CELIK MINDA MAHASISWA BERSAMA PROF DR MUHAYA 19 APRIL 2014 KERTAS KERJA “PROGRAM CELIK MINDA MAHASISWA BERSAMA PROF.DR MUHAYA” TARIKH 27 APRIL 2014 BERSAMAAN HARI SABTU TEMPAT DEWAN CANSELOR TUNKU ABDUL RAZAK, UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA ANJURAN MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR Dan MAJLIS EKSEKUTIF PELAJAR EKSEKUTIF PEMBANGUNAN AKADEMIK DAN INOVASI KERJASAMA KEMENTERIAN KEWANGAN MALAYSIA Dan YAYASAN PENDIDIKAN CHERAS TEMA “MAHASISWA MINDA KELAS PERTAMA TUNJANG TRANSFORMASI” MINDA CERMELANG TUNJANG TRANSFORMASI
22
Embed
CELIK MINDA MAHASISWA BERSAMA PROF DR … · Web viewPROGRAM CELIK MINDA MAHASISWA BERSAMA PROF.DR MUHAYA” TARIKH 27 APRIL 2014 BERSAMAAN HARI SABTU TEMPAT DEWAN CANSELOR TUNKU
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
CELIK MINDA MAHASISWA BERSAMA PROF DR MUHAYA19 APRIL 2014
KERTAS KERJA
“PROGRAM CELIK MINDA MAHASISWA BERSAMA PROF.DR MUHAYA”
TARIKH
27 APRIL 2014
BERSAMAAN HARI SABTU
TEMPAT
DEWAN CANSELOR TUNKU ABDUL RAZAK, UNIVERSITI KEBANGSAAN
MALAYSIA
ANJURAN
MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR
Dan
MAJLIS EKSEKUTIF PELAJAR EKSEKUTIF PEMBANGUNAN AKADEMIK DAN INOVASI
KERJASAMA
KEMENTERIAN KEWANGAN MALAYSIA
Dan
YAYASAN PENDIDIKAN CHERAS
TEMA
“MAHASISWA MINDA KELAS PERTAMA TUNJANG TRANSFORMASI”
KERTAS KERJA
CELIK MINDA MAHASISWA BERSAMA PROF. DR. MUHAYA
MINDA CERMELANG TUNJANG TRANSFORMASI
CELIK MINDA MAHASISWA BERSAMA PROF DR MUHAYA19 APRIL 2014
SEKRETARIAT PEMBANGUNAN AKDEMIK DAN INOVASI
MAJLIS EKSEKUTIF PELAJAR SESI 2013/2014
KOLEJ BURHANUDDIN HELMI
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
1.0 TUJUAN
Kertas kerja ini disediakan bagi mendapatkan kelulusan dan pertimbangan serta
bantuan dana daripada pihak Kementerian Kewangan Malaysia dan Yayasan
Pendidikkan Cheras serta Jabatan Perkhidmatan Pelajar untuk mengadakan program
Celik Minda Mahasiswa Bersama Prof. Dr. Muhaya.
2.0 PENGENALAN
Program ini merupakan anjuran daripada sekretariat di bawah Majlis Perwakilan
Pelajar serta gabungan Majlis Eksekutif Pelajar Eksekutif Pembangunan Akademik
dan Inovasi Kolej Burhaniddin Helmi dan juga kerjasama erat antara pihak
Kemeneterian Kewangan Malaysia dan juga Yayasan Pendidikan Cheras.
Penganjuran program ini dengan bertemakan “Minda Kelas Pertama Tunjang
Transformasi” merupakan anjuran pertama kali daripada Sekretariat Kolej
Burhanuddin Helmi sekaligus menyahut seruan daripada yang berhormat Perdana
Menteri Malaysia dalam menjadikan mahasiswa dan mahasiswi penggerak utama
dalam pembangunan negara meliputi pelbagai bidang serta melahirkan generasi muda
dengan minda kelas pertama. Malah program ini merupakan satu peluang terbaik bagi
menndekatkan mahasiswa itu sendirri kepada masyarakat di luar sana.
Program ini merupakan tunjang dalam memperkasakan serta memperkukuhkan
lagi peribadi mahasiswa dan mahasiswi dalam menerajui serta memimpin diri sendiri
dengan melengkapkan personaliti bukan hanya berpegang pada status akademik yang
cemerlang semata-mata tetapi dari sudut kerohanian juga di titikberatkan. Malah ini
merupakan landasan yang terbaik bagi memperbaiki lagi “kelompangan” dalam diri
mahasiswa dan mahasiswi melalui program sebegini.
3.0 MISI
MINDA CERMELANG TUNJANG TRANSFORMASI
CELIK MINDA MAHASISWA BERSAMA PROF DR MUHAYA19 APRIL 2014
Dengan kepakaran ilmu yang dikongsi melalui program ini merupakan satu batu
loncatan kepada mahasiswa dan mahasiswi dalam membuat penambahbaikkan,
pembaharuan serta penyesuaian yang terbaik dalam sistem kehidupan sebagai seorang
pelajar serta mampu menunjukkan kebolehpasaran individu tersebut dalam pelbagai
bidang. Malah misi program ini adalah untuk menaikkan imej Universiti Kebangsaan
Malaysia dalam melahirkan pelajar yang fleksibel.
