CONTOH SOALAN ESEI ---------------------------- SISTEM PENTADBIRAN NEGARA 1. Kerajaan Tempatan diwujudkan bagi memberi peluang kepada penduduk-penduduk tempatan mengambil bahagian di dalam pengurusan kawasan mereka. Nyatakan secara ringkas a) kuasa-kuasa yang diberikan pada Kerajaan Tempatan b) apakah kuasa-kuasa kerajaan negeri ke atas kerajaan tempatan. Jawapan: a) Kuasa-kuasa kerajaan Tempatan i. mengadakan undang-undang kecil ‘by-laws’ ii. mengutip cukai,kadar sewa dan lain-lain iii. berautonomi kewangan iv. melantik kakitangannya sendiri b) Kuasa-kuasa Kerajaan Negeri ke atas Kerajaan Tempatan i. menerima atau tidak segala akta tentang kerajaan tempatan yang digubal oleh Parlimen,sama ada secara penuh atau sebahagian sahaja ii. mengawal perubahan sempadan,kemasukan kawasan baru dan pengiktirafan status perbandaran iii. melantik ahli majlis,datuk Bandar atau yang di- pertua penguasa tempatan iv. meluluskan belanjawan penguasa tempatan v. meluluskan pinjaman untuk melaksanakan projek spt penurapan jalan,pembinaan gerai dan lain-lain vi. meluluskan perjawatan penguasa tempatan vii. mempunyai budi bicara untuk memecat Ketua Jabatan sebuah penguasa tempatan atau timbalannya viii. mengesahkan undang-undang kecil spt cukai pintu dsb. ix. Boleh melambatkan kelulusan untuk membuat penilaian semula perkadaran bagi penguasa tempatan spt. Cukai pintu x. Memberi arahan jenis am mengenai dasar-dasar kepada pihak berkuasa tempatan KISSM 1
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
CONTOH SOALAN ESEI----------------------------
SISTEM PENTADBIRAN NEGARA
1. Kerajaan Tempatan diwujudkan bagi memberi peluang kepada penduduk-penduduk tempatan mengambil bahagian di dalam pengurusan kawasan mereka. Nyatakan secara ringkas
a) kuasa-kuasa yang diberikan pada Kerajaan Tempatanb) apakah kuasa-kuasa kerajaan negeri ke atas kerajaan
tempatan.
Jawapan:
a) Kuasa-kuasa kerajaan Tempatan
i. mengadakan undang-undang kecil ‘by-laws’ii. mengutip cukai,kadar sewa dan lain-lainiii. berautonomi kewanganiv. melantik kakitangannya sendiri
b) Kuasa-kuasa Kerajaan Negeri ke atas Kerajaan Tempatan
i. menerima atau tidak segala akta tentang kerajaan tempatan yang digubal oleh Parlimen,sama ada secara penuh atau sebahagian sahaja
ii. mengawal perubahan sempadan,kemasukan kawasan baru dan pengiktirafan status perbandaran
iii. melantik ahli majlis,datuk Bandar atau yang di-pertua penguasa tempatan
iv. meluluskan belanjawan penguasa tempatanv. meluluskan pinjaman untuk melaksanakan projek spt penurapan
jalan,pembinaan gerai dan lain-lainvi. meluluskan perjawatan penguasa tempatanvii. mempunyai budi bicara untuk memecat Ketua Jabatan sebuah
penguasa tempatan atau timbalannyaviii. mengesahkan undang-undang kecil spt cukai pintu dsb.ix. Boleh melambatkan kelulusan untuk membuat penilaian semula
perkadaran bagi penguasa tempatan spt. Cukai pintux. Memberi arahan jenis am mengenai dasar-dasar kepada pihak
berkuasa tempatanxi. Kerajaan negeri menampung jumlah perbelanjaan yang tidak
mencukupi oleh penguasa tempatanxii. Kerajaan negeri akan mengadakan pemantauan segala kegiatan
pihak kerajaan tempatanxiii. Mempunyai kuasa untuk memindahkan semua atau sebahagian
daripada fungsi penguasa tempatan kepada Menteri Besarxiv. Meluluskan segala jenis perkhidmatan untuk kebajikan masyarakat
seperti urusan pungutan sampah dan lain-lain.
KISSM
1
CONTOH SOALAN ESEI----------------------------
2. (a) Huraikan tiga (3) tanggungjawab/fungsi utama agensi-agensi pusat
(b) Bincangkan tiga(3) cara bagaimana penyelarasan dan kawalan ke
atas agensi-agensi mengurus dijalankan oleh agensi-agensi pusat.
Jawapan:
a) Tanggungjawab /fungsi sgensi pusat
i. menggubal dasar dan perancangan ekonomi Negaraii. membekalkan keperluan sumber manusai,peruntukan
kewangan kepada agensi kerajaaniii. memberi perkhidmatan tertentu yang diperlukan oleh agensi-
agensi mengurusiv. membentuk dasar dan perancangan mengenai keperluan
asas dan perkhidmatan-perkhidmatan lain yang diberikan oleh agensi-agensi mengurus.
b)Penyelarasan dan kawalan agensi pusat ke atas agensi mengurus
i. pemeriksaan anggaran belanjawan tahunanii. pemeriksaan permintaan mengadakan skim perkhidmatan
dan menambah atau menggred jawataniii. pemeriksaan perancangan pembangunan ekonomi tahunan
dan lima tahuniv. menguatkuasakan peraturan-peraturan kewangan dan
perkhidmatanv. penyelarasan pembentukan dasar program dan projek
kerajaan bagi mengesan masalah dan menyelasikannya.\
3. Agensi-agensi kerajaan boleh dibahagikan kepada tiga komponen penting iaitu Kementerian,jabatan dan perbadanan awam. Huraikan secara ringkas sifat serta fungsi mana-mana dua (2) komponen agensi tersebut.
Jawapan:
KementerianSifat :
Merupakan agensi tertinggi kerajaan Tanggugjawab seseorang menteri dilaksanakan oleh badan
yang dipanggil Kementerian Ia merupakan agensi tertinggi di dalam jentera pentadbiran
pusat atau persekutuan Menteri-menteri yang memegang Kementerian yang penting
dan mempunyai anggungjawab yang berat akan dibantu oleh timbalan-timbalan menteri
KISSM
2
CONTOH SOALAN ESEI----------------------------
Ketua setiausaha merupakan pegawai pentadbir. Beliau adalah penasihat perdana menteri.terutama dalam pembentukan dasar-dasar dan tanggungjawab
Semua Kementerian beribupejabat di KL
Fungsi: Membentuk dasar-dasar,merancang,mengawal dan
menyelaras pelaksanaan tugas-tugas yang diletakkan di bawah portfolionya
Tugas-tugas dan tanggungjawab Kementerian disalurkan ke beberapa buah jabatan dan perbadanan awam yang ditubuhkan dalam Kementerian tersebut
Terdapat Kementerian yang tidak mempunyai jabatan seperti Kementerian luar negeri.
Jabatan
Sifat:
Agensi kerajaan yang diwujudkan di dalam sesebuah Kementerian
Semua jabatan mempunyai cawangan-cawangan di peringkat negeri dan daerah
Kebanyakan jabatan diketuai oleh ketua pengarah Jabatan-jabatan peringkat negeri/daerah diketuai oelh
pengarah
Fungsi: Melaksanakan sebahagian daripada perkara dan dasar-dasar
yang terletak di bawah Kementerian itu. Bertanggungjawab mengawas dan menyelaras perjalanan
cawangan-cawangan di peringkat negeri dan daerah Bertanggungjawab bagi perkara-perkara ikhtisas dan teknikal Kebanyaakan jabatan diketuai oleh pegawai-pegawai dari
berbagai perkhidmatan ikhtisas
Perbadanan Awam
Sifat: Agensi yang baru ditubuhkan di Negara ini Mengambilalih beberapa peranan yang dilaksanakan oleh
jabatan-jabatan kerajaan Terdapat beberapa perbadanan awam yang baru ditubuhkan
untuk melaksanakan beberapa tugas baru seperti KESEDAR,PETRONAS,UDA dan lain-lain
Prestasi perbadanan awam cukup cemerlang selepas pelaksanaan DEB di mana telah menjayakan pencapaian objektif dasar tersebut
Agensi yang telah dibentuk ini meliputi bidang-bidang seperti latihan,Pendidikan,perdagangan,perindustrian,kewangan,pembangunan wilayah dan lain-lain.
Fungsi:
KISSM
3
CONTOH SOALAN ESEI----------------------------
Membolehkan kerajaan melibatkan diri secara langsung dalam pembangunan sosio ekonomi
Menceburkan diri dalam agensi yang tidak diminati oleh sector swasta kerana kurang untung dan memerlukan modal yang besar
Dapat memastikan pembangunan berjalan dengan lebih cepat,pesat,teratur,adil dan efisien
Agensi ini lebih bebas dan authoritative-bertanggungjawab
ARAHAN PRKHIDMATAN DAN KESELAMATAN
1. Cik Fiza seorang Penolong Pengarah Tadbir, telah dipertanggungjawabkan untuk mengurus system fail di jabatannya. Ketua Jabatannya telah mengarahkan beliau supaya mengkaji system fail sedia ada bagi mengatasi permasalahan-permasalahan berikut:
a) fail-fail yang berpindah tangan dari seorang pegawai kepada seorang pegawai lain tanpa melalui Bahagian Pendaftaran Fail.
b) Fail-fail yang tersimpan terlalu lama di tangan seseorang pegawai
c) Fail-fail yang terlalu tebal dan telah melebihi had kandungannya.
Nyatakan tindakan-tindakan yang perlu dilakukan oleh Cik Fiza dalam mengatasi permasalahan di atas.
