai atas sesuatu perbuatan salah laku. Apa yang lebih penting ialah, supaya ia dijadikan iktibar dan pengajaran kepada penjawat
awam lain, agar tidak melakukan kesalahan yang sama. Justeru, prinsip
deterrent seharusnya dijadikan sebagai asas pertimbangan utama dalam memutuskan sesuatu kes yang dibawa ke pertimbangan
Lembaga Tatatertib.eme of the Public Service. “
-Majlis Perasmian Persidangan Pengerusi-Pengerusi Lembaga Tatatertib
Perkhidmatan Awam Kali Ke-IV 15 Oktober 2009
1MALAYSIA… Bersama Datin Seri Rosmah Mansor, Menteri Wilayah Persekutuan Senator Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin dan Presiden Perbadanan Putrajaya Tan Sri Samsudin Osman di Majlis Perasmian Festival Bunga dan Taman Putrajaya (Floria 09) di Persisiran Tasik Presint 2 pada 2 Ogos 2009.
88 89
Bersama Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Mohd Khalil Yaakob, Ketua Menteri Datuk Mohamad Ali Rustam dan Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai di Dewan Seri Negeri pada Istiadat Penganugerahan Darjah dan Pingat Kebesaran Negeri Melaka pada 11 Oktober 2009
Menerima Anugerah Darjah Gemilang Negeri Melaka (DGSM) daripada Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Mohd Khalil Yaakob pada Istiadat Penganugerahan Darjah dan Pingat Kebesaran Negeri Melaka Sempena Sambutan Ulang Tahun Ke-71 beliau di Dewan Seri Negeri pada 11 Oktober 2009.
Mengiringi Ketua Perlembagaan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Sultan Ahmad Shah menemui graduan Orang Kurang Upaya (OKU) selepas Majlis Konvokesyen UIAM Ke-25 di Kuala Lumpur pada 10 Oktober 2009.
Dari kaca mata Ketua Setiausaha Negara
Menjunjung Integriti 9190
Menghadiri Mesyuarat Menteri-menteri Besar dan Ketua Menteri kali ke-107 yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak di Putrajaya pada 3 November 2009.
“ Y.A.B. Perdana Menteri telah mengumumkan 6 Bidang Keberhasilan Utama Negara atau NKRA yang ingin dicapai, iaitu meluaskan akses kepada pendidikan berkualiti, mencegah jenayah, memerangi rasuah, menaik taraf isi rumah
berpendapatan rendah, menaik taraf infrastruktur asas di kawasan pedalaman dan menaik taraf sistem pengangkutan awam. Bagi mencapai hasrat tersebut, sektor perkhidmatan awam merupakan mekanisme penting yang menjadi faktor penentu kepada pencapaian 6 NKRA tersebut. Salah satu penyelesaian proaktif adalah dengan membudayakan inovasi
dan kreativiti dalam perkhidmatan awam supaya kita berupaya bergerak dengan berkesan dalam fasa pelaksanaan NKRA yang menuntut komitmen penuh penjawat awam. “
- Majlis Penyampaian Anugerah Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif 2009
11 November 2009
Bersama bekas Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja di dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) Datuk Siva Subramaniam dan Presiden CUEPACS Omar Osman pada Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri di Dewan Puspanita, Kuala Lumpur pada 16 Oktober 2009.
TUAN RUMAH… Menyambut ketibaan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri KSN di Putrajaya pada 17 Oktober 2009.
92 93
TAHNIAH… Bersama Ketua Setiausaha Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Ahmad Kabit setelah menyampaikan anugerah Laman Web Bertaraf Lima Bintang dan seterusnya melayari laman web “myGovXchange -- Pusat Bayaran Setempat Pelbagai Agensi, Satu Transaksi” selepas merasmikan Seminar Perubahan 1Pengurusan Perkhidmatan Kerajaan Dalam Talian: Amalan Utama Untuk Berubah di Petaling Jaya pada 17 November 2009.
Melawat Makmal Infrastruktur Asas Desa yang merupakan satu daripada lapan makmal yang diwujudkan sempena Program Tranformasi Kerajaan bersama Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak di Putrajaya pada 4 November 2009.
Bersama Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak pada Majlis Perasmian Persidangan dan Pameran BioMalaysia 2009 di Kuala Lumpur pada 17 November 2009.
