Program Corporate Social Responsibility (CSR) ini merupakan salah satu program khidmat masyarakat oleh warga Kementerian dan Jabatan yang terdiri daripada Ahli Rakan Pembimbing Perkhidmatan Awam (AKRAB) NRE. Program ini diadakan bertujuan untuk mendekatkan diri ahli AKRAB dengan masyarakat dan juga menerapkan perasaan sayang kepada alam sekitar. Antara objektif penganjuran program ini ialah memberi kesedaran mengenai kepentingan konservasi haiwan dan juga menyemai sikap menghargai hidupan liar selaras dengan objektif Kementerian dalam memastikan alam sekitar yang sentiasa bersih, selamat, sihat serta produktif dan tidak dicemari. Peserta telah dibahagikan beberapa kumpulan dan telah ditempatkan di kawasan-kawasan atau kandang haiwan yang tertentu. Antara aktiviti yang dilakukan oleh peserta CSR AKRAB NRE ialah: i. Membersihkan kawasan dan kandang haiwan; ii. Membuat dan menyediakan makanan haiwan; dan iii. Memberi makanan kepada haiwan. Dengan semangat kerjasama dan komitmen yang tinggi dari ahli AKRAB NRE, penganjuran Program Corporate Social Responsibility (CSR) ini telah dapat dilaksanakan dengan cemerlang. Kesimpulannya, objektif serta tujuan penganjuran program ini telah tercapai sepenuhnya. B A H A G I A N P EN G U R U S A N S U M B E R M AN US I A CSR AKRAB: ZOO NEGARA Malaysia 1 I S U 0 3 / 2 0 1 6
8
Embed
CSR AKRAB: ZOO NEGARA Malaysia · kemewahan duniawi lantas sering ... memegang atau makan dengan cara menggoda. ... mengawal nafsu. Singkirkan perasaan
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
P r o g ra m C o r p o ra t e S o c i a l Responsibility (CSR) ini merupakan salah satu program khidmat masyarakat oleh warga Kementerian dan Jabatan yang terdiri daripada A h l i R a k a n P e m b i m b i n g Perkhidmatan Awam (AKRAB) NRE. Program ini diadakan bertujuan untuk mendekatkan diri ahli AKRAB dengan masyarakat dan juga menerapkan perasaan sayang kepada alam sekitar.
Antara objektif penganjuran program in i ia lah member i kesedaran mengenai kepentingan konservasi haiwan dan juga menyemai sikap menghargai hidupan liar selaras dengan objektif Kementerian dalam memastikan alam sekitar yang sentiasa bersih, selamat, sihat serta produktif dan tidak dicemari.
Peserta telah dibahagikan beberapa kumpulan dan telah ditempatkan di kawasan-kawasan atau kandang haiwan yang tertentu.
Antara aktiviti yang dilakukan oleh peserta CSR AKRAB NRE ialah:
i. Membersihkan kawasan dan kandang haiwan;
ii. Membuat dan menyediakan makanan haiwan; dan
iii. Memberi makanan kepada haiwan.
Dengan semangat kerjasama dan komitmen yang tinggi dari ahli AKRAB NRE, penganjuran Program Corporate Social Responsibility (CSR) ini telah dapat dilaksanakan dengan cemerlang. Kesimpulannya, objektif serta tujuan penganjuran program ini telah tercapai sepenuhnya.
B A H A G I A N P EN G U R U S A N S U M B E R M A N US I A
CSR AKRAB: ZOO NEGARA Malaysia
1
I S U 0 3 / 2 0 1 6
2
P ada era globalisasi ini, kita
sebagai pekerja seakan
terlalu sibuk mengejar
kemewahan duniawi lantas sering
membuat diri menjadi tidak
tenang, tertekan , jiwa bercelaru
dan mengabaikan amalan gaya
hidup sihat terutamanya amalan
beriadah atau rekreasi.
Kehidupan yang terlalu sibuk ini
juga menyebabkan kita sering
melupakan kegiatan yang sangat
berfaedah untuk kesihatan fizikal,
mental dan psikologi kita. Tanpa
mereka sedari, sebenarnya
terdapat varia kepentingan
rekreasi kepada masyarakat.
Paya Indah Wetlands (PIW)
adalah sebagai satu destinasi
ekopelancongan dan
menyediakan beberapa
kemudahan kepada orang
awam dan masyarkat untuk
tujuan rekreasi dan riadah.
