BAB 1
PENGENALAN1.1 Pengenalan
Manusia dan cinta memang tidak dapat dipisahkan. Cinta mempunyai
pengertian yang amat luas. Hubungan percintaan merupakan hubungan
timbal-balik antara pasangan (Collins, 2003). Secara dasarnya,
cinta bermaksud perasaan kasih dan sayang terhadap sesuatu tetapi
dalam konteks perbincangan ini, cinta yang difokuskan adalah cinta
sesama manusia atau lebih spesifik lagi cinta dalam kalangan
pelajar di kampus. Fitrah manusia sememangnya tidak dapat lari
daripada cinta lebih-lebih lagi golongan muda yang baru ingin
memulakan kehidupan sebagai seorang yang dewasa. Kekosongan hati
dapat diisi dengan wujudnya perasaan cinta. Pengalaman hubungan
percintaan berperanan membentuk kendiri melalui persepsi terhadap
diri sendiri dalam hubungan yang dibina dan penghargaan kendiri
global (Furman & Shaffer 2003). Dengan lebih teliti, Furman dan
Shaffer (2003) melihat hubungan percintaan sebagai pemusatan utama
remaja dan ia membentuk perkembangan kendiri remaja.
Setiap manusia mempunyai perasaan ingin memiliki dan dimiliki
apabila telah tiba di peringkat usia tertentu. Naluri yang terdapat
dalam diri setiap manusia yang normal akan mendorong manusia untuk
saling berkasih sayang (Damon, 1999). Perasaan yang wujud daripada
kasih sayang yang diberi dan diterima akan mempengaruhi kehidupan
pelajar. Dalam kalangan pelajar pada masa kini, cinta sesama
pelajar telah menjadi satu trend atau kebiasaan. Menurut Mariani
(2008), seseorang individu terutamanya pelajar memerlukan sokongan
sosial dan emosi untuk menghadapi cabaran dan melalui kehidupan
sebagai seorang pelajar. Interaksi yang wujud antara seorang lelaki
dan perempuan akan mampu mewujudkan satu hubungan yang menuntut
komitmen, tanggungjawab, serta melibatkan unsur keghairahan.
Percintaan adalah berbeza dengan persahabatan kerana percintaan
perlu dihiasi dengan keintiman (Connolly et al. 1999). Banyak
kajian yang telah dilakukan dan mendapati pergaulan bebas antara
lelaki dan perempuan merupakan salah satu punca tercetusnya gejala
sosial seperti seks bebas dan pembuangan bayi. Mengikut statistik
yang dikeluarkan oleh Polis DiRaja Malaysia (PDRM), sebanyak 517
kes pembuangan bayi direkodkan untuk jangka masa enam tahun iaitu
antara tahun 2005 hingga 2011 (Dewan Masyarakat, 2012). Hal ini
telah menimbulkan kebimbangan yang bukan sedikit. Isu ini jika
diperhatikan menjadi semakin berleluasa dan seolah-olah menjadi
trend golongan muda pada hari ini yang terlanjur melakukan hubungan
seks sehingga melahirkan anak luar nikah. Walaupun tidak semua
pasangan yang bercinta terlibat dalam kegiatan yang tidak sihat,
namun hal ini cukup untuk mewujudkan persepsi negatif segelintir
ahli masyarakat yang memandang serong terhadap golongan pelajar
yang bercinta. Namun, segalagalanya bergantung kepada pembawaan
diri pelajar itu sendiri. Kebanyakan pelajar universiti terdiri
daripada golongan yang berusia awal 20-an atau awal dewasa. Pada
peringkat usia ini, golongan awal dewasa mula memikirkan dan
mempunyai kecenderungan untuk menjalin hubungan intim. Pada
peringkat usia ini juga, pembuatan keputusan adalah penting untuk
memilih pasangan, berkahwin dan menjadi ibu bapa (Brown, 1999).
Pelajar yang terlibat dalam percintaan terdiri daripada pelbagai
latar belakang termasuklah dari mana mereka datang, sejak bila
mereka melibatkan diri dalam hubungan percintaan, apa yang
mendorong mereka untuk bercinta, mengapa mereka bercinta dan
bagaimana mereka boleh terlibat dalam percintaan.
Persoalan-persoalan ini amat menarik untuk dikupas kerana profil
pelajar yang terlibat dalam percintaan akan memberi gambaran
ciri-ciri dan karakter pelajar yang bercinta (Susan, 1997). Isu
cinta kampus kadang-kala mengundang kontroversi kerana sesetengah
orang berpendapat bahawa pelajar hanya perlu fokus dan memberi
tumpuan yang sepenuhnya terhadap pelajaran tanpa perlu
mencampuradukkan perkara lain yang boleh mengganggu tumpuan pelajar
terhadap pencapaian akademik. Hal ini merujuk kepada matlamat asal
pelajar melanjutkan pelajaran di institusi pengajian tinggi iaitu
untuk memilki masa depan yang cerah, berjaya memperoleh apa yang
diimpikan dan mengumpul sebanyak mungkin ilmu yang boleh digunakan
untuk meneruskan kehidupan. Potensi diri pelajar juga akan
dicungkil ketika mengikuti pengajian di institusi pengajian tinggi
kerana pelajar merupakan generasi pewaris yang bakal menjadi
tunjang kepimpinan negara pada masa hadapan.
Banyak faktor yang boleh dikaitkan dengan hubungan percintaan
termasuklah faktor perkembangan psikologi, pengaruh rakan sebaya,
naluri remaja dan juga pengaruh media massa dan elektronik. Dalam
era teknologi yang serba canggih pada masa kini, tiada halangan
untuk pelajar berkomunikasi antara satu sama lain. Semuanya boleh
dilakukan dengan hanya menggunakan hujung jari sahaja. Kewujudan
pelbagai laman sosial yang mewujudkan interaksi secara tidak
langsung boleh mempengaruhi penglibatan pelajar dalam hubungan
percintaan (Berita Harian, 2011). Banyak cinta yang dijalinkan
melalui medium laman web sosial walaupun risiko akibat komunikasi
secara tidak bersemuka yang diaplikasikan oleh pengguna laman web
sosial boleh mengundang perkara-perkara negatif lain yang mungkin
akan terjadi. Rakan sebaya pula sering menjadi punca kepada banyak
permasalahan sosial yang berlaku pada masa kini. Pengaruh yang
terhasil daripada hubungan dengan rakan sebaya boleh mengubah
pendirian dan kelakuan pelajar (Zainuddin, 2009). Akibat
terpengaruh, kadang-kala individu boleh hilang pertimbangan dan
bertindak mengikut perasaan tanpa berfikir secara rasional. Tujuan
percintaan adalah antara isu utama yang perlu diberi perhatian
kerana apa yang diinginkan tentang masa depan percintaan akan
menentukan tindakan dan tingkah laku pelajar yang bercinta pada
masa kini. Matlamat cinta yang jelas dan berfokus akan mendorong
pelajar untuk mempunyai sikap-sikap tertentu begitu juga sebaliknya
(Knox, 2001). Setiap individu mempunyai pegangan dan prinsip hidup
yang tersendiri. Apabila bercinta, prinsip hidup yang dipegang akan
menjadi garis panduan untuk pelajar bertingkah laku dalam hubungan
percintaan tersebut.
Setiap individu mempunyai persepsi yang berbeza terhadap
hubungan percintaan yang dijalinkan dalam kalangan pelajar.
Hubungan percintaan dilihat sebagai sumber keyakinan dan membentuk
kemahiran interpersonal terutamanya berkaitan dengan penerimaan
rakan sebaya dan mengukuhkan reputasi atau imej (Brown, 1999) dan
keupayaan pengawalan serta pengluahan emosi (Davila et al, 2007).
Hubungan ini juga dicirikan dengan kepuasan dan sokongan emosi
(Sieffge-Krenke, 2003). Terdapat beberapa kemungkinan yang wujud
iaitu sama ada percintaan akan menjadi pendorong kepada pelajar
untuk mencapai kecemerlangan dalam pelajaran atau akan merosakkan
potensi diri pelajar dan akan melemahkan pelajar sekiranya hubungan
percintaan yang dibina tidak stabil atau berlaku konflik.
1.2Kenyataan Masalah
Isu percintaan dalam kalangan pelajar bukanlah isu yang baru
diperkatakan. Isu ini telah lama timbul dan masyarakat telah
didedahkan dengan pelbagai isu lain yang wujud akibat hubungan
percintaan yang dijalinkan dalam kalangan pelajar terutamanya
pelajar-pelajar di institusi pengajian tinggi (IPT). Kebanyakan
masalah sosial yang berlaku pada masa kini dikatakan banyak
berpunca daripada pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan
sehingga menyebabkan golongan pelajar terlibat dalam kebejatan
sosial seperti gejala buang bayi, seks bebas, mengandung anak luar
nikah, serta rakaman dan penyebaran gambar dan video lucah. Hal ini
tidak boleh dipandang ringan kerana ikatan kasih sayang merupakan
sesuatu yang bersifat positif tetapi telah disalahertikan sehingga
menyebabkan golongan muda terjebak dalam kancah maksiat. Persoalan
utama yang perlu diajukan adalah apakah rasionalnya sesuatu
hubungan percintaan itu terbina? Adakah setiap pasangan itu tahu
objektif dan hala tuju percintaan yang dijalinkan?
Percintaan dalam kalangan pelajar merupakan satu perkara biasa
yang boleh dilihat di mana-mana IPT. Pelajar dilihat sering
menghabiskan masa bersama pasangan masing-masing sekiranya
mempunyai masa terluang. Persepsi pelajar terhadap percintaan dan
bagaimana sesuatu hubungan percintaan itu perlu dikendalikan
seharusnya difahami oleh pelajar. Kawalan kendiri amat penting agar
pelajar dapat bertindak dan bertingkah laku dengan sewajarnya
dengan menitikberatkan aspek nilai dan batas agama. Nilai yang
dipegang memungkinkan pelajar untuk bertindak dengan lebih rasional
apabila menjalinkan hubungan percintaan. Tiada unsur-unsur negatif
yang harus wujud dalam sesuatu perhubungan yang terjalin sebaliknya
percintaan perlu dijalin secara sederhana kerana hubungan cinta
yang berlebih-lebihan akan mengundang banyak isu dan masalah. Hala
tuju sesuatu hubungan perlu difahami dengan jelas. Percintaan
sememangnya lumrah dan hadir berikutan naluri manusia yang
terdorong untuk mengasihi dan dikasihi. Faktor-faktor yang
menyebabkan pelajar cenderung untuk bercinta perlu dikaji bagi
mengawal kecenderungan pelajar untuk bercinta.
Selain itu, isu wanita lambat berkahwin atau istilahnya anak
dara tua juga hangat diperkatakan pada masa kini. Percintaan ketika
masih bergelar pelajar mungkin boleh menjadi jaminan kepada
seseorang itu untuk berkahwin dan memiliki pasangan hidup kerana
apabila telah bekerja, tumpuan dan komitmen lebih diberikan kepada
kerjaya untuk meningkatkan kualiti hidup. Ketika masih menuntut,
pelajar masih mempunyai masa untuk memenuhi keinginan diri untuk
berpasangan. Kesibukan ketika bekerja menyebabkan golongan yang
lambat berkahwin ini tidak mempunyai masa untuk mencari teman
hidup. Terdapat juga wanita pada hari ini yang memegang jawatan
yang lebih tinggi daripada lelaki dan menyebabkan mereka menjadi
terlalu selektif atau memilih sehingga sukar untuk menemui calon
yang sesuai untuk dijadikan pasangan hidup. Lelaki pula tidak
cenderung untuk mendekati wanita yang mempunyai taraf hidup yang
lebih tinggi dan berpangkat besar kerana risau akan pandangan
masyarakat serta disebabkan ego lelaki yang tidak mahu dipandang
rendah oleh wanita.Secara umumnya, penyelidikan ini direkabentuk
bertujuan untuk memperihalkan percintaan dalam kalangan mahasiswa
yang memfokuskan kepada pelajar di Universiti Putra Malaysia.
Secara spesifiknya, kajian ini akan mengenal pasti profil pelajar
yang terlibat dalam percintaan yang merangkumi umur pelajar,
bangsa, latar belakang keluarga, dan pencapaian akademik pelajar.
Di samping itu, kajian ini juga akan mengenal pasti tujuan pelajar
terlibat dalam percintaan dan faktor-faktor yang mendorong pelajar
untuk terlibat dalam hubungan percintaan. Persepsi responden
mengenai percintaan dalam kalangan pelajar juga turut dikenal pasti
dan dihuraikan. Secara ringkasnya, terdapat empat persoalan yang
akan dikupas dalam kajian ini.1. Apakah profil pelajar yang
terlibat dalam percintaan?
2. Apakah faktor-faktor yang mendorong pelajar menjalinkan
hubungan percintaan?
3. Apakah tujuan pelajar terlibat dalam hubungan percintaan?
4. Apakah persepsi pelajar terhadap percintaan?1.3Objektif
Kajian
1. Mengenal pasti profil pelajar yang terlibat dalam menjalinkan
hubungan percintaan.
2. Mengenal pasti faktor penglibatan pelajar dalam hubungan
percintaan.
