-
Circular No 344/2020
Dated 13 Oct 2020
To Members of the Malaysian Bar and pupils in chambers
Notification of Court Operations During the
Conditional Movement Control Order Period in Selangor, Kuala
Lumpur and
Putrajaya
We draw Members’ attention to the announcement by the Senior
Minister and Defence
Minister, YB Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob, yesterday (12 Oct
2020), on the enforcement of
the Conditional Movement Control Order (“CMCO”) in Selangor,
Kuala Lumpur, and
Putrajaya, beginning from tomorrow, 14 Oct 2020, the media
statement (available here)
issued by the Chief Secretary to the Government, Tan Sri Mohd
Zuki bin Ali, yesterday (12
Oct 2020) entitled “Pengoperasian Perkhidmatan Kerajaan Semasa
PKPB”, and Circular No
341/2020 entitled “CMCO Period in Kuala Lumpur, Putrajaya and
Selangor | MITI’s
COVID-19 Intelligent Management System (“CIMS”)” dated 13 Oct
2020.
The Chief Registrar of the Federal Court of Malaysia, Tuan Ahmad
Terrirudin bin Mohd
Salleh, has issued a media statement (see pages 4 to 6) entitled
“Pemakluman Pengendalian
Kes-Kes di Mahkamah Wilayah Persekutuan Putrajaya, Wilayah
Persekutuan Kuala Lumpur
dan Negeri Selangor Selaras Dengan Perintah Kawalan Pergerakan
Bersyarat (PKPB) dari 14
Oktober hingga 27 Oktober 2020” today pertaining to court
operations in Selangor, Kuala
Lumpur and Putrajaya.
Effective from 14 Oct 2020 (Wednesday) until 27 Oct 2020
(Tuesday), the Federal Court,
Court of Appeal, all courts in Selangor and Kuala Lumpur, and
all lower courts in Putrajaya
will be adhering to the following guidelines:
(a) Suspension and Postponement of Hearings of All Civil and
Criminal Cases Cases are to be handled in accordance with the
“Panduan Pengendalian Kes-Kes di
Mahkamah Seluruh Malaysia Berikutan Perintah Kawalan Pergerakan
di bawah Akta
Pencegahan dan Pengawalan Penyakit 1988 dan Akta Polis 1967”
(“Guidelines A”),
which was issued on 17 Mar 2020.
Guidelines A is available here (see pages 7 to 9) for your
reference.
(b) Operations at Offices and Counter Services at the Courts
These matters are to be handled in accordance with the “Pemakluman
Operasi
Mahkamah Semasa Tempoh Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan
Pasca
Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)” (“Guidelines B”), which was
issued on 3 May
2020.
Guidelines B is available here (see pages 10 to 12) for your
reference.
(c) Online Hearings The directive issued also states that online
hearings for court proceedings will adhere
to the guidelines which were issued on 26 Mar and 24 Apr
2020.
Guidelines C and D are available here (see pages 13 to 16) for
your reference.
https://www.malaysianbar.org.my/document/members/circulars/2020---2024/2020&rid=40463https://www.malaysianbar.org.my/document/members/circulars/2020---2024/2020&rid=40451https://www.malaysianbar.org.my/document/members/circulars/2020---2024/2020&rid=40451https://www.malaysianbar.org.my/document/members/circulars/2020---2024/2020&rid=40463https://www.malaysianbar.org.my/document/members/circulars/2020---2024/2020&rid=40463https://www.malaysianbar.org.my/document/members/circulars/2020---2024/2020&rid=40463https://www.malaysianbar.org.my/document/members/circulars/2020---2024/2020&rid=40463
-
Should you need assistance, please contact the following Court
officers:
(1) Puan Jumirah Marjuki, Deputy Registrar of the Federal Court
(03-8880 3947 / 019-730 2253 / [email protected]);
(2) Puan Norliza Othman, Registrar of the Court of Appeal
(03-8880 4045 / 012-236 7976 / [email protected]);
(3) Puan Hasbi Hasan, Registrar of the High Court (03-8880 3702
/ 012-209 8648 / [email protected]);
(4) Tuan M. Bakri bin Abd Majid, Registrar of the Lower Court
(03-8880 9418 / 019-985 1333 / [email protected]);
(5) Puan Rozilah binti Salleh, Director, Selangor State Court
(03-5517 1306 / 019-718 8799 / [email protected]); and
(6) Tuan Ahmad Kamar bin Jamaludin, Director, Kuala Lumpur State
Court (03-6209 4209 / 019-656 6777 /
[email protected]).
