Contoh Karangan SPM: Langkah-langkah mengatasi Masalah
Vandalisme dalam kalangan PelajarEra digital ini, kepentingan
melahirkan generasi muda yang cemerlang untuk masa hadapan negara
semakin meningkat. Malangnya, gejala sosial dalam kalangan pelajar
yang kian meruncing membimbangkan semua pihak. Menurut kajian
Kementerian Pelajaran Malaysia, salah satu daripada lapan gejala
salah laku pelajar yang semakin menjadi-jadi kini ialah masalah
vandalisme. Aktiviti vandalisme, atau kegiatan merosakkan harta
benda awam bukan sahaja merugikan pelbagai pihak, malah turut
menjejaskan imej negara kita. Oleh itu, langkah-langkah untuk
mengatasi masalah vandalisme dalam kalangan pelajar perlu
dilaksanakan dengan segera.
Pertama sekali, ibu bapa harus menjalankan peranan penting dalam
menyifarkan masalah vandalisme. Mereka perlu memantau kegiatan
anak-anak mereka supaya tidak terjerumus ke dalam kancah yang
negatif. Bukan itu sahaja, malah pergaulan anak-anak juga patut
diawasi agar tidak melakukan kesilapan dalam memilih rakan.
Lebih-lebih lagi, ibu bapa harus menyemai ilmu keagamaan dalam diri
anak-anak sejak kecil lagi kerana sesungguhnya, melentur buluh
biarlah dari rebungnya. Hal ini demikian kerana ilmu keagamaan
mampu menjadi benteng utama dalam menghalang generasi muda daripada
terpengaruh dengan anasir-anasir negatif seperti kegiatan
vandalisme. Jika ibu bapa melaksanakan peranan mereka dengan
sempurna, pasti masalah vandalisme dapat diatasi dengan mudah.
Selain itu, masyarakat juga perlu memainkan tanggungjawab mereka
demi menangani masalah vandalisme dalam kalangan pelajar. Sebagai
seorang ahli masyarakat, kita harus peka terhadap situasi di
sekeliling kita. Contohnya, jika terlihat perlakuan vandalisme,
kita patut melaporkannya kepada pihak berkuasa. Pendek kata, kita
tidak patut bersikap seperti enau dalam belukar, melepaskan pucuk
masing-masing. Maka, sekiranya masyarakat bersikap proaktif, pasti
kegiatan vandalisme mampu dikurangkan.
Seterusnya, pihak berkuasa turut mempunyai peranan yang penting
dalam mengatasi masalah vandalisme dalam kalangan pelajar.
Hakikatnya, undang-undang kini hanya seperti melukut di tepi
gantang kerana tidak mampu menunjukkan impak yang signifikan dalam
menangani gejala negatif dalam kalangan pelajar. Menyedari realiti
ini, pihak berkuasa perlulah menggubal undang-undang supaya hukuman
yang lebih berat dijatuhkan terhadap si pelaku vandalisme. Pada
masa yang sama, pihak polis harus menjalankan pemantauan yang lebih
kerap dan ketat di kawasan yang berpotensi tinggi berlakunya
kegiatan vandalisme. Jika langkah-langkah ini dilaksanakan dengan
segera, sudah tentu masalah vandalisme boleh disifarkan dalam
kalangan pelajar.
Di samping itu, pihak sekolah patut melaksanakan peraturan
sekolah secara lebih tegas terhadap pelajar. Mereka harus mendenda
pelajar yang melakukan vandalisme di dalam kawasan sekolah.
Misalnya, pelajar yang terlibat dengan vandalisme perlu dirotan
atau dikenakan hukuman gantung sekolah. Tindakan ini dapat
menginsafkan pelajar yang terlibat dan mampu menjadi pengajaran
kepada pelajar-pelajar yang lain. Pihak sekolah juga harus
mengenepikan sikap pilih kasih semasa mengenakan tindakan terhadap
pelajar yang terlibat dengan vandalisme. Langkah ini bukan sahaja
mampu menangani masalah vandalisme, tetapi turut dapat mengurangkan
masalah-masalah disiplin yang lain.
Intihanya, sememangnya terdapat pelbagai langkah yang boleh
dilaksanakan untuk menangani masalah vandalisme dalam kalangan
pelajar. Oleh sebab itu, semua pihak, terutamanya ibu bapa,
masyarakat, pihak kerajaan dan pihak sekolah harus berganding bahu
dan melaksanakan obligasi masing-masing demi mengurangkan gejala
yang semakin serius ini. Jika hasrat tersebut berjaya dilaksanakan,
tidak mustahil negara kita dapat berdiri sama tinggi, duduk sama
rendah dengan negara-negara maju.Semoga dengan penyelesaian masalah
ini, negara kita mampu merealisasikan Wawasan 2020 dan terkenal di
seantero dunia.Langkah-Langkah mengatasi vandalismei.
Penguatkuasaan Undang-undang
Penguatkuasaan dan pelaksanaan undang-undang perlu dijalankan
oleh pihak berkenaan. Di bawah Akta Kerajaan Tempatan 9
Undang-Undang Kecil Vandalisme1991), sesiapa yang didapati
merosakkan harta benda awam boleh didenda membabitkan RM 2,000 atau
penjara tidak lebih setahun jika sabit kesalahan.Pelaksanaan
undang-undang baru menetapkan pesalah-pesalah vandalisme
menjalankan kerja-kerja khidmat masyarakat danmereka juga akan
menggunakan pakaian seragam pesalah vandalisme.(kerja ini dilakukan
di tempat awam seperti pusat membeli-belah)Tindakan tegas perlu
dikenakan kepada pesalah agar menjadi teladan kepada
rakan-rakan.
ii. Peranan Ibu Bapa dan Keluarga
Ibu bapa berperanan memberi tunjuk ajar kepada golongan remaja
tentang falsafah kepentingan harta benda awam. Ibu bapa semestinya
menerangkan kepada anak-anak tentang pentingnya menganggap harta
benda orang lain sama seperti harta sendiri. Secara tidak langsung
sekiranya anak sudah diingatkan dengan falsafah ini maka sudah
tentu masalah vandalisme tidak seteruk hari ini. Ibu bapa perlu
mengasihi dan mendampingi anak-anakmereka supaya tidak berlaku
kebosanan dan kekosongan di hati remaja. Kesedaran perlu diterapkan
untuk membentuk jiwa remaja yang sihat dan fikiran yang matang
sebelum melangkah ke alam dewasa.
iii. Peranan Masyarakat dan Pihak Sekolah.
Setiap anggota masyarakat perlu bersikap prihatin dan memberi
perhatian kepada anak mereka agar tidak melakukan perbuatan yang
salah ini dan masyarakat perlu peka terhadap apa yang berlaku di
sekeliling mereka. Masyarakat perlu proaktif terhadap gejala
vandalisme yang berlaku di kawasan mereka. Selain itu anggota
masyarakat boleh memainkan perananpenting memberikan kefahaman
betapa buruknya akhlak vandalisme. Pihak sekolah patut memberi
nasihat dan bimbingan kepada pelajar mengenai kepentingan harta
awam .Generasi muda perlu diterangkan dengan mendalam tentang
tanggungjawab mereka terhadap harta benda awam. Terangkan kepada
pelajar apa perasaan mereka sekiranya beg sekolah mereka diconteng
atau dikoyak oleh mereka tidak bertanggungjawab Kesedaran seumpama
itu akan sedikit sebanyak memberi gambaran tentangpentingnya sikap
dan tanggungjawab.
iv. Peranan Media Massa
Selain berfungsi sebagai media hiburan dan sumber maklumat
terkini, media massa juga seharusnya ada tanggungjawab sosial
kepada masyarakat. Media massa memainkan peranan dan mempunyai
pengaruh kuat dari segi menanam kesedaran memperoleh kerjasama dan
menyampai maklumat tentang vandalisme dalam apa bentuk rancaangan
yang tersiar atau yang terdapat dalam media massa.Media massa juga
berperananmembantu pihak kerajaan dari segi mengadakan kempen agar
masyarakat faham dan menghayati kempen Harta Awam Milik Bersama
kerana dengan adanya iltizam dan komitmen daripada media massa maka
kempen ini dapat direalisasikan keberkesanannya
*Di ibu negara,Dewan Bandaraya Kuala Lumpur sentiasa sedaya
upaya utnuk meningkatkan kesedaran rakyat tentang pentingnya sikap
memelihara harta benda awam ini dengan membentuk Jawatankuasa
Antivandalisme yang turut dianggotai oleh jabatandan
kerajaanlain.Jawatankuasa Antivandalisme ini telah melibatkan
sekolah dan para remaja untuk turut sama menjayakan kempen
tersebut.
