Tajuk : Cara-Cara Menggalakkan Pengguna Tempatan Membeli
Barangan Malaysia Dalam menongkah arus perdana era globalisasi,
liberalisasi dan dunia tanpa sempadan,memang tidak dinafikan bahawa
dunia kita telah melangkah ke arah modenisasi. Abad ke-21 telah
menyaksikan bahawa pelbagai cetusan idea dan percubaan yang
membanggakan yang dilaksanakan supaya negara kita dapat duduk sama
rendah, berdiri sama tinggi dengan negara moden yang lain. Sama ada
kita sedar atau tidak lantaran, kita selalu dihidangkan dengan
pembangunan negara yang semakin gah di persada dunia. Namun
disebalik itu, kita acapkali tersentak oleh pelbagai permasalahan
yang beronak yang dicetuskan oleh rakyat kita sendiri. Sebagai
negara membangun, Malaysia sebenarnya telah banyak menghasil dan
mengeluarkan pelbagai barangan serta produk sendiri. Mungkin sudah
tiba masanya bagi rakyat kita tidak lagi mengagungkan barangan
luar. Sebabnya, barangan keluaran tempatan kini sudah setanding
dengan produk luar dari segi kualitinya, malahan sesetengah produk
keluaran negara kita dijamin lebih baik lagi. Dalam menghadapi
cabaran globalisasi, kita perlu mengikis sikap ego yang sememangnya
pun tidak menguntungkan. Demikian juga sikap prejudis memandang
rendah barangan tempatan seharusnya dilontar jauh-jauh dari sudut
pemikiran kita dan sebaliknya membina semangat Malaysia Boleh dari
serba-serbi, termasuk soal kualiti dan standard barangan sendiri.
Walau bagaimanapun, berdasarkan perangkaan terkini yang diperoleh
didapati bahawa peratusan rakyat Malaysia yang menggunakan barang
buatan negara malah menyokong barangan buatan Malaysia telah
menurun setiap tahun. Mengapakah perkara sebegini berlaku ?
Mengapakah rakyat negara tidak sanggup menyokong buatan negara?
Tepuk dada tanyalah selera kerana isu-isu ini telah menjadi buah
mulut masyarakat negara kini. Berita ini sering dipaparkan di
dada-dada akhbar dan tidak kurangnya di media massa. Pelbagai cara
perlu dilaksanakan untuk menggalakkan pembelian barangan buatan
Malaysia terutamanya rakyat negara sendiri. Tindakan yang penting
sebenarnya ialah perubahan dari segi mentaliti dan sikap rakyat
kita sendiri, untuk beralih kepada barangan tempatan. Selagi sikap
dan mentaliti tidak diubah dan kita terus mengagungkan barangan
luar, maka selagi itulah kita tidak dapat mengembangkan produk
tempatan negara ini. Rakyat Malaysa perlu mengutamakan barangan
buatan Malaysia serta mengikis sikap prejudis terhadap barangan
tempatan. Manfaat serampang dua mata akan dinikmati oleh pelbagai
pihak apabila rakyat mengutamakan barangan tempatan. Manfaat
pertama ialah dapat mengelakkan pengaliran keluar wang negara ini.
Kedua, dapat menggalakkan pembangunan industri tempatan yang
berkaitan untuk menghasilkan produk lebih berkualiti dan berdaya
saing. Berikutan itu, FOMCA(Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia)
dengan kerjasama semua gabungan persatuan pengguna di seluruh
negara perlu mengumpul senarai bahan itu untuk diedarkan kepada
pengguna. Senarai itu boleh diperoleh daripada pelbagai sumber
termasuk Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal
Pengguna, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (Miti),
Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) dan
syarikat-syarikat terbabit yang mengeluarkan barangan berkenaan.
Jika rakyat Malaysia mengutamakan barangan buatan tempatan,
terutama makanan, kita dapat menjimatkan RM1.9 bilion setahun untuk
mengimport bahan itu. Berikutan itu, pengguna dan rakyat perlu
diberikan maklumat mengenai barangan buatan Malaysia dalam usaha
membantu kerajaan mengatasi masalah kejatuhan nilai ringgit
sekarang. Langkah yang dicadangkan di atas dapat membantu kerajaan
menggalakkan rakyat membeli barang buatan tempatan, serta kurang
bergantung pada produk import. Sebut saja jenis produk, Malaysia
mempunyai segala-galanya sehingga menyebabkan ramai yang rambang
mata. Misalnya kereta, kita telah merintis lebih awal industri
automotif, malahan kenderaan keluaran negara kita telah banyak yang
menembusi pasaran di luar negara. Barangan elektronik seperti
televisyen, peti sejuk, penghawa dingin dan kipas juga semakin
banyak jenama buatan Malaysia membanjiri pasaran. Ini tidak
termasuk barangan berasaskan kain seperti pakaian, pelbagai jenis
produk telah dihasilkan oleh pengusaha untuk menandingi produk luar
negara. Untuk mengalakkan rakyat membeli barangan buatan Malaysia,
rakyat sendiri perlu mengamalkan tabiat berbelanja secara berhemat.
Tabiat pembaziran dan berbelanja melebihi kemampuan pendapatan di
kalangan rakyat negara ini yang turut menyumbang kepada penurunan
ringgit disebabkan kemudahan memperolehi kemudahan kredit.
