KERTAS KERJA PERMOHONAN KELULUSAN HARI KELUARGA JABATAN PELANCONGAN & HOSPITALITI SESI DIS 2014 ANJURAN : PELAJAR DIPLOMA SEMESTER 5 NUR FARHANA BINTI MOHD PADZIL NOR HAFIZAH BINTI PAKURUDIN MOHAMAD SYAZWAN BIN ABD LATIF MOHAMAD SYAZWAN BIN SALLEH MUHAMAD AFIEQ BIN MOHD KAMAL MOHAMAD KHAIR BIN YAHYA MOHAMAD ASYRAF HASAN BIN HASAN (BHK 5C) PENGURUSAN HOTEL & KATERING HT 517 - EVENT OPERATION
32
Embed
Contoh Kertas Kerja / Proposal Event Politeknik Merlimau - Hari Keluarga
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Program Hari Keluarga yang bertemakan Ukhwah Terjalin Kesihatan Terjamin ini
adalah program yang akan mendedahkan pelajar kepada pengetahuan dan pengalaman
yang perlu diadaptasikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran dalam bidang
perhotelan dan katering. Dengan adanya program sebegini, pelajar mampu untuk belajar
cara menguruskan sesebuah majlis yang melibatkan tetamu yang berprofil tinggi.
4
Program ini sedikit sebanyak membantu mengeratkan lagi ukhwah di antara pelajar dan
pensyarah. Daripada program yang berfaedah ini, pelajar akan memperolehi
pengalaman baru yang akan membantu mereka kelak. Selain itu, semangat kerjasama
dapat diwujudkan dalam usaha melaksanakan program ini.
2.0 TUJUAN
Program Hari Keluarga yang bertemakan Ukhwah Terjalin Kesihatan Terjamin ini
adalah program yang dikendalikan oleh pelajar-pelajar Semester Lima (5) Diploma
Pengurusan Hotel dan Katering ( BHK 5C) seramai 27 orang pelajar, bagi memenuhi
kursus HT517 - Operasi dan Pengurusan Majlis.
Kursus ini merupakan salah satu kursus yang menggalakkan para pelajar menganjurkan
dan menguruskan sesuatu majlis. Kursus ini juga membantu dan melatih para pelajar
untuk meningkatkan kemajuan diri dalam melaksanakan sesebuah majlis supaya majlis
tersebut berjalan dengan lancar dan sempurna seperti yang dirancang. Program ini juga
bertujuan untuk memberikan impak yang positif kepada hasil pembelajaran subjek HT517
- Operasi dan Pengurusan Majlis.
3.0 COURSE LEARNING OUTCOME (CLO)
i. Menunjukkan pemahaman kepada konsep asas operasi acara dan pengurusan dalam
industri pelancongan dan hospitaliti.
ii. Pelan, reka bentuk, dan menyelaras perancangan acara yang berkesan, laman web dan
pengurusan kemudahan, dan program acara.
iii. Sediakan satu cadangan, dokumentasi dan penuh laporan lengkap untuk aktiviti acara.
5
iv. Menunjukkan komitmen kepada prinsip profesionalisme dan etika dalam pengurusan
acara.
4.0 OBJEKTIF PROGRAM
Objektif program ini adalah:
i. Mengeratkan hubungan silaturahim di antara pelajar dan pensyarah Jabatan
Pelancongan dan Hospitaliti.
ii. Memupuk kesihatan jasmani dan suntikan rohani dalam mengeratkan hubungan
bersama pelajar dan pensyarah.
iii. Untuk memberi gambaran yang sebenar dan pengalaman kepada para pelajar dalam
menguruskan dan mengendalikan sesebuah majlis.
5.0 PERLAKSANAAN PROGRAM
Berikut adalah butir-butir pelaksanaan program:
Nama Program : Hari Keluarga Jabatan Pelancongan & HospitalitiTema : Ukhwah Terjalin Kesihatan TerjaminTarikh : 22 Ogos 2014Hari : JumaatMasa : 8.00 Pagi – 12.00 Tengah HariTempat : Pmm Mall
6
6.0 SASARAN PENYERTAAN
Program Hari Keluarga yang bertemakan Ukhwah Terjalin Kesihatan Terjamin” ini
adalah program semester lima (5) daripada kelas BHK 5C Pengurusan Hotel dan
Katering. Program ini disertai oleh semua pensyarah dan pelajar Jabatan Pelancongan &
Hospitaliti Politeknik Merlimau Melaka yang dianggarkan seramai 500 orang.
