- 1 - DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA (BIDANG KUASA RAYUAN) RAYUAN JENAYAH NO: B-05(M)-268-07/2016 (THA) ANTARA MISS THEPTHIDA NINKETLA ... PERAYU DAN PENDAKWA RAYA ... RESPONDEN (Dalam Mahkamah Tinggi Malaya Di Shah Alam Perbicaraan Jenayah No: 45A-158-08/2013 (THA) Antara Pendakwa Raya Dan Miss Thepthida Ninketla) KORAM MOHD ZAWAWI SALLEH, HMR AHMADI HAJI ASNAWI, HMR KAMARDIN HASHIM, HMR
28
Embed
DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIAM)-268-07-2016_(THA).pdf · - 6 - anggapan statutori di bawah seksyen 37(da)(ix) ADB 1952 bagi membuktikan elemen pengedaran. [6] Perayu telah diperintahkan
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
- 1 -
DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA (BIDANG KUASA RAYUAN)
RAYUAN JENAYAH NO: B-05(M)-268-07/2016 (THA)
ANTARA
MISS THEPTHIDA NINKETLA ... PERAYU
DAN
PENDAKWA RAYA ... RESPONDEN
(Dalam Mahkamah Tinggi Malaya Di Shah Alam Perbicaraan Jenayah No: 45A-158-08/2013 (THA)
Antara
Pendakwa Raya
Dan
Miss Thepthida Ninketla)
KORAM
MOHD ZAWAWI SALLEH, HMR
AHMADI HAJI ASNAWI, HMR
KAMARDIN HASHIM, HMR
- 2 -
PENGHAKIMAN MAHKAMAH
Pendahuluan
[1] Perayu telah dituduh dengan kesalahan mengedar cocaine
seberat 468.3 gram di bawah seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah
Berbahaya 1952 (“ADB 1952”) di Mahkamah Tinggi Shah Alam,
Selangor. Di akhir perbicaraan, Perayu didapati bersalah, disabitkan
dan dihukum gantung sampai mati seperti yang ditetapkan oleh
undang-undang (“keputusan yang dicabar”).
[2] Terkilan dengan keputusan yang dicabar, Perayu telah
mengemukakan rayuan ke Mahkamah ini. Kami telah mendengar
rayuan ini pada 22.3.2017 dan di akhir penghujahan pihak-pihak, kami
dengan sebulat suara telah menolak rayuan. Kini kami perturunkan
alasan-alasan terperinci dalam menolak rayuan Perayu.
Pertuduhan
[3] Pertuduhan yang dikemukakan terhadap Perayu ialah seperti
yang berikut:-
“Bahawa kamu pada 28/9/2012, jam lebih kurang di
antara 3.00 pagi hingga 11.00 malam di Wad 6C, Bilik
28 Hospital Serdang di dalam Daerah Sepang, di dalam
Negeri Selangor Darul Ehsan telah memperedarkan
dadah berbahaya iaitu Cocaine sejumlah berat 468.3
gram dan oleh yang demikian, kamu telah melakukan
suatu kesalahan di bawah seksyen 39B(1)(a) Akta
- 3 -
Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah
seksyen 39B(2) Akta yang sama.”.
Fakta Kes
[4] Fakta kes yang telah diterima oleh Yang Arif Hakim Bicara (“Y.A
Hakim Bicara”) bolehlah diringkaskan seperti berikut:-
Kes Pendakwaan
(a) Pada 27.9.2012, jam lebih kurang 9.15 malam, Insp Ihwan
Hilmi bin Ismail (“SP3”) bersama-sama beberapa orang
anggota dari Jabatan Siasatan Jenayah Narktotik Bukit
Aman telah menahan seorang warganegara Thailand
(“kemudiannya dicamkan sebagai Perayu”) di Balai
Ketibaan KLIA, Sepang, Selangor.
(b) SP3 kemudiannya telah membawa Perayu ke Balai Polis
KLIA untuk pemeriksaan badan dan beg troli warna hitam
jenama A.J.S serta beg tangan yang dibawa oleh Perayu.
