-
Dari Abdullah bin 'Amr r.a., Rasulullah s.a.w.bersabda,
"Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat..!
Kejohanan Bolasepak LIGA 3K telah diadakan pada 16 Januari 2006.
Kejo-hanan tersebut adalah anjuran Kelab Ke-bajikan Kakitangan
dengan ker-jasama Pusat Matrkulasi UIAM. Seramai 12 pasukan telah
men-yertai kejohanan tersebut yang akan berakhir pada 07 Mac 2006.
Kejohanan ini terbuka kepada warga Pusat Matrikulasi UIAM dan tiada
pemain luar dibenar-kan. Pasukan dari Kelab Kebajikan iaitu Matrix
FC turut menyertai kejohanan tersebut. Kepu-tusan perlawanan boleh
dida-pati melalui laman web ke-lab. Mesyuarat Agong Kelab
Kebaji-kan kali ke 15 telah berlangsung pada 10 Februari 2006
(Jumaat), di Bilik Televisyen Mahallah Abu Bakar. Mesyuarat
tersebut telah dihadiri oleh semua ahli termasuklah Dekan Pusat
Matrikulasi UIAM, Yang berba-hagia Tuan Haji Abbas Hasan, En Abdul
Razak Abu Bakar dan En. Kamaruddin Samat. Mesyuarat tersebut telah
di ras-mikan oleh Tuan Haji Abbas Hasan se-laku Penaung Kelab.
Dalam ucapannya
beliau, akan memberi sokongan penuh segala aktiviti yang
dijalankan oleh Ke-lab. En. Nasir Ismail selaku pengerusi ke-
lab dalam ucapan beliau telah mengariskan tentang amanah dan
tanggung jawab ahli, pengu-rusan yang baik dan idea yang segar bagi
membangunkan dan
memperbaiki Kelab. Tanggung jawab terha-dap Kelab adalah
tang-gung jawab semua ahli. SURVIVAL CAMP
LUBUK TEDUNG KEMENSAH akan didakan pada 11 dan 12 Mac 2006.
Program ini dianjuran oleh Biro Rehlah dan Riadah (Lelaki). Ianya
akan diadakan di Lubuk Tedung, Kemensah, Ulu Kelang. Program ini
adalah berbentuk expedisi memanjat
Bukit Kemensah selama 2 hari. Peserta terbuka kepada semua ahli
lelaki sahaja.Ianya bertujuan membentuk fizikal dan mental, hidup
di dalam hutan, semangat persaudaraan, disiplin diri dan suasana
didalam hutan. Sesiapa yang berminat berminat sila hubungi En. Wan
Ismail atau En. Hishamuddin di Pejabat RMDD.
TIP KESIHATAN 1. Lebih baik jika makan sedikit sedikit dalam
kadar yang kerap dari-pada makan banyak sekali gus. Selain membuat
tubuh anda menjadi langsing kerana tidak banyak makanan yang
di-timbunkan menjadi lemak, peng-gunaan tenaga akan menjadi lebih
berkesan dan stamina tubuh juga lebih terjaga.
2. Jangan sekali kali melewatkan atau meninggalkan sarapan pagi.
Ini kerana dari situlah anda mendapat sumber tenaga anda untuk hari
itu. Apabila anda kehabisan tenaga di waktu siang, rasa lemah dan
penat akan berpanjang sehingga ke malam.
Adan Mendengar Azan
2
Wasiat Nabi Mohammmad
2
Menghormati Orang Tua
3
Pokok Ghargad 3
Renungan 4
Bersama Ketua Biro Rehlah dan Riadah
5
Peranan Saf Dalam Solat
6
Kandungan
AKTIVITI KELAB kEBAJIKAN
Buletin Kelab FEB2006KELUARAN 12/06
http://iiu.edu.my/matric/club
-
KELUARAN 12/06 Muka 2
ADAB MENDENGAR AZAN Kematian itu pasti menjelma. Hanya masa dan
waktunya yang tidak kita ketahui. Cuba kita amati. Men-gapa
kebanyakan orang yang nazak, hampir ajal tidak dapat berkata
apa-apa.. lidahnya kelu keras dan hanya mimik mukanya yang menahan
kesakitan 'sakaratul maut'. Diriwayatkan sebuah hadis yg
bermak-sud: "Hendaklah kamu mendiamkan diri ketika azan, jika tidak
Allah akan kelukan lidahnya ketika maut menghampirinya."Ini jelas
menunjukkan, kita disarankan agar mendiamkan diri, jangan berkata
apa-apa pun semasa azan berkumandang. Sebagai orang beragama Islam
kita wajib menghormati azan. Banyak fadhilatnya. Jika lagu
kebangsaan kita diajar agar berdiri tegak dan diamkan diri. Mengapa
ketika azan kita tidak boleh mendiamkan diri? Lantas sesiapa yang
berkata-kata ketika azan, Allah akan kelukan li-dahnya ketika
nazak. Kita takut dengan kelunya lidah kita semasa ajal hampir tiba
maka kita tidak dapat mengucap kalimah "Lailahaillallah.." yang
mana sesiapa yang dapat mengucapkan kalimah ini ketika ny-awanya
akan dicabut Allah dgn izinNya menjanjikan syurga untuk mereka.