Sejak akhir-akhir ini, gejala vandalisme atau 'laku musnah '
semakin hari semakin meningkat. Gejala ini telah menular ke kawasan
sekolah apabila gejala ini turut melibatkan pelajar sekolah.
Menurut kamus dewan, vandalisme bermaksud kegiatan merosakkan atau
memusnahkan harta benda awam dan juga harta benda orang
lain.Fenomena ini semakin menggusarkan hati pelbagai pihak
memandangkan golongan remaja boleh diibaratkan batu permata yang
bakal mencorakkan masa depan negara. Persoalannya, apakah
usaha-usaha yang perlu dilakukan untuk memerangi gejala negatif
ini?
Sebenarnya, sebelum membincangkan peranan pihak lain, diri
golongan remaja sendiri perlu diberi perhatian. Hal ini demikian
kerana, remaja sendiri dikurniakan akal fikiran untuk berfikir
tentang baik buruknya seuatu perkara. Usaha murni pelbagai pihak
untuk memendung gejala vandalisme tidak akan memberi impak seperti
yang diharap-harapkan jika golongan remaja sendiri tidak bersedia
untuk membuat anjakan paradigma dan mengubah persepsi mereka
terhadap kepentingan menghargai kemudahan awam.Sehubungan dengan
itu, remaja perlu mempunyai sikap bertanggungjawab dan bersyukur
terhadap kemudahan yang disediakan. Contohnya, golongan remaja
haruslah menggunakan dengan berhemah dan sentiasa menjaga kemudahan
yang disediakan oleh ibu bapa di rumah, kemudahan dan peralatan di
sekolah , malahan kemudahan awam yang disediakan oleh pihak
kerajaan. Golongan remaja wajar mempunyai kesedaran dengan
membayangkan kesulitan yang akan timbul jika mereka tinggal si
sesebuah negara yang tidak mempunyai kemudahan awam yang sempurna
seperti negara-negara miskin atau negara yang mengalami pergolakan
dan peperangan. Sekiranya setiap remaja berjaya memupuk kesedaran
ini dalam jiwa mereka, sudah pasti mereka tidak akan tergamak
melakukan kegiatan vandalisme ini. Memang tidak dapat disangkal
lagi, ibu bapa perlu memainkan peranan penting sebagai pihak yang
paling hampir dengan remaja. Didikan agama dan nilai moral yang
sempurna haruslah ditanam dalam jiwa anak-anak mereka sejak kecil
lagi, bak kata pepatahmelentur buluh biarlah dari rebungnya.
Didikan agama yang sempurna mampu menjadi tembok penghalang remaja
daripada melibatkan diri dalam gejala vandalisme. Hal ini demikian
kerana, ajaran agama mementingkan kebaikan dan melarang melakukan
perkara-perkara keburukan.Sehubungan dengan itu, ibu bapa perlu
mendidik anak-anak mereka supaya menghargai harta benda yang ada di
dalam rumah dan menghargai harta benda awam yang terdapat baik di
kawasan tempat tinggal mereka mahupun di tempat lain. Justeru,
didikan sejak peringkat awalumpama sebutir benih yang ditanam,
dibaja, dan disiram setiap hari, bakal tumbuh menjadi pokok yang
subur dan menghijau.
Lanjutan daripada itu,ibu bapa, harus memantau aktiviti-aktiviti
yang biasa dilakukan oleh anak-anak mereka dan mengetahui latar
belakang rakan anak-anak mereka.Ibu bapa yang cemerlang ialah yang
sering menjalinkan hubungan yang baik dengan pihak sekolah untuk
mengetahui perkembangan anak-anak mereka terutama dari segi
sahsiah. Hal ini disebabkan, tidak mustahil berlaku apabila tingkah
laku anak-anak sangat berbeza semasa di sekolah berbanding semasa
di rumah. Contohnya, terdapat remaja yang serig menimbulkan masalah
di sekolah tetapi dimaklumkan oleh ibu bapa sebagai remaja yang
baik tingkah lakunya ketika di rumah. Oleh itu, sekiranya ibu bapa
mendapati anak-anak mereka terlibat dalam gejala vandalisme ini,
tindakan sewajarnya harus diambil sebelumnasi menjadi bubur. Hal
ini termasuklah dengan memberi amaran tegas kepada anak-anak
mereka. Tindakan ini memang sesuai dengan kata orang-orang tua,
sayangkan anak, tangan-tangankan.
Selain itu, pihak sekolah harus mengambil tindakan tegas
terhadap gejala merosakkan harta benda di sekolah. Contohnya, kes
pelajar memecahkan pintu bilik darjah, pintu pagar sekolah, pintu
tandas, merosakkan kerusi meja dan kemudahan sekolah yang lain
serta gejala menconteng dinding bangunan sekolah amat
mendukacitakan pihak sekolah. Hal ini demikian kerana, peruntukan
yang besar terpaksa dikeluarkan untuk menggantikan peralatan
sekolah yang rosak untuk menyediakan persekitaran yang kondusif
kepada guru dan pelajar sepanjang tempoh pengajaran dan
pembelajaran di sekolah. Gejala vandalisme dalam kalangan pelajar
di sekolah mesti dibendung sejak awal dengan mengenal pasti
pelajar-pelajar yang terlibat. Tindakan tegas perlu diambil selaras
dengan peraturan disiplin sekolah contohnya, tindakan amaran, sesi
kaunseling, denda malah sehingga lah pelajar boleh digantung
sekolah supaya gejala ini tidak menular kepada pelajar-pelajar lain
dan menjadiduri dalam dagingkepada pihak sekolah. Malah program
'Polis Angkat' iaitu pihak polis menjadikan sekolah sebagai sekolah
angkat dan menghantar beberapa orang pegawai polis untuk memberi
ceramah tentang vandalisme atau terlibat dalam program sekolah amat
baik untuk mengelakkan pelajar dari terlibat dalam gejala ini. Di
samping itu, masyarakattidak harus berpeluk tubuhapabila gejala
vandalisme berlaku dengan berleluasa di kawasan perumahan mereka.
Sikap mementingkan diri sendiribagai enau dalam belukar ,
melepaskan pucuk masing-masingharus dikikis apatah lagi jika gejala
yang berlaku tidak melibatkan anak atau saudara mara sendiri.Setiap
anggota masyarakat juga tidak harus besikaplepas tangandan hanya
mengharapkan pihak berkuasa sahaja. Amalanhanya menjaga tepi kain
sendiri, dantidak mahu menjaga tepi kain orang lainmungkin tidak
lagi relevan bagi permasalahan vandalisme ini. Justeru, tindakan
segera perlu diambil atas perbuatan seperti menconteng dinding
bangunan, merosakkan telefon awam, buaian di taman permainan dan
tong sampah awam. Sebagai contoh, masyarakat di sesebuah kawasan
itu perlu mengadakan mesyuarat dengan para ibu bapa tentang gejala
itu dan mengenakan tindakan seperti bayaran denda kepada ibu bapa
yang anaknya terlibat dalam salah laku ini. Kesannya, ibu bapa akan
menjadi lebih peka terhadap tindak-tanduk anak-anak mereka. Selain
itu anggota masyarakatperlu prihatin dan melaporkan gejala
vandalisme kepada pihak berkuasajika gejala ini bertambah serius di
kawasan perumahan masing-masih. Jika masyarakat sentiasa peka dan
prihatin tentang gejala vandalisme ini, nescaya jalan keluar dapat
ditemui untuk menangani gejala yang melibatkan golongan remaja
sebagaiaset negaratercinta. Selain itu, memang tidak syak lagi,
pihak kerajaan perlu memainkan peranan yang drastik.
Umpamanya,pihak kerajaan perlu mengadakan kempen-kempen untuk
memerangi gejala vandalisme. Pengisian kempen yang relevan amat
perlu dititikberatkan demi meningkatkan kesedaran semua pihak yang
terlibat terutama golongan remaja tentang kesan-kesan negatif
gejala vandalisme ini. Perancangan yang teliti perlu dibuat supaya
kempen yang dijalankan berjaya mengatasi masalah vandalisme ini dan
bukanya sekadarmelepaskan batuk di tangga sahaja'. Contohnya , siri
ceramah, pameran, pertandingan yang berkaitan dengan isu vandalisme
perlu dilaksanakan dengan terancang dan menyeluruh. Pihak kerajaan
boleh menyebarkan idea tersebut melalui stesen televisyen dan radio
tempatan untuk menangani gejala ini. Kerajaan juga perlu mengenakan
bayaran kompaun yang setimpal kepada sesiapa yang didapati
melakukan sebarang aktiviti yang melibatkan kerosakan harta benda
awam. Individu yang didapati bersalah melakukan perbuatan laku
musnah ini perlulah melakukan kerja-kerja kebajikan kepada
masyarakat seperti menyapu sampah, membersihkan tandas awam dan
taman-taman permainan. Natijahnya, sudah pasti gejala vandalisme
akan dapat diatasi dengan penguatkuasaan undang-undang yang tegas
oleh pihak berwajib. Tambahan pula, pihak media massa harus
berganding bahu dengan pihak kerajaan untuk membasmi gejala
vandalisme ini. Media elektronik seperti televisyen umpamanya,
mempunyai pengaruh yang besar terhadap masyarakat terutama remaja.
Justeru, pihak penerbit siaran televisyen harus menyiarkan lebih
banyak rancangan yang memberi maklumat dan kesedaran terhadap buruk
dan hinanya gejala vandalisme ini dan tidak hanya menumpukan pada
rancangan yang membawa keuntungan semata-mata sehingga mengabaikan
tanggungjawab sosial terhadap masyarakat. Contohnya, rancangan
berbentuk rencana, wawancara dengan tokoh yang berkenaan, drama
yang memaparkan pengajaran tentang vandalisme perlu diperbanyak.
Begitu juga dengan media cetak seperti surat khabar, turut
berperanan untuk menyiarkan rencana atau artikel tentang
vandalisme. Oleh itu sekiranya wujud kesedaran tentang kesan-kesan
negatif gejala vandalisme ini dalam sanubari segenap lapisan
masyarakat , sudah pasti gejala vandalisme ini dapat dibendung.
Kesimpulannya, semua pihak perlu berganding bahu dan mengerah
keringat serta bersama-samamelangkah sederapuntuk memerangi gejala
vandalisme ini. Gejala ini jika dibiarkan mampu menjadi virus yang
akan mencipta jenayah yang lebih besar. Kerajaan bukan sahaja
terpaksa menanggung kerugian malah imej negara di mata para
pelancong asing turut tercalar. Justeru, langkah memerangi gejala
vandalisme perlu dilakukan segera demi masa depan generasi muda dan
seterusnya demi kesejahteraan rakyat dan kemakmuran negara. Marilah
kita bertindak segera untuk memerangi gejala ini jangan sudah
terhantuk barulah nak terngadah.
Bab 1 : Pucuk-pucuk Kayu di Hadapan MatanyaRahayu sukar bangun
pagi kerana menyiapkan tugasan pada malam sebelumnya. Badannya juga
kurang sihat. Namun dia bergegas bangun kerana dia berjanji akan ke
perpustakaan bersama-sama Azrul. Tepat pukul 8.00 dia tiba di
perpustakaan. Azrul mengajak Rahayu bersarapan terlebih dahulu dan
mereka berbual-bual tentang tugasan yang diberikan oleh pensyarah.
Rahayu memberitahu dia berasa lega apabila dapat menyiapkan
tugasan. Azrul pula menceritakan rancangannya untuk ke KLCC pada
hujung minggu kerana menyertai kempen Persatuan pencinta Alam.
Kempen itu dinamakan Save Our River untuk menyelamatkan sungai yang
tercemar. Rahayu berminat ikut serta dan niat itu dipersetujui oleh
Azrul. Mereka berdua memang akrab dan berhasrat untuk berkahwin.
Malahan perhubungan mereka juga tidak ditentang oleh ibu bapa
masing-masing. Azrul sangat aktif dalam aktiviti alam sekitar. Dia
sering menyertai ekspedisi mendaki gunung. Rahayu pula berminat
dengan aktiviti Azrul tetapi dia menghidap penyakit asma. Dia
merupakan pelajar dalam jurusan pembangunan manusia. Ketika di
perpustakaan, tiba-tiba Ayu jatuh dan pengsan. Dia dikejarkan ke
Pusat Kesihatan UPM. Ketika itu imbas kembali memaparkan kisah
faridah dan Mastura. Faridah mahu ke Raub dengan memandu van. Dia
ingin menenangkan fikirannya. Tunangnya telah memutuskan
pertunangan mereka tanpa sebarang alasan. Dalam perjalanan
tiba-tiba Faridah disapa oleh Iqbal, seorang muridnya yang
mengalami sindrom down. Hal ini amat mengejutkan Faridah yang
melihat Iqbal bersama-sama Mastura ketika dia bertolak. Faridah
hilang kawalan terhadap vannya lalu melanggar penghadang jalan.
Vannya terjatuh ke dalam gaung.Bab 2 : Hilang Tanpa JejakGhazali
dan Said iaitu pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat telah ke rumah
Faridah untuk menyampaikan berita kehilangan Faridah dan Iqbal.
Salmah , ibu Faridah berasa sangat sedih menerima berita itu kerana
Faridahlah tempat dia bergantung. Majlis sembahyang hajat dan doa
selamat diadakan di kampung diketuai oleh Imam Haji Sohod. Ghazali
dan Said pergi ke Bukit Fraser untuk mengetahui maklumat tentang
kehilangan Faridah. malam itu mereka ditemani oleh pegawai-pegawai
polis telah ke tempat kejadian. Namun mereka hanya dapay melihat
van yang berada lebih kurang 50 kaki di dalam gaung. Pihak
penyelamat akan menarik van itu keluar dengan bantuan anggota
tentera. Malam itu Ghazali dan Said bermalam di Rumah Rehat Gap di
Bukit Fraser. Mereka ditemani oleh beberapa orang pegawai polis
termasuk Sarjan Yusoff. Keadaan yang terlalu sejuk menyebabkan
Ghazali mengenang nasib Faridah dan Iqbal yang masih hilang. Semua
usaha yang dijalankan termasuk menggunakan pasukan Senoi Praak
untuk mengesan mangsa menemui jalan buntu. Sarjan Yusoff
mencadangkan agar mereka menggunakan bomoh kerana bimbang ada
pengaruh makhluk halus dalam kejadian tersebut. Akan tetapi Ghazali
kurang bersetuju dengan cadangan itu. Mereka hanya mampu berdoa dan
akan mendapatkan bantuan helikopter Tentera Udara untuk meneruskan
usaha menyelamat.Bab 3 : Bersarang di Dalam DadaBerita kehilangan
Faridah disampaikan kepada bapanya Mejar(B) Kamarudin yang sudah
berkahwin dengan Hamidah tidak memberitahu isterinya tentang
Faridah yang merupakan kembar seiras Rahayu. yang membezakan
kedua-dua beradik itu ialah Faridah mempunyai lesung pipit dan
Rahayu tidak memilikinya. Namun Hamidah tidak menghalang suaminya
pergi ke tempat kejadian. Sepeninggalannya Kamarudin , Hamidah
mendapat berita tentang Rahayu yang dirawat di Hospital Universiti
Kebangsaan, cheras. Pihak hospital mahu berjumpa dengan ibu bapa
Rahayu untuk membincangkan masalah kesihatan Rahayu. Azrul menunggu
Hamidah ketika wanita itu sampai. Setelah bertemu dengan Rahayu
yang terbaring di katil. hamidah diminta untuk bertemu dengan Dr.