SP3 tidak menjumpai apa-apa barang salah.
(c) Seterusnya, SP3 telah membawa Perayu ke Hospital
Serdang, Selangor untuk menjalankan pemeriksaan X-ray
di bahagian abdomen Perayu. Dr. Nuruddin Nawam telah
mengesahkan bahawa terdapat benda asing berbentuk
kapsul di dalam perut Perayu. Perayu telah ditahan di Wad
- 4 -
6C, Bilik 28, Hospital Serdang, Selangor untuk pemeriksaan
lanjut.
(d) Pada 28.9.2012, jam lebih kurang 3.00 pagi hingga 11
malam, melalui pembuangan air besar sebanyak empat (4)
kali, Perayu telah mengeluarkan enam puluh empat (64)
ketulan balutan plastik berbentuk kapsul di tandas Wad 6C,
Bilik No. 28, Hospital Serdang, Selangor.
(e) Proses pembuangan air besar ini telah disaksikan oleh
Koperal Norafizah binti Mat (“SP2”), anggota sentri. SP2
telah menyediakan Borang Pemeriksaan yang
ditandatangani Perayu bagi setiap kali pengeluaran.
Kapsul-kapsul tersebut kemudiannya telah diserahkan
kepada Insp Eddy Amin bin Hussin ’Ala (“SP4”), Pegawai
Penyiasat.
(f) Pada 2.10.2012, jam lebih kurang 3.52 petang, SP4 telah
menghantar kesemua barang kes yang telah dimasukkan
ke dalam satu (1) kotak bertanda “E” (Eks. P8) kepada Dr.
Vanitha a/p Kunalan (“SP1”) untuk dibuat analisis.
(g) Setelah menjalankan analisis yang diperlukan, SP1
mengesahkan bahawa enampuluh empat (64) kapsul
tersebut ialah dadah berbahaya jenis cocaine yang
- 5 -
disenaraikan dalam Jadual Pertama ADB 1952 dan seberat
468.3 gram.
Keputusan Di Akhir Kes Pendakwaan
[5] Alasan Y.A Hakim Bicara dalam memutuskan bahawa pihak
pendakwaan telah berjaya membuktikan satu kes prima facie bolehlah
diringkaskan seperti berikut:-
(a) Pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan bahawa
Perayu mempunyai kawalan dan jagaan terhadap dadah
berbahaya yang menjadi hal perkara pertuduhan.
Pemeriksaan X-ray menunjukkan bahawa terdapat benda
asing di dalam perut Perayu. SP2 mengesahkan bahawa
Perayu telah mengeluarkan enampuluh empat (64) kapsul
yang disahkan oleh SP1 sebagai dadah berbahaya dengan
cara membuang air besar di dalam tandas Bilik 28 Wad 6C,
Hospital Serdang, Selangor.
(b) Perbuatan Perayu menelan kapsul-kapsul tersebut boleh
dibuat inferen bahawa dia mempunyai pengetahuan.
(c) Tindakan Perayu yang membawa dadah berbahaya dengan
cara menyorokkan (“concealing”) di dalam perutnya adalah
terjumlah kepada perbuatan “mengedar” di bawah seksyen
2 ADB 1952. Y.A Hakim Bicara juga mengunapakai
- 6 -
anggapan statutori di bawah seksyen 37(da)(ix) ADB 1952
bagi membuktikan elemen pengedaran.
[6] Perayu telah diperintahkan membela diri atas pertuduhan yang
dikemukakan terhadapnya.
Kes Pembelaan
[7] Perayu memberi keterangan atas sumpah dan tidak memanggil
mana-mana saksi untuk menyokong pembelaannya. Naratif
pembelaan Perayu bolehlah diringkaskan seperti berikut:-
(a) Perayu mengesahkan keterangan saksi-saksi
pendakwaan berhubung dengan penangkapannya di KLIA.
(b) Perayu juga mengesahkan bahawa dia telah dibawa ke
Hopsital Serdang, Selangor untuk dibuat X-ray dan
kemudiannya ditahan di sebuah wad di hospital tersebut.