PRIHATIN… Bersama Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak ketika mengadakan pertemuan dengan Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) di Parlimen pada 12 November 2009.
94 95
Ceria bersama Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor serta ahli keluarga pada majlis Rumah Terbuka Aidilfitri KSN pada 17 Oktober 2009.
Bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak serta Timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika menikmati jamuan rumah terbuka Aidilfitri di kediaman beliau di Putrajaya pada 17 Oktober 2009.
Bersama Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin pada Majlis Santapan Beradat sempena Hari Ulang Tahun Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Ke-76 di Hotel Royale Chulan, Kuala Lumpur pada 17 November 2009. Hadir sama Panglima ATM Jeneral Tan Sri Azizan Ariffin.
96 97
99
Dari kaca mata Ketua Setiausaha Negara
Memacu Transformasi
100 101
Bergambar bersama Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak dan Jemaah Menteri di Pejabat Perdana Menteri pada 6 Januari 2010.
Mengabadikan kenangan bersama Ketua Hakim Negara dan para Hakim selepas majlis pembukaan Tahun Perundangan 2010 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya pada 10 Januari 2010.
Melihat buku panduan selepas merasmikan Pusat Panggilan Setempat atau “ Call Centre “ di bawah Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) pada 4 Januari 2010.
Merasmikan Pusat Panggilan Setempat di Dewan Bandaraya Kuala Lumpur pada 4 Januari 2010.
“ Perkhidmatan awam sering dilabelkan sebagai tidak peka
pada perubahan atau “complacent to change” kerana mereka tidak
menghadapi pertandingan. Tetapi anggapan seperti ini sebenarnya sudah tidak relevan lagi. Hari ini, kalau kita tidak berubah
mengikut perubahan profil dan kehendak pelanggan, negara
kita akan mendapat padahnya, persaingan pasaran produk-produk negara akan terjejas dan tidak lagi
kompetitif.“
“ Cabaran besar dalam perkhidmatan awam pada
hari ini adalah untuk memberi maklum balas dengan cepat, cekap dan berkesan kepada
pelanggan (responding effectively). The operative word here is RESPONDING, NOT
ACKNOWLEDGEMENT. Kita tidak boleh lagi menggunakan
jawapan-jawapan seperti “Akan dikaji”, atau “kami masih semak”
atau “kami masih menunggu keputusan”.“
- Majlis Pelancaran Pusat Panggilan Setempat (Call Centre) Dewan Bandaraya
Kuala Lumpur4 Januari 2010
102 103
Menyaksikan Setiausaha-setiausaha Politik menandatangani surat sumpah jawatan dan menyimpan rahsia di Pejabat Perdana Menteri pada 3 Mac 2010.
Beramah mesra dengan beberapa pelajar Timur Tengah di pertunjukan kebudayaan pada Minggu Ummatic 2010 di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia pada 3 Mac 2010.
Menandatangani plak sebagai simbolik Perasmian Pusat Panggilan Setempat atau “call centre” di Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) pada 4 Januari 2010.Call Centre itu diwujudkan bertujuan untuk mengurus aduan dan pertanyaan orang ramai berkaitan alam sekitar dan boleh dihubungi di talian 1-800-88-3255.
Menyaksikan pelancaran MyID dan Persidangan Ketua-ketua Agensi Sektor Awam oleh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin di Pusat Dagangan Antarabangsa Putrajaya pada 18 Januari 2010.
Menghadiri Perhimpunan Jabatan Perdana Menteri di Dataran Perdana pada 1 Mac 2010.
104 105
Mengabadikan kenangan pada Pertandingan Golf Persahabatan PEMUDAH bersama Media di Kelab Golf Perkhidmatan Awam pada 13 Mac 2010.
Majlis Perdana Perkhidmatan Awam Kesebelas (MAPPA XI) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya pada 9 Mac 2010.
Bergambar kenangan bersama Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak dan ahli-ahli Petugas Khas Pemudahcara Perniagaan (PEMUDAH) sebelum mesyuarat PEMUDAH di Jabatan Perdana Menteri pada 11 Mac 2010.
Menghadiri mesyuarat selaku Pengerusi Bersama PEMUDAH mewakili Sektor Awam di Jabatan Perdana Menteri pada 11 Mac 2010.
