LENCANA SMK DATO’ HJ HUSSEIN,34100 SELAMA PERAK KERJA KURSUS GEOGRAFI 23/2 PMR 2011 TAJUK : PENCEMARAN ALAM SEKITAR DI KAWASAN SELAMA PERAK NAMA CALON : NO KP : TINGKATAN: ANGKA GILIRAN : GURU PENILAI : T/TANGAN T/TANGAN
LENCANA
SMK DATO’ HJ HUSSEIN,34100 SELAMA PERAK
KERJA KURSUS GEOGRAFI 23/2
PMR 2011
TAJUK : PENCEMARAN ALAM SEKITAR DI KAWASAN SELAMA PERAK
NAMA CALON :
NO KP :
TINGKATAN:
ANGKA GILIRAN :
GURU PENILAI :
T/TANGAN T/TANGAN CALON GURU PENILAI
ISI KANDUNGAN HALAMAN
PENGHARGAAN 1
PENDAHULUAN 2
OBJEKTIF KAJIAN 3
KAWASAN KAJIAN 4 - 6
KAEDAH KAJIAN 7
DAPATAN KAJIAN 8 -13
RUMUSAN 14
LAMPIRAN 15-17
RUJUKAN 18
PENGHARGAAN
Terima kasih kepada;
1. Tuan pengetua, Encik Norazwar Bin Mohd Noor kerana telah
memberi kebenaran menjalankan kerja kursus ini.
2. Puan Badariyah Mt Nor selaku guru mata pelajaran Geografi
yang telah banyak memberi bimbingan dan tunjuk ajar serta
panduan.
3. Ibu,______________________dan bapa___________________
Yang telah memberi sokongan dari segi moral dan material.
4. Teman-teman seperjuangan,_____________________________
____________________________ dan____________________
yang banyak membantu.
1
PENDAHULUAN
Tajuk kajian saya ialah Pencemaran Alam Sekitar di Kawasan Selama
Perak. Saya memilih Selama kerana merupakan tempat tinggal saya. Dari itu saya
mudah mendapat maklumat.
Tempoh kajian ini dilaksanakan lebih kurang tiga bulan bermula bulan
Februari hingga April.
2
OBJEKTIF KAJIAN
1. Mentakrif konsep pencemaran alam sekitar.
2. Mengemukakan jenis-jenis pencemaran alam sekitar.
3. Mengenalpasti punca pencemaran alam sekitar di Selama.
4. Menyatakan dan menghuraikan kesan pencemaran alam sekitar di Selama.
5. Mencadangkan langkah-langkah mengurangkan kesan pencemaran alam sekitar di
Selama.
6. Menerapkan nilai dan unsur-unsur patriotism dalam dapatan kajian.
3
KAWASAN KAJIAN
Saya telah memilih Selama sebagai kawasan kajian saya. Selama terletak di Mukim
Selama dalam daerah Larut Matang dan Selama. Selama berada di antara Bandar Taiping
dan bandar Kulim. Jarak mutlak Selama dengan Taiping melalui jalan raya ialah 50
kilometer.
Selama terletak di kawasan tanah pamah rendah dan beralun. Ini membolehkan
kelapa sawit dan getah ditanam secara meluas.
Keluasan kawasan kajian saya ialah dalam lingkungan lima kilometer persegi.
4
PETA DAERAH SELAMA
5
PETA KAWASAN KAJIAN
6
KAEDAH KAJIAN
Saya telah menggunakan beberapa kaedah untuk mendapatkan maklumat yang
tepat dan benar. Kaedah yang telah saya gunakan ialah :
Pemerhatian
Saya telah memerhati pandang darat fizikal dan budaya di daerah Selama.
Soal selidik
Saya telah mendapatkan maklumat berkaitan tajuk kajian dari 20 orang responden.
Rujukan
Saya telah melayari internet untuk mendapatkan maklumat berkaitan Selama dan
berkaitan pencemaran alam sekitar
7
DAPATAN KAJIAN
8.1 Konsep Pencemaran Alam Sekitar.
Pencemaran boleh ditakrifkan sebagai pembuangan benda-benda atau
bahan-bahan hasil daripada aktiviti manusia kealam persekitaran yang
menyebabkan terganggunya keselesaan kehidupan.
Contoh pencemaran alam sekitar ialah pencemaran air, udara, tanih, bunyi
dan bau.
8.2 Jenis Pencemaran Alam Sekitar Di Selama
Kawasan selama merupakan kawasan pertanian kelapa sawit dan getah.