We will continue to monitor the situation closely during CMCO
and provide updates as
needed.
Stay safe.
A G KALIDAS
Secretary
Malaysian Bar
mailto:[email protected]:[email protected]:[email protected]:[email protected]:[email protected]
-
1
PEJABAT KETUA PENDAFTAR MAHKAMAH PERSEKUTUAN MALAYSIA
ISTANA KEHAKIMAN PUTRAJAYA
KENYATAAN MEDIA
PEMAKLUMAN PENGENDALIAN KES-KES DI MAHKAMAH WILAYAH
PERSEKUTUAN
PUTRAJAYA, WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR DAN NEGERI
SELANGOR
SELARAS DENGAN PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN BERSYARAT (PKPB)
DARI
14 OKTOBER HINGGA 27 OKTOBER 2020
Selaras dengan pengumuman oleh Menteri Kanan Pertahanan, YB
Dato’ Sri Ismail
Sabri bin Yaakob pada 12 Oktober 2020 berkenaan Perintah Kawalan
Pergerakan
Bersyarat (PKPB) di Wilayah Persekutuan Putrajaya, Wilayah
Persekutuan Kuala
Lumpur dan Negeri Selangor serta kenyataan media YBhg Tan Sri
Mohd Zuki bin Ali,
Ketua Setiausaha Negara bertarikh 12 Oktober 2020 dan bagi
membantu Kerajaan
mengekang penularan wabak Covid-19 yang semakin meningkat,
adalah
dimaklumkan YAA Ketua Hakim Negara Tun Tengku Maimun binti Tuan
Mat telah
mengarahkan agar Mahkamah Persekutuan Malaysia, Mahkamah
Rayuan
Malaysia, Mahkamah-Mahkamah di Wilayah Persekutuan Kuala
Lumpur,
Mahkamah-Mahkamah di Negeri Selangor dan Mahkamah-Mahkamah
Rendah di
Wilayah Persekutuan Putrajaya berkuat kuasa 14 Oktober 2020
hingga 27
Oktober 2020, arahan-arahan berikut adalah terpakai:
(a) Bagi Prosiding Pendengaran Kes-kes di Mahkamah
Panduan Pengendalian Kes-Kes di Mahkamah Seluruh Malaysia
Berikutan Perintah Kawalan Pergerakan di bawah Akta
Pencegahan dan Pengawalan Penyakit 1988 dan Akta Polis 1967
yang dikeluarkan oleh Pejabat ini bertarikh 17 Mac 2020
-
2
(b) Bagi Operasi Kerja di Pejabat dan Kaunter-kaunter
Perkhidmatan
Mahkamah
Garis Panduan Pengendalian Kes dan Tatacara Pengendalian
Piawai Pencegahan Wabak COVID-19 Semasa Tempoh Perintah
Kawalan Pergerakan Bersyarat Dan Pasca Perintah Kawalan
Pergerakan yang dikeluarkan oleh Pejabat ini bertarikh 3 Mei
2020.
(c) Pendengaran Kes Secara Dalam Talian Semasa Tempoh
Perintah
Kawalan Pergerakan
Pendengaran kes boleh dibuat secara dalam talian seperti
yang
dinyatakan dalam Pemakluman Pendengaran Kes Secara Dalam
Talian Semasa Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Tahun 2020
yang dikeluarkan oleh Pejabat ini pada 26 Mac 2020 dan 24 April
2020.
Butiran mengenai panduan ini boleh didapati dengan melayari
portal
rasmi Badan Kehakiman Malaysia di www.kehakiman.gov.my.
Walau bagaimanapun, pemakaian Panduan-panduan ini perlu diubah
suai dengan
mengambil kira keperluan Mahkamah-Mahkamah di Wilayah
Persekutuan Putrajaya,
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Negeri Selangor dan tarikh
PKPB.
