1.0 PENDAHULUAN Kesedaran tentang pentingnya penggunaan bahan kesusteraan Melayu dalam pengajaran dan pembelajaran (P&P) kepada para pelajar sekolah dan pelajar IPT memang sudah dirasakan sejak dari zaman sebelum perang lagi. Kini, kurikulum Bahasa Melayu yang telah melalui semakan dan mula dilaksanakan pada tahun 2003 telah mengalami beberapa pengubahsuaian dan unsur terbaru dalam pendidikan diintegrasikan dalam kandungan kurikulum itu. Pengubahsuaian itu sesuai dengan tujuan pendedahan komsas dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu. Antara tujuan karya sastera digunakan dalam pengajaran Bahasa Melayu (Komsas) adalah untuk membangkitkan minat dan memberi kesedaran kepada para pelajar tentang bentuk bahasa yang komunikatif dengan kepelbagaian kosa kata, frasa, ungkapan dan struktur ayat. Selain itu, karya sastera digunakan dalam Komsas adalah untuk membentuk kepekaan para pelajar tentang kelainan, keindahan, kekreatifan, kerasionalan, keintelektualan, kesaintifikan, keunikan mutu dan gaya bahasa yang memiliki ciri menghibur dan sebagainya. Selain itu, karya sastera juga turut digunakan untuk membangkitkan minat membaca dalam kalangan pelajar terhadap karya-karya yang lain. Kemasukan komponen kesusasteraan Melayu dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu dapat membantu para pelajar meningkatkan minat membaca pelbagai genre kesusasteraan Melayu seperti novel, cerpen, drama, prosa tradisional, puisi moden dan puisi tradisional. Karya kesusasteraan Melayu ini juga dapat memberikan mesej dan pengajaran kepada para pelajar kerana karya ini mudah untuk difahami. Seterusnya, karya sastera ini juga turut digunakan dalam pengajaran Bahasa Melayu (Komsas) kerana para pelajar berpeluang untuk membina nilai-nilai murni dan membina sahsiah yang mulia. Ini kerana terdapat pelbagai mesej yang ingin diketengahkan oleh pengkarya yang lebih cenderung kepada aspek nilai-nilai murni dan pengajaran. Keadaan ini sudah pasti sedikit sebanyak akan memberikan kesan kepada pembaca untuk membentuk akhlak yang baik. 1
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
1.0 PENDAHULUAN
Kesedaran tentang pentingnya penggunaan bahan kesusteraan Melayu dalam
pengajaran dan pembelajaran (P&P) kepada para pelajar sekolah dan pelajar IPT memang
sudah dirasakan sejak dari zaman sebelum perang lagi. Kini, kurikulum Bahasa Melayu yang
telah melalui semakan dan mula dilaksanakan pada tahun 2003 telah mengalami beberapa
pengubahsuaian dan unsur terbaru dalam pendidikan diintegrasikan dalam kandungan
kurikulum itu. Pengubahsuaian itu sesuai dengan tujuan pendedahan komsas dalam
pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu.
Antara tujuan karya sastera digunakan dalam pengajaran Bahasa Melayu (Komsas)
adalah untuk membangkitkan minat dan memberi kesedaran kepada para pelajar tentang
bentuk bahasa yang komunikatif dengan kepelbagaian kosa kata, frasa, ungkapan dan struktur
ayat. Selain itu, karya sastera digunakan dalam Komsas adalah untuk membentuk kepekaan
para pelajar tentang kelainan, keindahan, kekreatifan, kerasionalan, keintelektualan,
kesaintifikan, keunikan mutu dan gaya bahasa yang memiliki ciri menghibur dan sebagainya.
Selain itu, karya sastera juga turut digunakan untuk membangkitkan minat membaca
dalam kalangan pelajar terhadap karya-karya yang lain. Kemasukan komponen kesusasteraan
Melayu dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu dapat membantu para pelajar
meningkatkan minat membaca pelbagai genre kesusasteraan Melayu seperti novel, cerpen,
drama, prosa tradisional, puisi moden dan puisi tradisional. Karya kesusasteraan Melayu ini
juga dapat memberikan mesej dan pengajaran kepada para pelajar kerana karya ini mudah
untuk difahami.
