CARA MELUKIS POLA LUBANG LEHER/BULAN
Cara Melukis Pola Lubang Leher/Bulan
Assalamualaikum, di atas permintaan pengunjung blog, hari ni
saya tunjukkan cara membuat pola bulan/lubang leher. (sama je dua2
gambar)Lukis pola seperti dalam gambar di atas. 2cm adalah untuk
bahagian belakang leher. 2.5 cm adalah untuk bahagian hadapan
leher. 6.5cm itu hanyalah sebagai contoh. Bagaimana saya dapat
6.5cm?? Ukur lilit leher dibahagikan dengan 6, maka dapatlah ukuran
itu. sebagai contoh, ukur lilit leher anda adalah 42cm. maka 42
dibahagikan dengan 6. Oleh itu,42/6= 7cm
Gantikan 6.5cm kepada 7cm. 2cm dan 2.5cm adalah formula untuk
bulan dan tak perlu ditukar. Bila pola dah siap dilukis, gunting
pola mengikut bentuk yang telah dilukis, buang bahagian yang
berlorek. Terpulang kepada anda nak buat pola bentuk macam mana..
bulat boleh, nak bersegi pun boleh. ikut citarasa masing2. Kalau
tak faham boleh tanya saya.
Tutorial membuat lubang leher baju kurung
Kali ni, saya nak ajar tentang cara membuat lubang leher baju
kurung. Ini cara saya buat lubang leher. Perlu diingatkan saya
bukan professional tapi saya ikut pengalaman saya yang tak
seberapa. Sesiapa yang Pro dan nak tambah atau nak tegur, silakan.
Penerangan berserta rajah.Sediakan 'bulan'/pola bahagian
leher.Ambil bahagian badan baju yang telah dipotong dan telah
dijahit tepi kemudian lipatkan dan penitikan supaya tetap. Tetapkan
pola leher tadi pada bahagian tengah baju dan penitikan. Ukur 10cm
ke bawah untuk belahan leher dan tandakan dengan kapur.Potong ikut
bentuk.Akan jadi camni...Seterusnya, ambil lapik leher yang sudah
dibuat lubang dan disterika dan yang telah dijahit tepi, lihat
rajah. Basi lapik leher lebih kurang 1.5 inch/1.25inch.Acukan lapik
leher pada bahagian badan yang telah dibuat lubang leher. Tetapkan
dan penitikan. Jahit jelujur halus. Lukiskan menggunakan pensel
bentuk disekeliling bulatan untuk memudahkan menjahit.Beri
perhatian pada bahagian bawah. Lukiskan bentuk V yang tajam supaya
mudah menjahit mesin.Kemudian jahit mesin mengikut garisan yang
telah dilukis. Jangan lupa tanggalkan jahitan jelujur
tadi.'Snap'kan di sekeliling bahagian basi.Gunting sedikit di
kedua-dua bahagian bucu.Guntingkan belahan sehingga rapat ke
jahitan yang tajam (jangan sampai tegunting jahitan) supaya bila
diterbalikkan lapik, bentuk V tajam akan terserlah.Terbalikkan
lapik dan seterikakan.Jadi camni...Cara saya, saya menggunakan kain
gam lapik leher. Siapa yang ada soalan atau tak faham boleh tanya
saya.. Siapa yang tak tahu buat 'bulan' atau lapik leher, boleh
tanya juga. InshaAllah kalau ada kesempatan, saya akan ajar cara
buat bulan dan lapik leher bagi mereka yang tak tahu. Selamat
mencuba!
Leher Baju Kurung
Assalamualaikum...Ada sorang mak cik tanya kat saya, "macam mana
kamu buat kat bawah leher baju elok je tajamnya? Mak cik buat tak
mau tajam". Saya pun bagitau la caranya. Pastu mak cik tu kata
"Baiknye budak ni.. kalau tanya tukang jahit lain diorang tak nak
bagitau caranya". LOLLL!! Tak sangka pulak beliau cakap sampai
camtu sekali. Bagi saya, saya tak kisah untuk berkongsi dengan
orang tips dan teknik menjahit baju. Kalau saya tahu, saya akan
bagitau.Sebenarnya simple je caranya. Kalau lapik leher, saya lebih
suka guna kain gam. Cuba tengok gambar kat bawah ni..Lepas potong
lubang leher, tetapkan lapik leher dan lubang leher yang telah
dipotong. Sematkan dengan jarum peniti.Sebelum menjelujur, lukiskan
dulu garisan di atas lapik leher seperti dalam gambar degan
jaraknya lebih kurang 0.5 cm dari tepi.Lukis bentuk V kat bawah
supaya waktu jahit mesin nanti mudah untuk ikut garisan tu.