Di sana, dia telah mengeluarkan sejumlah kapsul-kapsul
melalui pembuangan air besar.
(c) Perayu telah memberi penjelasan mengenai kapsul-kapsul
yang ditelannya. Mengikut Perayu, semasa dia berada di
Thailand, dia mempunyai masalah kewangan. Rakannya
yang bernama Boom telah memperkenalkan Perayu
kepada teman lelakinya yang bernama Nick. Nick
- 7 -
menawarkan kepada Perayu upah untuk membawa
berlian.
(d) Nick telah mengaturkan supaya Perayu pergi ke Brazil dan
mengarahkannya menghubungi seorang lelaki bernama
Ugo. Di Brazil, Perayu telah dijemput oleh seorang lelaki
kulit hitam dan membawa kerumahnya untuk menelan
berlian.
(e) Perayu mengakui dia ada menelan berlian-berlian itu
untuk mendapatkan upah. Dia bertolak dari Brazil ke
Dubai dan seterusnya ke Malaysia dengan berlian di
dalam perutnya. Dia kemudiannya ditahan di KLIA.
[8] Perayu telah mengemukakan percakapan beramarannya (Eks.
D49) semasa kes pembelaan.
Keputusan Di Akhir Kes Pembelaan
[9] Y.A Hakim Bicara telah menolak pembelaan Perayu.
Memandangkan alasan penghakiman Y.A Hakim Bicara telah dikritik
dalam pelbagai aspek oleh peguambela terpelajar Perayu, adalah
suai manfaat sekiranya alasan beliau diperturunkan dalam bahasa
asal:-
“Dapatan saya adalah setelah mendengar pembelaan
tertuduh, saya berpendapat bahawa tertuduh telah gagal
- 8 -
untuk menimbulkan suatu keraguan yang munasabah.
Saya bersetuju dengan hujahan yang dikemukakan oleh
pihak pendakwaan iaitu keterangan tertuduh hanyalah
satu penafian semata-mata dan tidak boleh dipercayai
atas alasan-alasan berikut:-
Tertuduh di dalam keterangannya telah menyatakan
bahawa beliau datang ke Malaysia kononnya hanya
mengikut tiket kapal terbang yang dirancang oleh Boom
dan teman lelakinya. Tertuduh juga mendakwa bahawa
kapsul yang ditelan adalah “diamond” dan dia sanggup
menelan “diamond” bagi tujuan mendapat upah. Walau
bagaimanapun, di dalam keterangan tertuduh, beliau
hanya memaklumkan bahawa beliau akan mendapat
upah untuk ambil “diamond” dan tiadalah pada bila-bila
masa dalam keterangan beliau, “diamond” tersebut
untuk diserahkan kepada siapa dan di mana.
Keterangan tertuduh ini juga semakin tidak logik apabila
memberi alasan bahan-bahan itu lebih mudah ditelan
daripada dibawa masuk. Keterangan tertuduh juga
semakin tidak logik dan tidak masuk akal bila sanggup
menelan 64 kapsul membabi buta demi upah yang
belum pasti lagi beliau terima.
Saya bersetuju dengan pihak pendakwaan bahawa
sungguhpun tertuduh menyatakan bahawa menelan
kapsul-kapsul tersebut demi upah, tidak pula beliau
menjelaskan dengan lanjut atas tujuan apa, di mana,
kepada siapa perlu diserahkan, sedangkan perkara-
perkara ini penting untuk tertuduh tahu kerana beliau
pertama kali datang ke Malaysia.
- 9 -
Saya juga bersetuju dengan pihak pendakwaan,
daripada keterangan tertuduh secara keseluruhannya,
adalah jelas tertuduh terperangkap di dalam ceritanya
sendiri apabila tertuduh sekeras-kerasnya menyatakan
bahawa kapsul ditelan adalah “diamond” dan beliau
sendiri tahu akan bentuk “diamond” tersebut tetapi
langsung tidak memeriksa terlebih dahulu kandungan
kapsul-kapsul tersebut sedangkan tertuduh terpaksa
ambil masa yang lama untuk menelan kapsul-kapsul
tersebut.
Saya juga dapati tidak masuk akal alasan tertuduh yang
sanggup untuk pergi ke Brazil seorang diri, tinggal
dengan orang yang tidak dikenali untuk beberapa hari
semata-mata untuk mendapatkan upah 60,000 Bath
kerana mempunyai masalah kewangan.
Mengenai pembelaan tertuduh berkenaan penama Ugo,
Boom dan Nick, saya berpendapat hanya kerana
tertuduh ada menyebut nama-nama pada keterangan
beramaran beliau sepertimana yang ditandakan sebagai
D49 iaitu 9 hari selepas tangkapan, maka bukanlah
tanggungjawab pihak pendakwaan untuk membuat
siasatan lanjut berkenaan kewujudan penama-penama
tersebut.
Saya rujuk kepada kes Shahriar Ghaed Rashid v PP
[2014] 1 LNS 176 di mana Mahkamah Rayuan telah
memutuskan:-
- 10 -
Just because the Appellant had mentioned about
Hamid's role in the cautioned statement, which was
made 5 days after the Appellant was arrested, we
were of the view that it was not incumbent upon the
prosecution to investigate further on the veracity of the
existence of Hamid when the Appellant had failed to
give to the police a clear description/identification of
Hamid.
Bahkan, berdasarkan keterangan SP4 iaitu Pegawai
Penyiasat menyatakan bahawa tertuduh gagal untuk
memberikan alamat penuh, nama penuh, nombor telefon
menyebabkan kesukaran untuk SP4 untuk membuat
siasatan lanjut.
Berdasarkan sebab-sebab di atas, saya berpendapat
pihak pembelaan gagal untuk menimbulkan suatu
keraguan yang munasabah. Manakala pihak
pendakwaan telah berjaya membuktikan kesnya
melampaui keraguan yang munasabah. Dengan itu,
tertuduh adalah didapati bersalah dan disabitkan dengan
kesalahan di bawah Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah
Berbahaya.”.
Rayuan
[10] Dalam mencabar keputusan Y.A Hakim Bicara, peguambela
terpelajar Perayu telah mengemukakan dua (2) alasan utama seperti
berikut:-
(a) Y.A Hakim Bicara terkhilaf dari segi undang-undang dan
fakta apabila memutuskan bahawa pihak pendakwaan telah
- 11 -
berjaya membuktikan satu kes prima facie berhubung
elemen pengedaran dengan menggunakan anggapan
statutori di bawah seksyen 37(da) (ix) ADB 1952 dan juga
keterangan langsung di bawah seksyen 2 ADB 1953; dan
(b) Y.A Hakim Bicara terkhilaf apabila gagal untuk memberi
pertimbangan terhadap percakapan beramaran Perayu
(Eks. D49) dan dengan demikian telah memprejudiskan
pembelaan Perayu.
Perbincangan dan Keputusan
[11] Sebelum kami membincangkan alasan-alasan yang
dibangkitkan oleh peguambela terpelajar Perayu, kami ingin membuat
pemerhatian di sini bahawa pada intipatinya alasan-alasan tersebut
kebanyakannya menjurus kepada perkara-perkara “technicality”
undang-undang. Adalah menjadi prinsip undang-undang mantap
bahawa “all courts of law are established for furtherance of interest of
justice and not to obstruct the same on the mere technicalities”.
[12] Dalam kes Zahira Habibullah H. Sheik and Anor. v State of
Gujarat [2004] 4 SCC 158, yang juga dikenali sebagai “Best Bakery
Case”, Mahkamah Agong India telah membincangkan secara
terperinci jurisprudensi mengenai perbicaraan jenayah. Mahkamah
menyatakan:-
- 12 -
"38. A criminal trial is a judicial examination of the
issues in the case and its purpose is to arrive at a
judgment on an issue as to a fact or relevant facts
which may lead to the discovery of the fact issue and
obtain proof of such facts at which the prosecution and
the accused have arrived by their pleadings; the
controlling question being the guilt or innocence of the
accused. Since the object is to mete out justice and to
convict the guilty and protect the innocent, the trial
should be a search for the truth and not a bout over
technicalities, and must be conducted under such
rules as will protect the innocent, and punish the
guilty. The proof of charge which has to be beyond
reasonable doubt must depend upon judicial evaluation
of the totality of the evidence, oral and circumstantial,
and not by an isolated scrutiny.
