Top Banner
Kandungan Halaman Penghargaan i 1.0 Pengenalan 1.1 Latar Belakang 1.2 Definisi Konsep 2.0 Objektif 3.0 Kepentingan Kajian 4.0 Skop Kajian 5.0 Batasan Kajian 6.0 Kaedah Kajian 6.1 Mendapatkan Data 6.2 Mengumpulkan Data 6.3 Menganalisis dan Mempersembahkan Data 7.0 Dapatan Kajian 8.0 Rumusan Kajian 9.0 Penutup Bibliografi Lampiran
26

Contoh Kerja Kursus Bahasa Melayu Tingkatan 6 Penggal 3 2015 (STPM) ( Frasa Nama Dalam Akhbar BERITA HARIAN )

Jan 21, 2018

Download

Education

Welcome message from author
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
Page 1: Contoh Kerja Kursus Bahasa Melayu Tingkatan 6 Penggal 3 2015 (STPM) ( Frasa Nama Dalam Akhbar BERITA HARIAN )

Kandungan Halaman

Penghargaan i

1.0 Pengenalan

1.1 Latar Belakang

1.2 Definisi Konsep

2.0 Objektif

3.0 Kepentingan Kajian

4.0 Skop Kajian

5.0 Batasan Kajian

6.0 Kaedah Kajian

6.1 Mendapatkan Data

6.2 Mengumpulkan Data

6.3 Menganalisis dan Mempersembahkan Data

7.0 Dapatan Kajian

8.0 Rumusan Kajian

9.0 Penutup

Bibliografi

Lampiran

Page 2: Contoh Kerja Kursus Bahasa Melayu Tingkatan 6 Penggal 3 2015 (STPM) ( Frasa Nama Dalam Akhbar BERITA HARIAN )

FRASA NAMA DALAM AKHBAR BERITA HARIAN

Page 3: Contoh Kerja Kursus Bahasa Melayu Tingkatan 6 Penggal 3 2015 (STPM) ( Frasa Nama Dalam Akhbar BERITA HARIAN )

PENGHARGAAN

Penyelidik ingin memanjatkan kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia-Nya, kumpulan

penyelidik telah dapat menyelesaikan tugasan ini dengan jayanya. Penyelidik ingin merakamkan ucapan

terima kasih kepada Tuan Pengetua sekolah penyelidik, iaitu Tuan Haji Abd Bari Bin Ahmad, atas dorongan

dan sokongan beliau berikan kepada penyelidik. Penyelidik juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih

kepada guru Bahasa Melayu Tingkatan 6 Atas Kemanusiaan 1, iaitu Encik Selvarajan A/L Rengasamy

kerana telah banyak meluangkan masa untuk membimbing penyelidik bagi menghasilkan kajian yang

sempurna. Penyelidik juga ingin mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan sekelas yang turut

membantu kumpulan penyelidik dalam menyiapkan tugasan ini. Terima kasih juga diucapkan kepada rakan-

rakan yang telah sama-sama menggembleng tenaga yang secukupnya untuk menyiapkan tugasan ini.

Thanushah A/P P Soniyasee

Puharasi A/P Selvam

Renukhaa A/P Arumugam

Siti Zalikha Binti Kamarulzaman

Tarikh :

( i )

Page 4: Contoh Kerja Kursus Bahasa Melayu Tingkatan 6 Penggal 3 2015 (STPM) ( Frasa Nama Dalam Akhbar BERITA HARIAN )

1.0 Pengenalan

Bahagian ini menghuraikan latar belakang dan definisi konsep kajian ini.

1.1 Latar Belakang

Bahasa terdiri daripada kumpulan ayat yang tidak terbilang jumlahnya. Bahasa adalah alat

komunikasi yang berupa sistem lambang bunyi yang dihasilkan alat ucap manusia dan bahasa

juga terdiri atas kata-kata atau kumpulan kata. Ayat merupakan unit pengucapan yang paling

tinggi letaknya dalam susunan tatabahasa dan mengandungi makna yang lengkap, yang

pengucapannya dimulai dan diakhiri dengan kesenyapan, serta mengandungi intonasi yang

sempurna. Ayat juga terdiri daripada rentetan perkataan yang bermakna. Ayat dalam sesuatu

bahasa terdiri daripada pelbagai bentuk, susunan, jenis dan ragam. Salah satu cara

menjeniskan ayat adalah dengan melihat bilangan klausa yang terdapat di dalamnya. Dengan

kata lain, bilangan klausa yang terkandung dalam sesuatu ayat akan menentukan bentuk ayat

tersebut, sama ada sebagai ayat tunggal atau ayat majmuk.

