PENGENALAN National Key Result Areas (NKRA’s) Kementerian Pelajaran Malaysia telah menyasarkan bahawa semua murid berkeupayaan untuk menguasai literasi dalam bahasa Malaysia dan numerasi kecuali murid berkeperluan khas selepas tiga tahun mengikuti pendidikan di sekolah rendah. Kementerian Pelajaran Malaysia menyedari bahawa masih ada murid sekolah rendah yang belum menguasai literasi. Ketidakupayaan murid untuk menguasai literasi dan numerasi mungkin disebabkan mereka kurang peluang dan tiada pendedahan untuk menguasai kemahiran tersebut sebelum mengikuti pendidikan formal. Oleh sebab itu, Kementerian Pelajaran merancang untuk mengatasi masalah tersebut melalui Program Literasi dan Numerasi (Program LINUS ). Dalam melaksanakan program ini, Kementerian Pelajaran Malaysia telah menghasilkan modul pengajaran dan pembelajaran berasaskan beberapa konsep untuk membolehkan murid menguasai literasi. Konsep yang diambil kira ialah pendekatan literasi secara bersepadu, ansur maju, didik hibur, penggabungjalinan dan pengulangan. Konsep tersebut dizahirkan dalam modul pengajaran dan pembelajaran. Modul ini dihasilkan untuk membantu guru melaksanakannya bagi membolehkan murid menguasai literasi. Modul ini memuatkan beberapa maklumat berhubung dengan senarai kemahiran yang perlu diajar serta cadangan aktiviti dan latihan. Modul ini boleh diguna pakai sebagai pencetus idea namun begitu, guru juga boleh mengubah suai dan mengembangkan lagi aktiviti dan latihan yang dicadangkan. Kementerian Pelajaran Malaysia merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada guru, pensyarah Institusi Pendidikan Guru dan wakil bahagian di Kementerian Pelajaran i
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
PENGENALAN
National Key Result Areas (NKRA’s) Kementerian Pelajaran Malaysia telah menyasarkan bahawa semua murid berkeupayaan untuk menguasai literasi dalam bahasa Malaysia dan numerasi kecuali murid berkeperluan khas selepas tiga tahun mengikuti pendidikan di sekolah rendah.
Kementerian Pelajaran Malaysia menyedari bahawa masih ada murid sekolah rendah yang belum menguasai literasi. Ketidakupayaan murid untuk menguasai literasi dan numerasi mungkin disebabkan mereka kurang peluang dan tiada pendedahan untuk menguasai kemahiran tersebut sebelum mengikuti pendidikan formal. Oleh sebab itu, Kementerian Pelajaran merancang untuk mengatasi masalah tersebut melalui Program Literasi dan Numerasi (Program LINUS ).
Dalam melaksanakan program ini, Kementerian Pelajaran Malaysia telah menghasilkan modul pengajaran dan pembelajaran berasaskan beberapa konsep untuk membolehkan murid menguasai literasi. Konsep yang diambil kira ialah pendekatan literasi secara bersepadu, ansur maju, didik hibur, penggabungjalinan dan pengulangan. Konsep tersebut dizahirkan dalam modul pengajaran
dan pembelajaran. Modul ini dihasilkan untuk membantu guru melaksanakannya bagi membolehkan murid menguasai literasi.
Modul ini memuatkan beberapa maklumat berhubung dengan senarai kemahiran yang perlu diajar serta cadangan aktiviti dan latihan. Modul ini boleh diguna pakai sebagai pencetus idea namun begitu, guru juga boleh mengubah suai dan mengembangkan lagi aktiviti dan latihan yang dicadangkan.
Kementerian Pelajaran Malaysia merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada guru, pensyarah Institusi Pendidikan Guru dan wakil bahagian di Kementerian Pelajaran yang terlibat menyumbangkan idea dan kepakaran untuk menghasilkan modul ini.
1.0 DEFINISI LITERASI
i
Literasi didefinisikan sebagai keupayaan untuk membaca, menulis dan memahami perkataan, ayat tunggal dan ayat majmuk yang mudah dengan menggunakan kata hubung ‛dan’ serta mengaplikasikan pengetahuan tersebut dalam pembelajaran serta komunikasi harian.