Sekiranya agensi kerajaan, peguam dan orang awam mempunyai
sebarang
pertanyaan mengenai perkara di atas, bolehlah menghubungi
pegawai-pegawai
berikut:
(a) Mahkamah Persekutuan Malaysia Puan Jumirah binti Marjuki
Timbalan Kanan Pendaftar Mahkamah Persekutuan 03-88803947 /
019-7302253 / [email protected]
(b) Mahkamah Rayuan Malaysia Puan Norliza binti Othman Pendaftar
Mahkamah Rayuan 03-88804045 / 012-2367976 /
[email protected]
(c) Mahkamah Tinggi Malaya Puan Hasbi bin Hasan Pendaftar
Mahkamah Tinggi Malaya 03-88803702 / 012-2098648 /
[email protected]
mailto:[email protected]:[email protected]:[email protected]
-
3
(d) Mahkamah Rendah Malaya Tuan M. Bakri bin Abd Majid Pendaftar
Mahkamah Rendah Malaya 03-88809418 / 019-9851333 /
[email protected]
(e) Mahkamah Negeri Selangor Puan Rozilah binti Salleh Pengarah
Mahkamah Negeri Selangor 03-55171306 / 019-7188799 /
[email protected]
(f) Mahkamah Kuala Lumpur Tuan Ahmad Kamar bin Jamaludin
Pengarah Mahkamah Kuala Lumpur 03-62094209 / 019-6566777 /
[email protected]
Pejabat Ketua Pendaftar
Mahkamah Persekutuan Malaysia
Istana Kehakiman
Putrajaya
Tarikh: 13 Oktober 2020
mailto:[email protected]:[email protected]:[email protected]
-
1
PEJABAT KETUA PENDAFTAR MAHKAMAH PERSEKUTUAN MALAYSIA
ISTANA KEHAKIMAN PUTRAJAYA
KENYATAAN MEDIA
PANDUAN PENGENDALIAN KES-KES DI MAHKAMAH SELURUH MALAYSIA
BERIKUTAN PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN DI BAWAH AKTA PENCEGAHAN
DAN PENGAWALAN PENYAKIT 1988 DAN AKTA POLIS 1967
Bagi memastikan akses kepada keadilan (access to justice) dan
selaras dengan
pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan di bawah Akta Pencegahan
dan Pengawalan
Penyakit 1988 dan Akta Polis 1967 yang telah diumumkan oleh YAB
Tan Sri Dato’ Haji
Muhyiddin bin Haji Mohd. Yassin, Perdana Menteri pada 16 Mac
2020 yang melibatkan
penutupan premis kerajaan, berikut adalah panduan pengendalian
kes-kes di mahkamah
seluruh Malaysia bermula 18 Mac 2020 sehingga 31 Mac 2020:
a) Perbicaraan / Pendengaran Kes Sivil dan Jenayah
Semua perbicaraan / pendengaran kes sivil dan jenayah sepanjang
tempoh 18
Mac 2020 hingga 31 Mac 2020 adalah ditangguhkan dan penetapan
tarikh
perbicaraan / pendengaran yang baharu akan dimaklumkan
kemudian.
b) Pemfailan / Pengurusan Kes Sivil
i) Bagi mahkamah yang menggunakan sistem eKehakiman, pemfailan
kes-kes
sivil baharu / notis rayuan dan dokumen-dokumen akan berjalan
seperti biasa
melalui sistem eFiling.
ii) Bagi mahkamah yang tidak mempunyai sistem eKehakiman,
pemfailan kes-
kes sivil baharu dan dokumen-dokumen akan hanya diterima
mulai
-
2
1 April 2020. Bagi kes-kes Mahkamah Sesyen yang memerlukan
kesegeraan,
pemfailan boleh dibuat di mahkamah berdekatan yang mempunyai
sistem
eKehakiman di negeri berkenaan. Sebagai contoh, bagi kausa
tindakan di
Bangi, kes tersebut boleh difailkan melalui sistem eKehakiman di
Mahkamah
Shah Alam.