Berikutan itu, rakyat perlu mengubah tabiat berbelanja dengan
mengamalkan tabiat berhemat dalam perbelanjaan seperti menabung
untuk mengurangkan kesan hutang. Dengan mengamalkan tabiat berjimat
cermat dan berfikir sebelum membeli, rakyat dapat menjimat
pembelanjaan malah dapat digunakan samasa kecemasan . Tindakan ini
bagai sambil menyelam minum air. Rakyat sepatutnya menyokong barang
buatan Malaysia yang tidak sekadar lebih murah daripada barang
buatan import negara malah mempunyai kualiti dan kuantiti yang
baik. Kalau rakyat Malaysia sendiri tidak menyokong negara sendiri
lebihnya kepada pendatang dan pembeli daripada luar negara. Rakyat
seharusnya memberikan sokongan sepenuhnya kepada negara sendiri
dengan membeli barang buatan Malaysia yang semakin meningkat
mutunya dan mampu bertanding dengan negara lain yang maju. Pada era
langit terbuka ini, media massa merupakan satu medium yang
signifikan dalam mempengaruhi pemikiran orang ramai. Sebagaimana,
yang kita tahu, media massa boleh dibahagikan kepada dua iaitu
media cetak dan media elektronik. Dalam hal ini, pihak media
memainkan peranan yang penting dalam memberi sokongan kepada
kerajaan dalam usaha-usaha menerajui isu pembelian barangan buatan
Malaysia. Pihak media cetak memainkan peranan dalam menerangkan
kebaikan barangan buatan Malaysia serta faedahnya malalui surat
khabar dan majalah. Media cetak digalakkan mengadakan halaman khas
untuk berita-berita yang berkaitan barangan buatan Malaysia kerana
dapat mempengaruhi minda manusia yang ramai bagai mata pena lebih
tajam daripada mata pedang. Hal ini menunjukkan tahap kejayaan yang
telah dicapai oleh kerajaan dan rakyat dalam pengeluaran barangan
tempatan. Manakala, media elektronik seperti radio, televisyen dan
internet juga merupakan wadah yang penting dalam penyebaran
maklumat. Sebagai contoh, kewujudkan online membeli-belah
membolehkan rakyat membeli barang buatan Malaysia dengan senang
melalui internet. Sesungguhnya, pihak media massa memainkan peranan
yang signifikan untuk menggalakkan anggota masyarakat kita supaya
membeli barangan Malaysia. Kempen Beli Barangan Malaysia harus
dijalankan atas kerjasama media massa dan Kementerian Perdagangan
Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan. Pelbagai iklan,
dokumentari, rancangan, wawancara dan sebagainya harus disiarkan
dalam siaran televisyen, radio, surat khabar dan majalah. Usaha
sama kerajaan dan artis tempatan dalam mempromosikan barang buatan
Malaysia dapat menarik minat orang ramai terutamanya golongan
remaja. Maka sudah terang lagi bersuluh bahawa media massa
merupakan elemen yang penting dalam usaha mengalakkan orang ramai
membeli barang buatan Malaysia. Pada masa yang sama, pihak swasta
harus bertindak proaktif untuk mempromosikan barangan Malaysia.
Salah satu tindakan yang maslahat adalah mengadakan ekspo di
seluruh negara. Pengeluar harus bergabung tenaga untuk
memperkenalkan barangan mereka kepada para pengguna. Ketika ekspo
diadakan, jurujual atau jurucakap syarikat tersebut dapat
memperkenalkan produk syarikat secara langsung kepada pengguna
tentang keistimewaan dan keunikan produk mereka. Sebagai contohnya,
ekspo kosmetik dan makanan herba tempatan boleh diadakan untuk
memperkenalkan barangan buatan Malaysia yang juga tidak kurang
mutunya dengan bahan kosmetik atau makanan kesihatan luar negara,
seperti ditanggung halal, menggunakan bahan semula jadi dan boleh
digunakan tanpa was-was. Sehubungan dengan itu, ekspo buah-buahan
tempatan, ekspo fesyen pakaian tempat dan ekspo industri kecil dan
sederhana juga patut diadakan dari semasa ke semasa. Hakikatnya,
Jom Heboh yang dianjurkan oleh TV3 telah berjaya mengadakan ekspo
barangan Malaysia kepada pengguna dan berjaya mendapat sambutan
yang hangat. Pengeluar kita harus bersikap komitmen bagai genggam
bara api biarlah sampai jadi arang. Keikhlasan dan kesungguhan
mereka pasti dapat menarik perhatian pengguna kita untuk membeli
produk Malaysia. Pegawai kerajaan yang bertugas dalam agensi-agensi
yang berkaitan pengeluaran, promosi dan pemasaran barangan buatan
Malaysia perlu memberi perhatian serius kepada tugas mereka dan
tidak sekadar bekerja bagai melepaskan batuk di tangga. Dalam hal
ini, infrastruktur serta sistem pengedaran mempunyai implikasi
besar ke atas harga barang tempatan. Di kawasan bandar, dengan
infrastruktur yang baik rakyat mudah mendapatkan barangan buatan
Malaysia dengan harga yang berpatutan. Tetapi penduduk-penduduk di
luar bandar serta kawasan dalaman terpaksa menghadapi masalah harga
yang tinggi kerana kekurangan infrastruktur dan sistem pengedaran
yang kurang efisien. Pegawai-pegawai kerajaan yang berkenaan perlu
memberi perhatian serius kepada perkara ini dan mencari jalan untuk
menangani masalah ini. Di samping itu, Karnival Membeli-belah
Malaysia yang dianjurkan oleh Kementerian Pelancongan Malaysia
dengan premis perniagaan seluruh negara juga dapat menggalakkan
pelancong asing dan pengguna tempatan untuk membeli produk
Malaysia. Pihak berkenaan harus menetapkan bahawa hanya barangan
Malaysia yang akan ditawarkan potongan harga yang istimewa. Atas
tajaan pengeluar kilang, premis perniagaan seperti gedung
beli-belah, pasar raya besar terutamanya Giant, Jusco, Tesco,
Metrojaya, Parkson, Mydin dan sebagainya boleh mengadakan jualan
megah atau jualan murah tentang barangan Malaysia secara
besar-besaran. Jika harga barangan Malaysia sangat menawan, para
pengguna pasti tertarik hari untuk membelinya. Para pelancong juga
turut terpukau oleh potongan harga yang istimewa. Di samping
memajukan industri pelancongan, Karnival Membeli-belah Malaysia
juga dapat melariskan barangan Malaysia. Usaha mengadakan Kempen
Beli Barangan Malaysia haruslah diadakan secara berterusan. Ini
akan dapat memperkenalkan barangan buatan Malaysia kepada seluruh
rakyat dan sebagai usaha untuk membantu merancakkan dan memacu
tranformasi ekonomi negara. Kempen ini harus dijalankan sepanjang
tahun dengan promosi untuk semua jenis barang buatan Malaysia.
Kempen ini perlu diperluaskan ke seluruh negara untuk memberi impak
kepada sektor ekonomi. Justeru itu, semua agensi, sektor swasta dan
NGO harus memainkan peranan masing-masing. Pihak berkenaan harus
mengadakan pertandingan kuiz, melukis poster, menulis esei, dan
lagu patriotik bersempena dengan kempen tersebut. Kata orang
tua-tua, di mana ada kemahuan, di situ ada jalan amat sinonim
dengan kempen tersebut dapat mencelikkan minda pengguna kita supaya
mengetahui kualiti dan kelebihan barangan Malaysia sehingga
berminat untuk membeli barangan Malaysia, seperti peribahasa, tak
kenal maka tak cinta. Dengan mengadakan kempen kesedaran dan
ceramah yang pelbagai bentuk, barang buatan Malaysia dapat
diperkenalkan kepada orang ramai supaya semua orang tidak kira
orang tempatan atau pendatang dapat mENARIK minat terhadap barang
buatan Malaysia. Sementelahan pula, pihak sekolah perlu menerapkan
semangat patriotik dalam kalangan pelajar sejak kecil lagi bagai
melentur buluh biarlah dari rebungnya. Hal ini terjadi demikian
kerana semangat patriotik patut diterapkan ke dalam sanubari remaja
kita supaya mereka terpanggil untuk membeli barangan Malaysia
sebagai tanggungjawab mereka. Melalui mata pelajaran Bahasa
Malaysia, Pendidikan Moral dan Pendidikan Sivik dan
Kewarganegaraan, nilai cinta akan negara, taat setia kepada raja
dan negara ,dan sanggup berkorban untuk negara boleh disuntik
kepada generasi muda kita. Kita patut mencontohi warganegara Jepun
dan Korea kerana rakyat mereka berasa bangga untuk membeli barangan
negara mereka sendiri. Misalnya, dalam filem atau drama Korea,
semua artis pasti menggunakan produk negara sendiri seperti jenama
Samsung, LG dan Panasonic. Dengan menyahut seruan Tun Dr. Mahathir
yang merupakan Perdana Menteri Malaysia yang keEMPAT malalui Dasar
Pandang Ke Timur, kita digalakkan mencontohi sifat baik nagara lain
yang baik untuk meningkatkan taraf kehidupan negara ke araf baru.
Jika pelajar kita telah diterapkan semangat cinta akan negara dan
ingin membeli barangan Malaysia, amalan ini akan terbawa-bawa
hingga mereka dewasa. Tidak dapat dinafikan bahawa golongan remaja
merupakan golongan pengguna yang banyak berbelanja. Golongan remaja
juga merupakan harapan negara kita ,ini kerana pemuda harapan
bangsa, pemudi tiang negara. Jika mereka suka membeli produk jenama
Malaysia, produk Malaysia pasti akan laris di pasaran. Sebagai
menggulung segala yang telah diperkatakan di atas, kita mendapati
bahawa pihak sekolah memainkan peranan yang penting dalam
mengalakkan masyarakat membeli barang buatan Malaysia.Secara
tuntasnya, pelbagai cara perlu dilaksanakan untuk menggalakkan
masyarakat membeli barang buatan Malaysia. Berbagai-bagai pihak
perlu berganding bahu dan bekerjasama bagai aur dengan tebing dalam
mempromosikan kabaikan dan faedah membeli barangan buatan Malaysia.
Pegawai kerajaan yang bertugas dalam agensi-agensi yang berkaitan
pengeluaran, promosi dan pemasaran barangan buatan Malaysia perlu
memberi perhatian serius kepada tugas mereka dan bukan sekadar
bekerja seperti melepaskan batuk di tangga. Di kawasan bandar,
dengan infrastruktur yang baik rakyat mudah mendapatkan barangan
buatan Malaysia dengan harga yang berpatutan. Tetapi penduduk di
luar bandar serta kawasan dalaman terpaksa menghadapi masalah harga
yang tinggi kerana kekurangan infrastruktur dan sistem pengedaran
yang kurang efisien. Pegawai-pegawai kerajaan yang berkenaan perlu
memberi perhatian serius kepada perkara ini dan mencari jalan untuk
menangani masalah ini. Ibu bapa juga harus menjadi rol model dan
suri teladan yang baik kepada anak mereka kerana bagaimana acuan,
begitulah kuihnya. Anak-anak seperti sebutir permata yang belum
digilap, ibu bapa yang akan mencanai dan menggilapnya sehingga
menjadi berlian yang indah dan berSINAR. Natijahnya, rakyat
Malaysia patut menghayati tema Hari Kebangsaan; 1Malaysia Menjana
Transformasi menyemarakkan semangat seisi negara agar seia sekata
sebagai satu bangsa yang ingin memperkasakan satu perubahan sikap
dengan membeli barangan Malaysia. Negara kita, tanggungjawab kita
merupakan azimat yang tersemat agar kita berbangga dengan barangan
Malaysia yang bermutu tinggi.Ciri-Ciri Pelajar CemerlangBerderap
seiring berjalan pulang, Mawar disisip hiasan si dara,Remaja kini
berperibadi cemerlang,Menjadi tunjang aspirasi negara.Pantun di
atas menerangkan bagaimana seorang pelajar yang cemerlang dapat
memberikan kebaikan kepada negara. Hal ini demikian kerana pelajar
cemerlang mampu merealisasikan aspirasi negara dan seterusnya bakal
menerajui tampuk pemerintahan negara. Sehubungan dengan itu, setiap
pelajar perlu mengambil inisiatif untuk menjadi pelajar yang
cemerlang, bak kata peribahasa, kalau tidak dipecahkan ruyung,
manakan dapat sagunya. Bagi menjadi pelajar yang cemerlang,
pelbagai kriteria yang positif perlu dipraktikkan dalam kehidupan
seharian mereka.Tajuk : Usaha Menangani Kemalangan Jalan Raya Isu
nahas atau kemalangan dan kematian di jalan raya sudah menjadi
masalah negara yang sering menghantui kita setiap hari. Kemalangan
jalan raya yang banyak berlaku pada musim perayaan khususnya bukan
sahaja satu kerugian kepada keluarga mangsa dan rakan-rakannya,
tetapi kerugian modal insan yang besar kepada negara. Setiap nyawa
yang hilang akibat kemalangan jalan raya merupakan kerugian kepada
negara kerana banyak wang dan perbelanjaan telah dikeluarkan ke
atas mereka bagi tujuan persekolahan, peperiksaan dan latihan
pekerjaan. Oleh itu, prakarsa yang pragmatik haruslah dilaksanakan
dengan drastik, efektif bagi mengekang kadar kemalangan jalan raya
yang saban tahun semakin meningkat. Sebenarnya pelbagai modus
operandi telah dilaksanakan oleh pihak kerajaan dalam usaha untuk
mengurangkan kadar kemalangan jalan raya khususnya pada musim
perayaan. Ops Pacak, Ops Sikap, Ops Statik, penggunaan helikopter
untuk memantau pergerakan kenderaan, pengedaran poster, kempen
kesedaran dan termasuk penguatkuasaan dijalankan merupakan antara
prakarsa kerajaan untuk memastikan rakyat Malaysia sentiasa selamat
ketika berada di jalan raya. Ops Sikap yang telah diadakan sejak
beberapa tahun kebelakangan ini misalnya lebih menumpukan kepada
sikap pengguna jalan raya yang menjadi faktor kemalangan dan
peningkatan kadar kematian di jalan raya terutamanya pada musim
perayaan. Namun, perkara yang masih membimbangkan ialah banyak
jumlah kemalangan dicatatkan dan nahas jalan raya kini menjadi
ancaman nombor satu di Malaysia yang semakin menggawatkan
lebih-lebih lagi dengan penambahan jumlah kenderaan saban tahun.