Seterusnya, karya sastera ini juga turut digunakan dalam pengajaran Bahasa Melayu
(Komsas) kerana para pelajar berpeluang untuk membina nilai-nilai murni dan membina
sahsiah yang mulia. Ini kerana terdapat pelbagai mesej yang ingin diketengahkan oleh
pengkarya yang lebih cenderung kepada aspek nilai-nilai murni dan pengajaran. Keadaan ini
sudah pasti sedikit sebanyak akan memberikan kesan kepada pembaca untuk membentuk
akhlak yang baik.
1
Karya yang dipilih dan pelajar tingkatan yang sesuai menggunakan karya ini
Cerpen yang saya pilih ini merupakan sebuah cerpen yang ditulis oleh Ummu Hani
Abu Hassan iaitu sebuah cerpen yang bertajuk “ Kampung Hati Ayah” yang merupakan
pemenang kategori cerpen remaja, Hadiah Sastera Kumpulan Utusan 2005. Cerpen ini dipetik
daripada buku “Pelangi Kami Ingin ke Sana” dan mendapat tajaan penuh daripada Exxon
Mobil.
Karya ini amat sesuai digunakan dalam pengajaran Bahasa Melayu (Komsas) bagi
pelajar tingkatan satu. Ini kerana terdapat nilai-nilai murni yang telah diterapkan dalam cerpen
ini. Mengikut sukatan dalam pelajaran juga, penerapan nilai murni dalam pendidikan Bahasa
Melayu bertujuan melahirkan insan yang baik serta memiliki akhlak yang mulia. Cerpen ini
juga begitu sesuai untuk pelajar tingkatan satu kerana pada peringkat ini para pelajar harus
diberi perhatian untuk membentuk peribadi yang mulia. Peribadi yang mulia sememangnya
harus dibentuk sejak mereka kecil lagi tetapi pada peringkat melangkah sekolah menengah,
para pelajar perlu diberi kesedaran dan peringatan semula.
Selain itu, nilai-nilai murni yang terdapat dalam cerpen ini juga dapat membantu
memberi kesan yang mendalam kepada para pelajar kerana cerpen ini mempunyai unsur-
unsur pengajaran yang boleh diambil dan diterapkan dalam diri mereka seperti yang dapat
dilihat menerusi watak “ayah” dan “emak” yang begitu gigih dengan pekerjaannya. Nilai-nilai
ini dapat memberi ruang dan pengajaran kepada para pelajar untuk memotivasikan diri dan
membentuk jati diri yang unggul untuk kecemerlangan yang berterusan.
2
Biodata penulis
Nama beliau ialah Ummu Hani Abu Hassan. Beliau merupakan anak kelahiran
Kodiang, Kedah. Beliau berumur 25 tahun. Beliau kini aktif menulis cerpen dan karya-karya
sastera yang lain. Antara artikel yang pernah dihasilkan oleh beliau ialah Cambah ilmu, Cinta,
Dakwah Rasul di Madinah, Kenali tokoh kita, Kongsi pengalaman tulis novel, Rasulullah
menangis ketika di Padang Mahsyar serta Senyum dan tangis Rasulullah. Bagi karya cerpen
pula, beliau telah menghasilkan beberapa cerpen yang berjudul Ain, Aku dan budi, Bicara
pokok, matahari dan bulan, Hati Adibah, Kampung hati ayah, Maaf untuk emak, Mengkuang
jiwa, Cerita-cerita akhir, Cinta Ummi Walidah, Hanya Nur Ain, Husaini, Maaf untuk kakak
dan Seharum kenangan di jambangan Mynmar. Selain itu, beliau juga turut terlibat dalam
penulisan skrip drama yang berjudul Rambut manakala dalam esei pelbagai pula beliau telah
menghasilkan esei yang bertajuk Kopi dari Marhaen, Tentang Mawi dan Si Jin. Beliau
merupakan seorang pengkarya yang berbakat besar dalam bidang sastera. Bakat yang dimiliki
oleh beliau ini wajar diketengahkan dan disokong oleh orang ramai.
3
2.0 KESELURUHAN KARYA
Kampung Hati AyahUMMU HANI ABU HASSAN
Langit Changloon berwajah walang. Hujan bulan Jun berderai luruh tidak mengira
masa. Lebuh raya di sisi Pekan Napo sibuk dengan kehadiran tetamu luar yang singgah
berehat di Restoran Jo Cendol Pulut. Ini laluan antarabangsa . Napo, Changloon dan Bukit
Kayu Hitam merupakan pintu pertama untuk sampai ke Negara Gajah Putih. Ruang ini
menjadi medan bagi kami untuk memasarkan buah-buahan kampung kepada pelancong luar.