Jawapan:
a) Cik Fiza hendaklah menyediakan boring-borang perjalanan fail yang mempunyai butir-butir berikut:
i. no. failii. nama failiii. pegawai yang mengedarkan failiv. pegawai yang menerima failv. tarikh dan tandatangan dari pegawai-pegawai yang
mengedarkan fail.
b) Sebagai seorang Penolong Pegawai Tadbir, Cik Fiza boleh mengeluarkan surat edaran dalaman kepada pegawai-pegawai agar menghantar balik fail ke Bahagian Pendaftaran Fail sekiranya sesuatu fail itu telah selesai diambil tindakan atau tidak dapat diteruskan kerana menunggu butir-butir lanjut atau sebab-sebab lain. Jika perlu fail berkenaan boleh disimpan dalam perhatian.
c) Cik Fiza hendaklah mengambil tindakan membuka satu kulit fail baru yang mempunyai tajuk dan nombor yang sama dan ditanda sebagai Jilid II dengan terang. Fail asal hendaklah ditanda Jilid I. Fail baru ini hendaklah juga direkodkan dalam doket sebagai satu fail berasingan
KISSM
4
CONTOH SOALAN ESEI----------------------------
dan dimasukkan selepas rekod fail Jilid I. Tindakan yang sama juga bolehlah diambil bila membuka fail Jilid III dan selanjutnya.
2. Sesebuah agensi kerajaan bercadang untuk mengadakan satu persidangan yang akan membincangkan ancaman pengganas dan keselamatan Negara. Persidangan ini akan diadakan di salah sebuah hotel terkemuka di Kuala Lumpur dan akan dihadiri oleh semua pihak yang terlibat dengan urusan keselamatan Negara. Berdasarkan kepada agenda yang ditetapkan, persidangan ini dijangka meliputi perbincangan serta tayangan filem yang mengandungi maklumat terperingkat ‘Sulit’, ‘Rahsia’ dan ‘Rahsia Besar’.
a) Nyatakan langkah-langkah keselamatan berkesan yang perlu diambil oleh penganjur semasa mengadakan persidangan tersebut.
b) Nyatakan asas-asas yang diambilkira bagi memastikan tahap keselamatan dokumen yang dibincangkan dan ditayangkan akan terkawal.
Jawapan:
a) Langkah-langkah keselamatan berkesan ialah;
i. tiada sesiapa yang tidak dibenarkan dapat masuk ke kawasan atau tempat di mana ianya diadakan
ii. tiada sesiapa yang tidak dibenar ekses kepada perkara terperingkat mendapatnya
iii. tiada sesuatu perkara terperingkat dibawa keluar dari tempat atau kawasannya dengan cara-cara yang tidak dibenarkan
iv. tapisan keselamatan dan pemeriksaan fizikal hendaklah dikenakan ke atas semua orang yang menghadirinya termasuk kakitangan teknik,pencuci dan penyelenggara yang mungkin dapat masuk ke kawasan keselamatan tersebut
v. seorang pegawai penyelaras dilantik bagi mengendalikan peraturan-peraturan keselamatan.
b) Asas-asas tahap keselamatan dokumen ialah:
i. peringkat keselamatan maklumat yang terlibatii. taraf kewarganegaraan orang yang menghadirinyaiii. tempat ianya di adakan.iv.
3. a) Sekiranya suatu dokumen terperingkat didapati hilang di sesebuah jabatan, apakah peraturan-peraturan yang perlu diambil oleh pihak yang berkenaan mengenai perkara tersebut.
c) Nyatakan bagaimana cara-cara dokumen terperingkat patut dimansuhkan
KISSM
5
CONTOH SOALAN ESEI----------------------------
Jawapan:
a) peraturan yang perlu diambil
i. hendaklah mencarinya dengan segera Laporan juga hendaklah dibuat kepada Pegawai Keselamatan Jabatan dan Ketua Jabatan
ii. mereka seterusnya akan menyiasat dan mengemukakan laporan yang mengandungi pandangan dan taksiran bahaya terhadap keselamatan kepada Pegawai Keselamatan Kerajaan dalam tempoh 24 jam.
iii. Sekiranya kehilangan disahkan, pemula dokumen tersebut hedaklah dimaklumkan agar taksiran risiko terhadap keselamatan dapat dibuat dan tindakan menyelamat serta pembetulan keadaan dapat diambil.
b) cara memusnahkan dokumen terperingkat:
i. dokumen terperingkat termasuk buangan terperingkat yang hendak dimusnahkan hendaklah terlebih dahulu dikoyak kecil-kecil atau diricih dengan menggunakan mesin pericih.
ii. Dokumen yang diricih dibakar,peraturan-peraturan yang selamat di bawah penyeliaan penjawat awam yang dibenar mengendalikan dokumen itu. Abunya hendaklah dihancurkan sehingga tidak dikenali lagi.
iii. Buangan terperingkat hendaklah diberi perlindungan keselamaatan yang sepatutnya sehingga ianya dimusnahkan.
3. Antara langkah yang boleh diambil oleh jabatan dalam usaha memelihara rekod-rekod kerajaan semasa dalam jagaan mereka dari sebarang kerosakan ialah dengan mendapatkan nasihat tentang pemeliharaan rekod dari Jabatan Arkib Negara.
a) nyatakan apakah yang dimaksudkan dengan rekod kerajaanb) selain daripada mendapatkan nasihat jabatan arkib Negara,
nyatakan lima usaha lain yang boleh dilakukan oleh jabatan untuk memelihara rekod di dalam jagaan mereka.
Jawapan:
a) Nyatakan apakah yang dimaksudkan dengan rekod kerajaan
Rekod kerajaan ialah segala jenis, dokumen,rekod,daftar,bahan bercetak,buku,peta,pelan,lukisan,gambar,mikrofilem,filem,filem wayang gambar dan rakaman suara,yang diterima atau yang dikeluarkan oleh mana-mana Jabatan kerajaan dalam apa-apa bentuk untuk tujuan menjalankan dan menunaikan urusan rasmi mereka.
b) Memelihara rekod jabatan
i. rekod mesti dipelihara dengan baik
KISSM
6
CONTOH SOALAN ESEI----------------------------
tiap-tiap jabatan hendaklah mengambil tindakan yang sesuai untuk memelihara rekod-rekod kerajaan dari sebarang kerosakan dan kemusnahan semasa dalam jagaan mereka. Nasihat-nasihat pakar yang percuma tentang pemeliharaan rekod-rekod boleh didapati dengan menghubungi Ketua Pengarah Arkib Negara
ii) bilik simpanan mesti sesuai
jabatan hendaklah menentukan bahawa rekod-rekod disimpan dalam bilik-bilik sesuai yang tidak lembab,bocor atapnay atau berlubang-lubang dindingnya.Bilik simpanan rekod ini mestilah terhindar dari bahaya banjir atau bahang matahari dan juga selamat dari tikus dan serangga termasuk anai-anai.untuk menjaga dari kelembapan, bilik-bilik simpanan memerlukan pusingan udara seperti pesangan kipas angina atau di hawadinginka n.
iii) rekod patut disimpan di atas rak-rak
rekod-rekod hendaklah jangan diletakkan di atas lantai. Sebaik-baiknya digunakan rak-rak besi yang memberi ruang sebanyak enam inci di antara lantai dan rak pertama supaya memudahkan pusingan udara dan pembersihan. Sekiranya rak-rak kayu digunakan maka ini hendaklah diawasi daripada anai-anai atau bubuk-bubuk dengan menyemburkan dieldrin terlebih dahulu kepada rak kayu.
iv) mongering rekod dan lain-lain tindakan
rekod-rekod yang basah hendaklah dianginkan supaya kering dan jangan sekali-kali dijemur atau disalai. Rekod-rekdo yang berlapuk hendaklah dibersihkan dari lapuknya, dan yang beranai-anai atau dimasuki oleh semut atau lain-lain serangga hendaklah dikeluarkan dan dibinasakan serangga-serangga itu. Arkib Negara akan sedia membantu Jabatan-jabatan dalam hal ini.
v) rekod koyak perlu dibaiki
rekod-rekod yang koyak hendaklah ditampal dengan kertas lain dengan menggunakan pelekat yang boleh dibuat daripada tepung ubi kayu ataupun yang ada dijual di kedai-kedai dalam bentuk yang serupa. Gam cair atau tape cellulose tidaklah elok digunakan kerana ini boleh merosakkan dan mencacatkan kertas-kertas. Mana-mana kertas atau lampiran yang tertanggal daripada fail-fail hendaklah disematkan semula dengan segera.
vi) bilik rekod hendaklah dijaga dan dibersihkan
bilik-bilik rekod hendaklah jangan digunakan sebagai tempat makan minum dan merokok atau bagi menyimpan bahan-bahan pejabat yang lain terutama bahan-bahan berair seperti asid,cat,dakwat,minyak spirit dan sebagainya. Bilik-bilik ini hendaklah dibersihkan selalu dan pencuci hampagas hendaklah digunakan supaya habuk-habuk tidak berkumpul.
PERKHIDMATAN KEMAJUAN PERKHIDMATAN AWAM (PKPA)
KISSM
7
CONTOH SOALAN ESEI----------------------------
1. ‘Proses kerja .’ yang terdapat didalam manual prosuder kerja dan ‘fail meja’ ialah rangkaian tindakan yang perlu diambil secara berturutan mengikut peraturan yang ditetapkan bagi melaksanakan sesuatu aktiviti. Jelaskan kebaikan-kebaikan yang boleh diperolehi daripadanya.