4.0 MATLAMAT
Matlamat program ini adalah untuk membentuk mahasiswi dan mahasiswa khususnya
daripada pelajar Kolej Burhanuddin Helmi selaku penganjur serta warga Universiti
Kebangsaan Malaysia dalam melahirkan Modal Insan Minda kelas pertama dan
memperkembangkan serta memperkasakan daya pemikiran untuk lebih berpandangan
jauh dalam mencurahkan idea dan membahaskan sesuatu pekara. Lebih jelas tentang
program ini, matlamatnya juga diselitkan dengan pembaharuan dalam sistem
pembelajaran individu itu sendiri di mana untuk melihat sejauh mana keberkesanan
pelajar dalam merangka strategi pembahagian masa serta keutamaan dalam sesuatu
pekara malah ia merupakan pemangkin untuk menggerakkan pelajar lebih peka serta
sensitif akan isu-isu nasional dan juga internasional yang boleh di jadikan alat
transformasi dalam kehidupan. Disamping itu juga program ini sebagai alat untuk
menguji keprihatinan mahasiswa itu sendiri terhadap kebajikan dan keadaan
masyarakat di luar sana.
5.0 OBJEKTIF
5.1 Mempelajari kaedah-kaedah dalam mengawal emosi serta mengaplikasi dalam
sistem kehidupan sebagai seorang pelajar.
5.2 Menjana idea-idea dalam merangka strategi pembahagian masa yang efektif dari
segi akademik serta kepimpinan daripada pelbagai bidang.
5.3 Memantapkan status akademik dengan memperbaiki kelemahan dalam sistem
pembelajaran.
MINDA CERMELANG TUNJANG TRANSFORMASI
CELIK MINDA MAHASISWA BERSAMA PROF DR MUHAYA19 APRIL 2014
6.0 TEMA
“Minda Kelas Pertama Tunjang Transformasi”
7.0 ANJURAN
Majlis Perwakilan Pelajar dan Sekretariat Pembangunan Akademik dan Inovasi Majlis
Eksekutif Pelajar Sesi 2013/2014 Kolej Burhanuddin Helmi, Universiti Kebangsaan
Malaysia.
8.0 TARIKH DAN MASA
Program ini di cadangkan untuk diadakan pada
Tarikh: 19 April 2014 (Sabtu)
Masa: 9.00 pagi hingga 12.00 malam
9.0 TEMPAT
Tempat DECTAR, Universiti Kebangsaan Malaysia.
10.0 PUBLISITI
Program ini akan dihebahkan melalui poster, bunting, digital board UKM, laman
sesawang seperti facebook dan pengedaran flyers.
11.0 CADANGAN PERASMI
Perasmi Pembukaan :
Wakil daripada Kementerian Kewangan Malaysia ataupun Yayasan Pendidikan
Cheras.
12.0 PENGLIBATAN AHLI-AHLI FORUM
MINDA CERMELANG TUNJANG TRANSFORMASI
CELIK MINDA MAHASISWA BERSAMA PROF DR MUHAYA19 APRIL 2014
Bilangan peserta : 500 orang
Bilangan urusetia : 50 orang
Bilangan VIP : 20 orang
Jumlah : 570 orang
13.0 STRUKTUR ORGANISASI
Rujuk Lampiran A
14.0 TENTATIF PROGRAM
Rujuk Lampiran B
15.0 PERINCIAN PROGRAM
15.1 CMM Bersiri
CMM bersiri merupakan program yang terdiri daripada 3 forum yang berbeza.
Tujuan program bersiri ini di adakan adalah untuk mendedahkan kepada
masyarakat khususnya kepada mahasiswa mengenai isu-isu kebajikan yang
bersifat global.
15.2 Sesi Ceramah-Motivasi dan dialog
Prof. Dr. Muhaya merupakan panel undangan yang akan memberi ceramah dan
sesi dialog antara beliau bersama-sama dengan penonton. Ceramah yang akan
disampaikan oleh Prof. Dr. Muhaya adalah berkaitan dengan mahasiswa yang
seharusnya memiliki sikap kecelikan dalam setiap diri sesuai dengan status
golongan intelek di negara ini. Sesi dialog juga akan dibuka antara beliau dan
penonton yang terdiri daripada mahasiswa UKM untuk mendapatkan panduan
dan nasihat beliau berkaitan dengan persepsi dan minda mahasiswa agar berjaya
dipupuk ke arah minda kelas pertama.
.
15.3 Sesi Inovasi Mahasiswa
Sesi ini merupakan pameran di Lobi Dewan Tun Abdul Razak (DECTAR) yang
akan berlangsung sepanjang program Celik Minda Mahasiswa. Pameran inovasi
MINDA CERMELANG TUNJANG TRANSFORMASI
CELIK MINDA MAHASISWA BERSAMA PROF DR MUHAYA19 APRIL 2014
ini terdiri daripada sembilan fakulti di UKM Bangi yang akan mempamerkan
pencapaian mahasiswa dalam sudut inovasi serta transformasi. Pameran ini
bertujuan untuk mendedahkan bidang-bidang ilmu kepada mahasiswa UKM
dari pelbagai disiplin ilmu agar hasrat untuk menjadikan mahasiswa celik
mindanya menunjukkan unjuran positif.
15.4 Konsert Denyut Nadi
Konsert ini akan dilakukan pada waktu malam setelah tamatnya ceramah dan
dialog yang disampaikan oleh Prof. Dr. Muhaya. Konsert ini adalah bertujuan
untuk memberi kesedaran kepada masyarakat terutamanya anak muda melalui
pendekatan kontemporeri mengenai kesengsaraan yang dihadapi oleh saudara
seislam. Konsert ini akan dijayakan oleh Aman Palestine, persatuan Artisukma
dan Kelab Kebudayaan Kolej Burhanuddin Helmi. Kutipan derma akan
dilakukan sepanjang konsert berlangsung dan kutipan tersebut akan diserahkan
pada akhir konsert tersebut.
16.0 BELANJAWAN PROGRAM
Rujuk Lampiran C
17.0 PEJABAT URUSAN
Sebarang maklumat lanjut, penerangan, pertanyaan dan urusan serta surat menyurat