Top Banner
PENGHARGAAN Di sini kami menrafakkan sepenuh kesyukuran kehadrat Ilahi dengan limpah dan kurnianya, dapat kami menyelesaikan tugasan kerja khusus ini dengan penuh jayanya. Kami menjulang sepenuh penghargaan Puan Noor Aziza binti Anuar, pensyarah bagi matapelajaran EDU 3063, Budaya dan Pembelajaran di atas kesudian beliau memberi tugasan ini kepada kami. Beliau juga banyak membantu saya sepanjang proses pembentukkan tugasan ini berlaku. Kami juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakan-rakan yang banyak membantu kami secara langsung atau tidak langsung sepanjang proses merealisasikan tugasan ini berjalan. Pelbagai ilmu yang baru dapat kami rungkai sepanjang kami menyiapkan tugasan ini. Sejajar dengan anjakan paradigma dalam era globalisasi ini, begitulah dominannya peranan mahasiswa khususnya bakal bakal pendidik di negara ini untuk merungkai pelbagai ilmu pendidikan di muka bumi ini. Pada dewasa kini, pelbagai pembangunan dari segenap sudut begitu pesat terbina, begitulah juga
18

contoh

Jul 12, 2016

Download

Documents

Erica Lucia
Welcome message from author
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
Page 1: contoh

PENGHARGAAN

Di sini kami menrafakkan sepenuh kesyukuran kehadrat Ilahi

dengan limpah dan kurnianya, dapat kami menyelesaikan tugasan kerja

khusus ini dengan penuh jayanya. Kami menjulang sepenuh penghargaan

Puan Noor Aziza binti Anuar, pensyarah bagi matapelajaran EDU 3063, Budaya dan Pembelajaran di atas kesudian beliau memberi tugasan ini

kepada kami. Beliau juga banyak membantu saya sepanjang proses

pembentukkan tugasan ini berlaku.

Kami juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakan-rakan

yang banyak membantu kami secara langsung atau tidak langsung

sepanjang proses merealisasikan tugasan ini berjalan. Pelbagai ilmu yang

baru dapat kami rungkai sepanjang kami menyiapkan tugasan ini.

Sejajar dengan anjakan paradigma dalam era globalisasi ini,

begitulah dominannya peranan mahasiswa khususnya bakal bakal

pendidik di negara ini untuk merungkai pelbagai ilmu pendidikan di muka

bumi ini.

Pada dewasa kini, pelbagai pembangunan dari segenap sudut

begitu pesat terbina, begitulah juga pembangunan dalam bidang

pendidikan. Justeru itu haruslah mahasiswa ini tergolong dalam orang

yang sentiasa menyaingi peradaban zaman yang begitu hebat.

Sekian, terima kasih.

Page 2: contoh

SENARAI KANDUNGAN

BIL ISI KANDUNGAN MUKA SURAT

1 Maklumat E-Komik

2 Contoh karya dan teknik

3 Sumber Ilham

4 Olahan Idea

5 Penzahiran Idea

6 Papan Cerita

7 Pendokumentasian proses penghasilan

8 Produk Akhir

9 Penulisan Apresiasi dan Refleksi

10 Sumber Rujukan

Page 3: contoh

REFLEKSI

Semester ini, kami telah diberikan tugasan di bawah matapelajaran PSV 3093,

Multimedia Kreatif dalam Pendidikan Seni Visual. Tugasan kali ini dikendalikan oleh dua

orang pensyarah seni iaitu En. Zahidi Bin Khamis dan Puan Farah Suhaizi binti Saaya.

Tugasan ini dibahagikan kepada beberapa subtugasan. Antara subtugasan tersebut

ialah menghasilkan sebuah portfolio, menghasilkan sebuah reka bentuk e-komik yang

mengandungi bahan P&P mengikut tajuk yang diberi berdasarkan unsur seni dan

prinsip rekaan, dan menghasilkan penulisan ilmiah iaitu membuat apresiasi karya dan

refleksi kendiri. Tugasan ini mula diberikan pada 10 Januari 2016 dan dihantar pada 21

Februari 2016.Sepanjang proses penyiapan tugasan ini, saya memperoleh banyak ilmu

baharu, baik dari segi teori dan juga amali. . Jikalau mengikut pengalaman sendiri ,

inilah buat pertama kalinya saya menghasilkan e-komik sendiri. Terima kasih tidak

terhingga kepada pensyarah yang membantu.

