Pendahuluan
Kursus PPK 290/2 Internship 1 adalah bertujuan memberi
pendedahan awal dan pengalaman sebenar kepada pelajar tentang
pengendalian program pendidikan khas integrasi di sekolah. Pelajar
kursus ini sebagai guru pembantu hanya dikehendaki membuat
pemerhatian dan membantu guru serta melibatkan diri dalam
aktiviti-aktiviti yang dijalankan di sekolah supaya mereka mendapat
pengalaman yang sesuai. Pada akhir internship, pelajar akan
mempunyai pemahaman yang jelas tentang peranan guru pendidikan khas
di sekolah. Semasa menjalani latihan ini, pelajar tidak akan
melakukan tugas-tugas sebenar guru pendidikan khas. Mereka hanya
dikehendaki melibatkan diri dalam empat tugas iaitu membuat
pemerhatian terhadap tugas-tugas guru pendidikan khas, pengurusan
murid- murid keperluan khas, serta pemerhatian terhadap aktiviti
pengajaran dalam kelas pendidikan khas. Selain itu, tugas guru
pembantu juga meliputi membantu guru pendidikan khas mengurus
murid-murid pendidikan khas, mengendali aktivitipengajaran dalam
kelas pendidikan khas, mengkaji keperluan murid dan menulis laporan
RPI serta menulis jurnal harian dan menyediakan laporan
reflektif.
Penghargaan Syukur Alhamdulillah, saya berjaya melalui
internship atau praktikal selama sebulan di SK Taman Nusa Damai
Pasir Gudang. Terima kasih saya ucapkan kepada seluruh warga SK
Taman Nusa Damai, terutamanya kepada Guru Besar Tuan Haji Samsudin
Bin , En Yuasmadi Bin Guru Penolong Kanan Ko kurikulum sebagai
mentor, Puan Hamida Guru Penolong Kanan Petang kerana memberi
peluang dan kebenaran kepada saya untuk menjalani internship selama
sebulan di sekolah ini. Terima kasih juga saya ucapkan kepada
guru-guru yang sudi membimbing dan membantu saya selama saya berada
di sekolah ini. Saya juga berterima kasih kepada
pensyarah-pensyarah saya yang telah banyak membantu. Hasil daripada
pembelajaran yang saya ikuti di IPG Temenggung Ibrahim, telah saya
aplikasikan sepanjang saya berada di sekolah ini. Selain itu, saya
juga amat berterima kasih kepada murid murid Sk Taman Nusa Damai
Pasir Gudang Johor kerana telah banyak membantu saya sepanjang saya
menjadi guru Matematik di sekolah ini. Kerjasama yang mereka
berikan amat bermakna buat saya. Setelah sebulan berada di sekolah
ini, banyak pengalaman dan ilmu yang saya perolehi. Saya juga dapat
menambah pengetahuan terutamanya pengawalan kelas sewaktu
pengajaran dan pembelajaran. Ianya amat berbeza dengan sekolah
menengah yang saya ajar selama 17 tahun.InternshipInternship adalah
latihan lapangan yang bertujuan untuk mengembang serta mengaplikasi
pengetahuan, kemahiran dan pengalaman sedia ada sebagai seorang
guru. Pelajar dikehendaki merancang, melaksana dan menilai projek
inovasi yang berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran di dalam
bilik darjah. Pada peringkat ini, pelajar perlu menunjukkan daya
kreativiti dan inovasi dalam pengajaran dan pembelajaran di
sekolah. Internship juga memberi peluang kepada pelajar untuk
meningkatkan kompetensi diri, keyakinan, ketahanan dan jati diri
serta membentuk sifat kepemimpinan serta memupuk nilai
profesionalisme keguruan ke arah melahirkan guru yang
berinovasi.Objektif
Melalui Internship, pelajar dapat:I. Merancang dan melaksana
projek inovasi yang berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran di
dalam bilik darjah.II. Menunjukkan komitmen yang tinggi ke arah
kecemerlangan, akauntabiliti dan integriti dalam melaksanakan
tugas.III. Menampilkan ciri-ciri kepemimpinan bersesuaian dengan
tanggungjawab yang diberikan.IV. Mengaplikasi kemahiran komunikasi
secara berkesan dengan komuniti sekolah/tempat bertugas dalam
pelbagai situasi.V. Menunjukkan usaha menangani pelbagai cabaran