3. Mengenal pasti tujuan penglibatan pelajar dalam hubungan
percintaan.
4. Mengenal pasti persepsi pelajar terhadap
percintaan.1.4Kepentingan Kajian
Kajian ini mempunyai kepentingan yang tersendiri. Kepentingan
kajian ini boleh dibahagikan kepada 3 aspek yang merangkumi
kepentingan terhadap individu, masyarakat dan polisi. Kepentingan
terhadap individu dapat dilihat apabila kajian ini dapat memberi
gambaran kasar kepada golongan pelajar tentang keperluan hubungan
cinta dalam kalangan pelajar itu sendiri dan adakah persepsi mereka
rasional serta selari dengan matlamat sebenar hubungan cinta
tersebut wujud. Setiap individu pastinya mempunyai pendapat
masing-masing namun setiap pendapat itu pasti mempunyai kelebihan
dan kekurangan. Melalui kajian ini, dapat dilihat sejauh mana
persepsi pelajar tentang percintaan dan adakah persepsi tersebut
relevan atau tidak. Sekurang-kurangnya, sekiranya pelajar mempunyai
persepsi dan tujuan yang agak negatif, hal ini masih boleh
diperbetulkan supaya hubungan cinta yang dibina tidak terpesong dan
tersasar jauh.
Bagi masyarakat, kajian ini boleh memberi pengetahuan di samping
boleh dijadikan rujukan bagi mendapatkan informasi yang berkaitan
dengan isu-isu sosial terutamanya dalam kalangan pelajar. Melalui
dapatan kajian ini juga, masyarakat boleh membuat penilaian sendiri
tentang sejauh mana golongan muda atau pelajar melibatkan diri
dalam percintaan dan mengetahui pemikiran pelajar berkenaan
matlamat percintaan tersebut. Sekiranya pelajar tidak berada pada
landasan yang betul dalam percintaan atau tersasar daripada
matlamat yang sepatutnya, sekurang-kurangnya unit terkecil dalam
struktur masyarakat iaitu keluarga boleh memainkan peranan untuk
memperbetulkan keadaan dan memberi kesedaran kepada pelajar.
Akhir sekali adalah kepentingan kajian ini kepada pembentukan
polisi di negara ini. Banyak agensi, pertubuhan mahupun persatuan
seperti Majlis Belia Malaysia (MBM), Kementerian Belia dan Sukan
(KBS), Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) yang boleh menggunakan
data dan maklumat yang diperoleh daripada kajian ini untuk sebarang
program pembangunan pelajar atau penyediaan modul penerapan nilai
dan tingkah laku positif sekiranya perlu untuk mengelakkan pelajar
terlibat dalam gejala sosial yang mungkin timbul akibat percintaan.
Satu polisi atau garis panduan baru yang bersesuaian mungkin boleh
diperkenalkan untuk memastikan pelajar sentiasa berada di landasan
yang betul dan berfikiran rasional dalam apa jua perkara agar tidak
mengganggu proses pembelajaran dan pembangunan pelajar itu
sendiri.
1.5Definisi Istilah
Percintaan
Konseptual :Perihal bercinta dan berkasih-sayang (antara lelaki
dan perempuan) (Kamus Dewan, Edisi Keempat, 2010).Operasional
:Hubungan cinta berlainan jantina dalam kalangan pelajar Universiti
Putra Malaysia (UPM) tanpa mengira latar belakang pelajar dan
pasangan.
Mahasiswa
Konseptual :Pelajar (penuntut) di universiti (Kamus Dewan, Edisi
Keempat, 2010).Operasional :Pelajar yang masih mengikuti pengajian
di UPM yang berusia dalam lingkungan 19-26 tahun yang melibatkan
pelajar prasiswazah tahun pertama hingga tahun keempat.
1.6Kerangka Konseptual
Rajah 1.6.1 :Kerangka konseptual mengenai persepsi mahasiswa
Universiti Putra Malaysia terhadap hubungan percintaan.1.7Limitasi
Kajian
Limitasi pertama yang terdapat dalam kajian ini adalah responden
yang dikaji terdiri daripada kalangan pelajar atau mahasiswa sahaja
yang mana majoriti daripada golongan ini terdiri daripada golongan
remaja dan awal dewasa. Oleh itu, kajian ini tidak mewakili impak
keseluruhan bagi peringkat umur yang lain. Bagi kajian ini, borang
soal selidik digunakan untuk mengumpul data dan kaedah ini
mempunyai beberapa kelemahan. Antaranya adalah kemungkinan
berlakunya ketidaktelusan ketika responden menjawab setiap soalan
bagi mewakili diri mereka. Kemungkinan responden akan menjawab
tanpa mengikut gambaran sebenar dan bukan berdasarkan pendapat
peribadi mereka atau apa yang benar-benar mereka lalui.
Selain itu, seperti yang diketahui borang soal selidik dijawab
sendiri oleh responden dan unsur bias boleh berlaku seterusnya
mengakibatkan keputusan yang diperoleh kurang jitu. Mungkin
terdapat golongan responden yang tidak mahu memberi kerjasama
seperti yang dikehendaki sehingga menyebabkan timbulnya masalah
ketika pengumpulan data dilakukan. Di samping itu, kajian mengenai
percintaan dalam kalangan mahasiswa ini juga hanya dilakukan dalam
tempoh masa tertentu sahaja dan tidak secara menyeluruh atau jangka
masa panjang. Hal ini sedikit sebanyak memberi kesan kepada
gambaran sebenar yang seharusnya diperoleh. BAB 2
TINJAUAN LITERATUR
2.1 PengenalanBahagian ini menerangkan tentang kajian yang
pernah dijalankan oleh pengkaji terdahulu dan mempunyai kaitan
dengan subjek yang ingin dikaji dalam penyelidikan ini. Bahagian
ini mempunyai kepentingan yang tersendiri iaitu memberi panduan dan
gambaran terhadap kajian yang akan dilakukan. Pengetahuan pengkaji
berkaitan tajuk yang dikaji juga akan meningkat dan memudahkan
pengkaji untuk melakukan perbandingan terhadap kajian-kajian yang
pernah dilakukan sebelum ini. Dalam bahagian ini, pengkaji
menghuraikan secara ringkas mengenai pengertian cinta, cinta
menurut perspektif Islam, jenis-jenis cinta dan percintaan dalam
kalangan pelajar berdasarkan kajian lepas.
2.2 Pengertian CintaCinta mempunyai pelbagai makna dan
kadang-kala sukar untuk ditafsirkan. Cinta selalu dikaitkan dengan
perapatan antara individu (Shaver et al., 1988). Apabila individu
berinteraksi dan mempunyai tarikan antara satu sama lain, perasaan
cinta akan wujud. Kadang-kala, cinta sukar difahami dan tidak mampu
untuk diertikan oleh sesiapa yang terlibat kerana sifatnya yang
begitu subjektif.Cinta adalah satu label sosial yang menggambarkan
perasaan dalaman dan boleh diluahkan dalam pelbagai bentuk. Fehr
(1988) menyatakan bahawa cinta terbahagi kepada beberapa elemen
iaitu komponen positif yang afektif (perasaan bahagia), tingkah
laku dengan orang yang dicintai (melakukan pelbagai perkara untuk
kebaikan bersama) dan persepsi tentang pasangan (hanya melihat
kualiti yang baik yang dimiliki oleh pasangan). Cinta akan membawa
seseorang ke satu tahap kebahagiaan yang belum pernah dirasai dan
memberikan kesan dalam hidup seseorang. Dalam satu kajian yang
pernah dijalankan, para pengkaji mendapati bahawa cinta dialami dan
ditafsirkan dalam bentuk tindakan, perasaan fisiologi, persepsi
bukan lisan dan sebagai satu jenis hubungan (Marston et al.,
1988).Plato berpendapat bahawa cinta tidak berunsurkan sikap
mementingkan diri sendiri tetapi menekankan saling pertukaran dan
toleransi secara resiprokal (Halperin, 1990). Hubungan timbal-balik
antara pasangan yang bercinta amat penting untuk memastikan
kesejahteraan dan kebahagiaan hubungan yang dibina. Saling
bertoleransi adalah salah satu ciri yang perlu ada dalam diri
setiap pasangan yang bercinta. Apabila salah seorang mempunyai
masalah, pasangan memainkan peranan yang amat penting untuk
membantu menyelesaikan masalah yang dihadapi seterusnya mencari
jalan penyelesaian. Pasangan yang dimiliki juga dianggap sebagai
sumber inspirasi dan pemberi motivasi dalam apa jua perkara yang
dilakukan. Hidup tidak bermakna dan berbaloi dengan segala usaha
dan kepayahan tanpa seseorang yang dicintai sepenuh hati berada di
sisi (Gavin, 2003).
Stenberg (1988) memperkenalkan teori segitiga cinta yang
mengenalpasti tiga komponen iaitu keintiman, keghairahan dan
komitmen. Ketiga-tiga komponen ini mempunyai peranan yang
tersendiri dalam menguatkan lagi hubungan cinta yang dibina.
Keintiman adalah komponen emosi yang melibatkan kehangatan,
komunikasi jender, sensitif terhadap kesejahteraan orang lain serta
keinginan pasangan untuk memberi dan menerima. Keghairahan pula
merujuk kepada keinginan untuk melakukan aktiviti seksual dan
romantik iaitu komponen fizikal dan psikologi. Komitmen pula adalah
komponen kognitif yang menjadi kayu pengukur kepada pasangan untuk
mengekalkan hubungan yang dibina. Menurut Jefson (2006), cinta
sering dikelirukan dengan nafsu dan keberahian. Cinta yang sejati
adalah cinta yang dibina atas dasar kejujuran dan keikhlasan serta
tidak hanya mengikut kehendak nafsu. Cinta yang kekal menekankan
konsep penerimaan tentang kebaikan dan keburukan pasangan dan
masing-masing berperanan untuk saling melengkapi antara satu sama
lain bagi mencapai kesejahteraan hidup. Cinta juga adalah mengenai
suatu perasaan yang mendalam serta bersifat kepatuhan. Kepatuhan
merujuk kepada ketaatan seseorang kepada pasangan selagi sesuatu
perkara itu tidak melanggar peraturan, batas yang ditetapkan agama
dan norma masyarakat.2.3Cinta Dari Sudut Psikologi
Abraham Maslow mengenalpasti lima keperluan asas manusia (Damon,
1999). Salah satu daripadanya adalah keperluan kasih sayang dan
termilik. Setiap individu memerlukan kasih sayang dan perasaan
untuk dimiliki dan memiliki. Apabila kedua-dua keperluan ini
dipenuhi, individu akan mempunyai tempat untuk mengadu, bermanja,
bermesra dan meluahkan perasaan seterusnya mewujudkan kehidupan
yang lebih bermakna. Hal ini amat penting bagi memastikan individu
dapat mengecapi kehidupan dengan lebih sempurna dan bermotivasi
untuk melakukan apa jua perkara. Perkembangan hidup individu juga
akan menjadi lebih positif dan menjamin kehidupan yang berjaya.
Komitmen terhadap matlamat dan nilai yang tertentu menyediakan
golongan awal dewasa kepada komitmen interpersonal yang semakin
meningkat selari dengan perkembangan awal dewasa (Kroger, 2007).
Secara psikososial pula, Erik Erikson memperkenalkan lapan tahap
perkembangan psikososial bagi manusia (Carver, 2003). Pada tahap
keenam iaitu kemesraan lawan pemencilan atau pengasingan, individu
mula meninggalkan rumah dan membentuk hubungan intim dengan orang
lain di luar sistem keluarga orientasi. Pengalaman awal pada
peringkat remaja akan mempengaruhi kemampuan golongan awal dewasa
mewujudkan hubungan dengan orang lain pada tahap ini. Mencari
pasangan hidup adalah salah satu proses perjalanan hidup bagi
peringkat awal dewasa yang memberi kesan mendalam terhadap konsep
kendiri dan kesejahteraan psikologi (Meeuset al., 2007). Menurut
Arnett (2000), peringkat awal dewasa adalah peringkat penerokaan
identiti. Membuat pilihan adalah salah satu cara untuk seseorang
mengenali identiti diri. Tidak hairanlah pada peringkat usia awal
dewasa, kebanyakan individu lebih-lebih lagi golongan pelajar
memiliki pasangan masing-masing. Individu yang mempunyai estim diri
yang rendah ragu-ragu bahawa seseorang akan menyintai dan menerima
diri mereka seadanya (De Hart et al., 2002). Schoebi (2008)
mendapati emosi seseorang dipengaruhi oleh pasangan. Golongan
dewasa yang mempunyai sejarah perapatan yang selamat dengan
keluarga akan bersifat mudah untuk didekati, selesa dengan
keintiman, dan jarang berasa risau terhadap peminggiran oleh
pasangan mahupun terhadap sesiapa yang cuba untuk merapati mereka.