Ayat dasar ialah ayat yang menjadi dasar atau sumber bagi pembentukan semua ayat lain

dalam sesuatu bahasa. Melalui pola ayat dasar, maka terbentuklah ayat-ayat yang lain seperti

ayat tunggal, majmuk, aktif, pasif dan sebagainya. Setiap ayat dasar terbentuk daripada unsur

subjek dan predikat. Dalam tatabahasa tradisional, frasa didefinisikan sebagai sekumpulan

kata yang membentuk satu unit sintaksis dan boleh bertaraf ayat sempurna manakala

tatabahasa sistematik mengatakan bahawa frasa merupakan salah satu daripada lima unit

tatabahasa. Dalam hierarki tatabahasa, frasa terletak antara kata dan klausa. Dalam nahu

transformasi generatif, frasa mempunyai pengertian yang lebih luas. Seterusnya, tatabahasa

transformasi generatif menjelaskan bahawa frasa digunakan dalam pencirian umum pada

peringkat awal analisis. Frasa juga salah satu unit tatatingkat sintaksis dalam sesuatu bahasa.

Menurut Za‟ba (2000) perkataan-perkataan Melayu itu apabila dirangkai-rangkaikan supaya

menjadi cakap yang bermakna wajiblah disusun mengikut kaedah yang tertentu dalam bahasa

Melayu. Dalam erti kata lainnya, frasa boleh dianggap sebagai rangkai kata yang bermakna.

Page 5: Contoh Kerja Kursus Bahasa Melayu Tingkatan 6 Penggal 3 2015 (STPM) ( Frasa Nama Dalam Akhbar BERITA HARIAN )

Frasa boleh didefinisikan sebagai unit yang boleh terdiri daripada satu susunan yang

mengandungi sekurang-kurangnya dua perkataan, ataupun satu perkataan yang berpotensi

untuk diperluas menjadi dua perkataan atau lebih (Nik Safiah Karim et.al, 1993 : 416). Frasa

adalah unit yang dalam skala tatatingkat nahu menduduki peringkat di atas kata dan di bawah

klausa. Frasa tambahnya lagi, boleh dibahagikan berdasarkan jenis konstruksinya dan juga

berdasarkan sistem yang dimasuki, dan tidak kurang pentingnya berdasarkan fungsinya dalam

ayat (Asmah Haji Omar, 1982 : 82). Frasa nama adalah rangkai kata yang menduduki gatra

„nama‟ dalam struktur ayat dasar. Dalam semua pola ayat dasar bahasa Melayu, frasa nama

berfungsi sebagai subjek, predikat dan objek. Frasa nama menjadi subjek dalam semua ayat

bahasa Melayu. Penyelidik akan mengkaji binaan frasa nama dalam akhbar Berita Harian

bertarikh 8 Mac 2015.

1.2 Definisi Konsep

1.2.1 Frasa Nama

Nik Safiah Karim et.al ( 1989 : 119) mentakrifkan frasa nama sebagai binaan yang

dari sudut nahu boleh terdiri daripada satu perkataan atau beberapa perkataan yang

boleh berfungsi sebagai satu konstituen di dalam binaan ayat. Sulaiman Masri,

Abdullah Yusof dan Mohd Ra‟in Shaari menjelaskan frasa nama boleh dibina dengan

satu perkataan atau banyak perkataan.

Binaan frasa nama boleh terdiri daripada satu perkataan sahaja, atau beberapa

perkataan. Bagi frasa nama yang terdiri daripada satu perkataan, intinya ialah

perkataan itu sendiri. Bagi frasa nama yang terbentuk daripada beberapa perkataan,

maka terdapat dua jenis hubungan antara perkataan tersebut, iaitu inti + penerang dan

inti + inti.

Page 6: Contoh Kerja Kursus Bahasa Melayu Tingkatan 6 Penggal 3 2015 (STPM) ( Frasa Nama Dalam Akhbar BERITA HARIAN )

Binaan inti + penerang terdiri daripada satu perkataan yang merupakan inti bagi

seluruh frasa nama tersebut, manakala perkataan yang lain merupakan penerang.

Perkataan yang menjadi penerang tersebut boleh hadir selepas inti atau sebelum inti.

Binaan inti + inti terdiri daripada dua unsur inti di dalam frasa nama itu. Dalam

binaan ini, tidak ada perkataan yang menerangkan inti.

Binaan frasa nama yang terdiri daripada inti + penerang ialah binaan yang terdiri

daripada kata nama yang menjadi inti, manakala penerang berfungsi untuk

memberikan penerangan lanjut tentang inti frasa nama itu. Frasa nama yang terbentuk

daripada binaan inti + penerang boleh terdiri daripada hubungan yang berikut :

(1) Inti + Penerang nama

(2) Inti + Penerang bukan nama

2.0 Objektif Kajian

Objektif kajian ini adalah untuk :

(a) untuk mengenal pasti dan mengumpulkan binaan frasa nama inti + penerang nama dan inti +

penerang bukan nama dari akhbar Berita Harian ;

(b) untuk menghuraikan binaan frasa nama inti + penerang nama dan inti + penerang bukan nama

yang terkandung dalam akhbar Berita Harian.

Page 7: Contoh Kerja Kursus Bahasa Melayu Tingkatan 6 Penggal 3 2015 (STPM) ( Frasa Nama Dalam Akhbar BERITA HARIAN )

3.0 Kepentingan Kajian

Hasil kajian ini penting untuk :

(a) memberikan pendedahan dan pengetahuan kepada pengguna bahasa tentang jenis frasa nama yang

terdapat dalam bahasa Melayu;

(b) mendokumentasikan binaan frasa nama yang terdapat dalam bahasa Melayu; dan

(c) sebagai sumber rujukan tambahan kepada pengkaji akan datang yang ingin melakukan kajian

terhadap frasa nama dalam bahasa Melayu.

4.0 Skop Kajian

Skop frasa nama yang akan dikaji adalah dari segi inti + penerang, iaitu binaan frasa nama inti +

penerang nama dan inti + penerang bukan nama.

5.0 Batasan Kajian

Data yang digunakan untuk kajian ini hanya menggunakan data yang diperoleh daripada akhbar

Berita Harian. Dari segi analisis, kajian ini dibuat dengan menganalisis binaan frasa nama dalam

ayat-ayat yang dipilih daripada ruang-ruang yang terdapat dalam Berita Harian berdasarkan kajian

nahu. Sebahagian frasa nama tersebut boleh dirujuk pada bahagian lampiran. Data yang terpilih akan

digunakan untuk dianalisis. Pengkaji akan mengutip pelbagai jenis frasa nama dari jenis frasa nama

endosentrik selapis. Frasa nama yang dipilih akan dianalisis dan kemudiannya dihurai berdasarkan

kajian nahu. Kajian ilmiah ini tidak menyentuh langsung pada frasa-frasa selain daripada frasa nama

yang digunakan dalam akhbar Berita Harian.

Page 8: Contoh Kerja Kursus Bahasa Melayu Tingkatan 6 Penggal 3 2015 (STPM) ( Frasa Nama Dalam Akhbar BERITA HARIAN )

6.0 Kaedah Kajian

6.1 Mendapatkan data

Maklumat dalam kajian ini diperoleh dengan cara yang berikut.

6.1.1 Kajian Kepustakaan

Kajian kepustakaan dijalankan untuk mendapatkan bahan-bahan rujukan dan buku

yang berkaitan dengan frasa nama. Maklumat yang diperoleh daripada hasil bacaan,

pihak yang tertentu, dan orang perseorangan dikumpul dan diteliti sebelum proses

menulis dilaksanakan. Selain itu, kajian kepustakaan dijalankan untuk mendapatkan

sumber tambahan bagi melengkapkan kajian ini. Kajian kepustakaan ini juga

melibatkan pencarian maklumat di laman sesawang yang berkaitan untuk

mempercepat proses mendapatkan maklumat yang berkaitan dengan bahan bacaan ini.

6.1.2 Kajian Teks

Kajian ini ialah kajian teks yang menggunakan frasa nama dalam sebuah bahan

khusus, iaitu akhbar Berita Harian ( 8 Mac 2015 ) sebagai sumber rujukan.

6.2 Mengumpulkan Data

Sumber data kajian ini ialah akhbar Berita Harian yang bertarikh 8 Mac 2015. Frasa nama

yang dijadikan asas kajian ini, dikenal pasti dan dikaji penggunaannya oleh pengkaji.

6.3 Menganalisis dan Mempersembahkan Data

Analisis data dilakukan dengan menganalisis binaan dan penggunaan frasa nama dalam

bahasa Melayu.

Page 9: Contoh Kerja Kursus Bahasa Melayu Tingkatan 6 Penggal 3 2015 (STPM) ( Frasa Nama Dalam Akhbar BERITA HARIAN )

7.0 Dapatan Kajian

Bahagian ini akan menghuraikan jenis binaan frasa nama, iaitu inti + penerang yang terdiri daripada

binaan inti + penerang nama, dan inti + penerang bukan nama dalam akhbar Berita Harian.

