CHAPTER 6 : PLASTIC (Plastik) JF302 – Material Tech 1 CHAPTER 6 : PLASTIC (Plastik) Topik ini akan membincangkan berkenaan bahan plastik dari segi sifat, jenis, kegunaan dan proses penghasilan, yang dikatakan mampu menghalang kadar kakisan daripada berlaku. Tahukah anda bahan ini dikatakan telah digunakan semenjak perang dunia ke-2, terutama untuk membuat peralatan keperluan ketenteraan. Namun penggunaanya tidak begitu meluas dan hanya digunakan untuk ditambah kedalam bahan-bahan unsur komposit bagi mendapat sifat yang diperlukan. Apa itu bahan Plastik ? Plastik adalah polimer tetapi polimer tidak semestinya plastik. Polimer terdiri daripada kayu, getah, kaca dan seramik selain dari plastik. Bahan plastik ialah bahan polimer yang bersifat tegar atau separa tegar (semi-rigid). Semua bahan-bahan plastik akan menjadi lembut apabila dipanaskan. Proses pembentukan bahan-bahan plastik dilakukan pada ketika ia berada dalam keadaan lembut. Gambarajah 6.1 di bawah menunjukkan pengkelasan bahan-bahan plastik. Bahan plastik Thermoplastic Thermosetting Polisterina Epoksida Polietilena Polyester Polyamida Urea / Amino Akriliks Melamin Plastik Vinil Fenolik Plastik Selulos Gambarajah 6.1: Pengkelasan Plastik 6.1 Polimer Polimer membentuk suatu kumpulan bahan-bahan asli dan tiruan (sintetik) yang memainkan peranan yang semakin meningkat didalam teknologi moden. Kebanyakan polimer adalah bahan organik yang mempunyai ciri-ciri seperti berikut :- i. Mengandungi gabungan karbon dan oksigen, hidrogen dan lain-lain bahan organik dan bukan organik. ii. Secara amnya, pada suhu biasa ia adalah bahan bukan berhablur. iii. Mempunyai struktur rangkaian yang panjang. Semua polimer dicirikan oleh struktur yang berbeza dari logam. Walaubagaimana pun, struktur ini biasanya akan menentukan sifat-sifat fizik, therma, elektrik dan mekanikal bahan polimer
15
Embed
CHAPTER 6 : PLASTIC (Plastik) - …materialfauziah.weebly.com/uploads/5/2/5/4/52547625/topic_6... · CHAPTER 6 : PLASTIC (Plastik) JF302 – Material Tech 1 tersebut. Unit asas sesuatu
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
CHAPTER 6 : PLASTIC (Plastik) JF302 – Material Tech 1
CHAPTER 6 : PLASTIC (Plastik)
Topik ini akan membincangkan berkenaan bahan plastik dari segi sifat, jenis, kegunaan dan
proses penghasilan, yang dikatakan mampu menghalang kadar kakisan daripada berlaku.
Tahukah anda bahan ini dikatakan telah digunakan semenjak perang dunia ke-2, terutama untuk
membuat peralatan keperluan ketenteraan. Namun penggunaanya tidak begitu meluas dan hanya
digunakan untuk ditambah kedalam bahan-bahan unsur komposit bagi mendapat sifat yang
diperlukan.
Apa itu bahan Plastik ? Plastik adalah polimer tetapi polimer tidak semestinya plastik. Polimer
terdiri daripada kayu, getah, kaca dan seramik selain dari plastik. Bahan plastik ialah bahan
polimer yang bersifat tegar atau separa tegar (semi-rigid). Semua bahan-bahan plastik akan
menjadi lembut apabila dipanaskan. Proses pembentukan bahan-bahan plastik dilakukan pada
ketika ia berada dalam keadaan lembut. Gambarajah 6.1 di bawah menunjukkan pengkelasan
bahan-bahan plastik.
Bahan plastik
Thermoplastic Thermosetting
Polisterina Epoksida
Polietilena Polyester
Polyamida Urea / Amino
Akriliks Melamin
Plastik Vinil Fenolik
Plastik Selulos
Gambarajah 6.1: Pengkelasan Plastik
6.1 Polimer
Polimer membentuk suatu kumpulan bahan-bahan asli dan tiruan (sintetik) yang memainkan
peranan yang semakin meningkat didalam teknologi moden. Kebanyakan polimer adalah bahan
organik yang mempunyai ciri-ciri seperti berikut :-
i. Mengandungi gabungan karbon dan oksigen, hidrogen dan lain-lain bahan
organik dan bukan organik.
ii. Secara amnya, pada suhu biasa ia adalah bahan bukan berhablur.
iii. Mempunyai struktur rangkaian yang panjang.
Semua polimer dicirikan oleh struktur yang berbeza dari logam. Walaubagaimana pun, struktur
ini biasanya akan menentukan sifat-sifat fizik, therma, elektrik dan mekanikal bahan polimer
CHAPTER 6 : PLASTIC (Plastik) JF302 – Material Tech 1
tersebut. Unit asas sesuatu polimer ialah rantaian atom dimana satu struktur asas sesuatu
dipanggil monomer. Ikatan antara atom-atom pada asasnya adalah ikatan kovalen yang kuat.
Sementara ikatan diantara rantai-rantai bersifat lebih lemah, iaitu ikatan jenis Van Der Walls.
6.2 Istilah-istilah :
i. Amorfus : Tidak berhablur
ii. Monomer : Unit tunggal. Molekul-molekul mudah atau kecil yang diikat secara
kovalen kedalam rantai yang panjang. Dikenali juga sebagai “mer”
iii. Polimer : Molekul rantai panjang yang terhasil daripada ulangan unit-unit monomer
dan tindakbalas itu dipanggil pempolimeran.
Contoh: X X-X-X-X-X-X-
Monomer Polimer
6.3 Struktur Polimer
Polimer mempunyai ikatan struktur yang panjang (beribu-ribu Angstrom). Rantai molekul diikat
bersama oleh daya yang lemah dan mempunyai sifat boleh ubah (flexible) sebab setiap ikatan
karbon boleh berputar di dalam tetulang rantai. Satu ikatan karbon selalunya berada pada sudut
109○ C kepada ikatan lain. Ini menerbitkan konfigurasi molekul yang kompleks. Polimer boleh
wujud dalam 2 struktur iaitu Amorphous (tidak berhablur) dan Separa berhablur.
6.3.1 Struktur Armorphous (tak berhablur)
Pada suhu yang tinggi, polimer akan menjadi cair likat (viscous) di mana rantai-rantai dapat
bergerak dan mengelonsor satu sama lain dalam keadaan kekusutan. Susunan rantai polimer
adalah rawak dan tidak mengikut corak geometri tertentu. Apabila suhu dikurangkan, sifat
boleh ubah molekul akan tersekat dan keadaan akan menyamai kaca seperti yang ditunjukkan