Ciri-ciri Organisasi Pembelajaran Senge (1990) menegaskan organisasi atau institusi pembelajaran yang terlibat dalam aktiviti pembelajaaran terutamanya, perlu tidak mengabaikan pembelajaran untuk personel kerana kekuatan organisasi banya bergantung kepada kuasa ilmu, kemahiran atau kompetensi ahli yang ada di dalamnya. Prinsip yang paling penting dalam organisasi pembelajaran ialah kesepaduan dalam tindakan dan pemikiran ke arah pendidikan sepanjang hayat. Kekuatan sesuatu organisasi terletak kepada keupayaannya untuk terus belajar tentang kerja dan aktiviti yang dilakukan. Proses belajar pula bukan berlaku secara bersendirian, tetapi membentuk budaya belajar dari semua pihak atau team learning yang melibatkan semua pihak di dalam organisasi agar ia berjaya menjadi satu budaya yang mantap. Ini akan melahirkan organisasi yang terdiri dari kumpulan manusia atau organisasi yang terus belajar tanpa sempadan masa, kaedah ataupun tempat. Akhirnya terbentuklah saatu sistem pembelajaran yang saling kait mengait di dalam sesuatau organisasi pembelajaran yang dipanggil pemikiran bersistem atau systems thinking. Pembentukan organisasi pembelajaran juga berlaku apabila wujudnya kepakaran kendiri atau personal mastery yang merupakan kekuatan kendiri dalam membina wawasan, ketrampilan, ketabahan dan kapisiti untuk cemerlang dengan dua kekuatan iaitu agama dan sekular. Dua tonggak kekuatan ini tidak dapat dipisahkan untuk menjayakan organisasi pembelajaran kerana ajaran duniawi dan dan akhrawi mampu untuk memberi kekuatan kepada tenaga fikiran agar tidak dibatasi oleh kekurangan semangat. Hasilnya daripada pengetahuan, keterampilan, nilai dan semangat pada individu yang terlibat dalam pembelajaran, akan menjadi himpunan menjadi organisasi pembelajaran. Organisasi pembelajaran perlu dilihat sebagai suatu model mental yang membina gambaran, tanggapan untuk membolehkan ahlinya memahami sesuatu isu dan bertindak balas terhadapnya. Walaupun