Terdapat kilang kelapa sawit dan getah di sini. Kilang-kilang ini telah
menyumbang kepada pencemaran di Selama. Pencemaran yang dikenalpasti
wujud di Selama ialah pencemaran udara. Habuk, asap, kabus, wap atau bahan-
bahan lain yang boleh menghalang penglihatan mata merupakan pelbagai bentuk
pencemaran udara Selain dari asap kilang terdapat aktiviti ternakan ayam yang
menyumbang kepada pencemaran bau.
8.3 Punca pencemaran alam sekitar di Selama
Hasil daripada pemerhatian dan soal selidik punca-punca pencemaran udara di
Selama ialah dari aktiviti perkilangan, kenderaan bermotor, dan pembakaran
terbuka. Manakala punca pencemaran bau ialah dari aktiviti penternakan ayam.
8
8.3.1 Perkilangan
Terdapat dua buah kilang di Selama yang memproses hasil pertanian. Pertama
kelapa sawit iaitu kilang Malmaju dan yang kedua kilang getah, kilang Yap
Heng. Kedua-dua kilang ini telah mengeluarkan asap yang banyak terutama pada
waktu malam. Kilang ini tidak menyediakan penapis asap kerana asap yang keluar
adalah berwarna hitam.
8.3.2 Kenderaan
Jumlah kenderaan bermotor telah bertambah di selama. Peningkatan jumlah
ini adalah kerana meningatnya taraf hidup masyarakat di Selama. Namun keaadan
ini telah menyumbang bahaya kepada penduduk kerana jumlah asap dari
kenderaan juga telah bertambah. Asap kenderaan mengandungi gas beracun iaitu
karbon monoksida. Ia boleh menjejaskan kesihatan manusia dan menipiskan
lapisan ozon.
8.3.3 Pembakaran terbuka
Lokasi pembuangan sampah di Selama ialah di Kampung Lampin. Tempat ini
telah dijadikan tempat pelupusan sampah sejak sekian lama. Namun kaedah
pelupusannya tidak sistematik. Sampah dibakar tanpa kawalan. Ini telah
menyumbang kepada pencemaran udara di Selama.
8.3.4 Penternakan
Terdapat kawasan penternakan ayam secara komersial di Kampung Lampin.
Penternakan secara terbuka ini telah mendorong kepada pencemaran bau yang
sangat busuk hingga mengganggu keselesaan penduduk.
9
Sebagai penduduk yang tinggal lama di Selama kita mestilah mempunyai
sikap bertanggungjawab dengan tindakan yang kita lakukan. Kita mesti ada
kesedaran untuk menjaga alam sekitar.
8.4 Kesan Pencemaran Alam Sekitar di Selama
8.4.1 Hujan Asid
Kejadian hujan asid berpunca daripada pelepasan asap dari kilang kelapa sawit
dan getah serta kenderaan bermotor. Asap mengandungi gas beracun seperti
karbon dioksida, sulfur dioksida dan nitrogen oksida. Hujan asid boleh
menjejaskan kesihatan terutama asma. Hasil daripada soal selidik ramai kanak-
kanak dan orang tua menghidap asma.
8.4.2 Jerebu
Bila sampah dibakar dan pada masa yang sama kilang mengeluarkan asap
maka akan menyebabkan jerebu. Sehingga sekarang jarak penglihatan masih
pada jarak yang terkawal.
8.4.3 Penyakit
Hasil daripada soal selidik ramai kanak-kanak dan orang tua menghidap asma
dan sering demam. Ini adalah kesan daripada udara beracun yang dilepaskan oleh
asap kilang dan jerebu.
8.4.4 Udara Tercemar
Kesan pencemaran juga menyebabkan udara di Selama tercemar. Asap kilang
mengeluarkan bahan ampaian seperti debu ,habuk, kabus, wap gas seperti karbon
monoksida, nitrogen oksida, hidrokarbon, sulfur oksida serta bau-bauan. 10
8.4.5 Bau Busuk
Bau busuk daripada reban penternakan ayam secara terbuka juga telah mengganggu
keselesaan hidup penduduk sekitarnya. Terutama penduduk yang tinggal di Taman Permai
dan Taman Merdeka.
Walaupun terdapat kesan-kesan pencemaran seperti yang dinyatakan di atas, namun
saya tetap bersyukur dapat tinggal di sini kerana pencemaran udara dan bau ini masih
terkawal dan tidak serius.