Menyampaikan Buku Laporan Tahunan 2009 PEMUDAH kepada Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak pada 11 Mac 2010.
Dari kaca mata Ketua Setiausaha Negara
Menjunjung Integriti 107106
“ Program Transformasi Kerajaan yang telah dilancarkan adalah usaha jitu ke arah memenuhi janji Kerajaan tersebut. Adalah amat perlu bagi kita, warga perkhidmatan awam, sebagai
pelaksana dasar-dasar Kerajaan, mempelopori satu transformasi minda, etika kerja dan kaedah penyampaian
perkhidmatan bagi mendukung agenda murni tersebut. Proses transformasi ini adalah penting dalam usaha kita
menyediakan perkhidmatan yang melangkaui ekspektasi semua segmen
rakyat dan pelanggan. “
“ Secara kesimpulannya, pemberi rasuah terdiri daripada mereka yang
menjalankan kegiatan haram dan hasil kegiatan haram tersebut mempunyai
impak yang boleh mendatangkan bahaya kepada orang ramai serta merugikan Kerajaan dan negara. Harus diingati juga bahawa kesan
daripada perbuatan rasuah ini adalah lebih buruk, bukan sahaja kepada
pemberi dan penerima rasuah, malah kepada seluruh anggota masyarakat
dan negara. Justeru, kita mahu Agensi Penguatkuasaan, selaku frontliner
dalam memberi perkhidmatan kepada masyarakat, menjadi contoh kepada
semua agensi Kerajaan yang lain dengan menghindari daripada gejala
rasuah. “
-Majlis Perasmian Kempen “Hindar Menerima, Perangi Pemberi Rasuah”
26 April 2010
Bersalaman dengan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Majlis Perasmian Bengkel National Key Economic Activities (NKEAs) di Akademi MAS pada 12 Mei 2010.
Menerima anugerah pengiktirafan mewakili kerajaan Malaysia daripada Ketua Pegawai Eksekutif Microsoft Corp, Steve Ballmer di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya pada 25 Mei 2010.
Bersama Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah pada Majlis Pecah Tanah Projek Penyaluran Air Mentah dari Pahang ke Selangor di KM 1, Jalan Manchis, Karak pada 6 April 2010.
Menyaksikan Datuk Markiman Kobiran mengangkat sumpah sebagai Setiausaha Politik yang baru kepada Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein di hadapan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak di pejabat Perdana Menteri pada 31 Mei 2010.
Dari kaca mata Ketua Setiausaha Negara
Menjunjung Integriti 109108
TAHNIAH… Bersalaman dengan salah seorang penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2009 Jabatan Perdana Menteri, Penolong Pegawai Teknologi Maklumat Suruhanjaya Perkhidmatan Awam, Norisah Baharom di Putrajaya pada 31 Mei 2010.
Bersama penerima-penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2009 Jabatan Perdana Menteri di Putrajaya pada 31 Mei 2010.
“ Dalam konteks memudahkan urusan pelanggan, kita TIDAK PERLU
kepada pelaburan yang besar, mahupun penggunaan teknologi yang mahal.
Melalui penambahbaikan proses dan prosedur dalaman; serta dengan memansuhkan atau mengkaji semula peraturan-peraturan yang telah lapuk,
jabatan dan agensi Kerajaan boleh memberikan impak yang signifikan
kepada pelanggan. “
“ Ada kalanya dalam perkhidmatan awam, inovasi tidak semestinya
mencipta perkara baru atau peraturan baru. Sebaliknya, inovasi
mungkin menghapuskan perkara yang lama, yang sepatutnya luput,
tetapi masih juga dilakukan. Dan sekiranya kita sendiri tidak
mampu mencadangkan atau tidak terfikir untuk mencadangkan,
kecemerlangan boleh juga dicapai sekiranya kita pantas menghayati
cadangan orang lain, dan bersetuju untuk melaksanakannya. Dengan
cepat. “
-Majlis Anugerah Inovasi dan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2009 Jabatan Perdana Menteri
31 Mei 2010
Menyaksikan penyerahan replika cek bernilai RM1 juta oleh Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak kepada Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Datuk Hasmah Abdullah di Majlis Penyampaian Anugerah Inovasi Perdana Menteri pada 26 Mei 2010.