Perhatian, bentuk V tu mestilah SEIMBANG.Pastu, jelujurkan.Lepas
jelujur, jahit mesin mengikut garisan yang dibuat sebelum ni. Ikut
betul-betul bentuk 'V' yang telah dibuat.Bila dah siap jahit mesin,
tanggalkan jahitan jelujur, alihkan lapik leher dan seterikakan
bahagian leher.***** Pastikan kedua-dua bahagian bucu atas tajam
waktu alih lapik leher.
Nota Baju Kurung Pesak Gantung
Assalamualaikum,Kali ni saya akan beri nota baju kurung pesak
gantung kerana ramai yang mencari nota ni. Saya harap anda semua
berjaya membuat baju kurung pesak gantung daripada nota ni. Sila
tinggalkan komen anda =)BAJU KURUNG PESAK GANTUNGUkuran-ukuranParas
pinggang belakangParas PunggungLabuh bajuLebar bahuLabuh tangan
dari tengkukKeliling pangkal lenganKeliling leherKeliling
dadaKeliling punggung
Cara-cara merajah polaBadan0-1 = Ukuran paras pinggang belakang
dicampur 2cm2-1 = Ukuran paras punggung3-0 = Ukuran labuh baju
dicampur 2cm4-3/5-0 = 1/2 ukuran lebar bahuLengan6-0 = Ukuran labuh
lengan ditolak ukuran 5-07-6 = 1/3 ukuran pangkal lengan dicampur
3cm atau mengikut sukaGariskan untuk mendapat 8 dan 9Pesak atas10-9
= 1/4 keliling dada dicampur 4.5 cm atau mengikut suka12-11 =
dinaikkan 3cm dari garis pinggang13-12 = 4cm14-13 = dinaikkan
2cmSambungkan 14-12. Bentukkan 10-14Pesak bawah15-2 = 1/4 keliling
punggung dicampur 4.5cm atau mengikut suka.Sambungkan 14-15 untuk
mendapatkan 16.Leher(seperti membuat leher baju kurung biasa)Cara
menjahit baju kurung pesak gantung1. Ketepikan kertas-kertas pola
setelah memindahkan tanda-tanda pola dari kertas ke fabrik.2. Rujuk
di sini untuk lubang leher.3. Cantumkan bahagian-bahagian baju:-
Cantumkan pesak-pesak atas pada kelim rusuk.- Cantumkan pesak-pesak
bawah pada kelim rusuk mengikut ira lurus.- Cantumkan pesak atas
pada pesak bawah. Kelim ditekan hala ke bawah.- Cantumkan
pesak-pesak pada lengan baju. Kelim ditekan hala ke pesak.-
Cantumkan bahagian-bahagian ini pada badan baju. Kelim ditekan hala
ke pesak.4. Lipat dan jahit kelepet-kelepet. Jahit kemasan
leher.*** Selepas setiap cantuman hendaklah diseterikakan supaya
lebih kemas.Beginilah hasilnya.. anda punya tak lawa? CUBA LAGI!
jangan putus asa.. bukan buat sekali je terus elok.. teruskan
usaha
Menjahit/mencantum lubang lengan.
Assalamualaikum,
Ramai akak-akak yang bertanya kat saya "Solehah, macam mana nak
cantum lubang lengan? kalau akak cantum mesti terlebih, pastu kena
potong."
Siapa yang menjahit baju blouse, jubah, kebaya dan lain-lain
mesti tahu kesusahan untuk memadankan lubang lengan.