Dalam kursus ini saya diajar tentang cara untuk mengetahui, memahami, dan

mengaplikasikan sendiri bahan teknologi maklumat untuk tujuan pengajaran dan

pembelajaran di sekolah. Selain itu, kursus ini mengajar saya untuk memilih tema,

menentukan hal benda, meneroka, membuat perkembangan idea yang kreatif,

mengaplikasikan teknik yang betul dan mengekspresi sebuah maklumat seni itu

kepada bentuk e-book yang mana boleh meningkatkan minat murid untuk berlajar.

Tambahan lagi, saya juga dapat mengenal dan mendapat ilmu dan kemahiran dalam

menggunakan beberapa jenis grafik. dan yang paling membanggakan diri saya sendiri

kerana saya telah berjaya menghasilkan sebuah e-komik sendiri dengan jayanya. Oleh

itu, dengan pengambilan kursus kali ini, ia banyak memberi input yang sangat berguna

dan positif kepada saya sebagai persediaan mengajar kelak. Bagi saya, kursus ini

sangat berguna kerana ia merupakan satu cabaran baru kepada saya dalam

menempuh profesion perguruan ini. Sesungguhnya tugasan ini sangat merangsang

minda dan pemikiran saya sebagai bakal guru yang akan menerajui bidang perguruan.

Page 4: contoh

Semasa proses menghasilkan folio dan e-komik ini, saya menghadapi kesukaran

dari segi pemilihan tajuk komik, hal benda dan jalan cerita yang ingin digunakan untuk

dijadikan watak dalam e- book yang ingin dihasilkan. Untuk mengatasi masalah ini,

saya telah meminta pendapat dan cadangan daripada rakan sekelas. Berkat nasihat

dan cadangan daripada beliau, akhirnya saya mendapat idea untuk dijadikan jalan

cerita dalam e-komik saya. Saya telah mencipta watak baru untuk e-komik dengan

menggunakan idea lukisan dari internet tanpa meniru mana-mana kartun sebelum ini.

Untuk meningkatkan lagi kemahiran interaktif dalam komik tersebut, saya membuat

olahan idea dan penzahiran idea untuk meningkatkan lagi kualiti e-komik yang saya

hasilkan.

Melalui pengalaman ini, saya sedar bahawa setiap sesuatu yang kita ingin

lakukan tidak kira projek atau apa-apa sahaja di dalam kehidupan kita pasti akan

menghadapi kesulitan. Namun, amat penting untuk kita bijak dalam mencari alternatif

untuk menyelesaikannya. Saya juga mendapati dengan mendapatkan nasihat dan

cadangan daripada rakan-rakan lain dapat sedikit sebanyak membantu kita untuk

menyelesaikan sesuatu masalah dengan mudah. Dari aspek ilmu, saya dapat

mempelajari cara untuk membentuk idea baharu dan mencipta karya sendiri tanpa

menciplak dari mana-mana e-komik yang sedia ada. Ilmu ini amat berguna terutama

sekali apabila saya mengajar kelak lebih-lebih lagi untuk sekolah yang amat

memerlukannya untuk mengendalikan pengajaran yang lebih proaktif, untuk majlis-

majlis yang memerlukan multimedia yang menarik, menghasilkan banner untuk tujuan

promosi program-program pendidikan di sekolah dan sebagainya. Dengan ilmu ini,

maka tidak lagi menjadi masalah untuk saya menghasilkannya bagi tujuan

penggunaanya di sekolah suatu hari kelak.

Saya turut memperoleh banyak ilmu baru sepanjang menghasilkan tugasan ini.

Sebelum menghasilkan portfolio dan e-komik ini, saya telah melayari internet dan

membaca buku rujukan berkaitan tentang e-book dan e-komik. Hasil pembacaan yang

telah saya buat, saya dapat mengetahui dengan lebih mendalam tentang e-book

dengan singkatan dari Electronic Book atau buku elektronik. E-book tidak lain adalah

sebuah bentuk buku yang dapat dibuka secara elektronis melalui komputer. E-book ini

Page 5: contoh

berupa file dengan format bermacam-macam, ada yang berupa pdf (portable document

format) yang dapat dibuka dengan program Acrobat Reader atau sejenisnya. Ada juga

yang dengan bentuk format htm, yang dapat dibuka dengan browsing atau internet

eksplorer secara offline. Ada juga yang berbentuk format exe.