Menyampaikan Anugerah Inovasi Jabatan Perdana Menteri (JPM) kepada Ketua Pengarah Unit Permodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) Datuk Normah Md Yusof pada majlis penyampaian Anugerah Inovasi dan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2009 Jabatan Perdana Menteri di Putrajaya pada 31 Mei 2010.
Melancarkan ‘E-Meeting’ Universiti Malaysia Kelantan (UMK) pada Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2009 UMK pada 9 Jun 2010.Hadir sama Naib Canselor UMK, Prof. Datuk Ir. Dr. Zainai Mohamed (kiri) dan Pendaftar UMK, Abdul Halim Abdul Rahman (kanan).
Dari kaca mata Ketua Setiausaha Negara
Menjunjung Integriti 111110
Menyampaikan Anugerah Felo Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) 2009 kepada bekas Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Tan Sri Mahmud Taib pada Majlis Penganugerahan Felo INTAN dan penyampaian diploma INTAN pada 8 Jun 2010.
“ Adalah penting kita penjawat awam memberi penekanan kepada pembentukan peribadi atau character building bagi membina dan memupuk kecemerlangan dalam perkhidmatan. Ini meliputi penguasaan ilmu pengetahuan, peningkatan
kemahiran dan pengamalan nilai-nilai murni serta ciri-ciri peribadi yang positif.Memetik kata-kata Confucius, “Apa yang selalu menarik perhatian saya ialah akhlak manusia. Mempunyai akal itu
baik dan mempunyai kecerdasan serta kepintaran itu lebih baik lagi. Tetapi akhlaklah yang selalu menjadikan akal itu sebagai hambanya dan akhlaklah yang membuat seseorang itu baik atau jahat, lemah atau kuat”. “
- Majlis Anugerah Fellow INTAN dan Penyampaian Diploma INTAN 20108 Jun 2010
Seseorang yang mempunyai akhlak dan peribadi yang tinggi, akan sentiasa melakukan tindakan yang betul dan konsisten dalam pelaksanaan tugasnya. Tidak kira sama ada sedang dilihat atau dinilai, DAN LEBIH PENTING BILA TIADA SESIAPA YANG MELIHAT ATAU MENILAI,
dalam apa jua keadaan, mereka yang berperibadi tinggi sentiasa bertindak dan memberikan perkhidmatan yang terbaik.
Mengadakan sidang akhbar mengenai penugasan semula anggota Polis di Bangunan Perdana Putra pada 1 Jun 2010.
Dari kaca mata Ketua Setiausaha Negara
Memacu Transformasi
112 113
Menyampaikan Ijazah Kehormat Doktor Falsafah Sains Politik kepada Setiausaha Agung Pertubuhan Persidangan Islam (OIC), Prof. Ekmeleddin Ihsanoglu pada satu Majlis Konvokesyen Khas yang diadakan di Dewan Utama Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) pada 15 Jun 2010.Hadir sama Pensyarah Kanan Jabatan Sains Politik UIAM, Prof. Dato Abdul Rashid Moten.
Beramah mesra bersama penerima anugerah pada Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2009 di Universiti Malaysia Kelantan (UMK) pada 9 Jun 2010.
“ Dalam menekankan aspek perubahan dalam bidang pendidikan, transformasi
yang serupa perlu wujud dalam diri setiap pendidik yang diamanahkan
untuk mendidik generasi bangsa demi kesinambungan pembangunan negara.
Sehubungan itu, para pendidik atau guru perlu mempunyai sikap atau
sifat yang positif dalam menyumbang tenaga kepada kejayaan falsafah
pendidikan negara.
Saya juga ingin menekankan agar dalam kita mengejar untuk
melahirkan kuantiti pelajar cemerlang yang lebih ramai, kualiti
kecemerlangan tersebut perlulah benar-benar menjadi bukti kepada
pencapaiannya. Umpamanya, pada hari ini kita dapat melihat
bilangan pelajar yang meraih keputusan dengan subjek A, dapat
dilahirkan dalam jumlah yang ramai berbanding pada masa
lalu. Dalam hubungan ini, wajar kita meneliti sama ada bilangan
pelajar cemerlang yang ramai ini, merupakan bukti akan berkesanan
sistem pendidikan negara.