Aku anak jati pekan ini. Ayahku orang kampung Cherok Mokkan bertemu jodoh
dengan emak dari kampung Changkat Setul, Changloon. Aku dan tiga adikku dilahirkan di
Kampung Baru Pekan Lama Changloon. Aku tidak banyak tahu tentang ayah. Dia petani yang
gigih menyimpan wang di Tabung Haji. Selebihnya, aku dan ayah banyak menghabiskan
masa bersama di kebun.
Ayah membawaku ke hutan Changloon setiap hujung minggu. Di situ, terdapat sebuah
pondok yang dibina oleh ayah untuk kami berehat selepas menebas rumput lalang yang
tumbuh merimbun. Minggu berikutnya, ayah mengajarku meracun rumput-rumput degil yang
melata. Genap dua minggu, cerahlah dusun kami. Kulitku pula makin gelap. Emak membebel
kepada ayah. Katanya, anak dara tidak manis membuat kerja berlemoih seperti itu. Hilang
serinya.
Ayah hanya memandang emak. Mata jernihnya turut menembusi mataku dan adik-
adikku. “Siapa yang boleh diharapkan lagi?”
Emak membisu. Hanya ayah dan adik bongsuku daripada spesis Adam di rumah kami.
Dan Asyraf ketika itu baru berusia lima tahun.
“Biarlah, dia suka kerja begini. Suatu hari dia akan tahu betapa pentingnya ilmu
bertani”. Emak memandangku dengan panahan simpati.
“Mak, cek memang minat. Janganlah mak risau sangat.” Emak mengangguk. Selepas
itu, tiada lagi rungutan yang keluar dari bibirnya.
Ayah membawaku ke kedai Sing Tiong yang terletak di Pekan Napo. “Anak aku,” kata
ayah apabila Tauke Tiong bertanya.
“Waa...manyak bagus, kecil-kecil sudah mau main itu baja,” kata Tauke Tiong. Atah
menghabiskan lima ratus ringgit untuk membeli benih jagung.
“Kita tanam jagung.”
Aku angguk, kemudian berbisik di telinga ayah.
4
“Boleh dak cek beli pokok palma?”
“Palma apa?”
“Semua jenis palma yang tak ada di rumah. Palma Mexico, palma jawa, palma buluh,
palma musang, palma merah.”
“Siapa suruh?”
“Mak suruh.”
“Mak hang tu memang pandai,” balas ayah.
Tauke Tiong tersengih bahagia ketika ayah menambah RM100 lagi untuk membeli pokok-
pokok palma. Memang ayah tidak pernah kedekut untuk membeli apa sahaja jenis tanaman.
Usiaku meningkat dua belas tahun. Adik-adik juga makin membesar. Namun, ayah
tetap selesa membawaku ke kebun. Emak sekali-sekala datang membantu kami kerana dia
juga begitu sibuk menguruskan nurseri bunganya secara kecil-kecilan di rumah. Aku cekap
menggunakan cangkul dan mesin berbanding memerah otak membuat kira-kira.
Pokok jagung kami tumbuh segar kerana taburan baja yang cukup dan bekalan air
bukit yang sentiasa mengalir. Ayah bersungguh-sungguh dengan kudratnya. Dia mengetap
bibir ketika kereta putihnya berketak-ketak melalui kawasan kebun tembikai dan sayuran
milik Ah Choi. Subur dan terjaga setiap masa. Malah hasilnya disalurkan kepada peniaga-
peniaga yang datang dari seluruh Malaysia, juga Siam.
“Inilah sikap orang Cina, komited dengan wawasan berbekalkan modal yang mantap,”
kataku.
Ayah mengangkat kening. “Cakap macam orang surat khabar,” katanya.
Aku tersengih. Aku mendapat 4A 1D dalam UPSR. Keputusan itu meranapkan
impianku untuk bersekolah asrama di bandar. Emak, dalam bangganya kerana aku mendapat
banyak A berbanding anak-anak jiran kami, turut bersedih.
“Kenapa Matematik gagal?”
“Mak, cek memang tak pandai Matematik.”
“Alah, ilmu kira-kira tak kan hang tak tau buat.”
Aku diam.
Ayah memujuk emak.
“Di Changloon ni pun ada sekolah menengah. Nak risau apa? Dia boleh tolong aku di
kebun, kata ayah.