Jawapan:
Kebaikan-kebaikan yang boleh diperolehi daripada proses kerja yang terdapat didalam MPK dan FM ialah;
a. mengelakkan kesilapan operasi dan perundangan ketika menjalankan tugas
b. memperlihatkan tindakan-tindakan lengkap yang perlu diambil semasa menjalanakan tugas
c. membantu kerja penyeliaand. memudahkan semakan dan pindaan ke atas proses kerja apabila
mengemaskinikan diperlukane. mengurangkan arahan biasa yang berulang-ulangf. memendekkan masa latihan kepada pekerja-pekerja barug. mengekalkan tahap kecekapan dan keberkesanan kerja seseorang
pegawaih. memudah dan melicinkan urusan harian pejabati. menjamin pencapaian kualiti kerja melalui standard kerja yang telah
ditetapkan
2. Kumpulan meningkat mutu kerja (KMK) merupakaan mekanisme bagi membolehkan mekanisme bagi membolehkan pekerja secara berkumpulan menyertai proses penyelesaian masalah bagi meningkatkan kualiti dan produktiviti jabatan. Jelaskan factor yang menyokong kejayaan pelaksanaannya.
Jawapan:
a. sikap yang positif , kesungguhan dan komitmen dari pihak pengurusan atasan. Antaranya kesediaan pihak pengurusan untuk meluangkan masa dan tenaga dalam melaksanakan program.
b. System latihan yang berkesanc. Sokongan dari semua peringkatd. Perwujudan sistrem pengiktirafan kepada ahlie. Kemudahan-kemudahan yang disediakan oleh pihak pengurusan
seperti alattulis, LCD,bilik perbincanagan dllf. Dimulakan dengan kerja secara kecil-kecilan dan dikekalkan secara
berterusang. Perkembangan perlu diketahui oleh semua pihakh. Kebolehan jawatankuasa pemandu bagi
merancang,melaksana,menyelaras dan mengambil tindakan terhadap perakuan-perakuan
i. Melaksanakan aktiviti-aktiviti promosi menerusi poster,slogan dan risalah
KISSM
8
CONTOH SOALAN ESEI----------------------------
3. Jelaskan prosedur yang perlu diikuti oleh agensi kerajaan dalam mengendalikan aduan-aduan daripada orang ramai mengenai ketidakpuasan hati mereka terhadap perkhidmatan atau sebarang tindakan oleh agensi kerajaan.
Jawapan:
setiap Kementerian/jabatan/badan berkanun persekutuan /piahk berkuasa tempatan/agensi hendaklah memberi perhatian sewajarnya kepada semua pengaduan awam dan mengendalikannya secara berikut:
j. mengeluarkan surat akuan terima dalam tempoh dua minggu setelah menerima surat aduan daripada orang awam ataupun yang dirujuk oleh biro pengaduan awam;
k. memberi jawapan dalam masa yang ditetapkan atau kepada pengadu berkenaan pengaduan yang diterimanya secara langsung ataupun daripada biro pengaduan awam;
l. menghantar surat jawapan sementara yang mengandungi penjelasan mengenai sebab-sebab jawapan /ulasan tidak dapat diberi dalam jangkamasa yang ditetapkan dan memaklumkan juga jangkamasa jawapan ulasan akan diberikan;
m. memberi kerjasama penuh kepada biro pengaduan awam, apabila siasatan terhadap aduan/kes dijalankan;
n. mengambil tindakan-tindakan pembetulan untuk menyelesaikan aduan sepeti yang diputuskan oleh jawatankuasa tetap pengaduan awam;
o. menemukakan laporan kemajuan mengenai tindakan-tindakan pembetulan yang diambil dari semasa ke semasa kepada biro pengaduan awam;
p. menyimpan rekod mengenai semua aduan yang dirujuk oleh biro pengaduan awam dan aduan yang diterimanya secara langsung dengan mengandungi maklumat asas seperti tarikh aduan diterima,tarikh surat akuan dikeluarkan,kedudukan terkini sesuatu aduan,keputusan jawatankuasa dan tindakan pembetulan yang telah/sedang diambil.
SEJARAH MALAYSIA
1. Campurtangan penjajah British dalam pentadbiran di negeri-negeri Melayu Bersekutu pada akhir abad ke-19 telah membawa perubahan
KISSM
9
CONTOH SOALAN ESEI----------------------------
dalam system politik dan ekonomi. Huraikan perubahan-perubahan tersebut.
Jawapan:
POLITIK
i. Wujudnya system residenSistem ini bermula apabila ditandatangani Perjanjian Pangkor 1874 oleh Sir Andrew Clarke, Gabenor Inggeris bagi Negeri-negeri Selat denganRaja Abdullah, bakal Sultan Perak.
ii. Campurtangan InggerisCampurtangan yang lebih aktif dalam menentukan dasar-dasar yang berkaitan dengan pengutipan hasil, undang-undang tanah dan guna tenaga.
III. Penentangan orang MelayuKehilangan kuasa ,hak pungutan cukai,pelanggaran adat resam Melayu oleh Inggeris.
iii. Perubahan Negeri-Negeri Melayu BersekutuSemenjak tahun 1896 pihak Inggeris telah berusaha untuk menyekutukan negeri-negri Selangor,Pahang, Perak dan Negeri Sembilan. Pelaksanaan dasar ini mengambil masa 10 tahun untuk dijayakan. Tujuan penyekutuan ini ialah untuk menyelesaikan masalah-masalah asas seperti penyelarasan dasar dan system untuk pengambilan buruh imigran,memperimbangkan kemajuan perhubungan infrastruktur dan pelaksanaan satu dasar dan system tanah yang seragam di negeri-negeri tersebut.Hasil dari persekutuan ini ialah:
Kemajuan system jalanraya dan keretapi di pantai barat Semenanjung
Pembangunan lading-ladang pertanian secara besar-besaran oleh sector swasta
Mengukuhkan lagi dasar ‘pecah dan perintah’ Inggeris.
EKONOMI
i. Ekonomi penjajah yang bercorak selektifIaitu hanya memberi tumpuan kepada kawasan-kawasan yang memberi hasil sahaja
ii. Wujud konsep ‘Old Malaya’ dan ‘New Malaya’Old Malaya – dimana kegiatan ekonominya tertumpu pada pertanian secara kecil-kecilan dan penangkapan ikan.New Malaya-kegiatan ekonomi tertumpu kepada kegiatan perlombongan,pertanian lading,perkilangan serta perdagangan.
iii. Aktiviti ekonomi bersifat ‘export oriented’di negeri-negeri pantai barat
KISSM
10
CONTOH SOALAN ESEI----------------------------
iv. Aktiviti sara diri dan ekonomi dualisme- di negeri-negeri pantai timur.
v. Perkembangan perusahaan bijih timah
Semakain berkembang pesat semasa pemerintahan Inggeris di Negeri-Negeri Melayu Bersekutu. Ini disebabkan permintaan yang besar ke atas bahan tersebut khususnya daripada Great Britain sendiri.
vi. Kegiatan pertanian komersialSumber pendapatan tambahan. Gambir dan lada hitam diusahakan oleh orang Cina di Johor, ubi kayu di Negeri Sembilan, tebu di Perak dan kopi di Perak dan Selangor.
vii. Perhubungan / infrastruktur
viii. Petempatan semula (Bandar baru,kampong dan estet)
ix. Kemasukan imigran/ masyarakat majmuk.
2. Penjajahan British di Tanah Melayu telah mengakibatkan masalah perpaduan di antara kaum di Tanah Melayu. Jelaskan factor-faktor yang telah menyumbangkan kepada masalah perpaduan tersebut.
Jawapan:
i. Pemisahan tempat tinggal atau petempatanBritish mengamalkan dasar pecah dan perintah; jarak social serta segregasi antara kumpulan-kumpulan etnik sengaja diwujudkan dan dikekalkan. Menetapkan status dan peranan yang berlaianan bagi kaum Melayu,Cina dan India.
ii. Perbezaan tumpuan sector ekonomiOrang-orang Melayu,Cina ,India menjalankan aktiviti ekonomi yang berlainan.Wujudnya jurang pendapatan yang tidak seimbang antara kaum. Ini menimbulkan persaingan ekonomi dan ketidakpuasan di kalangan kaum tertentu.
iii. Pengasingan system PendidikanTiada terdapat satu system Pendidikan nasional di Tanah Melayu. Wujud empat aliran system Pendidikan yang berlaianan. Murid-murid tidak berpeluang bercampur gaul dengan murid dari kumpulan etnik lain.
iv. Fahaman dan pengaruh politikWujudnya berbagai-bagai persatuan politik,social dan ekonomi yang berasaskan kumpulan etnik telah juga memperkuatkan lagi identity etnik dan syak wasangka
KISSM
11
CONTOH SOALAN ESEI----------------------------
v. Masalah ekonomiOrang-orang Melayu menguasai bidang yang mundur dan sector primer, orang Cina menguasai sector yang lebih maju. Ketidakseimbangan pendapatan menyebabkan setiap kaum saling mencemburui.
vi. Penggunaan akhbar yang berbeza-bezaAkhbar berperanan penting dalam menyemarakkan semangat perkauman di kalangan masyarakat berbilang kaum. Setiap akhbar mengikut bahasa masing-masing memberikan perhatian secara menyeluruh kepada golongan tertentu sahaja. Fenomena ini memperkuatkan semangat kecintaan pada tanah air dan kaum masing-masing sahaja dan menyulitkan mereka untuk memahami bahasa, budaya dan sensitivity kaum-kaum lain.
3. Huraikan langkah-langkah yang diambil oleh Kerajaan Persekutuan
Tanah Melayu untuk menghapuskan pemberontakan bersenjata
komunis di antara tahun-tahun 1948-1960.
A. PENGENALAN
1. Parti Komunis Malaya ditubuhkan pada tahun 1930. Pada tahun 1948, ia
memulakan pemberontakan secara terbuka dengan tujuan menubuhkan
sebuah Republik Komunis Malaya.
2. Mulai tahun 1948, Parti Komunis Malaya melancarkan serangan-serangan
ke atas ladang-ladang getah dan lombong-lombong bijih timah. Serangan-
serangan ini bertujuan melumpuhkan ekonomi Tanah Melayu serta
menghilangkan kepercayaan rakyat kepada kerajaan.
3. Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu berjaya menghapuskan
pemberontakan bersenjata Komunis melalui beberapa langkah yang diambil
antara tahun-tahun 1948-1960.
B. LANGKAH-LANGKAH KERAJAAN UNTUK MENGHAPUSKAN
PEMBERONTAKAN KOMUNIS
1. Pengisytiharan darurat
a) Sir Edward Gent (Pesuruhjaya Tinggi) mengisytiharkan Darurat pada 16
Jun 1948 di kawasan-kawasan Perak dan Johor. Pada 17 Jun 1948,
KISSM
12
CONTOH SOALAN ESEI----------------------------
Darurat diisytiharkan di seluruh Tanah Melayu. Parti Komunis Malaya
diharamkan.
b) Di bawah peraturan-peraturan Darurat 1949, Kerajaan mempunyai
kuasa menahan orang-orang yang disyaki terlibat dengan kegiatan
komunis tanpa bicara. Langkah sedemikian walaupun berkesan pada
takat tertentu telah mengasingkan penduduk daripada kerajaan kerana
ia kadangkala menindas orang yang tidak bersalah.
c) Kerajaan juga memperkenalkan sistem pendaftaran kebangsaan.
Penduduk Tanah Melayu yang berumur 12 tahun ke atas mesti
mendaftarkan diri dan membawa bersama kad pengenalan. Langkah ini
memudahkan pengesanan anasir-anasir komunis.
2. Rancangan Briggs
a) Pada 21hb Mac 1950, Leftenan Jeneral Harold Briggs dilantik sebagai
Pengarah Gerakan. Langkah terpenting dalam Rancangan Briggs ialah
penempatan semula setinggan-setinggan dari kawasan terpencil yang
bertaburan ke kampung-kampung baru. Langkah ini bertujuan memberi
perlindungan kepada mereka yang dipaksa membantu pihak komunis
dan lebih penting lagi menghapuskan sistem bekalan komunis yang
digelar Min Yuen.
b) Seramai kira-kira 500 000 orang setinggan telah ditempatkan semula di
lebih kurang 500 buah kampung baru. Kampung-kampung baru ini
dipagarkan dan dilindungi oleh polis dan tentera. Kawalan yang ketat
dikenakan ke atas pembelian, penjualan, penyimpanan dan
pengangkutan makanan bagi memastikan ia tidak jatuh ke tangan
komunis.
c) Rancangan Briggs ini merupakan faktor penting bagi kegagalan
pemberontakan komunis. Ia bukan sahaja melemahkan Min Yuen tetapi
memaksa komunis-komunis keluar dari hutan dan bertempur dengan
tentera Kerajaan. Ini memudahkan usaha-usaha kerajaan untuk
menghapuskan pemberontakan komunis.
3. Penubuhan Jawatankuasa-jawatankuasa Kerja Perang
a) Leftenan Jeneral Briggs sebagai Pengarah Gerakan telah menubuhkan
Majlis Perang Persekutuan dan Jawatankuasa-jawatankuasa Kerja
Perang di peringkat negeri dan daerah. Jawatankuasa-jawatankuasa
tersebut terdiri daripada pegawai-pegawai tadbir, tentera dan polis.
KISSM
13
CONTOH SOALAN ESEI----------------------------
b) Penubuhan Jawatankuasa-jawatankuasa Kerja Perang telah
memperbaiki koordinasi antara semua pihak yang terlibat dalam
perancangan gerakan menentang komunis.
4. Langkah-langkah ketenteraan
a) Pada tahap awal kerajaan menggunakan 13 batalion askar British dan
Melayu untuk menyerang gerila-gerila komunis. Sebuah pasukan Mata-
mata Khas Melayu yang terdiri daripada 24 000 orang telah dilatih
dengan segera untuk mengawal ladang, lombong dan kawasan
terpencil.
b) Kekuatan tentera kerajaan telah bertambah dengan perlantikan Jeneral
Sir Templer sebagai Pesuruhjaya Tinggi dalam tahun 1952. Pasukan
Polis Persekutuan telah diperbesarkan. Bilangan Mata-mata Khas dan
pengawal-pengawal kampung telah ditambah. Lebih ramai anggota
tentera dihantar dari Britain dan negara-negara Komanwel yang lain
seperti Australia dan New Zealand.
c) Tambahan dalam kekuatan tentera membolehkan kerajaan melancarkan
serangan-serangan yang labih agresif terhadap komunis-komunis di
hutan serta menguatkuasakan peraturan-peraturan makanan dengan
lebih tegas. Ini dapat memastikan bahawa tiada makanan diseludup bagi
kegunaan gerila-gerila komunis.
5. Perang psikologi
a) Jeneral Templer menggunakan perang psikologi untuk menawan hati
dan fikiran rakyat. Dalam tahun 1952, beliau meminda peraturan-
peraturan kewaranegaraan yang membolehkan lebih ramai lagi orang
bukan Melayu terutamanya orang Cina menjadi warganegara Tanah
Melayu. Plihanraya bagi Majlis-majlis Tempatan diadakan bagi
mewujudkan perasaan tanggungjawab di kalangan rakyat. Langkah ini
membolehkan kerajaan mendapat sokongan kaum Cina. Ini adalah
penting kerana kebanyakan gerila komunis terdiri daripada orang Cina.
b) Satu lagi aspek perang psikologi ialah menggalakkan rakyat memberi
maklumat yang dapat membolehkan penangkapan komunis-komunis.
Hadiah wang tunai ditawarkan.
c) Gerila-gerila komunis digesa menyerah diri melalui risalah-risalah yang
digugurkan dari udara ke dalam hutan.Kerelaan kerajaan untuk
KISSM
14
CONTOH SOALAN ESEI----------------------------
mengampunkan dan membantu mereka memulakan penghidupan baru
telah mempengaruhi ramai komunis untuk menyerah diri.
d) Jeneral Templer juga mengamalkan polisi mewujudkan ‘kawasan-
kawasan putih’ yang merupakan kawasan yang bebas dari kegiatan
darurat dilonggarkan.Polisi tersebut telah memberi galakan kepada
orang ramai untuk bekerjasama dengan kerajaan.
e) Perang psikologi ini merupakan faktor penting bagi kejayaan Kerajaan
Persekutuan Tanah Melayu menghapuskan pemberontakan komunis.Ia
menggalakkan penduduk Tanah Melayu bekerjasama dengan kerajaan
dalam usaha menghapuskan komunis-komunis.
6. Rundingan Baling
a) Pada bulan Disember 1955, Kerajaan Tanah Melayu telah mengadakan
rundingan dengan pemimpin-pemimpin Parti komunis Malaya di Baling
untuk menamatkan Darurat.
b) Perundingan tersebut gagal kerana Kerajaan Tanah Melayu enggan
mengiktiraf Parti Komunis Malaya sebagai sebuah parti yang sah.
C. KESIMPULAN
1. Rancangan Briggs dan perang psikologi oleh Jeneral Templer merupakan
faktor-faktor terpenting bagi kejayaan Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu
menghapuskan pemberontakan komunis.
2. Pada 31 Julai 1960, kerajaan telah mengisytiharkan tamatnya darurat. Parti
Komunis Malaya telah gagal dalam perjuangannya untuk menubuhkan
sebuah Republik Komunis.
KISSM
15
CONTOH SOALAN ESEI----------------------------
DASAR-DASAR KERAJAAN
1. Bagi mencapai matlamat wawasan 2020, terdapat sembilan cabaran yang harus diatasi. Huraikan cabaran tersebut.
Jawapan:
Sembilan cabaran yang telah dikenalpasti ialah
i. mewujudkan negara Malaysia bersatu yang mempunyai matlamat yang serupa dan dikongsi bersama.
Ia mesti menjadi negara yang aman,berintegrasi di peringkat wilayah dan kaum,hidup dalam harmoni, bekerjasama sepenuhnya,secara adil dan didokong oleh satu bangsa Malaysia yang mempunyai kesetiaan politik dan dedikasi kepada negara.
ii. mewujudkan masyarakat yang berjiwa beas, tenteram dan maju dengan keyakinan terhadap diri sendiri,bangga dengan apa yang dicapai serta gagah menghadapi pelbagai masalah.
Masyarakat Malaysia ini mesti dapat dikenali melalui usaha mencapai kecemerlangan, sedar semua kemampuannya,tidak mengalah kepada sesiapa, dan dan dihormati oleh rakyat negara lain.
iii. mewujud dan membangunkan masyarakat demokratik yang matang, mengamalkan satu bentuk persefahaman yang matang, demokrasi Malaysia berasaskan masyarakat yang boleh menjadi contoh kepada banyak negara membangun.
iv. Mewujudkan masyarakat yang sepenuhnya bermoral dan beretika, yang mana warganegara kukuh dalam nilai agama,dan kejiwaan dan didorong oleh tahap etika yang tinggi
v. Mewujudkan masyarakat liberal dan bertolak ansur, rakyat pelbagai kaum bebas mengamalkan adapt,kebudayaan dan kepercayaan agama masing-masing dan pada masa yang sama meletakkan kesetiaan mereka pada satu negara
vi. Mewujudkan masyarakat saintifik dan progresif, mempunyai daya perubahan tinggi dan memandang ke depan, yang bukan sahaja menjadi pengguna teknologi tetapi juga meyumbang kepada tamaddun saintifik dan teknologi masa depan
vii. Mewujudkan masyarakat penyayang dan budaya menyayangi iaitu system social yang mana kepentingan masyarakat lebih
KISSM
16
CONTOH SOALAN ESEI----------------------------
utama daripada diri sendiri dan kebajikan insane tidak berkisar kepada negara atau individu tetapi di sekeliling system kekeluargaan yang kukuh.
viii. Memastikan masyarakat yang adil dalam bidang ekonomi iaitu masyarakat yang melaksanakan pengagihan kekayaan negara secara adil dan saksama di mana wujud perkongsian sepenuhnya bagi setiap rakyat dalam perkembangan ekonomi. Masyarakat sedemikian tidak akan wujud jika masih ada pengenalan kaum berdasarkan fungsi ekonomi berdasarkan kaum; dan
ix. Mewujudkan masyarakat makmur yang mempunyai ekonomi bersaing, dinamik,giat dan kental.