2.0 MATLAMAT
Matlamat program ini adalah untuk memastikan semua murid yang mengikuti Program LINUS berkeupayaan untuk menguasai literasi dalam bahasa Malaysia dan numerasi kecuali murid berkeperluan khas selepas tiga tahun mengikuti Program LINUS.
3.0OBJEKTIF
Objektif Program Literasi adalah memastikan murid berupaya:
i. mengenal dan menyebut abjad, mengeja dan membunyikan suku kata terbuka dan tertutup;
ii. membaca dan menulis perkataan daripada suku kata terbuka dan tertutup,
perkataan yang berimbuhan awalan dan akhiran;
iii. membaca dan menulis serta memahami ayat tunggal dan ayat majmuk yang mudah dengan menggunakan kata hubung ‛dan’.
4.0 ORGANISASI KANDUNGAN
Modul guru Program LINUS ini dihasilkan dalam bentuk unit. Terdapat sembilan unit dan bagi setiap unit mengandungi beberapa kemahiran yang merangkumi kemahiran mengenal, membaca, membina dan menulis huruf, suku kata, perkataan, rangkai kata dan ayat.
Pendekatan yang digunakan dalam program LINUS ini ialah pendekatan belajar membaca dan menulis secara bersepadu dan menyeluruh. Ini bermakna murid belajar mengenal huruf, suku kata dan perkataan serentak secara berperingkat. Setelah murid mengenal beberapa huruf, guru mula mengajar membunyikan suku kata melalui kaedah gabungan bunyi suku kata tanpa
murid terlebih dahulu perlu mengenal kesemua huruf. Murid diperkenalkan pula dengan perkataan menggunakan suku kata
ii
yang telah dipelajari, dan seterusnya frasa atau rangkai kata dan ayat yang bersesuaian.
Kandungan Kemahiran Literasi
1.0 Mengenal dan Menulis Huruf 1.1 Mengenal bentuk huruf kecil a – z 1.2 Menulis huruf kecil a – z 1.3 Mengenal bentuk huruf besar A - Z1.4 Menulis huruf besar A – Z
2.0 Membaca Suku Kata2.1 Membaca dan membunyikan suku kata
terbuka KV2.2 Membaca dan membunyikan suku kata
tertutup KVK2.3 Membaca dan membunyikan suku kata
tertutup KVKK2.4 Membaca dan membunyikan suku kata
tertutup yang mengandungi digraf 2.5 Membaca dan membunyikan suku kata
tertutup yang mengandungi digraf
3.0 Membina dan Menulis Suku Kata3.1 Membina dan menulis suku kata
terbuka KV
3.2 Membina dan menulis suku kata tertutup KVK
3.3 Membina dan menulis suku kata tertutup KVKK
3.4 Membina dan menulis suku kata tertutup yang mengandungi digraf
3.5 Membina dan menulis suku kata tertutup yang mengandungi digraf
4.0 Membaca Perkataan4.1 Membaca perkataan mengandungi
suku kata KV+KV4.2 Membaca perkataan mengandungi
suku kata V+KV4.3 Membaca perkataan mengandungi
suku kata KV+KV+KV4.4 Membaca perkataan mengandungi
suku kata KVK+KV4.5 Membaca perkataan mengandungi
suku kata KVKK+KV4.6 Membaca perkataan yang
mengandungi suku kata KVK4.7 Membaca perkataan yang
mengandungi suku kata KV+KVK4.8 Membaca perkataan yang
mengandungi suku kata KVK+KVK4.9 Membaca perkataan yang
mengandungi suku kata KVK+KVKK
iii
4.10 Membaca perkataan yang mengandungi suku kata KVKK
4.11 Membaca perkataan yang mengandungi suku kata V+KVK
4.12 Membaca perkataan yang mengandungi suku kata V+KVKK
4.13 Membaca perkataan yang mengandungi suku kata KVKK+KVKK
4.14 Membaca perkataan yang mengandungi suku kata VK+KVKK
4.15 Membaca perkataan yang mengandungi suku kata VK+KVK
4.16 Membaca perkataan yang mengandungi suku kata KVKK+KVK
