Top Banner
10

Cempaka putih untukmu

Jul 28, 2015

Download

Education

Welcome message from author
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
Page 1: Cempaka putih untukmu
Page 2: Cempaka putih untukmu

                                                                   Sinopsis Keseluruhan 

            Novel ini mengisahkan keakraban dan keikhlasan dalam persahabatan antara dua kaum iaitu Hartini (orang Melayu) dan Satiah (orang Asli). Hartini telah mengikut ayahnya Encik Hasrul berpindah ke sebuah perkampungan orang asli iaitu Kampung Kuala Batu di Jerantut, Pahang. Hartini bersekolah di Sekolah Menengah Kuala Batu dan telah berkenalan dengan beberapa orang rakan baharunya seperti Satiah,  Mijod, Ineng, Sinda, Ambok dan Meramu. Satiah merupakan rakan  karibnya.  Satiah seorang murid yang pendiam kerana latar belakang dan masalah peribadinya. Justeru keluarga Hartini mengambil keputusan untuk mengambil Satiah sebagai anak angkat mereka. Lalu, Satiah tinggal bersama keluarga Encik Hasrul dan Puan Sarah. Hubungan dan persahabatan antara dua keluarga semakin erat. Namun pada suatu hari Satiah didapati pengsan. Satiah telah dibawa ke hospital dan doktor mengesahkan Satiah menghidap penyakit barah paru-paru yang kronik. Encik Hasrul mencadangkan supaya Satiah dirawat di hospital, tetapi  hal ini mendapat bantahan daripada ayah Satiah, Pak Morit yang masih kuat berpegang kepada rawatan tradisional. Penyakit Satiah masih tidak menampakkan apa-apa perubahan sehinggalah tiba hari keputusan peperiksaan PMR diumumkan.  Satiah merupakan calon tunggal yang berjaya memperoleh keputusan 8A  tetapi pada masa yang sama dia terpaksa bertarung dengan kesakitan. Akhirnya Pak Morit akur dan bersetuju agar  Satiah dirawat di hospital. Keadaan Satiah beransur pulih tetapi mereka terpaksa berpisah kerana mereka berdua akan melanjutkan pelajaran di sekolah berasrama yang berasingan. Pelbagai dugaan telah Hartini lalui di sekolah baharu, antaranya dia telah dimasukkan ke dalam lokap kerana difitnah oleh Junainah yang  mengedarkan pil ecstasy.  Semua dugaan berjaya diatasi dengan bantuan Encik Hasrul. Hartini dan Satiah berpeluang bertemu kembali sewaktu cuti persekolahan. Namun pertemuan mereka merupakan pertemuan terakhir apabila Satiah telah kembali kerahmatullah. Hartini telah membaca catatan Satiah dan sebelum kembali ke asrama dia telah menanam sepohon cempaka putih di pusara Satiah sebagai tanda kasihnya dan memenuhi permintaan Satiah.

Page 3: Cempaka putih untukmu

Nota Novel Cempaka Putih Untuk Mu - Watak Utama dan Watak Sampingan

Watak Utama

Hartini

i.        Anak ketiga kepada Encik Hasrul dan Puan Sarah.

ii.        Merupakan pelajar Tingkatan Tiga Teratai di Sekolah Menengah Kuala Batu. Melanjutkan pelajaran tingkatan empat di Sekolah Menengah Gemilang Wawasan, Raub.

iii.        Mempunyai kakak (Along), abang (Angah) dan adik bernama Amin.

iv.        Seorang yang berani. Contoh: Hartini berani memujuk Pak Morit supaya bersetuju agar  Satiah dirawat di hospital.

v.        Seorang yang tabah. Contoh: Hartini menerima kehilangan rakan karibnya dengan tabah. Dia berjanji tidak akan menangis lagi.

vi.         Seorang yang penyayang. Contoh: Hartini sangat menyayangi rakannya Satiah. Buktinya sewaktu Satiah meninggal dunia Hartini pengsan dan tidak sedarkan diri. Agak sukar bagi Hartini menerima hakikat bahawa rakan karibnya itu telah meninggal dunia.

vii.        Seorang pelajar yang bijak. Contoh:  Hartini merupakan seorang pelajar yang bijak. Dia telah mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan PMR iaitu 7A 1B.

Page 4: Cempaka putih untukmu

Watak Sampingan

Satiahi.        Anak  sulung kepada Pak Morit dan Mak Sukin

ii.        Mempunyai adik iaitu Akob dan Amat.

iii.        Rakan karib Hartini

iv.        Menghidap penyakit barah paru-paru.

v.        Seorang  yang pendiam. Contoh: Tidak banyak bercakap di dalam kelas dan jarang ke rumah kawan-kawan .

vi.        Seorang yang tabah. Contoh: Satiah tabah menanggung kesakitan akibat penyakit barah paru-paru.

vii.        Seorang yang bijak. Contoh: Satiah merupakan pelajar cemerlang dalam peperiksaan PMR. Beliau memperoleh keputusan 8A. Dia juga mahir dalam penulisan. Menyambung pelajaran tingkatan empat di Sekolah Menengah Tanjung Bestari, Kuantan.

