1.0 PENDAHULUAN Membaca dan menulis merupakan kemahiran asas yang wajib dikuasai oleh setiap insan di dunia ini. Walaupun, tidak berpelajaran tinggi, namun begitu, apabila seseorang individu itu dapat membaca dan menulis, mereka ini akan dapat meneruskan kehidupan dengan lebih baik. Oleh itu, kelas pemulihan merupakan satu kelas yang amat penting bagi murid-murid yang tidak menguasai kemahiran membaca dan menulis. Guru pemulihan akan berusaha untuk membantu murid yang tidak tahu membaca dan menulis untuk menguasai kemahiran-kemahiran asas dan bahasa Melayu bermula dari mengenal huruf sehinggalah membaca ayat-ayat mudah. 1.1 Refleksi pengajaran dan pembelajaran Pada minggu kedua Bulan Januari 2012, saya telah menerima tiga orang murid di Sekolah Kebangsaan Losong yang telah dikenal pasti murid pemulihan. Saya telah melakukan ujian diagnostik terhadap mereka untuk mengesan daerah kelemahan mereka dalam pelajaran bahasa Melayu. 1
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
1.0 PENDAHULUAN
Membaca dan menulis merupakan kemahiran asas yang wajib dikuasai oleh setiap insan
di dunia ini. Walaupun, tidak berpelajaran tinggi, namun begitu, apabila seseorang
individu itu dapat membaca dan menulis, mereka ini akan dapat meneruskan kehidupan
dengan lebih baik. Oleh itu, kelas pemulihan merupakan satu kelas yang amat penting
bagi murid-murid yang tidak menguasai kemahiran membaca dan menulis. Guru
pemulihan akan berusaha untuk membantu murid yang tidak tahu membaca dan menulis
untuk menguasai kemahiran-kemahiran asas dan bahasa Melayu bermula dari mengenal
huruf sehinggalah membaca ayat-ayat mudah.
1.1 Refleksi pengajaran dan pembelajaran
Pada minggu kedua Bulan Januari 2012, saya telah menerima tiga orang murid di
Sekolah Kebangsaan Losong yang telah dikenal pasti murid pemulihan. Saya
telah melakukan ujian diagnostik terhadap mereka untuk mengesan daerah
kelemahan mereka dalam pelajaran bahasa Melayu.
Hasil analisa yang dilakukan terhadap kertas ujian diagnostik murid-murid
pemulihan tersebut, saya telah mendapati mereka telah mengenal semua huruf
konsonan dan huruf vokal, mereka juga dapat menulis suku kata KV . Namun
begitu, mereka tidak dapat menulis dan mengeja suku kata KVK. Mereka hanya
mengeja setakat KV sahaja dan tertinggal huruf konsonan dihujung.
Seterusnya, saya telah melakukan sesi pengajaran bermula mengulangkaji
terlebih dahulu dengan kemahiran yang paling asas iaitu mengenal abjad. Saya
telah menggunakan kaedah abjad sewaktu pengajaran. Seterusnya, saya telah ke
1
kemahiran berikutnya iaitu kemahiran suku kata KV. Murid dapat mengeja dan
menulis suku kata KV dengan baik. Jadi, saya meneruskan lagi untuk kemahiran
suku KVK. Pada awalnya, setelah diajar untuk mengeja suku kata KVK, murid
dapat mengeja. Namun begitu, apabila saya meminta mereka untuk menulis
semula suku kata KVK yang telah dieja tanpa sebarang bantuan, mereka tidak
menulisnya. Mereka tetap menulis setakat dua huruf awal sahaja iaitu KV dan
meninggalkan huruf konsonan dihujungnya. Jika mereka menulis pun huruf
konsonan hujung itu tidak berkaitan dengan suku kata yang dieja. Contohnya,
“pat” ditulis “pal”.
Murid-murid menjadi kurang bersemangat dan tidak bermotivasi apabila
tidak dapat menulis suku kata KVK. Mereka mengadu kepada saya, susah untuk
mengeja suku kata KVK serta menulisnya semula. Setiap kali, saya meminta
mereka untuk mengeja dan menulis perkataan yang mengandungi suku KVK
tanpa rujukan, mereka akan menunjukkan muka tidak suka serta muram. Hal ini,
membuatkan saya berasa sedih. Murid-murid ini tidak dapat memasukkan atau
membayangkan huruf yang ketiga dalam suku kata KVK sewaktu mengeja dan
menulis suku kata KVK. Mereka hanya dapat mengeja dan menulis suku kata KV.
Oleh itu,sebagai seorang guru pemulihan, hal ini telah menjadi
tanggungjawab saya untuk diatasi. Sehubungan itu, saya telah mengambil
keputusan untuk menjadikan masalah mereka ini sebagai fokus kajian tindakan
saya. Sekiranya masalah ini tidak diatasi, dikhuatiri akan mengganggu
pembelajaran mereka ke peringkat kemahiran yang seterusnya.
2
Sehubungan itu, saya harus menginovasi satu kaedah bagi membantu
murid-murid saya. Kaedah tersebut ialah kaedah “SOUND N’ GO”. Kaedah ini
menggabungkan kaedah fonetik dan kaedah VAKT untuk membantu penguasaan
murid dalam kemahiran suku kata KVK.
1.2 Refleksi Literatur
Bagi meningkatkan lagi tahap pendidikan pemulihan di negara ini, setiap guru
harus lebih kreatif dan berani melakukan inovasi dalam pengajaran dan
pembelajaran masing – masing selaras yang diperkatakan oleh Hj.Mohd Ali
(1994), seorang guru yang hebat bukanlah diukur berdasarkan kepada kemahiran
mengajarnya semata-mata, tetapi juga kreativiti yang ditonjolkan dalam setiap
sesi pengajaran dan pembelajaran yang disampaikan.
Pengajaran yang berinovasi dan kreatif juga akan memudahkan guru untuk
meningkatkan lagi minat murid terhadap pembelajaran guru. Hal ini selari dengan
pernyataan Yong & Biramiah (1996) iaitu “Seorang guru yang kreatif akan
bertindak sebagai pemberi motivasi dalam pembelajaran bagi para pelajar”.
Motivasi dan dorongan amat diperlukan bagi murid pemulihan untuk mendorong
murid lebih bersemangat untuk belajar. Bertepatan dengan kenyataan Chua &
Koh iaitu murid lambat sentiasa memerlukan berbagai – bagai dorongan dan
galakan untuk meningkatkan keyakinan diri.
Sehubungan itu, guru-guru di sekolah mesti mengkaji dengan lebih
mendalam mengenai amalan-amalan mereka sendiri dan mengkaji kaedah-kaedah
baru bagi memotivasikan para murid,mengaplikasikan gaya-gaya pembelajaran
dan pengajaran, mengajar cara berfikir,dan dalam proses ini mengenali semula
keberahian dan tujuan moral yangmenjadikan pengajaran suatu profesion yang
3
meransangkan dan efektif.Oleh itu, setelah pengkaji mengkaji lebih mendalam,
pengkaji ingin menggabungkan kaedah fonetik dan kaedah VAKT sebagai satu
kaedah baru untuk pengajaran pengkaji di kelas kelak.
Kaedah fonetik menekankan penguasaan hubungkait di antara huruf-huruf
dan bunyi-bunyinya. Kajian telah menunjukkan bahawa otak manusia membaca
dengan membunyikan bunyi huruf-huruf bukan membunyikan nama-nama huruf.
Oleh kerana sebutan perkataan bahasa Melayu memang terbit secara langsung
daripada gabungan bunyi-bunyi huruf, mengajar membaca menggunakan kaedah
fonetik adalah antara yang terbaik.
Perkara ini juga selari seperti yang disebut dalam Buku Panduan
Pemulihan (1991) iaitu mengikut kaedah fonetik ini murid-murid diperkenalkan
dengan bunyi huruf dan bukannya nama huruf. Malahan kaedah fonetik ini juga
sesuai dengan sistem ejaan bahasa Melayu yang fonemik. Tahukah anda ? huruf
ialah lambang dalam sistem bunyi bahasa yang daripadanya sesuatu perkataan
dalam tulisan dibentuk? (Marzukhi Nyak Abdullah, 1977:42).
Selaras dengan teori Chomsky yang telah membezakan antara
“Kebolehan bahas” dengan “pengetahuan bahasa”. Menurutnya kebolehan bahasa
bermaksud kebolehan kanak-kanak menggunakan bahasa. Pengetahuan bahasa
bermaksud pengetahuan kanak-kanak tentang bahasa, iaitu tentang bentuk ayat,
sistem amkna dan sistem bunyi yang didengar dalam abhasa yang digunakannya.
4
Jika selama ini murid hanya memandang dan menyebut sahaja apa yang
dipandang menyebabkan murid kurang memahami apa yang diajar oleh guru .
Namun begitu, apabila sesuatu pengajaran digabungkan dengan deria
pendengaran , penglihatan , pergerakan dan taktil atau singkatannya VAKT,
murid akan lebih mudah untuk memahami dan mengingati setiap apa yang diajar.
Hal ini selaras kenyataan yang dinyatakan dalam Dr. Anuar (2009) dalam blog
tulisannya iaitu kaedah VAKT ini berpegang kepada prinsip “rangsangan” dalam
pembelajaran dan berdiri atas premis bahawa rangsangan ke atas beberapa deria
yang sensitif akan mengukuhkan pembelajaran.
Kaedah SOUND N’ GO ini berselari dengan kaedah Gilingham yang
menumpukan penstrukturan pengajaran yang tinggi dan berorientasikan
pendekatan fonetik yang menggunakan teknik surihan (tracing) untuk mengajar
huruf tunggal dan bunyi yang bersamaan dengannya (Dr. Anuar,2009).
5
2.0 FOKUS KAJIAN
Bahagian ini akan membincangkan masalah atau isu yang dihadapi oleh pengkaji dalam
proses pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan di sekolah. Selain itu, pengkaji juga
perlu menyenaraikan masalah atau isu yang memerlukan tindakan intervensi untuk
meningkatakan keberkesanan dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran.
2.1 Tinjauan Masalah
Setelah melakukan ujian diagnostik dan pengajaran dijalankan terhadap murid-
murid pemulihan ini, saya telah mendapati murid-murid pemulihhan masih tidak
menguasai kemahiran menulis kemahiran suku kata KVK . Antara kesilapan yang
saya perhatikan sepanjang ujian dan pengajaran dalam kelas ialah :
a) Meninggalkan huruf terakhir dalam suku kata KVK
b) Tidak menulis huruf akhir seperti yang dieja atau dibaca
c) Tidak dapat menulis suku kata KVK
Kesalahan-kesalahan ini,, saya telah dapati bermula dari ujian diagnostic lagi.
Kemudian berulang lagi sewaktu dalam sesi pengajaran dan pembelajaran
kemahiran yang melibatkan penggunaan suku kata KVK seperti perkataan KV +