8.5 Langkah-langkah mengurangkan kesan pencemaran alam sekitar di Selama
8.5.1. Kuat kuasa undang-undang
50% dari responden mensarankan agar pihak berwajib mengenakan tindakan undang-
undang seperti denda ke atas kilang yang tidak mengikut peraturan. Akta alam sekitar.....
harus dipatuhi supaya pencemaran berada di tahap minimum.
8.5.2. Kempen
Pihak Majlis daerah Selama haruslah sentiasa mengingatkan penduduk agar sentiasa
menjaga persekitaran dari dicemar. Kempen kesedaran juga harus dipanjangkan kepada
kilang-kilang yang beroperasi di Selama.
8.5.3. Tapak pelupusan
Dicadangkan agar tapak pelulusan dibuat secara sistematik dan tertutup. Pembakaran
secara terbuka dilarang sama sekali.
8.5.4 Penapis asap
Pihak kilang diwajibkan memasang penapis asap supaya asap yang dilepaskan di
udara tidak mengandungi racun.
11
Daripada langkah-langkah yang disarankan kerjasama semua piahk perlu
diwujudkan agar tidak berlaku pencemaran alam sekitar di Selama.
BAHAN GRAFIK
1. Jadual dan Carta Pai
Tajuk : Punca-punca Pencemaran di Selama Perak
Punca Pencemaran Alam Sekitar Bilangan responden(orang) Peratus(%)
1. Perkilangan 9 45
2. Kenderaan 8 40
3. Pembakaran terbuka 2 10
4. Penternakan 1 5
Jumlah 20 100
Sumber: Soal selidik
12
2. Peta Minda
Tajuk : Kesan-kesan pencemaran alam sekitar di Selama Perak
HUJH
KESAN-KESAN PENCEMARAN ALAM SEKITAR DI SELAMA
Hujan Asid
Bau busuk
Jerebu
Udara tercemar Penyakit
13
RUMUSAN
Hasil daripada kajian yang telah saya lakukan , ada dua jenis pencemaran
alam sekitar di Selama iaitu pencemaran udara dan pencemaran bau.
Punca-punca pencemaran yang telah dikenalpasti ialah daripada aktiviti
perkilangan, kenderaan, pembakaran terbuka dan penternakan.
Kesan daripada aktiviti di atas ialah berlakunya hujan asid, jerebu, penyakit,
udara tercemar dan bau busuk.
Antara langkah yang dicadangkan ialah kuat kuasa undang-undang, kempen
cintai alam sekitar, wujudkan tapak pelupusan sampah yang bersisitematik serta
mewajibkan kilang memasang penapis asap.
Kita sebagai penduduk tetap daerah Selama hendaklah sentiasa peka dan
perihatin dengan persekitaran. Elakkan dari melakukan aktiviti yang boleh
mencemarkan alam sekitar.
14
LAMPIRAN
Surat-surat berkaitan
15
Contoh Borang soal selidik
KERJA KURSUS GEOGRAFI PMRBORANG SOAL SELIDIK
1. Nama :....................................................................
2. No kad pengenalan :...............................................
3. Jantina : Lelaki Perempuan
4. Bangsa : Melayu Cina India Lain-lain
5. Alamat :........................................................................................................
6. Tempoh menetap di sini :.............................................
7. Punca pencemaran alam sekitar di kawasan Selama ( pilih empat sahaja ):
Perkilangan
Kenderaan
Pembakaran terbuka
Baja Kimia
Sampah sarap
Sisa domestik
Penternakan 16
8. Kesan-kesan pencemaran alam sekitar di kawasan Selama (pilih lima sahaja ):
Hujan asid
Jerebu
Penyakit
Suhu meningkat
Udara tercemar
Penternakan
Lain-lain(nyatakan)___________________________________________________
______________________________________________
9. Cadangan untuk mengurangkan kesan pencemaran alam sekitar:
(pilih empat sahaja)
Kuat kuasa undang-undang
Kempen cintai alam sekitar
Penapis asap
Petrol tanpa plumbam
Tapak pelupusan
Lain-lain nyatakan:_________________________________________________________
___________________________________________________________
Terima kasih di atas kerjasama 17
RUJUKAN
1. Khaw Ah Seng, 2004, Geografi Tingkatan 3, PTS Publications Sdn Bhd.
Nama penulis, tahun, nama buku, penerbit
2. http:www.pencemaran alam sekitar (Folio Moral)
3. surat khabar :
nama penulis, tarikh, nama akhbar
4. orang sumber :
nama, umur,alamat, jawatan