iii) Bagi permohonan perakuan segera di Mahkamah Persekutuan,
Timbalan
Kanan Pendaftar / Timbalan Pendaftar akan mengendalikan
dokumen
perakuan segera dan mendapatkan arahan selanjutnya daripada YAA
Ketua
Hakim Negara.
iv) Bagi permohonan perakuan segera di Mahkamah Rayuan,
Pendaftar
Mahkamah Rayuan / Timbalan Kanan Pendaftar akan
mengendalikan
dokumen perakuan segera dan mendapatkan arahan selanjutnya
daripada
YAA Presiden Mahkamah Rayuan.
v) Bagi permohonan perakuan segera di Mahkamah Tinggi, Timbalan
Pendaftar
(Pentadbiran / Pengurus) atau Penolong Kanan Pendaftar
(Pentadbiran /
Pengurus) akan mengendalikan dokumen perakuan segera dan
mendapatkan
arahan selanjutnya daripada YA Hakim / Pesuruhjaya Kehakiman
yang
bertugas.
vi) Bagi permohonan perakuan segera di Mahkamah Sesyen, Penolong
Kanan
Pendaftar Mahkamah Rendah akan mengendalikan dokumen
perakuan
segera dan mendapatkan arahan selanjutnya daripada Pengarah
Mahkamah
Negeri.
vii) Pengurusan kes sivil secara eReview akan terus dijalankan
seperti biasa
secara dalam talian (online) manakala pengurusan kes sivil
secara manual
akan ditangguhkan dan akan diberikan tarikh yang baharu.
-
3
c) Pengurusan Kes Bagi Kes-Kes Jenayah di Mahkamah Persekutuan
dan
Mahkamah Rayuan
Pengurusan kes jenayah di Mahkamah Persekutuan dan Mahkamah
Rayuan
adalah ditangguhkan dan penetapan tarikh baharu akan dimaklumkan
kemudian.
d) Pengurusan Kes Bagi Kes-Kes Jenayah di Mahkamah Rendah
i) Permohonan Reman
Permohonan untuk tahanan reman di bawah seksyen 117 Kanun
Tatacara
Jenayah, seksyen 259 Kanun Tatacara Jenayah dan di bawah Akta
Imigresen
1959/1963 akan dijalankan seperti biasa mengikut jadual bertugas
yang telah
ditetapkan.
ii) Pendaftaran Kes-Kes Baharu
Jika terdapat keperluan untuk pendaftaran kes baharu, Pegawai
Penyiasat
hendaklah memaklumkan lebih awal kepada Hakim Mahkamah Sesyen
dan
Majistret yang bertugas bagi tujuan persediaan oleh mahkamah.
Pengarah
Mahkamah Negeri hendaklah menyediakan jadual bertugas pegawai
dan
kakitangan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan berkuat
kuasa.
Sesalinan jadual bertugas tersebut hendaklah dikemukakan kepada
Ketua
Polis Negeri dan Pengerusi Jawatankuasa Peguam Negeri
masing-masing.
iii) Permohonan Jamin
Bagi kesalahan yang boleh dijamin, Pengarah Mahkamah Negeri
hendaklah
memastikan urusan jamin dapat diproses seperti biasa.
Sekian, terima kasih.
Disediakan oleh: Unit Komunikasi Korporat Istana Kehakiman
PUTRAJAYA 17 Mac 2020
-
1
PEJABAT KETUA PENDAFTAR MAHKAMAH PERSEKUTUAN MALAYSIA
ISTANA KEHAKIMAN PUTRAJAYA
KENYATAAN MEDIA
PEMAKLUMAN OPERASI MAHKAMAH SEMASA TEMPOH KAWALAN PERGERAKAN
BERSYARAT (PKPB) DAN PASCA PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP)
Sehubungan dengan Perutusan Khas yang telah diumumkan oleh YAB
Tan Sri Dato’ Haji
Muhyiddin bin Haji Mohd Yassin, Perdana Menteri Malaysia pada 1
Mei 2020 dan surat
YBhg. Datuk Mohd Khairul Adib bin Abd Rahman, Ketua Pengarah
Perkhidmatan Awam
bertarikh 2 Mei 2020 mengenai operasi Pejabat Kerajaan dan
sebagai mematuhi Perintah
Kawalan Pergerakan Bersyarat, YAA Tan Sri Tengku Maimun binti
Tuan Mat, Ketua
Hakim Negara telah mengarahkan bahawa bermula 4 Mei 2020,
perkhidmatan-
perkhidmatan di Mahkamah seluruh negara akan beroperasi seperti
berikut:
(a) Perkhidmatan
(i) Pejabat Pendaftaran;
(ii) Kaunter Setempat;
(iii) Kaunter Pesuruhjaya Sumpah;
(iv) Kaunter Surat Kuasa Wakil;
(v) Kaunter Biro Perkhidmatan e-Filing; dan
(vi) Bahagian Pengurusan dan Kewangan di semua Pusat
Tanggungjawab dan
Pusat Kos.
-
2
(b) Kes yang telah ditetapkan untuk pendengaran di Mahkamah
Terbuka akan
bermula secara berperingkat mulai 13 Mei 2020.
(c) Satu garis panduan pengendalian kes dan tatacara
pengendalian piawai
pencegahan wabak Covid-19 semasa tempoh Perintah Kawalan
Pergerakan Bersyarat
dan pasca Perintah Kawalan Pergerakan akan dikeluarkan.
(d) Mahkamah akan memastikan garis panduan yang dikeluarkan oleh
Majlis
Keselamatan Negara (MKN), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)
dan Jabatan
Perkhidmatan Awam (JPA) sentiasa dipatuhi sebagai langkah
pencegahan penularan
wabak Covid-19 dalam menjalankan operasi Mahkamah.
(e) Semua pihak yang berurusan dengan Mahkamah adalah dimohon
untuk
mematuhi arahan dan garis panduan yang telah dikeluarkan oleh
Mahkamah, MKN dan
KKM.
(f) Sebarang pertanyaan mengenai perkara di atas, pihak-pihak
boleh menghubungi
Pejabat Pendaftaran Mahkamah/ Bahagian melalui e-mel seperti
berikut:
i) Mahkamah Persekutuan e-mel: [email protected] No telefon:
03-8880 3561
ii) Mahkamah Rayuan e-mel: [email protected] No telefon:
03-8880 4045
iii) Mahkamah Tinggi Malaya e-mel: [email protected] No
telefon: 03-8880 3704
iv) Mahkamah Tinggi Sabah dan Sarawak e-mel:
[email protected] No telefon: 088-286100
mailto:[email protected]:[email protected]:[email protected]:[email protected]
-
3
v) Mahkamah Rendah Malaya e-mel: [email protected] No
telefon: 03-8880 9418
vi) Mahkamah Rendah Sabah dan Sarawak e-mel:
[email protected] No telefon: 082-442228
vii) Media dan Perhubungan Awam e-mel:
[email protected] No telefon: 03-8880 4607
Sekian terima kasih.
Unit Komunikasi Korporat
Pejabat Ketua Pendaftar
Mahkamah Persekutuan Malaysia
Tarikh: 3 Mei 2020
mailto:[email protected]:[email protected]:[email protected]
-
1
PEJABAT KETUA PENDAFTAR MAHKAMAH PERSEKUTUAN MALAYSIA
ISTANA KEHAKIMAN PUTRAJAYA
KENYATAAN MEDIA
PEMAKLUMAN PENDENGARAN KES SECARA DALAM TALIAN SEMASA
TEMPOH PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (MOVEMENT CONTROL ORDER)
TAHUN 2020
Selaras dengan tempoh lanjutan pelaksanaan Perintah Kawalan
Pergerakan (Movement
Control Order) sehingga 14 April 2020 yang telah diumumkan oleh
YAB Tan Sri Dato’
Haji Muhyiddin bin Haji Mohd. Yassin, Pejabat Ketua Pendaftar
Mahkamah Persekutuan
memaklumkan bahawa Kenyataan Media bertarikh 17 Mac 2020
hendaklah terpakai
sehingga 14 April 2020.
