Bilangan Jurnal : Ke-1Minggu Praktikum : PertamaTarikh Peristiwa
/ Kejadian :Tajuk Jurnal : Minggu Pertama di SK
Pada hari pertama, saya bersama 3 lagi rakan seperjuangan
melapor diri kepada Pn. Zaimah, selaku Guru Besar Sekolah
Kebangsaan .... Kami memperkenalkan diri dan menyerahkan Surat
Pengenalan Diri kepada beliau. Kedatangan kami disambut dengan baik
sekali. Keramahan beliau menjadikan kami tidak gugup untuk
berdiskusi tentang apa yang terlahir di fikiran. Bersama beliau,
kami membincangkan beberapa perkara:1)Sejarah, peraturan, disiplin
dan budaya sekolah2)Perkara atau aktiviti yang akan kami sepanjang
wakti persekolahan3)Program atau aktivit yang perlu kami laksanakan
di sekolah4)Cara lapor diri dan kedatangan setiap hari di
sekolahSelepas itu, kami diperkenalkan kepada Guru Penolong Kanan
Pendidikan Khas yang mana akan bertanggungjawab ke atas pencapaian
objektif praktikum kami di sekolah ini. Bersama beliau, kami
mendapatkan beberapa maklumat. Antaranya:1)Aktiviti yang akan kami
lakukan di sekolah2)Program yang perlu kami laksanakan semasa
berpraktikum3)Mendapatkan maklumat tentang PPKI dan
sekolah4)Berbincag tentang subjek yang bakal diajar5)Mendapat draf
jadualDi samping itu juga, beliau sendiri menjadi guru pembimbing
kepada saya dan seorang lagi rakan praktikum. Manakala rakan yang
akan menerima seorang lagi guru pembimbing yang berpengalaman.Pada
hari kedua kami berada di sekolah tersebut, kami berasa gentar
untuk berhadapan dengan guru-guru yang mana mempunyai banyak
pengalaman dalam menghadapi karenah seterusnya mendidik kanak-kanak
istimewa ini. Bagaimanapun, semua guru kelihatan baik-baik belaka
dan menerima kami dengan hati yang terbuka. Mereka juga memberikan
kerjasama yang baik terhadap diri kami yang mana kurang pengalaman
secara praktikal dalam menghadapi situasi sebenar. Mereka juga sudi
berkongsi cerita, pengalaman, tingkah laku murid serta bagaimana
mahu menarik perhatian murid.Pada hari ketiga, saya mengambil
kesempatan untuk meneliti jadual yang diterima dengan teliti. Saya
diminta untuk mengambil alih subjek Matematik sebagai subjek major
dan Bahasa Melayu sebagai subjek minor. Dengan itu, saya dapat
memahami dengan lebih mendalam tentang apa yang diperlukan dan
maklumat-maklumat yang perlu saya kumpulkan. Antaranya:1)Sukatan
Pelajaran Pendidikan Khas Matematik dan Bahasa Melayu2)Huraian
Sukatan Pelajaran Pendidikan Khas Matematik dan Bahasa
Melayu3)Mengumpul maklumat mengenai sekolahPada hari ini juga, kami
mendapat peluang untuk memasuki kelas pra PPKI. Di sini, subjek
pengurusan diri lebih ditekankan sehinggakan ada murid yang masih
membunag hajat tanpa memberitahu kepada guru.Pada hari keempat
iaitu 23 Julai 2012, kami telah diminta oleh Guru Penolong Kanan
untuk mengganti kelas bagi guru-guru yang tidak dapat hadir ke
sekolah. Keadaan ini memberikan kami peluang untuk mengenali
murid-murid yang bakal kami ajar dengan lebih dekat. Kami juga
dapat mengetahui karenah masing-masing dan bagaimana mahu mengatasi
masalah yang bakal kami hadapi. Kami juga meminta pendapat
guru-guru lain bagi menambahkan idea dalam mengatasi masalah
tersebut. Pada waktu-waktu terluang, saya melengkapakan fail
praktikum yang mana memasukkan bahanbahan yang telah diperolehi
mengikut susunan yang betul. Pensyarah pembimbing kami telah datang
pada hari ini. Kedatangan beliau ke sekolah sebagai lawatan sosial
adalah untuk mendapatkan maklumat serta mengetahui perkembangan
terkini kami semua sepanjang berada di sekolah tersebut. Beliau
turut mengadakan perbincangan dengan guru pembimbing mengenai
subjek, peruntukan masa dan projek yang bakal kami laksanakan untuk
memnuhi keperluan dalam praktikum ini di samping hal-hal yang
lain.Akhir sekali, pada hari kelima, saya mengemaskinikan fail buat
kesekian kalinya. Kami juga diminta untuk mengganti kelas bagi
mana-mana guru yang tidak hadir. Peluang ini kami gunakan sebaiknya
sekali lagi untuk mencuba cadangan ataupun cara-cara yang dirasakan
sesuai untuk menghadapi situasi mereka. Selama seminggi berada di
sekolah, kami secara beransur-ansur dapat menyesuaikan diri dengan
persekitaran baru di sekolah ini. Tambahan pula, guru pembimbing
sentiasa membuat pemerhatian dan memberikan tunjuk ajar serta
nasihat kepada kami agar dapat menjadikan diri kami lebih baik dari
sehari ke sehari.
Disemak oleh guru pembimbing
Tandatangan:Nama :Tarikh :Disemak oleh guru pembimbing
Tandatangan:Nama :Tarikh
Bilangan Jurnal : Ke-2Minggu Praktikum : KeduaTarikh Peristiwa /
Kejadian :Tajuk Jurnal : Masalah menghadapi Tingkah Laku Murid
1.Masalah / PeristiwaDi sepanjang minggu ini, saya telah
memulakan sesi pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas K1bagi
subjek Matematik dan K3 bagi subjek bahasa Melayu. Setiap murid
mempunyai tingkah laku masing-masing. Agak sukar untuk mereka
mematuhi arahan saya. Malah, mereka juga menjawab setiap apa yang
saya katakan. Selain itu, mereka juga suka bermain jika ada peluang
walaupun masih berada dalam waktu pengajaran dan pembelajaran.