Frasa nama ( FN ) ialah binaan yang boleh mengandungi satu kata atau lebih, dan kata intinya ialah

kata nama. Frasa nama merupakan salah satu daripada konstituen utama dalam binaan ayat. Frasa

nama mengandungi kata nama sebagai inti frasa. Inti frasa nama boleh terdiri daripada kata nama

tunggal, kata nama terbitan, atau kata ganti nama. Bagi frasa nama yang terdiri daripada satu

perkataan, intinya ialah perkataan itu sendiri. Bagi frasa nama yang terbentuk daripada beberapa

perkataan, maka terdapat dua jenis hubungan antara perkataan tersebut, iaitu :

(1) inti + penerang

(2) inti + inti

Penyelidik akan mengkaji binaan inti + penerang terdiri daripada satu perkataan yang merupakan

inti bagi seluruh frasa nama tersebut, manakala perkataan yang lain merupakan penerang. Perkataan

yang menjadi penerang tersebut boleh hadir selepas inti atau sebelum inti. Binaan inti + inti terdiri

daripada dua unsur inti di dalam frasa nama itu. Dalam binaan ini, tidak ada perkataan yang

menerangkan inti. Binaan frasa nama yang terdiri daripada inti + penerang ialah binaan yang terdiri

daripada kata nama yang menjadi inti, manakala penerang berfungsi untuk memberikan penerangan

lanjut tentang inti frasa nama itu. Frasa nama yang terbentuk daripada binaan inti + penerang boleh

terdiri daripada hubungan yang berikut :

(1) Inti + Penerang nama

(2) Inti + Penerang bukan nama

Page 10: Contoh Kerja Kursus Bahasa Melayu Tingkatan 6 Penggal 3 2015 (STPM) ( Frasa Nama Dalam Akhbar BERITA HARIAN )

7.1 Inti + Penerang nama

Bagi binaan frasa nama jenis ini, intinya ialah kata nama, manakala penerangnya juga merupakan

kata nama. Penerang ini memberikan penjelasan lanjut tentang inti. Dalam Bahasa Melayu, terdapat

14 jenis penerang nama. Dalam akhbar Berita Harian yang dikaji terdapat 13 jenis binaan sahaja,

kecuali penerang nama tenaga penggerak.

(a) inti + penerang nama keturunan

Penerang nama keturunan merujuk kepada nama bangsa atau suku bangsa bagi inti kata nama.

Unsur penerang ini merupakan kata nama khas. Contohnya :

(1) “Kami berada di sini untuk menunaikan janji kepada penduduk Islam lelaki dan wanita

bahawa cuti hari kebesaran Islam akan diiktiraf dalam kalendar sekolah supaya pelajar

boleh merayakan hari itu tanpa meninggalkan kelas”. ( halaman 2 )

(b) inti + penerang nama jenis

Penerang nama jenis ini merujuk kepada jenis-jenis tertentu bagi nama-nama tersebut.

Contohnya :

(1) Ia menjadi daerah sekolah terbesar di Amerika Syarikat yang berbuat demikian.

( halaman 2 )

(c) inti + penerang nama tempat

Penerang nama tempat merujuk kepada lokasi bagi inti. Contohnya :

(1) Tambahan dua hari cuti umum itu bagi menunaikan janji de Blasio ketika kempennya bagi

meraikan peningkatan dan pelbagai keturunan rakyat bandar raya itu yang beragama

Islam, lapor akhbar New York Times. ( halaman 2 )

Page 11: Contoh Kerja Kursus Bahasa Melayu Tingkatan 6 Penggal 3 2015 (STPM) ( Frasa Nama Dalam Akhbar BERITA HARIAN )

(d) inti + penerang nama milik

Penerang nama milik merujuk kepada kepunyaan bagi inti. Contohnya :

(1) Sekolah kerajaan di Bandaraya New York mendapat dua hari bagi cuti umum tambahan

pada 2015, iaitu ketika sambutan Aidilfitri dan Aidiladha. ( halaman 2 )

(e) inti + penerang nama kelamin

Penerang nama kelamin atau gender merujuk kepada jenis jantina bagi inti. Contohnya :

(1) Terletak di tingkat 12, ia dilengkapi dengan tempat wuduk dan juga bidai bagi

mengasingkan jemaah lelaki dan wanita. ( halaman 4 )

(f) inti + penerang nama kegunaan

Penerang nama kegunaan merujuk kepada fungsi atau peranan kepada inti. Perkataan yang

menjadi penerang terdiri daripada perkataan peN-. Contohnya :

(1) Penyelidik di Institut Teknologi India mengkaji berapa kerap sebatian perisa sama

digunakan dalam bahan makanan. ( halaman 1 )

(g) inti + penerang nama penyambut

Penerang nama penyambut merujuk kepada perkara atau benda yang menjadi objek atau

penyambut kepada inti. Contohnya :

(1) Setibanya di Lapangan Terbang Antarabangsa Haneda ( LTAH ), Tokyo, kami disambut

oleh pemandu pelancong, Kyoko Okuda dan Yoshiro Shibata. ( halaman 4 )

(h) inti + penerang nama arah

Penerang nama arah merujuk kepada hala atau arah bagi inti. Oleh itu, penerang jenis ini

merupakan kata arah. Contohnya :

(1) Keadaan ini berbeza dengan hidangan Barat yang berkongsi perisa sama. ( halaman 1 )

Page 12: Contoh Kerja Kursus Bahasa Melayu Tingkatan 6 Penggal 3 2015 (STPM) ( Frasa Nama Dalam Akhbar BERITA HARIAN )

(i) inti + penerang nama anggota badan

Penerang nama anggota badan merujuk kepada bahagian anggota badan yang berkaitan

dengan inti. Contohnya :

(1) Bagi golongan pakar, segala rahsia peribadi dan sikap perilaku anda akan terdedah

sekiranya pihak ini dapat melihat tulisan tangan anda. ( halaman 3 )

( j) inti + penerang nama perkara

Penerang nama perkara merujuk kepada perihal atau perkara yang menerangkan inti. Kata

sendi nama tentang dapat disisipkan di antara inti dengan penerang. Contohnya :

(1) Dia ini bukan saja, mampu untuk melakukan pelbagai kemahiran seperti mendaki, malah

pantas dalam acara pecut, acara individu, ujian masa dan persuit,” katanya yang juga

berharap dapat membantu memajukan perniagaan gerai makan keluarganya di Batu

Pahat. ( halaman 5 )

(k) inti + penerang nama khas

Penerang nama khas merujuk kepada nama khas atau khusus bagi menerangkan inti.

Contohnya :

(1) Sebelum ini, bekas pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Datuk Syed Esa, Batu Pahat

itu memenangi emas pada Kejohanan Berbasikal Trek Remaja Kebangsaan pada tahun

lalu, selain pingat sama pada acara trek dan lebuh raya dalam saingan Sportexcel-Milo-

NSC-PKBM-PKBL. ( halaman 5 )

Page 13: Contoh Kerja Kursus Bahasa Melayu Tingkatan 6 Penggal 3 2015 (STPM) ( Frasa Nama Dalam Akhbar BERITA HARIAN )

(l) inti + penerang nama gelaran atau panggilan

Penerang nama gelaran atau panggilan merujuk kepada nama gelaran atau panggilan bagi

menerangkan inti. Binaan bentuk ini merupakan kekecualian daripada Hukum D-M, yakni

penerang terletak di hadapan inti. Contohnya :

(1) Datuk Bandar tunai janji sebagai hormati penduduk Islam. ( halaman 2 )

(m) inti + penerang nama penentu belakang

Penerang nama penentu belakang ialah unsur yang hadir selepas kata nama atau frasa nama.

Fungsi penentu adalah untuk menutup frasa nama. Perkataan yang menjadi penerang nama

penentu belakang ialah perkataan itu dan ini. Contohnya :

(1) “Selain itu, saya juga sangat meminati bekas pelumba basikal kebangsaan, M Kumaresan.

( halaman 5 )

Page 14: Contoh Kerja Kursus Bahasa Melayu Tingkatan 6 Penggal 3 2015 (STPM) ( Frasa Nama Dalam Akhbar BERITA HARIAN )

7.2 Inti + Penerang bukan nama

Binaan frasa nama jenis ini terbentuk daripada inti yang diikuti oleh penerangnya yang bukan

daripada kata nama. Dalam Bahasa Melayu, terdapat 6 jenis penerang bukan nama. Dalam akhbar

Berita Harian yang dikaji terdapat 5 jenis binaan sahaja, kecuali penerang bukan nama adverba.

(a) inti + penerang penentu depan

Penerang penentu depan ialah unsur yang hadir di hadapan kata nama. Penerang penentu

depan terdiri daripada kata bilangan yang boleh atau tidak boleh diikuti oleh penjodoh

bilangan. Binaan frasa nama jenis ini terkecuali daripada Hukum D-M. Contohnya :

(1) Perjalanan ke Tokyo mengambil masa selama tujuh jam. ( halaman 4 )

(b) inti + penerang kata kerja

Penerang kata kerja merujuk kepada unsur yang menerangkan perlakuan kepada inti. Kata

sendi nama untuk dapat disisipkan di antara inti dengan penerang. Contohnya :

(1) Justeru, saya menyahut cabaran beberapa teman, merasai pengalaman mengujakan di air

terjun Sungai Pisang. ( halaman 6 )

(c) inti + penerang adjektif

Penerang adjektif merujuk kepada unsur yang menerangkan sifat bagi inti. Perkataan yang

menjadi penerang sifat terdiri daripada kata adjektif. Contohnya :

(1) Bilik yang disediakan sangat bersih dan turut dilengkapi dengan kemudahan untuk

mengambil wuduk. ( halaman 4 )

Page 15: Contoh Kerja Kursus Bahasa Melayu Tingkatan 6 Penggal 3 2015 (STPM) ( Frasa Nama Dalam Akhbar BERITA HARIAN )

(d) inti + penerang frasa sendi nama

Penerang frasa sendi nama merujuk kepada unsur yang mengandungi kata sendi nama diikuti

oleh kata nama atau fasa nama bagi menerangkan inti. Contohnya :

