Bandar Pelabuhan Klang Rancangan Kawasan Khas PENGENALAN 1.0 PENGENALAN Rancangan Kawasan Khas (RKK) Bandar Pelabuhan Klang adalah satu dokumen Pelan Tindakan yang disediakan sebagai panduan dan rujukan untuk Majlis Perbandaran Klang selaku Pihak Berkuasa Perancang Tempatan menentukan hala tuju pembangunan akan datang selaras dengan Rancangan Tempatan Daerah Klang 2015. RKK ini disediakan dengan kerjasama Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia, Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Selangor dan Majlis Perbandaran Klang. Perbincangan isu-isu semasa RKK Bandar Pelabuhan Klang telah dibuat melalui publisiti awal dan Perbincangan Kumpulan Sasaran (FGD). RKK Bandar Pelabuhan Klang mengandungi Pelan Induk yang menunjukkan cadangan pembangunan secara keseluruhan, cadangan-cadangan projek, pelan susun atur, kawalan pembangunan dan pelan pelaksanaan. 1.1 DEFINISI RANCANGAN KAWASAN KHAS (RKK) Rancangan Kawasan Khas (RKK) didefinisikan sebagai suatu Rancangan Pemajuan yang disediakan dalam masa singkat untuk tujuan pelaksanaan. Hasil utama RKK ialah satu Pelan Tindakan Pembangunan yang disediakan sama ada dalam bentuk Pelan Susun Atur atau Jadual Tindakan Pembangunan. RKK perlu mengandungi Cadangan Program Pembangunan yang menjelaskan Fasa, Kos, Agensi Pelaksana dan Pendekatan Pelaksanaan. 1/1
11
Embed
cover n separator - jpbdselangor.gov.my · adalah satu dokumen Pelan Tindakan yang disediakan ... Sejajar dengan aktiviti pelabuhan ... Membina semula bangunan Jeti Pulau Ketam dan
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
Bandar Pelabuhan Klang Rancangan Kawasan Khas
PENGENALAN 1.0 PENGENALAN
Rancangan Kawasan Khas (RKK) Bandar Pelabuhan Klang adalah satu dokumen Pelan Tindakan yang disediakan sebagai panduan dan rujukan untuk Majlis Perbandaran Klang selaku Pihak Berkuasa Perancang Tempatan menentukan hala tuju pembangunan akan datang selaras dengan Rancangan Tempatan Daerah Klang 2015. RKK ini disediakan dengan kerjasama Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia, Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Selangor dan Majlis Perbandaran Klang. Perbincangan isu-isu semasa RKK Bandar Pelabuhan Klang telah dibuat melalui publisiti awal dan Perbincangan Kumpulan Sasaran (FGD). RKK Bandar Pelabuhan Klang mengandungi Pelan Induk yang menunjukkan cadangan pembangunan secara keseluruhan, cadangan-cadangan projek, pelan susun atur, kawalan pembangunan dan pelan pelaksanaan. 1.1 DEFINISI RANCANGAN KAWASAN KHAS (RKK) Rancangan Kawasan Khas (RKK) didefinisikan sebagai suatu Rancangan Pemajuan yang disediakan dalam masa singkat untuk tujuan pelaksanaan. Hasil utama RKK ialah satu Pelan Tindakan Pembangunan yang disediakan sama ada dalam bentuk Pelan Susun Atur atau Jadual Tindakan Pembangunan. RKK perlu mengandungi Cadangan Program Pembangunan yang menjelaskan Fasa, Kos, Agensi Pelaksana dan Pendekatan Pelaksanaan.
1/1
Bandar Pelabuhan Klang Rancangan Kawasan Khas
Pengenalan
1/2
1.2 KEPERLUAN DAN TUJUAN RANCANGAN KAWASAN KHAS
Keperluan penyediaan Rancangan Kawasan Khas
(RKK) dinyatakan di bawah Seksyen 16B, Akta
Perancangan Bandar dan Desa, 1976 (Akta 172), iaitu:
i) Rancangan Kawasan Khas boleh disediakan pada
bila-bila masa semasa penyediaan atau apabila
mula berkuatkuasanya sesuatu Rancangan
Pemajuan.
ii) Pengarah Negeri Jabatan Perancangan Bandar
dan Desa (JPBD) atau Pihak Berkuasa Perancang
Tempatan (PBPT) boleh mengemukakan
cadangan untuk menyediakan RKK bagi sesuatu
kawasan kepada Jawatan Kuasa Perancang
Negeri (JPN).
iii) Rancangan Kawasan Khas yang disediakan perlu
mengandungi cadangan terperinci bagi tujuan
sama ada untuk pemajuan, pemajuan semula,
pengelokan, pemuliharaan atau memperbaiki
amalan pengurusan bagi kawasan berkenaan.
iv) Jawatan Kuasa Perancang Negeri hendaklah
menentukan sama ada Pengarah Negeri JPBD
atau PBPT yang bertanggungjawab dalam
penyediaan sesuatu RKK.
v) Rancangan Kawasan Khas hendaklah mempunyai
bidang kuatkuasa yang sama seperti suatu
Rancangan Tempatan (RT).