Angka kematian bukan sahaja tidak pernah menurun malah
pemandu-pemandu semakin rakus menjadikan jalan raya sebagai tempat
untuk berlumba selain, mengambil kesempatan menguji kemampuan
kenderaan masing-masing memecut. Usaha mensifarkan kemalangan jalan
raya bukanlah impian pihak kerajaan semata-mata. "Tiada apa yang
mustahil di dalam dunia ini." Ungkapan kata ini sangat sinonim
dengan sesiapa sahaja yang bertekad untuk melakukan sesuatu di luar
jangkaan. Hal ini juga seolah-olahnya merupakan kenyataan beramaran
bahawa sekiranya seseorang mahukan sesuatu, mereka akan melakukan
apa-apa sahaja. Manusia, sekiranya dalam keadaan terpaksa boleh
melakukan sesuatu yang luar biasa. Bekas Perdana Menteri, Datuk
Seri Abdullah Ahmad Badawi mengatakan bahawa kerajaan tidak mahu
langsung kemalangan jalan raya pada musim perayaan walaupun ramai
menganggapnya mustahil. Menurutnya, keadaan "nahas sifar" ini boleh
dicapai kerana kajian menunjukkan kebanyakan kemalangan jalan raya
disebabkan oleh faktor manusia dan bukannya faktor kenderaan atau
jalan tidak elok. Memang Ops Sikap itu membantu kerana tanpa Ops
Sikap, kita tidak dapat membayangkan betapa banyak lagi nyawa yang
akan mati di atas jalan raya. Persoalannya, takkan sehingga kita
terpaksa mengharapkan Ops Sikap sepanjang tahun, tetapi pemandu itu
sendiri tidak mahu mengubah sikap mereka sendiri. Slogan, Anda
Mampu Mengubahnya memang tepat sebagai peringatan kepada semua
pengguna jalan raya. Enam belas menara pemerhati polis beroperasi
di seluruh negara bermula penghujung Jun tahun ini dalam usaha
pihak berkuasa untuk mengurangkan kadar kemalangan jalan raya
terutama kemalangan maut. Dengan kehadiran polis trafik yang dapat
dilihat dari jarak jauh oleh pengguna jalan raya di semua menara
berkenaan akan memberikan kesedaran dan mengingatkan pengguna
supaya memandu dengan lebih berhemah dan bertimbang rasa. Bekas
Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan mengatakan bahawa tiga buah
menara itu yang dibina oleh Projek Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS)
Berhad sebelum ini telah terbukti keberkesannya. Manakala, Program
Pendidikan Keselamatan Jalan Raya (PPKJR) dapat membantu memberikan
kesedaran dan pandu arah untuk menjadi pemandu yang berhemah di
peringkat yang lebih awal lagi berkesan mengurangkan kadar
kemalangan jalan raya. Selain usaha pihak kerajaan mengekang
kemalangan jalan raya, langkah yang paling tepat untuk dilaksanakan
ialah melalui pendidikan. Tidak ada yang tidak kena dengan kempen
atau ops yang dilancarkan setakat ini, cuma pemandu di Malaysia ini
perlu diberikan pendidikan, barangkali seawal mungkin. Melalui
pendidikan sahaja, sikap pemandu di Malaysia ini berupaya
diperbetul. Program Pendidikan Keselamatan Jalan Raya (PPKJR) yang
telah diperkenalkan di 7,601 sekolah rendah terpilih akan dapat
membantu memberikan kesedaran dan pandu arah untuk menjadi pemandu
yang berhemah di peringkat yang lebih awal lagi. Begitu juga dengan
terlaksananya program keselamatan jalan raya melalui komuniti yang
membabitkan majikan, pemimpin, ahli politik, ketua agama, pendidik,
badan profesional, sukarelawan dan belia juga diharapkan akan
menjadi pemangkin bagi merealisasikan hasrat murni kerajaan dan
seluruh warganegara. Analisis dalam beberapa Ops Sikap sebelum ini
mendapati, sikap pemandu yang tidak mematuhi undang-undang jalan
raya dan tidak mempedulikan kenderaan lain merupakan punca
peningkatan kemalangan. Dengan kata lain, pemandu secara umumnya
hanya mematuhi peraturan atau bersikap hipokrit apabila ada kelibat
polis dan bukan kerana sikap untuk keselamatan jalan raya.
Peraturan jalan raya sepatutnya dipatuhi atas dasar sedar tentang
kebaikannya dan bukan takut daripada disaman pihak berkuasa.
Sebenarnya, kesediaan untuk mematuhi peraturan, arahan, dan barisan
tidak memerlukan kita berpendidikan tinggi dan tidak pula
menjatuhkan apa-apa juga nilai baik yang ada dalam diri kita.
Kempen Keselamatan Jalan Raya bukanlah untuk menyusahkan tetapi
memberikan faedah kepada pengguna. Segala peraturan jalan raya,
serta papan-papan tanda amaran adalah sebagai panduan bagi
memelihara keselamatan jalan raya untuk semua pemandu. Bekas Ketua
Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan baru-baru ini mahu kaedah
pemberian mata 'demerit' kepada pesalah jalan raya dihidupkan
semula bagi memastikan pemandu kenderaan yang banyak menerima saman
disenaraihitamkan. Sistem tersebut berupaya beroperasi dengan baik
sekiranya diselenggarakan dengan betul. Malah, kaedah pemberian
mata 'demerit' itu mampu mengurangkan masalah kemalangan jalan raya
kerana lesen pemandu yang kerap melakukan kesalahan jalan raya
tidak dibenarkan diperbaharui. Pada awal tahun ini, PDRM meminta
supaya Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menghidupkan kembali kaedah
pemberian mata "demerit" kepada pesalah jalan raya bagi membendung
jumlah kemalangan maut yang semakin serius sehingga mencecah 6,000
kematian setiap tahun dan mengakibatkan negara kerugian kira-kira
RM9 bilion setiap tahun. Ketua Trafik Pasukan Bukit Aman ketika
itu, Senior Asisten Komisioner (SAC) II Nooryah Md. Anuar
memberitahu, sistem pemberian mata demerit bagi setiap kesalahan
jalan raya yang dilakukan oleh pemandu itu terbukti mampu
mengurangkan jumlah kemalangan jalan raya. Melalui kaedah yang
diperkenalkan di bawah Sistem Keselamatan Jalan Raya (KEJARA) pada
1997 itu, rekod pesalah diwujudkan melalui notis saman berkaitan
dengan kesalahan terjadual dan mata 'demerit' akan dikira. Selagi
JPJ tidak menghidupkan semula sistem itu, pihaknya tidak dapat
menguatkuasakan penggunaan kaedah berkenaan yang dilihat sebagai
kaedah terbaik menangani masalah peningkatan kemalangan jalan raya.