Berdasarkan sikap-sikap ini, mereka mencirikan kepentingan dalam
hubungan percintaan berpandukan kepercayaan, kebahagiaan, dan
persahabatan (Cassidy, 2001). Oleh itu, tingkah laku mereka
terhadap pasangan adalah berbentuk empati dan memberi sokongan
serta lebih mudah mencari jalan penyelesaian sekiranya terdapat
konflik. Mereka turut menjadikan pasangan sebagai sumber untuk
mendapat keselesaan dan bantuan (Collins et al., 2006). Motif bagi
seorang lelaki apabila membuat temu janji dengan pasangan adalah
untuk keseronokan dan meningkatkan status dalam kalangan
rakan-rakan (Smiler, 2008). Perempuan lebih berminat untuk
menjalinkan hubungan percintaan dengan lelaki seusia dan sedikit
berusia berbanding umur mereka manakala lelaki lebih cenderung
untuk mempunyai hubungan dengan perempuan yang lebih muda (Buunk,
2002). Lelaki lebih mahukan perhubungan yang melibatkan keintiman
fizikal dalam jangka masa yang lebih singkat berbanding perempuan
yang biasanya mengambil sedikit masa untuk mencapai keintiman
psikologi terlebih dahulu (Buss, 2008). 2.4Percintaan Dalam
Kalangan Pelajar Berdasarkan Kajian LepasFaktor hubungan dengan ibu
bapa menyumbang kepada kecenderungan pelajar untuk bercinta.
Memetik hasil kajian oleh Alden et.al.(1995) melaporkan bahawa
remaja yang tinggal bersama ibu tunggal, bapa tunggal atau
dibesarkan oleh nenek dan datuk mereka lebih cepat memulakan
hubungan cinta dengan remaja yang berlainan jenis. Sebaliknya,
remaja yang menerima perhatian dan kasih sayang daripada ibu dan
bapa mereka, lebih cemerlang dalam bidang akademik, lebih banyak
bergaul dengan rakan-rakan sejenis serta lambat melibatkan diri
dalam hubungan cinta. Beliau melaporkan 33.9 peratus responden
mengaku bahawa mereka terlibat dalam hubungan cinta. Harrison et.al
(2000) mendapati remaja yang dibesarkan oleh ibu atau bapa tunggal
atau keluarga lanjutan terutamanya nenek dan datuk mereka
menyumbang lebih banyak masalah akademik dan masalah sosial di
kalangan remaja. Mereka lebih awal terlibat dalam hubungan cinta
dan perlakuan seks. Wei Z. (2007) telah melakukan penyelidikan
mengenai percintaan dalam kalangan pelajar kolej. Objektif kajian
ini dijalankan adalah untuk mengenal pasti faktor yang mendorong
pelajar untuk bercinta. Kaedah yang digunakan adalah pengedaran
borang soal selidik kepada responden yang terdiri daripada pelajar
di empat buah universiti di wilayah Wuhan, China. Borang soal
selidik ini telah menggunakan skala Likert untuk mendapatkan
jawapan daripada responden dan SPSS digunapakai untuk menganalisis
data yang diperoleh. Keputusan yang diperoleh daripada kajian ini
adalah terdapat lima faktor utama yang yang mendorong pelajar untuk
mencintai antara satu sama lain. Faktor-faktor yang dikenal pasti
hasil daripada kajian ini adalah kemampuan individu, ciri-ciri
personaliti, latar belakang keluarga, perasaan suka sama suka serta
nilai yang dipegang.
Galmeier et al. (1997) mengkaji corak komunikasi pelajar dengan
pasangan yang mana corak komunikasi menjadi salah satu elemen
penentu kepada tujuan pelajar bercinta. 360 pelajar prasiswazah di
2 buah universiti menjadi responden. Beliau mendapati perempuan
lebih suka untuk menyembunyikan informasi diri mereka termasuklah
mengenai hubungan cinta yang lepas, apa yang dimahukan tentang
sesuatu hubungan, dan apa yang tidak disukai tentang sikap
pasangan. Dalam kes ini, keraguan timbul apabila matlamat
percintaan seakan-akan tidak jelas kerana soal masa depan hubungan
tidak dititikberatkan. Fuller dan Warner (2000) turut menjalankan
kajian yang hampir sama dengan mengkaji 257 pelajar kolej dan
mendapati perempuan mempunyai kebergantungan yang lebih tinggi
terhadap pasangan berbanding lelaki. Mereka juga mendapati bahawa
motif bagi seorang lelaki apabila membuat temu janji dengan
pasangan adalah untuk keseronokan dan meningkatkan status dalam
kalangan rakan.
Satu kajian telah dijalankan untuk meneroka makna hubungan
romantik dan hubungannya dengan motif sosial. Kajian telah
dijalankan daripada Ogos hingga Disember 2009. Temubual separa
berstruktur telah digunakan untuk memungut data. Daripada 15
informan yang berpotensi, hanya lima orang yang terpilih untuk
ditemubual. Fail sulit informan turut digunakan sebagai proses
triangulasi dan pengesahan. Semua temubual dirakam dan kemudiannya
ditranskripsikan manakala analisis thematik digunakan untuk
menganalisis data. Keputusan kajian mendapati hampir semua remaja
perempuan mentakrifkan hubungan romantik dari segi hubungan intim
yang dikaitkan dengan hubungan seksual sementara itu motif sosial
dilihat sebagai pengalaman bercinta dan dicintai serta keseronokan
yang diperoleh apabila bercinta. Satu kajian telah dijalankan oleh
Ellis dan Albert (2010) iaitu mengenai manusia dan perhubungan
cinta. Dalam kajian ini, 500 orang pelajar kolej perempuan telah
dipilih sebagai responden. 25% mengakui mereka terlibat dalam
percintaan dengan 2 orang atau lebih lelaki secara serentak
sekurang-kurangnya sekali manakala 58% mengaku bahawa mereka pernah
menjalinkan hubungan intim dengan pasangan sekurang-kurangnya
sekali. Hal ini menimbulkan persoalan tentang tujuan cinta yang
dijalinkan kerana kesetiaan dalam hubungan cinta yang tidak
dijadikan keutamaan dalam kalangan responden. Yang (2010) juga
telah menjalankan kajian yang memberi fokus kepada analisis
kepelbagaian tujuan percintaan dalam kalangan pelajar kolej. Antara
tujuan pelajar bercinta dikenalpasti termasuklah untuk
menghilangkan kesepian, kecenderungan untuk mendapat kemewahan, dan
untuk keperluan seks. Daripada analisis yang telah dilakukan
berdasarkan kajian ini, beberapa langkah yang bersesuaian telah
dicadangkan. Antaranya adalah memberi pendidikan dan pendedahan
tentang institusi keluarga kepada pelajar, memperkukuh pendidikan
moral serta mengukuhkan perancangan pembelajaran bagi pelajar
universiti. Semua langkah ini boleh membantu untuk mengurangkan
konsep yang tidak sihat berkaitan tujuan percintaan dalam kalangan
pelajar.
Gerow J.R (1993) telah menjalankan kajian berskala besar di
Amerika Syarikat. Seramai 201 pelajar (83.8%) responden mempunyai
tahap persepsi yang sederhana terhadap hubungan cinta. Dapatan
kajian terhadap gaya bercinta telah menunjukkan tahap gaya bercinta
di kalangan pelajar. Kajian ini merujuk kepada gaya bercinta yang
diperkenalkan oleh John Alan Lee (1977). Gaya bercinta boleh
menggambarkan persepsi pelajar tentang percintaan dan tujuan
pelajar bercinta. Seramai 149 (62.1%) pelajar mempunyai tahap cinta
pragmatik yang sederhana dan dengan min 3.58 gaya bercinta ini
muncul sebagai gaya bercinta yang paling dominan di kalangan
pelajar sekolah menengah. Seramai 174 (72.5%) pelajar mempunyai
tahap gaya bercinta cinta milikan yang sederhana dengan min 3.06.
Ini adalah gaya bercinta yang kedua dominan daripada kesemua enam
gaya bercinta yang dikaji. Cinta altruistik diamalkan oleh 167
(69.6%) pelajar dan merupakan gaya bercinta ketiga yang diamalkan
dengan min sebanyak 2.90. Seramai 156 (65.0%) pelajar mempunyai
gaya bercinta cinta sahabat yang sederhana dengan min 2.82. Seramai
122 (50.8%) pelajar mempunyai gaya bercinta cinta romantik yang
sederhana dengan min sebanyak 2.56 dan cinta mainan pula diamalkan
oleh 122 (50.8%) pelajar. Gaya bercinta ini merupakan gaya bercinta
yang terendah dengan min 2.55.
Dalam kajian yang dilakukan oleh Hatfield, Rapson dan Martel
(2007), mereka mendapati bahawa dalam kalangan pelajar Asia, mereka
kurang cenderung untuk melihat cinta dari perspektif tarikan
fizikal dan emosi dalaman berbanding pelajar di Amerika dan Eropah.
Mereka lebih menekankan kepada aspek persamaan latar belakang,
peluang kerjaya pada masa hadapan, dan kemungkinan bagi pasangan
untuk menjadi ibu bapa yang baik. Hal ini merujuk kepada objektif
sesuatu hubungan cinta itu wujud kerana persepsi pelajar tentang
tujuan percintaan akan menjadi penentu kepada masa depan hubungan.
Dalam satu kajian mengenai hubungan percintaan dalam kalangan
pelajar kolej di Universiti East Carolina dan persepsi mereka
terhadap percintaan, 94% pelajar mengaku mereka pernah terlibat
dalam percintaan. Data diperoleh melalui pengedaran borang soal
selidik kepada 184 pelajar prasiswazah di Universiti East Carolina.
Umur median bagi keseluruhan responden adalah 19 tahun. Cinta
adalah pengalaman yang biasa dilalui dalam kalangan responden.
Lebih satu pertiga daripada responden atau 36% pernah menjalinkan
hubungan cinta sebanyak 3 kali atau lebih. Median bagi bilangan
hubungan cinta yang pernah dijalinkan adalah sebanyak 2 kali
manakala lebih 10% pernah menjalinkan hubungan cinta sebanyak 5
kali atau lebih. Pengalaman putus cinta juga biasa berlaku dalam
kalangan responden. 84% mengatakan mereka pernah mengalami putus
cinta sebanyak sekali atau lebih. Kebanyakan responden juga
berpendapat bahawa semua masalah boleh diselesaikan dengan cinta
dan cinta adalah segala-galanya bagi mereka. Analisis data juga
mendapati bahawa status perhubungan seseorang adalah berkaitan
dengan kepercayaan seseorang tentang kuasa cinta yang mampu
menyelesaikan semua masalah.
Azizi dan Asiah (2001) telah menjalankan kajian yang bertujuan
untuk mengenal pasti kewujudan fenomena cinta, janjitemu, dan
hubungannya dengan masalah kebimbangan sosial pelajar-pelajar
sekolah menengah. Persepsi pelajar diteroka dalam kajian ini.
Seramai 240 orang pelajar daripada lapan buah sekolah di daerah
Johor Bahru telah dipilih. Soal selidik berkenaan hubungan serta
skala kebimbangan sosial untuk remaja telah digunakan. Hasil
daripada kajian ini menunjukkan bahawa persepsi pelajar terhadap
fenomena hubungan cinta, janjitemu, dan masalah kebimbangan sosial
adalah di tahap sederhana. Manakala gaya bercinta yang dominan di
kalangan pelajar sekolah menengah ialah cinta pragmatik.Hong dan
Yongjin (2008) telah menjalankan kajian mengenai persepsi pelajar
prasiswazah terhadap cinta dan perkahwinan. Seramai 1,531 orang
pelajar telah dipilih yang mewakili kolej yang berlainan di
beberapa bandar di China. Borang soal selidik yang diedarkan kepada
responden mempunyai beberapa bahagian termasuklah motivasi cinta,
kecenderungan perkahwinan, persepsi pelajar mengenai kebebasan
dalam perkahwinan, nilai perkahwinan, pandangan pelajar tentang
peranan perkahwinan, dan pandangan pelajar mengenai kesetiaan dalam
perkahwinan. Dapatan kajian yang diperoleh mendapati bahawa
persepsi pelajar mengenai cinta dan perkahwinan berada pada tahap
sederhana iaitu pada tahap pertengahan antara tradisional dan
moden. Mereka menganggap kesetiaan dalam percintaan dan perkahwinan
adalah amat penting. Terdapat perbezaan yang signifikan antara
persepsi pelajar terhadap cinta dan perkahwinan dengan gred,
jantina, bidang pengajian dan bilangan adik-beradik yang berbeza.
Wang (2010) telah menjalankan kajian mengenai persepsi pelajar
terhadap percintaan dan faktor kurangnya nilai moral pelajar kolej
yang terlibat dalam percintaan. Menurut pengkaji, cinta adalah satu
jenis perhubungan sosial dan setiap individu mempunyai pilihan
masing-masing tentang bagaimana untuk mengendalikan hubungan
interpersonal. Pelajar kolej yang bercinta perlu mematuhi prinsip
etika yang berkaitan moral dalam percintaan. Pelajar yang dikaji
dalam kajian ini kebanyakannya bertindak secara salah dalam
hubungan percintaan termasuklah cinta bermotifkan kebendaan, cinta
jangka pendek, kurang tanggungjawab, dan kurang moral awam yang
mana kesemua faktor ini disebabkan oleh ciri-ciri psikologikal dan
fisiologikal pelajar itu sendiri serta latar belakang sosial
pelajar yang terdiri daripada budaya, ekonomi, dan persekitaran
iaitu keluarga dan tempat pengajian.Hubungan cinta dalam kalangan
pelajar kolej adalah satu perkara biasa dan telah menjadi salah
satu isu dalam sektor pendidikan. Dalam kajian yang dilakukan oleh
Yang (2010) berkaitan percintaan dalam kalangan pelajar kolej,
ciri-ciri hubungan cinta dalam kalangan pelajar kolej moden
dianalisis dan langkah yang sewajarnya dikenalpasti iaitu membentuk
sikap yang baik terhadap hubungan cinta, mengukuhkan pembinaan
budaya kampus, memberi pendidikan tentang hubungan cinta kepada
pelajar, mencari formula untuk mewujudkan peraturan yang lebih
tegas, dan menetapkan contoh yang baik.
2.5 KesimpulanBerdasarkan kajian lepas, faktor yang dikenal
pasti yang mendorong pelajar untuk bercinta adalah Faktor-faktor
yang dikenal pasti hasil daripada kajian ini adalah kemampuan
individu, ciri-ciri personaliti, latar belakang keluarga, perasaan
suka sama suka serta nilai yang dipegang. Motif bagi seorang lelaki
apabila membuat temu janji dengan pasangan adalah untuk keseronokan
dan meningkatkan status dalam kalangan rakan. Antara tujuan pelajar
bercinta dikenalpasti termasuklah untuk menghilangkan kesepian,
kecenderungan untuk mendapat kemewahan, dan untuk keperluan seks.
Dalam kalangan pelajar Asia, mereka kurang cenderung untuk melihat
cinta dari perspektif tarikan fizikal dan emosi dalaman berbanding
pelajar di Amerika dan Eropah. Mereka lebih menekankan kepada aspek
persamaan latar belakang, peluang kerjaya pada masa hadapan, dan
kemungkinan bagi pasangan untuk menjadi ibu bapa yang baik.
Kebanyakan responden juga berpendapat bahawa semua masalah boleh
diselesaikan dengan cinta dan cinta adalah segala-galanya bagi
mereka. Persepsi pelajar mengenai cinta dan perkahwinan berada pada
tahap sederhana iaitu pada tahap pertengahan antara tradisional dan
moden. Mereka menganggap kesetiaan dalam percintaan dan perkahwinan
adalah amat penting. BAB 3
METODOLOGI KAJIAN
3.1 PengenalanBab ini menerangkan tentang kaedah kajian
dijalankan yang merangkumi reka bentuk kajian, lokasi kajian,
kaedah persampelan, pengumpulan data, instrumentasi dan analisis
data. Kaedah kajian yang akan dijalankan menentukan hala tuju
kajian dan amat penting dalam memastikan kajian yang dijalankan
dapat mencapai objektif yang ditetapkan dan memperoleh dapatan yang
dikehendaki.3.2 Reka Bentuk KajianKajian ini merupakan kajian
berbentuk deskriptif yang mana kajian ini bersifat informatif dan
penghuraian. Kajian deskriptif digunakan berdasarkan objektif
kajian ini iaitu untuk mengenalpasti profil pelajar yang terlibat
dalam menjalinkan hubungan percintaan, mengenalpasti dan
menghuraikan faktor-faktor yang mendorong pelajar menjalinkan
hubungan percintaan, mengenalpasti tujuan pelajar terlibat dalam
hubungan percintaan, mengenalpasti persepsi pelajar terhadap isu
percintaan dalam kalangan pelajar. Kajian ini menggunakan
pendekatan kajian survei atau tinjauan. Kajian berbentuk
kepustakaan turut dibuat berdasarkan maklumat yang diperoleh
daripada bahan-bahan seperti buku, majalah, jurnal, kertas kerja
sama ada milik perseorangan atau perpustakaan. Kajian lapangan juga
dilaksanakan bagi memperoleh data-data primer yang juga merupakan
data asli mengenai maklumat individu. 3.3 Lokasi KajianKajian ini
dijalankan di Universiti Putra Malaysia (UPM), Serdang yang
terletak di negeri Selangor. UPM merupakan salah sebuah Institusi
Pengajian Tinggi Awam (IPTA) serta merupakan universiti
penyelidikan yang terkemuka di Malaysia. UPM memiliki lebih kurang
25,000 orang pelajar yang terdiri daripada pelajar dalam negara dan
juga luar negara. UPM terdiri daripada beberapa buah fakulti dan
kolej kediaman. Tuntasnya, pelajar pada hari ini merupakan aset
negara pada masa hadapan kerana tenaga dan buah fikiran anak muda
pada hari ini akan digunakan untuk pembangunan negara ke arah
mencapai status negara maju suatu hari nanti. UPM dipilih sebagai
lokasi kajian kerana dianggap mewakili Institusi Pengajian Tinggi
(IPT) lain kerana ciri-ciri yang hampir sama yang dimiliki.
Peringkat umur golongan yang dikaji juga bersesuaian dengan sasaran
kajian yang menyasarkan golongan muda yang kebanyakannya terdiri
daripada pelajar.
3.4 Kaedah PersampelanSampel yang akan dipilih adalah terdiri
daripada 60 orang pelajar prasiswazah yang mewakili setiap fakulti
yang terdapat di Universiti Putra Malaysia. Pelajar tahun pertama
sehingga tahun keempat dipi.lih sebagai responden kerana kebanyakan
pelajar ini berusia dalam lingkungan umur 19 hingga 24 tahun serta
masih belum berkahwin. Golongan pelajar pada usia sebegini lebih
cenderung untuk terlibat dalam percintaan. Persampelan rawak
berstrata adalah merupakan teknik yang digunakan untuk memilih
responden bagi mengumpul data. Melalui kaedah ini, setiap pelajar
akan mempunyai peluang yang sama dan bebas untuk terpilih sebagai
sebahagian daripada sampel kajian. Di sini, tiada kemungkinan bagi
seseorang itu lebih cenderung untuk dipilih berbanding orang lain.
Oleh itu, tiada unsur pilih kasih atau bias yang akan berlaku.
Responden terdiri daripada 30 orang pelajar lelaki dan 30 orang
pelajar perempuan.
3.5 Pengumpulan DataKaedah yang digunakan untuk pengumpulan data
adalah dari jenis data primer yang mana data tersebut diperoleh
hasil daripada pengedaran borang soal selidik dan data yang
diperoleh adalah data baru yang tidak diambil daripada mana-mana
sumber sebelum ini. Borang soal selidik adalah senarai soalan yang
diedarkan dan memerlukan responden untuk memberikan jawapan dalam
borang tersebut dalam masa yang telah ditetapkan. Kaedah ini juga
melibatkan responden untuk membaca soalan tersebut,
menginterpretasi diri mereka, seterusnya menanda jawapan berkisar
tentang diri responden. Cara yang digunakan untuk memantau
pengumpulan data ini adalah dengan cara bersemuka yang mana borang
soal selidik tersebut diedarkan secara terus kepada responden. 3.6
InstrumentasiBorang soal selidik diagihkan kepada responden yang
mana borang tersebut terdiri daripada beberapa soalan terbuka dan
soalan tertutup. Terdapat 4 bahagian dalam borang soal selidik
ini.
Bahagian A : Latar belakang responden
Bahagian ini mengandungi soalan berkenaan latar belakang
responden yang terdiri daripada umur, jantina, bangsa, agama,
pencapaian akademik serta latar belakang keluarga responden.
Bahagian B : Faktor-faktor yang mendorong pelajar terlibat dalam
percintaan
Dalam bahagian ini, soalan-soalan yang dikemukakan kepada
responden adalah yang berkaitan dengan faktor penglibatan pelajar
dalam percintaan yang terdiri daripada faktor individu, keluarga,
rakan sebaya dan media massa.
Bahagian C : Tujuan pelajar terlibat dalam hubungan
percintaan
Bahagian ini akan mengemukakan soalan berkaitan tujuan
penglibatan pelajar dalam percintaan yang meliputi sikap dan
tingkah laku pelajar dalam percintaan bagi mengenalpasti objektif
pelajar terlibat dalam percintaan..
Bahagian D : Persepsi pelajar tentang percintaan
Bahagian ini mengandungi soalan berkaitan persepsi pelajar
tentang percintaan untuk menentukan sama ada pelajar mempunyai
persepsi positif atau negatif terhadap percintaan. Antara soalan
yang dikemukakan termasuklah pandangan pelajar tentang hubungan
yang dibina serta penilaian pelajar tentang hubungan percintaan
berdasarkan aspek moral dan nilai.
Kaedah menjawab yang digunakan dalam borang soal selidik ini
adalah dengan meminta responden menandakan jawapan pada ruang yang
disediakan dengan soalan yang diberikan kebanyakannya adalah
dibentuk berdasarkan skala Likert yang terdiri daripada:
1- Sangat tidak setuju
2- Tidak setuju
3- Tidak pasti
4- Setuju
5- Sangat setuju
3.7Analisis Data
Kajian ini merupakan kajian yang berbentuk deskriptif. Oleh itu,
beberapa kaedah analisis statistik deskriptif digunakan untuk
mendapatkan kekerapan, peratus, min, median, dan mod. Untuk
mendapatkan maklumat-maklumat ini, data yang diperoleh diproses
dengan menggunakan perisian SPSS (Statistical Package for Social
Sciences).
BAB 4
HASIL KAJIAN DAN PERBINCANGAN
4.1 PengenalanBab ini akan membincangkan dengan lebih lanjut
tentang profil responden yang bercinta, faktor pelajar bercinta,
tujuan pelajar bercinta serta persepsi pelajar tentang percintaan
berdasarkan jantina dan tahun pengajian setelah kajian Mahasiswa
dan Percintaan : Persepsi Pelajar Universiti Putra Malaysia
dijalankan.
4.2 Maklumat Profil RespondenMenerusi kajian yang telah
dijalankan, seramai 60 responden yang terdiri daripada pelajar
Universiti Putra Malaysia (UPM) telah dipilih secara rawak di
setiap fakulti. Jadual 4.2 menunjukkan maklumat secara terperinci
mengenai latar belakang responden secara keseluruhannya. Antara
maklumat profIil responden yang diperihalkan dalam bahagian ini
termasuk jantina, umur, PNGK, bangsa, agama, tempat tinggal dan
pendapatan keluarga.
Daripada 60 orang responden, jumlah responden mengikut jantina
adalah sama iaitu seramai 30 orang lelaki dan 30 orang perempuan
yang mana setiap jantina tersebut mewakili 50% daripada keseluruhan
responden. Peringkat umur responden dalam kajian ini dapat
dikategorikan kepada 4 peringkat umur iaitu pelajar yang berusia 19
hingga 20 tahun, 21 hingga 22 tahun, 23 hingga 24 tahun serta 25-26
tahun (sila lihat Jadual 4.2). Responden dikategorikan mengikut
tahun pengajian iaitu tahun pertama (tahun permulaan), tahun kedua
dan ketiga (tahun pertengahan) serta tahun keempat (tahun akhir).
Berdasarkan kajian ini, majoriti responden adalah terdiri daripada
pelajar yang berusia 21 hingga 22 tahun iaitu seramai 21 orang
(28.3%), diikuti peringkat umur 19 hingga 20 tahun dan 23 hingga 24
tahun yang mewakili 7 orang (11.7%) bagi kedua-dua peringkat
tersebut. Peringkat umur 25 hingga 26 tahun menunjukkan jumlah yang
paling sedikit iaitu seramai 5 orang (8.3%).
Terdapat 4 kategori bangsa dalam kalangan responden iaitu
terdiri daripada bangsa Melayu, Cina, India, dan lain-lain bangsa
(Jadual 4.2). Daripada kajian yang dijalankan, responden Melayu
adalah yang paling ramai iaitu seramai 39 orang (65.0%), diikuti
bangsa Cina seramai 11 orang (18.3%), bangsa India seramai 7 orang
(11.7%) serta 3 orang (5.0%) responden pula terdiri daripada
lain-lain bangsa. Sebanyak 5 kategori agama dapat dikelaskan
berdasarkan responden iaitu terdiri daripada agama Islam, Buddha,
Hindu, Kristian dan lain-lain agama (Jadual 4.2). Berdasarkan
kajian yang dijalankan, pelajar yang beragama Islam adalah yang
paling ramai iaitu berjumlah 41 orang (68.3%). Ini diikuti oleh
agama Buddha dan Hindu iaitu seramai 7 orang (11.7%) serta
responden yang beragama Kristian pula adalah seramai 5 orang
(8.3%). Tiada responden dicatatkan bagi kategori lain-lain
agama.
Bagi Purata Nilaian Gred Kumulatif (PNGK), 5 kategori telah
dikelaskan iaitu 2.00-2.49, 2.50-2.99, 3.00-3.24, 3.25-3.74, dan
3.75-4.00. Majoriti responden berada dalam lingkungan PNGK
3.25-3.74 atau dalam kategori kelas kedua tinggi iaitu seramai 32
orang (53.3%). Responden yang mendapat PNGK 3.00-3.24 pula adalah
seramai 14 orang (23.3%). Bagi kategori PNGK tertinggi iaitu
3.75-4.00, didapati seramai 11 orang responden (18.3%) tergolong
dalam kategori ini. Hanya terdapat 3 orang (5.0%) sahaja responden
yang memperoleh PNGK 2.50-2.99 manakala tiada responden yang
dicatatkan memperoleh PNGK 2.00-2.49.
