Top Banner
Apakah Pengawetan ? Pengawetan adalah salah satu kegiatan yang sering dilakukan dalam makmal biologi. Pengawetan terutama dilakukan terhadap tumbuhan dan hewan yang susah ditemukan atau hanya diperoleh dari tempat-tempat tertentu, misalnya dari laut atau gunung. Dengan terawetnya bahan-bahan tersebut, maka kita dapat menggunakan spesimen untuk jangka masa yang lama. Beberapa kegiatan sebelum melakukan pengawetan, kita harus melakukan pengumpulan spesimen yang akan diawetkan iaitu tumbuhan atau haiwan. Cara pengawetan kedua bahan ini agak berbeza. Khusus untuk tumbuhan, terutama tumbuhan yang berukuran besar biasanya tidak dilakukan pengawetan basah, tetapi dilakukan pengawetan kering, iaitu dibuat herbarium. Pengawetan terdiri daripada dua cara yang paling mudah itu pengawetan kering dan pengawetan basah. Kedua-dua cara awetan ini sebenarnya membantu memudahkan manusia mengkaji sesuatu benda hidup dalam tempoh yang lama. Pengawetan Kering Pengawetan hanya memerlukan tiga hingga empat langkah untuk diikuti. Satu proses pengawetan hanya memerlukan sehari untuk disiapkan. Bahan yang digunakan untuk membuat pengawetan juga mudah diperolehi dengan harga yang murah. Antara langkah yang harus diikuti untuk membuat pengawetan ialah seperti berikut ;- Langkah 1 Perkara yang harus dilakukan pada mulanya ialah mengumpul serangga untuk diawet. Pengumpulan serangga memerlukan beberapa teknik supaya serangga yang dipilih dan ditangkap
10

Cara Pengawetan

Dec 24, 2015

Download

Documents

cara pengawetan
Welcome message from author
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
Page 1: Cara Pengawetan

Apakah Pengawetan ?

Pengawetan adalah salah satu kegiatan yang sering dilakukan dalam makmal

biologi. Pengawetan terutama dilakukan terhadap tumbuhan dan hewan yang susah

ditemukan atau hanya diperoleh dari tempat-tempat tertentu, misalnya dari laut atau gunung.

Dengan terawetnya bahan-bahan tersebut, maka kita dapat menggunakan spesimen untuk

jangka masa yang lama. Beberapa kegiatan sebelum melakukan pengawetan, kita harus

melakukan pengumpulan spesimen yang akan diawetkan iaitu tumbuhan atau haiwan. Cara

pengawetan kedua bahan ini agak berbeza. Khusus untuk tumbuhan, terutama tumbuhan

yang berukuran besar biasanya tidak dilakukan pengawetan basah, tetapi dilakukan

pengawetan kering, iaitu dibuat herbarium. Pengawetan terdiri daripada dua cara yang

paling mudah itu pengawetan kering dan pengawetan basah. Kedua-dua cara awetan ini

sebenarnya membantu memudahkan manusia mengkaji sesuatu benda hidup dalam

tempoh yang lama.

Pengawetan Kering

Pengawetan hanya memerlukan tiga hingga empat langkah untuk diikuti. Satu

proses pengawetan hanya memerlukan sehari untuk disiapkan. Bahan yang digunakan

untuk membuat pengawetan juga mudah diperolehi dengan harga yang murah. Antara

langkah yang harus diikuti untuk membuat pengawetan ialah seperti berikut ;-

Langkah 1

Perkara yang harus dilakukan pada mulanya ialah mengumpul serangga untuk

diawet. Pengumpulan serangga memerlukan beberapa teknik supaya serangga yang

dipilih dan ditangkap tidak rosak ataupun mengalami sebarang kecederaan.

Serangga harus dipilih mengikut tujuan pengawetan. Ada yang memerlukan

serangga kecil ataupun serangga yang mempunyai sayap. Terdapat beberapa alatan

yang digunakan untuk menangkap serangga. Antaranya ialah jaring serangga, beg

plastik, botol spesimen, forsep dan sebagainya.

Langkah 2

Perkara seterusnya ialah mematikan serangga. Ia boleh dilakukan dengan dua cara

iaitu:

a) mengikat serangga di dalam beg plastik dengan ketat untuk sehari.

Page 2: Cara Pengawetan

b) meletakkan serangga dalam bekas yang mengandungi kloroform.

Ini akan membuat serangga mati di dalam bekas. Langkah keselamatan harus

diambil kira apabila menggunakan bekas yangmengandungi ‘’kloroform’.

Langkah 3

Serangga yang dimatikan haruslah dikering bawah cahaya matahari. Pengeringan ini

akan memastikan spesimen yang dibuat itu akan tahan lama. Proses ini juga akan

melambatkan proses jangkitan kuman. Proses ini juga boleh dijalankan dengan

meletakkan spesimen serangga di dalam ‘oven’.

Langkah 4

Seterusnya proses pengepinan serangga dijalankan. Ia harus dijalankan dengan

betul supaya tidak mencederakan serangga tersebut. Tubuh- tubuh serangga harus

dipin supaya mengelakkannya daripada bergerak. Proses pengepinan bagi setiap

serangga adalah berbeza mengikut jenis serangga. Kebanyakkan serangga akan

dipinkan mengikut saiz No, 5.