Antara kemudahan yang
disediakan adalah tempat
berkelah, berbasikal,
berjoging, akitiviti memberi
makanan kepada binatang,
bersukan, bersiar-siar di
taman rekreasi, memerhati
burung – burung liar
berterbangan dan
memancing ikan.
”Tidakkah mereka
memerhatikan burung-
burung yang dapat terbang
di angkasa dengan mudah.
Tidak ada yang
menahannya selain Allah.
Sesungguhnya, padanya
yang demikian itu benar-
benar terdapat tanda –
tanda (kebesaran Allah)
bagi orang yang beriman.”
(Al Nahl –ayat 79)
Aktiviti-aktiviti rekreasi ini
mampu mengeratkan
hubungan sama ada
hubungan dengan komuniti
setempat mahupun dengan
ahli keluarga sendiri. Hal
Semasa melakukan aktiviti
rekreasi, terdapat individu-
individu akan bertegur sapa
dengan individu lain di
sekelilingnya, lantas
mengeratkan hubungan
silaturahim. Sebagai contoh,
melalui amalan rekreasi, kita
dapat berbual mesra dengan
jiran tetangga dan secara
langsung dapat mengeratkan
hubungan antara individu
dengan individu lain.
B A H A G I A N P EN G U R U S A N S U M B E R M A N US I A
Oleh:
AKRAB PERHILITAN PAYA INDAH WETLANDS SEBAGAI DESTINASI EKOPELANCONGAN
CSR AKRAB: Zoo Negara Malaysia
1
Paya Indah Wetlands sebagai Destinasi Pelancongan
2
Gangguan Seksual 3
Mesyuarat Jawatankuasa Induk AKRAB Bil.3/ 2016
Kunci Sabar
4
6 Tips Bebas Stres
Anda dan Organisasi 5
Perjalanan Yang Singkat 6
Mengurus Emosi di Tempat Kerja
7
Sekilas Lensa AKRAB 8
I S I KANDUNGAN ANTARA YANG MENARIK
3 B A H A G I A N P EN G U R U S A N S U M B E R M A N US I A
Gangguan secara lisan
Isyarat atau bukan lisan
Gangguan visual
Gangguan fizikal
Gangguan psikologi
Boleh terjadi dalam bentuk kata-kata, komen, gurauan, bunyi, soalan, panggilan telefon
yang berbentuk ancaman atau cadangan seksual. Kebiasaannya terjadi kepada pekerja
baharu.
Gangguan seperti isyarat tangan, bahasa isyarat, pandangan atau kerlingan yang
membayangkan sesuatu niat tidak baik. Ia juga mungkin boleh terjadi dalam keadaan
berkeinginan, memegang atau makan dengan cara menggoda.
Boleh terjadi apabila individu yang terlibat menunjukkan bahan-bahan lucah, melukis
gambar lucah, menulis surat berunsur seksual, mendedahkan bahagian sulit, e-mel dan
sistem pesanan ringkas.
Terjadinya sentuhan sama ada yang tidak diingini, menepuk, mencubit, menggesel badan,
memeluk, meraba atau mencium.
Mengulangi jemputan sosial yang tidak diterima dan kemudian memujuk untuk bercumbu-
cumbuan. Gangguan sebegini benar-benar menganggu emosi si mangsa.
4
1. Melihat orang yang
lebih susah
Apabila kita melihat
orang yang lebih
susah, pasti kita
akan merasa
bersyukur. Secara
tidak langsung
kita akan terus
bersabar menghadapi
ujian kesusahan.
2. Awasi tutur kata
Jika ada manusia yang
menyakitkan hati,
bersabarlah.
Beristighfarlah jika
berasa marah dan
ucapkan kata-kata yang
baik sahaja.
3. Berfikiran positif
Anggaplah segala ujian
dan dugaan dari Allah
s.w.t sebagai tanda Dia
sayangkan kita. Ber-
fikiran positif,
bersangka baik dan
bersabar.
4. Pelihara
pandangan mata dan
hati
Jagalah pandangan mata
agar lebih mudah
mengawal nafsu.
Singkirkan perasaan
dengki dan dendam
dalam diri.
5. Menjaga sumber
rezeki
Pastikan rezeki yang
dimakan dari sumber
yang halal dan tidak
berlebihan. Rezeki yang
haram atau makan
berlebihan akan
menyebabkan sikap kita
menjadi buruk (pemarah
dan tidak sabar).
“Kesabaran memang
mudah untuk
diperkatakan. Namun
harus diingat bahawa kita
juga haruslah berusaha
untuk menjadi seorang
yang sabar dan semoga
kita terus beristiqamah
dengan kesabaran itu.”
Setiap manusia dituntut untuk bersabar menghadapi ujian hidup. Namun ujian yang bertimpa-timpa pasti akan membuatkan kita merasa tertekan dan mudah berasa marah. B a g a i m a n a k a h u n t u k bersabar? Beberapa kunci kesabaran adalah seperti berikut:
KUNCI SABAR
Oleh: Pn. Sapuar Abd Rahman
AKRAB JAS
Mesyuarat Jawatankuasa Induk
AKRAB NRE Bil.3/ 2016 ini diadakan
bertujuan untuk membentangkan
perkembangan program/ aktiviti
semasa dan sesi bimbingan AKRAB
di Jabatan/ Agensi yang telah
dilaksanakan bagi sukuan ketiga
tahun 2016 iaitu dari Ogos hingga
November 2016.
Seramai 16 ahli AKRAB yang
terdiri daripada Ahli Jawatankuasa
Induk dan wakil setiap Jabatan telah
hadir dalam mesyuarat ini. Turut
dibincangkan dalam mesyuarat
tersebut ialah cadangan pelaksanaan
program/ aktiviti AKRAB bagi tahun
2017 dan isu-isu bimbingan yang
wujud di Jabatan/ Agensi yang
memerlukan khidmat nasihat
Pegawai Psikologi di Kementerian.
Usai tamat mesyuarat
diadakan, semua ahli mesyuarat
berpeluang melalui Titian Silara
(Canopy Walkway) di Institut
Penyelidikan Perhutanan Malaysia
(FRIM). Laluan titian sepanjang 150
meter ini digantung dari pokok ke
pokok dengan ketinggian 30 meter
dari aras tanah. Aktiviti ini
memberikan pengalaman yang
istimewa kepada Ahli Jawatankuasa
Induk AKRAB NRE merasai dan
menikmati panorama di dalam hutan
dan Kuala Lumpur dari jarak jauh.
Secara keseluruhannya,
kerjasama serta komitmen daripada
Ahli Jawatankuasa Induk AKRAB
NRE amat baik dalam membantu
dalam merealisasikan aspirasi negara
di samping memberi fokus kepada
usaha-usaha melahirkan sumber
tenaga manusia yang kompeten,
berketerampilan dan produktif dalam
mendokong agenda transformasi
negara.
Secara umumnya mesyuarat
ini berjaya mencapai objektif selaras
dengan matlamat dan aspirasi
Kementerian dalam menghadapi
cabaran menerajui peranan dan
fungsi AKRAB di setiap Jabatan/
Agensi di bawah NRE.
5 B A H A G I A N P EN G U R U S A N S U M B E R M A N US I A
TIDUR BERKUALITI
JAGA SOLAT
6 - 8 jam sehari Tidur awal Tutup lampu
Lakukan regangan badan
BERSENAM
Aura positif datang
FIKIR POSITIF
“FAMILY tIME ” Rancang aktiviti
hujung minggu Bercuti bersama
keluarga
Solat 5 waktu
Hati lebih tenang
SIAPKAN KERJA
Lebih awal Kerja lebih sempurna dan lebih teratur
Untuk mendapatkan khidmat
kaunseling dan psikologi, boleh hubungi talian:
1289/ 1292/ 1303/ 1117
Kami sedia membantu
Oleh: Pn. Sapuar Abd Rahman
AKRAB JAS
6
Seorang gadis sedang duduk dalam sebuah
kenderaan awam. Seorang wanita tua yang tidak
berapa mesra datang dengan membawa banyak beg
dan barang dengan kasar duduk di sebelah gadis
tadi menyebabkan beberapa beg mengenai gadis
tadi. Orang yang duduk di sebelah satu lagi gadis
tadi merungut dan rasa kurang selesa bertanya
kepada gadis tersebut kenapa dia tidak cuba
berkata sesuatu kepada wanita tua itu.
Gadis itu berkata sambil tersenyum: "tidak
perlu kita bersikap kurang sopan kepada perkara
yang tidak sesuai, perjalanan kita bersama ini
sungguh singkat, dia atau saya akan turun di stesen
berikutnya."
Jika kita sedar bahawa perjalanan di dunia ini
hanya perjalanan singkat, kita hanya
membuang masa dan tenaga jika kita hitamkan
penjalanan ini dengan pertengkaran, menghina,
tidak memaafkan, tidak beradab dan mengeji
sesama sendiri.
Ada sesiapa sedang menyakiti hati anda?
Bertenang, perjalanan ini sangat singkat.
Ada seseorang mengkhianati anda, membuli,
menipu atau memalukan anda? Bertenang, maafkan
mereka, perjalanan ini sangat singkat.
Walau apa hukuman seseorang berikan kepada
kita, ingatlah bahawa perjalanan kita bersama ini
adalah singkat.
Oleh itu, penuhi hati kita dengan bersyukur
dan kebahagiaan. Perjalanan kita di dunia ini bersa-
ma adalah sangat singkat dan ia tidak boleh diundur
semula.
Tidak ada sesiapa yang mengetahui masa
perjalanan mereka. Tidak ada sesiapa yang
mengetahui siapa yang akan berhenti di stesen
seterusnya.
Oleh itu, marilah menghargai dan mengeratkan
pertalian persahabatan dan kekeluargaan. Kita perlu
bertenang, hormat-menghormati, baik hati,
berterima kasih dan memaafkan antara satu sama
lain.
Ingatlah perjalanan kita di dunia ini terlalu
singkat.
Selain itu, aktiviti riadah di PIW juga mampu memberi
ketenangan jiwa. Masyarakat dapat menghayati keindahan
alam sekitar yang saujana mata memandang. Semasa
melakukan aktiviti riadah, masyarakat yang menjalankan
aktiviti senaman seperti berjoging dapat menghirup dan
menikmati udara yang segar, merasa kedamaian jiwa dan
menghilangkan stres.’
Kesimpulannya, aktiviti rekreasi dan riadah yang boleh
dilakukan di PIW memberi banyak manfaat kepada
masyarakat setempat dan sesuai dijadikan destinasi
ekopelancongan.
B A H A G I A N P EN G U R U S A N S U M B E R M A N US I A
7 B A H A G I A N P EN G U R U S A N S U M B E R M A N US I A
Emosi ialah satu pernyataan perasaan dan merupakan reaksi fisiologi dan psikologi
yang dialami secara subjektif yang menerangkan tentang keadaan diri seseorang melalui cara berfikir, reaksi perasaan dan tindakan. Kemahiran pengurusan emosi membantu dalam mengawal
gerak hati seseorang. Oleh itu, emosi mempengaruhi individu dalam menentukan cara berfikir, bertingkah laku, buat keputusan, mengurus kesihatan diri dan kehidupan.
Dalam melaksanakan tugas yang diberi memerlukan pengurusan emosi yang baik melalui pendekatan agama, mengubah cara berfikir atau persepsi, mengurus kerehatan diri dan sebagainya.
Terdapat tiga peringkat dalam mengurus emosi di tempat kerja iaitu sebelum bekerja, semasa bekerja dan selepas bekerja.
Bina kasih sayang diri
Kenal pasti emosi sebelum berurusan dengan pelanggan
Mewujudkan emosi seronok untuk
bekerja.
Tanamkan rasa prasangka baik terhadap orang lain.
Terima hakikat bahawa setiap manusia mempunyai sikap dan personaliti yang berbeza. Berfikir secara positif.
Elak daripada bertengkar dengan pelanggan.
Mengawal perasaan marah. Mengenal pasti dan berkebolehan
untuk mengalami emosi positif. Mengajar menggunakan kesedaran
emosi sendiri untuk mempelajari mengenal diri.
Bertanggungjawab untuk memenuhi keperluan orang lain
dan bukan sebaliknya.
Bertanya kepada diri sendiri mengenai emosi
yang dialami pada hari berkenaan.
Bersedia memaafkan diri sendiri dan orang
lain. Berazam dan berjanji
kepada diri sendiri untuk memperbaiki kelemahan
atau berazam mengekalkan pencapaian
yang dilakukan pada
hari tersebut.
Keupayaan mengurus emosi yang berkesan akan memberi kesan positif kepada cara kita bekerja, perhubungan dengan orang lain menjadi lebih baik dan jiwa menjadi lebih tenteram walaupun dalam suasana tertekan.
Oleh:
Pn. Elinawati Maria binti Marzuki
Pegawai Psikologi (Kanan)
NRE
8 B A H A G I A N P EN G U R U S A N S U M B E R M A N US I A