Maklumat berkaitan tempat tinggal responden dibahagikan kepada 2
kategori iaitu bandar dan luar bandar (Jadual 4.2). Dalam kalangan
responden, majoriti daripada mereka tinggal di bandar iaitu seramai
32 orang (53.3%). Jumlah responden yang tinggal di luar bandar pula
adalah seramai 28 orang (46.7%). Dari segi jumlah pendapatan
keluarga pula, terdapat 3 kategori telah dikelaskan iaitu yang
mempunyai pendapatan kurang daripada RM1500, RM1500 hingga RM3000
dan berpendapatan melebihi RM3000 (Jadual 4.2). Bagi pendapatan
keluarga, responden yang tergolong dalam kategori jumlah pendapatan
keluarga RM1500-RM3000 adalah yang paling tinggi iaitu seramai 26
orang (43.3%). Jumlah pendapatan keluarga yang kedua tertinggi
dalam kalangan responden adalah melebihi RM3000 iaitu seramai 18
orang (30.0%) manakala bilangan responden yang mempunyai pendapatan
keluarga kurang daripada RM1500 adalah seramai 16 orang
(26.7%).
Jadual 4.2: Profil Responden (n=60)Pembolehubahn%
Jantina
Lelaki
Perempuan30
3050.0
50.0
Umur
19-20
21-22
23-24
25-2617
21
17
528.3
35.0
28.3
8.3
Tahun Pengajian
Pertama
Kedua
Ketiga
Keempat15
19
12
1425.0
31.7
20.0
23.3
PNGK
2.00-2.49
2.50-2.99
3.00-3.24
3.25-3.74
3.75-4.00-
3
14
32
11-
5.0
23.3
53.3
18.3
Bangsa
Melayu
Cina
India
Lain-lain39
11
7
365.0
18.3
11.7
5.0
Agama
Islam
Buddha
Hindu
Kristian
Lain-lain41
7
7
5
-68.3
11.7
11.7
8.3
-
Tempat tinggal
Bandar
Luar bandar 32
2853.3
46.7
Pendapatan Keluarga
< RM 1,500
RM 1,500-RM 3,000
> RM 3,00016
26
1826.7
43.3
30.0
(Sumber : Data Kajian Lapangan 2012)
4.3 Profil Responden Yang Bercinta
Berdasarkan objektif kajian yang pertama iaitu untuk mengkaji
profil pelajar yang bercinta, didapati 40 orang daripada 60 orang
responden terlibat dalam percintaan sama ada pernah atau sedang
bercinta. Jumlah ini mewakili 66.7% daripada keseluruhan responden
dan hal ini menunjukkan bahawa majoriti daripada responden
bercinta. Hanya 20 orang responden (33.3%) yang tidak pernah
bercinta. Daripada 40 orang responden yang bercinta, 21 orang
adalah pelajar lelaki dan 19 orang lagi adalah pelajar perempuan.
Daripada jumlah keseluruhan pelajar yang bercinta, 7 orang berumur
19-20 tahun. Seramai 14 orang berumur 21-22 tahun, 14 orang berusia
23-24 tahun manakala seramai 5 pelajar yang bercinta berusia 25-26
tahun.
Dalam kalangan pelajar yang bercinta, seramai 25 orang (62.5%)
memperoleh Purata Nilaian Gred Kumulatif (PNGK) dalam julat
3.25-3.74 yang mana majoriti responden yang bercinta berada dalam
julat PNGK ini. Seramai 10 (25.0%) orang responden yang bercinta
pula memperoleh PNGK 3.00-3.24. 3 orang (7.5%) responden yang
bercinta pula mendapat PNGK 3.75-4.00 manakala seramai 2 orang
(5.0%) responden memperoleh PNGK 2.50-2.99.
Daripada 40 orang responden yang bercinta, seramai 24 orang
(60.0%) adalah berbangsa Melayu, 7 orang (17.5%) responden
berbangsa Cina, 6 orang (15.0%) berbangsa India dan seramai 3 orang
(7.5%) terdiri daripada lain-lain bangsa. Seramai 27 orang (67.5%)
daripada responden yang bercinta beragama Islam, 6 orang (15.0%)
beragama Buddha, 5 orang (12.5%) beragama Hindu, manakala seramai 2
orang (5.0%) lagi beragama Kristian.
Seramai 21 orang (52.5%) responden yang bercinta tinggal di
bandar manakala 19 orang (47.5%) lagi tinggal di luar bandar. Dari
segi pendapatan keluarga, majoriti responden yang bercinta yang
terdiri daripada 21 orang (52.5%) mempunyai pendapatan keluarga RM
1500-RM 3000. Seramai 10 orang (25.0%) responden pula mempunyai
pendapatan keluarga kurang daripada RM 1500 manakala 9 orang
(22.5%) responden pula mempunyai pendapatan keluarga melebihi RM
3000.
Jadual 4.3: Profil Responden Yang Bercinta
(n=40)Pembolehubahn%
Jantina
Lelaki
Perempuan211952.547.5
Umur 19-20
21-22
23-24
25-267
14
14
517.5
23.3
23.3
12.5
Tahun Pengajian
Pertama
Kedua
Ketiga
Keempat8
11
12
920.0
27.5
30.0
22.5
PNGK
2.00-2.49
2.50-2.99
3.00-3.24
3.25-3.74
3.75-4.00-
2
10
25
3-
5.0
25.0
62.5
7.5
Bangsa
Melayu
Cina
India
Lain-lain24
7
6
360.0
17.5
15.0
7.5
Agama
Islam
Buddha
Hindu
Kristian
Lain-lain27
6
5
2
-67.5
15.0
12.5
5.0
-
Tempat tinggal
Bandar
Luar bandar 21
1952.5
47.5
Pendapatan Keluarga
< RM 1,500
RM 1,500-RM 3,000
> RM 3,00010
21
925.0
52.5
2.5
(Sumber : Data Kajian Lapangan 2012)4.4 Faktor Penglibatan
Pelajar Dalam PercintaanBerdasarkan kajian yang telah dijalankan,
terdapat 4 faktor utama yang mempengaruhi pelajar untuk bercinta
iaitu faktor individu, faktor keluarga, faktor rakan sebaya dan
faktor media massa. Berdasarkan jawapan responden, faktor individu
merupakan faktor utama yang mendorong pelajar bercinta.Berdasarkan
kajian yang telah dijalankan, faktor yang menunjukkan jumlah min
yang tertinggi dan mencatatkan peratusan responden yang bersetuju
yang paling tinggi adalah faktor cinta yang merupakan fitrah dan
setiap manusia cenderung untuk berkasih sayang. Faktor ini
mencatatkan jumlah min 4.48 serta seramai 31 orang (51.7%)
responden bersetuju dengan faktor ini manakala 29 orang (48.3%)
responden lagi sangat bersetuju. Seramai 31 orang responden
bersetuju dan 21 orang responden sangat bersetuju dengan faktor
perasaan cinta yang wujud tanpa disangka merupakan faktor yang
mendorong mereka terlibat dalam percintaan. Min bagi faktor ini
adalah 4.22 dan merupakan faktor kedua tertinggi yang dipersetujui
oleh responden.
Faktor ketiga tertinggi yang mendorong responden untuk bercinta
adalah pengaruh teknologi seperti kewujudan laman sosial yang
semakin berkembang penggunaannya boleh menggalakkan mereka
menjalinkan percintaan. Faktor ini mencatatkan min 4.00 yang mana
majoriti responden bersetuju iaitu seramai 40 orang (66.7%). Faktor
utama seterusnya yang mendorong pelajar terlibat dalam percintaan
adalah kerana mereka menemui pasangan yang memenuhi kriteria yang
dicari dan mempunyai kualiti yang diinginkan. Min bagi faktor ini
adalah 3.98 dengan majoriti responden iaitu seramai 33 orang
(55.0%) menyatakan bahawa mereka bersetuju dengan faktor ini.
Seramai 31 orang (51.7%) responden bersetuju bahawa faktor pengaruh
rakan sebaya boleh mempengaruhi mereka untuk bercinta. Min bagi
faktor ini adalah 3.53 dan faktor ini menjadi salah satu daripada
faktor utama yang boleh mempengaruhi responden untuk bercinta.
Jadual 4.4 : Faktor Penglibatan Pelajar Dalam Percintaan (n=60)
Kenyataann (%)n (%)n (%)n (%)n (%)Min
Sangat Tidak Setuju
Tidak SetujuTidak pastiSetujuSangat Setuju
Fitrah manusia yang cenderung berkasih sayang---31 (51.7)29
(48.3)4.48
Perasaan cinta wujud tanpa disangka
--8 (13.3)31 (51.7)21 (35.0)4.22
Pengaruh media seperti penggunaan laman sosial
1 (1.7)2 (3.3)5 (8.3)40 (66.7)12 (20.0)4.00
Menemui pasangan yang memenuhi kriteria
1 (1.7)4 (6.7)6 (10.0)33 (55.0)16 (26.7)3.98
Pengaruh rakan sebaya
3 (5.0)3 (5.0)18 (30.0)31 (51.7)5 (8.3)3.53
Kurang mendapat kasih sayang daripada keluarga
3 (5.0)8 (13.3)16 (26.7)24 (40.0)9 (15.0)3.47
Faktor persamaan latar belakang dengan pasangan
3 (5.0)6 (10.0)21 (35.0)24 (40.0)6 (10.0)3.40
Cinta pandang pertama
4 (6.7)5 (8.3)23 (38.3)22 (36.7)6 (10.0)3.35
Estim diri yang tinggi
2 (3.3)7 (11.7)29 (48.3)21 (35.0)1 (1.7)3.20
Ibu bapa memberi kebebasan
2 (3.3)12 (20.0)24 (40.0)17 (28.3)5 (8.3)3.18
Tarikan seksual yang dimiliki oleh pasangan
5 (8.3)11 (18.3)21 (35.0)17 (28.3)6 (10.0)3.13
Mempunyai keluarga yang bermasalah
2 (3.3)17 (28.3)21 (35.0)17 (28.3)3 (5.0)3.03
Tekanan belajar
9 (15.0)16 (26.7)21 (35.0)11 (18.3)3 (5.0)2.72
(Sumber : Data Kajian Lapangan 2012)4.5 Tujuan Penglibatan
Pelajar Dalam Percintaan Hasil kajian mendapati bahawa tujuan utama
pelajar bercinta adalah untuk mencari calon suami atau isteri untuk
dijadikan teman hidup apabila telah tiba masanya. Min bagi
pernyataan ini adalah 3.82 dengan majoriti responden iaitu seramai
27 orang (45.0%) bersetuju. Responden berpendapat bahawa pelajar
bercinta untuk mendapat perhatian dan kasih sayang daripada
pasangan yang mana tujuan ini memperoleh min yang kedua tertinggi
iaitu 3.60 dengan majoriti responden bersetuju iaitu seramai 27
orang (45.0%).
Min ketiga tertinggi dicatatkan bagi tujuan berkongsi masalah
peribadi. Min bagi tujuan ini adalah 3,52 dengan majoriti responden
bersetuju iaitu seramai 26 orang (43.3%). Selain itu, responden
turut menyatakan bahawa tujuan pelajar bercinta adalah untuk
mendapat motivasi terutamanya dalam pelajaran dengan min yang
dicatatkan adalah 3.40 dan majoriti responden bersetuju iaitu
seramai 24 orang (40.0%). Tujuan utama lain yang turut dipersetujui
oleh responden sebagai tujuan pelajar bercinta adalah untuk
menghilangkan kesepian. Min bagi tujuan ini adalah 3.23 dengan
majoriti responden bersetuju iaitu seramai 20 orang (33.3%).
