CARA MELAKUKAN SOLAT HAJATDirikanlah Solat Sunat Hajat
sebagaimana solat-solat biasa yang lain dengan mematuhi 13 rukun
yang telah disyariatkan itu. Perbezaannya cuma pada perkara-perkara
berikut:1. Lafaz dan niat:U-shol-lii sun-na-tal haa-ja-ti
rok-a-tai-ni lil-laa-hi ta-aa-laa.Daku Solat Sunat Hajat dua
rakaat, kerana Allah Taala.
2. Bacaan selepasAl-FatihahRakaat pertama:Surah
Al-KafirunatauAyat Al-Kursi (satu kali atau 11 kali)
ALLaahu la ilaaha illa huwal hayyul Qayyum, la ta khudzuhu
sinatun walaa naumun lahu maa fissamaawaati wama fil ardhi, man
dzal ladziiyasy fa u indahu illaa biidznih, ya lamu maa baina
aydiihim wa maa khalfahum, walaayuhiithuuna bisyai-in minilmihi
illaa bimaa syaa-a, wasia kursiyuhus samaawaati wal ardhi, walaa
yauuduhu hifzuhumaa wa huwalaliyuul azhiim.Allah, tidak ada Tuhan
melainkan Dia yang Hidup Kekal lagi terus menerus mengurus
(makhluk-Nya); tidak mengantuk dan tidak tertidur. Kepunyaan-Nya
apa yang ada di langit dan di bumi. Siapakah yang dapat memberi
syafaat (pertolongan) di sisi Allah tanpa izin-Nya? Allah
mengetahui apa-apa yang di hadapan mereka dan di belakang mereka,
sedangmereka tidak mengetahui apa-apa dari ilmu Allah melainkan apa
yang dikehendaki-Nya. Kerajaan Allah (IlmuNya dan
KekuasaanNya)meliputi langit dan bumi. Dan Allah tidak merasa berat
memelihara keduanya, dan Allah Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya),
lagi Maha Besar (kekuasaanNya).[Surah Al Baqarah 255 (Ayatul
Kursiy)]
Rakaat kedua:Surah Al-Ikhlas (sekali atau 11 kali)
Qul huwallaahu ahad, Allaahush shamad, Lam yalid walam yualad,
Wa lam yakun lahu kufuwan ahad.Katakanlah : Allah itu Esa! Allah
tempat meminta. Dia tidak beranak dan tiada pula diperanakkan. Dan
tidak ada sesuatu pun yang setara dengan-Nya.
*Sesungguhnya sebahagian daripada doa yang tidak ditolak ialah
bersolat, di mana ia membaca pada setiap rakaatSurah
Al-Fatihah,ayat Al-KursidanQulhu wallaahu Ahad.
3. Membaca Tasbiha. Sebaik sahaja selesai solat(sesudah memberi
salam), terussujud sekali lagidanbacalahtasbih ini 41 kali:
Laa-i-la-ha il-la an-ta sub-haa-na-ka in-ni kun-tu mi-naz-zhoo
li-min.Tiada Tuhan melainkan Dikau (Allah)! Maha Suci Dikau!
Sesungguhnya daku ini dari golongan orang yang aniaya.
4. Wirid Selepas Solat HajatSesudah selesai menunaikan solat
sunat Hajat, wiridkanlah kalimat-kalimat berikut: a. Istighfar (10
/ 100 kali)
As-tagh-fi-rul-laah, Rab-bi min kul-li zan-bi wa-a-tuu-bu
i-laih.Daku memohon ampun kepada Allah, Tuhanku, daripada segala
dosa dan daku bertaubat kepada-Nya.b. Zikir
Laa-i-la-ha il-lal-laah, Mu-ham-mad-da ro-suu-lul-laah.Tiada
Tuhan melainkan Allah dan Nabi Muhammad utusan Allah. c.Selawat(10
/ 100 kali)
Allaahumma shalli alaa Sayyidinaa Muhammadin wa alaa aalihii
Sayyidinaa Muhammadin.Ya Allah! Sejahterakanlah ke atas penghulu
kami Nabi Muhamad SAW dan ke atas ahli keluarga penghulu kami
Muhamad SAW..5. Doa Solat HajatTeruslah memohon hajat yang
dikehendaki sewaktu masih bersujud. Kemudian duduk semula dan
bacalah doa berikut: