PENGENALANKamus Dewan Edisi Keempat (2005:212) mendefinisikan
budaya sebagai tamadun atau peradaban. Kebudayaan pula membawa
makna keseluruhan cara hidup yang merangkumi cara bertindak serta
segala hasil kegiatan masyarakat. Maka, secara tidak langsung
kebudayaan Melayu mengertikan cara hidup terancang masyarakat yang
berbangsa Melayu dalam kehidupan mereka.Khazanah kebudayaan Melayu
termuat dalam pelbagai bentuk yang telah disusun dan dipelihara
sejak dahulu. Antara bentuk-bentuk pendokumentasian itu ialah bahan
sastera dan bukan sastera seperti penulisan ilmiah, filem, drama
dan sebagainya. Setiap bahan tersebut diadun rapi dengan
aspek-aspek penting seperti sosiopolitik, sosioekonomi dan
sosiobudaya yang menjelaskan nilai-nilai tradisi kebudayaan
Melayu.Dalam tugasan ini akan dijelaskan ketiga-tiga aspek tersebut
berdasarkan sebuah drama klasik yang dipilih iaitu Keris Hitam
Bersepuh Emas Meskipun tidak banyak yang dapat dikaitkan dengan
drama melayu ini, tetapi seniman drama melayu mempunyai idea
tersembunyi untuk diketengahkan kepada khalayak penonton khususnya
masyarakat Melayu sendiri. Elemen kebudayaan Melayu yang
diselang-selikan dengan cara hidup tradisional dan ilmu persilatan
melayu menentang penjajah dipadatkan dengan persoalan-persoalan
sosial yang tampak sarat dengan elemen persahabatan dan
kekeluargaan terhadap institusi diraja tetapi memerlukan daya
fikiran analitikal untuk memperhalusinya. Begitulah buah tangan
istimewa seniman drama berharga ini. Segala apa yang ditonjolkan
tidak seharusnya dilihat secara permukaan sebaliknya harus diteliti
lebih mendasar. Tugas kami selaku pemerhati adalah menyediakan satu
tulisan ilmiah yang ringkas tetapi padat untuk dijadikan renungan
bersama. Huraian berkenaan aspek sosiopolitik, sosiobudaya dan
sosioekonomi mungkin dapat membantu pembaca memahami serba sedikit
cabang ilmu kebudayaan Melayu yang begitu luas. Paling tidak,
pembaca boleh memikirkan bersama akan kepentingan pemeliharaan
kebudayaan Melayu yang kini dilihat semakin terancam akibat
tertawannya minda generasi baharu di era globalisasi ini.
2.0 ANALISIS DRAMA KERIS HITAM BERSEPUH EMAS 2.1ASPEK
SOSIOPOLITIK Khazanah Kebudayaan Melayu terkandung dalam bahan
sastera dan bahan bukan sastera seperti bahan penulisan ilmiah,
bahan media komunikasi dan bahan lain yang menggambarkan
sosiobudaya dan sosioekonomi masyarakat melayu.Berdasarkan bahan
bukan sastera, iaitu drama, kumpulan kami telah melaksanakan satu
kajian mengenai kebudayaan melayu melalui satu drama melayu sekitar
1990-an yang bertajuk Keris Hitam Bersepuh Emas yang telah
ditayangkan di kaca televisyen Radio Televisyen Malaysia 1 (RTM1).
Pada bahagian ini, kami akan mengetengahkan isu sosiopolitik dalam
drama ini dan dikaitkan dengan kebudayaan masyarakat melayu.Pada
amnya, drama ini mengisahkan kehidupan masyarakat melayu
tradisional yang hidup dalam hierarki dan ketamadunan di raja. Ini
dapat digambarkan dari makna melayu tradisional, Che Su Mustaffa
dan Rasilah Mohd Rosdi (2005).
Melayu tradisional merujuk kepada masyarakat Melayu yang kaya
dengan adat dan budaya serta nilai-nilai murni kesopanan. Ia juga
merujuk kepadamasyarakat Melayu yang hidup sebelum zaman
penjajahan. Jadi, segala bentuk kegiatan sosio-ekonomi mereka
adalah acuan mereka sendiri tanpa adanya pengaruh daripada negara
Barat.
Masyarakat Melayu tradisional ini sangat terkenal, khususnya
pada abad ke-13 hingga abad ke-16. Ini adalah ekoran kemunculan
beberapa buah kerajaan Melayu tradisional seperti Kerajaan Melayu
Melaka, Johor, Perak, Pahang, Selangor, Negeri Sembilan,
Terengganu, Kelantan dan sebagainya. Dalam drama ini, telah
ditonjolkan sosiopolotik di mana masyarakat melayu dinaungi oleh
institusi diraja. Sultan Melaka sebagai kepala yang menaungi
kerajaan Melayu Melaka sekitar abad 14 dan abad ke 15. Dalam drama
ini juga menceritakan orang melayu menyanjung tinggi istitusi
diraja dimana mereka sanggup berkorban menjaga dan mendaulatkan
ketuanan melayu. Sebagai contoh, tujuh pendekar melayu ini
bergabung tenaga merancang, melawan dan berjuang habis-habisan
menentang penentang sultan Melaka pada masa itu (penjajah Portugis
dan orang-orang Belanda).
BERIKUT MERUPAKAN SOSIOPOLITIK ORANG MELAYU.KERAJAAN MELAYU
MELAKAKerajaan Melayu Melaka telah diasaskan oleh Parameswara pada
awal kurun ke-15. Pada masa ini, Kerajaan Melayu Melaka telah
muncul sebagai sebuah empayar yang terkenal di alam Melayu.
Kerajaan ini dikatakan mencapai kemuncak kegemilangannya pada zaman
pemerintahan Sultan Mansur Syah (1456-1477). Antara faktor-faktor
yang memunculkan Melaka sebagai kerajaan yang unggul dan gemilang
pada waktu ini ialah:
(a) Faktor Geografi(b) Faktor Ekonomi(c) Faktor Politik dan
PentadbiranMELAKA SEBAGAI SEBUAH KERAJAAN AGUNGKerajaan Melayu
Melaka yang mencapai zaman kegemilangan pada kurun ke-15 Masihi
terkenal di seluruh dunia sebagai:1. Sebuah empayar yang besar dan
kukuh dari segi pemerintahan, ketenteraan, kawalan jajahan dan
undang-undang Empayar Melaka dikatakan meliputi hampir keseluruhan
Semenanjung Tanah Melayu, sebahagian timur Sumatera dan Kepulauan
Riau Lingga.2. Pusat perdagangan dunia Melaka menjadi pusat
pertembungan semuasaudagar Timur dan Barat, misalnya dari Negara
China, India, Timur Tengah, Asia Timur dan Kepulauan Melayu.3.
Pusat penyebaran agama Islam Melaka menjadi tumpuan
pendakwah-pendakwah kerana Islam diisytiharkan sebagai agama rasmi
dan dianuti oleh sultan serta rakyatnya.4. Pusat penyebaran ilmu
pengetahuan Istana Melaka berperanansebagai pusat pengembangan
bahasa, kebudayaan dan kesusasteraan.
SISTEM POLITIK DAN PENTADBIRAN KERAJAAN MELAYU MELAKA1.
Meletakkan sultan sebagai kuasa tertinggi.2. Beberapa jawatan
diwujudkan untuk memudahkan urusan pentadbiran seperti Bendahara,
Penghulu Bendahari, Temenggung, Syahbandar dan Laksamana.3. Tamadun
Islam - Konsep devaraja yang mempunyai pegangan politik dan lambang
kedaulatan raja-raja tempatan telah digantikan dengan konsep
khalifatullah Raja tidak dianggap sebagai penjelmaan dewa-dewa
Hindu tetapi merupakan khalifah Allah yang bertanggungjawab
memakmurkan bumi.4. Mengadakan hubungan diplomatik dengan negara
luar.Contohnya, Kerajaan China bagi mengukuhkan kedudukannya.5.
Undang-undang Kesultanan Melayu Melaka. Pada masa ini , terdapat
dua jenis undang-undang iaitu:(a) Hukum Kanun Melaka(b)
Undang-undang Laut MelakaUndang-undang ini diwarisi sejak
turun-temurun, sama ada dalam bentuk lisan atau tulisan. Kedua-dua
undang-undang ini menerima banyak pengaruh atau unsur-unsur adat
tempatan dan Hindu. Nama lain bagi Hukum Kanun Melaka ialah Risalat
Hukum Kanun dan Undang-undang Darat Melaka. Naskhah asal hukum
kanun ini mengandungi 19 fasal, kemudian bertambah kepada 22 fasal
dan seterusnya bertambah kepada 44 fasal.Undang-undang Laut Melaka
juga dikenali sebagai Adat Pelayaran Melaka, Hukum Undang-undang
Laut dan Kitab Peraturan Pelayaran. Ia mengandungi 24 bab.
Undang-undang ini diadakan untuk mengatur kehidupan masyarakat
Melaka pada waktu itu, sama ada di darat atau di laut.
KEJATUHAN MELAKAKegemilangan Melaka terserlah semasa
pemerintahan Sultan Mansur Syah(1456 1477). Dalam drama ini, zaman
kejatuhan Melaka ditonjolkan. pengaruh kerajaan Melaka didapati
semakin merosot pada akhir abad ke-15, terutama semasa pemerintahan
Sultan Mahmud Syah. Antara faktor yang menyumbang kepada
kemerosotan kerajaan ini ialah:
1. KETIADAAN PEMIMPIN YANG CEKAPKetiadaan pemimpin yang cekap
bermula daripada zaman pemerintahan Sultan Alauddin Riayat Syah.
Baginda mempunyai sikap yang amat berbeza dengan ayahandanya,
Sultan Mansor Syah yang sangat gagah, berani dan tegas. Sultan
Alauddin, walaupun merupakan seorang yang berani dan tegas, namun
bersikap lembut dan tidak suka akan kekerasan.Oleh itu, tidak
banyak perluasan wilayah berlaku pada zaman baginda. Ini
menyebabkan banyak wilayah-wilayah jajahan cuba membebaskan diri
dan membentuk autonomi masing-masing. Sementara itu dari segi
pembesar pula, bendahara-bendahara yang menggantikan Tun Perak
didapati tidak secergas dan sebijaksana beliau. Misalnya, adik Tun
Perak iaitu Tun Perpatih Putih yang menggantikan beliau merupakan
seorang yang pemboros.
Demikian juga Tun Mutahir yang lebih memberi tumpuan kepada
keinginan menambahkan kekayaan berbanding mengutamakan pentadbiran
kerajaan. Selain daripada bendahara, dari segi pertahanan
ketenteraan dan kepahlawanan, ketiadaan pahlawan-pahlawan yang
handal seperti Hang Tuah dan Tun Hamzah telah melemahkan lagi aspek
pertahanan kerajaan.
2. PEMERINTAHAN YANG ZALIMDi samping itu, walaupun agama Islam
menjadi anutan dan disebarkan secara meluas di Melaka, pegangan dan
amalannya di kalangan pembesar dan rakyat terlalu nipis dan tidak
dihayati sepenuhnya. Justeru itu, banyak berlaku kezaliman,
ketidakadilan dan penindasan. Fenomena ini boleh dikaitkan juga
dengan meningkatnya kegiatan rasuah di kalangan pembesar-pembesar
kerana terlalu mengejar kekayaan.
3. RAKYAT BERPECAH-BELAH DAN TIDAK BERSATU-PADUKurangnya
semangat perpaduan di kalangan rakyat juga mengundang kepada
kemerosotan Melaka. Pembesar dan rakyat hidup berpuak-puak,
misalnya wujud puak tua (kumpulan Sultan Mahmud) dan puak muda
(kumpulan Sultan Ahmad) yang tidak bersefahaman. Demikian juga,
wujud pertelingkahan antara kaum India-Muslim dengan kaum
Melayu.
4. PEDAGANG MULA MENGALIHKAN PUSAT PERDAGANGANNYA KE TEMPAT
LAINSikap tidak adil pembesar juga seperti mengenakan cukai yang
berlebihan kepada pedagang-pedagang menyebabkan mereka menjadi
marah dan mula mencari pelabuhan lain seperti Aceh, Bentan, Patani
dan Brunei untuk menjalankan kegiatan perdagangan mereka.
5. TIDAK ADA KEKUATAN TENTERA DAN PERTAHANANKerajaan Melaka
masih lagi belum maju dari segi ketenteraan, strategi perang dan
juga senjata. Tentera Melaka masih lagi mengamalkan kaedah lama,
iaitu menggunakan keris dan pedang sedangkan pihak Portugis
menggunakan senjata yang lebih canggih iaitu menggunakan senapang
dan peluru.
ANTARA SISTEM POLITIK TRADISIONAL DENGAN SISTEM POLITIK
MODENSistem Ekonomi Masyarakat Melayu Tradisional Sistem ekonomi
masyarakat Melayu tradisional bermaksud kegiatan ekonomi yang masih
kuat terikat dengan ekonomi tradisional iaitu berbentuk sara diri.
Penumpuan adalah untuk keperluan ahli keluarga, manakala barang
keperluan yang tidak dapat dihasilkan sendiri akan diperolehi
melalui pertukaran barangan dengan orang luar. Walau bagaimanapun,
pada masa ini sudah ada hubungan perdagangan dengan negara luar
khususnya dari China, India dan Asia Barat. Ciri kedua sistem
ekonomi masyarakat Melayu tradisional adalah pemisahan antara
golongan pemerintah dan rakyat. Dalam hal ini, golongan pemerintah
dan aristokrat memegang sistem ekonomi dan menguasai kedudukan
dalam ekonomi. Mereka ini menerima cukai daripada pedagang-pedagang
yang singgah di pelabuhan serta cukai daripada rakyat jelata.
Rakyat hanyalah menjadi petani yang menyewa tanah-tanah milik
golongan aristokrat.
Sistem Sosial Masyarakat Melayu Tradisional Ciri-ciri kehidupan
masyarakat Melayu tradisional mencerminkan tamadun yang tinggi. Hal
ini sedemikian kerana corak hidup mereka berubah mengikut
kesesuaian masa berdasarkan beberapa siri pertembungan budaya luar
seperti Hindu, Islam dan Barat. Walau bagaimanapun, corak hidup
masyarakat Melayu semakin matang dan lebih teratur dengan
kedatangan agama Islam kerana sebelum itu, mereka sangat
mempercayai tahyul dan animisme. Masyarakat Melayu mengamalkan
budaya dari pelbagai kepulauan Melayu, terutamanya budaya
Melayu-Indo dan Melayu-Islam. Ciri kedua adalah dari segi
kekeluargaan. Masyarakat Melayu merupakan masyarakat yang paling
kuat mempertahankan sistem kekeluargaan kerana daripada keluargalah
bermulanya sistem sosialisasi seseorang individu Melayu. Di
rumahlah mereka dididik dengan nilai-nilai murni seperti
menghormati orang tua dan belajar untuk menjadi insan yang
baik.
Ciri seterusnya adalah pengenalan undang-undang untuk mengawal
tingkahlaku masyarakat, iaitu undang-undang laut dan tanah.
Kepentingan undangundang dan adat dalam masyarakat Melayu boleh
dilihat melalui perumpamaan berikut biar mati anak, jangan mati
adat. Perumpamaan ini sengaja direka untuk menggambarkan betapa
pentingnya undang-undang dan adat bagi menjaga tatasusila dan
kelakuan individu dalam bermasyarakat. Pada masa ini, setiap negeri
mempunyai undang-undangnya sendiri, contohnya Undang-undang Pahang,
Undang-undang Johor dan sebagainya.
2.2 ASPEK SOSIOBUDAYAKhazanah Kebudayaan Melayu terkandung dalam
bahan sastera dan bahan bukan sastera seperti bahan penulisan
ilmiah, bahan media komunikasi dan bahan lain yang menggambarkan
sosiopolitik, sosiobudaya dan sosioekonomi masyarakat Melayu.
Berdasarkan bahan bukan sastera, iaitu drama, kumpulan kami telah
melaksanakan satu kajian mengenai kebudayaan Melayu melalui satu
drama Melayu sekitar 1990-an yang bertajuk Keris Hitam Bersepuh
Emas yang telah ditayangkan di kaca televisyen Radio Televisyen
Malaysia 1 (RTM1). Pada bahagian ini pula, kami akan mengetengahkan
isu sosiobudaya yang dikaitkan dengan kebudayaan masyarakat
melayu.Susun lapis masyarakat Melayu dalam drama ini dibahagikan
kepada golongan pemerintah dan golongan diperintah. Apa yang
dimaksudkan dengan golongan pemerintah adalah mereka yang terdiri
daripada raja atau sultan, keluarga dan kaum kerabat, pembesar,
ulama atau pendeta. Manakala golongan yang diperintah pula terdiri
daripada golongan rakyat biasa dan hamba.Gaya hidup golongan
bangsawan merangkumi adat istiadat, bahasa dan cara berpakaian.
Melalui drama ini kita dapat lihat bahawa masyarakat Melayu pada
zaman dahulu amat menitikberatkan adat istiadat bersama pembesar
dan juga ketika berada di istana. Rakyat jelata tidak boleh
sewenang-wenangnya masuk ke istana untuk berjumpa dengan pembesar.
Selain itu, bahasa yang digunakan oleh rakyat jelata ketika
berinteraksi bersama pembesar atau raja juga sangat sopan dan
beradab. Mereka tidak boleh menggunakan bahasa pertuturan harian
ktika bertutur bersama golongan bangsawan. Pengarah drama ini cuba
menyampaikan mesej bahawa budaya hormat- menghormati dalam kalangan
masyarakat Melayu telah wujud sejak dahulu lagi. Cuma masyarakat
moden zaman kini kurang mengambil berat tentang aspek menghormati
orang lain. Masyarakat kini juga menggunakan laras bahasa yang sama
ketika berkomunikasi. Tidak kira apa darjat atau kedudukan orang
tersebut, semuanya sama sahaja dimata masyarakat kini. Kehidupan
yang seimbang dan taraf sama rata membuatkan masyarakat kini makin
alpa terhadap aspek kesantunan dan berbudi bahasa semasa
bertutur.Suasana kehidupan di kampung yang digambarkan melalui
drama ini sangat menyentuh hati. Masyarakat Melayu tradisional pada
masa itu merupakan golongan rakyat yang sangat menghormati jiran,
suka tolong-menolong, toleransi dan kerap mengamalkan aktiviti
gotong-royong. Perkara sedemikian telah diterapkan dalam kehidupan
harian mereka. Begitu jugalah masyarakat dahulu mengasuh anak-anak
meeka agar menjadi seorang rakyat yang mempunyai semangat
kemasyarakatan yang tinggi di samping diasuh menjadi rakyat yang
berguna dan berwibawa.Selain itu, kegiatan sosiobudaya masyarakat
Melayu pula meliputi kegiatan masa lapang. Perkara yang sering
dilaksanakan dalam drama tersebut ialah berkarya, menghasilkan
pelbagai bentuk kraf tangan, dan mempelajari ilmu pengetahuan serta
ilmu agama. Masyarakat yang cuba ditonjolkan pengarah melalui drama
ini adalah masyarakat yang menghargai masa yang ada, tidak suka
membazir masa, melakukan aktiviti berfaedah dan berguna sewaktu
lapang serta tidak jemu menuntut ilmu walaupun pada usia yang
lanjut. Setiap episod yang ditayangkan mengandungi suatu mesej yang
ingin disampaikan pengarah kepada anak muda sekarang yang makin
alpa dek kerana arus perkembangan moden. Remaja dulu gemar berlatih
silat pada waktu malam tetapi remaja kini gemar bermain komputer
pada waktu malam dan aktiviti utama anak-anak muda sekarang ialah
bermain permainan di Facebook, bersembang bersama rakan, muat naik
pelbagai gambar yang tidak memberi manfaat serta membazir masa
dengan menyebarkan perkara yang tidak benar. Begitulah bezanya anak
muda dulu dan juga kini. Sungguh ketara perubahan mereka. Hanya
kerana moden timbul pelbagai perkara yang tidak munasabah serta
tidak berfaedah. Anak kecil yang baru berusia 6 tahun pun sudah
memiliki akaun Facebook. Segalanya telah berubah kerana dunia kini
hanya di hujung jari. Keunikan seni silat yang ditunjukkan dalam
drama ini sangat menarik. Setiap episod drama ini mengandungi
sekurang-kurangnya satu aksi bersilat sama ada berlatih silat,
pertandingan bersilat atau pertarungan. Seni silat gayung yang
ditonjolkan merupakan seni agung masyarakat Melayu pada masa itu.
Setiap lelaki Melayu wajib mempelajari silat agar boleh
mempertahankan hak mereka dan melindungi orang yang mereka sayangi.
Suatu kerugian kepada mereka yang tidak tahu bersilat. Silat juga
lambang kekuatan kaum lelaki serta maruah yang paling tinggi untuk
seorang lelaki. Lelaki yang paling gagah dinilai melalui tahap
penguasaannya dalm ilmu persilatan. Begitulah kehidupan masyarakat
Melayu pada masa dulu.Tambahan, melalui drama ini kita dapat
melihat unsur seni yang diterapkan pengarah. Masyarakat dulu suka
mencipta kraf tangan serta peralatan atau perkakasan bagi tujuan
kegunaan harian mereka. Contohnya mereka mampu mencipta keris
sebagai senjata bagi mempertahankan diri. Selain itu mereka juga
mencipta rakit, pagar serta titi daripada buluh bagi tujuan
kemudahan pergerakan mereka. Mereka juga mengukir batang kayu
menjadi perhiasan yang cantik serta mencipta anting-anting daripada
akar kayu dan juga rotan sebagai perhiasan bagi kaum wanita mereka.
Sungguh unik orang zaman dahulu. Mereka suka berusaha untuk
memperoleh sesuatu dan segala yang diingin oleh rakyat biasa memang
sukar diperoleh. Hal ini kerana rakyat biasa pada masa dulu miskin.
Segala kemudahan, perhiasan dan kraf tidak mampu mereka beli. Jadi
mereka mencipta perkara yang mereka ingini melalui ukiran, anyaman
dan lukisan serta tulisan. Golongan ulama pada masa dulu gemar
mengukir kayu dengan kata-kata hikmat daripada bahasa Arab,
potongan hadis serta ayat-ayat Al-Quran yang ringkas. Mereka
menyimpan koleksi tersebut dan adakalanya mereka menghadiahkan
hasil ukiran mereka kepada tetamu, sahabat atau pemimpin mereka.
Baik lawannya buruk. Cantik lawannya hodoh. Begitu juga positif
lawannya negatif. Di samping nilai serta perkara positif berkaitan
masyarakat Melayu ditonjolkan, terdapat juga unsur-unsur negatif
dalam masyarakat Melayu zaman dulu. Terdapat golongan yang suka
berjudi. Mereka berjudi dengan melagakan ayam peliharaan mereka.
Aktiviti laga ayam memang mendapat sambutan yang meriah pada masa
dulu. Rakyat jelata yang menginginkan kehidupan selesa tanpa
berusaha gigih mudah dilihat melalui drama ini. Mereka gemar
berjudi tanpa segan silu kerana perkara ini ditegah
sekeras-kerasnya dalam agama Islam. Mereka mempertaruhkan rumah,
duit, binatang peliharaan dan terdapat juga golongan yang
mempertaruhkan wanita sebagai ganjaran kemenangan judi. Situasi
sebegini pernah wujud pada zaman dahulu dan dilakonkan semula dalam
drama tersebut. Perkara yang positif bolehlah kita jadikan teladan.
Contohnya mempelajari seni silat bagi mempertahankan diri dan
keluarga kita, mengisi masa lapang dengan aktiviti berfaedah
seperti membuat kraf tangan dan mempelajari ilmu-ilmu agama.
Manakala unsur negatif seperti amalan berjudi perlulah dijadikan
pengajaran dan harus ditegah kerana berjudi adalah sesuatu yang
merugikan. Tanpa usaha yang gigih kita tidak mungkin akan berjaya.