2. Dasar penswastaan telah dilancarkan oleh YAB Perdana Menteri pada bulan Maac 1983 dengan tujuan-tujuan tertentu. Huraikan dengan ringkas tujuan-tujuan Dasar Penswastaan tersebut.
Jawapan:
Tujuan pelaksanaannya:
i. mengurangkan beban kewangan kerajaanii. meninggikan kecekapan dan penghasilan kerjaiii. menggalakkan pertumbuhan ekonomiiv. pengagihan sumber secara cekapv. mempercepatkan pencapaian DEB/DPNvi. mengurangkan kerugian berterusanvii. meningkatkan pendapatan negara melalui cukai.
3. Terangkan matlamat dasar ekonomi baru dan strategi pelaksanaan yang telah dirangka bagi mencapai kadar pertumbuhan ekonomi negara.
Jawapan:
i. dilancarkan oleh kerajaan pada 1970 melalui Rancangan Malaysia kedua (1971-1975) merupakan rancangan ekonomi jangka panjang iaitu sehingga tahun 1990.
ii. Matlamat utamanya ialah mewujudkan perpaduan antara kaum dengan mengurangkan jurang perbezaan ekonomi,social,kebudayaan dan penempatan.Matlamat ini cuba dicapai melalui strategi serampang dua mata iaitu membasmi kemiskinan tanpa mengira kaum dan menyusun semula masyarakat dengan menghapuskan pengenalan kaum melalui kegiatan ekonomi.
iii. Antara langkah membasmi kemiskinan ialah Mewujudkan peluang pekerjaan Menggalakkan mobility pekerjaan Mengurangkan jurang perbezaan pendapatan antara
kaum,kawasan dan wilayah Memodenkan kehidupan desa Mewujudkan usahawan bumiputera Memperbaiki taraf hidup rakyat melalui peluang
Pendidikan dan penyediaan prasarana
KISSM
17
CONTOH SOALAN ESEI----------------------------
iv. langkah meyusun semula masyarakat ialah:
meningkatkan daya pengeluaran mengurangkan ketidakseimbangan struktur guna tenaga
antara kaum menambah ekuiti saham bumiputera mengurangkan kadar pemilikan saham asing memajukan negeri-negeri yang mundur
v. matlamat akhir DEB ialah memberi peluang penglibatan bumiputera sebanyak 30% dalam kegiatan ekonomi negara menjelang akhir tahun 1990.
4. Terangkan factor-faktor yang diambil kira dalam penentuan Dasar Luar Malaysia
Jawapan:
Kepentingan nasional
Dari aspek keselamatan, Malaysia ingin mengelakkan sebarang ancaman atau serangan dari negara-negara luar.
Dari aspek ekonomi, Malaysia bergantung kepada perdagangan antarabangsa oleh kerana ekonomi Malaysia adalah berorientasikan eksport
Jestru itu, Malaysia mengadakan hubungan baik dengan semua negara serta memperjuangkan prinsip perdagangan bebas dan pasaran terbuka.
Piagam pertubuhan bangsa-bangsa bersatu
Malaysia merupakan penyokong kuat PBB yang dianggap sebagai pelindung negara-negara kecil serta penggalak keamanan dan kemakmuran dunia
Malaysia berpegang teguh kepada prinsip-prinsip piagam PBB seperti memelihara keamanan dunia,melindungi hak asasi manusia,menegakkan keadilan dan kewibawaan undag-undang dan menggalakkan perkembangan ekonomi dan social
Persekitaran Geostrategik
Malaysia terletak di rantau Asia Tenggara yang telah mengalami masalah ketidakstabilan politik sejak Perang Dunai Kedua
Kewujudan Malaysia sebagai sebuah negara berdaulat bergantung kepada kejadian-kejadian yang berlaku di Asia Tenggara
Malaysia juga terletak di persimpangan dua jalan laut yang penting iaitu Lautan Hindi dan Lautan Pasifik.ini menarik minat kuasa-kuasa luar untuk menegakkan pengaruh masing-masing di rantau Asia Tenggara.
KISSM
18
CONTOH SOALAN ESEI----------------------------
Jestru itu Malaysia mengutamakan hubungan yang baik dengan negara-negara Asia Tenggara . Malaysia juga ingin menjadikan Asia Tenggara satu kawasan yang aman bebas dan berkecuali
Islam
Memandangkan Islam merupakan agama persekutuan Malaysia menitikberatkan hubungan baik dengan negara-negara Islam
Malaysia menyertai Pertubuhan Persidangan Islam serta menyokong projek-projek tertentu seperti Bank Pembangunan Islam
Bekas jajahan British
Malaysia sebagai bekas jajahan British menganggap dirinya sebagai anggota Komanwel British
Malaysia meneruskan hubungan dengan Britain dan kerajaan-kerajaan Komanwel yang lain seperti Australia dan New Zealand
Dasar Berkecuali
Sejak tahun 1970 malaysia mengamalkan dasar berkecuali, iaitu ia ingin mengadakan hubungan yang baik dengan semua negara yang mengamalkan dasar aman dan persahabatan tanpa mengira ideology mereka
Dasar berkecuali ini bertujuan mengelakkan penglibatan Malaysia dalam pertikaian antara kuasa-kuasa besar seperti Amerika Syarikat dan Russia.
Prinsip hidup bersama
Malaysia berpegang teguh kepada prinsip hidup bersama secara aman dan damai. Malaysia berpendapat bahawa rakyat sesebuah negara hendaklah menentukan nasib mereka sendiri
Malaysia juga berpendapat bahawa negara-negara luar tidak boleh campur tangan dalam hal ehwal sesebuah negara
Jestru itu Malaysia telah menyokong perjuangan Pertubuhan Pembebasan Pelastin,Kerajaan Demokratik Kemboja dan pejuan-pejuang Mujahidin Afghanistan.
PENGURUSAN KEWANGAN
1. Huraikan maksud “Pembelian Runcit” dan nyatakan apakah keslahan yang sering dilakukan oleh jabatan-jabatan yang membuat pembelian secara ini.
Jawapan:
KISSM
19
CONTOH SOALAN ESEI----------------------------
a) Pembelian runcit ialah pembelian barang-barang di luar kontrak pusat yang melibatkan perbelanjaan tahunan tidak lebih daripada RM50,000.00 bagi mana-mana satu jenis benda atau satu kelas benda yang berkaitan boleh dibuat oleh Ketua Jabatan dengan membuat pesanan terus kepada pembekal pilihan.
b) Kesalahan yang sering dilakukan dalam amalan perolehan di jabatan-jabatan kerajaan yang dapat dikesan ialah memecah kecilkan jumlah pembelian dalam setahun atau menyalah tafsirkan kelas jenis benda dan membeli secara berasingan.
2. Huraikan langkah-langkah yang perlu diambil oleh Pegawai Pengawal apabila didapati kehilangan wang atau barang-barang awam di sesebuah jabatan dari peringkat awal hingga laporan dibuat.
Jawapan:
i. melaporkan kehilangan tersebut kepada pihak polis tidak lewat dari dua hari dari tarikh kehilangan itu.
ii. Mendapatkan laporan penyiasatan polisiii. Mengemukakan satu salinan kepada Ketua Setiausaha
Perbendaharaaan atau pihak berkuasa kewangan negeri atau kedua-duanya mengikut mana yang berkenaan sesudah sahaja penyiasatan itu selesai atau 4 bulan dari tarikh kehilangan sekiranya penyiasatan belum selesai.
iv. Kenyataan dari pegawai yang terlibat hendaklah dilampirkan bersama tetapi tidak boleh dianggap sebagai pengganti laporan atau pandangan Pegawai Pengawal
v. Laporan akhir hendaklah dihantar oleh Pegawai Pengawal kepada akauntan negara, juruaudit negara dan wakil tempatan juruaudit negara dalam negeri itu.
3. Encik Alwi dan Encik Arif ialah dua orang pegawai kanan kerajaan yang dilantik sebagai Ahli Lembaga Pemeriksa berhubung dengan pelupusan barang-barang di jabatannya.
a) Nyatakan cara-cara pelupusan terhadap barang-barang yang boleh disyorkan oleh Encik Alwi dan Encik Arif selaku Ahli Lembaga Pemeriksa
b) Nyatakan barang-barang yang boleh dilupuskan oleh sesebuah jabatan tanpa melalui Lembaga Pemeriksa.
Jawapan:
a) Barang-barang yang tidak boleh digunakan dan tidak ekonomik boleh disyorkan untuk dilupuskan oleh lembaga pemeriksa secara berikut:
Jualan lelong
KISSM
20
CONTOH SOALAN ESEI----------------------------
Jualan melalui tender Secara tukar beli Pindah/hadiah(mengikut budi bicara pegawai pengawal) kepada
mana-mana jabatan ,institusi atau pertubuhan di bawah kawalan atau anjuran kerajaan.(Pindahan yang disyorkan itu mestilah dirujukkan kepada Ketua Setiausaha Perbendaharaan atau Pegawai Kewangan Negeri untuk keputusan dan arahan sama ada penyelarasan mesti dibuat)
Ditanam Kitar semula Dibakar di dalam tempat khas Lain-lain pelupusan yang sesuai bagi sesuatu barang yang
berkenaan.
b) Barang-barang yang boleh dilupuskan oleh sesebuah jabatan tanpa melalui Lembaga Pemeriksa ialah:
Nilai perolehan asal barang tersebut tidak melebihi RM 10,000.00 tiap-tiap satu atau RM100,000.00 jumlah kesemuannya dan tidak boleh digunakan atau tidak ekonomik serta hanya boleh mendapatkan hasil jualan sisa sahaja.