Malah, ada yang sanggup mengaku ke tandas walhal dalam keadaan
sebenar mereka tidak ke sana.2.AnalisisMasalah ini mungkin timbul
kerana sikap saya yang tidak tegas pasa minggu pertama berkenalan
dengan mereka. Hal ini kerana, pada minggu pertama berkenalan
dengan mereka, saya banyak menunjukkan sikap mesra berbanding
ketegasan yang perlu ada pada seorang guru. Ini menjadikan mereka
hilang hormat kepada guru.3.Cadangan Tindakan Susulana.Saya perlu
lebih tegas semasa mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran
dalam kelas dalam mengatasi masalah tingkah laku muridb.Saya perlu
menyediakan aktiviti hands on yang melibatkan murid agar mereka
kurang masa untuk leka dan bermainc.Saya perlu menyediakan token
agar murid lebih bersemangat untuk menunjukkan tingkah laku yang
positif dan takut untuk kehilangan token jika ganjaran ditarik
balikd.Saya patut mengulangkaji buku-buku yang berkaitan dengan
aktiviti-aktiviti untuk menjalankan proses pengajaran yang lebih
menarik dan bermakna kepada murid.e.Penggunaan token yang perlu
dijaga sendiri oleh murid agar dapat memupuk sikap amanah dan
percaya diri dalam diri murid.
4.Tempoh Masa Tindakan SusulanSaya akan cuba mengatasi masalah
ini dalam tempoh seminggu yang akan datang. Saya perlu menguruskan
tingkah laku murid dengan lebih baik agar mereka dapat menjalani
proses pembelajaran yang lebih berkesan dan memberi makna kepada
mereka. Jika tiada langsung tumpuan yang dapat diberikan oleh
mereka, maka pengajaran saya pada hari tersebut tiada maknanya
kepada mereka seterusnya menjadikan mereka tidak berminat dengan
subjek ini.
Disemak oleh guru pembimbing
Tandatangan:Nama :Tarikh :Disemak oleh guru pembimbing
Tandatangan:Nama :Tarikh
Nama :Bilangan Jurnal : Ke-3Minggu Praktikum : KetigaTarikh
Peristiwa / Kejadian :Tajuk Jurnal : Membuat Mural
Pada minggu ini, saya bersama-sama rakan yang lain merancang
untuk menyiapkan projek mural di sekolah. Kami dikehendaki untuk
melukis mural sifir iaitu sifir 7, 8 dan 9 pada tiang di blok
Pendidikan Khas. Antara peralatan yang diperlukan untuk membuat
mural ialah cat mural, berus cat dan bekas kosong.Mula-mula, kami
perlu membuat ukuran saiz kawasan yang digunakan. Hal ini bertujuan
agar mural sifir yang kami siapkan ini seragam dengan mural sifir
yang sebelumnya. Dua orang telah ditugaskan untuk membuat ukuran
manakala saya bersama rakan lain menyediakan peralatan yang
diperlukan iaitu cat mural dan berus cat. Bekas kosong diperlukan
untuk kami mencampurkan dua warna cat yang berlainan seperti kuning
dan putih untuk menghasilkan warna baru iaitu kuning bata. Saya
membancuh warna latar iaitu kuning bata sementara menunggu
rakan-rakan membuat ukuran pada tiang. Setelah siap semua ukuran
dibuat, kami terus mewarnakan latar.Antara kebaikan kami
menjalankan projek ini ialah kami berpeluang untuk berkolaborasi
dengan guru-guru. Mereka banyak membantu dalam memberikan maklumat
tentang di mana-mana bahan-bahan boleh diperoleh, memberi pinjam
mana-mana bahan seperti berus cat. Malah mereka juga turut menegur
dan berkongsi maklumat tentang warna latar yang kami bancuh iaitu
warna kuning terlalu terang serta memberitahu tentang
langkah-langkah awal sebelum proses mengecat dimulakan. Saya sangat
gembira dengan keprihatinan yang mereka tunjukkan.
Terdapat beberapa kelemahan semasa kami mewarnakan latar ini
iaitu pertama, warna yang dibancuh kurang seragam dengan contoh
iaitu warna kuning kelihatan masih terang. Jadi, kami membuat
bancuhan kedua dengan menambahkan warna putih agar ia kelihatan
lebih lembut. Masing-masing memberikan kerjasama yang baik dalam
proses mengecat agar ia dapat disiapkan sebelum tamat waktu
persekolahan . Tetapi, proses mengecat akhirnya tamat sebelum jam 2
petang. Ini kerana. kami perlu mengecat latar dua kali agar warna
latar yang dihasilkan lebih cantik dan berkualiti.Kedua, kami tidak
menyediakan surat khabar lama untuk dilapik pada bawah tiang.
Keadaan ini menyebabkan banyak titik cat yang jatuh dan meningglkan
kesan pada lantai luar. Terdapat juga kesan cat yang meleleh dari
tiang ke lantai. Seterusnya, lantai menjadi kotor dan mural kami
tidak kemas untuk dilihat. Bagi mengatasi masalah ini, saya telah
membasahkan sehelai kain buruk dan mengelap mana-mana kesan yang
tidak diperlukan. Saya tidak mahu projek yang kami buat tidak kemas
dan cantik seperti contoh sebelumnya.Justeru, saya berharap projek
ini dapat disiapkan secepat mungkin dan lebih banyak masa
diperuntukkan untuk menyiapkan mural ini. Ini kerana, kami
memerlukan masa yang lebih sekurang-kurangnya sehari untuk menunggu
cat tersebut betul-betul kering untuk membuat langkah yang
seterusnya iaitu mengukur ruang untuk nombor dan menulis sifir di
atas latar tersebut.
