Rumah Pautan Laman Tentang Blog Pantun Penyair Chatroom Lirik Forum Pantun Joget Pahang Disember 11, 2009 Dari Melaka pergi ke Pahang, Singgah di Johor beli berangan, Kami mengucapkan selamat datang, Apa yang kurang dikeji jangan. Negeri Pahang aman sentosa, Kaya dengan tumbuh-tumbuhan, Niat di hati nak buat jasa, Mudah-mudahan Tuhan kabulkan. Pukul gendang kulit kerbau, Dalam majlis tari-menari, Kami ini daganglah merantau, Mengharap belas orang di sini. (Dipetik daripada antologi Seuntai Kata untuk Dirasa,Tingkatan 2,DBP) Leave a Comment » | Puisi Tradisional | Tagged: Pantun , Pantun Joget Pahang , Pantun Melayu | Pautan Kekal Dikirim oleh Haniey Koleksi Pantun Teka-Teki Disember 5, 2009 Terbang tinggi si burung helang Hinggap di atas pohon meranti
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
Rumah Pautan Laman
Tentang Blog
Pantun
Penyair
Chatroom
Lirik
Forum
Pantun Joget Pahang
Disember 11, 2009
Dari Melaka pergi ke Pahang,Singgah di Johor beli berangan,Kami mengucapkan selamat datang,Apa yang kurang dikeji jangan.
Negeri Pahang aman sentosa,Kaya dengan tumbuh-tumbuhan,Niat di hati nak buat jasa,Mudah-mudahan Tuhan kabulkan.
Pukul gendang kulit kerbau,Dalam majlis tari-menari,Kami ini daganglah merantau,Mengharap belas orang di sini.
(Dipetik daripada antologi Seuntai Kata untuk Dirasa,Tingkatan 2,DBP)
Leave a Comment » | Puisi Tradisional | Tagged: Pantun, Pantun Joget Pahang, Pantun Melayu | Pautan Kekal
—————-Ungkapan ini tidak seharusnya tinggal di dalam lipatan perbilangan adat. Ia harus dihayati dan dijadikan pegangan hidup seluruh masyarakat Melayu kerana di sebalik keindahan bahasa terdapat falsafah yang tinggi yang boleh dijadikan pedoman hidup dan motivasi di dalam mencapai kejayaan. Pemikiran terpenting yang dapat dirumuskan dari ungkapan ini ialah memotivasikan supaya terus memajukan diri dan menuntut ilmu.
Ungkapan ini berpusat kepada seruan untuk berikhtiar dan berusaha juga berdaya kreatif kerana ( yang setitis jadikan laut/ yang sekepal jadikan gunung). Ia menyemaikan nilai positif dan optimis bahawa manusia boleh melakukan sesuatu untuk mengubah keadaan hidupnya. Kejayaan dapat dicapai melalui usaha yang berterusan.
Pandangan yang terpancar dari ungkapan ini adalah juga selaras dengan ajaran Islam untuk berusaha, bersabar dan bertawakal. Al- Quran membawa ajaran bahawa manusia mempunyai daya ikhtiar. Semangat inilah yang menjadi faktor yang membawa kemajuan kepada umat Islam seperti yang diperjelaskan oleh Syed Naguib Al-Attas ketika membicarakan peranan Islam di dalam pembangunan tamadun Melayu. Tamadun Melayu dibangunkan oleh semangat yang dibawa oleh al- Quran yang menganggap manusia sebagai “mempunyai daya ikhtiar”.
“Setitis jadikan laut/sekepal jadikan gunung” adalah saranan untuk bekerja kuat mencari rezeki untuk kesejahteraan di dunia dan di akhirat. Seruan ini dapat disandarkan kepada banyak ayat al-Quran, di antaranya, yang bermaksud: “Kemudian setelah selesai sembahyang, maka bertebaranlah kamu di muka bumi (untuk menjalankan urusan masing-masing), dan carilah apa yang kamu hajati dari limpah kurnia Allah, serta ingatlah akan Allah banyak-banyak (dalam segala keadaan), supaya kamu berjaya (di dunia dan akhirat)” (Al-Jumu‘ah; 10).
Alam fizikal bukan sahaja merupakan tempat bagi insan meneruskan hidup tetapi juga merupakan ayat-ayat Tuhan yang boleh dibaca oleh mereka yang mempunyai akal. Manusia diminta mempelajari ilmu mengenai alam di sekelilingnya. Ayat-ayat al-Quran yang menggesa manusia mendapatkan “ilmu’ dengan cara memerhati, menyelidik, mentafsir adalah banyak sekali. Semua ini dirumuskan melalui ayat pertama yang diwahyukan kepada Nabi Muhammad SAW iaitu Iqra.
“Alam terbentang jadikan guru” menyatakan bahawa objek-objek alam fizikal adalah petanda-petanda yang memandu untuk memahami makna kejadian atau penciptaan serta keindahan.
Mesej penting adalah agar manusia menuntut ilmu dan menyebarkan ilmu sebagaimana yang dikehendaki oleh Islam. Islam menyatakan dengan jelas bahawa “menuntut ilmu itu adalah wajib ke atas umat Islam baik lelaki ataupun wanita”(hadis riwayat Bukhari dan Muslim).
Leave a Comment » | Puisi Tradisional | Pautan Kekal Dikirim oleh Haniey
« Entri-entri Sebelumnya Anda sedang melihat arkib bagi kategori Puisi Tradisional.
Penyair Terbilang
Blog ini memuatkan himpunan puisi klasik dan moden yang segar sepanjang zaman, nukilan penyair terkenal seperti Khalil Gibran, Umar Khayyam, Chairil Anwar serta puisi moden sasterawan negara seperti Usman Awang dan penulis moden masakini. Turut diselitkan puisi tradisional Melayu seperti pantun, nazam dan gurindam. Puisi-puisi ini diharapkan dapat memberikan inspirasi kepada semua.
Recent Commentsgina pada Pantun Teka-Teki niniey pada Ketika Hati Menangis ~ Anna…udin toge pada Puisi Chairil Anwar –…Indrajaya Sulung Ber… pada Pantun Perpisahan ella pada Biografi W.S Rendra syasya pada Puisi Sajak Patriotik Sempena …famous pada Pantun Kanak-Kanak famous pada Pantun Peribahasa syiera pada Pantun Jenaka pitt pada Puisi Chairil Anwar –…hil pada Ketika Hati Menangis ~ Anna…chintya pada Puisi Chairil Anwar –…nadia natasha pada Pantun Hari Raya riSty pada Nasihat Jiwaku ~ Khalil G… SITI SALBIAH ZAAHARI pada Ingatan Kepada Kawan XVI ~ Zae…