Manakala komik pula adalah rangkaian gambar yang disusun untuk

menggambarkan suatu cerita. Selain gambar, sebahagian dari komik juga dilengkapi

dengan teks yang ditampilkan sebagai dialog ataupun sebagai keterangan kepada

sesuatu gambar (cap-tion). Pada umumnya, sebuah komik menampilkan peranan

seorang tokoh atau watak.

Dengan idea yang ada serta maklumat yang telah dicari, saya telah menyiapkan

terlebih dahulu maklumat berkaitan tentang e-book dan e-komik . Setelah itu, barulah

saya membuat pemilihan sumber ilham bagi tujuan proses olahan idea, papan cerita.

Kemudian, saya telah berjumpa dengan pensyarah, Encik Zahidi untuk tujuan semakan

dan pendapat yang boleh membantu meningkatkan lagi proses penghasilan e-komik

yang sebenarnya. Semasa perjumpaan dengan beliau, saya telah menunjukkan

beberapa hasil portfolio yang telah saya siapkan dan menerangkan tema, tajuk cerita,

hal benda dan sebagainya untuk menghasilkan e-komik saya. Beliau dengan baik hati

memberi beberapa cadangan yang mungkin saya boleh aplikasikan untuk membuat

penambahbaikkan kepada e-komik yang bakal saya hasilkan. Hasil daripada

perbincangan dengan beliau juga minda saya terbuka dengan beberapa maklumat

terbaru.

Semasa perlaksanaan e-komik ini, saya mendapat pengalaman baru untuk

menghasilkan komik sendiri. Namun, disebabkan saya kurang mahir untuk melukis

terus menggunakan adobe photoshop jadi saya mengambil cara untuk melukis pada

kertas A4 terdahulu barulah proses scan dengan menggunakan printer dilakukan.

Setlah itu, barulah saya menggunakan aplikasi adobe photoshop dan aplikasi sai untuk

proses mewarna. Saya mendapati kekuatan saya dalam aspek mencipta iaitu saya

telah berjaya mencipta watak sendiri untuk dijadikan watak dalam komik saya manakala

kelemahan yang boleh diperbaiki ialah dari aspek membuat kesan yang menarik dalam

Page 6: contoh

e-komik saya. Perkara ini secara tidak langsung mengajar saya perihal pentingnya

menitik beratkan aspek kesan pada sesuatu gambaran agar ia meninggalkan kesan

yang besar pada pembaca komik itu dan mereka akan lebih faham situasi sebenar.

Oleh itu, pada masa akan datang saya akan mencuba lebih gigih lagi dan berusaha

untuk menggunakan multimedia sebegini dengan lebih arif dengan mengaplikasikan

kriteria-kriteria dalam penghasilan multimedia yang lebih kreatif dan efektif.

Bukan itu sahaja, pengalaman yang banyak memberikan makna, pengetahuan

dan pengalaman baru juga ialah semasa ingin mencetak karya komik ini menjadi buku.

Saya berasa sangat bangga kepada diri saya sendiri kerana dengan usaha selama ini

saya telah berjaya menghasilkan sebuah komik keluaran sendiri. Proses ini banyak

mengajar saya tentang kepentingan berusaha gigih apabila kita hendak mendapat

sesuatu hasil yang baik.

Walaupun terdapat sedikit kelemahan yang saya dapat kenalpasti semasa

menghasilkan karya komik saya mengalami banyak masalah berkaitan idea, teknik reka

letak dan sebagainya namun di masa akan datang saya akan sentiasa berlatih untuk

membentuk keyakinan diri dan belajar untuk menghasilkan produk yang lebih menarik

lagi.

Secara keseluruhannya, projek ini sangat berguna kepada semua guru pelatih

ekoran banyak ilmu yang diperoleh sepanjang menghasilkan produk ini. Justeru itu,

saya berharap agar segala yang saya pelajari sepanjang menyiapkan tugasan projek

kali ini dapat membantu saya untuk membentuk jati diri saya untuk menjadi seorang

guru yang mempunyai ciri-ciri guru yang serba boleh dan disenangi semua pihak.

Melalui pengalaman menyempurnakan tugasan ini, saya juga berharap agar mampu

melatih diri saya untuk menjadi seorang guru yang berfikiran kreatif, kritis, kritikal, dan

berdaya saing bagi membimbing serta menjadi role model kepada anak didik kelak.