Susan yang merawat Rahayu. Melalui pemeriksaan Dr. Susan, terdapat
tompok-tompok dikesan melalui x-ray dalam dada Rahayu.
Tompok-tompok putih itu mula menjalar ke pangkal leher dan
menyebabkann leher Rahayu membengkak. Pihak hospital meminta
kebenaran agar ujian biopsi ke atas Rahayu dapat dijalankan untuk
mengesan sel-sel kanser. Hamidah memberikan kebenaran agar ujian
biopsi dijalankan terhadap Rahayu. Setelah menjalani ujian tersebut
Rahayu dibenarkan pulang. Azrul membantu Rahayu ketika Rahayu di
rumah. Nota-nota kuliah dan tugasan disampaikan kepada Rahayu.Bab 4
: Air Mata dan Rambut yang BerguguranRahayu dirawat di hospital.
Dia berasa sangat sedih dengan keadaannya. Azrul tetap datang
menemani Rahayu di wad. Keadaan penyakit Rahayu semakin serius.
Rambutnya gugur setelah menjalani rawatan kimoterapi. Hamidah juga
tetap setia menjaga anak tirinya itu. Perasaan Rahayu bertambah
tertekan apanila Suhaila yang menjadi rakannya di wad meninggal
dunia. Sebelum meninggal dunia Suhaila memberikannya beberapa buah
novel cinta untuk dibaca. Mejar (B) Kamarudin tidak dapat menahan
kesedihan melihat keadaan anaknya yang menderita. Azlin iaitu
jururawat yang menjaga Rahayu di wad menjadi teman rapatnya. Azlin
melayan Rahayu dengan baik agar Rahayu tidak terlalu tertekan
dengan penderitaannya. Dr. susan hanya memberikan masa tiga bulan
untuk Rahayu terus hidup. Dalam pada itu, Rahayu tetap mengingati
kakaknya faridah yang nasih hilang.Bab 5 : Bukit KutuFaridah yang
hilang selepas kemalangan terasa dirinya berada di tempat yang
asing. Dia seolah-olah berada di sebuah rumah zaman kolonial.
Tempatnya agak eksklusif di sebuah kawasan peranginan tempat
tinggi. Tuan rumah itu seorang lelaki kulit putih bernama Tuan
Cecil Renking yang fasih berbahasa Melayu. Faridah mula berasa dia
tidak berada di alam maya. Dia bertanya bagaimana dia berada di
tempat itu. Dia diberitahu bahawa orang Penghulu Garang yang
menjumpainya bersama-sama Iqbal lalu dibawa ke situ. Dia diberitahu
bahawa tempat itu bernama Bukit Kutu. Ketika dia tidur dia bermimpi
bertemu dengan adiknya Rahayu. Mereka berdua seolah-olah
berkomunikasi antara satu dengan lain. Rahayu meminta Faridah
pulang kerana Bukit Kutu deolah-olah satu dunia yang berbeza. Di
hospital Rahayu kelihatan seperti meracau-racau. Dr. Susan berkata
perkara itu merupakan kesan morfin iaitu ubat yang digunakan untuk
merawat Rahayu. Dr. Susan juga diberitahu oleh Hamidah tentang
Faridah. Dr. Susan mula menyedari bahawa ada hubungan bawah sedar
antara Rahayu dan Faridah.
Bab 6 : Hanya pada HarapanAzrul berasa sedih dengan penderitaan
yang dialami oleh Rahayu . ketika dia melawat Rahayu di rumahnya,
gadis itu berkata dia hanya menanti kematian. Rahayu juga meminta
agar Azrul meneruskan cita-citanya untuk membuka perniagaan
berasaskan pertanian. Hamidah memahami perasaan Azrul. Dia memujuk
Azrul dengan mengatakan orang yang berpenyakit memang berkelakuan
seperti Rahayu. Azrul pulang dengan perasan yang hambar. Satu
sidang akhbar diadakan di Ibu Pejabat Polis Daerah Raub untuk
mengumumkan penamatan usaha mencari dan menyelamat Faridah dan
Iqbal. Namun pihak polis berjanji untuk meneruskan siasatan kes
yang dikategorikan sebagai orang hilang. Penamatan operasi itu
menyebabkan Kamarudin berasa kecewa. Dia membuat keputusan untuk
mencari anaknya sendiri memandangkan kembar Faridah sedang sakit
dan berhajat untuk bertemu dengan kakaknya itu. Kamarudin berhasrat
untuk meminta bantuan rakannya, Buyung untuk membantunya mencari
Faridah.Bab 7 : Kabus di PerbukitanKamarudin memulakan usaha
mencari anaknya Faridah di hutan. Dia ditemani oleh Buyung yang
juga bekas tentera. Kamarudin berasa dirinya tidak secergas semasa
masih berkhidmat dalam angkatan tentera sebelum dia bersara 15
tahun yang lalu. Buyung masih seperti dahulu iaitu dia sangat suka
menghisap rokok gulung. Kamarudin mengajak Buyung mencari Faridah
di Bukit Kutu. Katanya Rahayu sering meracau dan menyebut Bukit
Kutu. Dia teringat akan Rahayu yang sedang sakit. Dia juga
menghantarkan Rahayu untuk bertemu dengan ibu kandungnya Salmah di
Sungai Besar. Dia mahu memenuhi semua kehendak Rahayu kerana dia
berasa bersalah terhadap semua pergolakan yang berlaku dalam
keluarga mereka. Setelah lima jam mendaki, mereka sampai di puncak
Bukit Kutu. pemandangannya sangat indah. Kamarudin dan Buyung
bermalam di bukit itu ketika malam tiba. Keadaan malam sangat gelap
dan berkabus. suasana sangat dingin. Kamarudin bertanya pada Buyung
tentang kemungkinan kehilangan Faridah ada kaitan dengan makhluk
halus. Hamidah menghubungi Kamarudin untuk memberitahu perkembangan
keadaan Rahayu. Menurutnya Rahayu ada memberikan gambaran tentang
tempat Faridah hilang. Berdasarkan panduan itu, Kamarudin
meneruskan pencarian. Mereka cuba mencari kawasan petempatan orang
asli kerana gambaran yang diberikan oleh Rahayu ada kaitan dengan
kawasan orang asli.Bab 8 : Terus MencariKamarudin dan Buyung
meneruskan pencarian hingga ke sempadan negeri Pahang. Dalam
perjalanan mereka mendengar bunyi salakan anjing dan suara
kanak-kanak. Mereka berjumpa dengan kawasan orang asli suku Temuan.
Buyung menceritakan tujuan kedatangan mereka kepada Tok batin
Senik. Setelah mendengar cerita Buyung, Tok Batin Senik mengajak
mereka ke rumahnya. Di situlah Kamarudinmendapati Faridah sedang
tidur. Kepalanya berbalut dengan kain putih dan ada kesan darah.
Tok batin Senik menjelaskan bahawa Faridah dijumpai di Sungai Dua.
Keadaan Faridah waktu dia ditemui oleh orang asli seperti
kebingungan dan tidak ingat akan namanya. Iqbal mengikut Meor untuk
meminta bantuan. Tok Batin Senik menyuruh anak buahnya menebas
semak untuk dijadikan kawasan pendaratan helikopter. Akhirnya
Faridah dibawa ke Hospital Kuala Lumpur dengan helikopter. Berita
tentang penemuan Faridah tersebar ke seluruh negara.Bab 9 : Pekan
Sungai KubuBab ini mengisahkan imbas kembali yang berlaku suatu
ketika dahulu di Pekan Sungai Kubu secara bawah sedar, Faridah
seolah-olah berada di tempat tersebut dan menyaksikan suasana
kehidupan di situ. Penduduk keluar ke pekan membeli barang
keperluan selepas hujan teduh. Terdapat 12 buah kedai di pekan
kecil itu. Orang Melayu dan Mandailing mempunyai empay buah kedai.