Disemak oleh guru pembimbing
Tandatangan:Nama :Tarikh :Disemak oleh guru pembimbing
Tandatangan:Nama :Tarikh
Nama :Bilangan Jurnal : Ke-4Minggu Praktikum : KeempatTarikh
Peristiwa / Kejadian :Tajuk Jurnal : Majlis Khatam Al-Quran dan
Penutup Ihya Ramadhan
Pada 15 Ogos 2012, telah diadakan Majlis Khatam Al-Quran dan
Penutup Ihya Ramadhan 2012 di ruang terbuka Kantin Sekolah. Majlis
ini diadakan bersempena menandakan tamatnya kami membaca kitab
Al-Quran.Bagi menjayakan majlis ini, pihak Pendidikan Khas telah
memperuntukkan masa setengah jam pada awal pagi iaitu daripada jam
8.00 hingga 8.30 pagi untuk mengaji Al-Quran. Kami telah dipecahkan
kepada beberapa kumpulan di mana setiap kumpulan akan membaca
juzuk-juzuk yang berlainan. Dalam kumpulan saya, ketua kami telah
memperuntukkan beberapa muka surat yang akan kami habiskan dalam
masa sehari. Bagi memudahkan lagi pengurusan, beliau turut meminta
kami membaca secara bergilir-gilir. Cara pengurusan beliau amat
saya kagumi. Manakala murid pendidikan khas juga akan duduk di
dalam kumpulan masing-masing yang telah ditentukan beliau dan
mendengar bacaan daripada guru-guru. Bagi guru yang tidak dapat
mengaji, mereka diminta untuk mengawal murid agar lebih berdisiplin
dan menumpukan perhatian terhadap bacaan guru.Untuk menyempurnakan
majlis ini lagi, saya dan rakan-rakan ditugaskan sebagai ahli
jawatankuasa backdrop dan hiasan pentas. Oleh itu, tugas kami
bermula pada sebelum majlis berlangsung dan selepas majlis
berlangsung. Pada hari berlangsungnya majlis, kami diminta untuk
datang lebih awal agar segala persiapan dapat disiapkan sebelum
majlis dimulakan. Kami diminta untuk menyusun bunga-bunga hiasan
dan karpet di atas pentas.Bagaimanapun, kelemahan kami di sini
ialah kami tidak sempat untuk membuat perhiasan pentas. Ini kerana,
kehadiran kami terlewat untuk proses menghias kerana ia telah
dilakukan pada awal pagi sedangkan maljlis dijalankan pada waktu
petang. Dengan itu, kami mengambil tugas untuk mengemas pentas
selepas majlis berakhir. Di sini, dapat saya pelajari bahawa kerja
secara bergotong-royong dan bertolak ansur amat mudah dipraktikkan
dengan hati yang terbuka. Kerja yang dilakukan dapat disiapkan
dengan cepat dan tersusun.Majlis ini juga membuka peluang kepada
kami untuk berkolaborasi dengan guru-guru dari kelas normal dan
semuanya memberikan kerjasama yang baik kepada kami. Malah, ketua
jawatankuasa kami juga merupakan seorang guru kelas normal.
Walaupun baru berkenalan, kami dapat bekerjasama dengan baik. Dalam
suasana sebegini, saya perlu lebih banyak meningkatkan komunikasi
serta mencari idea untuk berkomunikasi dengan mereka. Ibarat kata,
malu bertanya, sesat jalan.Diharapkan majlis sebegini dapat terus
diadakan untuk mengeratkan ukhuwah sesama guru dan juga murid.
Disemak oleh guru pembimbing
Tandatangan:Nama :Tarikh :Disemak oleh guru pembimbing
Tandatangan:Nama :Tarikh :
Bilangan Jurnal : Ke-5Minggu Praktikum : KelimaTarikh Peristiwa
/ Kejadian :Tajuk Jurnal : Aktiviti Kokurikulum Kelab
Kebudayaan
kami telah diminta oleh guru bertugas untuk menguruskan aktiviti
Kelab Kebudayaan yang akan diadakan pada esok. Kami diminta
bersedia dan merancang aktiviti yang akan dilaksanakan kepada murid
pada hari esok.Memandangkan ini merupakan kali pertama kami untuk
menguruskan aktiviti kelab dan persatuan, kami telah mendapatkan
maklumat daripada guru penasihat persatuan dan beliau sudi membantu
kami dalam memberikan beberapa idea serta cadangan aktiviti yang
sesuai dengan murid.Pada hari tersebut, sesuai dengan Kelab
Kebudayaan, kami telah melaksanakan aktiviti nyanyian lagu nasyid.
Kami telah menyediakan 3 video lagu nasyid beserta seni katanya
untuk dinyanyikan oleh murid. Tajuk nasyid tersebut ialah Teman
Sejati Brothers, Pergi Tak Kembali Rabbani dan Damai yang Hilang
Nowseeheart. Manakala seni kata pada lagu berfungsi agar murid yang
dapat mengeja dan membaca dapat mengaplikasikan kemahiran tersebut
semasa menyanyikan lagu. Setiap lagu yang dinyanyikan akan diulang
3 kali agar murid dapat mengikut lagu dengan baik. Di samping itu
juga, kami turut mencelah dengan menyoal murid agar murid terus
peka dengan lagu yang dinyanyi serta video yang ditayangkan. Murid
juga diminta untuk melakukan pergerakan mudah seperti menepuk
tangan sebagai terapi pergerakan motor kasar semasa menyanyikan
lagu. Setelah lagu diulang sebanyak 3 kali, guru dan murid bersoal
jawab dan melakukan perbincangan mengenai isi kandungan yang
terdapat pada lagu. Contohnya perihal teman sejati, ciri-ciri kawan
yang baik, perkataan yang seerti dengan teman, doa untuk orang yang
telah tiada, contoh sifat kemanusiaan dan sebagainya. Antara
kekuatan aktiviti yang kami laksanakan ini ialah pemilihan lagu
yang sesuai dan penuh dengan nilai nilai pengajaran untuk murid.
