Hal ini kerana SEPATUTNYA Hal ini demikian kerana Sehubungan itu
SEPATUTNYA Sehubungan dengan itu Selain daripada itu SEPATUTNYA
Selain itu Ini kerana SEPATUTNYA Hal ini demikian kerana Oleh itu
SEPATUTNYA Oleh hal demikian Justeru itu SEPATUTNYA JusteruAbout
these ads Rate this:
Tuesday, 8 April 2014
PENANDA WACANA
SUMBAER DARI: Dewan Bahasa dan Pustaka
Dalam sesebuah hasil penulisan, penggunaan penanda wacana atau
dikenal juga sebagai perangkai ayat dapat memastikan wujud
kesinambungan dan pertautan antara satu idea dengan idea yang lain.
Kewujudannya dalam sesuatu wacana secara berkesan akan memantapkan
hasil penulisan tersebut selain dapat membuat perkaitan antara ayat
dengan ayat, mahupun antara perenggan dengan perenggan.
Beberapa contoh penggunaan wacana dapat diperhatikan di bawah
:
1. Kerajaan amat menggalakkan rakyat mempelajari penggunaan
komputer. Oleh hal yang demikian, berbagai-bagai usaha telah
dilakukan untuk memastikan segenap lapisan masyarakat dapat
mempelajarinya dengan berkesan.
2. Para pelajar diseru agar menitikberatkan pencapaian akademik.
Di samping itu, kegiatan kokurikulum perlu diberikan perhatian
juga.
3. Dia terpaksa bekerja keras untuk menampung perbelanjaan
keluarganya. Tambahan pula, bapanya telah meninggal dunia.
Antara contoh penanda wacana yang lazimnya ditemukan dalam
sesebuah penulisan ialah selain itu, di samping itu, walau
bagaimanapun, apatah lagi, lebih-lebih lagi, jika demikian, oleh
sebab itu, oleh itu, justeru, lantaran itu dan namun begitu. Para
guru sering mengingatkan para pelajar agar tidak melupakan penanda
wacana semasa menulis karangan kerana selain dapat membantu mereka
menghasilkan pertautan idea, karangan yang dibina dengan
menggunakan penanda wacana yang sesuai akan kelihatan lebih mantap.
Penggunaan penanda wacana yang tepat pada tempatnya menunjukkan
kematangan para pelajar ataupun seseorang penulis menggunakan
bahasa dengan baik.
Namun begitu, kadangkala berlaku kesalahan penggunaan penanda
wacana yang berpunca daripada kurangnya pengetahuan tentang cara
menulis, fungsinya serta aspek tatabahasa yang perlu dipatuhi.
Misalnya, tidak meletakkan tanda koma ( , ) selepas penanda wacana
yang berfungsi sebagai frasa. Contohnya,
1. Pihak kerajaan akan memastikan pendapatan para petani dapat
ditingkatkan. Oleh itu pelbagai langkah yang difikirkan sesuai
sedang direncanakan.
( Sepatutnya : Oleh itu, pelbagai langkah )
Para pengguna bahasa kadangkala menulis penanda wacana yang
tidak tepat dari segi struktur tatabahasanya. Misalnya,
2. Dia amat gemar akan buah manggis. Selain daripada itu, dia
juga menggemari buah nangka. ( Sepatutnya : Selain itu, )
3. Pihak berkuasa akan memperhebat gerakan memburu penjenayah
itu. Ini kerana dia sangat berbahaya. ( Sepatutnya : Hal ini
demikian kerana )
4. Suria sangat aktif dalam kegiatan kokurikulum dan
pencapaiannya dalam akademik amat baik. Oleh kerana itu, dia
dipilih sebagai Ketua Murid. (Sepatutnya : Oleh sebab itu, )
5. Dia berlatih di padang setiap petang. Walaubagaimanapun, dia
tidak mengabaikan pelajarannya. ( Sepatutnya : Walau bagaimanapun,
)
6. Kadar kemalangan jalan raya semakin meningkat sejak
akhir-akhir ini. Justeru itu, kerajaan mengambil pelbagai
pendekatan untuk mengatasinya. (Sepatutnya : Oleh itu, )
Kebanyakan pengguna bahasa menganggap justeru itu bermaksud oleh
itu. Sebenarnya, jika dirujuki Kamus Dewan edisi ketiga pada
halaman 551, kita akan mendapati makna justeru yang diberikan ialah
:
1. kebetulan, tepat, kena benar.