Bandar Pelabuhan Klang Rancangan Kawasan Khas
Pengenalan
1/3
1.3 PROSES PENYEDIAAN RKK
Penyediaan RKK adalah selaras dengan peruntukan subseksyen 16B(3), Akta 172. Peringkat
penyediaan RKK ini adalah seperti berikut (rujuk Rajah 1.1) :-
Rajah 1.1 : Peringkat Penyediaan RKK Bandar Pelabuhan Klang
PENYEDIAAN RKK
JAWATAN KUASA PERANCANG NEGERI
PIHAK BERKUASA NEGERI
PUBLISITI DRAF RKK KAWASAN KHAS
SIASATAN DAN PENDENGARAN
PEWARTAAN
Menyediakan Draf Rancangan Kawasan Khas yang mengandungi perincian dan cadangan yang bersesuaian
(Seksyen 16B dan Seksyen 12, Akta 172).
Kelulusan Draf Rancangan Kawasan Khas oleh Jawatan Kuasa Perancang Negeri (Subseksyen 15(1), Akta 172).
Persetujuan Pihak Berkuasa Negeri kepada Draf Rancangan Kawasan Khas
(Subseksyen 15(1C), Akta 172).
Pemeriksaan Draf Rancangan Kawasan Khas oleh orang awam dan tempoh pemeriksaan tidak kurang dari 4 minggu
(Seksyen 13, Akta 172).
Siasatan dan pendengaran awam berkenaan Draf Rancangan Kawasan Khas berdasarkan cadangan
dan bantahan orang awam (Seksyen 14, Akta 172).
Dikuatkuasakan di bawah Subseksyen 15(4), Akta 172.
PEMAKLUMAN AWAL PENYEDIAAN RKK
Pemakluman awal penyediaan RKK dan memberi peluang orang awam membuat representasi (Seksyen 12A Akta 172).
RANCANGAN TEMPATAN
Peta Cadangan dan Pernyataan Bertulis yang
menepati dasar / cadangan Rancangan
RANCANGAN KAWASAN KHAS
Cadangan dan panduan terperinci bagi
pengolahan yang khas untuk sesuatu kawasan
yang ditetapkan
Dasar dan cadangan am pemajuan dan penggunaan tanah
peringkat negeri
RANCANGAN STRUKTUR
HIERARKI RANCANGAN PEMAJUAN
Bandar Pelabuhan Klang Rancangan Kawasan Khas
Pengenalan
1/4
1.4 KAWASAN KAJIAN
Rajah 1.2 : Pelan Lokasi Pelabuhan Klang
Petunjuk : RKK Bandar Pelabuhan Klang
RKK Bandar Pelabuhan Klang terletak di dalam Mukim
Klang, Daerah Klang. Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)
bagi kawasan kajian ialah Majlis Perbandaran Klang
(MPK).
Bandar Pelabuhan Klang terletak 7 km dari barat daya
Bandar Klang yang dihubungkan oleh Persiaran Raja
Muda Musa dan Lebuh Raya Pelabuhan Utara.
Keluasan kawasan RKK ini ialah 250 hektar. Kawasan ini
merupakan kawasan tepu bina yang terdiri daripada
kawasan petempatan dan kawasan pelabuhan. Ia
dikelilingi oleh landasan keretapi di utara, Jalan Kastam
di timur, Jalan Sg. Aur di selatan dan Selat Lumut di
barat.
Sumber: JPBD, Semenanjung Malaysia
Jalan Te
ngku Badar
Psn Raja Muda Musa
Jalan Raja Lumu
Bagan Hailam
Sg. Klang
Selat Lumut
Pulau Indah
Sg. Aur Ke Pelabuhan Barat
South Port
Jeti Pulau Ketam
Stesen Komuter P. Klang
Perhentian Bas MPK
Ke Pelabuhan Utara
Stesen Komuter Jln Kastam
Ke Bandar Klang
Jala
n K
asta
m
Jala
n Sg
. Ke
lad
i
Jala
n Kem
Taman Kem
Rajah 1.3 : Imej Satelit Kawasan RKK Bandar Pelabuhan Klang, 2003