Jadual 4.5 : Tujuan Penglibatan Pelajar Dalam Percintaan
(n=60)
Kenyataann (%)n (%)n (%)n (%)n (%)Min
Sangat Tidak Setuju
Tidak SetujuTidak pastiSetujuSangat Setuju
Mencari calon suami/isteri
1 (1.7)6 (10.0)11 (18.3)27 (45.0)15 (25.0)3.82
Mendapat perhatian dan kasih sayang
1 (1.7)9 (15.0)13 (21.7)27 (45.0)10 (16.7)3.60
Berkongsi masalah termasuk masalah peribadi
2 (3.3)11 (18.3)11 (18.3)26 (43.3)10 (16.7)3.52
Mendapat motivasi sama ada dalam pelajaran atau perkara-perkara
lain
4 (6.7)8 (13.3)16 (26.7)24 (40.0)8 (13.3)3.40
Menghilangkan kesepian
5 (8.3)14 (23.3)12 (20.0)20 (33.3)9 (15.0)3.23
Sumber untuk mendapat keselesaan dan pertolongan
6 (10.0)12 (20.0)14 (23.3)23 (38.3)5 (8.3)3.15
Meningkatkan status dalam kalangan rakan sebaya
7 (11.7)9 (15.0)22 (36.7)15 (25.0)7 (11.7)3.10
Pasangan adalah tempat untuk mengadu segala hal
7 (11.7)16 (26.7)12 (20.0)20 (33.3)5 (8.3)3.00
Tempat untuk seseorang bermanja dan bermesra
10 (16.7)11 (18.3)13 (21.7)21 (35.0)5 (8.3)3.00
Mendapat kemewahan (materialistik)
10 (16.7)14 (23.3)9 (15.0)21 (35.0)6 (10.0)2.98
Mendapat keseronokan dan memenuhi keinginan diri
11 (18.3)14 (23.3)17 (28.3)15 (25.0)3 (5.0)2.75
Disebabkan dorongan seks dan nafsu
13 (21.7)14 (23.3)16 (26.7)12 (20.0)5 (8.3)2.70
(Sumber : Data Kajian Lapangan 2012)4.6 Persepsi Pelajar
Terhadap Percintaan (Positif)Bagi persepsi positif tentang
percintaan jumlah min keseluruhan adalah 3.47. Majoriti responden
menganggap bahawa mereka hanya akan bercinta sekiranya menemui
seseorang yang layak untuk dijadikan pasangan hidup. Min bagi
persepsi ini adalah yang tertinggi iaitu 4.12. Seramai 20 orang
(33.3%) responden bersetuju dengan pernyataan ini manakala 26 orang
(43.3%) sangat bersetuju. Kebanyakan responden juga bersetuju
bahawa percintaan adalah tidak salah selagi seseorang pelajar itu
menjaga moral dan perlakuan. Min bagi persepsi ini adalah yang
kedua tertinggi iaitu 3.97 dengan 25 orang (41.7%) responden
bersetuju dan 21 orang (35.0%) pula sangat bersetuju. Persepsi yang
turut mencatatkan min yang tinggi adalah percintaan adalah lumrah
dan jatuh cinta adalah perkara normal dalam kalangan pelajar. Min
bagi persepsi ini adalah 3.93 dengan seramai 29 orang (48.3%)
responden bersetuju manakala 17 orang (28.3%) sangat bersetuju.
Responden turut mengakui bahawa percintaan perlu dijalinkan secara
serius atau bukan secara main-main. Seramai 22 orang (36.7%)
responden bersetuju dengan pernyataan ini manakala seramai 19 orang
(31.7%) sangat bersetuju dengan min 3.92. Kebanyakan responden
turut bersetuju dengan pernyataan bahawa percintaan menjadikan
seseorang itu lebih bertanggungjawab, matang dan berfikiran
terbuka. Min bagi persepsi ini adalah 3.80 yang mana seramai 22
orang (36.7%) responden bersetuju dengan pernyataan ini dan 17
orang (28.3%) responden pula sangat bersetuju dengan persepsi
ini.
Jadual 4.6 : Persepsi Pelajar Terhadap Percintaan (Positif)
(n=60)Kenyataann (%)n (%)n (%)n (%)n (%)Min
Sangat Tidak Setuju
Tidak SetujuTidak pastiSetujuSangat Setuju
Hanya akan bercinta sekiranya menemui seseorang yang layak untuk
dijadikan suami/isteri
-5 (8.3)9 (15.0)20 (33.3)26 (43.3)4.12
Bercinta tidak salah selagi seseorang itu menjaga moral dan
perlakuan
2 (3.3)5 (8.3)7 (11.7)25 (41.7)21 (35.0)3.97
Percintaan dalam kalangan pelajar adalah lumrah dan jatuh cinta
adalah normal
2 (3.3)3 (5.0)9 (15.0)29 (48.3)17 (28.3)3.93
Sesuatu hubungan itu perlu dijalinkan secara serius atau bukan
secara main-main
1 (1.7)3 (5.0)15 (25.0)22 (36.7)19 (31.7)3.92
Percintaan menjadikan seseorang itu lebih bertanggungjawab,
matang dan berfikiran terbuka
2 (3.3)4 (6.7)15 (25.0)22 (36.7)17 (28.3)3.80
Percintaan boleh mendorong kejayaan seseorang pelajar
2 (3.3)8 (13.3)12 (20.0)30 (50.0)8 (13.3)3.57
Percintaan hanya boleh berlaku apabila seseorang itu bersedia
untuk berkahwin
3 (5.0)8 (13.3)18 (30.0)20 (33.3)11 (18.3)3.47
Percintaan dalam kalangan pelajar biasanya menjurus ke arah
perkahwinan
-8 (13.3)21 (35.0)26 (43.3)5 (8.3)3.47
Cinta membuatkan hidup seseorang pelajar lebih bemakna dan
berinspirasi
4 (6.7)5 (8.3)18 (30.0)27 (45.0)6 (10.0)3.43
Lebih berkeyakinan untuk meneruskan kehidupan apabila bercinta5
(8.3)9 (15.0)12 (20.0)30 (50.0)4 (6.7)3.32
Cinta memberikan kepuasan kepada diri seseorang
4 (6.7)11 (18.3)21 (35.0)23 (38.3)1 (1.7)3.10
Percintaan adalah keperluan bagi golongan pelajar pada hari
ini
10 (16.7)21 (35.0)18 (30.0)11 (18.3)-2.50
Bercinta ketika masih bergelar pelajar adalah perlu supaya tidak
timbul isu kahwin lambat14 (23.3)16 (26.7)17 (28.3)13
(21.7)-2.48
Min Keseluruhan3.47
(Sumber : Data Kajian Lapangan 2012)4.7 Persepsi Pelajar
Terhadap Percintaan (Negatif)
Bagi persepsi negatif tentang percintaan, jumlah min keseluruhan
adalah 3.15. Majoriti responden bersetuju bahawa percintaan
mendatangkan lebih banyak masalah sekiranya terdapat faktor yang
mengganggu hubungan. Min bagi persepsi ini adalah yang tertinggi
iaitu 4.03 dengan 26 orang (43.3%) responden bersetuju manakala 21
orang (35.0%) sangat bersetuju. Persepsi negatif yang turut
mencatatkan min yang tinggi adalah percintaan menyebabkan lebih
banyak masalah sosial berlaku. Min bagi persepsi ini adalah 3.82
dengan 28 orang (46.7%) responden bersetuju manakala 13 orang
(21.7%) sangat bersetuju. Ramai responden yang turut menganggap
bahawa percintaan kadang-kala memberikan tekanan dalam hidup
seseorang pelajar. 31 orang (51.7%) responden bersetuju dengan
pernyataan ini manakala 11 orang (18.3%) sangat bersetuju. Min bagi
persepsi ini adalah 3.82. Responden turut mengakui bahawa
percintaan boleh menyebabkan pelajaran seseorang terganggu. Min
bagi persepsi ini adalah 3.45 dengan 22 orang (36.7%) responden
bersetuju dengan pernyataan ini manakala seramai 11 orang (18.3%)
sangat bersetuju. Kebanyakan responden turut bersetuju dengan
pernyataan bahawa percintaan ketika masih bergelar pelajar hanya
membuang masa dan melalaikan dengan min yang dicatatkan adalah
3.24. Seramai 12 orang (20.0%) responden bersetuju dengan
pernyataan ini. Seramai 9 orang (15.0%) responden pula sangat
bersetuju dengan persepsi ini.Jadual 4.7 : Persepsi Pelajar
Terhadap Percintaan (Negatif) (n=60)Kenyataann (%)
n (%)n (%)n (%)n (%)Min
Sangat Tidak Setuju
Tidak SetujuTidak pastiSetujuSangat Setuju
Percintaan hanya mendatangkan lebih banyak masalah jika terdapat
faktor yang mengganggu hubungan
-6 (10.0)7 (11.7)26 (43.3)21 (35.0)4.03
Percintaan menyebabkan lebih banyak masalah sosial berlaku
1 (1.7)3 (5.0)15 (25.0)28 (46.7)13 (21.7)3.82
Kadang-kala, percintaan memberikan tekanan dalam hidup
-4 (6.7)14 (23.3)31 (51.7)11 (18.3)3.82
Percintaan boleh menyebabkan pelajaran seseorang terganggu
2 (3.3)13 (21.7)12 (20.0)22 (36.7)11 (18.3)3.45
Bercinta ketika masih belajar hanya membuang masa dan
melalaikan
4 (6.7)8 (13.3)26 (43.3)13 (21.7)9 (15.0)3.24
Unsur keghairahan adalah perkara biasa dan perlu ada dalam
hubungan percintaan
13 (21.7)12 (20.0)22 (36.7)11 (18.3)2 (3.3)2.62
Percintaan perlu diteruskan walaupun mendapat tentangan
keluarga25 (41.7)12 (20.0)15 (25.0)7 (11.7)1 (1.7)2.12
Pelajar yang menolak percintaan adalah ketinggalan zaman dan
berfikiran kolot27 (45.0)15 (25.0)13 (21.7)2 (3.3)3 (5.0)1.98
Min Keseluruhan3.15
(Sumber : Data Kajian Lapangan 2012)4.8 Persepsi Pelajar
Terhadap Percintaan Mengikut Tahun PengajianBerdasarkan kajian,
jika dilihat dari sudut persepsi mengikut tahun pengajian, majoriti
pelajar tahun pertama dan kedua mempunyai persepsi bahawa
percintaan dalam kalangan pelajar adalah lumrah dan jatuh cinta
adalah perkara normal. Persepsi ini mencatatkan min tertinggi bagi
pelajar tahun pertama dan kedua iaitu dengan nilai min 3.97 dan
4.03. Pelajar tahun ketiga pula lebih bersetuju dengan persepsi
bahawa sesuatu hubungan percintaan itu perlu dijalinkan secara
serius dan bukan secara main-main. Min yang dicatatkan adalah 3.93.
Bagi pelajar tahun akhir, responden berpendapat bahawa mereka hanya
akan bercinta sekiranya menemui seseorang yang layak untuk
dijadikan suami atau isteri. Min bagi persepsi ini adalah yang
tertinggi bagi pelajar tahun akhir yang mana nilai min yang
dicatatkan adalah 4.15. Jadual 4.8 : Persepsi Pelajar Terhadap
Percintaan Mengikut Tahun Pengajian(n=60)Tahun PengajianPersepsi
yang mencatatkan min tertinggiMin bagi persepsi tertinggi
Pertama Percintaan dalam kalangan pelajar adalah lumrah dan
jatuh cinta adalah perkara normal
3.97
KeduaPercintaan dalam kalangan pelajar adalah lumrah dan jatuh
cinta adalah perkara normal
4.03
KetigaSesuatu hubungan itu perlu dijalinkan secara serius atau
bukan secara main-main3.93
Keempat (tahun akhir)Saya hanya akan bercinta sekiranya saya
menemui seseorang yang layak untuk dijadikan suami/isteri 4.15
(Sumber : Data Kajian Lapangan 2012)4.9 PerbincanganDapatan
kajian menunjukkan objektif pertama kajian ini iaitu untuk
mengenalpasti profil pelajar yang terlibat dalam menjalinkan
hubungan percintaan tercapai. Responden terdiri daripada
pelajar-pelajar Universiti Putra Malaysia (UPM) yang dipilih secara
rawak di setiap fakulti pengajian. Daripada 60 orang responden, 40
orang pelajar didapati bercinta. Hal ini bermakna, majoriti pelajar
terlibat dalam percintaan kerana pada peringkat awal dewasa,
komitmen interpersonal semakin semakin meningkat selari dengan
perkembangan awal dewasa (Kroger, 2007). Bilangan responden lelaki
dan perempuan yang bercinta juga adalah hampir sama. Jantina
bukanlah penentu kepada kecenderungan seseorang untuk bercinta
kerana mencari pasangan hidup adalah salah satu proses perjalanan
hidup bagi peringkat awal dewasa (Meeuset al., 2007). Dalam
kalangan pelajar yang bercinta, majoriti daripada mereka mempunyai
pencapaian yang baik dalam pelajaran dengan kebanyakan daripada
mereka memperoleh Purata Nilaian Gred Kumulatif (PNGK) 3.25-3.74
malah ada yang memperoleh PNGK yang amat cemerlang iaitu dalam
lingkungan 3.75-4.00. Data yang diperoleh ini menunjukkan betapa
percintaan bukanlah penghalang kepada pencapaian akademik yang
cemerlang dalam kalangan pelajar. Ini dikuatkan lagi dengan kajian
yang dilakukan oleh Connoly (2009) yang mendapati bahawa percintaan
memberikan kepuasan dan menyokong emosi seseorang untuk menjadi
lebih berdaya tahan. Dari segi bangsa dan agama, didapati responden
yang berbangsa Melayu dan Islam adalah golongan yang paling ramai
bercinta. Ini kerana pemilihan responden dilakukan secara rawak
menyebabkan kajian yang dijalankan tidak menumpukan kepada bangsa
dan agama, tetapi lebih kepada pengambilan responden secara rawak.