39. ...
40. The fair trial for a criminal offence consists not only
in technical observance of the frame, and forms of law,
but also in recognition and just application of its
principles in substance, to find out the truth and prevent
miscarriage of justice.”. (penekanan dibuat oleh kami).
[13] Seterusnya, di dalam kes tersebut Mahkamah telah membuat
pemerhatian bahawa dalam sesuatu perbicaraan jenayah ia
membabitkan kepentingan tiga pihak (“triangulation of interests”) -
tertuduh, mangsa dan masyarakat dan “interests of society are not to
- 13 -
be treated completely with disdain and as persona non grata”.
[14] Di Malaysia sendiri, perkara ini juga telah diberi penekanan.
Dalam kes Mohd Johi Said & Anor v P.P [2005] 1 CLJ 389,
Mahkamah Rayuan menyatakan:-
“Unlike civil appeals, where the appellant carries the
burden of showing that the judge at first instance went
wrong, in a criminal case the duty of the court is to
consider whether the conviction is right. The correct
approach is therefore not whether the decision is wrong
but whether the conviction is safe ....”.
[15] Sekarang kami akan membincangkan alasan-alasan yang
dikemukakan oleh peguambela terpelajar Perayu dengan terperinci.
Alasan (a)
[16] Peguambela terpelajar berhujah bahawa Y.A Hakim Bicara telah
membuat penemuan yang celaru apabila memutuskan pihak
pendakwaan telah berjaya membuktikan elemen “mengedar” dengan
menggunapakai anggapan statutori di bawah seksyen 37(da) ADB
1952 dan dalam masa yang sama memutuskan bahawa pihak
pendakwaan telah berjaya membuktikan elemen “mengedar”
berdasarkan keterangan langsung, iaitu pelakuan Perayu yang
membawa dadah berbahaya dengan cara menyorokkan
(“concealing”) dadah berbahaya tersebut di dalam perutnya dan
- 14 -
dengan demikian termasuk di bawah definisi “mengedar” seperti yang
diperuntukkan oleh seksyen 2 ADB 1952.
[17] Dihujahkan bahawa kegagalan Y.A Hakim Bicara untuk
membuat penemuan positif sama ada pihak pendakwaan sebenarnya
bersandar kepada anggapan statutori di bawah seksyen 37(da) atau
keterangan langsung di bawah seksyen 2 ADB 1952, adalah
merupakan satu salah arah serius yang memprejudiskan Perayu serta
terjumlah kepada kegagalan keadilan (“failure of justice”).
[18] Bagi menyokong hujahnya, peguambela terpelajar merujuk
kepada, antara lain, kes-kes Seyedalireza Seyedhedayatollah
Ehteshamiardestani v Public Prosecutor [2014] 6 MLJ 408 (MR);
Abdul Aziz Jamal v Public Prosecutor [2016] 6 CLJ 485; Daniel
Akachukwu Agbanusi v Pendakwa Raya [2017] 2 MLJ 243).
[19] Seterusnya, dihujahkan bahawa di akhir kes pembelaan, Y.A
Hakim Bicara juga telah gagal untuk membuat penemuan sama ada
Perayu telah berjaya mematahkan anggapan di bawah seksyen
37(da) ADB 1952 atas imbangan kebarangkalian. Y.A Hakim Bicara
hanya menyatakan bahawa pembelaan Perayu telah gagal
menimbulkan keraguan yang munasabah. Kegagalan ini adalah
merupakan satu salah arah serius (lihat Ooi Hock Kheng v P.P
[2014] 5 MLJ 585).