Dari itu marilah kita sama-sama menghormati azan dan mohon kepada
Allah supaya lidah ini tidak kelu semasa nyawa kita sedang dicabut.
"Ya Allah! Anugerahkanlah kematian kami dengan kematian yang baik
lagi mulia, lancarkan li-dah kami mengucap kalimah
"Lailahaillallah.." semasa sakaratul maut menghampiri kami.
Amin..
WASIAT NABI MUHAMMAD S.A.W. kepada SAIDINA ALI R.A Wahai Ali,
bagi orang 'ALIM itu ada 3 tan-da2nya: 1) Jujur dalam berkata-kata.
2) Menjauhi segala yang haram. 3) Merendahkan diri. Wahai Ali, bagi
orang yg JUJUR itu ada 3 tan-da2nya: 1) Merahsiakan ibadahnya. 2)
Merahsiakan sedekahnya 3) Merahsiakan ujian yang menimpanya. Wahai
Ali, bagi orang yang TAKWA itu ada 3 tanda2nya 1) Takut berlaku
dusta dan keji 2) Menjauhi kejahatan 3) Memohon yang halal kerana
takut jatuh dalam keharaman Wahai Ali, bagi AHLI IBADAH itu ada 3
tan-da2nya 1) Mengawasi dirinya. 2) Menghisab dirinya. 3)
Memperbanyakkan ibadah kepada Allah s.w.t.
Wang RM50 atau S$50 kelihatan begitu besar bila dibawa ke kotak
derma masjid, tetapi begitu kecil bila kita bawa ke supermarket. 45
minit terasa terlalu lama untuk berzikir tapi betapa pendeknya
waktu itu untuk pertandingan bola sepak. Semua insan ingin memasuki
syurga tetapi tidak ramai yang berfikir dan berbicara tentang
bagaimana memasukinya. Rasulullah s.a.w. bersabda :
"Barangsiapa yang lupa akan sesuatu solat, maka hendaklah ia
mengerjakan solat itu jikalau ia telah mengingatinya, tiada
tebu-san lain untuk solat itu kecuali solat yang dilupakannya saja
sesuai dengan firman Allah yang ertinya : "Dan dirikan solat untuk
mengingatiKu."
(H.R. Bukhari)
Dalam kerendahan hati ada ketinggian
budi. Dalam kemiskinan harta ada kekayaan
jiwa. Dalam kesempitan
PETUA
ADAP & ETIKA
-
KELUARAN 12/06
Menghormati Orang Lebih Tua
Bagi orang yang tidak menghormati kedua ibu bapanya maka
hukumnya berdosa besar. Begitu juga jika tidak menghormati orang
lebih tua daripada kita, baik tua dari segi usia mahupun tua atau
matang dari segi ilmu pengetahuan. Di dalam Islam orang yang
derhaka kepada kedua ibu bapanya termasuk ke dalam kategori dosa
besar setelah mensyirikkan Allah, dan akan di masukkan ke dalam
neraka. Firman Allah SWT maksudnya: "Dan Tuhanmu telah
memerintahkan supaya kamu jangan menyembah selain Dia dan hendaklah
kamu berbuat baik kepada ibu bapamu dengan sebaik-baiknya. Jika
salah seorang di antara keduanya atau kedua-duanya sampai berumur
lanjut dalam pemeliharaanmu, sekali-kali janganlah kamu mengatakan
kepada keduanya perkataan ah (uff) dan janganlah kamu membentak
mereka dan ucapkanlah kepada mereka perkataan yang mulia". (Al
Isra' 23) Orang yang tidak menghormati ibu bapa akan dilaknat oleh
Allah SWT. Sebagaimana dijelaskan oleh Rasu-lullah SAW dalam sebuah
hadis yang bermaksud: "Ada tiga macam orang yang terkena laknat
Allah SWT iaitu: Seorang yang membenci kedua ibu bapanya, seseorang
yang berusaha menceraikan sepasang suami isteri, ke-mudian setelah
isteri tersebut dicerai ia menggantikannya sebagai suaminya dan
seseorang yang berusaha agar orang-orang mukmin saling membenci dan
saling mendengki antara sesamanya dengan hasutan-hasutannya".