Kebarangkalian untuk pelajar Melayu dan beragama Islam dipilih
adalah lebih tinggi kerana majoriti pelajar UPM terdiri daripada
pelajar Melayu dan beragama Islam. Berdasarkan tempat tinggal,
bilangan responden yang bercinta tidak kira sama ada mereka tinggal
di kawasan bandar atau luar bandar tidak menunjukkan perbezaan yang
ketara. Hal ini kerana, sebagai pelajar responden hidup dan
melakukan aktiviti di persekitaran yang sama iaitu di kawasan
kampus. Jika dilihat dari aspek pendapatan keluarga, majoriti
responden yang bercinta mempunyai pendapatan keluarga yang
sederhana iaitu dalam lingkungan RM1500-RM3000. Ini berbeza dengan
pendapat Susan (1997) yang menyatakan bahawa seseorang yang datang
dari keluarga yang berpendapatan tinggi akan lebih cenderung dan
mudah untuk bersosial dan menjalin hubungan dengan orang lain.
Objektif kedua kajian adalah mengenalpasti faktor-faktor yang
mendorong pelajar menjalinkan hubungan percintaan. Faktor boleh
dibahagikan kepada beberapa bahagian seperti faktor individu,
keluarga, rakan sebaya dan media massa. Berdasarkan kajian, faktor
utama yang dipersetujui oleh responden sebagai faktor yang
mendorong pelajar bercinta adalah faktor cinta yang merupakan
fitrah dan setiap manusia cenderung untuk berkasih sayang. Setiap
individu memerlukan kasih sayang dan perasaan untuk memiliki dan
dimiliki (Damon, 1999). Oleh itu, percintaan adalah perkara biasa
dan normal bagi seseorang individu lebih-lebih lagi bagi individu
yang mencecah usia awal dewasa. Kebanyakan responden juga memilih
faktor perasaan cinta yang wujud tanpa disangka merupakan faktor
yang boleh mendorong mereka terlibat dalam percintaan. Hal ini
kerana, perasaan cinta adalah fitrah dan cinta boleh datang dengan
sendiri walaupun seseorang itu tidak berniat untuk menjalinkan
hubungan cinta. Pengaruh teknologi seperti kewujudan laman sosial
yang semakin berkembang penggunaannya turut dipersetujui oleh
responden sebagai salah satu faktor utama yang boleh menggalakkan
mereka menjalinkan percintaan. Pada masa kini, teknologi memainkan
peranan penting sebagai medium komunikasi utama yang boleh
menghubungkan manusia di seluruh dunia. Perkenalan yang bermula
melalui penggunaan laman sosial mendorong pelajar untuk memulakan
hubungan cinta. Selain itu, faktor individu yang menemui pasangan
yang memenuhi kriteria yang dicari dan mempunyai kualiti yang
diinginkan turut mendorong pelajar untuk bercinta. Faktor ini
menyokong hasil kajian yang dijalankan oleh Wei Z. (2007) yang
mendapati bahawa salah satu faktor yang mendorong pelajar untuk
mencintai antara satu sama lain adalah disebabkan oleh ciri-ciri
personaliti yang dimiliki oleh pasangan. Majoriti responden turut
berpendapat bahawa faktor pengaruh rakan sebaya boleh mempengaruhi
mereka untuk bercinta yang mana rakan adalah orang yang paling
rapat dengan responden. Zainuddin (2009) menyatakan bahawa apabila
individu semakin meningkat dewasa, pengaruh rakan sebaya adalah
amat kuat dalam mempengaruhi gerak-geri dan tingkah laku
individu.
Objektif ketiga kajian adalah untuk mengenalpasti tujuan pelajar
bercinta. Melalui penyelidikan ini, didapati responden berpendapat
bahawa tujuan utama pelajar bercinta adalah untuk mencari calon
suami atau isteri untuk dijadikan teman hidup apabila telah tiba
masanya. Perkara ini menyokong kajian yang pernah dijalankan oleh
Hatfield, Rapson dan Martel (2007) yang mana mereka mendapati
bahawa dalam kalangan pelajar Asia, mereka lebih cenderung melihat
percintaan dari aspek kemungkinan bagi pasangan untuk menjadi ibu
bapa yang baik. Hal ini juga disebabkan kerana kebanyakan responden
berpandangan jauh tentang hubungan yang dibina. Tujuan utama lain
berkaitan percintaan dalam kalangan pelajar yang dipersetujui oleh
majoriti responden adalah untuk mendapat perhatian dan kasih sayang
daripada pasangan. Hal ini bertepatan dengan hasil kajian Knox
(2001) yang mendapati bahawa golongan pelajar bercinta bagi
berkongsi perasaan kasih sayang antara satu sama lain. Selain itu,
kebanyakan responden juga bersetuju bahawa pelajar menjalinkan
hubungan percintaan bagi berkongsi masalah peribadi. Hal ini
kerana, cinta melibatkan keupayaan pengawalan serta pengluahan
emosi (Brown,1999). Beban masalah yang ditanggung akan dirasai
sedikit berkurang apabila dikongsi dengan orang yang disayangi.
Responden turut menyatakan bahawa tujuan pelajar bercinta adalah
untuk mendapat motivasi terutamanya dalam pelajaran. Apabila orang
tersayang berada di sisi, semangat pelajar untuk berjaya akan
menjadi lebih kuat kerana mempunyai inspirasi. Hal ini dibuktikan
oleh Gavin (2003) yang menyatakan bahawa hidup tidak bermakna dan
berbaloi dengan segala usaha dan kepayahan tanpa seseorang yang
dicintai berada di sisi. Tujuan utama lain yang turut dipersetujui
oleh responden sebagai tujuan utama pelajar bercinta adalah untuk
menghilangkan kesepian. Hal ini menyokong hasil kajian yang
dijalankan oleh Yang (2010) yang mendapati bahawa antara tujuan
pelajar bercinta yang dikenalpasti termasuklah untuk menghilangkan
kesepian. Kekosongan jiwa individu dapat diisi sekiranya mempunyai
orang yang mengasihi dan dikasihi yang mana pasanagn boleh
dijadikan teman sekiranya kesunyian.Objektif terakhir kajian iaitu
objektif keempat pula adalah untuk mengenalpasti persepsi pelajar
terhadap percintaan. Secara keseluruhan, majoriti pelajar mempunyai
persepsi yang positif terhadap percintaan dengan nilai min bagi
persepsi positif yang lebih tinggi berbanding persepsi negatif.
Berdasarkan kajian, percintaan didapati mampu memberi manfaat
kepada pelajar berbanding mendatangkan kemudaratan. Ramai responden
yang menganggap bahawa mereka hanya akan bercinta sekiranya menemui
seseorang yang layak untuk dijadikan pasangan hidup. Hal ini
bermakna pelajar hanya akan bercinta sekiranya hubungan tersebut
mempunyai masa hadapan dan bersifat realistik. Ini boleh dikaitkan
dengan kajian yang dilakukan oleh Hatfield (2007) yang mana
didapati pelajar Asia kurang cenderung melihat percintaan dari
aspek fizikal sebaliknya persamaan latar belakang, peluang kerjaya
pada masa hadapan serta keupayaan pasangan untuk menjadi ibu bapa
yang baik. Majoriti responden bersetuju bahawa percintaan adalah
tidak salah selagi seseorang pelajar itu menjaga moral dan
perlakuan. Furman dan Shaffer (2003) melihat percintaan sebagai
pemusatan utama individu dan ia membentuk perkembangan kendiri
seseorang. Hasil yang positif akan diperoleh sekiranya percintaan
berada pada landasan yang betul. Percintaan juga dilihat sebagai
sumber keyakinan dan membentuk kemahiran interpersonal. Persepsi
yang turut mencatatkan min yang tinggi adalah percintaan adalah
lumrah dan jatuh cinta adalah perkara normal dalam kalangan
pelajar. Yang (2010) telah menjalankan kajian dan mendapati bahawa
hubungan percintaan dalam kalangan pelajar kolej adalah satu
perkara biasa dan telah menjadi satu isu dalam sektor pendidikan.
Responden turut mengakui bahawa percintaan perlu dijalin secara
serius atau bukan secara main-main. Hal ini kerana, cinta
melibatkan perasaan dan emosi yang boleh mempengaruhi kehidupan
seseorang (Schoebi, 2008). Cinta yang serius akan membentuk hala
tuju yang jelas tentang masa depan hubungan. Kebanyakan responden
turut bersetuju dengan pernyataan bahawa percintaan menjadikan
seseorang itu lebih bertanggungjawab, matang dan berfikiran
terbuka. Hal ini selari dengan kajian Bulcroft et al. (2000) yang
mendapati bahawa jumlah individu yang pragmatik, rasional dan
bertanggungjawab dalam percintaan adalah semakin meningkat. Perkara
ini disebabkan oleh cinta yang mendidik individu untuk menjadi
lebih komited dan sensitif dengan keperluan pasangan. Dalam
kalangan responden, terdapat beberapa persepsi negatif terhadap
percintaan. Antaranya adalah percintaan mendatangkan lebih banyak
masalah sekiranya terdapat faktor yang mengganggu hubungan,
percintaan menyebabkan lebih banyak masalah sosial berlaku serta
percintaan kadang-kala memberi tekanan dalam hidup seseorang
pelajar. Namun begitu, persepsi-persepsi ini hanya akan berlaku
sekiranya percintaan tidak dikendalikan dengan sebai-baiknya
termasuklah dalam aspek emosi dan jika sesuatu hubungan itu tidak
dijalinkan secara rasional. Berdasarkan kajian, jika dilihat dari
sudut persepsi mengikut tahun pengajian, majoriti pelajar tahun
pertama dan kedua mempunyai persepsi bahawa percintaan dalam
kalangan pelajar adalah lumrah dan jatuh cinta adalah perkara
normal. Pelajar tahun pertama dan kedua menganggap percintaan
adalah perkara biasa yang berlaku memandangkan mereka semakin
meningkat dewasa. Hal ini dapat dikaitkan dengan kenyataan oleh
Furman dan Shaffer (2003) yang melihat percintaan sebagai pemusatan
diri pelajar dan ia berperanan dalam membentuk perkembangan kendiri
pelajar. Pelajar tahun ketiga pula lebih bersetuju dengan persepsi
bahawa sesuatu hubungan percintaan itu perlu dijalinkan secara
serius dan bukan secara main-main. Pelajar tahun tiga lebih
mengutamakan aspek tanggungjawab dan komitmen dalam percintaan
memandangkan pemikiran mereka lebih matang berbanding pelajar tahun
pertama dan kedua. Hal ini selari dengan pendapat Stenberg (2006)
yang menyatakan bahawa komitmen dalam percintaan adalah komponen
kognitif yang menjadi kayu pengukur kepada pasangan untuk
mengekalkan hubungan yang dibina. Bagi pelajar tahun akhir pula,
responden berpendapat bahawa mereka hanya akan bercinta sekiranya
menemui seseorang yang layak untuk dijadikan suami atau isteri. Hal
ini kerana, pelajar tahun akhir lebih fokus dalam menentukan hala
tuju masa hadapan memandangkan mereka akan menempuh alam baru iaitu
alam pekerjaan seterusnya mula berfikir tentang perkahwinan. Kroger
(2007) menyatakan bahawa komitmen terhadap matlamat dan nilai
tertentu menyediakan golongan awal dewasa kepada komitmen
interpersonal yang semakin meningkat selari dengan perkembangan
awal dewasa.4.10 RumusanDengan mengetahui profil pelajar yang
bercinta, sedikit sebanyak dapat memberi gambaran tentang latar
belakang pelajar yang bercinta mengikut jantina, umur, pencapaian
akademik, bangsa, agama, tempat tinggal dan pendapatan keluarga.
Hasil kajian yang diperoleh tentang faktor pelajar bercinta
menunjukkan betapa percintaan dalam kalangan pelajar berlaku
disebabkan faktor individu sendiri yang mana dalam kajian ini
merujuk kepada pelajar yang merupakan golongan awal dewasa. Tujuan
percintaan dalam kalangan pelajar mendapati bahawa pelajar
memikirkan tentang masa depan hubungan secara serius. Hal ini
menunjukkan bahawa pelajar berpendapat percintaan adalah satu
perkara yang tidak boleh dipandang remeh tetapi setiap individu
perlu berpandangan jauh untuk memikirkan tentang mas depan hubungan
yang dibina. Persepsi pelajar terhadap percintaan menunjukkan
betapa pelajar menganggap percintaan merupakan suatu perkara
positif sekiranya dikendalikan dengan betul. Hal ini menggambarkan
bahawa responden menganggap percintaan sebagai suatu perkara yang
tidak salah dan wajar untuk dilihat sebagai satu keperluan bagi
golongan pelajar hari ini. Persepsi positif responden terhadap
percintaan dapat menolak pendapat sesetengah golongan masyarakat
yang menganggap bahawa percintaan hanya mengundang masalah dan
tidak memberi faedah kepada pelajar.
BAB 5
KESIMPULAN, IMPLIKASI DAN CADANGAN
5.1 PengenalanBab ini akan membincangkan dengan lebih lanjut
tentang kesimpulan atau rumusan bagi kajian yang telah dijalankan,
implikasi kajian serta cadangan berkaitan langkah yang perlu
diambil perhatian berkaitan isu yang dibincangkan.