- 15 -
[20] Dengan hormat, kami tidak bersetuju dengan hujah
peguambela terpelajar Perayu. Bahagian penghakiman Y.A Hakim
mengenai isu ini boleh dilihat di muka surat 21, Jilid I, Rekod Rayuan:-
“Dari elemen (c) pula, saya juga berpendapat pihak
pendakwaan telah berjaya membuktikan elemen ini.
Pihak pendakwaan telah berjaya menggunapakai
anggapan di bawah Seksyen 37(da)(ix) Akta Dadah
Berbahaya 1952. Saya juga dapati terdapat
keterangan langsung di dalam kes ini yang
menunjukkan tertuduh melakukan pengedaran seperti
yang ditakrifkan di bawah Seksyen 2 Akta Dadah
Berbahaya 1952.” (penekanan dibuat oleh kami).
[21] Kami telah membaca bahagian penghakiman di atas berkali-kali
dan berhati-hati bagi memahami maksud sebenar keputusan Y.A
Hakim Bicara. Y.A Hakim Bicara telah membuat penemuan positif
dengan menyatakan, “Pihak pendakwa telah berjaya menggunapakai
anggapan dibawah Seksyen 37(da)(ix) Akta Dadah Berbahaya 1952”
memandangkan berat dadah berbahaya yang menjadi hal perkara
pertuduhan ialah 468.3 gram cocaine. Pada hemat kami, ayat
berikutnya hanyalah merupakan pemerhatian Y.A Hakim Bicara
bahawa terdapat juga keterangan langsung yang boleh menunjukkan
Perayu telah melakukan perbuatan mengedar dadah seperti yang
ditakrifkan di bawah seksyen 2 ABD 1952. Nampaknya, Y.A Hakim
hanya mengulangi semula apa yang telah dihujahkan oleh Timbalan
- 16 -
Pendakwa Raya. Di muka surat 16, Rekod Rayuan Jilid 1, Y.A. Hakim
Bicara menyatakan:-
“… Pihak pendakwaan juga menghujahkan bahawa
terdapat keterangan langsung di dalam kes ini yang
menunjukkan tertuduh melakukan perbuatan
pengedaran sebagaimana yang ditakrifkan di bawah
seksyen 2 Akta Dadah Berbahaya 1952.”.
[22] Melihat kepada maksud sebenar (“tenor”) bahagian
penghakiman yang berkaitan, kami berpuashati bahawa Y.A Hakim
telah menggunapakai anggapan statutori bagi membuktikan elemen
pengedaran.
[23] Kami bersetuju dengan hujah peguambela terpelajar Perayu
bahawa di akhir kes pembelaan Y.A Hakim Bicara telah gagal untuk
menyatakan sama ada Perayu telah berjaya mematahkan anggapan
statutori di bawah seksyen 37(da)(ix) ADB 1952 atas imbangan
kebarangkalian. Di muka surat 30 Jilid I, Rekod Rayuan, Y.A Hakim
Bicara menyatakan:-
“Berdasarkan sebab-sebab di atas, saya berpendapat
pihak pembelaan gagal untuk menimbulkan suatu
keraguan yang munasabah. Manakala pihak
pendakwaan telah berjaya membuktikan kesnya
melampaui keraguan yang munasabah. Dengan itu,
tertuduh adalah didapati bersalah dan disabitkan
- 17 -
dengan kesalahan di bawah Seksyen 39B(1)(a) Akta
Dadah Berbahaya”.
[24] Hal ini sedia diakui oleh Timbalan Pendakwa Raya terpelajar.
Walau bagaimanapun, beliau menggesa kami menggunapakai proviso
seksyen 60(1) Akta Mahkamah Keadilan 1964 untuk menyemak dan
meneliti sendiri keterangan yang terdapat dalam kes ini. Proviso
tersebut memperuntukkan seperti berikut:-
“Provided that the Court of Appeal may, notwithstanding
that it is of the opinion that the point raised in the appeal
might be decided in favour of the appellant dismiss the
appeal if it considers that no substantial miscarriage of
justice has occurred”.
