CARA MENGEMBALIKAN DATA YANG HILANG KERANA VIRUS (WINDOW 7,8 others) PENDAHULUAN Virus ini terjadi dimana-mana terutama di IPT, Sekolah, Pejabat, Kafe Siber dan seangkatannya. Ianya merebak melalui device/pendrive yang telah sedia dijangkiti dan dibuka pada komputer yang masih elok. Kebanyakkan Anti Virus dapat mengesan virus ini dan membuangnnya, namun kesan sampingan dari virus tersebut, fail dan folder anda tidak menjadi seperti asal. Disini saya akan menunjukkan cara-cara untuk memperbaiki kembali fail dan folder yang telah menjadi shortcut akibat daripada virus-virus yang bertebaran. Langkah ini berdasarkan cara yang saya selalu lakukan. Lihat rajah dibawah; Figure 1 contoh pendrive dijangkiti virus Virus ini membuatkan folder/fail anda menjadi Super Hidden, bukan Hidden biasa yang kita temui. Folder/fail yang telah terkena jangkitan virus ini tidak akan dapat ditukar kepada asal.