Pekedai Cina menjual pelbagai barang keperluan. Ada sebuah kedai
yang menjual candu untuk pekerja-pekerja lombong. Rumah kayu milik
Tuan Cecil Renking terletak di atas bukit. Kebanyakan penduduk
bekerja sebagai pelombong bijih timah. Bijih diangkut dengan kereta
kuda melalui pondok cukai yang dijaga oleh Penghulu Garang. Faridah
dibawa oleh Amah Siti ke pasar. Faridah tertarik dengan cara orang
dulu-dulu berkomunikasi dengan penuh adat sopan. Setelah sebulan
tinggal di Sungai Kubu, Faridah mula menyesuaikan diri. Namun, dia
masih tidak dapat mencelikkan mata. Dia berharap untuk pulang ke
Sungai Besar. Akan tetapi Amah Siti mengatakan Sungai Besar sangat
jauh dari tempat mereka. Di rumah Tuan Cecil, Faridah dan Iqbal
diberikan sebuah bilik kecil, bersebelehan bilik Amah Siti. Tuan
Cicil diberitahu tentang kewujudan buaya keramat di empangan bijih.
Namun, Tuan Cecil tidak percaya tentang unsur keramat. Beliau
mengambil keputusan untuk menembak buaya itu. Tindakan Tuan Cecil
tidak disenangi oleh Penghulu Garang. Katanya tempat itu akan
ditimpa bala akibat perbuatan Tuan Cecil itu. Penghulu Garang
menyuruh orang berpindah meninggalkan tempat tersebut.
Bab 10 : Kau hadir dalam IgauanFaridah dirawat di wad kecemasan
hospital tetapi belum sedar. Tubuhnya penuh dengan kesan gigitan
dan calar-balar. Ghazali sedih melihat keadaan Faridah yang
terlantar. Setelah keadaan stabil, Faridah dipindahkan dari wad
rawatan rapi. Hanya duga orang pelawat dibenarkan melawat Faridah
pada satu-satu masa. Rahayu dibawa melawat Faridah. Dia menangis
sambil menggenggam tangan kakaknya. Dia bercakap dengan Faridah
yang masih tidak sedarkan diri. Akibat berasa lemah kerana baru
menjalani kemoterapi, Rahayu meletakkan kepalanya di tepi dada
Faridah. Dia tertidur dan bermimpi rumah mereka digenangi air.
Dalam mimpi itu, kedua-dua adik-beradik itu seolah-olah bercakap
antara satu sama lain. Tiba-tiba suasana dikejutkan oleh raungan
Faridah menyebut nama Rahayu. Pada masa itu juga Rahayu didapati
telah meninggal dunia.Bab 11 : Kasih Ibu Sepanjang JalanKematian
Rahayu meninggalkan kesan yang mendalam terhadap ibu kandungnya,
Salmah. Dia sering teringat akan Rahayu dan mula diserang sakit
jantung. Suatu pagi Salmah mahu ke pasar di Sungai Haji Dorani. Dia
mahu membeli belacan di gerai Pak Talib. Ghazali sering datang
untuk membantu Faridah. Salmah mencadangkan agar Faridah berkahwin
dengan Ghazali tetapi Faridah berasa malu dan bimbang dianggap
perigi mencari timba. Namun demikian Ghazali telah berterus terang
untuk mengambil Faridah sebagai isteri. Rombongan peminangan akan
dihantar untuk meminang Faridah secara rasmi. Faridah seba salah.
Dia bimbang kekecewaan pertama akan berulang kembali. Akhirnya
Faridah bersetuju untuk menerima Ghazali sebagai teman hidupnya.
Salmah berasa sangat gembira dengan persetujuan Faridah.Bab 12 :
TekadAzrul menamatkan pengajiannya di UPM. Namun demikian beliau
tidak berminat untuk bekerja makan gaji. Dia mahu memulakan projek
ternakan kambing. Pasaran kambing di negara ini semakin besar.
Berdasarkan kajian Azrul, terdapat pelbagai spesies kambing yang
sesuai dipelihara. Keputusan Azrul mendapat sokongan bapanya tetapi
ibunya agak resah. Suatu hari, Azrul menziarahi kubur arwah Rahayu.
Dia terserempak dengan Faridah yang kebetulan menziarahi kubur
adiknya. Dia teringat akan kisah kehilangan Faridah ketika Rahayu
sedang dirawat di hospital. Mereka berdua berkenalan. Namun
kehidupan Azrul agak muram kerana masa terkenangkan Rahayu. Dia
banyak termenung hingga disedari oleh ibunya. Namun Azrul
menyakinkan ibunya bahawa dia akan meneruskan niatnya untuk bekerja
sendiri. Dia tetap menjadikan Rahayu sebagai pencetus semangatnya
untuk menghadapi masa hadapan yang mencabar.Bab 13 : RinduGhazali
telah bertukar ke Kelang. Dia hanya pulang ke rumah dua atau tiga
kali dalam seminggu. Faridah masih tinggal di Sungai Besar untuk
menemani ibunya. Salmah pula meneruskan kehidupan dengan
mengerjakan sawah. namun dalam jiwanya dia sangat rindu akan
anaknya. Bertahun-tahun dia terpisah dengan Ayu setelah dibawa
pergi oleh Kamarudin selepas mereka berpisah. Fikiran Salmah
semakin terganggu. Dia sering menziarahi kubur anaknya itu. Dia
sering teringat saat-saat terakhir kehidupan Ayu, ketika anak
gadisnya pulang untuk bersama-sama dengannya. Oleh sebab itu dia
sangat sukar melupakan Rahayu, walaupun dua tahun selepas Rahayu
meninggal dunia. faridah dan Ghazali bimbang dengan keadaan Salmah.
Faridah menceritakan tentang Azrul kepada Ghazali. Katanya Azrul
terlalu sayang akan arwah Rahayu. Kini Azrul mengusahakan ternakan
kambing dan tapak semaian. Dia mahu mengotakan janjinya dengan
arwah Rahayu untuk menjadi seorang usahawan yang berjaya.Bab 14 :
Ibu, Angin Telah Menderu PergiFaridah bangun awal pagi, iaitu pukul
4.00 pagi. Dia menunaikan solat tahajud. Entah mengapa hatinya
berasa resah. Ketika fajar menyingsing, Faridah membasuh beras
kerana ibunya berpesan kepadanya untuk masak nasi lemak. Faridah
berasa hairan kerana ibunya lambat bangun pagi itu. Ketika cuba
dikejutkan, barulah dia sedar bahawa ibunya telah meninggal dunia.
Faridah memeluk tubuh ibunya dengan penuh kasih. Dia berasa
pemergian ibunya ialah titik akhir penderitaan orang tua itu.Bab 15
: 25 Tahun Kemudian Cintaku AbadiFaridah kini berada di New
Zealand. Dia telah berhijrah ke negara itu sejak 25 tahun yang
lalu. Dia tinggal di Rosewood iaitu pekan kecil berhampiran bandar
Christchurch. Dia telah berkahwin dengan Soleh Johnsons dan
memiliki dua orang anak perempuan, Anne dan Melina. Faridah melalui
kenangan pahit di tanah air sendiri. Tidak lama selepas ibunya
meninggal dunia, Ghazali pula meninggal akibat kemalangan jalan
raya. Dia hampir gila dengan tekanan hidup akibat kehilangan orang
yang tersayang. Nasibnya baik apabila dia ditawarkan oleh ibu
pejabat JKM untuk berkursus selama enam bulan di New Zealand.