7.0 TENTATIF PROGRAM
MASA AKTIVITI
8.00 A.M – 8.30 A.M Pendaftaran & Senamrobik
8.30 A.M – 9.00 A.M
Perasmian Program “Hari Keluarga” Yang Bertemakan “Ukhwah
Terjalin Kesihatan Terjamin” Oleh Pengarah Politeknik Merlimau
Melaka.
9.00 A.M – 10.10 A.M Aktiviti Berlangsung
(Game A)
- Belalai Gajah
7
- Sedapnya Epal
- Blind Chef
- Futsal
- Kareoke
10.10 A.M – 10.40 A.M
(Game B)
- Perang Dunia
- Jus Limau
- Jalan Konkrit
10.40 A.M – 11.00 A.M
(Game C)
- Tarik Tali
- Timang Sayang
- Kelakarnya Saya
11.00 A.M -12.00 P.M Penutup & Penyampaian Hadiah
8.0 SENARAI BELANJAWAN
Sila rujuk Lampiran A (Muka Surat 11)
9.0 AKTIVITI SUKANEKA
Sila rujuk Lampiran B (Muka Surat 12)
10.0 PERATURAN PERMAINAN
8
Sila rujuk Lampiran C (Muka Surat 13)
11.0 PELAN SOKONGAN
Sila rujuk Lampiran D (Muka Surat 24)
12.0 Senarai Nama
Sila rujuk Lampiran E (Muka Surat 26)
13.0 PENUTUP
Program Hari Keluarga bertemakan “Ukhwah Terjalin Kesihatan Terjamin” ini dapat
dilaksanakan mengikut perancangan bagi mencapai objektif yang ditetapkan dan dapat
memotivasikan diri semua pelajar. Program ini juga diharapkan dapat memberi input
yang berguna kepada para pelajar. Selain itu, program seperti ini dapat melahirkan
semangat berpasukan antara satu sama lain.
Semoga program ini dapat memberikan pendedahan pada peringkat awal tentang cara-
cara untuk melaksanakan sesebuah projek. Dengan kerjasama daripada pihak Jabatan
Pelancongan & Hospitaliti adalah menjadi harapan pelajar Semester Lima (5) Diploma
Pengurusan Hotel & Katering agar program ini dapat direalisasikan dan berjalan lancar.
Diharap segala perancangan yang telah dibuat untuk program ini akan dapat
dilaksanakan dan akan mendapat keberkatan serta keredhaan daripada-Nya.
9
Disediakan oleh,
…………………………………
NUR FARHANA BINTI MOHD PADZIL
Setiausaha,
Program Hari Keluarga,
Jabatan Pelancongan & Hospitaliti,
Politeknik Merlimau Melaka.
Tarikh:
Disokong Oleh,
…………………………………
ZULIANA BT ALIMAN
Ketua Program
Pengurusan Hotel & Katering,
Jabatan Pelancongan & Hospitaliti,
Politeknik Merlimau Melaka.
Tarikh:
Disemak Oleh,
………………………………….
ABDUL RAZAK BIN WARI
Pensyarah Kursus HT517,
Jabatan Pelancongan & Hospitaliti,
Politeknik Merlimau Melaka.
Tarikh:
10
Disahkan Oleh,
……………………………………
KHAAIRUDDIN BIN KHALIL
Ketua Jabatan
Pelancongan & Hospitaliti,
Politeknik Merlimau Melaka.
Tarikh:
LAMPIRAN A
SENARAI BELANJAWAN
BIL PERKARA KUANTITI HARGA (RM) JUMLAH (RM)1 MAKANAN (SARAPAN PAGI ) Mee Hoon Goreng + Kuih Muih 1000 2.00 2000.002 MEDIA Banner 2 150 300.00 Name Tag 40 2.50 100.00 Banting 5 50.00 250.003 HADIAH Hamper (Individu ) 9 10.00 90.00 Hamper (Kumpulan) 15 58.50 877.504 CENDERAMATA Pengarah/TPA/TPSA 3 25.00 75.00 Ketua Jabatan 1 25.00 25.00 Pensyarah 2 25.00 25.00 Penanda Buku 49.00 1.50 73.505 KEBERSIHAN Plastik Sampah 6 Paket 5.00 30.00 6 URUSETIA Kad Jemputan 5 3.00 15.007 AKTIVITI (PERALATAN) Tepung 6 Paket 2.50 15.00 Riben 4 3.00 12.00 Tali 2 Gulung 5.00 10.00