-Majlis Penutupan PersidanganPerkhidmatan Pendidikan
24 Jun 2010
114 115
Berucap selaku Presiden Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) pada Majlis Pelancaran Buku UIAM dan Sijil e-Bookstore di UIAM pada 29 Jun 2010.
Melihat pameran buku bersama Rektor UIAM Profesor Datuk Seri Dr Syed Arabi Idid di UIAM pada 29 Jun 2010.
TUNJUK BAKAT… Menunjukkan kemahiran membuat teh tarik sempena Kejohanan Rowing dan Hari Keluarga Jabatan Perdana Menteri 2010 di Kompleks Sukan Air Putrajaya pada 27 Jun 2010.
Bersama Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak meraikan kejayaan pasukan Institut Latihan Kehakiman dan Perundangan (ILKAP) selepas berjaya menjadi johan keseluruhan acara Rowing lelaki dan wanita pada Kejohanan Rowing dan Hari Keluarga Jabatan Perdana Menteri (JPM) 2010 di Kompleks Sukan Air Putrajaya pada 27 Jun 2010.
116 117
Naluri Bapa... Melihat seorang remaja, Shahril Mubin Ahmad mengendalikan komputer berinternet selepas merasmikan Pusat Jalur Lebar Komuniti Kampung Ubai, Kuantan sambil diiringi isteri Puan Sri Wan Noorlina Wan Hussein pada 24 Julai 2010.
Bersalaman dengan pegawai kanan kerajaan yang hadir pada majlis Khidmat Bakti 2010 Jabatan Perdana Menteri di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya pada 21 Julai 2010.
Bersama penerima sumbangan komputer riba selepas merasmikan Pusat Jalur Lebar Komuniti Kampung Ubai, Kuantan pada 24 Julai 2010.Menghadiri taklimat Perundingan Bajet 2011 oleh Perdana Menteri yang juga Menteri
Kewangan Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak di Kementerian Kewangan, Putrajaya pada 6 Julai 2010.
Menunaikan Tanggungjawab… Mengisi borang banci pada hari pertama Banci Penduduk dan Perumahan 2010 sambil ditemani isteri Puan Sri Wan Noorlina Wan Hussein di Putrajaya pada 6 Julai 2010.
Dari kaca mata Ketua Setiausaha Negara
Memacu Transformasi
118 119
Ketika lawatan di Makmal Dua Belas Bidang Utama Ekonomi atau National Key Economic Areas (NKEA) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya pada 17 Ogos 2010.
Bergambar bersama Perdana Menteri, Menteri-menteri Besar dan Ketua-ketua Menteri sebelum Mesyuarat Majlis Kewangan Negara 2010 di Kementerian Kewangan, Putrajaya pada 20 Ogos 2010.
Bergambar kenangan sebelum Mesyuarat Ke-5 Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA) di Bangunan Perdana Putra, Putrajaya pada 26 Julai 2010.
Bersama Menteri Kerja Raya Datuk Shaziman Abu Mansor mendengar taklimat Pengerusi Eksekutif Kumpulan MTD, Datuk Nik Hussain Abdul Rahman mengenai jambatan yang merentasi Sungai Telemong ketika melawat Projek Lebuhraya Pantai Timur Fasa II dari Telemong ke Gemuruh di Terengganu pada 2 Ogos 2010.
“ Prestasi penyampaian perkhidmatan anggota kerajaan perlu sentiasa diberi nafas baru dengan menghasilkan pegawai awam yang inovatif dan kreatif. Pegawai awam yang berminda kreatif dan inovatif menunjukkan
mereka itu tidak pernah berhenti berfikir untuk melaksanakan sesuatu yang baru dan mencipta kelainan dalam menyampaikan perkhidmatan. “
- Majlis Khidmat Bakti Bil. 1 Tahun 201021 Julai 2010
Seorang pegawai yang kreatif dan inovatif perlu suka mencuba perkara baru dan ada sifat ingin tahu atau curiosity. Sikap dan sifat inilah yang kita inginkan dalam perkhidmatan awam.
120 121
Bersama isteri Puan Sri Wan Noorlina Wan Hussein dan keluarga bergambar bersama Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan isteri Puan Sri Norainee Abdul Rahman ketika Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri di kediaman KSN pada 3 Oktober 2010.