Selepas itu dia tidak balik-balik lagi ke kampung kerana telah
bertemu jodoh dengan Soleh Johnsons. Ingatannya terhadap Sungai
Besar tetap abadi. Suaminya memahami perasaan Faridah. Soleh
mengusahakan kawasan ternakan dan pusat penyembelihan kambing. Dia
sering mengupah pelajar Islam dari negara luar untuk menyembelih
kambing sebagai kerja sambilan.Bab 16 : Mengejar Mimpi-MimpiMelina
adalah salah seorang anak kembar Faridah. Pada suatu hari Melina
berkenalan dengan Benny yang berketurunan Arab. Benny menyapa
Melina ketika dia sedang minum di sebuah gerai di Auckland.
perkenalan mereka merupakan permulaan hubungannya dengan lelaki
yang lahir di Dubai itu. Dari segi peribadi Melina agak bebas. Dia
sangat berbeza dengAnne yang begitu taat dengan ajaran Islam. Dia
juga tidak tinggal bersama-sama keluarganya di Christchurch,
sebaliknya memilih tinggal di Auckland dan bekerja sebagai pembantu
pelukis pelan. Benny meneruskan perhubungannya dengan Melina.
Mereka saling bertemu dan berbincang tentang pelbagai perkara.
Benny memberitahu dia akan ke Malaysia kerana hendak melihat
tempahan perahu layarnya di Terengganu. Dia juga bakal ditempatkan
oleh syarikat keluarganya untuk mengendalikan anak syarikat mereka
di Malaysia. Dia mengajak Melina dan ajakan itu sangat-sangat
dihargai oleh Melina. Dia memang teringin untuk ke Malaysia kerana
tidak pernah berbuat demikian walaupun ibunya orang Malaysia.
Akhirnya Benny membuat keputusan untuk mengahwini Melina . Benny
dan Melina pulang ke rumah ibu bapanya di Christchurch untuk
menyatakan hasrat mereka untuk berkahwin serta untuk mendapat
persetujuan Soleh Johnsons.Bab 17 : Penyembelihan KambingZain ialah
anak Azrul yang menuntut dalam bidang pertanian di New Zealand. Dia
bekerja sambilan sebagai penyembelih kambing di pusat penyembelihan
yang dimiliki oleh Soleh Johnsons. Dia tinggal bersama-sama Asraf
Ameen yang berasal dari Nigeria. Pada suatu hari, mereka mendapat
jemputan perkahwinan anak Soleh johnsons dan bercadang untuk
menghadirinya. Zain seperti juga ayahnya, sangat meminati bidang
pertanian. Dalam kalangan pelajar Malaysia di Universiti Lincoln,
hanya dia seorang yang mengambil jurusan pertanian. Dia sering
teringat akan pandangan ayahnya tentang kepentingan bidang
pertanian. Di tanah air, ayahnya merupakan seorang peladang yang
berjaya. Datuk Azrul pernah membawa isterinya melawat New Zealand
ketika Zain belajar di sana. Mereka menikmati keindahan pemandangan
di New Zealand ketika menaiki bot persiaran di pantai Kouikora.
Menurut zain, ada ramai orang Melayu yang menetap di New Zealand.
mereka menjadi orang berjaya. Pada suatu hari, Zain
bertemuAnne.Zainmembantu Anne yang menghadapi masalah keretanya
rosak. Pertemuan itu membuatkan Zain jatuh hati pada Anne.Bab 18 :
Tanah Tumpah Air MataBenny membawa Melina ke Malaysia selepas dua
minggu mereka dinikahkan di Masjid al-Noor, Christchurch. Di Kuala
Lumpur mereka berdua dilayan dengan baik oleh pekerja syarikat yang
ditugaskan untuk menjemput Benny. Benny akan memulakan tugasnya di
syarikat milik bapa saudaranya Jaafar al-anbia. Dia telah lama
menghabiskan masa dengan belayar. melina berasa dia berada di
tempat yang sangat asing dan bimbang tidak dapat menyesuaikan diri
dengan keadaan di Kuala Lumpur. Namun Benny berkata Kuala Lumpur
mempunyai lebih 50 ribu orang ekspatriat asing seperti mereka
berdua. Semasa di Kuala Lumpur, Khalid bertindak sebagai pemandu
Benny. Dalam satu mesyuarat, Benny diperkenalkan kepada ahli-ahli
lembaga pengarah syarikat milik keluarga al- Anbia. Dia diberitahu
bahawa dia akan ditugaskan di pejabat cawangan Kuala Terengganu.
Benny tidak menolak dan berkata dia suka akan Terengganu. Dia
memang suka akan laut. Melina membeli peta untuk mencari tempat
yang bernama Sungai Besar, iaitu tempat kelahiran ibunya, Faridah.
Dia teringat akan ibunya yang gemar mendodokannya dengan lagu
Melayu ketika dia masih kecil.Bab 19 : Hati dan Warna KanvasBenny
membeli sebuah banglo di tepi pantai dengan harga setengah juta
ringgit termasuk tanah lima ekar. Melina juga tertarik dengan
suasana banglo tersebut kerana kedudukannya menghadap laut. Benny
tidak bimbang dengan kewangan kerana dia yakin dapat menjual perahu
layar yang ditempahnya dengan harga yang lebih tinggi. Marang telah
menjadi tempat tinggal melina. Dia suka melihat laut dari beranda
banglo itu. Dia memulakan minatnya kembali, iaitu melukis.
Keindahan Marang diabadikan di atas kanvas lukisannya. Benny turut
mengagumi bakat yang dimiliki oleh Melina. Setelah agak lama
bertugas, Benny mempunyai beberapa orang kawan. Antaranya Mohamed
Attar yang berasal dari pakistan, Mehmood dari Maghribi dan Noor
Mohamad dari bangladesh. Mehmood masih bujang dan berniat untuk
berkahwin dengan gadis di kampung halamannya. Mereka sering
berbincang soal agama, soal jihad dan dakwah Islam. Benny mula
sedar dan mahu kembali ke jalan Allah.Bab 20 : PendatangSoleh
bimbang dengan kejadian vandalisme di An Noor islamic Centre
apabila beberapa buah kereta dipecahkan cerminnya. hal ini akan
menyebabkan media memberikan gambaran yang salah tentang Islam.
Faridah pula yakin ketenangan akan tetap terjamin. Malah Faridah
sendiri pula mulanya sukar untuk menyesuaikan diri ketika mula-mula
sampai di Christchurch dahulu. Dia disangka orang Maori, rakyat
pribumi New Zealand. Kini dia diterima dengan baik oleh semua
jiran. Dia juga mencadangkan agar ada usaha dijalankan untuk
membaiki hubungan antara anggota masyarakat setempat. dia
mencadangkan agar diadakan majlis ramah mesra komuniti. Cadangannya
sangat disokong oleh suaminya. Mereka pun bercadang untuk
menganjurkan majlis tersebut dalam masa dua minggu. Mereka akan
memaklumkan perkara itu kepada komuniti setempat. Mereka juga
menjemput rakan-rakan sekuliah Anne untuk membantu. Ketika
merancang majlis tersebut, Faridah teringat akan kemeriahan majlis
kenduri di kampung yang sudah lama ditinggalkan. Dia juga
terbayangnwajah Melina yang sudah menetap di Malaysia.Bab 21 : Tak
Ingin TahuZain kembali ke tanah air setelah tiga tahun berada di
New Zealand. Zain mendapati banyak perubahan telah berlaku di
kampungnya dalam tempoh ketiadaannya. Azrul pula dianugerahi
gelaran Datuk kerana berjasa kepada rakyat melalui penglibatannya
dalam bidang pertanian. Beliau juga menggalakkan para petani untuk
menanam modal dalam Pertubuhan Peladang di samping berusaha
menyatukan kebun-kebun tradisi menjadi estet mini kelapa sawit dan
dusun buah-buahan. Ketika Datuk Azrul berbual dengan Zain,
tiba-tiba Masitah muncul untuk mendapatkan tandatangan tentang
urusan pengambilan tenaga pekerja asing. Datuk Azrul mengambil
pekerja asing untuk bekerja dengannya kerana tiada pilihan. Menurut
Datuk Azrul, anak-anak tempatan semuanya sudah berpendidikan tinggi
dan tidak sesuai bekerja di ladang.Bab 22 : Mengukur UsiaDatuk
Azrul mengimamkan sembahyang Asar. Dia berasa sedih kerana tidak
ramai jemaah yang hadir ke masjid. Hal ini demikian kerana
kebanyakan penduduk kampung terdiri daripada orang tua. Banyak juga
yang menghidap penyakit gout. Jemaah solat Jumaat juga kini
berkurangan hingga sekitar 60 orang sahaja. Kebun-kebun juga telah
banyak terbiar. Anak-anak yang mewarisi kebun ramai. Mereka pula
tidak mahu menjual tanah pusaka masing-masing. Jadi, pemilikan
tanah semakin lama semakin mengecil dan tidak ekonomi. Datuk Azrul
tidak dapat berbuat apa-apa untuk mengubah sikap masyarakat.