5.2KesimpulanDengan ini dapatlah dirumuskan bahawa percintaan
dalam kalangan pelajar pada hari ini telah menjadi satu kebiasaan
dan lumrah. Golongan pelajar sering dikaitkan dengan percintaan
kerana secara psikologinya, mereka semakin meningkat dewasa dan
matang untuk menentukan hala tuju hidup mereka sendiri. Berdasarkan
kajian, majoriti pelajar terlibat dalam percintaan dan kenyataan
ini telah dijangka lebih awal. Golongan pelajar tanpa mengira latar
belakang cenderung untuk bercinta kerana mereka merasakan bahawa
perkongsian perasaan dan nilai hidup bersama pasangan akan lebih
mematangkan dan merupakan satu proses kehidupan. Setiap orang yang
meningkat dewasa mempunyai perasaan untuk menyayangi dan disayangi.
Jika diteliti, cinta merupakan satu anugerah yang dikurniakan
kepada manusia. Namun, bagaimana cara sesorang itu mengendalikan
hubungan percintaan yang dibina perlu diberi perhatian.
Secara keseluruhannya, kajian ini telah berjaya menjawab
keempat-empat objektif yang ingin dicapai dalam kajian ini. Melalui
kajian ini, objektif pertama kajian iaitu untuk mengenalpasti
profil pelajar yang terlibat dalam menjalinkan hubungan percintaan
tercapai. Latar belakang pelajar yang bercinta telah dikenalpasti
mengikut jantina, umur, PNGK, bangsa, agama, tempat tinggal dan
pendapatan keluarga. Responden terdiri daripada pelajar Universiti
Putra Malaysia (UPM) dengan majoriti pelajar terlibat dalam
percintaan. Bilangan responden mengikut jantina adalah seimbang dan
dari segi pencapaian akademik pula, kebanyakan responden yang
bercinta mempunyai prestasi yang cemerlang dalam akademik dengan
memperoleh Purata Nilaian Gred Kumulatif (PNGK) yang baik. Dari
segi agama dan bangsa pula, pelajar Melayu dan beragama Islam pula
merupakan yang paling ramai terlibat dalam percintaan berbanding
bangsa dan agama lain. Pemilihan responden dilakukan secara rawak
menyebabkan kajian yang dijalankan tidak menumpukan kepada bangsa
dan agama, tetapi lebih kepada pengambilan responden secara rawak.
Berdasarkan tempat tinggal, bilangan responden yang bercinta tidak
kira sama ada mereka tinggal di kawasan bandar atau luar bandar
tidak menunjukkan perbezaan yang ketara. Hal ini kerana, sebagai
pelajar responden hidup dan melakukan aktiviti di persekitaran yang
sama iaitu di kawasan kampus. Jika dilihat dari aspek pendapatan
keluarga, majoriti responden yang bercinta mempunyai pendapatan
keluarga yang sederhana iaitu dalam lingkungan RM1500-RM3000.
Objektif kedua kajian adalah mengenalpasti faktor-faktor yang
mendorong pelajar menjalinkan hubungan percintaan. Faktor boleh
dibahagikan kepada beberapa bahagian seperti faktor individu,
keluarga, rakan sebaya dan media massa. Berdasarkan kajian, faktor
utama yang dipersetujui oleh responden sebagai faktor yang
mendorong pelajar bercinta adalah faktor cinta yang merupakan
fitrah dan setiap manusia cenderung untuk berkasih sayang.
Kebanyakan responden juga memilih faktor perasaan cinta yang wujud
tanpa disangka merupakan faktor yang boleh mendorong mereka
terlibat dalam percintaan. Pengaruh teknologi seperti kewujudan
laman sosial yang semakin berkembang penggunaannya turut
dipersetujui oleh responden sebagai salah satu faktor utama yang
boleh menggalakkan mereka menjalinkan percintaan. Selain itu,
faktor individu yang menemui pasangan yang memenuhi kriteria yang
dicari dan mempunyai kualiti yang diinginkan turut mendorong
pelajar untuk bercinta. Majoriti responden turut berpendapat bahawa
faktor pengaruh rakan sebaya boleh mempengaruhi mereka untuk
bercinta yang mana rakan adalah orang yang paling rapat dengan
responden. Objektif ketiga kajian adalah untuk mengenalpasti tujuan
pelajar bercinta. Melalui penyelidikan ini, didapati responden
berpendapat bahawa tujuan utama pelajar bercinta adalah untuk
mencari calon suami atau isteri untuk dijadikan teman hidup apabila
telah tiba masanya. Tujuan utama lain berkaitan percintaan dalam
kalangan pelajar yang dipersetujui oleh majoriti responden adalah
untuk mendapat perhatian dan kasih sayang daripada pasangan. Selain
itu, kebanyakan responden juga bersetuju bahawa pelajar menjalinkan
hubungan percintaan bagi berkongsi masalah peribadi. Responden
turut menyatakan bahawa tujuan pelajar bercinta adalah untuk
mendapat motivasi terutamanya dalam pelajaran. Tujuan utama lain
yang turut dipersetujui oleh responden sebagai tujuan utama pelajar
bercinta adalah untuk menghilangkan kesepian. Objektif keempat pula
adalah untuk mengenalpasti persepsi pelajar terhadap percintaan.
Secara keseluruhan, majoriti pelajar mempunyai persepsi yang
positif terhadap percintaan dengan nilai min bagi persepsi positif
yang lebih tinggi berbanding persepsi negatif. Ramai responden yang
menganggap bahawa mereka hanya akan bercinta sekiranya menemui
seseorang yang layak untuk dijadikan pasangan hidup. Majoriti
responden bersetuju bahawa percintaan adalah tidak salah selagi
seseorang pelajar itu menjaga moral dan perlakuan. Persepsi yang
turut mencatatkan min yang tinggi adalah percintaan adalah lumrah
dan jatuh cinta adalah perkara normal dalam kalangan pelajar.
Responden turut mengakui bahawa percintaan perlu dijalin secara
serius atau bukan secara main-main. Cinta yang serius akan
membentuk hala tuju yang jelas tentang masa depan hubungan.
Kebanyakan responden turut bersetuju dengan pernyataan bahawa
percintaan menjadikan seseorang itu lebih bertanggungjawab, matang
dan berfikiran terbuka. Dalam kalangan responden juga, terdapat
beberapa persepsi negatif yang dipersetujui oleh responden terhadap
percintaan. Antaranya adalah percintaan mendatangkan lebih banyak
masalah sekiranya terdapat faktor yang mengganggu hubungan,
percintaan menyebabkan lebih banyak masalah sosial berlaku serta
percintaan kadang-kala memberi tekanan dalam hidup seseorang
pelajar. Berdasarkan kajian, jika dilihat dari sudut persepsi
mengikut tahun pengajian, majoriti pelajar tahun pertama dan kedua
mempunyai persepsi bahawa percintaan dalam kalangan pelajar adalah
lumrah dan jatuh cinta adalah perkara normal. Pelajar tahun ketiga
pula lebih bersetuju dengan persepsi bahawa sesuatu hubungan
percintaan itu perlu dijalinkan secara serius dan bukan secara
main-main. Pelajar tahun tiga lebih mengutamakan aspek
tanggungjawab dan komitmen dalam percintaan memandangkan pemikiran
mereka lebih matang berbanding pelajar tahun pertama dan kedua.
Bagi pelajar tahun akhir pula, responden berpendapat bahawa mereka
hanya akan bercinta sekiranya menemui seseorang yang layak untuk
dijadikan suami atau isteri. Hal ini kerana, pelajar tahun akhir
lebih fokus dalam menentukan hala tuju masa hadapan memandangkan
mereka akan menempuh alam baru iaitu alam pekerjaan seterusnya mula
berfikir tentang perkahwinan.
5.3 ImplikasiAdalah menjadi harapan penyelidik agar kajian ini
dapat memberikan impak kepada semua pihak termasuk individu,
institusi atau pihak kerajaan. Kajian ini memberi fokus kepada
profil pelajar yang bercinta, faktor pelajar bercinta, tujuan
percintaan dalam kalangan pelajar dan persepsi pelajar terhadap
percintaan. Kajian ini dapat memberi gambaran kasar kepada golongan
pelajar tentang keperluan hubungan cinta dalam kalangan pelajar itu
sendiri dengan melihat kepada persepsi mereka terhadap percintaan
sama ada ke arah positif atau negatif. Melalui kajian ini, dapat
dilihat dan difahami tentang sejauh mana persepsi pelajar tentang
percintaan dan adakah persepsi tersebut relevan atau tidak.
Sekurang-kurangnya, sekiranya pelajar mempunyai persepsi dan tujuan
yang agak negatif, hal ini masih boleh diperbetulkan supaya
hubungan cinta yang dibina tidak memberi kesan yang negatif kepada
kehidupan pelajar.
Bagi masyarakat, kajian ini boleh memberi pengetahuan di samping
membuka minda masyarakat untuk bersifat lebih terbuka apabila
memperkatakan tentang iu percintaan dalam kalangan pelajar supaya
hubungan percintaan tidak dianggap hanya mendatangkan keburukan
kepada pelajar. Melalui dapatan kajian ini juga, masyarakat boleh
membuat penilaian sendiri tentang sejauh mana golongan muda atau
pelajar melibatkan diri dalam percintaan dan adakah hubungan yang
dijalinkan perlu diberi sokongan atau sebaliknya. Hasil kajian ini
diharap dapat membuka mata dan hati masyarakat untuk berpandangan
jauh terhadap isu percintaan dalam kalangan pelajar.
Kajian ini juga dapat menyumbang kepada penyaluran maklumat bagi
agensi yang berkaitan di negara ini bagi membuat kajian yang lebih
mendalam tentang isu-isu sosial. Banyak agensi, pertubuhan mahupun
persatuan seperti Majlis Belia Malaysia (MBM), Kementerian Belia
dan Sukan (KBS), Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) yang boleh
menggunakan data dan maklumat yang diperoleh daripada kajian ini
untuk sebarang program seperti bengkel mahupun seminar dengan
merancang pengisian yang sesuai. Satu polisi atau garis panduan
baru yang bersesuaian juga mungkin boleh diperkenalkan untuk
memastikan pelajar sentiasa berada di landasan yang betul dan tidak
tersilap langkah apabila menjalinkan hubungan percintaan.
5.4 Cadangan
Pelajar perlu didedahkan dengan pendidikan berkenaan cara untuk
mengendalikan hubungan percintaan agar tidak tersasar ke arah
negatif yang boleh membawa kemudaratan. Pendidikan yang dimaksudkan
termasuklah dengan mendedahkan para pelajar tentang sikap yang
perlu dibentuk apabila bercinta. Percintaan dalam kalangan pelajar
adalah perkara biasa dan sukar untuk dielakkan. Oleh itu, bagi
memastikan hubungan yang dibina tidak sia-sia atau hanya bersifat
sementara, sikap yang bersesuaian perlu dipraktikkan agar
percintaan sentiasa berada pada landasan yang betul. Sikap yang
baik merangkumi penerapan nilai-nilai murni, mengamalkan nilai
moral yang tinggi, serta rasional dalam apa jua tindakan. Hal ini
penting bagi memastikan hubungan yang terjalin berjaya mencapai
matlamat.Pendidikan mengenai institusi kekeluargaan juga adalah
penting bagi golongan pelajar. Hal ini kerana, percintaan yang
dijalin biasanya menjurus ke arah perkahwinan yang mana masa depan
hubungan adalah amat penting untuk difikirkan. Sekurang-kurangnya,
sekiranya pelajar dididik tentang institusi kekeluargaan dengan
lebih awal, mereka akan dapat melihat gambaran tentang bagaimana
sesuatu hubungan cinta itu perlu berjalan dan mereka akan menjadi
lebih realistik tentang hubungan yang dibina. Komitmen terhadap
hubungan juga boleh diperbaiki dengan setiap individu yang bercinta
cuba untuk melatih diri menjadi lebih matang dan komited sebagai
persediaan untuk ke fasa yang seterusnya iaitu perkahwinan. Ibu
bapa selaku individu yang dekat dengan pelajar seharusnya mengikuti
perkembangan pelajar yang terlibat dalam percintaan. Ini tidak
bermaksud bahawa ibu bapa perlu mengongkong pergerakan anak-anak
mereka, sebaliknya pergaulan pelajar dengan pasangan perlu dipantau
dan dikawal sekiranya perlu. Kawalan perlu dilakukan oleh ibu bapa
sekiranya pelajar mula menunjukkan petanda negatif akibat bercinta.
Nasihat dan panduan perlu diberikan di samping menggalakkan pelajar
untuk sentiasa berpegang kepada nilai-nilai yang positif.
Pihak institusi pengajian pula perlu menetapkan peraturan yang
lebih ketat dan jelas bagi membendung berlakunya gejala sosial yang
disebabkan oleh pelajar yang bercinta. Contohnya adalah mengawasi
tempat-tempat yang berpotensi untuk pelajar melakukan perbuatan
yang tidak sihat dan menegur atau mengambil tindakan sekiranya
pelajar yang bercinta ini berkelakuan tidak senonoh atau bertindak
di luar batasan. Di kawasan kampus, kawalan perlu dipertingkat pada
waktu malam dan kemudahan seperti lampu jalan perlu dipastikan
berfungsi dengan sebaik mungkin untuk mengelakkan terdapatnya
pelajar yang bercinta melakukan aktiviti yang tidak sihat dan boleh
mengundang masalah sosial terutamanya di kawasan gelap dan
terlindung daripada pandangan orang ramai.
Bagi kajian yang akan