Top Banner
CUACA DAN IKLIM MALAYSIA Faktor taburan hujan yang tidak sekata
7

Cuaca dan iklim

Apr 13, 2017

Download

Documents

Priya Aduka
Welcome message from author
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
Page 1: Cuaca dan iklim

CUACA DAN IKLIM

MALAYSIA

Faktor taburan hujan yang tidak sekata

Page 2: Cuaca dan iklim

ANGIN MONSUN TIMUR LAUT

Page 3: Cuaca dan iklim

Angin monsun timur laut bertiup semasa hemisfera utara mengalami musim sejuk iaitu dari bulan November hingga Mac .Oleh itu, akan wujud sel-sel tekanan udara tinggi di sekitar pedalaman Asia khususnya di kawasan Dataran Tinggi Tibet, Siberia dan Mongolia.

Pada masa yang sama, hemisfera selatan mengalami musim panas akan mewujudkan sel- sel tekanan udara rendah yang biasanya terjadi di sekitar benua Austaralia dan lautan sekitarnya.

Perbezaan tekanan udara antara dua kawasan ini akan mewujudkan satu cerun tekanan dari arah pedalaman Asia menuju ke benua Australia dan laut sekitarnya. Akibatnya akan wujud satu pola pengaliran udara dari pedalaman Asia menuju ke benua Australia. (tekanan udara tinggi bergerak ke tekanan udara rendah)

Apabila kumpulan udara ini bergerak keluar daripada sel tekanan tinggi di pedalaman Asia menuju ke benua Australia, ianya akan dibiaskan ke kanan oleh daya koriolis dan seterusnya menghasilkan sistem angin monsun timur laut.

Angin monsun ini kemudiannya akan dibiaskan ke kiri setelah merentasi khatulistiwa dan memasuki hemisfera selatan akibat daripada tindakan daya koriolis dan kemudiannya akan menjadi angin monsun barat laut.

Oleh itu, angin yang merentasi lautan ini membawa hujan yang lebat. (sejatan yang tinggi) Contohnya di Semenanjung Thai dan di Pantai Timur Semenanjung Malaysia yang menerima hujan melebihi1500mm kerana angin tersebut merentasi Teluk Siam dan Laut China Selatan.

Page 4: Cuaca dan iklim

ANGIN MONSUN BARAT DAYA

Page 5: Cuaca dan iklim

Angin monsun barat daya bertiup semasa hemisfera selatan mengalami musim sejuk iaitu dari Mei hingga September. Oleh itu wujud sel-sel tekanan udara tinggi di benua Australia dan lautan sekitarnya akibat suhu yang rendah

Pada masa ini kawasan pedalaman Asia mengalami musim panas akan wujud sel- sel tekanan udara rendah akibat daripada keadaan suhunya yang tinggi.

Akibat perbezaan tekanan antara kedua-dua tempat ini akan menyebabkan wujudnya satu cerun tekanan antara kedua-dua tempat tersebut. Kumpulan udara sejuk dari benua Australian dan lautan sekitarnya akan bergerak keluar menuju kawasan sel tekanan udara rendah pedalaman Asia.

Kumpulan angin ini pada asalnya merupakan sistem angin monsun tenggara kerana dibias kekiri oleh daya koriolis. Sebaik sahaja angin tersebut merentasi khatulistiwa kumpulan angin ini akan terbias ke kanan oleh daya koriolis yang sama di hemisfera utara. Angin ini dikenali sebagai monsun barat daya.

Angin ini agak kurang membawa hujan ke Pantai Barat Semenanjung Malaysia kerana tiupannya dihalang oleh banjaran gunung di Pulau Sumatera.

Page 6: Cuaca dan iklim

KESAN ANGIN MONSUN MEMPENGARUHI HUJAN DI MALAYSIA

Page 7: Cuaca dan iklim

TABURAN HUJAN DI MALAYSIA

Kawasan paling lembap di Malaysia ialah Bukit larut dan Long Akah (hujan tahunan melebihi 5000 mm)Kawasan paling kering Kuala Pilah dan Jelebu (hujan tahunan kurang 2000 mm)

Kawasan menerima hujan paling- Pantai timur (kaki bukit Terengganu) pesisir pantai Sabah dan Sarawak, pedalaman Sarawak.