Barangan tersebut tidak bernilai untuk dijual, misalnya pinggan mangkuk pecah dan sebagainya.
Barangan tersebut tidak boleh dijual disebabkan oleh dasar kerajaan atau keselamatan awam.
4. Nyatakan dua (2) prinsip asas yang akan digunakan dalam Belanjawan Negara dan apakah matlamat yang hendak dicapai dengan terlaksananya system yang digunapakai ini.
Jawapan:
a) Dua prinsip yang digunakan dalam Belanjawan Negara ialah
Kuasa membuat keputusan diberikan seberapa praktikal yang boleh kepada beberapa peringkat bawahan
Kuasa yang diberi mesti bersesuaian dengan prinsip akauntabiliti
b) Dengan terlaksananya system ini adalah diharapkan bahawa beberapa matlamat dapat dicapai iaitu
Agensi pusat tidak perlu lagi mengawas secara terperinci perbelanjaan agensi pelaksana dengan ketat. Sebaliknya mereka boleh memberi tumpuan kepada perancangan dan pengukuran prestasi agensi pelaksana.
Agensi pelaksana diberi kuasa yang lebih luas untuk mengurus program dan aktiviti mereka. Agensi pelaksanalah yang mengenalpasti lebih awal masalah-masalah pelaksanaan yang mungkin akan timbul dan tindakan yang sewajarnya untuk diambil. Oleh itu kelewatan melaksanakan sesuatu program/aktiviti dapat dielakkan.
Agensi pelaksana mempunyai kebebasan untuk mengambil tindakan sesuai dan segera bagi melaksanakan program/aktiviti
KISSM
21
CONTOH SOALAN ESEI----------------------------
mereka. Ini adalah berasaskan kepada konsep ‘let manager manage’ yang diberi kuasa yang lebih luas kepada pengurusan peringkat bawahan yang melaksanakan program/aktiviti/projek untuk membuat keputusan berkaitan dengan program.
Kelonggaran kawalan terperinci ke atas perbelanjaan yang diberikan oleh agensi pusat kepada agensi pelaksana diturunkan sejauhmana yang boleh kepada pengurusan peringkat bawahan mempunyai lebih fleksibiliti untuk melaksanakan tugas mereka.
PENGURUSAN AM
1. Seseorang pemimpin sama ada di peringkat jabatan atau mana-mana organisasi perlu memiliki sifat-sifat murni kepimpinan. Jelaskan sifat-sifat murni kepimpinan yang seharusnya dipunyai oleh seseorang pemimpin supaya dianggap pemimpin yang berwibawa.
Jawapan:
pandai menggunakan kuasa tanpa menimbulkan syak wasangka di kalangan pekerja atau tidak gila kuasa.
bersih,cekap dan amanah. Kerelaan untuk menghadapi risiko dan mencuba yang baru untuk
kebaikan organisasi. Sikap hormat menghormati sambil mengambil berat dan
bertanggungjawab. Sentiasa bertimbang rasa dan mengambil pendekatan
penyertaan dalam pengurusan. Kerelaan berkongsi kuasa dengan pekerja-pekerja. Menyedari kekuatan dan kelemahan diri sendiri. Menyedari mengenai kemajuan diri sendiri dan kemajuan pekerja-
pekerja bawahan. Sentiasa berfikiran terbuka dan mengalu-alukan nilai-nilai positif
di kalangan pekerja-pekerjanya. Mempunyai emosi seimbang dan pandai berjenaka. Sentiasa memberi teladan yang baik kepada pekerja-pekerja. Sentiasa bertenaga dan menggalakkan serta memberi dorongan
kepada pekerja-pekerja. Sentiasa mengiktiraf dan menghargai setiap sumbangan pekerja.
Sentiasa mewujudkan mutu kehidupan bekerja yang baik dan selesa.
Tidak cuba sentiasa mengawal pekerja sehingga menimbulkan ketegangan.
Sentiasa terbuka kepada kritikan yang membina Bertindak dengan tegas, sabar dan adil iaitu tidak pilih kasih.
2. Huraikan pendekatan-pendekatan berikut yang dapat meningkatkan keberkesanan kepimpinan dalam sesebuah organisasi.
KISSM
22
CONTOH SOALAN ESEI----------------------------
Jawapan:
Meningkatkan keberkesanan kepimpinan ialah
a. Latihan kepimpinan
Setiap individu yang baru menganggotai sesebuah jabatan perlu diberi kursus orientasi supaya mereka memahami akan peranan dan tanggungjawab masing-masing. Latihan kerohanian perlu diberi penekanan dan diadakan dari masa ke semasa.
b. Penerapan nilai-nilai murni kepimpinan
Ini boleh dilaksanakan dengan menerapkan nilai-nilai Islam di dalam pentadbiran. Memberi kesedaran kepada individu tentang pandangan Islam terhadap kepimpinan akan memberi kesan kepada diri individu itu sendiri.
c. Perubahan sikap dan nilai
Ini boleh dilakukan melalui latihan kederiaan di mana seseorang itu diberi peluang untuk mengenal diri sendiri dan memberi peluang kepada orang lain untuk mengenalpasti kekuatan dan kelemahan dirinya sebagai pemimpin.
d. Maklumbalas dari pekerja-pekerja bawahan
Untuk menilai sama ada kepimpinan pegawai atasan itu berkesan atau disenangi, satu system maklumbalas perlu diadakan di mana pekerja-pekerja bawahan diberi peluang untuk menilai prestasi pegawai atasan tanpa ada rasa dendam di kalangan yang dinilai.
e. Pengalaman dan pusingan kerja.
Tiap-tiap individu dalam jabatan hendaklah diberi peluang yang meluas untuk menjawat jawatan yang tanggungjawabnya mencabar. Ini boleh dilakukan dengan system pusingan kerja dan penglibatan mereka dalam Kumpulan Meningkat Mutu Kerja (KMK).
f. Kemajuan kerjaya dan kemajuan individu.
Individu perlu dipermajukan dengan memberi peluang untuk menambah ilmu pengetahuan dan kemahiran atau menyediakan anugerah cemerlang,Hari Q sebagai menghargai sumbanagan mereka.
3. Salah satu aspek dalam kemahiran berkomunikasi ialah kemahiran mendengar. Mengikut Thomas Gordon(1970) ,pendengaran yang aktif merupakan kemahiran berkomunikasi yang boleh menolong orang lain meyelesaikan masalahnya. Jelaskan tanda-tanda pendengar yang kurang baik.
KISSM
23
CONTOH SOALAN ESEI----------------------------
Jawapan:
Tanda –tanda kebiasaan pendengar yang kurang baik
Beranggapan bahawa perkara yang diperbincangkan tidak menarik.Angapan daripada pendengar mengatakan bahawa perkara yang sedang dibincangkan itu tidak menarik adalah merupakan penghalang yang besar kepada pendengar yang berkesan.
Mengkritik penyampaian penceramahSatu lagi kebiasaan seseorang yang tidak berminat ialah dengan cara mengkritik penyampaian penceramah. Kritikan adakalanya juga menyentuh kualiti bantuan alat pandang dengar.
Mendengar secara memilih
Mendengar secara memilih sesuatu topic atau tajuk perbincangan yang diminta sahaja. Pendengar menapis maklumat-maklumat.
Mencelah
Pendengar yang kerap mencelah menunjukkan bahawa ia adalah seoraang pendengar yang kurang baik. Keadaan ini berlaku kerana pada hakikatnya kita boleh berfikir lebih pantas dari bercakap. Jadi pendengar cuba membuat andaian.
Mimpi di siang hari
Mimipi di siang hari menunjukkan bahawa seseorang itu adalah seorang pendengar yang kurang baik. Pada hakikatnya memang sukar untuk memikirkan dua perkara dalam satu masa yang sama. Oleh itu pendengar yang sedang bermimpi di siang hari akan menumpukan pemikirannya kepada perkara-perkara yang sedang difikirkannya, sedang dibuai mimpi, dan tidak kepada perkara yang didengar.
Gangguan luar.
Gangguan ini boleh berupa kerusi yang tidak selesa, kebisingan, panas atau sejuk yang keterlaluan. Pendengar yang baik akan dapat mengatasi gangguan ini, sebaliknya seseorang pendengar yang kurang baik akan membiarkan gangguan-gangguan itu menguasainya dan tidak memusatkan pendengarannya kepada perbincangan.
Mengelakkan perkara yang susah dan teknikal.
Apabila seseorang itu cuba mengelak untuk memahami perkara-perkara yang susah dan teknikal, ini menunjukkan bahawa ia seorang pendengar yang kurang baik.
Tertidur
KISSM
24
CONTOH SOALAN ESEI----------------------------
Pendengar yang tertidur menunjukkan bahawa ia tidak berupaya mendengar dengan baik. Pendengar yang aktif memerlukan tidur yang cukup sebelumnya. Inilah suatu kenyataan yang sering dikebelakangkan oleh pendengar yang kurang baik. Keletihan juga akan mengakibatkan kurang tumpuan.
Dengan tiada berdenda Pegawai itu dibenarkan menerima pergerakan gajinya
semasa dalam tempoh percubaan lanjutannya itu Tidak hilang kekanannya
C) perakuan itu mengandungi
Sebab-sebab pegawai itu tidak dapat disahkan Sokongan ketua jabatan mengapa perlanjutan perlu diberi Kenyataan perkhidmatan yang lengkap Senarai peperiksaan yang pegawai telah lulus atau tidak beserta
tarikh-tarikhnya sekali.
KISSM
Perintah Am Bab A
1. Seseorang pegawai yang baru dilantik ke dalam perkhidmatan awam akan dikenakan tempoh percubaan sebelum disahkan dalam perkhidmatannya.