(Riwayat Ad Dailami dhrupad Umar
Pokok Gharqad' Pokok Yahudi Hadith sahih riwayat Al-Bukhari dan
Muslim "Tidak akan berlaku kiamat sehinggalah umat Islam berperang
dengan orang Yahudi (di sebuah tempat). Orang-umat Islam akan
membunuh mereka beramai-ramai sehinggakan apabila mereka
bersembunyi dise-balik batu dan pokok, tiba-tiba pokok-pokok dan
batu-batu itu bersuara menjerit memanggil umat Islam agar membunuh
orang-orang Yahudi itu, kecuali pokok 'Gharqad', kerana ia adalah
pokok Yahudi". Kini, kaum yahudi menubuhkan dana kebangsaan khas (
Jewish National Fund ) untuk penanaman pokok Gharqad
tersebut.Didalam web www.jnf.com, dilaporkan mereka telah berjaya
menanam sebanyak 220 juta pokok dan projek-projek lain.JIka benar
seperti dilaporkan,maka sahlah bahawasanya yahudi ini sememangnya
mengakui kebenaran Islam tetapi tetap terus menentang Islam.
TAHUKAH ANDA
TAZKIRAH
Hari Maal Hijrah atau Awal Muharram
Hari Maal Hijrah atau Awal Muharram Ini adalah suatu hari yang
penting bagi umat Is-lam kerana ia menandakan dua peristiwa penting
berlaku dalam sejarah Islam. Pertama, memperingati penghijrahan
Nabi Muhammad dari Kota Mekkah ke Madinah pada tahun 622 masihi,
dan kedua, ia merupakan hari keagamaan di mana umat Islam
mengadakan solat sunat di masjid-masjid di seluruh negeri. Hari
Maal Hijrah atau Awal Muharram merupakan hari cuti umum di Malaysia
dan merupakan permulaan tahun hijrah bagi umat Islam.
Muka 3
-
BACA SAMPAI HABIS BANYAK MANFAATNYA Umpamanya; 1) Dari bujang,
kahwin No 1, no.2, No 3, dan lain-lain. 2) Dari pakai kapcai,
kancil, Honda, BMWnye. 3) Badminton, Tennis, Golf. 4) Rumah sewa
rumah murah teres bunglow 5) Supervisor, engineer, manager, GM 6)
Tv 14', 21", 42", Home theatre 7) Port dickson Langkawi Bangkok New
York.. 8) Mancing parit kolam bayar laut dalam (sewa bot mewah)
Dalam semua segi kita mahu kan perubahan kearah yang lebih baik dan
glamour TETAPI... KITA JUGA LUPA... SEMAKIN BANYAK KITA KE-CAPI
KEJAYAAN, SEMAKIN HAMPIRLAH SAAT KEMATIAN KITA.... DITAKUTI
SE-MAKIN BERJAYA, KITA SEMAKIN LUPA, SE-MUA YANG KITA DAPAT ADALAH
PEMBE-RIAN TUHAN..."ON LOAN"... SETIAP KALI KITA BUAT ACTION PLAN
ATAU BUAT REVI-SION, BERAPA BANYAKKAH KITA MASUK-KAN ITEM-ITEM YANG
MEMBAWA KEARAH "PERSEDIAN UNTUK MATI" Umpamanya 1) Tak sembahyang
pastikan solat jadikan amalan. 2) Banyak maksiat
tinggalkan/kurangkan hapuskan 3) New York madinah mekah 4) Sedekah
RM1.00 RM10.00 RM100.00. 5) Solat sorang berjemaah solat di
surau/masjid. 6) 5 jam sehari menonton TV, 3 jam TV & 2 jam
majlis ILMU. 7) 3 jam baca akhbar/majalah/internet 2 jam ma-
jalah/akhbar/internet & 1 jam membaca AL-QURAN /selawat ,
zikir.
8) Apa apa aktiviti yang hasilnya adalah untuk AKHIRAT. Tetapi
apa yang banyak berlaku pada ZAMAN AKHIR ini ialah PERSONAL
IMPROVEMENT banyak kepada kearah KEDUNIAAN SEMATA. Perkara
berkaitan AKHIRAT slowly di ketepikan. Contohnye: Kalau dulu rajin
dan tak tinggal 5 waktu, tetapi
beransur-ansur hilang waktu (kerja lagi penting....dari solat)
Kalau dulu tak kenal DANGDUT/KARAOKE/DISCO sekarang.. bila tuhan
beri kenaikan pangkat & gaji lebih benda seperti ni dah jadi
biasa... Macam macam lagi yang kita pun sedia maklum dan tahu...
malah berlaku dikalangan kita dan ahli keluarga kita, jiran,
rakan-rakan, DLL. Jadi sama-samalah kita membuat BALANCE ACTION
PLAN, BALANCE OBJECTIVE & TARGET dan BALANCE IMPROVEMENT.