Menurutnya di Paris, jumlah kematian akibat kemalangan hanya 50
orang setahun dan hal ini amat memeranjatkan, serta terbukti sistem
demerit berkesan dalam mengurangkan jumlah kemalangan jalan raya
pada musim perayaan. Pemasangan Kamera Sistem Penguatkuasaan
Automatik (AES) yang antaranya berfungsi sebagai perangkap had laju
dan merakamkan pelbagai kesalahan trafik akan dipasang di sepanjang
Lebuh Raya Utara Selatan dan sekitar Kuala Lumpur, serta Shah Alam.
Pemasangan kamera itu yang akan dilaksanakan dalam tiga fasa
sehingga 2010. Di bawah fasa pertama dan kedua, Unit Kamera
Pengawasan Bergerak telah diwujudkan untuk memantau pemandu dan
pengguna jalan raya yang memandu dengan laju dan tidak mematuhi
lampu isyarat. Di bawah fasa ketiga, kamera pengawasan akan
mengawasi aspek kesalahan lalu lintas yang lain seperti memotong di
garisan berkembar dan menggunakan lorong kecemasan. Pemasangan
sistem yang dilaksanakan oleh JPJ itu bertujuan memastikan pengguna
jalan raya sentiasa mematuhi undang-undang lalu lintas dan sebagai
bukti pendakwaan. AES ialah antara empat projek yang dicadangkan
kementerian itu di bawah Pelan Induk Keselamatan Jalan Raya selama
lima tahun (2006-2010). Projek lain pula membabitkan program dalam
pendidikan, penguatkuasaan, kejuruteraan, dan perlindungan alam
sekitar. AES akan diletakkan di lorong-lorong kenderaan awam di
Kuala Lumpur, lampu-lampu isyarat di seluruh Shah Alam dan juga di
kawalan perangkap had laju di Lebuh Raya Utara Selatan. Melalui
AES, kamera mengawasi setiap pergerakan kenderaan dan mencatat
kelajuan dan maklumat itu dihubungkan ke pusat kawalan untuk
mengenal pasti kenderaan yang melakukan kesalahan lain lintas.
Anggota JPJ yang bertugas di pusat kawalan itu nanti akan memproses
gambar yang diterima itu bagi mengenal pasti identiti dan alamat
pemandu. Sistem itu terbukti berkesan dalam mendisiplinkan pemandu
dan pengguna jalan raya, sekali gus mengurangkan kemalangan jalan
raya dan kematian akibat nahas itu. Negara-negara seperti
Australia, Amerika Syarikat, Eropah, China, dan Korea Selatan telah
lama menggunakan sistem ini dalam usaha mendisiplinkan pemandu dan
pengguna. Secara tuntas, pihak polis atau penguat kuasa memang
sentiasa berusaha sedaya-upaya untuk mengekang kemalangan daripada
terus bertambah. Namun, soal keselamatan di jalan raya adalah
tanggungjawab setiap individu sebagai pengguna jalan raya dan
bukannya tanggungjawab pihak berkuasa atau kerajaan semata-mata.
Pengguna perlu menganggap sasaran menurunkan statistik kemalangan
jalan raya ke peringkat sifar merupakan satu tuntutan sosial. Usaha
mensifarkan nahas jalan raya tidak kira sama ada sempena perayaan
mahupun di luar musim perayaan bukanlah suatu perkara yang
mustahil. Tegasnya, setiap pengguna haruslah mempunyai komitmen
yang perlu ditunaikan setiap kali berada di jalan raya. [1 361
patah kata]CARA-CARA MENGHARGAI JASA GURU Sasterawan Negara, Datuk
Usman Awang pernah menyatakan bahawa lahirnya seorang Perdana
Menteri, doktor, peguam dan pensyarah adalah bermula daripada
seorang guru biasa yang mengajarnya membaca dan menulis. Nah,
inilah ungkapan yang mengangkat martabat seorang guru dalam
mendidik anak bangsa tanpa mengira masa, tenaga serta wang ringgit.
Mereka ibarat matahari yang menyinari kehidupan insaniah dengan
cahaya ilmunya. Kegigihan guru dalam mendidik anak watan dengan
ikhlas tanpa rasa jemu tidak perlu dipertikaikan. Tanpa usaha dan
pengorbanan guru, tidak mungkin pelajar mencapai kejayaan yang
cemerlang. Oleh itu, cara-cara menghargai jasa guru yang mewarnai
fokus perbincangan akan dihuraikan dan dipericikan untuk
kepentingan bersama. Memetik kata-kata daripada Mantan Menteri
Pelajaran, Datuk Seri Hishamuddin Hussein yang menyatakan bahawa
pemupukan adab menghormati guru bermula dari rumah dan mengharapkan
ibu bapa menggalakkan anak-anak mereka menghargai jasa guru.
Berdasarkan pernyataan tersebut, jelaslahadab menghormati
gurumerupakan elemen penting dalam memupuk budi bahasa dan adab
sopan dalam kalangan pelajar. Pelajar yang menjaga tutur kata dan
adab ketika berhadapan dengan guru merupakan antara cara kita
menghargai jasa guru. Para pelajar perlulah sentiasa bermanis muka
sambil mengucapkan selamat sejahtera atau memberikan salam ketika
berhadapan atau berselisih dengan guru tanpa mengira keadaan.
Semasa di dalam kelas, pelajar yang menghormati guru tidak sesekali
membuat bising sehingga mengganggu guru semasa proses pengajaran
dan pembelajaran berlangsung. Sikap sepertimasuk telinga kiri
keluar telinga kananperlu dielakkan. Dalam konteks ini, mereka
sewajarnya memberikan tumpuan dan perhatian sepenuhnya semasa
pengajaran guru dan sentiasa mengambil peluang bertanya dan
berbincang tentang pelajaran. Ketika mengadakan sesi perbincangan
di kelas, pelajar perlu menjaga tata susila, tidak meninggikan
suara dan memandang guru serta rakan dengan mesra. Bukankah guru
merupakanlubuk akal lautan ilmu? Tegasnya, berbudi bahasa serta
beradab sopan merupakan amalan terpuji bagi menghargai guru yang
mengajar serta mendidik kita. Berdisiplin dan mematuhi peraturan
sekolahjuga merupakan salah satu cara yang tidak boleh
dikesampingkan oleh pelajar yang terpancar akhlak mulianya. Antara
ciri pelajar yang berdisiplin ialah mereka sentiasa datang awal ke
sekolah, sentiasa menepati masa, tidak terlibat dalam gangsterisme,
vandalisme mahupun ponteng sekolah. Selain itu, pelajar berpakaian
seragam dengan kemas dengan rambut bersisir rapi. Amalan seumpama
ini, memupuk disiplin pelajar untuk bersedia belajar seterusnya
mematuhi peraturan yang ditetapkan oleh pihak sekolah. Jika
disiplin terkawal sudah tentu memudahkan tugas guru untuk mengajar
seterusnya mendidik pelajar agar berjaya dengan cemerlang.