Suasana kerjasama dalam masyarakat kini juga sudah berbeza. Zain
bersetuju dengan pandangan bapanya bahawa zaman sudah berubah,
Negara ini makmur kerana rakyat bekerja kuat. Pendidikan tinggi
pula bukan jaminan untuk menjadi senang tetapi jalan yang
memudahkan. Datuk Azrul sendiri berjaya dalam bidangnya kerana
beliau berpendidikan tinggi. Namun dia masih tidak berjaya mengubah
pandangan masyarakat setempat untuk mengusahakan tanah secara lebih
komersial. Zain memberitahu Datuk Azrul bahawa dia sudah mempunyai
pilihan teman hidup iaitu seorang gadis kacukan di New Zealand.
Datuk Azrul tidak membantah dengan pilihan anaknya.Bab 23:Melihat
Dalam DiriPerubahan Benny semakin dirasai isterinya, Melina. Bennya
sering pergi ke luar daerah tetapi tidak pernah membawa bersama.
Kali terakhir dia dibawa bersama ke Kuala Lumpur ialah pada tiga
bulan lalu setelah dia merengek mahu membeli-belah pakaian baharu.
Seperti biasa, Khadijah, anak gadis Haji Awang akan datang
menemaninya. Melina berasa serba salah apabila dia kerap
menemaninya namun Khadijah menerangkannya dengan memberitahu bahawa
Haji Awang sering meminta dia menemani Melina. jauh di sudut
hatinya, Melina sangat berterima kasih kerapa Haji Awang yang tulus
membantunya. Melina dan Khadijah duduk di beranda sambil bercerita
tentang pembunuhan yang dibacanya dalam akhbar akhir-akhir ini.
Tiba-tiba Melina teringat akan ibunya yang menguruskan keluarganya
dengan sempurna. Ibunya juga pernah menceritakan pengalaman
hidupnya sewaktu kecil mengutip telur itik untuk digoreng sebagai
makanan tengah hari. Tidak semena-menan Melina berhasrat melihat
kampung halaman ibunya di Sungai Besar.Bab 24: Lambaian HatiKetika
Zain ke rumah Anne, dia berbual-bual tentang pelbagai perihal
dengan Faridah. Faridah sangat gembira apabila mengetahui Zain
berasal daripada Sungai Besar. Dia sangat merindu kampong
halamannya. Dia teringat sawah padi dan ubi yang selalu menjadi
sarapan mereka. Setelah berbual panjang, Anne mencadangkan agar
mereka ke Malaysia cuti semester dan menumpang rumah Zain. Selain
pulang ke kampong Faridah, mereka juga boleh pergi melawat Melina
yang telah menerap di sana. Faridah sangat menyenangi persahabatan
Zain dan Anne. Dia berharap agar persahabatan mereka berakhir
dengan perkahwinan dam Anne akan kembali kepada susur galurnya,
menetap di tanah ibunda.Bab 25: Menghapus DosaMehmood, Benny dan
Mohamed Attar mengunjungi rumah Ustaz Hassan Syukri untuk bertukar
pendapat. Ustaz Hassan Syukri yang sudah berumahtangga sudah tidak
segan mengajak orang bertandang ke rumahnya. Sambil menjami
hidangan, mereka mula berbincang mengenai pengamalan agama Islam di
Negara kita ini. Ustaz Hassan Syukri berpendapat bahawa agama Islam
boleh diamalkan mengikut budaya dan amalan masing-masing selagi
tidak melanggar Syariat, sebagaimana yang berlaku di Negara ini.
Beliau mengumpamakan agama Islam seperti sekeping roti. Mereka juga
berbincang tentang budaya orang Melayu yang berbeza-beza. Beberapa
tahun kemudian, mereka beransur pulang. Dalam perjalanan, mereka
berbual tentang Ustaz Hassan yang dikatakan mempunyai pandangan
yang agak berbeza. Mereka beranggapan bahawa untuk mahu, kita kena
berjuang dan berpolitik. Mereka percaya bahawa tiada Negara Islam
yang berkekalan tanpa peperangan dan politik. Mereka bertekad untuk
menegakkan perjuangan bersama-sama agar musuh Islam merasakan
keperitannya.Bab 26: Hati WanitaSoleh Johnsons dan Faridah sudah
berada di tanah air dengan tujuan mahu bercuti, melawat Melina yang
sedang sarat mengandung dan membincangkan perkahwinan Zain dan
Anne. Soleh dan Faridah menginap di bunglo percutian di Cameron
Highlands. Soleh telah berkenalan dengan ramai jemaah dalam
seminggu ke masjid dan kebanyakan mereka sudah lama menetap di
Cameron Highlands, antaranya Amir Mustor, Muslim, Arif Carlson
bekas askar British, Ahmad Raffles, bekas Royal Australian Force
yang mengusahakan kebun Strawberry manakala isterinya, Zaidah
Hashim memasarkan hasil kebun di kedai kecil mereka. Musa Surray
yang berbangsa Scot pernah menjadi penyiasat persendirian dan bekas
anggota Sepcial Branch yang memerangi komunis dan seorang lagi
kenalan Soleh, Yusuf Jensen berbangsa Belanda tetapi fasih
berbahasa Indonesia kerana dia dilahirkan di Bogor. Soleh dibawa
minum teh bersama Yusof Jensen dan menjemput dia untuk bersama-sama
menerima kunjungan daripada keluarga Datul Azrul. Zain bersama ayah
dan ibunya, Datuk Azrul dan Datin Aishah bertemu dengan keluarga
Anne. Datin Aishah khuatir Zain akan menetap di luar Negara selepas
berkahwin. Datuk Azrul dan sekeluarga bertemu dengan keluarga Anne
di banglo yang digelar The Golf View Cottage yang dahulunya
dinamakan oleh pemilik asal The Fog Cottage. Majlis yang asalnya
dirancang untuk membincangkan perkahwinan Zain dan Anne bertukar
menjadi pertemuan bersejarah apabila Datuk Azrul bertemu dengan
Faridah yang juga kakak kepada buah hantinya, Rahayu yang telah
meninggal dunia kerana menghidap barah paru-paru.Bab 27:Kembali Ke
Alam NyataBenny memandu keretanya untuk ke Pulau Pinang setelah
mendapat e-mel berbahasa Arab. Dia meninggalkan rumah awal pagi
dengan hati libang-libu. Dia meninggalkan rumah sehelai sepinggang
dengan hanya sebuah ciuman di dahi isterinya, Melina. Ketika Benny
tiba di kawasan perbukitan di Awana berhampiran Genting, telefon
bimbitnya menyampaikan pesanan supaya terus ke Pulau Pinang dan
bukan menyusur masuk ke bandar Ipoh. Selepas itu, Mehmood yang
menghubunginya dari Kuala Lumpur menggesa Benny supaya menyerah
diri kepada International Police. Benny tidak menyangka bahawa
Mehmood seorang anggota polis yang menyamar untuk menjejaki Mohamed
Attar. Benny tidak mengendahkan pujukan Mehmood kerana dia tidak
mahu ditangkap dan kemudian dihantar ke pusat tahanan. Dia
memutuskan penggilan lalu mencampakkan telefon bimbit itu keluar
tingkat. Hanya tiga minit yang diperlukan untuk mengesannya. Bennya
memandu terus. Suara Melina kembali dalam ingatannya. Betapa
isterinya tidak menyenangi teman-temannya. Pendapat Benny selalu
bertentangan dengan Ustaz Hassan Syukri mahupun Haji Awang,
jirannya. Haji Awang menjelaskan tentang Islam kepada Benny tetatpi
Bennu tetap tidak sependapat dengannya. Sebuah kereta memotong laju
memadamkan ingatanya. Dia memecut laju untuk sampai ke destinasi.