Page 7: contoh

APRESIASI SENI

Pada kali ini kami telah diberi tugasan untuk menghasilkan sebuah e-komik

dengan berpandukan kepada asas seni reka. Tajuk karya yang saya hasilkan ialah “ The Magic Zig Zag’ karya Erica Tipong Madang 2016. Tema yang saya gunakan

ialah unsur garisan. Saya telah menggunakan kartun ciptaan sendiri sebagai hal benda

utama dalam karya komik ini. Komik ini secara keseluruhannya dihasilkan secara

separuh digital dimana saya perlu melukis dahulu pada kertas A4 sebelum proses

scanning dengan menggunakan printer. Dan separuhnya dihasilkan dengan

menggunakan perisian adobe photoshop dan perisian sai yang membantu saya

menjayakan karya komik ini. Kebanyakkan semasa menggunakan perisian adobe

photoshop, saya lebih kepada menggunakan magic wand tool, polygonal lasso tool,

paint bucket tool, gradient tool, blur tool dan sebagainya lagi.

Tujuan penghasilan komik ini ialah untuk menyampaikan maklumat berkaitan

tentang elemen garisan dalam bentuk e-komik. Selain itu, saya banyak menitikberatkan

unsur alam dalam penghasilan komik ini kerana saya ingin menjelaskan pada kanak-

kanak tentang elemen garisan juga senang dikenalpasti pada objek alam. Contohnya

berdasarkan komik ini, elemen garisan saya banyak aplikasikan pada rupa rama-rama,

bunga, matahari dan beberapa benda alam lain. Jika dilihat pada rama-rama dalam

mukasurat empat dalam komik ini, rama-rama ini sangat cantik dan mempunyai daya

tarikan yang memukaukan para pembaca akan kecantikkannya. Pada badan rama itu,

terdapat beberapa elemen garisan telah saya aplikasikan. Antaranya ialah garisan

lurus, garisan melengkung, garisan berbiji, garisan melingkar, dan sebagainya.

Tambahan pula, buat perhatian pembaca budiman, saya hanya menggunakan

lima orang watak dalam komik ini. Mereka ialah atuk, Nani dan tiga sekawan bernama

Pancar, Lingkar dan Zig Zag. Dalam karya komik ini, saya menggunakan kaedah cerita

dalam cerita dimana atuk menceritakan cerita dongeng kepada si Nani berkaitan

tentang kisah tiga sekawan bernama Pancar, Lingkar dan Zig Zag. Kisahnya tentang

Zig Zag yang mempunyai sakti dan dia telah berjaya menunaikan permintaan kedua –

dua kawanya Pancar dan Lingkar. Sikap Lingkar yang suka makan makanan manis dia

Page 8: contoh

telah membuat permintaan untuk ke dunia gula-gula dan Zig Zag telah menunaikan

permintaannya. Manakala, berbeza pada si Pancar yang sukakan keindahan alam dan

dia membuat permintaan untuk menyaksikan alam yang serupa dengan namanya. Zig

Zag telah menunjukkan beberapa benda alam yang ditunjukkan oleh Zig Zag.

Antaranya ialah matahari, bintang, bunga dan sebagainya.

Berdasarkan kepada tema yang saya pilih pula, garisan merupakan satu

deretan titik yang bersambung-sambung yang mempunyai jarak tertentu. Selain itu

juga, garisan boleh diolah untuk mencipta rupa, jalinan, ton, corak, dan untuk

menimbulkan bentuk, ruang, dan pergerakan. Untuk melihat contoh yang jelas

berkaitan elemen garisan ia dapat dilhat pada benda alam dan benda buatan manusia.

Berdasarkan komik yang saya hasilkan ini, adalah menjadi fokus utama saya kepada

garisan.

Bukan hanya elemen garisan sahaja yang dilihat malah aspek lain seperti

elemen rupa, bentuk, jalinan,warna dan sebagainya untuk mengkreatifkan lagi hasil

komik ini. Contoh dari aspek unsur bentuk dapat dilihat pada bentuk rama-

rama ,bentuk bunga, dan sebagainya. Warna pula, saya lebih kepada warna yang

memberi inspirasi kepada diri saya sendiri. Antaranya, saya banyak menggunakan

warna yang cerah dan terang misalnya seperti warna ungu, merah jambu, kuning dan

sebagainya. warna-warna sebegini akan memberi impak besar dalam mempengaruh

murid terutamanya kerana mereka akan suka kepada warna yang terang dimana ia

mampu menarik perhatian mereka untuk menyaksikan sesuatu karya tersebut.