Memotong kek ketika majlis Rumah Terbuka Aidilfitri di Putrajaya pada 3 Oktober 2010.
Mengaminkan doa sebelum bermula Perhimpunan Bulanan Jabatan Perdana Menteri di Dataran Putra Bangunan Perdana Menteri pada 6 September 2010.
Dari kaca mata Ketua Setiausaha Negara
Menjunjung Integriti 123122
Di Majlis Pelancaran Razak School of Government (RSOG) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya pada 8 Oktober 2010.
“ Perkhidmatan Awam adalah milik semua rakyat
Malaysia dari semua bangsa, keturunan dan agama. Asas
kekuatan kita terletak kepada ketelusan dan keberkesanan penyampaian perkhidmatan
kita kepada pelanggan dan rakyat tanpa mengira kaum dan agama. Oleh itu sebarang unsur yang
menghalang aspirasi kesatuan rakyat Malaysia tidak akan
mempunyai tempat sama sekali dalam perkhidmatan
awam.“- Seminar Psikologi Perkhidmatan Awam
Ke-165 Oktober 2010
Menghadiri Majlis Santapan Beradat sempena sambutan Hari Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Ke-77 yang menyaksikan keberangkatan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin dan Raja Permaisuri Agong Tuanku Nur Zahirah di Petaling Jaya pada 6 Oktober 2010.
Bersama Anak-anak Pahang... Di majlis Rumah Terbuka Aidilfitri anjuran Persatuan Kebajikan Anak-anak Pahang di Ibu Kota (PEKAP) di Putrajaya pada 8 Oktober 2010.
125
Dari kaca mata Ketua Setiausaha Negara
Memacu Transformasi
124
Bersama Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hasan ketika menghadiri majlis berbuka puasa bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Masjid Bukit Aman pada 13 Ogos 2010.
Bersama Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor pada Majlis Rumah Terbuka Deepavali 1Malaysia Kementerian Sumber Manusia di Dewan Sri Endon Bangunan Puspanita di Putrajaya pada 21 September 2010. Hadir sama Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Menteri Sumber Manusia Datuk Dr. S. Subramaniam.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bersama isterinya Datin Seri Rosmah Mansor dan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin serta isterinya Puan Sri Noorainee Abdul Rahman memotong kek pada jamuan Aidilfitri Jabatan Perdana Menteri di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya pada 21 September 2010. Hadir sama Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Koh Tsu Koon.
“ Asas yang paling baik ialah apabila kita menganggap pekerjaan yang kita lakukan merupakan satu ibadah dan bukannya sebagai beban. Kesedaran bahawa pekerjaan sebagai ibadat akan menambah nilai kepada pekerjaan itu dan menjadikan seseorang lebih menghayati nilai-nilai tersebut dalam melaksanakan tugasnya. Pekerjaan diterima sebagai tanggung jawab, sebagai satu keseronokan akan disusuli dengan keazaman untuk melaksanakannya sebaik mungkin.
Dalam menjalankan tugas, kecekapan dan profesionalisme menjadi kayu pengukur. “
- Sempena Muzakarah Pakar Pemahaman dan Penghayatan Nilai Menjana Kepada Prestasi
12 Oktober 2010
“ Seterusnya, sejajar dengan konsep pekerjaan itu sebagai suatu ibadah, saya ingin menggesa kepada semua
anggota perkhidmatan awam supaya:
• bekerja dengan penuh keazaman;
• bekerja dengan ikhlas dan amanah;
• bekerja dengan tekun dan cekap;
• bekerja dengan semangat bekerjasama;
• bekerja dengan matlamat kebaikan manusia sejagat.
“
- Sempena Muzakarah Pakar Pemahaman dan Penghayatan Nilai Menjana Kepada Prestasi
12 Oktober 2010
Menghadiri mesyuarat Menteri Besar dan Ketua Menteri di Bangunan Perdana Putra, Putrajaya pada 12 Oktober 2010.
126 127
129
PENGURUS BESARDatuk Hasnul Hassan
PENYELARASRoslan Ariffin
SIDANG EDITORIALAzizul Haji AhmadHamidah Rahmad
Nurainina Aziz
GRAFIK & EDITOR FOTO Mohd Farhan Mustafa
Mohd Yazma AdriNorehan Mat Isa
ARKIB BERITA & FOTOBERNAMA
130