“Tulah ayah hang ni. Tak fikir masa depan anak. Budak tu dahla perempuan.”
Emak mencebik. Aku menjadi serba salah tetapi perasaanku kosong sahaja. Bagiku, di
mana-mana pun boleh, asalkan bersekolah menengah seperti budak-budak lain.
5
Aku mengorak langkah ke alam remaja. Aku bertubuh sederhana seperti ayah dan
tinggi sepewerti emak. Jerawat kecil mula melata di mukaku, tanda lazim anak remaja
mencapai usia perawan. Ayah masih mengajakku ke kebun melihat tanaman kami yang
bersilih ganti. Ayah tidak berminat lagi untuk menanam jagung, limau bali dan sayuran
seperti dahulu. Pokok durian, manggis, rambutan, dokong, langsat, ciku madu, petai dan
jering sudah matang untuk berbuah. Tanaman itu anugerah kepada kami sekeluarga.
Setahuku, ayah mula menanam pokok-pokok buah ketika aku masih di dalam perut ibu.
Makan sekadarnya, lebih kita jual, kata ayah selalu. Mungkin ayah miskin lalu dia kata
begitu, fikirku. Ayah tidak pernah makan gaji. Dia membanting tulang, memerah keringat dan
menghambakan diri kepada tanah. Sebab itu ayah menjadi kedekut dengan usahanya.
“Kenapa ayah tidak upah orang Pattani jaga kebun kita?”
“Tak payah”
“Kenapa?”
“Orang lain tak akan jaga kebun ni macam kita jaga.”
“Mana ayah tau?”
“Pokok getah Pak Long hang habis depa toreh tak kira masa. Pagi, petang, malam.
Mampuih habis pokok-pokok tu. Pokok-pokok ni pun macam manusia juga. Silap makan,
cepatla mati. Orang lain tu nak kaut untung saja.”
Ayah terlalu berprasangka, gerutu hatiku.
Selain berkebun, ayah turut mengambil upah mengerjakan sawah Bang Chan sebanyak
empat petak. Kali ini dia mengajak Asyraf membantunya. Aku mula beralih perhatian kepada
emak. Pokok bunga yang dikumpulnya sejak dahulu memenuhi kawasan rumah kami.
“Mak nak buka kedai pokok. Ayah hang asyik dok perli mak perabih duit beli pokok
bunga, tak dak hasil,” kata mak.
“Tapi setakat pokok bunga tak cukup mak. Cek tengok nurseri Kak Siti ada jual pasu,
baja dan benih pokok buah. Kalau kita pun jual macam tu, baru orang mai ramai.”
“Betul juga kata hang. Mak ada modal sikit.”
“Berapa?”
“Dalam tiga ribu.”
“Cek rasa cukup kot. Mula-mula, kita buat atap untuk pokok-pokok ni. Lepas tu kita
ambil pasu dengan Tauke Tiong dalam seribu. Selebihnya kita semai balik pokok-pokok mak
ni. Pecahkan dalam polibeg dan jual murah.”
Emak memandangku.
6
“Hang ni pandai rupa-rupanya bab ni. Macam ayah hang.” Emak hampir menitiskan
air mata.
“Janganlah risau, cek boleh tolong mak,”pujukku.
Aku bakal mengambil PMR tahun ini tetapi tumpuanku lebih kepada nurseri comel
emak yang kami gelarkan Nurseri Pakat, sempena pakatan aku dengan emak. Ayah diam
sahaja, mungkin dia yakin denganku. Tambahan pula, modalnya datang daripada emak sahaja.
Seterusnya, aku merangka landskap yang sesuai dengan kawasan rumahku yang sederhana
luasnya.
Ayah mengorbankan pokok nangka kesayangannya bagi meluaskan kawasan nurseri.
Kos memasang bumbung agak tinggi kerana harga tiang besi dan bumbung plastik yang
mahal. Melihatkan kesungguhan emak, ayah turut mengeluarkan sedikit modal.
Aku mengasingkan jenis tanaman renek di pangkin zink yang disediakan Asyraf.
Pokok tinggi seperti pokok palma ditanam di sekeliling nurseri. Pokok kertas, pokok kon dan
pokok kusyen disusun di dalam bumbung kerana tahan panas. Jenis tanaman hijau dan keladi
diatur mengikut saiz. Semua hasil pemerhatianku di nurseri Kak Siti dan Sin Tiong.