Cara Menggunakan Kalkulator Tangkap si Hydro CARA ... · 1c. Anda boleh memilih negeri anda. Pada masa yang sama, bagi pengguna dari luar negara, anda boleh memilih negara anda. 1d.
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
CARA MENGGUNAKAN KALKULATOR TANGKAP SI HYDRO 1. Masukkan Data Asas
1a. Selepas muat turun kalkulator, ia pada mulanya akan memberi salam.
1b. Jika anda dari Malaysia, anda perlu memilih negeri yang anda tinggal. Jika anda tinggal di luar Malaysia, anda perlu memilih negara yang anda tinggal.
1c. Anda boleh memilih negeri anda. Pada masa yang sama, bagi pengguna dari luar negara, anda boleh memilih negara anda.
1d. Bagi pengguna di Malaysia, anda akan diberikan borang seperti ini. Anda boleh isikan sama ada amaun bil anda atau purata isipadu penggunaan air bulanan yang dicetak pada bil anda. Setelah anda memilih di antara menggunakan data preset atau mengira sendiri , anda akan ditunjuk ke pelan rumah.
1e. Bagi mereka dari luar negara, anda perlu isikan purata isipadu penggunaan air bulanan. Borang yang sama juga diberikan kepada para pengguna dari Selangor. Anda perlu mengisi nilai purata isipadu penggunaan air bulanan yang dicetak pada bil anda untuk memulakan proses audit. Ini adalah disebabkan oleh rebet untuk 20 m3 (meter padu) air dan kekeliruan dalam jumlah bil sebenar di kalangan pengguna. Setelah anda memilih di antara menggunakan data preset atau mengira sendiri , anda akan ditunjuk ke pelan rumah.
1f. Ini adalah sampel menggunakan nilai purata penggunaan air bulanan. Setelah anda memilih di antara menggunakan data preset atau mengira sendiri , anda akan ditunjuk ke pelan rumah.
1g. Anda boleh klik pada mana-mana bahagian pelan rumah untuk mulakan proses audit. Sebagai contoh anda memilih ruang tamu. Anak panah kuning menunjukkan petak hijau dan merah. Petak hijau akan menunjukkan kawasan rumah yang telah selesai diaudit. Petak merah akan menunjukkan kawasan rumah yang belum selesai diaudit.
2e. Kemudian, isi bilangan baldi yang digunakan serta kekerapan membersihkan. Sekarang anda boleh klik Hantar.
2f. Setelah anda selesai mengaudit penggunaan air di Ruang Tamu, anda boleh lihat Ruang Tamu kini telah dialihkan ke Petak Hijau. Ini menunjukkan anda telah selesai mengaudit penggunaan air di kawasan ini. Sekarang, anda boleh terus mengaudit penggunaan air di kawasan lain.
2g. Setelah anda selesai mengaudit semua lokasi, semua lokasi akan disenaraikan di Petak Hijau. Anda boleh teruskan untuk melihat Keputusan (seperti yang ditunjukkan oleh anak panah). Anda juga boleh pilih untuk melihat Keputusan selepas mengaudit satu kawasan.
2h. Apabila anda klik butang Keputusan, anda akan ditunjuk untuk mengukur penggunaan air tambahan. Ini terdiri daripada tadahan air hujan, penggunaan semula air sisa dan sumber air yang lain. Sumber-sumber air ini tidak dirawat dan biasanya pengguna tidak hirau kuantiti yang mereka sebenarnya guna.
3c. Dari pelan rumah, anda akan difokus ke kawasan yang dipilih dan anda boleh klik untuk tindakan selanjutnya.
3d. Anda akan diberikan beberapa aktiviti yang anda lakukan di lokasi ini. Anda boleh pilih aktiviti yang anda lakukan di sini.
3e. Anda perlu mendapatkan aliran air yang anda gunakan untuk mengisi baldi. Langkah-langkah 3f, 3g dan 3h akan memberikan cara untuk mengukur aliran air.
3f. Botol minuman ringan yang terpakai boleh digunakan untuk mengukur isipadu 1.5 liter. Untuk mengambil masa, anda boleh menggunakan jam anda. Anda perlu merekodkan masa yang diambil untuk mengisi botol. Hanya data masa diperlukan.
3g. Gunakan corong untuk memudahkan kerja (jika perlu) untuk mengukur masa yang diperlukan untuk mengisi 1.5 liter air.
3h. Untuk tempat-tempat yang sukar dicapai, buka pili dengan kelajuan air yang anda kehendaki dan sambung kepada salur getah. Melalui cara ini, anda boleh mengukur masa yang diambil untuk mengisi 1.5 liter air.
3i. Setelah anda selesai mengaudit penggunaan air di Ruang Tamu, anda boleh lihat Ruang Tamu kini telah dialihkan ke Petak Hijau. Ini menunjukkan anda telah selesai mengaudit penggunaan air di kawasan ini. Sekarang, anda boleh terus mengaudit penggunaan air di kawasan lain.
3j. Setelah anda selesai mengaudit semua lokasi, semua lokasi akan disenaraikan di Petak Hijau. Anda boleh teruskan untuk melihat Keputusan (seperti yang ditunjukkan oleh anak panah). Anda juga boleh pilih untuk melihat Keputusan selepas mengaudit satu kawasan.
3k. Apabila anda klik butang Keputusan, anda akan ditunjuk untuk mengukur penggunaan air tambahan. Ini terdiri daripada tadahan air hujan, penggunaan semula air sisa dan sumber air yang lain. Sumber-sumber air ini tidak dirawat dan biasanya pengguna tidak hirau kuantiti yang mereka sebenarnya guna.
3l. Akhir sekali, anda akan ditunjuk ke laman keputusan.
4a. Laman Keputusan akan merumuskan aktiviti-aktiviti yang anda telah audit. Anda boleh edit atau padam aktiviti di sini. Jumlah penggunaan air juga dipaparkan untuk rujukan anda.
4b. Anda boleh melihat carta yang menunjukkan pecahan penggunaan air di rumah dengan klik butang Papar CARTA.
4c. Ini adalah sampel carta yang akan dipaparkan.
4d. Anda boleh melihat 5 Aktiviti Penggunaan Air yang tertinggi dengan nilai dalam liter dan peratusan daripada keseluruhan penggunaan air. Ini akan dapat menunjukkan kepada anda aktiviti-aktiviti yang banyak menggunakan air.
4e. Anda juga dapat lihat nilai Perbandingan Keputusan untuk menentukan penggunaan air di rumah anda.
4f. Jika anda klik pada butang Cetak Keputusan, keputusan penuh dapat dilihat dan dicetak.
4g. Jika anda klik pada butang Tip Kecekapan Air, tip-tip khusus (tailor-made) akan dipaparkan di mana ia berkaitan rapat dengan aktiviti penggunaan air anda. Tip-tip ini boleh dicetak.
Projek Tangkap si Hydro ini telah dibiayai melalui Dana Inovatif Komuniti (Community Innovative Fund - CIF) oleh Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI).