-
-4J)J
CPe~ancaltan dan CB{caltu CBuf2u YJelua !Jl{embina !Rumah
!JI(efayu:
7Jari dudu/ 01nis 71n/ropolo!Ji
Majlis Bicara Buku
Majlis pelancaran dan bicara buku Petua Membina Rumah Melayu:
Dari Sudut Etnis Antropologi telah diadakan pada hari Sabtu, 27
Januari 200 1 di Auditorium Perpustakaan Negara Malaysia. Ianya
merupakan pembuka tirai majlis anjuran Jabatan Perpustakaan Negara
Malaysia bagi tahun 2001. Majlis ini telah diserikan dengan
kehadiran seramai lebih kurang 100 orang tetamu jemputan yang
terdiri daripada para budayawan dan cendekiawan. Pentas Auditorium
telah dihias dengan binaan bumbung atap rumbia mirip anjung rumah
Melayu tradisional telah membangkitkan suasana perkampungan Melayu.
Satu mini pameran manuskrip Melayu telah diadakan di Ruang Legar
Auditorium yang turut
1
mempamerkan manuskrip-manuskrip yang dikaji dan dihuraikan di
dalam buku tersebut.
Buku Petua Membina Rumah Melayu: Dari Sudut Etnis Antropologi
ini merupakan karya hasil penyelidikan tokoh budayawan dan pengkaji
. manuskrip Melayu yang tidak asing lagi laltu Drs. Abdul Rahman
AI-Ahmadi yang lebih dikenali dengan nama Pak Rahman. Penerbitan
buku ini telah diusahakan oleh beliau di bawah program Mualim Tamu,
Perpustakaan N egara Malaysia. Ianya diterbitkan pada tahun 2000
dan merupakan projek yang keempat di bawah program Mualim Tamu.
Hak Cipta Terpelihara ©2001 – Perpustakaan Negara Malaysia
Hak Cipta Terpelihara ©2001 – Perpustakaan Negara Malaysia
-
Dato' Haji Omar bin Mohd. Hashim, Pengerusi Jawatankuasa
Penasihat Manuskrip Melayu telah menyempurnakan majlis pelancaran.
Antara lain di dalam ucapan pelancarannya beliau telah memberi
pengiktirafan kepada manuskrip Melayu sebagai warisan intelektual
negara dan khazanah bangsa yang amat berharga dan perlu dikumpul,
disimpan dan dipulihara supaya ianya tidak terbiar ditelan usia dan
dapat dimanfaatkan oleh generasi kini dan akan datang. BeHau
berharap lebih ramai lagi penyelidik berusaha mencungkil khazanah
ilmu yang terkandung di dalam manuskrip kerana banyak . lagi
himpunan manuskrip Melayu yang masih belum diterokai seperti kitab
tib, petua, azimat, ta'bir mimpi dan ilmu firasat. Harapan beliau
dengan terbitnya buku Petua Membina Rumah Melayu ini akan dapat
dijadikan rujukan dan panduan dalam membina rumah dengan mengutip
dan mengamalkan petua yang baik untuk dipadankan dengan seni bina
perumahan moden.
Majlis pelancaran pada pagi. tersebut telah diikuti dengan
bicara buku .' oleh 3 tokoh cendekiawan iaitu:
(i) Prof. Dr. EzrinArbi, UM (ii) Prof. Dato' Dr. Siti Hawa
Salleh, UKM (iii)Prof.Madya Dr. Othman Mohd. Yatim, UM
Majlis telah dipengerusikan oleh Dr. Haji Wan Ali Wan Mamat.
CPQhtelQn 9aya 7Jenuhsan !Jl{anuskrip
!Jl(efayu
Satu pameran bertemakan Gaya Penulisan Manuskrip Melayu telah
diadakan di Bilik Penyelidikan Pusat Manuskrip Melayu yang telah
berlangsung dati 14 Februari 2001 hingga 20 Mei 2001. Sebanyak 15
naskhah manuskrip
2
merangkumi pelbagai judul/perkara telah dipamerkan di mana
setiap satu rnenonjolkan keunikan gaya penulisan penulis-penulis di
zaman lampau. Paling ketara keunikannya terletak pada gaya bahasa,
di mana bahasa yang halus, berkias, berbunga-bunga dan
meleret-leret sering digunakan. Perkataan-perkataan yang digunakan
pula banyak yang dipinjam dari bahasa Arab sementara tanda bacaan
tidak. digunakan. Melalui gaya bahasa yang digunakan itu kita dapat
menilai betapa halusnya budi bahasa serta manisnya tutur kata
orang-orang Melayu di zaman sHam. Contoh-contoh yang diberikan di
bawah ini mencerminkan kehalusan minda mereka:
&:> MSS 2475 Risalah mengenai niat sembahyang Dikarang
oleh Syeikh Abdul RaufFansuri ibn Abdullah. ". . . adapun kemudian
dari itu maka berkata hamba· yang bebal lagi daif daripada segal a
yang daif iaitu Syeikh Abdul RaufFansuri ibn Abdullah ... "
&:> MSS428 A: Syair PertuananAlif Disalin oleh Muhammad
Yusuf pada hari Jumaat, bulan Rabiulakhir. ".. . Adapun nama yang
menyurat Muhammad Yusuf dengan ibarat Pintalah doa biar selamat
Teguhkan iman sampai kiamat
Dengan rahmat sudahkan syair Pada bulan Rabiulakhir Harapkan
syafaat Nabi yang akhir Di fana silap hamba mengzahir ... "
&:> MSS64 Durr al-thamin
". .. maka tatkala adalah pada tahun 1232 daripada Hijrah Nabi
... telah bergerak hatiku yang lemah dan akalku yang pendek bahawa
aku hendak menghimpunkan beberapa kalam yang muhaqiqin ... "
Hak Cipta Terpelihara ©2001 – Perpustakaan Negara Malaysia
Hak Cipta Terpelihara ©2001 – Perpustakaan Negara Malaysia
-
cAggcAcAf CWoltkghop Ott t~e CP/tege/uJation and CottgeltlJation
06 ffie/dtage uUateltia~g
Para peserta bergambar di hadapan Hote/ Muang Luang. Luang
Prabang, Laos, tempat bengke/ diadakan
Bengkel pemuliharaan bahan-bahan warisan lama ini merupakan
salah satu projek di bawah ASEAN-COCI bagi tahun 2000/2001. Ianya
telah diadakan di Luang Prabang, Lao PDR dari 23-28 lanuari 2001.
Puan Munazzah Zakaria, Pustakawan Pusat Manuskrip Melayu telah
dipilih mewakili Perpustakaan Negara Malaysia ke bengkel terse but.
Antara objektif penting bengkel itu diadakan adalah:
(i) Meningkatkan pengetahuan dan kemahiran peserta dari segi
teknik pemuliharaan, pembaikan dan membaik pulih bahan warisan sej
arah dan memperkenalkan inovasi terbaru dalam bidang ini
(ii) Meningkatkan kesedaran tentang isu-isu dan masalah
berkaitan dengan pemuliharaan bahan warisan
3
(iii) Membentuk kumpulan pakar bagi negara-negara peserta dalam
usaha memupuk kesedaran tentang pemuliharaan bahan-bahan warisan di
peringkat kebangsaan.
Hasil dari bengkel yang beliau ikuti, Puan Munazzah telah
menggariskan beberapa cadangan yang difikirkan sesuai untuk diberi
perhatian oleh pihak labatan Perpustakaan Negara Malaysia,
iaitu:
(i) Menyediakan satu Pelan Pentaksiran Pemuliharaan Bahan
Warisan di Perpustakaan N egara Malaysia dan juga di peringkat
kebangsaan
(ii) Memastikan pengawasan dan pemeriksaan terhadap kawalan
fizikal dan persekitaran sesuatu koleksi itu sentiasa dij alankan
secara berterusan dan mengikut piawaian
Hak Cipta Terpelihara ©2001 – Perpustakaan Negara Malaysia
Hak Cipta Terpelihara ©2001 – Perpustakaan Negara Malaysia
-
(iii) Mengadakan satu Pelan Kecemasan Khas Bahan-bahan Warisan
untuk mengelakkan kerosakan dan kemusnahan bahan terse but
(iv) Mengadakan satu pelan yang bersepadu untuk menangani
masalah serangga perosak di mana risikonya amat tinggi terhadap
koleksi.
ASEAN Workshop on the Preservation and Conservation of Heritage
Materials ini telah berjaya meningkatkan pengetahuan para peserta
mengenai pemuliharaan warisan sejarah dan kebudayaan serta
menambahkan kesedaran mengenai kepentingan bahan-bahan tersebut
dipulihara supaya dapat dimanfaatkan oleh generasi kini dan akan
datang.
tJellbitan tJellballu CPUgat ~anugf2llip ~e~agu,
CPu\f~
Katalog Manuskrip Melayu Koleksi Perpustakaan Negara Malaysia.
Kuala Lumpur: Perpustakaan Negara Malaysia, 2000. RM4S.00
4
Katalog ini menyambung terbitan Manuskrip Melayu Koleksi
Perpustakaan Negara Malaysia: satu katalog ringkas yang mula
diterbitkan pada tahun 1987 hingga 1999 secara tahunan. Katalog
terbaru ini memuatkan maklumat pendokumentasian secara deskriptif
bagi 151 naskhah manuskrip Melayu yang mengandungi 236 judul.
Manuskrip-manuskrip ini diperolehi oleh Perpustakaan Negara
Malaysia sepanjang tahun 1997 hingga lulai 1998.
Katalog ini memberi maklumat deskriptif bagi setiap entri di
bawah butiran-butiran berikut: nombor manuskrip, judul,
pengarang/penyalin, tarikh dikarang/disalin, tempat
dikarang/disalin. Butiran tambahan lain yang diperturunkan ialah
halaman, ukuran, j umlah baris setiap halaman, deskripsi bagi
kertas, tera air, dakwat, tulisan, jilidan, sejarah, kolofon,
ringkasan kandungan dan lengkap/tidak lengkap manuskrip.
Jurnal Filologi Melayu, Jilid 8. Kuala Lumpur: Perpustakaan
Negara Malaysia, 2000. RMlS.00
Keluaran ini mengandungi 9 artikel berkaitan dengan pengajian
manuskrip Melayu.
Penasihat:
Ketua Pengarang:
Sidang Pengarang:
Urus Setia:
Cik Shahar Banun Jaalar Ketua Pengarah
Puan Zawiyah Baba Timbalan Ketua Pengarah
Datin Siti Mariani S. M. Omar Puan Munazzah HI Zakaria Ene ik
Zulkij1e Daud
Perpustakaan Negara Malaysia Pusat Manuskrip Melayu 232, Jalan
Tun Razak 50572 Kuala Lumpur Tel: 26943488 samb. 252
26924079 (talian terus) Laman web: http://www.pnm.my E-mel:
[email protected]
Hak Cipta Terpelihara ©2001 – Perpustakaan Negara Malaysia
Hak Cipta Terpelihara ©2001 – Perpustakaan Negara Malaysia
MAL0180_0001MAL0180_0002MAL0180_0003MAL0180_0004