(1) Lawatan hari pertama berakhir di Nakamise Street, Asakusa yang turut menjadi lokasi

kuil Buddha yang terkemuka di Jepun. ( halaman 4 )

(e) inti + penerang bilangan ordinal

Penerang bilangan merujuk kepada bilangan ordinal, yakni menunjukkan kedudukan dari segi

urutan bilangan bagi inti. Contohnya :

(1) Faktor kedua ialah saiz huruf digunakan dengan andaian seseorang yang memiliki saiz

tulisan besar bersikap peramah dan ekstrovert manakala tulisan bersaiz kecil

membayangkan seseorang yang suka menyendiri dan introvert. ( halaman 3 )

Page 16: Contoh Kerja Kursus Bahasa Melayu Tingkatan 6 Penggal 3 2015 (STPM) ( Frasa Nama Dalam Akhbar BERITA HARIAN )

Lampiran 1

a) Binaan inti + penerang nama

Senarai binaan inti + penerang nama keturunan

Bil Contoh Lampiran

1.

2.

3.

4.

5.

“Kami berada di sini untuk menunaikan janji kepada

penduduk Islam lelaki dan wanita bahawa cuti hari kebesaran

Islam akan diiktiraf dalam kalendar sekolah supaya pelajar

boleh merayakan hari itu tanpa meninggalkan kelas”.

Saintis akhirnya menemui rahsia keenakan kari India yang

terkenal di seluruh dunia selepas mengkaji lebih 2,000 resipi.

Mereka mendakwa, tidak seperti hidangan Barat yang

cenderung memasukkan perisa serupa pada masa sama, seperti

bir dan daging, makanan India menggunakan sekurang-

kurangnya tujuh bahan yang tidak mengandungi perisa sama.

Bagaimanapun, ia tidak sama sekali menjadi masalah kepada

masyarakat Muslim kerana budaya masyarakatnya yang

menghormati penganut agama yang lain.

Pengalaman yang agak menarik apabila menyaksikan beberapa

warga Jepun yang bukan beragama Islam datang ke masjid ini

semata-mata ingin berasa tenang mendengar alunan bacaan al-

Quran yang berkumandang syahdu.

2

1

1

4

4

Page 17: Contoh Kerja Kursus Bahasa Melayu Tingkatan 6 Penggal 3 2015 (STPM) ( Frasa Nama Dalam Akhbar BERITA HARIAN )

Senarai binaan inti + penerang nama jenis

Bil Contoh Lampiran

1.

2.

3.

4.

5.

Ia menjadi daerah sekolah terbesar di Amerika Syarikat yang

berbuat demikian.

Disebabkan sampai sekitar jam 6 pagi (waktu tempatan),

kami dibawa ke bilik solat yang terletak di tingkat tiga untuk

menunaikan solat Subuh.

Terletak di tingkat 12, ia dilengkapi dengan tempat wuduk

dan juga bidai bagi mengasingkan jemaah lelaki dan wanita.

Dalam mencapai sasaran ke arah itu, saya akan bekerja kuat

dan menjadi pelumba yang terbaik di Malaysia dan rantau

ini”, katanya yang mendapat dorongan kuat dari ayahnya

yang juga bekas pelumba basikal kebangsaan, Abd Halil

Hashim sepanjang terbabit dalam sukan berbasikal.

Dia ini bukan saja, mampu untuk melakukan pelbagai

kemahiran seperti mendaki, malah pantas dalam acara pecut,

acara individu, ujian masa dan persuit,” katanya yang juga

berharap dapat membantu memajukan perniagaan gerai

makan keluarganya di Batu Pahat.

2

4

4

5

5

Page 18: Contoh Kerja Kursus Bahasa Melayu Tingkatan 6 Penggal 3 2015 (STPM) ( Frasa Nama Dalam Akhbar BERITA HARIAN )

Senarai binaan inti + penerang nama tempat

Bil Contoh Lampiran

1.

2.

3.

4.

Tambahan dua hari cuti umum itu bagi menunaikan janji de

Blasio ketika kempennya bagi meraihkan peningkatan dan

pelbagai keturunan rakyat bandar raya itu yang beragama

Islam, lapor akhbar New York Times.

Mereka menilai resipi dalam TarlaDalal.com, mengkaji

perbezaan tahap molekul halus yang membezakan hidangan,

menurut laporan Washington Post.

Kami dibawa ke Masjid Cami’I, yang dibina oleh komuniti

Turki pada tahun 1983.

Selepas bersolat, kami menikmati sarapan sebelum dibawa

melihat bandar Tokyo.

2

1

4

4

Senarai binaan inti + penerang nama milik

Bil Contoh Lampiran

1.

2.

Sekolah kerajaan di Bandaraya New York mendapat dua hari

bagi cuti umum tambahan pada 2015 iaitu ketika sambutan

Aidilfitri dan Aidiladha.