2. malahan, bahkan.
Maksud yang kedua, iaitu malahan dan bahkan yang bersinonim
dengan justeru. Sebab itulah tidak tepat penggunaan justeru itu
kerana tidak wujud bentuk malahan itu ataupun bahkan itu.
Penggunaan justeru dalam ayat yang gramatis seperti yang berikut
:
7. Saya tidak pernah mengkhianatinya, justeru saya sering
membantunya ketika dia dalam kesusahan.
8. Tindakan mereka bukan sahaja melanggar kemahuan orang tua
mereka, justeru melanggar adab susila orang-orang timur.
Demikianlah serba ringkas penerangan yang dapat dikongsi
bersama-sama dalam usaha kita menggunakan dan menggalakkan
penggunaan bahasa yang betul, berkesan, dan menepati hukum bahasa.
Semoga bahasa kita dapat dimartabatkan dengan keazaman untuk
membetulkan kebiasaan yang salah dan membiasakan penggunaan yang
betul.
Penanda Wacana Karangan
A. PENANDA WACANA UNTUK MEMULAKAN AYAT PENDAHULUAN KARANGAN
Sedasarwasa ini sering meniti dari bibir ke bibir umat manusia
di segenap empat penjuru dunia ini tentang isu
Era pascaperindustrian dan pascaglobalisasi yang serba mencabar
akal dan minda kita telah .
Sudah terang lagi bersuluh, semakin hari kita semakin
menghampiri ambang 2020. Keadaan ini menandakan titik permulaan
pelbagai cabaran dan rintangan yang bakal menghambat.
Dasawarsa ini, sama ada kita sedar atau tidak lantaran terlalu
dihidangkan dengan pembangunan negara yang semakin gah di persada
dunia. Namun disebalik itu, kita acapkali tersentak oleh pelbagai
permasalahan sosial yang beronal yang dicetuskan oleh rakyat kita
sendiri.
Dalam dunia yang dilingkari kemajuan sains dan teknologi ini
Sejak dua dan tiga dekad kebelakangan ini memang kita dapat
menyaksikan
B. PENANDA WACANA UNTUK AYAT TERAKHIR PENDAHULUAN KARANGAN
Oleh itu, kebaikan dan keburukan yang mewarnai fokus
perbincangan akan dihuraikan dengan terperinci demi kebaikan
bersama.
Sebagai memperkukuhkan lagi penyataan tersebut, punca-punca yang
menunjangi masalah ini perlu diperincikan demi kebaikan
bersama.
Usaha pasti akan membuahkan hasil kalau pelbagai langkah yang
efektif dan drastik dilakukan segera untuk mengatasi masalah yang
sudah bersarang lama di negara kita ini.
Setelah meneliti dan mengkaji sehingga ke akar umbi, saya
bersetuju dengan pendapat yang menyatakan .
Tiada ubat yang tiada penawarnya, maka langkah-langkah yang
konkrit, sistematik dan pragmatik harus dijalankan secara
berterusan agar masalah ini boleh dibasmi hingga ke akar umbi.
C. PENANDA WACANA UNTUK AYAT PERTAMA SETIAP PERENGGAN
Kita dapat menyaksikan betapa
Kita seharusnya berterima kasih kepada pihak kerajaan kerana
Lazimnya, dalam keadaan
Namun demikian, suatu hakikat yang tidak boleh dikesampingkan
ialah
Pada hemat saya
Pada pandangan saya
Pada realitinya, memang tidak dapat dinafikan bahawa
Sebagaimana yang kita ketahui
Sebagaimana yang kita maklumi
Sejak awal lagi
Sejak kebelakangan ini
Selain itu, pada masa ini juga
Seperti yang telah dinyatakan
Umum mengetahui bahawa
Lanjutan daripada huraian yang telah dinyatakan di atas
D. PENANDA WACANA UNTUK AYAT 2 DAN SETERUSNYA DALAM KARANGAN
Bagi sesetengah orang
Begitu juga dengan
Begitu juga halnya dengan
Bertitik tolak daripada itu
Bukan itu sahaja
Dalam hal ini
Dalam konteks ini ..