Ok, say no more. Sekarang saya akan bagitau cara saya
mencantumkan lubang lengan. Saya tak tahu orang lain pakai kaedah
apa. Lebih kelakar lagi, saya tak tahu pun alatan-alatan ni
wujud,
rujuk sini --->
http://library.thinkquest.org/05aug/01403/tools_p.html
Tapi, walaupun saya tak tahu menahu tentang segala alatan tu
(kecuali seterika) dan cara menggunakannya, Alhamdulillah jadi
jugak baju yang saya jahit menggunakan kaedah "tradisional" :-D
Waktu saya belajar menjahit dulu, saya tak di ajar apa kaedah
yang digunakan untuk mencantumkan lubang lengan. Saya disuruh
peniti dan jelujur cantuman tu. So i guess, ini je la kaedahnya dan
saya berpendapat sama macam akak-akak yang bertanya.
Rasa terseksa lah jugak bila tak dapat cari cara mudah dan cepat
untuk jahit baju. Alhamdulillah, dengan izin Allah saya temui cara
yang mudah dan cepat juga kemas tapi kena rajin untuk bahagian
lubang lengan.
Kalau anda rasa anda takde alat-alat macam dalam website di
atas, jangan risau anda masih boleh mendapat hasil jahitan yang
memuaskan (bergantung pada skill jugak hehehe)
Ok. Caranya macam ni.
Setelah dijahit bahagian lengan dan tepi badan, hanya tinggal
untuk cantumkan lubang lengan. Temukan kedua-dua garisan atas dan
bawah. Penitikan bahagian bahu dan ketiak. *Hati-hati supaya
bahagian sambungan ketiak tak lari. Pastikan lurus.
Sekarang, kita akan buat alat sendiri. Gulungkan tuala.Imej
diambil dari carian google. (Satu tuala cukup :-D)Sekarang ambil
kain yang kasar dan keras atau lebih tepat lagi, jarum tak mudah
tembus dan gulungkan pada tuala macam ni...(Kat bawah tu saya letak
bantal supaya tinggi skit sebab saya buat kerja atas lantai sambil
mengepit bantal tu dengan kaki hehehe)Setelah itu, jelujur sikit
bahagian sambungan ketiak dan check kat sebelah luar sama ada
garisan yang berjahit tu selari atau tidak. Tanggalkan peniti kat
bahagian ketiak, peniti kat bahagian bahu jangan tanggal.Sekarang
letakkan bahagian lubang lengan yang hendak dicantum kat atas
gulungan tuala tadi. Kemudian pinkan di sebelah kanan dan di
sebelah kiri supaya kain tetap. (Rujuk pin di kanan, pin di kiri
tak nampak)Pin di tengah tu adalah pin yang digunakan untuk peniti
bahagian bahu tadi. Lepas dah jelujur boleh buka pin kat bahu
tu.Jelujur sampai habis... Jangan lupa jahit dengan mesin dan
tanggalkan jelujur.Sekarang saya akan terangkan apa logiknya kaedah
yang saya guna ni.1. Penitikan bahagian ketiak dan bahu. --->
Sebabnya, peniti dia bahagian ketiak adalah supaya jahitan kat luar
tu selari, dan peniti di bahagian bahu adalah untuk membahagikan
keseluruhan lubang lengan tu kepada dua. Bila kita dah jelujur
sampai hampir ke tengah dan takde masalah pada bahagian pertama,
maka InshaAllah bahagian sebelah lagi tu pun takde masalah.2. Saya
balutkan kain yang keras pada tuala ----> Kalau hanya
menggunakan tuala, bila kita jelujur tuala tu akan terjahit sekali
dan lecehlah setiap kali kena berhati-hati tengok atas bawah bila
jelujur. Jadi kain yang keras atau lebih tepat lagi kain yang jarum
susah tembus adalah untuk memudahkan kerja menjelujur supaya kain
di bawah tak akan terjahit sekali.InshaAllah, dengan izin Allah
cara ni 100% berkesan. Saya tahu kalau anda tengok kemungkinan tak
faham. Jadi, cuba buat dulu baru tahu apa yang saya maksudkan.
Kalau ada soalan boleh tanya. InshaAllah kalau saya tahu saya
jawab.Sesiapa yang ada cara yang lebih baik daripada ni, boleh
kongsi dengan saya. Sesiapa yang berjaya guna kaedah ni atau
sesiapa yang ada soalan, sila tinggalkan komen.** Sesiapa yang nak
ambil nota dalam blog ni dan letak dalam blog/web, sila minta
kebenaran saya, Solehah. Nota tersebut hendaklah di"link"kan kepada
blog www.homesolehah.blogspot.com