9) Tuhan beri semua makhluk didunia ini 24 jam sehari, tiadalah
seorang pun yang mendapat kurang atau lebih barang sesaat pun..
Tuhan juga memberi kita peluang untuk menggunakan masa yang ada
untuk di manafaatkan... dengan sebaik mungkin.. Tuhan hanya mahu
kita bera-mal selama lebih kurang 40~50 tahun demi un-tuk mendapat
balasan Syurga untuk
selama-nya..lama.......lamanya.......infiniti... Semoga Allah terus
memberi kita petunjuk dan hidayah untuk kita berjaya di dunia dan
akhirat. 1. Roh para Nabi dan utusan menuju ke Syurga Adnin. 2. Roh
para ulama menuju ke Syurga Firdaus. 3. Roh mereka yang berbahagia
menuju ke Sy-urga Illiyyina. 4. Roh para shuhada berterban-gan
seperti burung disyurga mengikut kehen-dak mereka. 5. Roh para
mukmin yang berdosa akan tergantung diudara tidak di bumi dan tidak
di langit sampai hari kiamat. 6. Roh anak-anak orang yang beriman
akan berada di gunung dari minyak misik (wangi). 7. Roh orang-orang
kafir akan berada dalam neraka Sijjin, mereka diseksa berserta
jasadnya hingga sampai hari Kiamat." Telah bersabda Rasullullah
S.A.W: "Tiga kelompok manusia yang akan dijabat tan-gannya oleh
para malaikat pada hari mereka ke-luar dari kuburnya:- 1.
Orang-orang yang mati syahid. 2. Orang-orang yang mengerjakan solat
malam dalam bu-lan Ramadhan. 3. Orang berpuasa di hari Arafah.
Renungan
KELUARAN 12/06 Page 4
-
Biro Perhubungan dan Penerbitan
Kelab Kebajikan Kakitangan
9.Tanam sebuah pohon. Setiap seseorang atau bi-natang berlindung
dibawahnya, Anda dapat hasanah. Jika seseorang menjalankan salah
satu dari hal diatas, Anda dapat hasanah sampai hari Qiamat.
Insyallah.
1.Berikan al-Quran pada seseorang, dan setiap di-baca, Anda
mendapatkan hasanah. 2.Sumbangkan kerusi roda ke hospital dan
setiap orang sakit menggunakannya, Anda dapat hasanah. 3.Berkongsi
bahan bacaan yang membangun dengan seseorang. 4.Bantu mendidik
seorang anak. 5.Ajarkan seseorang sebuah do'a. Pada setiap bacaan
do'a itu, anda dapat hasanah. 6.Berkongsi CD Quran atau Do'a.
7.Terlibat dalam pembangunan sebuah masjid. 8.Tempatkan pendingin
air di tempat umum.
Phone: 03-77803216 Fax: 03-79571006
Sedekah Jariah - Kebajikan yang tak berakhir!
BERSAMA KETUA BIRO REHLAH & RIADAH (WANITA) Nama: Nor
Rohaida Mohamed No staff: 2643 Jawatan di UIA: Pegawai Sistem
Maklumat Jawatan di Kelab: Ketua Biro Rehlah &Riadah Wanita
Alamat : No 32 Jalan Nova U5/75C Subang Bestari 40150 Shah Alam
Selangor Berapa lama jadi ahli kelab: 4 tahun Tarikh Lahir : 31 May
1973 Tempat lahir : Kg Bukit Lada Temerloh Pahang Email :
[email protected] Berapa cahaya mata: - 2 orang
1) Muhammad Aidan Shahril 2) Nur Adnin Sufiya Harapan terhadap
kelab:
Kenangan manis bersama kelab : Kenangan pahit bersama kelab:
Cadangan kepada Kelab:
Dari Abdullah bin 'Amr r.a., Rasulullah s.
a.w.bersabda,
"Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat..!
Hubungi kami sekiranya perlu berkenaan Kelab
Kebajikan kakitangan Pusat Matrikulasi UIAM.
Kepada sesiapa yang ingin melihat gambar aktiviti kelab bolehlah
melayari laman web
kelab di bahagian galeri
Page 5 KELUARAN 12/06
-
PERANAN SAF DALAM SOLAT KALIMAT yang sering kita dengar dari
mulut imam sebelum memulakan solat adalah "Luruskan saf (barisan
dalam solat berjemaah)" atau "Rapatkan saf". Namun berapa ramai
yang benar-benar mengikuti arahan imam tersebut? Berapa ramai yang
mengetahui apa maknanya meluruskan saf mengikut sunah Rasulullah
s.a.w. yang sahih? Para ulama sepakat bahawa saf pertama adalah saf
terbaik dan besar keutamaannya bagi jemaah lelaki dalam bersolat.