Dalam zaman yang serba canggih ini
Daripada realiti ini dapat kita katakan bahawa
Dengan adanya
Dengan berbuat demikian
Dengan perkataan lain ..
Disebabkan hal itu
Disebabkan keistimewaan inilah kita ..
Hal ini berlaku disebabkan
Hal ini penting dalam
Hal ini serupa dengan
Hal yang serupa berlaku apabila
Ini disebabkan
Ini membuktikan bahawa
Ini menggambarkan bahawa
Ini secara tidak langsung akan
Ini semua meninggalkan kesan kerana
Ini tentu sekali membuatkan
Jadi kita perlu
Jadi kita hendaklah
Keadaan ini tentunya
Lantaran itu sehingga kini
Kesemua ini menyumbang kepada
Kita mengakui hakikat bahawa
Kita sering menonton di kaca televisyen
Kita sering membaca di dada-dada akhbar
Memandangkan keadaan yang sedemikian
Namun sejak kebelakangan ini
Oleh itu, bolehlah dikatakan
Secara logiknya masa yang
Sejak seawal usia kemerdekaan negara ini lagi, kita
Keadaan ini seharusnya boleh
Walaupun demikian, sejak akhir-akhir ini
Kendatipun demikian, kita masih
Yang paling nyata ialah
Yang perlu kita pastikan ialah
E. PENANDA WACANA UNTUK MENYATAKAN STATISTIK
Berdasarkan perangkaan terkini yang diperoleh didapati
sebanyak
Bukti yang jelas dan terkini yang berkaitan dengan perkara ini
menunjukkan
Statistik yang sahih lagi tepat telah dikeluarkan oleh
Kementerian .. pada tahun menunjukkan bahawa sebanyak
F. PENANDA WACANA UNTUK MENYATAKAN CONTOH
Sebagai contohnya
Biar kita lihat
Biar kita ambil contoh
Bagi membuktikan perkara ini, contoh yang boleh diketengahkan
ialah
Sebagai analoginya,
Contoh yang ketara yang paling dekat dengan kita ialah
G. PENANDA WACANA UNTUK KESIMPULAN KARANGAN
Intihanya,
Sebagai menggulung segala yang telah diperkatakan di atas
Konklusinya,
Dengan ini diharapkan
Bukan itu sahaja
Mudah-mudahan perkara ini
Dengan keizinan Tuhan yang maha esa, kita yakin dan percaya
bahawa
Jika semua masyarakat berganding bahu, ibarat ke bukit sama
didaki, ke lurah sama dituruni, insyallah perkara ini akan
Demi merealisasikan visi kudsi Wawasan 2020, marilah kita
bersama-sama
H. PENANDA WACANA UMUM
Penanda wacana ialah perkataan ataupun rangkaian perkataan yang
berfungsi mempertalikan sesuatu idea, hujah, dan pandangan
seseorang semasa menulis ataupun berucap. Seandainya sesuatu wacana
berkenaan tidak mempunyai penanda wacana yang tepat, ia akan
menyebabkan seluruh kandungan wacana berkenaan tidak mempunyai
kesatuan dan perpautan yang lengkap. Contoh penanda wacana seperti
berikut:
1. Tambahan : dan, serta, lagi, tambahan lagi, tambahan pula,
selanjutnya, seterusnya, di samping
2. Urutan : pertama, kedua, seterusnya, selepas itu, kemudian,
kemudian daripada itu, akhirnya
3. Penyataan semula: iaitu, yakni, dengan kata lain, seperti
yang diterangkan
4. Contoh: contohnya, seperti, ibarat, laksana, macam, umpama,
bagai, bak kata, sebagai
5. Rumusan: rumusannya, kesimpulannya, sebagai kesimpulan, akhir
kata, sebagai penyimpul kata
6. Tempat: berhampiran dengan, bersebelahan dengan, bertentangan
dengan
7. Waktu : apabila, ketika, semasa, kemudian, selepas, pada
mulanya, lama-kelamaan, lambat-laun, akhirnya
8. Sebab dan kesan: oleh itu, sebab itu, justeru itu, fasal,
lantaran, jadi,
dengan itu