Peribahasa bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana
muafakat, membuktikan kerjasama erat antara guru dan pelajar dalam
mematuhi peraturan yang ditetapkan pasti menjadi pemangkin
kecemerlangan akademik serta sahsiah pelajar. Jelaslah, mematuhi
disiplin mencerminkan penghormatan pelajar kepada guru. Di samping
itu, pelajar perluprihatin dan menunjukkan kasih sayangterhadap
guru. Amalan mengingati dan menghargai jasa guru merupakan amalan
yang mulia. Para guru akan berasa bahawa jasamereka dihargai
walaupun mereka tidak berkhidmat sebagai pendidik lagi. Kita boleh
menghargai jasa guru dengan meraikan sambutan Hari Guru pada setiap
tanggal 16 Mei. Padahari tersebut, sewajarnya pelajar memberikan
hadiah kepada guru yang mengajar mereka sebagai tanda
penghargaanatas segala usaha dantitik peluhyang dicurahkan. Hadiah
yang diberikan tidak semestinya berpaksi kepada wang ringgit
semata-mata tetapi mestilah disertakan dengan hati yang tulus lagi
ikhlas. Nilai bukan ukuran tetapi pemberian yang ikhlas itu lebih
bermakna. Sekiranya pelajar tidak mampu memberikan hadiah, cukuplah
sekadaru ucapan selamat hari guru. Amalan ziarah-menziarahiguru
perlulah dijadikan budaya dalam kalangan pelajar. Menziarahi guru
ketika mereka mengalami kesusahan dan sakit juga cara kita
menghargai jasa para guru. Sebagai manusia tentunya para guru
menghadapi pelbagai masalah dalam kehidupan. Sebagai contohnya,
kemungkinan guru ditimpa kemalangan, bencana, menghidapi penyakit
dan sebagainya keranamalang tidak berbau. Sebagai pelajar, kita
perlu menziarahi mereka jika mereka menghadapi situasi tersebut
sebagai tanda melahirkan rasa simpati ibaratcubit paha kanan paha
kiri terasa sakitnya. Ketika menziarahi mereka sakit, kita perlulah
membawabuah tanganuntuk menggembirakan guru sekali gus mengurangkan
beban kesakitan yang ditanggung. Jika mereka mengalami kemalangan
atau bencana alam, kita perlu mengutip derma bagi meringankan beban
yang mereka tanggung. Hal ini amat bertepatan dengan
peribahasa,berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Jelaslah
bahawa frasa,jasamu dikenang, budimu disanjungbukanlah sekadar
omongan kosong kerana pengorbanan guru sentiasa dikenang oleh para
pelajar. Selain itu, kita juga boleh menghargai jasa guru dengan
mendoakan kesejahteraan guru yang telah mengajar dan mendidik kita
selama ini. Mendoakan kesejahteraan guru sama ada semasa hayatnya
atau sesudah mereka kembali ke rahmatullah membuktikan kita
sentiasa mengenang jasa mereka. Kita perlulah mendoakan mereka agar
sentiasa sihat sejahtera dan dielakkan daripada segala bahaya. Hal
ini kerana jika guru sihat sudah tentu mereka akan dapat
menjalankan tugas mendidik anak watan dengan sempurna. Bagi mereka
yang telah meninggal dunia, kita perlulah mendoakan agar dosa-dosa
mereka diampunkan agar mereka sejahtera di alam barzakh.
Sesungguhnya,harimau mati meninggalkan belang, manusia mati
meninggalkan namadan sudah tentu jasa serta pengorbanan guru akan
terus dikenang sepanjang masa. Sudah terang lagi bersuluh, jasa dan
pengorbanan seorang guru itu sukar untuk dibalas walaupun
dengansegunung intan. Tanpa guru siapalah kita kerana gurulah yang
mengajar kita mengenali erti kehidupan. Justeru, marilah kita
bersama-sama menghargai jasa guru agar ilmu yang kita peroleh
daripadanya mendapat keberkatan daripada Tuhan. Renungilah
bait-bait puisi di bawah. Guru, kau ibarat dian yang membakar diri
melahirkan insan yang lestari tanpa mengira waktu dan hari segala
ilmu dicurah dan diberi kerana kau sedar tanggungjawab yang diberi
tanpamu negara tak mungkin teguh berdiri.Usaha-usaha yang boleh
dilakukan untuk membantu meningkatkan taraf hidup Orang Kelainan
Upaya (OKU).Tidak kuminta lahir ke dunia,Tidak kuduga cacat
begini.Bukan kuminta kasih dan manja,Bukan kurayu bantu simpati.
Demikianlah senandung sayu daripada sebahagian lirik lagu yang
bertemakan Orang Kelainan Upaya (OKU). Mereka yang dilahirkan dalam
keadaan yang tidak sempurna tidak pernah menyesal akan
ketentuan-Nya. Sebagai makhluk Tuhan, golongan OKU ini reda dengan
takdir-Nya. Di dunia ini, sejak azali lagi terdapat insan yang
sempurna kejadiannya, begitu juga sebaliknya. Terdapat insan yang
kurang bernasib baik, iaitu tidak sempurna sifat fizikal mereka di
dunia ini. Kehadiran mereka menunjukkan kekuasaan Allah Yang Maha
Berkuasa dan sebagai manusia yang sempurna sifatnya, kita mestilah
membantu golongan OKU menghadapi liku-liku hidup yang mencabar.