Bagi memastikan akses kepada keadilan (access to justice) semasa
tempoh lanjutan
Perintah Kawalan Pergerakan tersebut, semua pihak boleh memohon
kepada
Mahkamah yang berkenaan untuk pendengaran kes sivil secara dalam
talian (online
hearing) dengan menggunakan sistem e-Review, pertukaran e-mel
atau sidang video
atas syarat-syarat berikut:
(i) dengan persetujuan pihak-pihak; dan
(ii) kebenaran permohonan ini adalah tertakluk kepada budi
bicara
Mahkamah.
Prosiding yang boleh dipohon untuk didengar secara dalam talian
adalah:
(a) Mahkamah Tinggi Malaya dan Mahkamah Rendah di
Semenanjung
Semua permohonan pendengaran permohonan ex-parte atau
inter-partes
yang difailkan bersama perakuan segera.
-
2
(b) Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rendah di Sabah dan Sarawak
Semua prosiding termasuk sebutan, permohonan, bicara, rayuan,
mediasi,
pengurusan kes, klarifikasi dan keputusan yang mana tarikh telah
ditetapkan
adalah secara e-Review atau sidang video.
Permohonan untuk pendengaran secara sidang video hendaklah
dibuat kepada pihak
Mahkamah melalui e-mel sekurang-kurangnya 3 hari sebelum tarikh
pendengaran atau
sebagaimana yang diarahkan oleh Mahkamah.
Pihak-pihak hendaklah berpakaian sopan dan yang bersesuaian
semasa prosiding
secara sidang video.
Sekian, terima kasih.
Disediakan oleh: Unit Komunikasi Korporat Pejabat Ketua
Pendaftar Mahkamah Persekutuan Istana Kehakiman PUTRAJAYA 26 Mac
2020
-
1
PEJABAT KETUA PENDAFTAR MAHKAMAH PERSEKUTUAN MALAYSIA
ISTANA KEHAKIMAN PUTRAJAYA
KENYATAAN MEDIA
PEMAKLUMAN PENDENGARAN KES SECARA DALAM TALIAN SEMASA
TEMPOH PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP) TAHUN 2020
Selaras dengan pelanjutan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan
(PKP) dari 29 April
2020 sehingga 12 Mei 2020 yang telah diumumkan oleh YAB Tan Sri
Dato’ Haji
Muhyiddin bin Haji Mohd. Yassin, Pejabat Ketua Pendaftar
Mahkamah Persekutuan
Malaysia memaklumkan bahawa kenyataan media bertarikh 17 Mac
2020 dan 26 Mac
2020 adalah terpakai sehingga 12 Mei 2020.
Bagi memastikan akses kepada keadilan adalah berterusan semasa
tempoh lanjutan
Perintah Kawalan Pergerakan ini, adalah dimaklumkan bahawa bagi
kes-kes di
Mahkamah Persekutuan dan Mahkamah Rayuan, pihak-pihak boleh
memohon agar
kes didengar secara dalam talian.
Manakala bagi Mahkamah Tinggi Malaya, terdapat tambahan senarai
prosiding yang
boleh didengar secara dalam talian bermula 4 Mei 2020 iaitu:
a) Atas Permohonan Pihak-Pihak:
(i) Bicara rayuan interlokutori (Kod 11A dan 12A);
(ii) Permohonan interlokutori yang tidak dicabar;
(iii) Permohonan interlokutori yang dicabar tetapi ringkas dan
pendek; dan
(iv) Rayuan kepada Hakim dalam kamar terhadap keputusan
Timbalan
Pendaftar / Penolong Kanan Pendaftar.
-
2
b) Bagi penyampaian keputusan selepas perbicaraan, Mahkamah
Tinggi Malaya
akan memaklumkan kepada pihak-pihak tarikh keputusan yang akan
disampaikan
secara dalam talian; dan
c) Atas inisiatif Mahkamah atau atas permohonan mana-mana pihak,
semua mediasi
boleh dikendalikan secara dalam talian.
Sekian, terima kasih.
Unit Komunikasi Korporat
Pejabat Ketua Pendaftar
Mahkamah Persekutuan Malaysia
Tarikh: 24 April 2020
344-2020doc 1doc 2guidelines Aguidelines Bguidelines Cguidelines
D