9. Bandingan: seperti juga, serupa dengan, sesuai dengan, sama
juga dengan
10. Pertentangan : tetapi, sebaliknya, sungguhpun, walau
bagaimanapun, namun begitu, bertentangan dengan
11.Pengesahan: sebenarnya, sesungguhnya, sewajarnya, tentulah,
pastilah, sememangnya
Contoh lain penanda wacana
Penanda wacana Bahasa Melayu
Kata penghubung
-tetapi
-lalu
-jika
-serta
-agar
-supaya
-sungguhpun
-kerana
-walaupun
Penambahan
-dan
-sebenarnya
-juga
-sekali lagi
-bertitik tolak
-hal ini
-tambah lagi
-lebih-lebih lagi
-selain juga
Perbandingan/ Perbezaan
-tetapi
-dalam nada yang berbeza
-selain itu
-walaupun
-sehubungan dengan
- sebagaimana
-sebaliknya
-jika dibandingkan dengan
-sama dengan
-berbeza dengan
-walau bagaimana sekalipun
-selari dengan
-walau bagaimanapun
-setelah dibandingkan dengan
-namun demikian
Turutan
-pertamanya
-akhirnya
-selain itu
-keduanya
-seterusnya
-pertama sekali
-selepas itu
-lebih awal dari itu
-lebih penting lagi
Contoh
-contohnya
-biar kita ambil contoh
-khususnya
-misalnya
-mari kita mengambil contoh
-terutamanya
-umpamanya
-apa yang dimaksudkan
-seperti
Masa
-akhirnya
-pada masa yang sama
-sesekali
-dewasa ini
-pada ketika itu
-sebelum ini
-selepas itu
-pada mulanya
-semenjak itu
-sementara itu
-serentak dengan
-ada ketikanya
Kesimpulan
-oleh itu
-jadi
-kesimpulannya
-jika kita tidak
-jelaslah
-dapatlah disimpulkan bahawa
-kesudahannya
-sesungguhnya
-tanpa (penglibatan/ usaha, dsb.)
-pendek kata
-walaupun
-oleh hal yang demikian
-ringkasnya
-marilah kita
-komitmen semua pihak
-sebagai rumusan
-demikianlah
-dapatkah kita membayangkan..
-kejayaan...bergantung pada
-pada keseluruhannya
-sebagai menggulung hujah
-keengganan... bakal menyaksikan
-(peribahasa)
-sebelum saya mengakhiri, saya menegaskan sekali lagi...
Penanda wacana umum
-dengan ini
-banyak pihak yang berpendapat
-amnya
-sememangnya
-selaras dengan
-lazimnya
-sejajar dengan sering kali kita
-justeru itu
-sementelahan pula
-secara khususnya
-pada kebiasaannya
Penanda Wacana
i) Penanda permulaan karangan
a) Pada era globalisasi ini,
b) Pada zaman pascakemerdekaan ini,
c) Dalam meniti arus kemodenan ini,
d) Dewasa ini,
e) Pada masa ini,
f) Kini,
g) Dasawarsa ini,
h) Dalam meniti kehidupan pada marcapada,
i) Sejak sedekad yang lalu,
j) Sejak negara menikmati arus kemerdekaan,
k) Kebelakangan ini,
l) Belakangan ini,
m) Sejak akhir-akhir ini,
ii) Penanda memulakan isi baharu
a) Selain itu,
b) Di samping itu,
c) Sementara itu,
d) Lebih-lebih lagi,
e) Dalam pada itu,
f) Lain daripada itu,
g) Pada waktu yang sama,
h) Dalam pada itu,
i) Seterusnya,
iii) Penanda huraian isi karangan
a) Hal ini demikian kerana
b) Hal ini berlaku kerana
c) Hal ini terjadi kerana
d) Hal ini disebabkan oleh
e) Hal ini wujud akibat daripada
f) Hal ini bersangkut-paut dengan
g) Hal ini berpunca daripada
h) Hal ini tercetus apabila
i) Hal ini timbul apakala
iv) Penanda memberi contoh dalam karangan
a) Misalnya,
b) Contohnya,
c) Sebagai contoh,
d) Tamsilnya,
e) Sebagaimana yang kita sedia maklum,
f) Antaranya adalah seperti
v) Penanda menghuraikan contoh
a) Hal ini mengakibatkan
b) Hal ini menyebabkan
c) Oleh itu,
d) Maka,