untuk memenuhi kehendak program pendidikan semasa.VI. Membuat
refleksi dan menilai amalan pengajaran dan pembelajaran serta
projek inovasi yang telah dilaksanakan untuk penambahbaikan yang
berterusan.VII. Memantapkan usaha dan inisiatif ke arah pemupukan
ciri-ciri inovasi dan kreativiti dalam meningkatkan nilai
profesionalisme keguruan secara berterusan.Refleksi InternshipHari
Pertama (30 Mac / Isnin) Hari pertama melapor diri di Sekolah
Kebangsaan Taman Nusa Damai sebagai guru intership. Dengan surat
perlantikan dan surat pengenalan diri, saya merujuk kepada guru
besar. Perbincangan dijalankan di mana saya menerangkan tujuan
intership dilaksanakan. Selepas perbincangan guru besar telah
memberi saya mentor iaitu GPK Kokurikulum En Yuasmdi. Saya juga
dikehendaki merujuk kepada GPK Petang untuk jadual kelas yang perlu
diajar. Dengan bantuan Puan Hamida saya telah diberikan kelas Tahun
3 USM iaitu berkongsi dengan guru En Nik . Murid 3 USM terdiri dari
11 lelaki dan 27 perempuan. Hari Kedua (2 April / Khamis )
Kelas bermula jam 4.30 petang. Sebelum memulakan pengajaran dan
pembelajaran, saya memasang peralatan LCD projector dan komputer.
Dimulakan pengenalan tentang tujua, guru menggunakan kaedah soal
jawab yang berkaitan tajuk yang diperbincangkan dalam kehidupan
harian mereka. Contohnya, Emak memotong kek kepada empat bahagian
yang sama besar kepada anda dan adik beradik yang laian. Berapakah
pecahan yang anda dapat.? Jangkaan jawapan yang diperolehi ialah
murid akan menjawab suku atau satu perempat. Hasil soal jawab ini
guru mengaitkan kosa kata seperti separuh, suku, tiga suku dalam
tajuk pecahan.
Bagi menguatkan kefahaman murid dalam Fasa 1, saya telah
menjalankan aktiviti yang menyeronokan. Aktiviti mengisi air dalam
botol mineral. Di sini saya hanya menyediakan lapan botol kosong
yang telah ditandakan mengikut senggatan. Setiap kumpulan menerima
satu botol. Bersama botol setiap murid diberkan satu kad yang
mengandungi kosa kata pecahan. Contohnya suku, separuh dan juga
dalam bentuk nombor. Dengan menggunakan kad tersebut, murid diberi
masa 3 minit untuk mengisi air dalam botol tersebut mengikut
sengatan. Sesampainya murid di dalam kelas, murid akan menunjukkan
botol yang telah diisi dengan air sambil membaca kosa kata pada
kad. Murid yang lain akan melihat dan mengiakan bagi jawapan yang
betul.
Fasa yang berikutnya, saya memaparkan persembahan power point
mengenai pecahan. Di sini murid murid dapat melorek dan menamakan
pecahan yang dipaparkan. Dalam aktiviti ini saya dapat melihat
kesungguhan murid murid ingin menjawab. Mereka berlumba lumba untuk
kehadapan melengkapan jawapan. Untuk pengukuhan, saya telah
mengedarkan satu lembaran kerja yang merangkumi kemahiran melorek
dan menamakan pecahan wajar.Hari ketiga ( 9 April / Khamis )
Pengajaran dan pembelajaran dilanjutkan pada hari ketiga iaitu
dalam kemahiran menyatakan pecahan setara. Bermula dengan set
induksi murid yang dipilih membaca sifir bagi nombor yang kurang
dari 10. Saya menguji kepada 4 orng murid. Saya mengaitkan
kepentingan sifir bagi melengkapkan kemahiran bagi mencari pecahan
yang setara dengan pecahan yang lain.
Dalam Fasa 1, menggunakan jalur kertas saya menerangkan konsep
pecahan setara. Kaedah yang digunakan ialah kaedah demontrasi bagi
melipat jalur kertas. Semua murid akan menerima satu jalur kertas.
Dengan arahan yang jelas dari guru, murid mengikut langkah demi
langkah melipat jalur kertas. Setiap langkah dijalankan akan
diselitkan dengan soalan. Guru akan mencatat semua jawapan di papan
putih. Melihat dari jawapan tersebut, guru membuat kesimpulan dan
penerangan tentang konsep pecahan setara.
Fasa 2 berikutnya guru memaparkan Power Point mengenai Pecahan
Setara. Melalui paparan ini, murid murid dapat melihat pelbagai
bentuk gambarajah yang melibatkan pecahan setara. Paparan ini
menguatkan lagi kefahaman murid murid dalam menguasai kemahiran
Pecahan Setara. Melalui paparan ini juga terdapat beberapa soalan
yang dikemukan. Murid murid menjawab sambil perbincangan
dijalankan.
Untuk pengukuhan satu aktiviti yang mlibatkan semua murid.
Berbekalkan bahan bantu jalaur kertas berwarna dan satu lembaran
kertas A4 murid dikehendaki menampal jalur kertas yang berwarna
mengikut bilangan yang mencukupi untuk mendapatkan satu jalur
kertas. Aktiviti amat menyeronokan apabila mereka berlumba lumba
untuk menampal dan menyiapakannya. Kertas berwarna merah, kuning
biru dan oren memberangsangkan minat untuk murid belajar.Penutup,
murid melengkapkan 10 soalan dengan mewarnakan Pecahan Setara dan
memadankan jawapan bagi semua Pecahan Setara.Hari keempat.( 17
April / Khamis )
Pengajaran dan pembelajaran hanya tertumpu kepada latihan
melibatkan Pecahan Setara. Di sini guru menerangkan bagaimana
mendapatkan pecahan yang setara antara satu sama lain dengan hanya
mendarab bagi pengangka dan penyebut dengan nombor yang sama.. Guru
menggunakan buku aktivit yang dibekalkan oleh Kementerian
Pendidikan . Semua murid dapat melengkapkan kesemua latihan
melibatkan Pecahan Setara.
Hari kelima ( 23 April / Khamis )
Pengajaran dan pembelajaran hari ini berpandukan dengan RPH yang
telah dijalankan pada hari ketiga. Cuma yang membezakan terdapat
satu inovasi bahan yang dimasukkan bagi menguatkan kefahaman dalam
mempelajari pecahan setara.
Merujuk kepada RPH pada 9 April dalam Fasa 1, menggunakan jalur
kertas saya menerangkan konsep pecahan setara. Kaedah yang
digunakan ialah kaedah demontrasi bagi melipat jalur kertas. Semua
murid akan menerima satu jalur kertas. Dengan arahan yang jelas
dari guru, murid mengikut langkah demi langkah melipat jalur
kertas. Setiap langkah dijalankan akan diselitkan dengan soalan.
Guru akan mencatat semua jawapan di papan putih. Melihat dari
jawapan tersebut, guru membuat kesimpulan dan penerangan tentang
konsep pecahan setara.
Fasa 2 berikutnya guru memaparkan Power Point mengenai Pecahan
Setara. Melalui paparan ini, murid murid dapat melihat pelbagai
bentuk gambarajah yang melibatkan pecahan setara. Paparan ini
menguatkan lagi kefahaman murid murid dalam menguasai kemahiran
Pecahan Setara. Melalui paparan ini juga terdapat beberapa soalan
yang dikemukan. Murid murid menjawab sambil perbincangan
dijalankan.
Untuk Fasa 3, saya telah menggunakan bahan bantu yang berinovasi
iaitu Jalur Lutsinar. Bahan bantu yang dibina merupakan Jalur
Lutsinar. Jalur Lutsinar ini dibina dari plastik lutsinar yang
dilukis dan dibahagikan kepada beberapa bahagian . Bahagian
bahagian yang dilukis adalah merujuk kepada pecahan asas yang
diperlukan . Contohnya satu perdua, satu pertiga. Dengan lembaran
kerja yang dibekalkan, murid hanya perlu mengambil Jalur Lutsinar
dan meletakkan di atas rajah dalam lembaran kerja. Dari sini murid
dapat mencari Pecahan Setara yang sepadan dengannya. Murid merasa
kagum dan menjawab tanpa mengingat sifir. Keseronokan dalam
aktiviti ini, secara langsung menambah minat murid untuk belajar
matematik.
Untuk pengukuhan satu aktiviti yang mlibatkan semua murid.