Masyarakat Jepun terkenal dengan kepantasan mereka

berjalan, oleh itu bersiap sedia untuk „dilanggar‟ jika anda

berjalan longgang kangkung semasa melintasi Shibuya

Crossing.

2

4

Page 19: Contoh Kerja Kursus Bahasa Melayu Tingkatan 6 Penggal 3 2015 (STPM) ( Frasa Nama Dalam Akhbar BERITA HARIAN )

Senarai binaan inti + penerang nama kelamin

Bil Contoh Lampiran

1.

Terletak di tingkat 12, ia dilengkapi dengan tempat wuduk

dan juga bidai bagi mengasingkan jemaah lelaki dan wanita.

4

Senarai binaan inti + penerang nama kegunaan

Bil Contoh Lampiran

1.

2.

Penyelidik di Institut Teknologi India mengkaji berapa kerap

sebatian perisa sama digunakan dalam bahan makanan.

Bagaimanapun , ia tidak sama sekali menjadi masalah kepada

masyarakat Muslim kerana budaya masyarakatnya yang

menghormati penganut agama yang lain.

1

4

Senarai binaan inti + penerang nama penyambut

Bil Contoh Lampiran

1.

2.

Setibanya di Lapangan Terbang Antarabangsa Haneda

(LTAH ), Tokyo, kami disambut oleh pemandu pelancong,

Kyoko Okuda dan Yoshiro Shibata.

Selepas menyertai sejumlah perlumbaan peringkat kebangsaan

dan antarabangsa, pelumba basikal negara, Mohamad Izzat

Hilmi Abd Halil kini memasang impian melangkah lebih jauh

pada masa hadapan.

4

5

Page 20: Contoh Kerja Kursus Bahasa Melayu Tingkatan 6 Penggal 3 2015 (STPM) ( Frasa Nama Dalam Akhbar BERITA HARIAN )

Senarai binaan inti + penerang nama arah

Bil Contoh Lampiran

1.

Keadaan ini berbeza dengan hidangan Barat yang berkongsi

perisa sama.

1

Senarai binaan inti + penerang anggota badan

Bil Contoh Lampiran

1.

2.

Bagi golongan pakar, segala rahsia peribadi dan sikap perilaku

anda akan terdedah sekiranya pihak ini dapat melihat tulisan

tangan anda.

Laluan bertambah sukar apabila akar kayu yang saiznya

sebesar lengan berselirat di sepanjang perjalanan.

3

6

Senarai binaan inti + penerang nama perkara

Bil Contoh Lampiran

1.

2.

Dia ini bukan saja, mampu untuk melakukan pelbagai

kemahiran seperti mendaki, malah pantas dalam acara pecut,

acara individu, ujian masa dan persuit,” katanya yang juga

berharap dapat membantu memajukan perniagaan gerai

makan keluarganya di Batu Pahat.

Justeru, saya menyahut cabaran beberapa teman, merasai

pengalaman yang mengujakan di air terjun Sungai Pisang.

5

6

Page 21: Contoh Kerja Kursus Bahasa Melayu Tingkatan 6 Penggal 3 2015 (STPM) ( Frasa Nama Dalam Akhbar BERITA HARIAN )

Senarai binaan inti + penerang nama khas

Bil Contoh Lampiran

1.

2.

Sebelum ini, bekas pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan

Datuk Syed Esa, Batu Pahat itu memenangi emas pada

Kejohanan Berbasikal Trek Remaja Kebangsaan pada tahun

lalu, selain pingat sama pada acara trek dan lebuh raya dalam

saingan Sportexcel-Milo- NSC-PKBM-PKBL.

Selesai menunaikan solat di situ, kami bergerak ke Istana

Maharaja Jepun atau Imperial Palace.

5

4

Senarai binaan inti + penerang nama gelaran atau panggilan

Bil Contoh Lampiran

1.

Datuk Bandar tunai janji sebagai hormati penduduk Islam.

2

Senarai binaan inti + penerang nama penentu belakang

Bil Contoh Lampiran

1.

2.

3.

“Selain itu, saya juga sangat meminati bekas pelumba basikal

kebangsaan, M Kumaresan.

Keadaan ini berbeza dengan hidangan Barat yang berkongsi

perisa sama.

Tugasan ini seakan-akan mengembara beberapa tempat di

Jepun yang dibawa oleh Japan National Tourism Organisation

(JNTO) dan Singapore Airlines.

5

1

4

Page 22: Contoh Kerja Kursus Bahasa Melayu Tingkatan 6 Penggal 3 2015 (STPM) ( Frasa Nama Dalam Akhbar BERITA HARIAN )

4. Berkongsi serba sedikit ramuan kejayaannya ketika ini,

Mohamad Izzat berkata, ia berkat daripada disiplin tinggi

yang diamalkannya sejak dulu.