Contohnya kepentingan seorang teman kepada manusia seperti
perkongsian kasih saying, kesan ketiadaan nilai kemanusiaan dalam
diri manusia serta gambar video memaparkan gambar kesan buruk
sekiranya tiada lagi sifat kemanusiaan seperti tiada tumbuhan,
hidupan, air dan manusia yang berpecah belah, dan akhir sekali
perasaan jika kehilangan orang tersayang. Semua murid kelihatan
sangat teruja dan berminat untuk menyanyikan lagu malah murid yang
kurang mahir mengeja juga cuba mengikut nada dengan mambunyikan
aaaa sahaja sama seperti dengan lirik lagu. Oleh itu,
penambahbaikan yang saya perlu lakukan untuk aktiviti ini ialah
membesarkan skrin video yang ditayangkan agar semua murid dapat
melihat tayangan video dengan lebih jelas malah dapat membaca lirik
lagu dengan jelas. Tindakan susulan yang patut saya ambil ialah
menyediakan projector ataupun sekurang-kurangnya menggunakan laptop
yang berskrin besar dan tidak menggunakan notebook yang sememangnya
kecil.Terdapat jiga kelemahan dalam pelaksanaan aktiviti kami.
Semasa melaksanakan aktiviti, barulah saya terperasan yang kami
kurang melaksanakan aktiviti secara bergerak. Contohnya melakukan
pergerakan mudah sesuai dengan seni kata lagu seperti memegang
tangan, menggerakkan tangan dan kaki secara mudah. Dengan itu
penambahbaikan yang dapat saya lakukan di sini ialah membuat
perancangan aktiviti dengan lebih teliti dan mengambilkira semua
aspek JERIS dengan lebih berkesan. Tindakan susulan yang patut saya
ambil ialah mencari den menonton video nasyid dan mengambil
contoh-contoh pergerakan yang dilakukan untuk diaplikasikan kepada
murid.Akhir sekali, saya berharap agar pengurusan aktiviti yang
bakal kami laksanakan pada program akan datang akan menjadi lebih
baik, menarik malah berkesan kepada murid.
Disemak oleh guru pembimbing
Tandatangan:Nama :Tarikh :Disemak oleh guru pembimbing
Tandatangan:Nama :Tarikh
Nama :Bilangan Jurnal : Ke-6Minggu Praktikum : KeenamTarikh
Peristiwa / Kejadian :Tajuk Jurnal : 1 Sukan 1 Murid Permainan
Hoki
saya dan rakan-rakan yang lain telah diberi tugasan untuk
menguruskan program 1 Sukan 1 Murid pada hari ini. Permainan yang
akan kami perkenalkan kepada murid ialah sukan hoki. Sebelum
bermula waktu tersebut iaitu pada jam 12.20 12.50 petang, kami
terlebih dahulu ke stor Pendidikan Jasmani untuk memeriksa
peralatan yang bakal kami gunakan. Kami mendapati bahawa kayu hoki
dan bola hoki berada dalam keadaan baik dan berfungsi malah
mencukupi untuk aktiviti yang bakal kami laksanakan. Bagaimanapun,
kami akhirnya membuat keputusan untuk memilih bola softball atas
faktor keselamatan murid. Bola hoki yang sebenar didapati sangat
keras dan boleh membahayakan murid jika dipukul terlalu laju.
Lebih-lebih lagi bukan semua murid tahu dan pernah bermain
permainan ini. Kami memilih kawasan padang untuk aktiviti pada kali
ini. Hal ini kerana, murid perlu melakukan aktiviti menolak bola
dan kami memerlukan kawasan yang agak luas. Murid telah dipecahkan
kepada dua kumpulan. Murid kumpulan satu akan menolak bola kepada
murid kumpulan dua, kemudian murid kumpulan dua akan kembali
menolak bola kepada murid kumpulan satu dan seterusnya sehingga
murid akhir. Murid akan menolak bola dalam dua pusingan. Selepas
itu, murid dibahagikan dalam kumpulan kecil. Mereka diminta untuk
cuba memukul bola kepada kawan dalam jarak dekat. Kemudian, jarak
tersebut dibesarkan sebagai ansur maju.Kebaikan pada sesi
pengajaran dan pembelajaran pada kali ini ialah kami telah
merancang aktiviti ansur maju permainan hoki. Aktiviti ini penting
kerana bukan semua murid tahu dan pernah bermain hoki.
Penambahbaikan yang boleh dilakukan ialah setiap aktiviti ansur
maju boleh diulang beberapa kali sehingga murid betul-betul
menguasai apa yang diajar. Tindakan susulan yang boleh diambil
ialah guru boleh mengasingkan murid yang telah tahu permainan dan
yang lemah agar murid yang tahu dapat kemahiran yang lebih tinggi
manakala murid yang lemah dapat menguasai kemahiran yang
asas.Kelemahan semasa sesi pengajaran dan pembelajaran pada sesi
kali ini ialah pengurusan murid yang kurang terkawal. Terdapat
murid yang bermain terlalu jauh daripada kami. Sepatutnya, kami
terlebih dahulu memikirkan terhadap perkara yang mungkin berlaku
jika menggunakan kawasan yang terlalu luas seperti padang. Cara
mengatasi yang boleh diambil ialah menandakan kawasan yang
diperlukan dan mengeluarkan peraturan kepada murid untuk tidak
melebihi kawasan yang ditandakan. Tindakan susulan yang boleh
diambil ialah menggunakan kon untuk menandakan kawasan yang
diperlukan.Peluang sebegini amat bagus kepada kami kerana ia dapat
memberikan kami peluang untuk belajar bagaimana menguruskan murid
di luar kelas. Diharap pengurusan dan pengawalan murid kami akan
bertambah baik pada sesi akan datang.
Disemak oleh guru pembimbing
Tandatangan:Nama :Tarikh :Disemak oleh pensyarah pembimbing
Tandatangan:Nama :Tarikh
Contoh k2CONTOH REFLEKSI PRAKTIKUMMINGGU PERTAMA
Pertama kali mendapat tahu saya dan semua rakan-rakan yang lain
perlu menjalani latihan praktikum selama 12 minggu pada semester
kedua hati saya terasa seakan berdebar-debar dan juga terasa tidak
sabar lagi untuk bertemu dengan murid-murid sekolah. Sebelum ini
saya beranggapan bahawa menjadi guru sekolah rendah senang unutk
melaksanakan proses pengajaran tetapi rupa-rupanya sangkaan saya
meleset sama sekali. Setelah saya pelajari segala ilmu dan juga
teori di Insititut Perguruan Bahasa Melayu Malaysia selama setengah
tahun barulah saya tahu bahawa mengajar di sekolah rendah
memerlukan seseorang guru itu mempunyai kemahiran yang tinggi dalam
proses melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran agar dapat
menarik minat murid dalam mengikuti proses p dan p dalam bilik
darjah.