4.17 Membaca perkataan yang mengandungi suku kata KV+KVKK
4.18 Membaca perkataan yang mengandungi diftong
4.19 Membaca perkataan yang mengandungi digraf
4.20 Membaca perkataan yang mengandungi vokal berganding
4.21 Membaca perkataan yang mengandungi konsonan bergabung
4.22 Membaca perkataan yang mengandungi kata imbuhan
5.0 Membina dan Menulis Perkataan
5.1 Membina dan menulis perkataan yang mengandungi suku kata KV+KV
5.2 Membina dan menulis perkataan yang mengandungi suku kata V+KV
5.3 Membina dan menulis perkataan yang mengandungi suku kata KV+KV+KV
5.4 Membina dan menulis perkataan yang mengandungi suku kata KVK+KV
5.5 Membina dan menulis perkataan yang mengandungi suku kata KVKK+KV
5.6 Membina dan menulis perkataan yang mengandungi suku kata tertutup KVK
5.7 Membina dan menulis perkataan yang mengandungi suku kata KV+KVK
5.8 Membina dan menulis perkataan yang mengandungi suku kata KVK+KVK
5.9 Membina dan menulis perkataan yang mengandungi suku kata KVK+KVKK
5.10 Membina dan menulis perkataan yang mengandungi suku kata KVKK
5.11 Membina dan menulis perkataan yang mengandungi suku kata V+KVK
5.12 Membina dan menulis perkataan yang mengandungi suku kata V+KVKK
5.13 Membina dan menulis perkataan yang mengandungi suku kata KVKK+KVKK
5.14 Membina dan menulis perkataan yang mengandungi suku kata VK+KVKK
iv
5.15 Membina dan menulis perkataan yang mengandungi suku kata VK+KVK
5.16 Membina dan menulis perkataan yang mengandungi suku kata KVKK+KVK
5.17 Membina dan menulis perkataan yang mengandungi suku kata KV+KVKK
5.18 Membina dan menulis perkataan yang mengandungi diftong.
5.19 Membina dan menulis perkataan yang mengandungi digraf.
5.20 Membina dan menulis perkataan yang mengandungi vokal berganding.
5.21 Membina dan menulis perkataan yang mengandungi konsonan bergabung.
5.22 Membina dan menulis perkataan yang mengandungi kata imbuhan.
6.0 Membaca Rangkai kata6.1 Membaca rangkai kata.
7.0 Membina dan Menulis Rangkai kata7.1 Membina dan menulis rangkai kata.
encik iklan ikrar indah ingat ingin Islam Isnin ombak orkid ustaz
Daftar Kata Tahun Satu VKKVKK
anjing ambang emping
imbang insang
undang uncang untung
Daftar Kata Tahun Satu diftong
angpau cabai
harimau
kedailantai
pautupai
lauk
pulau
kerbau
limau
surau
misai serai dawai patai
Daftar Kata Tahun Satu vokal berganding
xxi
buat buih baik buah buaya cair cium cuaca diam duit gaun jadual jamuan
jumaat
maaf piano piatu puasa radio siang siapa suara sedia semua
stadium
kuih
kuil ia kuat keluar
ketiak luar ketua
Daftar Kata Tahun Satu digraf
Bunga nganga singa wangi nyanyi ungu angsa tangan langit bangun
bunyi syiling syukur
khemah Khamis penyu nyonya nyiru nyamuk
Daftar Kata Tahun Satu konsonan bergabung
stesen
klip stoking
span syampu
dram
KONSEP LITERASI DALAM PEMBINAAN MODUL
xxii
Disarankan guru melaksanakan pengajaran dengan menekankan konsep yang dicadangkan:
a. Melalui konsep pendekatan literasi secara bersepadu, guru memperkenalkan suku kata cantuman huruf yang dipelajari. Daripada suku kata tersebut, guru mencantumkannya menjadi perkataan yang bermakna. Perkataan yang bermakna ini boleh digandingkan menjadi frasa. Perkataan dan frasa yang dipelajari boleh digabungkan menjadi ayat.