Dia tidak menyangka begitu jauh tindakan Mohamed Attar. Benny
kecewa kerana dia terpaksa meninggalkan Melina sendirian. Sebaik
tiva di Pantai Miami dia berttemu dua orang lelaki. Mereka
memperkenalkan diri mereka. Kemudian, dia menaiki bot menuju
perairan antarabangsa.Bab 28: Cerita Penghujung UsiaFaridah dan
Datuk Azrul terkenang akan peristiwa silam 25 atau 27 tahun lalu.
Faridah bercerita tentang kisah hidupnya dan Ayu, iaitu adik
kembarnya yang penuh dengan cerita duka. Mereka terpisah kerana
perceraian ibu bapa. Selepas itu, Faridah tertanya-tanya tentang
kehilangannya begitu lama dahulu. Datuk Azrul berkata bahawa dia
telah jumpa banyak orang dan mendapat pelbagai sumber. Antaranya,
ada cerita tentang orang bunian, mitos dan sejarah yang sudah lama
dilupakan orang namun dia hanya percaya kepada satu sumber iaitu
akal. Dia percaya akal Faridah telah bergerak jauh, merentasi ruang
dan sempadan masa. Faridah juga berkesempatan bertemu Ayu
sungguhpun hanya dalam mimpi. Selepas itu, mereka berbual tentang
rumah bangle yang dibeli oleh Soleh, Memandangkan kedua-dua anaknya
akan menetap di Malaysia. Faridah juga berkata bahawa dia
sepatutnya menulis tentang pengalamannya ketika koma. Selain itu,
dia juga ingin pulang untuk menziarahi kubur Ayu, Ghazali dan
ibunya.Bab 29: PasrahMelina termenung memikirkan Benny yang sudah
empat hari menghilangkan diri tanpa pesanan. Melina tahu suaminya
seorang yang bertanggungjawab dan pasti ada sebab mengapa Benny
pergi tanpa satu pesanan. Melina teringat akan peristiwa pertama
kali dia melihat Benny begitu bersungguh-sungguh untuk berubah
semasa mereka dalam penerbangan ke Kuala Lumpur. Azamnya itulah
yang mengukuhkan persahabatannya dengan Ustaz Hassan Syukri,
Mohamed Attar, Mehmood dan Noor Mohamad. Akhirnya, Melina pergi ke
balai polis untuk membuat laoran kehilangan. Akhirnya terbongkar
juga kisteri kehilangan Benny apabila Melina memberikan beberapa
kad kepada Inspektor Radzi tetapi Benny tidak terlibatd alam
senarai tangkapan. Tiba-tiba, telefonnya berbunyi dan panggilan
daripada nombor yang tidak dikenali. Hatinya berdetik.Bab 30:
PangkuanSudah dua minggu Benny menghilangkan diri. Akaunnya sudah
dipenuhi wang yang cukup untuk menyara hidupnya selama setahun.
Rumah yang didiami Melina sekarang sudah ditukar ke atas namanya.
Setelah menerima kereta daripada wakil Jaafar Al-Anbla, Khalid,
Melina mengemaskan barang-barangnya dan bertolak ke Cameron
Highlands setelah menolak permintaan Khalid untuk mengikutnya ke
Dubai. Melina menuju ke Kuantan dan bergenti di sebuah kedai
menjual cekera padat di Bandar Kuantan. Dia membeli sekeping CD
Koleksi terbaikLOBG. Dalam perjalanan ke Cameron Highlands dia
teringat kembali perbualannya dengan Inspektor Radzi tentang
penglibatan Benny dengan pengganas. Dia juga terkenang bagaimana
Benny secara tiba-tiba membrek bagi mengelak agar tidak terlanggar
seekor kucing hutan. Melina tidak percaya Benny terlibat dengan
keganasan. Melina berhenti di sebuah masjid di Pekan Batang Kali
untuk bersolat Zuhor. Setelah tiga jam perjalanan Melina tiba di
Pekan Ringlet. Melina terus menelefon mamanya, Faridah. Faridah
sangat terharu, Faridah dan Soleh menjemput Melina di Maybank Tanah
Rata.Bab 31: Atas Nama CintaAnak Faridah, Anne Johnson berkahwin
dengan Zain, anak Datuk Azrul. Perkahwinan Anne dan Zain dihadiri
ramai tetamu terutamanya dari luar Negara. Perkahwinan tersebut
begitu bersejarah kerana perkahwinan tersebut melibatkan pasangan
dari dua Negara berlainan. Faridah sangat gembira kerana akhirnya
dia dapat pulang ke kampong halamannya. Ramai orang lama kampong
halamannya telah meninggal dunia, walau bagaimanapun, Faridah
Berjaya bertemu dengan Pak Talib. Pak Talib sudah tua dan hanya
mampu baring serta tidak larat berdiri. Kedatangan Faridah disambut
Sujak, anak Pak Talib. Mereka bersembang seketika tentang kehidupan
Faridah dahulu yang telah pergi meninggalkan kampong dan tidak
pernah kembali lagi selepas itu. Faridah, Anne dan Zain berjalan
dan meninjau di sekitar rumah lama Faridah, sambil mengimbau
kembali kenangan lama dan peristiwa silam. Faridah menyuruh Zain
mencari anak Pak Ghaffur, orang yang memegang kunci rumah lama
Faridah kerana dia ingin menunaikan solat taubat dan sujud syukur
di dalam rumah tersebut. Di situ Faridah bersembang bersama Anne
sambil memberinya nasihat bahawa wanita akan menjadi matang apabila
dia bergelar isteri dan seterusnya menjadi ibu. Faridah juga
menjawab soalan yang dilontarkan oleh Anne tentang sebab Faridah
meninggalkan kampong halamannya suatu masa dahulu.Bab 32: Bahagia
Bersulam Air MataSoleh telah membawa Melina ke Dubai untuk bertemu
dengan Benny. Sebaik tiba di Dubai mereka telah menaiki limousin
terus ke Emirate Tower Hotel. Benny telah sedia menunggu mereka di
sana. Benny telah insaf dan mengakui bahawa dia telah tersilap
memilih kawan.. Benny bersyukur kerana telah selamat sampai ke
Dubai atas pertolongan sahabat-sahabat setelah menempuh berbagai
dugaan di lautan. Kata putus diambil Melina dan Benny akan terus
menetap di Dubai dan Benny tidak akan belayar lagi . Dua hari
kemudian Soleh terbang pulang ke Kuala Lumpur. Jauh di sudut
hatinya, Soleh tahu Melina akan bahagia di sana.Bab 33: Janji Pada
Tanah IniZain dan Anne telah menetap di New Zealand, mengambil alih
perusahaan dan penternakan keluarga Johnsons. Anne telah melahirkan
anak perempuan kembar seiras diberi nama Melinda dan Rahayu. Melina
pula telah melahirkan seorang anak lelaki bernama
Saidal-Anbia.Solehdan Datuk Azhar bersama-sama telah mengusahakan
pusat peranginan di Tanah Tinggi Lojing. Faridah memilih untuk
menjadi pemerhati dan penikmat alam. Memori di Bukit Kutu serta
saat-saat indah bersama Ayu dalam alam bawah sedar tetap terpahat
di hatinya. Faridah bersyukur berbaur sebak kerana akhirnya dia
telah pulang dan kembali membina jati diri bangsa di tanah air
ini.