Manakala bagi saf jemaah perem-puan, saf paling utama adalah saf
paling akhir sekali. Ia sebagaimana sabda Nabi s.a.w. yang
diriwayatkan oleh Abu Hurairah : Sebaik-baik saf barisan lelaki
yang paling depan, dan yang terburuk ialah yang paling belakang,
dan sebaik-baik barisan perempuan yang terakhir, dan yang terburuk
ialah yang paling depan. (Riwayat Muslim) Sabda Rasulullah s.a.w.
yang diriwayatkan Abu Hurairah: Andaikata manusia mengetahui apa
yang ada di dalam panggilan azan dan memenuhi saf paling depan,
kemudian mereka tidak berjaya mendapatkannya (saf paling depan itu)
kecuali jika mereka berlumba untuk mendapatkannya, pasti mereka
akan berlumba. (Riwayat Bukhari). Disebut juga di dalam hadis
Rasulullah s.a.w. bahawa saf di sebelah kanan mempunyai lebih
keutamaan berbanding saf di sebelah kiri. Daripada Aishah r.a.
berkata bahawa Rasu-lullah s.a.w. bersabda: Sesungguhnya Allah dan
para malaikat-Nya berselawat terhadap orang yang berada di saf
sebelah kanan. (Riwayat Ibnu Majah) Di antara fadilat solat di saf
pertama: 1) Menjaga kesempurnaan saf pertama sama seperti saf-nya
para malaikat. Riwayat Jabir bin Samurah yang berkata bahawa
Rasulullah s.a.w. bersabda: ''Tidakkah kamu berbaris sebagaimana
saf para malaikat di sisi Tuhan-Nya?'' Kami bertanya: "Ya
Rasulullah, bagaimanakah saf mereka di depan Tu-han?" Jawab Nabi:
"Menyempurnakan barisan pertama dan rapat benar dalam barisan."
(Riwayat Muslim) Daripada hadis di atas dapat kita fahami bahawa
mereka yang memenuhi saf paling depan ketika solat adalah sama
dengan saf para malaikat yang sentiasa menjaga kesempurnaan saf
mereka dan saf para malaikat ini hampir dengan Allah s.w.t. Dari
sini boleh kita katakan bahawa mereka yang berada di saf paling
hadapan adalah orang yang paling hampir dengan Allah dan lebih
mudah memperoleh rahmat-Nya. 2) Allah dan para malaikat-Nya
berselawat kepada mereka yang berada di saf-saf paling hadapan.
Daripada Abu Umamah berkata bahawa Rasulullah bersabda:
"Sesungguhnya Allah dan para Malaikat-Nya berselawat kepada
orang-orang yang berada di saf pertama." Para sahabat bertanya: "Ya
Rasulullah, bagaimana dengan saf kedua." Baginda bersabda:
"Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya berselawat kepada
orang-orang yang berada di saf per-tama." Para sahabat bertanya
lagi: "Ya Rasulullah, bagaimana dengan saf kedua." Rasulullah
menjawab: "Ya, juga saf kedua." (Riwayat Ahmad). Selawat Menurut
Dr. Fadhal Ilahi, makna selawat Allah atas mereka (yang berada di
saf per-tama) adalah seperti yang dikatakan oleh Imam ar-Raghib
al-Asfahani, iaitu: "Tazkiyah (Penyucian daripada dosa-dosa)
ter-hadap mereka." Selawatnya para malaikat pula: "Iaitu berbentuk
doa dan permohonan keampunan." Alangkah beruntungnya sesiapa yang
mendapat tazkiyah daripada Allah dan doa pengampunan daripada para
malaikat. 3) Rasulullah memohon keampunan buat mereka di saf
pertama sebanyak tiga kali. Daripada 'Irbadh bin Sariyah bahawa
Rasulullah memohon keampunan bagi mereka yang berada di saf pertama
tiga kali dan untuk saf kedua hanya sekali. (Riwayat Ibnu Majah).
Alangkah bahagia sekiranya orang yang paling mulia di atas muka
bumi ini memohon keampunan untuk kita. Demikianlah beberapa
keutamaan saf paling hadapan di dalam solat berjemaah. Yang amat
dikesalkan terdapat ramai di antara kita yang tidak lagi memberi
perhatian terhadap keutamaan-keutamaan ini. Umat Islam di Malaysia
seakan-akan tidak ghairah mere-but saf pertama. Mereka lebih
memilih untuk mendapatkan tempat yang membolehkan mereka bersandar
dengan selesa seperti di tiang-tiang atau di dinding masjid,
berdekatan dengan kipas dan pintu supaya dapat cepat keluar setelah
selesai bersolat. Ada pula yang datang awal ke masjid tetapi
berborak dahulu di luar masjid sambil menghisap rokok. Alangkah
ruginya mereka ini. Sesungguhnya Rasulullah menyatakan bahawa
sesiapa yang secara sengaja memenuhi saf belakang, maka Allah akan
membelakangkan mereka. Daripada Abu Sa'id al-Khudri bahawa
Rasulullah melihat ada sebahagian saha-batnya yang tidak mahu maju
ke saf pertama, maka baginda bersabda: Majulah dan ikutilah saya,
sedangkan orang-orang di belakang harus mengikutimu pula! Sesuatu
kaum yang selalu suka di belakang, tentu akan dibelakangkan pula
oleh Allah. (Riwayat Muslim). Adakah kerugian yang lebih besar
daripada kerugian dibelakangkan oleh Allah? Oleh itu datanglah awal
ke masjid untuk solat berjemaah dan rebutlah saf pertama. PERANAN
IMAM Rasulullah sebelum memulakan solat, akan memastikan makmum di
belakangnya meluruskan saf terlebih dahulu. Anas bin Malik berkata,
ketika telah iqamah untuk solat, Rasulullah menghadap kepada kami
dengan wajahnya seraya bersabda: Luruskan saf dan rapatkanlah
kerana sesung-guhnya aku melihat kalian dari belakangku. (Riwayat
Bukhari) Kebiasaan yang kita lihat di masjid-masjid, para imam
hanya melaungkan "luruskan saf", "luruskan saf" tanpa melihat
jemaah di belakang sama ada mereka mematuhi perintahnya atau tidak.
Mereka seperti hanya melepaskan batuk di tangga. Sedangkan
Rasulullah akan menghadap para makmum dan memastikan arahan
meluruskan saf benar-benar dilaksanakan oleh para sahabat. Malah
ada riwayat yang menyatakan Baginda pergi ke setiap barisan untuk
melihat sama ada saf benar-benar telah lurus sebelum memulakan
solat. Daripada Al-bara' bin 'Aazib berkata: Adalah Rasulullah
memasuki celah-celah barisan (saf) sambil mengusap dada dan bahu
kami. (Riwayat Abu Daud). Pada zaman Umar al-Khattab pula, beliau
mewakilkan tugas meluruskan saf kepada seseorang. Beliau tidak akan
bertakbir (memulakan solat) sehingga orang yang membantunya dalam
meluruskan saf itu memberitahu bahawa saf telah benar-benar lurus.
Begitu juga dengan Uthman al-Affan dan Ali bin Abu Talib, mereka
berdua bersepakat melaku-kan apa yang telah dilakukan oleh Umar.
Dulu, Ali selalu mengatakan: "Maju wahai si fulan! Mundur sedikit
wahai si fu-lan!" Penulis menyarankan para imam masjid-masjid di
Malaysia agar memerhatikan perkara ini dengan penuh teliti supaya
amalan mereka selari dengan sunah Nabi dan Khulafa' ar-Rasyidin.
CARA MELURUSKAN SAF Meluruskan saf dalam solat berjemaah merupakan
sunah Nabi s.a.w. Malah ada ulama yang memandang penyempurnaan saf
dalam solat adalah wajib. Menurut Syaikh Muhammad Nashiruddeen
al-Albani: ''Mendirikan dan meluruskan saf hukumnya wajib kerana
ter-
Page KELUARAN 12/06
-
dapat perintah yang berasal daripada Rasulullah. Kalimat
perintah itu pada asalnya bererti wajib, kecuali ada qarinah
(petunjuk lain) yang mengalihkan daripada pengertian wajib
tersebut. Namun, terlalu sedikit di kalangan masyarakat kita yang
mengamalkannya. Pada tanggapan mereka kesempurnaan saf hanyalah
dengan mempastikan barisan solat itu lurus. Sebenarnya ada beberapa
perkara lain yang juga telah diperintahkan oleh Rasulullah
berkaitan kesempurnaan saf: 1. Mera-patkan bahu dengan bahu orang
yang solat bersebelahan dengannya. 2. Merapatkan lutut dengan lutut
orang yang solat bersebelahan dengannya. 3. Merapatkan buku lali
dengan buku lali orang yang solat bersebelahan dengannya. Hanya
den-gan mempraktikkan perkara-perkara di atas barulah tercapai
kesempurnaan saf dalam solat berjemaah dalam erti kata se-benar.