Hati saya begitu berdebar-debar menantikan tibanya saat-saat
untuk saya menjalani latihan praktikum di sekolah selama 3 bulan.
Sayacubagagahi dan kuatkan semangat saya untuk lebih bersemangat
dalam berjuang untuk mendidik anak bangsa saya dan juga demi
negara. Hari ini merupakan hari pertama saya dan juga kawan saya
datang ke sekolah ini untuk melaporkan diri sebagai guru pelatih
dalam menjalani latihan praktikum setelah setengah tahun kami
didedahkan dengan ilmu dan juga teori-teori pengajaran perguruan di
IPBMM. Segala ilmu yang saya perolehi dan tuntuti selama satu
semester yang lepas di IPBMM akan diuji sejauhmana saya dapat
mengaplikasikan segala ilmu yang telah dipelajari dalam pelaksanaan
proses pengajaran dan pembelajaran yang sebenar di sekolah.
Saya sampai ke sekolah seawal jam 7.15 pagi dan saya terus
menuju ke arah pejabat sekolah. Nasib saya baik kerana sebelum ini
saya telah menjalani latihan pengalaman berasakan sekolah selama
dua minggu di sekolah ini pada bulan Mac yang lalu.Namun begitu
hati saya turut berasa berdebar kerana pertama kali saya akan
berjumpa dengan guru besar yang baru. Setelah melaporkan diri di
pejabat dan memperkenalkan diri kepada guru besar dan juga guru
penolong kanan, saya dan juga kawan saya telah diminta untuk
menhadirkan diri di majlis perhimpunan mingguan di Dataran
Bestari.
Setelah selesai majlis perhimpunan mingguan saya telah menerima
memo untuk meggantikan kelas yang ketiadaan guru sementara menunggu
guru penolong kanan menyusun jadual untuk saya nanti. Pertama kali
saya telah diarahkan untuk memasuki kelas secara tiba-tiba
merupakan bagai satu peluang kepada saya untuk berdepan dengan
murid-murid. Terdetik juga di hati bagaimana agaknya keadaan murid
kelas ketika itu... Saya kuatkan semangat untuk berdepan dengan
karenah murid yang pelbagai.
Saya cuba untuk belajar untuk mengawal keadaan kelas yang begitu
tidak terkawal. Dengan pelajarnya yang berlari-lari, membuat
bising, bergurau dan sebagainya memerlukan saya untuk bertindak
lebih tegas dengan murid-murid. Ternyata ianya berkesan. Sukarnya
seorang guru seperti saya yang tiada pengalaman dan ditambah lagi
dengan masalah suara saya yang kurang kuat menyebabkan beberapa
kali saya cuba untuk memberi arahan kepada murid-murid agar diam.
Terasa betapa peritnya keadaan untuk mengawal murid-murid yang
mempunyai pelbagai karenah. Kelas pada hari tersebut saya hanya
mengadakan sesi perkenalan antara saya dengan sesama murid.
Pada hari tersebut saya telah menerima tiga kelas untuk
menggantikan guru yang tidak hadir. Lain kelas lain kerenah
murid-muridnya. Kelas yang kedua yang saya masuk pula lebih gemar
bertanya dan bersaing. Malah mereka juga lebih suka untuk saya
mengadakan sesi teka teki. Semua soalan yang ditanya kebanyakkannya
semua dapat dijawab dengan banyak jawapan. Terlintas
difikiran...bijak juga murid-murid kelas ni....
Manakala kelas yang ketiga pula, merupakan kelas Tahun 4. Dalam
hati berkata bagaimana pula dengan murid-murid dari tahun 4 pula?
Macamana aku nak kawal murid-murid dari tahun 4? Tahun 5 pun boleh
tahan dengan bisingnya...ini apatah lagi Tahun 4 kelas yang
dikategorikan tahap sederhana. Bagi mengawal kelas dari terus
membuat bising saya telah mengarahkan agar murid-murid membersih
dan mengemas meja mereka mengikut susunan yang betul. Akhir sekali
saya telah mengajak mereka bersama untuk menyanyikan lagu Goreng
Pisang bersama-sama. Ternyata mereka semua terhibur.
Pada jam 1.15 tengahri kami pulang setelah mendapatkan dokumen
yang diperlukan.
MINGGU KEDUA
21 Julai 2008 (Isnin)Sekolah Kebangsaan Seksyen 6 Kota
Damansara7.25 pagi 1.15 petang
Hari ini merupakan hari yang kedua aku akan diselia oleh guru
pembimbingku iaitu En. Suzili bin Mohamed. Walaupun pernah melalui
pengalaman diselia kali pertama namun aku tetap berdebar juga
sehingga berpeluh-peluh terutamanya semasa melaksanakan sesi p
& p di dalam bilik darjah. Aku cuba mententeramkan diriku agar
sentiasa bertenang dan alhamdulilah aku dapat melaksanakan segala
aktiviti pengajaran dengan lancar.
Namun disebabkan aku terlalu leka dengan memberi penerangan pada
langkah pertama menyebabkan pengurusan masaku untuk
langkah-lanagkah seterusnya terpaksa dipendekkan. Walaupun begitu
objektif yang dirancangkan tetap tercapai dengan jayanya. Secara
keseluruhannya aku berpuas hati dengan kerjasama yang diberikan
oleh murid-murid sepanjang proses p&p berjalan.
Setelah selesai penyeliaan aku sempat bertemu dengan guru
pembimbingku untuk mendapatkan komen-komen dari beliau. Ternyata
anggapanku tepat iaitu kelemahan dari segi pengurusan masa.
Aku akan cuba menepati setiap masa yang telah aku ranacangkan
pada sesi pengajaran dan pembelajaran pada sesi akan datang.22
Julai 2008 (Selasa)Sekolah Kebangsaan Seksyen 6 Kota Damansara7.15
pagi 1.15 petang
Sepatutnya pada hari ini akau juga akan diseliakan oleh guru
pembimbingku bagi kali pertama bagi opsyen minorku iaitu mata
pelajaran Bahasa Melayu. Seperti biasa aku menuggu guru
pembimbingku masuk ke kelas tetapi guru pembimbingku tidak masuk
juga. Aku meneruskan sesi pengajaranku seperti biasa walaupun
persediaan telah dibuat.