Oleh itu, beberapa prakarsa boleh kita lakukan untuk meningkatkan
taraf hidup golongan OKU. Antara uslub yang dapat kita lakukan
untuk membantu meningkatkan taraf hidup OKU di negara kita adalah
dengan memberikan mereka peluang dalam bidang kerjaya. Kita boleh
membantu mereka berdasarkan tahap kemampuan dan kemahiran yang
dimiliki mereka. Sekiranya mereka mempunyai keistimewaan dalam
bidang kraf tangan, agensi tertentu bolehlah mengambil mereka
sebagai pekerja atau melatih mereka untuk menambahkan kemahiran
dalam bidang tersebut. Hal ini secara tidak langsung akan berupaya
meningkatkan industri kraf tangan Malaysia yang akhirnya menjadi
sumber pendapatan negara. Kini, banyak institusi kewangan mengambil
OKU sebagai kakitangan mereka kerana kualiti kerja OKU setanding,
malah adakalanya lebih hebat daripada manusia normal. Begitu juga
dalam bidang ekonomi dan pendidikan, terdapat pakar ekonomi dan
pendidikan yang berjaya di negara kita, antaranya Allahyarham
Profesor Dato Ismail bin Salleh yang buta matanya telah diberi
pengiktirafan yang sewajarnya dan beliau berupaya membuktikan
golongan OKU sememangnya berupaya melaksanakan sesuatu amanah jika
diberi peluang. Oleh itu, janganlah kita sisihkan mereka, hulurkan
tangan, ringankan beban, bantulah mereka berdasarkan tahap
kemampuan mereka masing-masing. Selain itu, inisiatif yang boleh
dilakukan untuk membantu mereka ialah memperbanyakkan infrastruktur
atau kemudahan kepada mereka khususnya di tempat-tempat awam.
Kemudahan seperti laluan pejalan kaki atau laluan untuk kerusi roda
perlu dibuat untuk memudahkan OKU bergerak dengan selesa. Selain
itu, tandas dan tempat letak kereta yang khas untuk mereka juga
perlu disediakan. Hal ini demikian kerana, golongan OKU akan
mengalami kesukaran kerana ketidakupayaan mereka dari segi fizikal
sekiranya menggunakan kemudahan awam yang sama seperti orang yang
sempurna sifat fizikaInya. Oleh itu, pelbagai kemudahan perlu
disediakan untuk meningkatkan taraf hidup mereka. Malangnya,
terdapat segelintir pihak yang tidak bertanggungjawab mengambil
kesempatan dengan menggunakan kemudahan yang disediakan kepada
mereka. Kita sepatutnya membantu golongan OKU, bukan menyukarkan
kehidupan mereka kerana kekurangan yang dimiliki, bak kata
peribahasa, berat mata memandang, berat lagi bahu memikul.
Tuntasnya, kewujudan kemudahan asas yang lengkap mampu meringankan
beban yang ditanggung oleh mereka, sekali gus mereka dapat
menikmati hidup yang selesa seperti manusia lain akibat daripada
kecaknaan kita terhadap kebajikan mereka. Prakarsa seterusnya
ialah, kerajaan perlu menyediakan kemudahan yang secukupnya dalam
bidang pendidikan. Kita perlu ingat bahawa golongan OKU ini
seharusnya diberikan peluang dan kemudahan dalam pendidikan yang
secukupnya untuk meningkatkan taraf hidup mereka. Kita boleh
menyediakan pendidikan khas seperti bahasa isyarat kepada golongan
OKU. Terdapat beberapa buah sekolah yang menyediakan kemudahan
seumpama ini dan tindakan yang bijak ini perlu dicontohi oleh
masyarakat pada hari ini. Selain itu, terdapat juga iqra Braille
yang dicipta bagi golongan yang buta. Kemajuan teknologi
sememangnya mendatangkan maslahat kepada insan, khasnya kepada OKU
kerana memudahkan mereka mendapatkan pendidikan yang mendalam
berkaitan ilmu-ilmu agama. Oleh hal yang demikian, masyarakat perlu
membantu OKU dengan menyediakan pelbagai kemudahan dalam bidang
pendidikan agar mereka tidak terus ketinggalan dalam arus
globalisasi, yakni mendapat pendidikan yang berkualiti. Peribahasa
Melayu ada menyebut, kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat
sagunya, marilah bersama-sama kita jayakan hasrat murni ini demi
masa depan OKU kerana aspek pendidikan merupakan aset penting untuk
setiap individu mencapai kecemerlangan hidup di dunia dan di
akhirat. Tuntasnya, semua pihak perlulah berganding bahu dalam
melaksanakan tanggungjawab sebagai anggota masyarakat yang prihatin
terhadap kebajikan golongan OKU. Segala amal baik yang dilakukan
akan merealisasikan visi kudsi negara ke arah melahirkan masyarakat
penyayang seperti yang diwara-warakan oleh pemimpin negara. Hal ini
bertepatan dengan sikap kita sebagai rakyat Malaysia yang terkenal
dengan keluhuran budi, adab dan nilai-nilai murni yang tinggi dan
moleklah kita jelmakan nilai tersebut terhadap anggota masyarakat
kita yang kurang bernasib baik. Bulat air kerana pembetung, bulat
manusia kerana muafakat, marilah kita mengatur langkah sederap,
seia sekata agar taraf hidup OKU lebih terjamin dan dapat
merealisasikan slogan 1Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian
Diutamakan.Langkah-langkah Memajukan Industri Pelancongan
NegaraSebagai sebuah negara yang beriklim Khatulistiwa, Malaysia
mempunyai alam semula jadi yang unik dengan deretan pulau yang
menawan. Oleh itu, negara kita mampu menjadikan industri
pelancongan sebagai sumber utama pendapatan negara jika alam semula
jadi itudieksploitasisepenuhnya. Berdasarkan jumlah pelancong yang
semakin bertambah ke negara kita sejak belakangan ini, jelas
menunjukkan bahawa negara ini mempunyai daya tarikannya yang
tersendiri.Buktinya, sepanjang tahun 2008, Malaysia telah
dikunjungi oleh 22 juta orang pelancongyangmenyumbangkan pendapatan
sebanyak RM48 bilion kepada negara.Keunikan budaya rakyat yang
berbilang kaum menjadiaset pentingdalam usaha negara menggamit
kedatangan pelancong.Menteri Kebudayaan, Kesenian dan
Pelancongan,Dato Sri Dr. Ng Yen Yenmenyarankan agar tugas menarik
kedatangan pelancong harus menjadi tanggungjawab semua pihak dan
tidak terletak di bahu kerajaan sahaja supaya industri pelancongan
dapat dimajukan. Setiap anak watan perlu merancang usaha-usaha yang
istiqamah,pragmatik dan efektifperlu diambil untukmelihat industri
ini merentasi benua dan dunia.Langkah primauntuk meningkatkan
industri pelancongan negara ialah kerajaan perlu memperlengkapkan
kemudahan dan prasarana pengangkutan dan perhubungan di negara kita
sehingga menjadiprasarana kelas pertamaterutamanya destinasi yang