Hadis-hadis berkaitan dengan perkara di atas adalah seperti
berikut: * Daripada Nu'man bin Bashir berkata: "Aku melihat
seseorang merapatkan bahunya dengan bahu saudaranya, merapatkan
(melekatkan) lututnya dengan lutut sauda-ranya dan melekatkan mata
kakinya (buku lali) dengan mata kaki saudaranya." (Riwayat Abu
Daud). * Daripada Anas bin Malik daripada Nabi s.a.w. bersabda:
(Pada waktu solat) setiap kami meratakan bahunya dengan bahu
saudaranya dan tela-pak kakinya (buku lali) dengan telapak kaki
saudaranya. (Riwayat Bukhari). Sunah Nabi s.a.w. ini seakan-akan
sudah len-yap dari masjid-masjid di Malaysia. Penulis pernah cuba
mempraktikkan sunah ini dalam solat berjemaah di beberapa mas-jid,
namun hasilnya amat mengecewakan. Ramai dari kalangan jemaah akan
menjauhkan buku lali dan lutut masing-masing ketika penulis cuba
merapatkan saf tersebut. Mereka seolah-olah tidak selesa merapatkan
dan meluruskan saf dengan cara begini. Namun begitu kita sebenarnya
tidak boleh menyalahkan mereka kerana sunah ini memang tidak
disebarkan secara meluas di Malaysia, apalagi untuk dipraktikkan.
Penulis yakin sekiranya sunah ini diajar secara meluas di dalam
kelas-kelas atau kitab-kitab fardu ain nescaya ia akan diamalkan di
seluruh masjid di Malaysia. HIKMAH MERAPATKAN SAF 1. Ia merupakan
antara faktor yang menyumbang kepada kesempurnaan solat. Sabda
Rasulullah: Luruskan saf kamu, kerana me-luruskan saf merupakan
sebahagian kesempurnaan solat. (Riwayat Muslim). 2. Ia adalah
faktor yang boleh menyatukan hati umat Islam. Sabda Rasulullah:
Luruskan saf solat kamu dan janganlah kamu bercerai-berai (dalam
mendirikan saf), akan tercera-berai hati kamu. (Riwayat Muslim).
Sabda Baginda lagi: Tegakkanlah saf-saf kamu sekalian sebanyak tiga
kali, demi Allah (kamu diperintah agar) merapatkan/meluruskan
saf-saf kamu, atau Allah akan mencerai-beraikan hati kamu. (Riwayat
Abu Daud). Menurut Syaikh Abu Ubaidah Masyhur: ''Dalam perintah
meluruskan dan merapatkan saf merupakan unsur pendekat jiwa yang
akan menjalinkan hubungan persaudaraan dan keinginan saling
menolong. Bagaimana tidak! Bu-kankah bahu si miskin berhimpitan
dengan bahu si konglomerat, kaki si kuat melekat dengan kaki si
lemah. Dan semuanya berada dalam satu saf, bagaikan bangunan yang
tersusun sangat rapat. 3. Ia dapat menghindari gangguan syaitan ke
atas orang yang bersolat. Sabda Rasulullah: Rapatkanlah saf kamu
sekalian, dekatkanlah antara saf, tegakkanlah tengkuk kamu. Demi
Zat yang jiwaku berada dalam genggaman Tangan-Nya, sesungguhnya aku
melihat syaitan menyusup di celah-celah saf seperti anak kambing.
(Riwayat Abu Daud). 4. Allah mencintai mereka yang menyempurnakan
saf. Sabda Rasulullah: Tidak ada suatu langkah yang sangat dicintai
oleh Allah daripada langkah seseorang hamba untuk menyambung
(menyempurnakan) saf (dalam solat). (Riwayat Abu Daud). 5. Ganjaran
pahala yang besar bagi mereka yang menyempurna-kan saf di dalam
solatnya. Rasulullah bersabda: Orang yang paling baik di antara
kalian adalah seseorang yang paling lem-but bahunya di dalam solat,
tidak ada suatu langkah yang pahalanya lebih besar daripada langkah
seseorang yang melang-kah untuk menutup celah dalam saf. (Riwayat
Thabrani). 6. Allah dan para malaikat-Nya berselawat (memberi
segala pen-ghormatan dan kebaikan) kepada mereka yang
menyempurnakan saf dalam solat. Sabda Rasulullah : Sesungguhnya
Allah dan para malaikat-Nya berselawat kepada orang-orang yang
berada di saf pertama. Para sahabat bertanya: "Ya Rasulullah,
bagaimana dengan yang kedua." Baginda bersabda: Sesungguhnya Allah
dan para malaikat-Nya berselawat kepada orang-orang yang berada di
saf pertama. Para sahabat bertanya lagi: "Ya Rasulullah, bagaimana
dengan yang kedua." Rasulullah menjawab: Ya, juga bagi saf kedua.