Berjaya dengan cara yang mudah tidak akan kekal selamanya. Drama
Keris Hitam Bersepuh Emas mengandungi mesej yang tersendiri bagi
menyedarkan masyarakat Melayu bahawa warisan dan kebudayaan Melayu
haruslah dipelihara agar terus diingati dan diamalkan oleh generasi
akan datang.
2.3ASPEK SOSIOEKONOMIEkonomi merupakan satu cabang sains sosial
yang mengkaji pembahagian sumber yang terhad untuk memenuhi
kehendak manusia. Hal ini termasuklah kajian tentang pengeluaran
dan penggunaan barang dan perkhidmatan. Ekonomi (Economy) (daripada
bahasa Greek [oikos], 'rumah', and [nemo], 'peraturan,' iaitu
"pengurusan rumah tangga") merupakan satu cabang sains sosial yang
mengkaji pembahagian sumber yang terhad untuk memenuhi kehendak
manusia. Ini termasuklah kajian tentang pengeluaran dan penggunaan
melalui pembolehubah yang dapat diukur, meliputi analisa
pengeluaran, pengedaran, dan penggunaan barang dan perkhidmatan.
Sosioekonomi adalah kajian hubungan di antara aktiviti ekonomi dan
kehidupan sosial. Jurusan ini sering dianggap pelbagai disiplin,
menggunakan teori dan kaedah dari sosiologi, ekonomi, sejarah,
psikologi, dan banyak yang lain. Ia telah muncul sebagai suatu
bidang kajian berasingan pada lewat kurun kedua puluh. Dunia hari
ini telah melihat pelbagai struktur ekonomi yang telah mengalami
pelbagai proses evolusinya. Sistem ekonomi yang cukup popular pada
masa kini ialah sistem ekonomi kapitalis, sistem ekonomi
perancangan pusat dan sistem ekonomi Islam.Melalui drama ini, kita
dapat lihat bahawa masyarakat Melayu pada masa itu mengamalkan
sistem ekonomi sara diri. Dalam beberapa episod yang terdapat dalam
drama ini, ditonjolkan keadaan di mana masyarakat Melayu
mengamalkan sistem ekonomi sara diri. Sistem ini merupakan sistem
di mana sesuatu masyarakat melakukan sesuatu pekerjaan untuk
menyara kehidupan diri dan keluarga. Antara aktviti yang dijalankan
oleh masyarakat ialah melalui pertanian dan penternakan. Episod 6
menunjukkan bahawa seorang wanita sedang membajak tanah untuk
tujuan proses tanaman padi. Episod 7 dan 8 pula menunjukkan orang
kampung membawa lembu mereka untuk meragut rumput. Lembu-lembu ini
sangat sinonim dengan masyarakat pada masa dahulu. Hal ini kerana
lembu-lembu tersebut boleh dijadikan sumber makanan dan juga sumber
tenaga kerja yang sangat sesuai. Hal ini kerana pada masa dahulu
tidak mempunyai jentera-jentera seperti pada masa kini.
Gambar: Kelihatan seorang wanita membajak tanah untuk tanaman
padi
Selain itu, drama ini juga menunjukkan bahawa masyarakat Melayu
pada masa dahulu lagi sudah berjinak-jinak dengan perniagaan.
Melalui drama ini, penonton dipertontonkan dengan babak-babak di
mana wujudnya kedai-kedai makan. Kedai-kedai ini merupakan medium
untuk masyarakat Melayu bersosial dan merehatkan diri daripada
kerja-kerja yang mereka jalankan. Sehingga ke hari ini, konsep
gerai atau warung ini masih mendapat sambutan di kalangan kita
semua. Berbalik pada drama ini, gerai-gerai yang wujud sepanjang
penceritaan drama ini menunjukkan bahawa masyarakat Melayu mampu
menjana ekonomi keluarga dengan mempelbagaikan sumber kewangan.
Golongan yang membuka gerai tersebut mampu menampung keperluan
keluarga dengan sumber kewangan yang diperoleh daripada gerai atau
warung yang dibuka. Selain waurng yang wujud dalam drama ini,
penonton juga dapat melihat pasar yang menjual pelbagai jenis
barangan. Antara barangan yang dijual ialah keris, tudung saji,
hasil tanaman, dan sebagainya. Barang-barang yang dijual jelas
menunjukkan bahawa barang-barang tersebut merupakan barang
keperluan harian masayarakat tersebut. Sistem ekonomi ini masih
berbentuk sara diri walaupun telah melibatkan urusan jual beli.
Namun urusan ini tidak melibatkan satu struktur yang besar dan
tidak pula dieksport ke mana-mana. Wan Abdul Kadir (1995:67)
mengatakan proses pembangunan ekonomi yang pesat membawa perubahan
kepada kedudukan sistem nilai yang lebih luas. Kekayaan boleh
memberikan kuasa kepada sesorang untuk menguasai orang lain.
Gambar: Penjual sibuk melayan pelanggan yang memesan untuk
mendapatkan air di warung.
Di samping itu, masyarakat Melayu yang ditonjolkan dalam drama
ini juga sudah menggunakan sistem mata wang. Mata wang yang
disebutkan dalam drama ini ialah wang emas. Wang emas digunakan
dalam urusan jual beli. Hal ini boleh dilihat apabila terdapat
beberapa orang pemuda sedang berbincang mengenai ganjaran yang
bakal diterima oleh pemenang pertandingan silat. Pemuda berkenaan
telah menyatakan bahawa mereka yang menjadi juara akan mendapat
rumah, tanah, dan juga wang emas yang banyak. Dalam pada itu, watak
utama drama ini iaitu Bitara juga telah mengeluarkan beberapa
keping wang emas untuk tujuan pembayaran menaiki sampan dan
membayar harga air ketika singgah minum di sebuah warung. Melalui
aspek ini juga, kita boleh lihat bahawa masyarakat dahulu tidak
beberapa mementingkan kegunaan wang tersebut. Mereka lebih melihat
kepada aspek lain. Sebagai contoh, mereka yang memasuki
pertandingan silat tersebut lebih memandang kepada nilai ganjaran
yang diberikan seperti rumah dan tanah. Wang emas itu hanya sekadar
pelengkap kepada nilai ganjaran tersebut. Nilai rumah dan tanah
tersebut lagi tinggi. Hal ini kerana tanah merupakan sesuatu
perkara yang penting bagi masyarakat Melayu. Tanah merupakan tempat
yang akan memberikan jasa kepada mereka. Melalui tanah yang
diperoleh, mereka mampu mengusahakan tanaman yang akan memberikan
mereka sumber makanan. Tanah tidak boleh lari daripada masyarakat
Melayu dahulu. Dalam drama ini juga ada memperlihatkan bahawa
masyarakat Melayu mengamalkan sistem barter. Sistem ini ialah
sistem yang digunakan untuk menukarkan sesuatu barang dengan barang
yang lain yang dianggap mempunyai nilai yang sama. Namun begitu,
sistem ini dianggap kurang tepat penilaiannya. Masyarakat dalam
drama ini akan melakukan sistem ini apabila mereka tidak mempunyai
wang emas atau mempunyai lebihan hasil. Mereka menukarkan sesuatu
barang dengan barang lain. Hal ini boleh dilihat dalam babak di
mana terdapat beberapa orang penduduk kampung membawa hasil tanaman
mereka untuk ditukarkan dengan hasil kraftangan di pasar. Penjual
tersebut menerima walaupun mereka telah menggunakan wang emas
sebagai mata wang. Hal ini jelas menunjukkan bahawa sistem mata
wang ini masih tidak diguna pakai secara meluas oleh masyarakat
pada masa itu.Secara keseluruhannya, jelas menunjukkan bahawa
ekonomi sangat berkait rapat dengan kehidupan sosial sesuatu
masyarakat. Melalui kajian ke atas drama ini, kita dapat melihat
dengan lebih mendalam sosiekonomi masyarakat Melayu pada masa
dahulu. Mereka telah mengamalkan sistem ekonomi sara diri dan
sistem barter. Sistem ini bersesuaian dengan keadaan pada masa
dahulu. Selain itu,kegiatan ekonomi yang dijalankan masyarakat pada
masa itu juga menyumbang kepada faktor ini. Penempatan yang
didirikan masyarakat dahulu juga sentiasa dipengaruhi dengan
kegiatan ekonomi yang mereka jalankan.
3.0RUMUSANDrama Keris Hitam Bersepuh Emas mengetengahkan tema
dunia persilatan. Drama ini merupakan drama yang dekat dengan
kebudayaan Melayu. Kebudayaan merangkumi pelbagai aspek termasuk
sosiobudaya, sosioekonomi, sosiopolitik dan lain-lain perkara lagi.
Perkara-perkara inilah yang menjadi intipati dalam drama ini.
Kesemuanya menguatkan lagi kewujudan kebudayaan masyarakat Melayu
sejak zaman dahulu lagi. Melalui drama ini, kita boleh lihat
pengarah banyak memperlihatkan aspek-aspek kebudayaan ini. Melalui
drama ini, penonton dapat melihat bagaimana hebatnya seorang
pahlawan Melayu. Pahlawan Melayu bukan sahaja hebat dalam menguasai
ilmu mempertahankan diri tetapi juga hebat dalam disiplin ilmu yang
lain. Seperti yang dipertotonkan dalam drama ini, pendekar-pendekar
ini mahir dalam ilmu agama juga. Hal ini jelas menunjukkan bahawa
masyarakat Melayu tidak lari daripada acuan agama Islam itu
sendiri. Sudah menjadi persepsi sejak dahulu lagi bahawa Melayu itu
Islam dan Islam itu Melayu.Selain itu, drama ini juga banyak
mengajar kita semua perkara-perkara yang berkaitan dengan
masyarakat Melayu. Kita perlu mengetahui akan sejarah dan
kebudayaan Melayu. Sebagai seorang anak Melayu, kita tidak wajar
untuk tidak mengambil peduli. Tanpa sejarah yang membuktikan akan
keeagungan budaya Melayu itu, siapa diri kita pada hari ini juga
belum tentu terjawab. Penekanan kepada kejayaan dunia atau material
boleh menimbulkan kesan-kesan buruk, terutama kepada budi Melayu.
Orang tidak lagi mengenal budi. Budi dianggap dapat diganti atau
diukur dengan kekayaan. Wan Abdul Kadir (2000:128) mengatakan
kesedaran kelas misalnya, amat penting dalam pembinaan nilai-nilai
sosial. Semakin ramai orang mengenali kedudukan seseorang itu maka
semakin meningkatlah kesedaran harga diri dan seterusnya dapat
membina rasa malu yang amat mendalam.Masyarakat pada hari ini telah
mula mengamalkan corak hidup yang bertentangan dengan agama dan
budaya asal, bersikap individualistik, materialistik dan terlalu
rasionalistik. Namun begitu, masih terdapat masyarakat masih
memegang tradisi untuk mencapai keseimbangan dalam mengekalkan
Tamadun Melayu. Oleh itu, sebagai warganegara yang masih
mengekalkan adat dan budaya Melayu, kita perlulah memastikan
khazanah bangsa ini kekal selama-lamanya kerana alam Melayu amat
berkait rapat dengan Islam. Kehidupan beracuan Islam pastinya akan
menjamin kesejahteraan masyarakat.
4.0REFLEKSI
Muhamad Rizal Fahmi Bin Mohd Kassim900127-06-5121Pada semester
ini, saya telah mempelajari subjek BMM 3114 (Kebudayaan Melayu).
Saya telah menerima tugasan kerja kursus bagi semester ini pada
bulan Mac. Tugasan ini mengkehendaki kami menghuraikan konsep
budaya, masyarakat dan kebudayaan Melayu dari sudut politik,
sosial, dan ekonomi.. Tugasan ini memerlukan saya bekerja dalam
kumpulan bertiga. Oleh sebab itu, saya telah bekerjasama dengan
Amirul Anwar dan Hasanuthin dalam menyiapkan tugasan ini. Secara
kesuluruhannya, tugasan ini benar-benar mencabar kerana memerlukan
saya memahami dan menganalisis setiap perkara bagi menyiapkan
tugasan ini.
Pada semester ini, bagi mata pelajaran ini, ia merupakan mata
pelajaran yang belum saya pelajari sebelum ini. Ini merupakan mata
pelajaran baharu bagi saya. Saya ditugaskan untuk memilih satu
daripada bahan sastera atau bukan sastera dan huraikan aspek
sosiopolitik, sosiobudaya dan sosioekonomi yang terkandung dalamnya
dan dikehendaki memantapkan huraian dengan mengemukakan sokongan
daripada bahan tambahan yang dihasilkan oleh tokoh-tokoh budaya.
Saya dan rakan-rakan dikehendaki mengkaji sebuah drama. Kami telah
bersepakat memilih drama Keris Hitam Bersepuh Emas.Melalui tugasan
ini, saya berjaya memperoleh ilmu baharu yang sangat penting
memandangkan saya berbangsa Melayu. Sejarah itu sendiri merupakan
perkara penting kerana tanpa sejarah siapalah kita pada hari ini.
saya dapat mengetahui dengan lebih lanjut tentang masyarakat dan
kebudayaan Melayu dari sudut politik, ekonomi, sosial dan budaya.
Sejarah itu sendiri telah membuktikan bahawa masyarakat Melayu
tidak pernah ketinggalan berbanding bangsa-bangsa lain. Hal ini
boleh dilihat melalui aspek politik. Sistem pentadbiran telah lama
diamalkan oleh masyarakat Melayu. Hal ini telah terbukti melalui
zaman kegemilangan pemerintahan kerajaan Melayu Melaka.Dalam pada
itu, saya juga berjaya memperoleh maklumat mengenai aspek sosial
dan ekonomi. Melalui aspek sosial, dapat dilihat bahawa masyarakat
Melayu itu sendiri sememangnya merupakan masyarakat Melayu yang
mempunyai adat yang tersendiri. Pelbagai adat resam yang perlu
dipatuhi. Selain itu, masyarakat Melayu juga sering kali dikaitkan
dengan kuasa-kuasa ghaib. Masyarakat Melayu mempunyai kepercayaan
terhadap perkara-perkara ini. Walaupun kadang-kala masyarakat
Melayu dikaitkan dengan lemah lembut dan sopan santun namun perkara
ini tidak boleh dianggap sebagai melemahkan. Masyarakat Melayu
mempunyai jati diri yang kuat. Silat dapat membentuk jati diri
bahkan melambangkan kekuatan masyarakat ini sendiri. Dari sudut
ekonomi pula, kita dapat lihat sejak dahulu lagi orang Melayu
menjalankan berbagai-bagai pekerjaan untuk menyara kehidupan
mereka. Bidang pertanian dan penternakan merupakan antara sumber
pendapatan utama bagi masyarakat Melayu tradisional. Sistem sara
diri dan barter menjadi asas kepada pembangunan masyarakat Melayu.
Penempatan mereka pada masa itu juga dipengaruhi dengan faktor
ekonomi ini.Selain itu, saya juga menghadapi masalah kekangan masa.
Hal ini berpunca daripada diri sendiri yang tidak cekap dalam
membahagikan masa. Tambahan pula, tugasan ini terpaksa disiapkan
semasa saya menjalani praktikum fasa 3. Perkara ini tidak mungkin
terjadi sekiranya saya telah membuat pembahagian masa yang betul.
Saya sepatutnya melaksanakan tugasan lebih awal agar tidak perlu
kelam kabut semasa minggu-minggu terakhir dan tugasan ini tidak
bertindih dengan kerja-kerja semasa praktikum. Bahan-bahan rujukan
yang sukar didapati juga menyukarkan pelaksanaan tugasan ini. Namun
begitu, saya dan rakan telah berusaha lebih keras mendapatkan
sumber rujukan. Saya dan rakan telah berkunjung ke perpustakaan
untuk mendapatkan maklumat.Tugasan ini juga mengajar saya bagaimana
untuk bekerjasama dalam satu kumpulan. Tugasan ini menjadi lebih
mudah dengan kerjasama secara berpasukan. Tugasan ini dapat
dibahagikan kepada ahli kumpulan. Beban yang ditanggung tidak
dirasakan terlalu berat kerana ianya dipikul secara bersama-sama.
Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakan-rakan
yang sudi berkongsi ilmu mereka dan juga tidak dilupakan kepada
pensyarah subjek ini iaitu Dr. Roshani bt Abdullah yang banyak
membimbing saya dan rakan dalam melaksanakan tugasan ini iaitu,.
Sekian, terima kasih.
Mohamad Amirul Anwar Bin Pauzi890517-08-5615Dalam tugasan ini,
terdapat beberapa perkara yang perlu diberikan perhatian supaya
cerminan daripada tugasan ini boleh ditambah baik. Analisis SWOT
berperanan dalam meningkatkan mutu sebarang tugasan. Jadi, refleksi
ini akan merujuk kepada keempat-empat aspek dalam analisis
SWOT.Bagi aspek Strength (Kekuatan), tugasan ini jelas menampakkan
kelebihannya pada soalan itu sendiri. Soalan tugasan yang
memerlukan setiap kumpulan menghasilkan satu kajian berkenaan
kebudayaan Melayu melalui filem yang dikaji benar-benar menguji
keupayaan pelajar. Selama ini tugasan lain hanya mementingkan
penulisan ilmiah pelajar tanpa memerlukan kajian secara terapan.
Tajuk tugasan ini juga telah memberi pendedahan kepada pelajar
betapa kepentingan khazanah budaya Melayu perlu dipertahankan bagi
umat Melayu di Malaysia. Tambahan pula, kajian drama klasik ini
iaitu Keris Hitam Bersepuh Emas bukanlah calang-calang drama kerana
ia muerupakan buah tangan penggiat seni melayu asli sememangnya
telah diketahui sarat dengan mesej dan kecaknaannya terhadap
masyarakat. Drama ini sangat jelas dapat membuatkan setiap penonton
merefleksi kehidupan dalam mendepani cabaran abad ke-21.Sementara
itu, bagi aspek Weakness (Kelemahan) pula, tugasan ini agak sukar
untuk dilakukan kerana rujukan tidak banyak membantu. Bagi kumpulan
yang mendapat undian kajian terhadap bahan ilmiah seperti buku, ini
merupakan kelebihan kepada mereka. Sebaliknya, kumpulan yang
mengkaji drama perlu lebih bersungguh-sungguh mencungkil maklumat.