[25] Setelah memberi pertimbangan yang mendalam terhadap
gesaan Timbalan Pendakwa Raya terpelajar dan memandangkan
keterangan yang dikemukakan terhadap Perayu adalah kukuh dan
mantap (“overwhelming”), pada hemat kami, demi kepentingan
keadilan adalah wajar untuk kami menggunapakai proviso seksyen
60(1) Akta Mahkamah Keadilan 1964 untuk membuat penilaian sendiri
sama ada pembelaan yang dikemukakan oleh Perayu telah berjaya,
atas imbangan kebarangkalian, mematahkan anggapan statutori di
bawah seksyen 37(da)(ix) ADB 1952.
- 18 -
[26] Dalam kes Mohd Jamail Bin Abdul Ghani v Pendakwa Raya
[2013] 1 LNS 381, Mahkamah ini menyatakan:-
[53] Be that as it may, even assuming for a moment
that we agree with the learned counsel’s submission
that there was a serious flaw in the findings of the
learned judge on the defence which would amount to a
misdirection, would we in the exercise of our appellate
jurisdiction intervene in the finding of guilt of the
accused?
[54] In Abdul Manaf bin Muhamad, the Federal Court
cited its own decision in Tunde Apatira & 2 Ors v Public
Prosecutor [2001] 1 MLJ 259 in which the Federal Court
held that as a general rule, the appellate court will in
normal course of events, quash a conviction where
there has been a misdirection and exceptionally a
conviction will be upheld despite a misdirection where
the court is satisfied that a reasonable tribunal would
have convicted the accused on the available evidence
on a proper direction. In other words, the court would
still uphold the conviction despite the misdirection
where no miscarriage of justice has been detected.
[55] In Abdul Manaf bin Muhamad, having gone
through the evidence on the record, the Federal Court
was of the view that the Court of Appeal ought to have
applied the proviso to section 60(1) of the Courts of
Judicature Act 1964 (‘CJA’) to uphold the conviction
sekiranya Y.A Hakim Bicara tidak mengambil kira D49 sekalipun, di
mana dinafikan, ia tidak akan menimbulkan apa-apa prejudis kepada
Perayu kerana fakta yang sama yang dinyatakan dalam D49 telah
dikemukakan oleh Perayu semasa memberi keterangan lisan dan
telah diambilkira sewajarnya oleh Y.A Hakim Bicara. Dengan
perkataan lain, Y.A Hakim Bicara tidak akan mencapai satu keputusan
yang berlainan sekiranya Eks. D49 diambilkira dan diberi
pertimbangan.
Kesimpulan
[36] Kami mendapati keterangan yang dikemukakan oleh pihak
pendakwaan terhadap Perayu adalah kukuh dan mantap
(“overwhelming) bagi membuktikan bahawa sebenarnya Perayu telah
melakukan satu kesalahan yang telah dipertuduhkan terhadapnya.
Walaupun terdapat beberapa kesilapan teknikal yang dilakukan Y.A
Hakim Bicara dalam alasan penghakimannya, namun kesilapan
tersebut tidak menjurus kearah “kegagalan keadilan” yang tidak boleh
diperbetulkan oleh Mahkamah ini. Kami tidak mempunyai sebarang
keraguan bahawa sabitan terhadap Perayu adalah selamat.
[37] Berdasarkan alasan-alasan di atas, kami dengan sebulat suara
menolak rayuan Perayu dan mengekalkan sabitan dan hukuman yang
dibuat oleh Y.A Hakim Bicara.
Bertarikh: 29 Ogos 2017
- 28 -
sgd.
(MOHD ZAWAWI BIN SALLEH) Hakim Mahkamah Rayuan Malaysia Peguamcara Perayu: Ariff Azami bin Hussein Tetuan Azizul & Ariff Peguambela & Peguamcara 1-03-03, Worldwide @ 7 Jalan Lazuardi 7/29 Seksyen 7 40000 Shah Alam, Selangor. Peguamcara Responden: Aslinda Ahad Timbalan Pendakwa Raya Jabatan Peguam Negara Malaysia Bahagian Perbicaraan & Rayuan Presint 4 Persiaran Perdana 62100 Putrajaya.