A) berapa lamakah tempoh percubaan yang dikenakan?B) tempoh percubaan seseorang pegawai boleh dilanjutkan
“dengan denda” atau “dengan tiada berdenda”.jelaskan maksud keduanya
Ketua jabatan perlu memperakukan tempoh perlanjutan 3 bulan sebelum tamat tempoh. Sila nyatakan perkara-perkara yang perlu terkandung dalam perakuan itu.
25
CONTOH SOALAN ESEI----------------------------
Jawapan:
A) 60 hari
Alasan- menurut perintah am bab c,ii, seorang pegawai yang tidak dapat mengambil cuti kerana kepentingan perkhidmatan boleh dibenarkan mengumpul baki cuti rehatnya dalam tempoh dua tahun perkhidmatan ke tahun ke tiga. Oleh kerana en. Nizam hanya mengambil cuti sebanyak 15 hari tahun 1995 bermakna baki cutinya yang dibawa dari tahun 1994 sebnayak 5 hari lagi terlupus di akhir 1996. Cuti rehat en.NNizam bagi tahun 1997 hanyalah cuti rehat yang tidak diambil pada tahun 1995 sebanyak 30 hari dan cuti rehat tahun 1996 sebanyak 30 hari.
B) 65 hari. Apabila en. Nizam genap 10 tahun berkhidmat pada tahun 1996 kelayakan cuti rehatnya berjumlah 35 hari seperti di dalam perintah am bab c, 8(a)
KISSM
Perintah Am Bab C
1. En Nizam seorang pegawai kerajaan berkelayakan mendapat cuti rehat sebanyak 30 hari setahun. Atas kepentingan perkhidmatan dia tidak dapat menghabiskan cuti rehatnya itu bagi tahun 1994 sebanyak 20 hari. Baki cuti tersebut dibawa ke tahun 1995 menjadikan jumlah cuti rehatnya bagi tahun tersebut sebanyak 50 hari. Bagaimanapun pada tahun 1995 beliau telah mengambil cuti rehat selama 15 hari. Pada tahun 1996 beliau langsung tidak mengambil sebarang cuti rehat.
A) berapakah jumlah cuti rehat en. Nizam yang boleh dibenarkan untuk dibawa ke tahun 1997? Berikan alasan
B) sekiranya pada tahun 1996 genap 10 tahun en. NIzam dalam perkhidmatan kerajaan berapakah jumlah cuti rehat beliau yang boleh dibawa ke tahun 1997.
26
CONTOH SOALAN ESEI----------------------------
Jawapan :
B) Tidak boleh kerana cik maria seorang pegawai dalam kumpulan p&p. Kum. P&p dilarang mengambil bahagian aktif dalam politik atau memakai mana-mana lambang sesuatu parti.
C) Aktiviti-aktiviti politik yang dimaksudkan ialah:
Membuat apa-apa pernyataan awam secara lisan atau bertulis yang memberikan suatu pandangan yang berat sebelah atas isu parti-parti politik
Menerbit atau mengedarkan buku,makalah atu risalah yang mengemukakan pandanganya tentang perkara kepartian
Terlibat dalam merayu undi bagi menyokong mana-mana calon pada suatu pilihanraya umum
Bertindak sebagai seorang agen pilihanraya atau agen tempat mengundi
Masuk bertanding apa-apa jawatan dalam mana-mana parti Memegang apa-apa jawatan dalam mana-mana parti politik
KISSM
Perintah Am Bab D
1. CIK MARIA SEORANG PEGAWAI PERUBATAN BERCADANG BERGIAT AKTIF DI DALAM POLITIK
NYATAKAN SAMADA BOLEH ATAU TIDAK BELIAU MENGAMBIL BAHAGIAN AKTIF DALAM AKTIVITI POLITIK DENGAN ALASANNYA SEKALI.TERANGKAN LIMA PERKARA YANG TIDAK BOLEH DILAKUKAN OLEH CIK MARIA DAN PEGAWAI LAIN DALAM KUMPULAN PENGURUSAN DAN PROFESIONAL
27
CONTOH SOALAN ESEI----------------------------
Jawapan :
a) Tanggungjawab Ketua Jabatan (peraturan 28(3)
Ketua Jabatan hendaklah mendapatkan laporan daripada mahkamah seksyen yang mengandungi maklumat-maklumat berikut:
i. pertuduhan atau pertuduhan-pertuduhan terhadap pegawa
ii. jika ditangkaap,tarikh dan waktu pegawai ditangkapiii. sama ada pegawai itu dijamin; daniv. apa-apa maklumat lain yang relevan
Ketua Jabatan hendaklah melaporkan kepada Lembaga tatatertib untuk tindakan selanjutnya.
Mengesyorkan kepada Lembaga TT jenis tindakan tt yang boleh diambil.
b) Tindakan selepas beliau ditangkap
i. beliau boleh dikenakan sama ada perintah tahan kerja atau tidak dibayar emolument antara 50% hingga 100 %
ii. Tindakan selepas dijatuhkan hukuman
Pegawai hendaklah digantung kerja dan dalam tempoh itu pegawai tidak berhak menerima emolument.
KISSM
Perintah Am Bab D
a) Nyatakan tanggungjawab Ketua Jabatan apabila seseorang anggota dituduh melakukan kesalahan jenayah di mahkamah
b ) Nyatakan bentuk tindakan yang boleh diambil oleh Lembaga Tatatertib terhadap anggota telah ditangkap dan selepas mahkamah menjatuhkan hukuman bersalah terhadap anggota berkenaan.
28
CONTOH SOALAN ESEI----------------------------
Jawapan :
A) larangan-larangan yang perlu dipatuhi Menjadikannya permis perniagaan Meminda rumah tanpa kebenaran pengarah jkr negeri Meyewa mana-mana bahagian rumah Memelihara binatang-binatang ternakan
b) tanggungjawab sebagai penghuni rumah
Laporkan kerosakan Laporkan bila memasuki rumah Menjelaskan semua bil air dan elektrik Laporkan ketika rumah dikosongkan Membersih kawasan,potong rumput dan sebagainya Menyerahkan kunci rumah bila keluar rumah serta sijil keluar Membayar atas kerosakan yang disengajakan
KISSM
Perintah Am Bab E
1. Sebagai pegawai perkhidmatan awam anda layak menduduki rumah kerajaan yang disediakan demi kepentingan tugas.
A) nyatakan larangan-larangan yang perlu dipatuhi semasa mendiami rumah kerajaan
B)huraikan tanggungjawab anda sebagai penghuni rumah berkenaan
29
CONTOH SOALAN ESEI----------------------------
Jawapan:
a) Kes-kes di mana seseorang Pegawai Awam akan dikecualikan daripada membayar wad :
i. penyakit tibi,kusta dan barah adalah percumaii. mengidap penyakit merebakiii. seseorang pegawai yang jatuh sakit semasa menjalankan tugas
rasminya di luar ibu pejabatnya apabila ia terpaksa dimasukkan ke dalam hospital di luar ibu pejabat.
iv. Seseorang pegawai menerima kecederaan semasa menjalankan tugas rasminya di luar ibu pejabatnya apabila ia terpaksa dimasukkan ke dalam hospital di luar ibu pejabat.
b) Mereka yang tergolong di dalam definisi ‘Keluarga seorang Pegawai Awam seperti dalam Perintah Am Bab ‘F’
i. bagi pegawai lelaki isteri dan anak-anaknya atauii. bagi pegawai perempuan suami dan anak-anaknyaiii. anak-anak yang berkelayakkan ialah anak-anak yang ditanggung
sepenuhnya oleh pegawai yang berumur di bawah 18 tahun atau sekiranya masih bersekolah di bawah umur 21 tahun
iv. anak-anak daif(kelemahan otak atau jasmani) tidak ada had umurv. anak tiri dan anak angkat yang diambil mengikut undang-undangvi. balu seorang pegawai selagi ia tidak berkahwin semulavii. ibu bapa kandung / mengikut undang-undang pegawai
berkenaan.
KISSM
30
Perintah Am Bab F
1. Puan Yasmin ialah seorang pegawai kerajaan. Selaku seorang pegawai awam, beliau serta ahli keluarga layak menerima rawatan dan ubat-ubatan secara percuma daripada hospital atau klinik kerajaan. Walau bagaimanapun, jika mereka dimasukkan ke wad kerana menerima rawatan, mereka akan dikehendaki membayar bayaran wad kecuali dalam kes-kes tertentu.
CONTOH SOALAN ESEI----------------------------
NILAI MURNI DAN ETIKA PERKHIDMATAN AWAM
1. ‘Akauntabiliti’ merupakan salah satu nilai yang penting dalam perkhidmatan awam terutamanya dalam menguruskan kewangan di sector awam. Kekurangan tahap akuntabiliti boleh menyebabkan berlakunya penyelewengan dan penyelahgunaan kuasa. Jelaskan lima tindakan yang perlu dijalankan bagi meningkatkan ‘akuntabiliti’
Jawapan:
Tindakan-tindakan bagi meningkat ‘akuantabiliti’:
i.pihak pengurusan perlu menyatakan dengan jelas akauntabiliti bagi setiap tugas dan tanggungjawabii.sistem akauntabiliti perlu diwujudkan di semua agensi kerajaan yang menetapkan tugas dan tanggungjawab setiap pekerja yang terlibat dalam melaksanakan satu tugas. Sistem ini perlu mengandungi penentuan tanggungjawab bagi setiap pekerja dan jenis tugas yang dipertanggungjawabkan kepadanyaiii. akauntabiliti hendaklah dinyatakan secara bertulis dan di dokumenkan melalui undang-undang, prosuder,peraturan dan arahan-arahan yang spesifik;iv. system kawalan kewangan perlu megambil perhatian ke atas tiga aspek yang penting, iaiitu:
system belanjawan yang berkesan bagi pengagihan dan pembahagian peruntukan kewangan
mengawas dan mengawal penggunaan tenaga manusia,asset dan perkhidmatan
mewujudkan system perakaunan yang cekap dan kemaskini
v. system pengawalan dan pengawasan seperti audit dalaman hendaklah dipertingkatkan keupayaannya
vi. penguatkuasaan hendklah diambil perhatian agar arahan-arahan dan peraturan jabatan dilaksanakan dengan tegas dan berkesan; dan
vii. akauntabiliti di peringkat individu di tingkatkan melalui perubahan-perubahan diri seseorang individu itu dengan penerapan nilai-nilai murni dan positif seperti bersih,cekap dan amanah dan sebagainya.