Pada sesi p & p pada hari ini aku telah meracangkan
pengajaran tajuk yang baru bagi unit yang ke sembilan iaitu Tema
Kebudayaan. Murid-murid begitu berminat dan seronok mendengar aku
memberikan penerangan tentang kepelbagaian jenis tarian yang
terdapat di Malaysia. Objektif pengajaranku pada hari ini adalah
untuk mengajar murid-murid menyatakan isi tersurat dan juga isi
tersirat berdasarkan gambar rajah yang terdapat di dalam buku
teks.
Secara keseluruhannya aku berpuas hati dengan pencapaian
murid-murid yang dapat mencapai hasil pembelajaran pada akhir sesi
p & p. Sebagai menguji kefahaman mereka aku telah memberikan
tugasan kepada mereka untuk membuat ayat berdasarkan gambar yang
dipaparkan dalam buku teks.
Aku pulang pada jam 1.30 petang.23 Julai 2008 (Rabu)Sekolah
Kebangsaan Seksyen 6 Kota Damansara7.25 pagi 1.15 petang
Hari yang ditunggu-tunggu akhirnya tiba iaitu hari ini merupakan
hari pertama aku akan diseliakan oleh pensyarah pembimbingku iaitu
Dr. Rashidah bt.O.A Rajak. Takut, gementar, malu dan semuanya
berkecemuk dalam diriku. Tak tergambar dalam hatiku seakan mahu
terluruh jantungku...
Aku cuba menguatkan diriku..beristighfar kepada Allah Taala agar
dapat menenangkan diriku. Mungkin disebabkan aku tidak yakinkan
diri untuk melaksanakan pengajaranku terutamanya semasa dalam kelas
5 Gigih yang aku rasakan susah untuk aku mengawal keadaan kelas
tersebut. Ternyata pada permulaan pengajaran aku begitu gugup dalam
memberikan penerangan kepada murid-murid.
Satu kesilapan yang aku lakukan adalah semasa pembahagian
tugasan kepada murid-murid di mana aku telah meletakkan terlebih
awal kad tugasan di dalam kotak menyebabkan murid-murid tidak lagi
mendengar arahan dariku..Ini merupakan percubaan pertamaku dalam
pembahagian kad tugasan kepada setiap kumpulan. Sebelum ini tidak
aku lakukan pada mana-mana kelas. Namun pada kelas ini ku lakukan
sebagai menjimatkan masa dan dalam mengawal keadaan murid agar
tidak bergerak ke sana ke mari bertanya apa yang perlu dilakukan
oleh mereka. Harapanku pada kelas ini agar mereka tidak membuat
bising dan merebut-rebut untuk mendapatkan kad soalanku.. Ternyata
rancanganku menjadi sebaliknya..
Komen-komen dari pensyarah pembimbingku aku jadikan pedoman dan
panduan kepada rakan seperjuanganku yang akan diseliakan pada
keesokan harinya agar tidak melakukan kesilapan yang sama.
Pengalaman pertama diselia oleh pensyarah dan juga nasihat yang
diberikan akan aku terapkan bagi mengatasi segala kelemahanku
sebelum ini dan akan kujadikan segala komen-komen yang membina dari
pensyarah pembimbingku sebagai panduan untuk aku merancang dan
melaksanakan p &p pada sesi pengajaran yang akan datang.
24 Julai 2008 (Khamis)Sekolah Kebangsaan Seksyen 6 Kota
Damansara7.20 pagi 2.15 petang
Kelasku pada hari ini bermula pada jam 12.35 tengahari iaitu
waktu terakhir sekali sebelum sesi pembelajaran pada hari tersebut
tamat. Pada waktu pagi yang senggang itu aku cuba menambah sedikit
sebanyak dalam penyediaan bahan-bahan sumber yang akan digunakan
pada sesi p & p di dalam kelas nanti.
Murid-murid begitu seronok untuk berlakon. Berebut-rebut mereka
apabila aku meminta beberapa orang murid untuk melakonkan watak
yang telah aku rangkakan. Boleh dikatakan secara keseluruhannya
objektif pengajaran pada hari ini mencapai objektif yang
diingini.
Pada hari ini juga selepas waktu sekolah aku telah dijemput
untuk menghadirkan diri dalam sesi mesyuarat yang akan diadakan di
bilik gerakan. Mesyuarat diadakan untuk membincangkan berkenaan
dengan peranan dan tugas-tugas ahli jawatankuasa sempena sambutan
Israk Mikraj yang akan diadakan pada 30hb Julai ini dan juga Khemah
Ibadah dan Motivasi Anak Soleh yang akan diadakan pada 2hb Ogos
sehingga 3hb Ogos ini. Keterlibatan semua guru termasuk aku dan
rakanku juga perlu dalam menjayakan lagi program ini.
Aku pulang jam 2.15 petang setelah mesyuarat tamat.26 Julai 2008
(Sabtu)Sekolah Kebangsaan Seksyen 6 Kota Damansara7.20 pagi 1.15
petang
Hari ini kelas ganti diadakan bagi menggantikan hari
persekolahan yang diambil sempena cuti menyambut Hari Raya
Aidilfitri pada bulan Oktober nanti. Kelas ganti pada hari ini akan
menggunakan jadual pada hari Isnin. Kelas pada hari berjalan
seperti biasa walaupun ada segelintir murid-murid yang seakan tidak
bersemangat untuk belajar pada hari cuti minggu. Pengajaranku pada
hari ini adalah di kelas 5 Gigih bagi mata pelajaran Kajian
Tempatan dan kelas 5 Harmoni bagi mata pelajaran Pendidikan Sivik
dan Kewarganegaraan.