Kami telah berkunjung ke Perpustakaan Negara untuk mencari rujukan
yang sesuai, tetapi hanya sebilangan kecil sahaja buku yang
menepati kehendak kami. Itu pun tidak dapat diungkap dengan
sempurna ke dalam penulisan kerana kandungan filem yang tidak
bertepatan. Tetapi, buku-buku tulisan tokoh budaya seperti Dato A.
Aziz Deraman dan Dr. Wan Abdul Kadir sedikit sebanyak memudahkan
kami memahami tugasan dan hasil pembelajaran yang digariskan.
Melalui Oppurtunities (Peluang), dipercayai penulisan kajian
drama yang telah dihasilkan itu memungkinkan pelajar lebih cakna
tentang hal-hal budaya Melayu khususnya persoalan masyarakat. Isu
kesenian dan bahasa juga menjadi pokok persoalan penting untuk
ditelaah. Pelajar seharusnya menguasai setiap kandungan yang telah
dihasilkan agar berpeluang melanjutkan kajian ke peringkat yang
lebih tinggi. Mungkin satu hari nanti ada dalam kalangan kami yang
akan membuat kajian lanjutan berkenaan kebudayaan Melayu dalam
drama-drama terkini yang sekarang ini diketahui terlalu menyimpang
daripada adat ketimuran. Atau paling tidak, kami akan menyampaikan
sesuatu kepada masyarakat hasil pengetahuan baharu ini seperti mana
niat murni penggiat seni drama melalui karya-karyanya yang
mengesankan.Akhir sekali, Threats (Ancaman) yang terdapat dalam
tugasan kali ini sudah semestinya terarah kepada tempoh tugasannya.
Arahan yang memerlukan kami menghantarnya dalam tempoh praktikum
amat sukar untuk ditepati. Hal ini disebabkan jarak antara kami
terlalu jauh. Walau apa pun, kami tetap telah mengusahakan yang
terbaik. Kami tidak menghadapi masalah untuk mengesan skop kajian
dan mengumpul maklumat. Cuma kami bermasalah dalam menghasilkan
sebuah penulisan ilmiah yang benar-benar mantap dan berkualiti
kerana hambatan masa yang tidak dapat dibendung.Secara
keseluruhannya, saya berpuas hati dengan tugasan BMM 3114
Kebudayaan Melayu ini. Saya juga percaya pensyarah pembimbing
seperti Puan Zawiah dan Dr. Roshani telah melakukan yang terbaik
untuk kami dengan bantuan dan pengajaran yang betul-betul
mencerahkan minda. Latar belakang mereka yang kuat dengan pengaruh
kebudayaan Melayu tambah meyakinkan kami. Harapan saya agar semua
yang terlibat dalam tugasan ini dapat mengambil manfaat yang
selayaknya kerana hal-hal kebudayaan Melayu bukan sesuatu yang
asing. Malah, perlu dipertahankan selagi darah Melayu ini mengalir
dalam pembuluh darah kita.
Hasanuthin bin Mustafa900223-08-6723Tugasan Kebudayaan Melayu
banyak mengajar saya erti kehidupan. Saya mempelajari perkara
baharu. Walaupun saya berbangsa India Muslim tetapi perkara ini
tidak menghalang saya mendalami Kebudayaan Melayu. Banyak perkara
baharu dan unik telah saya kenal pasti melalui kajian dan analisis
saya.Tugasan saya perlu diselesaikan dalam kumpulan bertiga. Jadi
saya bersama saudara Amirul dan Rizal telah mengembleng tenaga
serta masa untuk menyiapkan tugasan ini. Oleh kerana tugasan ini
diberikan sewaktu kami berpraktikum, saya menghadapi sedikit
kesukaran dalam membahagi masa untuk menyiapkan tugasan ini.
Alhamdullilah walaupun pelbagai halangan melanda, tugasan ini dapat
juga disiapkan dengan sempurna.Perkara baharu yang saya pelajari
melalui drama Keris Hitam Bersepuh Emas ialah keagungan seni silat
gayung dalam masyarakat Melayu. Tingginya martabat silat dalam
kalangan masyarakat Melayu membuat saya kagum dengan seni ini.
Setiap lelaki wajib mempelajari silat kerana lelaki merupakan ketua
keluarga. Mereka bertanggungjawab melindungi kaum wanita,
mempertahankan keluarga dan menjaga hak mereka. Selain itu,
masyarakat Melayu sering mengisi masa lapang dengan perkara yang
berfaedah. Contohnya menghasilkan kraf tangan yang menarik seperti
tulisan khat, perhiasan serta tulisan-tulisan yang bermakna yang
mampu menaikkan semangat. Seni tangan memang wujud melalui bakat
tetapi tanpa bakat juga kita boleh menghasilkan kraf tangan yang
menarik. Hanya berbekalkan usaha yang gigih yang mustahil pun mampu
jadi kenyataan. Itu yang saya belajar daripada drama ini.
Pengajaran yang berguna pula kepada saya ialah menjauhi amalan
berjudi, menyalahgunakan kuasa serta menggunakan wanita bagi tujuan
tidak baik. Perkara negatif seperti ini harus saya jauhi dan tegah.
Tiada manfaat yang akan saya perolehi melalui perkara-perkara
negative sebegini. Menjauhinya adalah langkah yang paling
bijak.Akhir kata segala nilai dan pengajaran yang saya temui akan
saya jadikan teladan dan tauladan bagi memajukan lagi diri saya
pada masa akan datang. Selain itu saya juga ingin mengucapkan
jutaan terima kasih kepada pensyarah pembimbing iaitu Dr. Roshani
Bt. Abdullah kerana idea serta dorongan beliau membolehkan kami
menyiapkan tugasan ini dengan sempurna. Tidak lupa juga kepada
rakan yang membantu secara langsung dan tidak langsung dalam kami
menyiapkan tugasan ini.Sekian, terima kasih.
1