KISSM
31
CONTOH SOALAN ESEI----------------------------
2. ‘Tonggak 12’ telah diperkenalkan bertujuan untuk menerapkan nilai, norma dan etika perkhidmatan di kalangan penjawat awam. “Ketekunan membawa kejayaan” merupakan salah satu daripada tonggak tersebut. Huraikan pengertian serta nyatakan sepuluh amalan positif yang memperlihatkan nilai berkenaan.
Jawapan:
Pengertian;
Ketekunan bererti memberi tumpuan kepada sesuatu kerja hingga selesai dengan sempurnanya dan membawa kejayaan serta kecemerlangan kepada agensi dan individu.
Amalan positif:i. gigih dalam melaksanakan tugas yang mencagarii. rajin dan sintiasa berusahaiii. tekun dalam menjalankan tugasiv. sabar dalam menghadapi cabaran pekerjaanv. berpandangan jauhvi. bersemangat dalam melaksanakan tugas yang diarahvii. dedikasi dalam mencapai matlamat organisasiviii. sanggup berkorbanix. cekal menghadapi kesulitan semasa bertugasx. tidak patah semangatxi. bercita-cita tinggi
3. Etika perkhidmatan awam adalah berteraskan kepada 7 ‘Teras perkhidmatan’. Huraikan lima daripada tujuh ‘teras perkhidmatan’ tersebut.
Jawapan:
i. berazam meninggikan mutu perkhidmatan
seseorang pekerja bertanggungjawab itu membaiki mutu perkhidmatannya dengan meningkatkan kemahirannya menerusi latiah-latiahn tertentu, pembacaan,perbincangan dan lain-lain lagi.Kesediaan seseorang pekerja untuk mengatasi kelemahan-kelemahan dirinya tanpa diperingatkan oleh ketuanya adalah satu sikap yang terpuji
ii. bekerja dengan penuh bertanggungjawab
setiap pekerja dikehendaki bertabnggungjawab bererti melaksanakan tugas dengan sebaik mungkin seperti mana yang diharapkan oleh organisasi
iii. berusaha mengikis sikap mementingkan diri
kakitangan kerajaan perlu menyifatkan dirinya sebagai penggerak masyarakat tanpa mempergunakan kedudukannya bagi mencari keuntungan diri sendiri. Sifat sombong dan
KISSM
32
CONTOH SOALAN ESEI----------------------------
bongkak perlu dihapuskan dan digantikan dengan perasaan insaf dan sopan.
iv. berkhidmat dengan penuh muhibbah dan kemesraan
negara mempunyai rakyat yang berbilang bangsa dan keturunan serta mengamalkan pelnbagai kepercayaan dan budaya. Keadaan ini memerlukan semua kakitangan kerajaan bekerja dengan muhibbah dan kemesraan
v. bekerja kea rah memajukan pemikiran rakyat
adalah menjadi kewajipan bagi setiap kakitangan kerajaan membantu memberi kefahaman kepada masyarakat awam tentang dasar, program serta hasrat kerajaan agar pembangunan dan perubahan yang dibawa oleh kerajaan dapat dilaksanakan dengan lancer dan jayanya.
vi. bekerjasama dalam membenteras keselamatan dan musuh-musuh negara
semua pihak adalah terlibat dalam uasaha membenteras kelemahan negara seperti kemiskinan , kejahilan dan rasuah. Kerjasama antara semua pihak awam perlu swasta serta golongan-golongan tertentu adalah penting bagi memastikan keamanan serta menggerakkan negara kea rah pembangunan yang menyeluruh
vii. berpegang teguh kepada ajaran agama
berpegang teguh kepada ajaran agama merupakan satu aspek yang sangat penting dalam menjalankan tugas. Ini adalah kerana agama itu sendiri membawa nilai-nilai yang baik dalam membentuk pekerja yang jujur, cekap dan berkesan.
4. Seseorang pegawai awam sewajarnya memahami dan mengamalkan nilai-niali murni dan etika kerja dalam pengurusan seharian. Huraikan pengertian nilai dan etika kerja berikut dalam konteks pengurusan sebuah organisasi.
a. akauntabilitib. integritic. profesionalisme
Jawapan:
a. Akauntabiliti
Bermakna tanggungjawab seorang terhadap tugas-tugas yang perlu dilaksanakan dari konteks pengurusan organisasi dalam perkhidmatan awam, akauntabiliti bermaksud tanggungjawab pegawai-pegawai dan
KISSM
33
CONTOH SOALAN ESEI----------------------------
kakitangan awam dalam melaksanakan tugas-tugas yang diserahkan bagi memastikan pencapaian matlamat serta ibjektif tugas-tugas tersebut.
Pelaksanaan tugas-tugas tersebut hendaklah mengikut peraturan yang telah ditetapkan.Undang-undang yang berkuatkuasa, prosuder dan arahan, sikap cermat dan cekap perlu diutamakan.
b. Integriti
Sering dihubungkaitkan dengan nilai-nilai amanah, jujur,kebolehpervayaan dan sentiasa memelihara kepentingan awam tanpa mengambil kesempatan untuk kepentingan diri sendiri,.Dalam kontek pengurusan organisasi, sebarang kerja yang dilakukan hendaklah dengan penuh ketulusan hati dan tahu menggunakan kuasa dengan adil dan saksama
c. profesionalisme
bermakna setiap anggota organisasi harus mempunyai ilmu pengetahuan yang tinggi dan kemahiran yang mencukupi bagi menjalankan tugas dan tanggungjawab mereka. Perkhidmatan yang lebih cekap dan berkesan akan dapat dihasilkan jika masalah yang dibangkitkan dapat diselesaikan secara professional. Oleh itu, setiap anggota organisasi hendaklah sentiasa berusaha meningkatkan kebolehan dan kemahiran yang sedia ada.
PENGURUSAN INTEGRITIAnggota Perkhidmatan Awam hendaklah menghindarkan diri daripada memberi atau menerima suapan.
Nyatakan takrifan suapan.
Jawapan :
Takrifan suapan bermaksud
a. wang,derma,alang,pinjaman,fee,hadiah,cagaran berharga harta atau kepentingan mengenai harta,iaitu apa-apa jenis harta sama ada alih atau tak alih, atau apa-apa manfaat seumpama itu yang lain.
b. Apa-apa jawatan ,kebesaran,pekerjaan,kontrak pekerjaan atau perkhidmatan, dan apa-apa perjanjian untuk memberikan pekerjaan atau memberikan perkhidmatan atas apa-apa sifat
KISSM
34
CONTOH SOALAN ESEI----------------------------
c. Apa-apa bayaran,pelepasan,penunaian atau penyelesaian apa-apa pinjaman,obligasi atau liability lain,sama ada keseluruhannya atau sebahagian daripadanya
d. Apa-apa jenis balasan berharga,apa-apa diskaun,komisen,rebat,bonus,potongan atau peratusan.
e. Apa-apa perbuatan menahan diri daripada menuntut apa-apa wang atau nilai wang atau benda berharga
f. Apa-apa jenis perkhidmatan atau pertolongan lain, seperti perlindungan daripada
SEJARAH MALASIA
1. Huraikan sebab-sebab dan cara penentangan orang Melayu terhadap
Malayan Union
A. PENGENALAN
1. Rancangan Malayan union diumumkan dalam Parlimen British pada 10
Oktober 1945. Ia bertujuan melicinkan dan menyeragamkan pentadbiran
serta menyediakan penduduk Tanah Melayu ke arah pemerintahan sendiri.
1. Malayan Union menghadapi tentangan hebat dan teratur daripada orang
Melayu.
B. SEBAB-SEBAB PENENTANGAN ORANG MELAYU TERHADAP MALAYAN
UNION
1. Pemberian hak kerakyatan yang sama
b) Pemberian hak kerakyatan yang sama kepada orang asing (Cina dan
India) melalui prinsip jus soli merupakan perkara utama yang ditentang
oleh orang Melayu. Hak-hak ini termasuk kemasukan ke dalam
perkhidmatan awam dan satu undi dalam pilihanraya umum.
c) Melalui prinsip tersebut, kewarganegaraan diberikan kepada semua
orang asing yang dilahirkan di Tanah Melayu atau Singapura.
d) Orang Melayu bimbang bahawa pemberian hak kerakyatan yang sama
akan menjejaskan lagi kedudukan ekonomi dan politik mereka.
e) Orang Melayu tidak rela hilang hak-hak istimewa mereka sebagai kaum
bumiputera kepada orang asing yang dianggap sebagai kaum pendatang
yang menumpang di Tanah Melayu.
KISSM
35
CONTOH SOALAN ESEI----------------------------
2. Kemerosotan kedaulatan dan kuasa-kuasa sultan
a) Orang Melayu menentang Malayan Union kerana perlaksanaannya akan
menghapuskan kedaulatan dan kuasa sultan-sultan.
b) Malayan union akan diperintah oleh seorang Gabenor British dengan
bantuan Majlis Mesyuarat Kerja dan Majlis Perundangan. Sultan-sultan
hanya menjadi raja kehormat sahaja. Sultan hanya berkuasa dalam soal
agama Islam.
c) Sultan-sultan diangap sebagai pembela kaum Melayu. Kemerosotan
kuasa mereka bererti kehilangan kuasa kaum Melayu.