Encik Hasrul

i.        Suami kepada Sarah .

ii.        Mempunyai empat orang anak iaitu Along, Angah, Hartini dan Amin.

iii.        Merupakan seorang kakitangan kerajaan di Jabatan Pertanian.

iv.        Seorang yang bertanggungjawab. Contoh: Sebelum berpindah ke tempat baharu beliau memastikan segala  urusan persekolahan anak-anak dan keperluan tempat tinggal diselesaikan terlebih dahulu.

v.        Seorang yang baik hati. Contoh: Encik Hasrul telah menghantar Satiah ke hospital untuk mendapatkan rawatan.

vi.        Seorang yang menepati janji. Contoh: Encik Hasrul mengotakan janjinya untuk mengadakan kenduri kesyukuran apabila Hartini dan rakan-rakannya mencapai keputusan cemerlang dalam PMR.

Page 5: Cempaka putih untukmu

Analisis Novel Cempaka Putih Untuk Mu - LATAR

PENGERTIAN KONSEP LATAR DALAM KOMSAS 

LATARLatar adalah ruang sama ada ruang masa, tempat atau persekitaran iaitu masyarakat yang mendasari sesuatu peristiwa dalam karya prosa. Ini bertujuan menjadikan sesuatu persitiwa lebih konkrit, realistik dan tidak berlaku pada ruang kosong.

(a) Latar Masa merupakan ruang zaman, musim, hari atau waktu sesuatu peristiwa berlaku. Latar masa dapat dikesan melalui penceritaan penulis, dialog watak atau gambaran suasana ketika itu.

Page 6: Cempaka putih untukmu

(b) Latar Masyarakat merupakan ruang persekitaran yang terdiri daripada watak-watak dalam sesuatu peristiwa. Ia merujuk kepada ciri-ciri sesebuah masyarakat yang terdapat dalam sesebuah cerita. Watak dalam cerita merupakan wakil untuk menggambarkan masyarakat sebenar. Ia juga dapat dikesan melalui penceritaan penulis, tindakan serta pemikiran watak-watak dalam cerita berkenaan.

(c) Latar Tempat merupakan ruang tampat yang melatari sesuatu peristiwa dalam cerita. Latar tempat boleh terdiri daripada perlukisan tempat semulajadi dari segi geografi dan semulajadi seperti bukit, hutan, sungai, laut dan sebagainya atau tempat yang menggambarkan ciri-ciri budaya seperti rumah, masjid, padang, istana dan sebagainya.

Page 7: Cempaka putih untukmu

LATAR DALAM NOVEL CEMPAKA PUTIH UNTUK MU

Latar Masa

i.        PagiContoh: Pada pukul 9.00 pagi, Encik Hasrul sekeluarga bertolak dari Kuala Lumpur menuju ke Jerantut

ii.       PetangContoh: Pada suatu petang setelah keluarga Encik Hasrul tiba di rumah baharu, masyarakat setempat menyambut kedatangan mereka.

iii.      MalamContoh: Encik Hasrul mempelawa Pak Morit dan Mak Sukin bermalam di rumahnya kerana keadaan Satiah yang masih lemah. Encik Hasrul bimbang penyakit Satiah berulang kembali.

Page 8: Cempaka putih untukmu

Latar Tempat

i.        Di Kuala LumpurContoh: tempat tinggal asal keluarga Encik Hasrul.

ii.       Di kampung Kuala Batu.Contoh: sebuah perkampungan orang asli yang dihuni oleh Pak Morit dan Mak Sukin yang juga merupakan tempat tinggal baharu Encik Hasrul dan keluarganya.

iii.      Sekolah Menengah Kebangsaan Kuala BatuContoh: Tempat Hartini, Satiah dan rakan-rakannya bersekolah sehingga tamatPMR.

iv.      Sekolah Menengah Gemilang Wawasan.Contoh: Sekolah Berasrama Hartini setelah beroleh keputusan cemerlang dalamPMR.

Page 9: Cempaka putih untukmu

iii.      PontianContoh: Tempat tinggal nenek Hartini dan di situlah Hartini belajar komputer selepas peperiksaan PMR.  

iv.      Kampung LangsatContoh : Tempat Pak Morit menghantar anaknya Satiah berjumpa dukun. 

Latar Masyarakat

i.      Masyarakat bandar          Contoh: Keluarga Encik Hasrul yang telah lama tinggal di bandar agak keberatan  untuk berpindah ke kawasan pedalaman.

ii.      Masyarakat orang Asli          Contoh: Masyarakat orang Asli suka bersedekah dengan memberikan hasil pertanian seperti keledek, dan pisang kepada keluarga Encik Hasrul

Page 10: Cempaka putih untukmu

iii.     Masyarakat yang percaya kepada amalan tradisional          Contoh: Dukun dari Kampung Langsat dan Pak Morit mempercayai Satiah jatuh sakit kerana telah terlangkah ‘benda kotor’. 

iv.     Masyarakat pelajar          Contoh: Hartini, Satiah, Sinda, Ineng, Ambok, Meranu, Ali Sintok dan rakan-rakan yang lain menduduki peperiksaan PMR di Sekolah Menengah Kuala Batu.

v.       Masyarakat peniaga          Contoh: Pak Dollah seorang peniaga yang menjual ikan.

 vi.     Masyarakat pendidik          Contoh: Cikgu Hanafi sentiasa memberi pujian ke atas Satiah yang pandai mengarang.