5

b) Binaan inti + penerang bukan nama

Senarai binaan inti + penerang penentu depan

Bil Contoh Lampiran

1.

2.

3.

Perjalanan ke Tokyo mengambil masa selama tujuh jam.

Turut serta ialah sekumpulan jurulatih profesional daripada

Hikers Climber Adventure Team Sdn.Bhd, Shah Alam.

Jumlah masyarakat Muslim di Jepun masih sedikit, dengan

hanya kurang satu peratus daripada keseluruhan 127 juta

rakyatnya.

4

6

4

Senarai binaan inti + penerang kata kerja

Bil Contoh Lampiran

1.

Justeru, saya menyahut cabaran beberapa teman, merasai

pengalaman mengujakan di air terjun Sungai Pisang.

6

Page 23: Contoh Kerja Kursus Bahasa Melayu Tingkatan 6 Penggal 3 2015 (STPM) ( Frasa Nama Dalam Akhbar BERITA HARIAN )

Senarai binaan inti + penerang adjektif

Bil Contoh Lampiran

1.

2.

3.

4.

5.

Bilik yang disediakan sangat bersih dan turut dilengkapi

dengan kemudahan untuk mengambil wuduk.

Mereka menilai resipi dalam TarlaDalal.com, mengkaji

perbezaan tahap molekul halus yang membezakan hidangan,

menurut laporan Washington Post.

Namun, apabila memperkatakan mengenai waterfall abseiling

atau conyonning kepuasan dan cabarannya berganda apabila

perlu „melawan kederasan air terjun, ketinggiannya‟ serta

permukaan berbatu yang sangat licin.

Apabila berdepan situasi pokok tumbang di tengah perjalanan,

saya diuji dengan ketahanan fizikal apabila perlu memanjat

sambil memikul beg galas dengan muatan berat!

Faktor kedua ialah saiz huruf digunakan dengan andaian

seseorang yang memiliki saiz tulisan besar bersikap peramah

dan ekstrovert manakala tulisan bersaiz kecil membayangkan

seseorang yang suka menyendiri dan introvert.

4

1

6

6

3

Page 24: Contoh Kerja Kursus Bahasa Melayu Tingkatan 6 Penggal 3 2015 (STPM) ( Frasa Nama Dalam Akhbar BERITA HARIAN )

Senarai binaan inti + penerang frasa sendi nama

Bil Contoh Lampiran

1.

2.

Lawatan hari pertama berakhir di Nakamise Street, Asakusa

yang turut menjadi kuil Buddha yang terkemuka di Jepun.

Masjid Cami‟I boleh memuatkan sehingga 650 jemaah pada

satu-satu masa dan ia sering mengadakan acara kerohanian

bagi masyarakat Islam di Tokyo.

4

4

Senarai binaan inti + penerang bilangan ordinal

Bil Contoh Lampiran

1.

2.

3.

Faktor kedua ialah saiz huruf digunakan dengan andaian

seseorang yang memiliki saiz tulisan besar bersikap peramah

dan ekstrovert manakala tulisan bersaiz kecil membayangkan

seseorang yang suka menyendiri dan introvert.

Lokasi pertama adalah Shibuya Crossing yang sangat terkenal

kerana kesibukannya.

Lawatan hari pertama berakhir di Nakamise Street, Asakusa

yang turut menjadi kuil Buddha yang terkemuka di Jepun.

3

4

4

Page 25: Contoh Kerja Kursus Bahasa Melayu Tingkatan 6 Penggal 3 2015 (STPM) ( Frasa Nama Dalam Akhbar BERITA HARIAN )

Lampiran 2

Rumusan Dapatan Kajian

Binaan Inti + Penerang nama

Bil Binaan Jumlah keseluruhan

1 Inti + Peneranng nama keturunan 5

2 Inti + Penerang nama jenis 5

3 Inti + Penerang nama tempat 4

4 Inti + Penerang nama milik 2

5 Inti + Penerang kelamin 1

6 Inti + Penerang nama kegunaan 2

7 Inti + Penerang nama penyambut 2

8 Inti + Penerang nama arah 1

9 Inti + Penerang anggota badan 2

10 Inti + Penerang nama perkara 2

11 Inti + Penerang nama khas 2

12 Inti + Penerang nama gelaran atau panggilan 1

13 Inti + Penerang nama penentu belakang 3

Page 26: Contoh Kerja Kursus Bahasa Melayu Tingkatan 6 Penggal 3 2015 (STPM) ( Frasa Nama Dalam Akhbar BERITA HARIAN )

Binaan inti + Penerang bukan nama

Bil Binaan Jumlah Keseluruhan

1 Inti + Penerang penentu depan 3

2 Inti + Penerang kata kerja 1

3 Inti + Penerang adjektif 5

4 Inti + Penerang frasa sendi nama 2

5 Inti + Penerang bilangan ordinal 3