e) Oleh hal yang demikian,
f) Oleh sebab itu,
g) Jelaslah bahawa
h) Justifikasinya,
vi) Penanda menutup isi
a) Kesannya,
b) Natijahnya,
c) Akibatnya,
d) Akhirnya,
e) Dengan itu,
f) Dengan berbuat demikian,
g) Dengan keadaan sedemikian,
vii) Penanda menulis dua huraian dalam satu ayat
Contoh : Masalah sosial yang dibincangkan oleh masyarakat ini
memang memeningkan kepala
a) justeru
b) malah
c) malahan
d) tambahan pula
e) sementelahan
f) sekali gus
g) di samping
h) bahkan
i) malar-malar
viii) Penanda memulakan perenggan penutup
a) Kesimpulannya,
b) Intihanya,
c) Secara tuntas,
d) Konklusinya,
e) Sebagai penutup wacana,
f) Sebagai penghias bicara akhir,
g) Sebelum mengakhiri wacana ini,
h) Secara keseluruhan,
i) Secara total,
ix) Penanda menerangkan huraian atau pendapat yang berbeza
a) Walau bagaimanapun,
b) Walakin begitu,
c) Namun demikian,
d) Daripada perspektif yang berbeza,
e) Jika dilihat dari sudut lain,
f) Dengan kata lain,
g) Kontradiksinya,
i) Di sebalik itu,
j) Dalam pada itu,
k) Dari sudut lain,
x) Penanda memulakan atau memasukkan peribahasa
a) Bak kata peribahasa, .......
b) Bak kata peribahasa Melayu, ............
c) Bak kata orang tua-tua, ...........
d) Bak kata mutiara, .........
e) Bak peribahasa, ............
f) Bak kata cendekiawan, .............
g) Persis kata peribahasa, ............
h) Persis kata peribahasa Melayu, .............
i) Persis kata orang tua-tua, ............
j) Persis kata mutiara, ............
k) Persis peribahasa, ...............
l) Persis kata cendekiawan, .............
m) Hal ini sama dengan peribahasa ..........
n) Senario ini persis dengan peribahasa Melayu, yakni
.......
o) Fenomena ini dikatakan
p) Masalah ini sama dengan peribahasa ...........
q) Saya yakin rakyat Malaysia mengenali peribahasa
..........
PENANDA WACANA UNTUK AYAT PERTAMA SETIAP PERENGGAN
Kita dapat menyaksikan betapa
Kita seharusnya berterima kasih kepada pihak kerajaan kerana
Lazimnya, dalam keadaan
Namun demikian, suatu hakikat yang tidak boleh dikesampingkan
ialah
Pada hemat saya
Pada pandangan saya
Pada realitinya, memang tidak dapat dinafikan bahawa
Sebagaimana yang kita ketahui
Sebagaimana yang kita maklumi
Sejak awal lagi
Sejak kebelakangan ini
Selain itu, pada masa ini juga
Seperti yang telah dinyatakan
Umum mengetahui bahawa
Lanjutan daripada huraian yang telah dinyatakan di atas
PENANDA WACANA UNTUK AYAT 2 DAN SETERUSNYA DALAM KARANGAN
Bagi sesetengah orang
Begitu juga dengan
Begitu juga halnya dengan
Bertitik tolak daripada itu
Bukan itu sahaja
Dalam hal ini
Dalam konteks ini ..
Dalam zaman yang serba canggih ini
Daripada realiti ini dapat kita katakan bahawa
Dengan adanya
Dengan berbuat demikian
Dengan perkataan lain ..
Disebabkan hal itu
Disebabkan keistimewaan inilah kita ..
Hal ini berlaku disebabkan
Hal ini penting dalam
Hal ini serupa dengan
Hal yang serupa berlaku apabila
Ini disebabkan Ini membuktikan bahawa
Ini menggambarkan bahawa
Ini secara tidak langsung akan
Ini semua meninggalkan kesan kerana
Ini tentu sekali membuatkan
Jadi kita perlu
Jadi kita hendaklah
Keadaan ini tentunya
Lantaran itu sehingga
kinihttp://cgfitz.blogspot.com/2014/04/penanda-wacana.html