Pencapaian objektif menjadi keutamaanku bagi kedua-dua kelas
tersebut. Walaupun masa yang singkat bagi pengajaran Kajian
Tempatan bagi kelas 5 Gigih lantaran kelas bermula selepas waktu
rehat dan murid-murid mengambil masa yang lebih sebelum masuk ke
kelas. Masa pengajaran hanya tinggal cuma 15 hingga 20 minit
sahaja. Namun begitu aku cuba juga untuk membolehkan murid-murid
dapat memahami isi pelajaran yang diajar.
Manakala kelas 5 Harmoni merupakan kelas yang tiada masalah bagi
diriku untuk mengawal keadaan kelas. Kerana mereka semuanya agak
berdisiplin semasa di dalam bilik darjah. Pengajaranku berjalan
dengan lancar dan semua aktiviti yang telah aku rangka dapat
dilaksanakan dengan sepenuhnya.1. MasalahMasalah kali ini adalah
berkisar kepada disiplin bilik darjahdi mana murid-murid selalu
membuat bising ketika saya sedang melaksanakan sesi p & p di
dalam bilik darjah.
2. AnalisisMasalah ini timbul kerana murid tidak mendengar
arahan guru semasa berlangsungnya proses p & p di dalam bilk
darjah. Selain itu, masalah ini mungkin juga berpunca darip &
pyang saya rancangkan di dalam bilik darjah tidak sesuai dengan
minat murid menyebabkan mereka tidak menumpukan perhatian kepada
pengajaran saya di dalam kelas. Selain itu faktor persekitaran
kelas juga mungkin memainkan peranan dalam mempengaruhi murid-murid
seperti keadaan murid yang terlalu ramai di dalam sesebuah bilik
darjah menyebabkan murid bertambah bising kerana meraka tidak
selesa dengan keadaan kelas yang menjadi sempit dan menggangu
proses pembelajaran mereka.
3. Cadangan untuk memperbaikiTerdapat beberapa cadangan boleh
dilaksanakan untuk memperbaiki masalah yang wujud iaitu:(a)Strategi
p & p akan saya rangka sejajar dengan minat dan kebolehan murid
di dalam sesebuah bilik darjah.(b)Saya juga akan lebih tegas dengan
murid-murid semasa proses p & p berjalan.(c)Saya juga akan
merangka aktiviti pengajaran harian yang lebih menarik agar dapat
menarik minat murid-muridbelajar dan terus seronok mengikuti sesi p
& p sehingga ke akhir pembelajaran.(d)Saya juga akan mmeberikan
lembaran kerja yang sesuai dengan tahap kebolehan setiap murid agar
mereka tidak membuat bising ketika di dalam bilik darjah.
4. Tempoh masaSaya akan berusaha mengatasi masalah ini secepat
yang mungkin. Hal ini penting kerana ia akan menentukan kelancaran
proses P & P saya pada minggu-minggu yang seterusnya.
5. Penilaian kejayaanSaya telah berjaya mengawal tingkah laku
murid-murid di dalam bilik darjah dan juga melaksanakan aktiviti p
& p dengan lebih menarik minat murid-muriddari sebelumnya.
6. Tindakan susulanSaya akan cuba mengatasi segala masalah saya
dengan bersungguh-sungguh. Di mana saya akan cuba mencari
maklumat-maklumat untuk mendapatkan ide yang menarik dalam
merancang aktiviti di dalam bilik darjah agar pengajaran saya akan
jadi lebih menarik lagi. Di harapkan saya akan berjaya mengatasi
masalah ini.
MINGGU KETIGA
28 Julai 2008 (Isnin)Sekolah Kebangsaan Seksyen 6 Kota
Damansara7.20 pagi 1.30 petang
Proses p & p pada hari ini berjalan seperti biasa di
kedua-dua kelas iaitu kelas 5 Gigih dan kelas 5 Harmoni. Bagi kelas
5 Gigih objektif yang dirancangkan sesuai dengan masa yang
dirangka. Boleh dikatakan objektif yang ingin dicapai telah
tercapai dengan jayanya, walaupun tidak banyak aktiviti berkumpulan
dapat dilaksanakan ekoran masa yang singkat iaitu tidak sampai
setengah jam ekoran kelambatan murid-murid yang masuk lambat ke
kelas selepas waktu rehat.
Manakala bagi kelas 5 Harmoni sesi pengajaran dan pembelajaran
berjalan dengan lancar dan menyeronokkan di mana kedua-dua
objektifnya tercapai. Suasana dan keadaan murid yang cerdik dan
mudah mendengar arahan memudahkan aku untuk mengawal keadaan bilik
darjahdan ini sekaligus melancarkan lagi proses p & p berjalan
dengan lancar.
Boleh dikatakan saya berpuas hati dengan sesi p & p pada
hari ini.
29 Julai 2008 (Selasa)Sekolah Kebangsaan Seksyen 6 Kota
Damansara7.20 pagi 1.30 petang
Pada hari ini saya tidak mempunyai rancangan p & p ekoran
aku telah menukarkan jadual dengan guru pembimbingku, cikgu Suzili
kerana bagi memudahkan kepada pensyarah pembimbingku untuk datang
menyeliaku bagi matapelajaran minorku iaitu Bahasa Melayu. Biasanya
matapelajaran Bahasa Melayu pada hari Selasa, kali ini aku telah
menukarkannya pada hari Khamis.
Namun begitu, masa yang ada aku gunakan sebaik mungkin untuk
merangka rancangan pengajaran pada keesokkan harinya.
30 Julai 2008 (Rabu)Sekolah Kebangsaan Seksyen 6 Kota
Damansara7.20 pagi 2.00 petang
Pada hari ini bermula jam 8.00 pagi bertmepat di dewan terbuka
Sek. Seksyen 6 Kota Damanasara telah diadakan satu majlis sambutan
sempena Israk mikraj yang jatuh pada hari Rabu bersamaan dengan 27
Rejab 1429 iaitu tarikh berlakunya peristiwa israk dan mikraj ini.
Semua murid dari tahun 1, 4, 5 dan 6 terlibat dalam mendengar
ceramah yang disampaikan oleh penceramah jemputan dari Jabatan
Agama Islam Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur. Kelas bagi proses p
& p di 5 Gigih tidak dapat dilaksanakan ekoran murid-murid
terlibat dengan majlis tersebut sehingga jam 9.35 pagi.
Namun begitu masa yang tinggal cuma 10 minit aku gunakan untuk
mengawal keadaan murid yang tidak terkawal ketika baru memasuki ke
kelas sementara menunggu guru seterusnya masuk ke kelas tersebut.
Pada hari itu juga aku telah dijemput oleh anak muridku untuk
menghadiri majlis sambutan hari lahir dirinya. Terasa diri ini
disayangi dan disukai oleh murid kerana sudi menjemputku dan
merupakan antara tiga guru yang dijemput hadir untuk memeriahkan
majlis sambutan kecil harijadi di dalam kelas sewaktu waktu
rehat.
Kelas yang kedua bagi p&p yang seterusnya adalah di kelas 5
Jujur bagi mata pelajaran Kajian Tempatan. Proses p & p
berjalan dengan lancar dengan objektif tercapai dan murid-murid
tekun dalam mendengar penerangan dariku berkenaan dengan sejarah
pembukaan Kerajaan Melayu Melaka. Begitu juga dengan aktiviti
berkumpulan yang dijalankan ternyata murid-murid seronok berbincang
bersama-sama rakan mereka. Bagiku apa yang penting murid-murid
seronok belajar dan objektif dapat dicapai dengan jayanya.
30 Julai 2008 (Khamis)Sekolah Kebangsaan Seksyen 6 Kota
Damansara7.20 pagi 1.30 petang
Kelasku pada hari ini bermula pada jam 8.15 pagi bagi mata
pelajaran Bahasa Melayu di kelas 5 Harmoni. Pengajaran dan
pembelajaran berjalan seperti biasa. Bagiku perancangan yang
dirangka untuk mata perlajaran Bahasa Melayu berbeza dengan mata
pelajaran Kajian Tempatan dan juga Pendidikan Sivik dan
Kewarganegaraan. Di mana Bahasa Melayu memerlukan ketig-tiga
kemahiran bahasa diterapkan kesemua bagi satu sesi p & p iaitu
kemahiran mendengar dan bertutur, kemahiran membaca dan juga
kemahiran menulis. Aku cuba menerapkan kesemua kemahiran bahasa ini
dalam kelas 5 Harmoni dan diharapkan kesemua murid mendapat kesemua
kemahiran tersebut. Secara keseluruhannya objektif yang dirangka
mencapai objektif yang telah dirangkakan.
Kelas yang terakhir ialah kelas bagi mata pelajaran Kajian
Tempatan di kelas 5 Gigih. Murid-murid seperti tidak dapat dikawal
lantaran mereka tidak sabar-sabar untuk pulang ke rumah maklumlah
waktu terakhir pembelajaran menyebabkan keadaan mereka tidak
terkawal. Aku cuba mengawal dan mententeramkan keadaan pelajar.
Setelah itu barulah sesi p & p dapat dilaksanakan walaupun
seketika cuma.
Aku pulang pada jam 1.30 tengahari.
1 Ogos 2008 (Jumaat)Sekolah Kebangsaan Seksyen 6 Kota
Damansara7.20 pagi 12.15 Tengahari
Pada hari Jumaat jadual saya tidak mempunyai sebarang kelas
pengajaran dan pembelajaran. Masa yang terluang aku ingin
memanfaatkan sebaik mungkin dengan melakukan aktiviti penyediaan
bahan-bahan bantu mengajar yang akan ku gunakan pada pengajaran
yang akan datang.
Pagi itu juga kami berdua berbincang dalam merangka rancangan
pengajaran harian bagi mata pelajaran Pendidikan Sivik dan
Kewarganegaraan bagi sesi pengajaran dan pembelajaran untuk minggu
hadapan.
Sesi pembelajaran pada hari Jumaat tamat pada jam 12.00
tengahari bagi memberi laluan kepada guru-guru lelaki untuk
menunaikan solat Jumaat.
1. MasalahMasalah kali ini adalah berkisarkan kepada gangguan
semasa sesi p & p berjalan di mana terdapat segelintir murid
yang suka keluar masuk bilik darjah.
2. AnalisisMasalah ini timbul kerana semasa saya mengajar
murid-murid selalu meminta izin dengan saya untuk bertemu guru,
menghantar buku dan juga mahu ke koperasi sekolah untuk membeli
peralatan alat tulis dan sebagainya. Keadaan ini mungkin disebabkan
oleh saya kurang tegas dengan murid-murid semasa mengajar dan juga
ketika berada di dalam kelas. Oleh sebab itulah murid-murid
mengambil kesempatan ke atas ketidaktegasan saya semasa berada di
bilik darjah.
3. Cadangan untuk memperbaikiTerdapat beberapa cadangan boleh
dilaksanakan untuk memperbaiki masalah yang wujud iaitu:-(a)Saya
akan lebih tegas dengan murid-murid semasa sesi p & p
berjalan.(b)Saya juga perlu lebih prihatin dengan tingkah laku
murid-murid.
4. Tempoh masaSaya akan mengatasi masalah ini secepat yang
mungkin dalam masa 1 minggu. Hal ini penting bagi memastikan
kelancaran proses p & p saya nanti.
5. Penilaian kejayaanDi dapati beberapa hari ini kelihatan
tingkah laku murid yang kerap meminta izin untuk keluar telah
berkurangan semasa saya sedang menjalankan sesi p & p.
6. Tindakan susulanSaya akan cuba mengatasi segala masalah saya
dengan bersungguh-sungguh. Diharapkan segala masalah seperti
gangguan yang timbul semasa sesi p & p berlangsung akan dapat
saya atasi dengan sepenuhnya.
Cnth 3
Contoh Lengkap Jurnal PraktikumMINGGU PERTAMA

28 Julai 2008 (Isnin)
Sekolah Kebangsaan Seksyen 6 Kota Damansara7.20 pagi 1.30

kata kunci : contoh refleksi praktikum, bahan pendidikan, contoh
sebenar refleksi praktikum, refleksi praktikum pismp dan jqaf,
kertas kerja ipg, ipgm malaysia, cara mengajar, guru mengajar,
kaedah pnp berkesan, contoh lengkap jurnal praktikum, jurnal
praktikum