Berbekalkan bahan bantu jalaur kertas berwarna dan satu lembaran
kertas A4 murid dikehendaki menampal jalur kertas yang berwarna
mengikut bilangan yang mencukupi untuk mendapatkan satu jalur
kertas. Aktiviti amat menyeronokan apabila mereka berlumba lumba
untuk menampal dan menyiapakannya. Kertas berwarna merah, kuning
biru dan oren memberangsangkan minat untuk murid belajar.Penutup,
murid melengkapkan 10 soalan dengan mewarnakan Pecahan Setara dan
memadankan jawapan bagi semua Pecahan Setara.
CATATAN REFLEKSI PENGAJARAN & PEMBELAJARAN1. Isu / Perkara
yang difokus:I. Bagaimana bahan bantu mengajar dapat menerangkan
sesuatu konsep dalam sesuatu topik.
II. Bagaimana bahan bantu mengajar menarik minat murid untuk
belajar matematik.III. Bagaimana bahan bantu mengajar dapat
mencungkil bakat untuk menghasilkan daya kreativiti dan inovasi
pelajar.IV. Bagaimana bahan bantu mengajar dapat menyelesaikan
masalah-masalah proses PdP yang membosankan.2. Analisis isu /
perkara yang difokus:2.1 KEKUATAN:
Hari pertama ( 2 April / Khamis )
Menggunakan bahan terbuang seperti botol mineral, dapat menarik
minat dan mudah menguasai konsep bagi suku, separuh dan tiga
suku.
Penggunaan persembahan Power Point yang menarik dan
memudahkan murid menguasai konsep.
Hari kedua ( 9 April / Khamis )
Penggunaan bahan bantu Jalur Kertas , murid mengenal konsep
pecahan setara dengan kaedah demontrasi
Penggunaa bahan bantu jalur kertas berwarna mengenal konsep
dengan kaedah tampalan.
Persembahan Power Point dengan paparan gambarajah yang
pelbagai bagi mengenal konsep Pecahan Setara
Hari ketiga ( 17 April / Khamis )
Murid murid dapat menghafal sifir bagi nombor kurang
daripada
10.
Murid menguasai konsep bahagi bagi nombor kurang daripada
10.Hari keempat ( 23 April /Khamis )
Penggunaan bahan bantu Jalur Kertas , murid mengenal konsep
pecahan setara dengan kaedah demontrasi
Penggunaan bahan bantu inovasi iaitu Jalur Lutsinar dengan
meletakan di atas satu pecahan dan mendapatkan pecahan yang
setara dengannya.
Penggunaan jalur kertas berwarna mengenal konsep dengan kaedah
tampalan.
Persembahan Power Point dengan paparan gambarajah yang
pelbagai bagi mengenal konsep Pecahan Setara.2.2 KELEMAHAN:
Tidak semua murid memperolehi bahan bantu secara persendirian yang
menyebabkan ketidak puas hati mereka.
Pembinaan kumpulan perlu diperbanyakkan, memandangkan
muridterlalu aktif dalam aktiviti kumpulan. Kawalan dan penerangan
yang tidak jelas menyebabkan murid terlalu
bising.
3. Cadangan penambahbaikan:Merujuk kepada kekuatan dan kelemahan
yang diperolehi, maka cadangan penambahbaikan ialah memastikan guru
menyediakan bahan bantu yang boleh diberikan kepada semua murid
untuk mengelakkan ketidakpuasan hati mereka. Bahan bantu yang lain
seperti gam, pensel warna, perlu dimaklumkan sehari sebelum
pengajaran dan pembelajaran untuk mengelakkan murid meminjam dari
rakan yang lain.
Untuk projek inovasi yang dirangka, untuk penambahbaikan guru
perlu mempelbagaikan lembaran kerja selain satu perdua. Guru boleh
memberikan lembaran kerja bagi soalan satu pertiga atau pun satu
perempat. Di ingatkan apabila menggunakan lembaran kerja dan soalan
yang berbeza, guru juga perlu membina Jalur Lutsinar yang lain.
Sekiranya ini dapat dilakukan, murid akan dapat membanding beza
antar satu sama lain.Akhirnya, diharapkan bahan bantu inovasi ini
dicadangkan un tuk digunkan dalam pengajaran dan pembelajaran
terutamanya bagi murid murid yang lemah.
Laporan Bergambar
JALUR LUTSINAR
JALUR KERTAS BERWARNA
PENGGUNAAN JALUR LUTSINAR
MURID MENJALANKAN AKTIVITI
MURID MENJALANKAN AKTIVITI