b. Pengajaran literasi boleh disampaikan secara berperingkat melalui konsep ansur maju. Guru memperkenalkan beberapa huruf vokal dan konsonan secara ansur maju bermula daripada perkara yang senang kepada yang susah, daripada yang konkrit kepada abstrak dan daripada kontekstual kepada konstruktif.
c. Guru perlu memikirkan cara penyampaian yang paling berkesan untuk murid mereka. Perlu diingat murid yang mengikuti program ini adalah murid yang perlukan perhatian yang lebih khusus. Bagi membolehkan mereka berminat dalam pembelajaran, aktiviti disampaikan dengan menggunakan pendekatan yang menarik. Konsep didik hibur melalui nyanyian, permainan dan penggunaan bahan yang menarik disarankan untuk diaplikasi dalam pengajaran guru.
d. Semasa mengajar guru mengaplikasikan konsep penggabung jalinan kemahiran. Mulakan dengan kemahiran mendengar bunyi huruf vokal dan bunyi suku kata dan seterusnya bunyi perkataan, frasa atau rangkai kata dan ayat. Kemudian, bimbing murid menyebut apa yang didengar dan seterusnya menekankan pula kemahiran mengeja dan membaca serta menulis perkara yang sama.
e. Akhirnya, aktiviti yang dijalankan ini akan diulang beberapa kali dengan memberi penekanan pada kosa kata yang diajar diulang sebutan, bacaan dan penulisannya. Konsep pengulangan diaplikasikan pada masa ini.
CONTOH GABUNGAN VOKAL DAN KONSONAN DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
xxiii
Vokal / Konsanan
Suku Kata Perkataan Frasa/rangkai kata
Ayat Catatan
a, i, u
b
ba bi bu Baba babu
babi bubu
Abu ibu
ibu Baba
ibu Abu
1. Ibu Baba
2. Ibu Abu
Mulakan dengan membaca dan menulis ayat dasar tanpa perlu mengajar cara membina ayat
a, i, u
d
da di du dada dadu
Adi Didi
dada Adi
dada Didi
1. Dada Adi
2. Dada Didi
a, i, u
l
la li lu lala lali lalu
xxiv
CONTOH GABUNGAN BEBERAPA HURUF KONSONAN DAN VOKAL
Vokal / Konsanan
Suku Kata Perkataan Frasa/rangkai kata
Ayat Catatan
a, i u
b, d, h, l
ha hi hu
ba bi bu
da di du
la li lu
haba dahi
hidu bahu
hiba hala
Hadi lalu
dahi Hadi
bahu Hadi
a, i, u
k, b, d, l, h
ka ki ku
ha hi hu
ba bi bu
da di du
la li lu
kaki kuku kaku
kuda buku baki
buku daku duku
luka aku aki laku
bahu
kaki kuda
kuku kaki
kuku kuda
buku aku
1. Kuku kaki kuda
2. Kaki kuda luka
3. Kuku kaki aku
4. Kaki aku luka
Gabungan beberapa huruf konsonan mudah untuk membentuk perkataan, frasa dan ayat tunggal.
xxv
CONTOH GABUNGAN PELBAGAI HURUF KONSONAN DAN VOKAL
Vokal / Konsanan
Suku Kata Perkataan Frasa/rangkai kata
Ayat Catatan
a, i ub, d, l, t, k, h
ba bi buda di dula li luta ti tuka ki kuha hi hubat bal baddak dat dahlak lah taktal tah hakhad hal latbak bah
ada ibu itubuka hati bila dahi batu duka dahi lalu lali laku luka Hadi kaki kuda kuku ubah ulat bilik balak tidak batik budak datuk kilatbulat balik katak
dahi Hadi bahu Hadiibu diakaki katakitu batu
1. Dahi datuk luka
2. Itu batu bulat
3. Batu itu bulat
4. Hadi hati batu
5. Kaki datuk luka
6. Itu ibu Hadi7. Buka bilik itu8. Ibu buka
bilik9. Katak ada
kaki
Guru boleh membimbing murid mencantum beberapa perkataan menjadi ayat yang bermakna.