Page 3: Cara Pengawetan

Langkah 5

Akhirnya spesimen akan dipinkan ke atas satu polisterin kecil. Satu bingkai telah

dibuat untuk meletakkan spesimen serangga tersebut dengan kemas. Sebagai

langkah akhir spesimen yang diletakkan dalm bingkai akan dibalut dengan pembalut

plastik untuk mengelakkan jangkitan kuman.

Langkah 6

Sebagai pelengkap bagi proses pengawetan kering ini, label yang mengandungi

nama biasa dan nama saintifik serangga, habitat, tempat ditangkap dan juga tarikh

membuat spesimen akan dilekatkan dalam bingkai tersebut. Label tersebut haruslah

berada pada bahagian kanan bawah bingkai tersebut. Label ini penting untuk

sesuatu spesimen apabila ia dijadikan sebagai bahan rujukan nanti.

Page 4: Cara Pengawetan

Pengawetan Basah

Pengawetan basah bermaksud spesimen diawet di dalam larutan pengawet yang

sesuai. Etanol dan formalin merupakan dua jenis bahan yang sering digunakan sebagai

bahan pengawet. Etanol adalah bahan pengawet yang terbaik tetapi harganya jauh lebih

mahal daripada formalin. Etanol sering digunakan untuk mengawetspesimen yang bersaiz

kecil sahaja,manakala formalin pula digunakan untukmengawet spesimen yang bersaiz

besar. Balang spesimen merupakan bekasterbaik untuk menyimpan spesimen. Balang reka

ganti yang sesuai boleh digunakan. Botol-botol kaca tanpa warna, tinggi, bermulut lebar dan

mempunyai penutup seperti botol Nescafe adalah sesuai. Pengawetan basah sesuai

digunakanuntuk menyimpan spesimen haiwan kecil. Pengawetan basah juga sesuai untuk

mengekalkan warna asal spesimen tumbuhan.

Pengawetan Spesimen Ikan

Suatu perkara yang perlu diperhatikan untuk pengawetan ikan ialah mengusahakan

agar ikan tetap baik seperti keadaan sebelum diawetkan. Keadaan sisik-sisik dan sirip

perlulah kelihatan seperti sedia kala serta badan ikan itu sendiri tidak berbengkak atau

berkerut. Warna ikan juga dapat dikekalkan seperti keadaan sedia kala.

Berikut ini adalah kaedah pengawetan ikan:

Langkah 1

Ikan yang akan diawetkan sebaiknya telah mati tapi masih segar, atau jika ikan yang

akan digunakan masih hidup kita dapat bius dengan perendaman dengan air ais.

Page 5: Cara Pengawetan

Langkah 2

Sebelum dimasukan ke dalam formalin, ikan-ikan yang berukuran besar dengan

panjang lebih dari 150 mm, sebaiknya dituris pada bagian perut sebelah kanan

sepanjang kurang lebih 30mm. Ini bertujuan untuk bahan pengawet ( formalin)

terserap ke dalam rongga otot, supaya organ-organ dalam usus tidak membusuk. Di

dalam bahagian tubuh ikan, bahagian rongga perut merupakan bagian yang paling

mudah membusuk. Bagian yang dituris perlulah pada bahagian kanan tubuh ikan,

kerana bahagian kiri digunakan untuk melihat ciri-ciri morfologi ikan. Jika ikan yang

diawetkan cukup tebal, seperti ikan tongkol ( Euthynus sp), maka otot daging

dikanan tulang kiri harus dituris.

Langkah 3

Setelah ikan direndam dalam formalin selama lebih kurang satu minggu, cuci di

dalam air atau direndam dalam air mengalir selama dua hari.

Langkah 4

Ikan ikan yang telah dicuci ( dibersihkan dari formalin),dimasukkan dalam alkohol

70%. Jika ikan akan tetap disimpan dalam formalin, maka formalin harus diganti

dalam masa tertentu.

Langkah 5

Setiap spesimen ikan yang diawetkan harus disimpan dalam bekas yang dilabel.

Langkah 6

Untuk menghilangkan bau formalin pada ikan, ikan tersebut terlebih dahulu direndam

selama beberapa minit dalam NaOHSO3 dan Na2SO3 dalam perbandingan 60 gram

NaHSO3 dan 90 gram Na2SO3 untuk tiap satu liter air .

Page 6: Cara Pengawetan

Pengawetan Kering Bunga Raya

Pengawetan kering saya

gunakan bunga raya putih atau

lebih dikenali sebagai Hibiscus

Rosasinensis

1

Bunga dipotong daripada

batang pokok dengan berhati-

hati supaya daun dan kelopak

bunga tidak rosak.

2

Bunga raya diletakkan di papan

nipisdan dilekatkan dengan

menggunakan salotap.

3

Page 7: Cara Pengawetan

4 Bunga raya ditutup lagi dengan

sekeping papan nipis untuk

tujuan proses pengeringan.

5

Bata diletakkan di atas papan

nipis bertujuan untuk supaya

menekan bunga raya untuk

proses pengeringan.

Page 8: Cara Pengawetan

Pengawetan kering Serangga