(Riwayat Ahmad). Sayang sekali sunah-sunah berkaitan dengan saf ini
telah dilalaikan dan diambil mudah oleh masyarakat Islam bukan
sahaja di Malaysia, malah di seluruh dunia. Apa yang ingin penulis
sarankan di sini adalah agar sunah meluruskan dan merapatkan saf
ini dihidupkan semula, terutamanya oleh para imam di masjid-masjid
seluruh Malaysia. Para imam hendaklah bersungguh-sungguh
mengerjakan sunah ini dan mengajak mereka yang bersolat di belakang
melaksanakannya. Sabda Rasulullah s.a.w mengingatkan: Solatlah kamu
sekalian sebagaimana kamu melihat aku bersolat. (Riwayat
Bukhari).
Page 7 KELUARAN 12/06
-
10 Muharam digalak raikan keluarga, anak yatim APABILA tiba 10
Muharam, kita seharusnya sudah bersiap untuk melakukan beberapa
amalan yang sangat dituntut. Amalan ini akan diberi ganjaran besar
oleh Allah. Rasulullah saw sendiri, apabila tiba tarikh 10 Muharam,
memperbanyakkan bersyukur kepada Allah dan tidak lupa untuk
berpuasa sunat kerana Baginda menyedari kebesaran 10 Muharam itu.
Antara amalan yang digalak pada tarikh itu ialah: 1. Melapangkan
masa dan berbelanja untuk anak dan isteri. Fadilatnya ialah Allah
akan melapangkan hidupnya pada tahun berkenaan. 2. Memuliakan fakir
miskin. Allah akan melapangkan diri ketika dalam kubur nanti. 3.
Menahan marah. Pada akhirat nanti Allah akan memasukkannya ke dalam
golongan yang diredai-Nya. 4. Menunjukkan orang sesat. Allah akan
memenuhkan cahaya iman dalam hatinya. 5. Menyapu dan mengusap
kepala anak yatim. Allah akan mengurniakan sepohon pokok di syurga
bagi setiap rambut yang disapu. 6. Bersedekah. Allah akan
menjauhkannya daripada neraka sekadar jauh seekor gagak terbang
tidak berhenti-henti daripada kecil hingga mati. Diberi pahala
seperti bersedekah kepada semua fakir miskin di dunia. 7.
Memelihara kehormatan diri. Allah akan mengurniakan hidupnya
sentiasa diterangi cahaya keimanan. 8. Mandi sunat as-Syura. Lafaz
niat: “Saja aku mandi sunat hari as-Syura kerana Allah.” 9 Membaca
surah al-Ikhlas seribu kali. Allah akan memandangnya dengan
pandangan rahmat pada akhirat nanti. 10 Sembahyang sunat empat
rakaat. Allah akan mengampunkan dosanya walau berlarutan selama 50
tahun melakukannya. Niatnya: “Saja aku sembahyang sunat hari
as-Syura empat rakaat kerana Allah.” Pada rakaat pertama dan kedua,
selepas membaca surah al-Fatihah, dibaca surah al-Ikhlas sebanyak
11 kali. Disudahi dengan doa as-Syura yang bermaksud: “Maha Suci
Allah sepenuh timbangan, sejauh ilmu sebanyak keredaan, setimbang
arasy, tidak ada tempat berlepas dan bersandar selain Allah,
kecuali kepada-Nya. “Maha Suci Allah, sebanyak yang tunggal dan
yang sejodoh, sebanyak kalimah yang sempurna semuanya. Aku mohon
keselamatan pada-Mu dengan rahmat-Mu, wahai (Allah) yang Maha
Penyayang. “Tidak ada yang kuat dan yang berkuasa kecuali Allah
yang Maha Tinggi Lagi Besar. Cukuplah Engkau tempatku berpegang.
Engkau sebaik-baik tempatku, dan tempatku memohon pertolongan.” l
Berpuasa. Niatnya: “Saja aku berpuasa esok hari sunat hari as-Syura
kerana Allah.” Rasulullah, ketika ditanya mengenai hikmah berpuasa
as-Syura, menjawab: “Ia (puasa as-Syura) menebus dosa tahun yang
lalu.” Dosa yang dimaksudkan di sini ialah dosa kecil. Sekiranya
seseorang itu tidak berdosa kecil, dosa besarnya akan diringankan.
Kalau dia tidak berdosa besar, darjatnya akan ditingkatkan. Pada
hari as-Syura, seseorang itu digalak memperbanyakkan amalan
kebajikan dan sedekah untuk kaum keluarga, anak yatim dan fakir
miskin, tanpa memberatkan diri. Sabda Rasulullah yang bermaksud:
“Barang siapa memperbanyakkan pemberian terhadap keluarganya
(mereka yang wajib ditanggung nafkahnya), juga ahlinya pada hari
as-Syura, nescaya Allah akan memperbanyakkan pemberiannya untuk
sepanjang tahun.” 2. Menjamu orang berbuka puasa. Diberi pahala
seperti memberi orang Islam lain berbuka puasa.
wallahualam.....
KELUARAN 12/06 Page 8