Bukan itu sahaja, jika dilihat dari aspek elemen lain juga saya sebenarnya

berusaha untuk menimbulkan impak besar kepada kanak-kanak agar minat membaca

komik ini dengan cara memasukkan watak lain iaitu watak robot yang diberi nama

sebagai Zig Zag dalam cerita ini untuk menjadi berkemungkinan bagi saya akan

menarik lagi minat kanak-kanak. Sehubungan itu juga, saya telah menggunakan tulisan

yang jelas bagi memudahkan kanak-kanak untuk membaca.

Selain itu, permukaan hadapan dan belakang komik saya pada kali ini saya

memilih untuk meletakkan warna merah jambu sebagai latar yang paling sesuai

mengikut minat kanak-kanak. Disamping itu, saya sengaja fokuskan Zig Zag sebagai

Page 9: contoh

watak yang paling menonjol di hadapan muka depan supaya menarik minat kanak-

kanak untuk membaca buku ini. Ini kerana estetika dihubungkan dengan sesuatu yang

berbau seni yang mengandungi keindahan yang dapat dipandang. Nilai estetika ini

mampu menarik perhatian murid untuk membaca komik ini kelak. Disamping itu juga,

penggunakan lukisan yang besar dan menonjol pada lukisan muka depan mampu

memberi perhatian awal untuk kanak-kanak memilih komik ini. Misalnya, watak robot,

atuk dan Nani dibesarkan dan lebih difokuskan kepada Zig Zag dan juga penggunakan

jenis tulisan yang nampak menarik untuk tujuan menarik perhatian nilai estetika pada

karya komik ini.

Pada akhir penghasilan komik ini, saya memasukkan sinopsis pada akhir muka

surat belakang untuk tujuan imbasan pembaca. Semoga komik ini mampu memberi

impak yang baik dan besar kepada kanak-kanak untuk lebih minat membaca dan

memahami tentang kepentingan sesuatu nilai garisan di dalam kehidupan harian kita.

Justeru itu, karya komik yang pertama ini banyak semoga dapat bermanfaat kepada

kanak-kanak di luar sana.

Page 10: contoh

RUJUKAN BUKU(n.d.). Retrieved from Pengertian Estetika Menurut Para Ahli:

http://www.duniapelajar.com/2014/07/19/pengertian-estetika-menurut-para-ahli/

SENI VISUAL. (n.d.). Retrieved from http://projekmultimedia.blogspot.my/2012/05/garisan.html

Seni Visual. (2012, 05 23). Retrieved from http://projekmultimedia.blogspot.my/2012/05/garisan.html

Wikipedia. (2016, 01 27). Retrieved from https://ms.wikipedia.org/wiki/E-buku/27/01/2016

RUJUKAN BUKU

Ghani, R. A. (2005). Photoshop CS2. Kuala Lumpur: Venton Publishing.

Jamalludin Harun, Z. T. (2001). Adobe Photoshop 6 siri 2. Ampang,Kuala Lumpur: Venton Publishing.

Lynch, R. (2009). The Adobe Photoshop Layers Book. USA: Focal Press .

Page 11: contoh

DEFINISI GARISAN

Definisi Garisan ialah satu deretan titik yang bersambung-sambung yang mempunyai jarak tertentu. Garisan boleh juga boleh diolah untuk mencipta rupa, jalinan, ton, corak, dan untuk menimbulkan bentuk, ruang, dan pergerakan. Garisan terdapat pada benda alam dan benda buatan manusia.

JENIS-JENIS GARISAN

Garisan boleh dihasilkan dengan menggunakan pelbagai media. Terdapat berjenis-jenis garisan yang boleh dihasilkan contohnya:

a) garisan tebal

b) garisan nipis

c) garisan berlingkar

d) garisan berpancar

e) garisan bengkang-bengkok

f) garisan beralun

g) garisan melintang

h) garisan tegak

i) garisan condong

Page 12: contoh

Pelbagai Jenis Garisan

Contoh aplikasi garisan pada alam semula jadi

Page 13: contoh

Aplikasi Garisan pada alam buatan Manusia

FUNGSI GARISAN

GARISAN MENIMBULKAN RUPA

GARISAN MENIMBULKAN BENTUK

Page 14: contoh

GARISAN MENIMBULKAN TON PADA BENTUK

GARISAN MENIMBULKAN SAIZ,JARAK DAN INTENSITI

GARISAN MENIMBULKAN JALINAN