menjadi tumpuan pelancong. Faktor utama pelancong datang di
sesebuah negara adalah kerana kemudahan prasarana seperti
pengangkutan dan perhubungan yang terdapat di sesebuah negara. Hal
ini kerana pelancong yang berkunjung ke sesebuah negara ingin
keselesaan dan mencari ketenangan. Oleh itu, kerajaan wajar
memperlengkapkan kemudahan pengangkutan dan komunikasi yang ada
khususnya untuk memudahkan pelancong sampai ke destinasi yang akan
dituju. Misalnya, banyakpelancong yang datang ke negara kita adalah
untuk menikmati keindahan pulau dan pantai. Oleh itu, kerajaan
harus menambah kemudahan perkhidmatan bot atau feri dari tanah
besar ke beberapa buah pulau di
sekitar Laut China Selatan untuk memudahkan orang ramai
menikmati keindahan alam semula jadi. Tugas menyediakan kemudahan
ini akan lebih berkesan sekiranya kerajaan sentiasa mengawasi
syarikat yang ditugaskan untuk menyediakan perkhidmatan
pengangkutan tersebut. Sudah terang lagi bersuluh bahawa kemudahan
yang baik akan memudahkan para pelancong menelusuri dari satu
destinasi pelancongan ke satu destinasi pelancongan yang lain dan
dapat membangunkan industri ini.Selain itu, kemudahan penginapan
yang selesa seperti hotel, chalet, tandas, bekalan air dan elektrik
turut menjadi faktor penting dalam menarik banyak pelancong
mengunjungi negara kita. Kemudahan penginapan penting kerana
situasi ini akan menentukan sama ada seseorang pelancong itu akan
tinggal lama atau sebaliknya. Jika tempat penginapan selesa dan
lengkap,hal ini akan mendorong seseorang pelancong itu tinggal
lebih lama di negara ini sekali gus membolehkan negara memperoleh
lebih banyak mata wang asing. Pembinaan hotel dan rumah penginapan
yang tumbuhseperti cendawantumbuh selepas hujandi bandar atau di
desa di seluruh negara membuktikan kesungguhan negara dalam usaha
menarik kedatangan pelancong ke negara ini. Penyediaan kemudahan
penginapan harus juga mengambil kira kadar sewa dan taraf sesebuah
hotel yang dibina itu. Masalah tandas yang terhad dan berbau
busukselain bekalan air dan elektrik yang kerap meragam perlu
diatasi. Prasarana ini hendaklah dijaga agar pelancong tertarik
untuk berkunjung lagi ke sini. Tegasnya, keselesaan pelancong
ketika menginap di negara kita perlu dititikberatkan agar industri
ini dapat dibangunkan. Bukan itu sahaja, kerajaan melaluiLembaga
Penggalakan Pelancongan Malaysia (LPPM)wajar menyediakan maklumat
lengkap tentang sesuatu destinasi menarik yang terdapat di negara
ini, khususnya di tempat-tempat baharu yang dikenal pasti boleh
menjadi daya tarikan yang menguntungkan. Hal ini dapat dilakukan
sama ada menerusi media cetak seperti risalah, buku, poster,
majalah, dan akhbar atau media elektronik seperti radio dan
televisyen. Selain itu, dengan kewujudan halaman pelancongan dalam
internet juga merupakan cara terbaik untuk memperkenalkan Malaysia
sebagai sebuah negara yang wajar dikunjungi oleh pelancong asing.
Usaha LPPM mempromosi Malaysia dengan mengiklankan negara kita pada
dinding 60 buah bas di kota London pada suatu ketika dahulu
menandakan usaha serius pihak terbabit dalam menarik lebih banyak
pelancong datang ke negara ini. Jika maklumat yang lengkap sampai
ke pengetahuan pelancong, mereka tentunya akan datang melawat
negara kita pada suatu hari kelak. Pendek kata, komitmen kerajaan
dengan badan-badan tertentu dalam menyebarkan keunikan negara kita
ke peringkat global turut merancakkan perkembangan industri ini.Di
samping itu, langkah-langkah keselamatan juga perlu diambil bagi
menjamin kepuasan dan kesejahteraan pelancong semasa berada di
negara kita. Kita tidak seharusnya lupa dengan gelagat segelintir
masyarakat yang mengambil kesempatan ke atas pelancong. Oleh itu,
Unit Keselamatan Pelancong perlu ditubuhkan untuk membantu pihak
polis menangani jenayah ke atas pelancong. Kejadian-kejadian rogol,
mencabul kehormatan, menghendap, peras ugut, rompak dan tipu harus
ditangani secepat mungkin. Kejadian seumpama ini akan membimbangkan
pelancong untuk melancong di negara kita dan sekali gus akan
mengancam industri ini. Oleh itu, pihak berautoriti perlulah
menambahkan bilangan anggota keselamatan terutamanya di destinasi
tumpuan pelancong agar keselamatan dan kesejahteraan pelancong akan
terjamin. Rondaan juga perlu dilakukan dengan lebih kerap dan lebih
banyak pondok keselamatan didirikan. Dengan ini, pihak yang ingin
melakukan perbuatan yang terkutuk tidak dapat dilakukan kerana
adanya kawalan dan pemantauan yang ketat oleh pihak berkuasa.
Ringkasnya, aspek keselamatan perlu dititikberatkan agar pelancong
asing terus berkunjung ke negara ini dan memelihara imej negara.
Seperkara lagi, pelbagai aktiviti yang menarik perlulah diadakan
oleh pihak kerajaan dan badan-badan bukan kerajaan. Aktiviti yang
dimaksudkan adalah seperti pameran kejohanan sukan bertaraf dunia
termasuklah pameran Maritim dan Udara Langkawi (LIMA), Kejohanan
Kereta Formula Satu dan Kejohanan Lumba Basikal Tour de Langkawi.
Kejohanan-kejohanan dan pameran ini perlu dirancang dengan teliti
agar dapat dijalankan sepanjang masa dengan promosi yang lengkap
dan meluas.Penganjuran sukan bertaraf antarabangsa dapat
memperkenalkannegarakepada perwakilan atau atlet-atlet dari
luarnegaraseterusnya dapatmenarik kedatangan pelancong dari
seantero dunia dan membuktikan kepada mereka bahawaMalaysia bukan
sahaja cemerlang dari segi penganjuran sukan bertaraf antarabangsa
tetapi jugaterbilang dalam bidang pelancongan.Kesannya, kedatangan
pelancong ke negara kita juga akan berterusan tanpa menunggu
musim-musim tertentu sahaja. Dengan cara ini, kita dapat
meningkatkan ekonomi negara dan mengekalkan pulangan yang diperoleh
daripada kedatangan pelancong ke negara kita. Hal ini dapat
diibaratkansambil menyelam minum air. Jelaslah bahawa industri
pelancongan dapat dimajukan dengan mengadakan pelbagai aktiviti
negara yang menarik.Masyarakat juga seyogianya boleh bersama-sama
membantu memartabatkan bidang pelancongan negara. Sikap ramah dan
suka membantu pelancong harus diutamakan oleh rakyat Malaysia.
Keramahan rakyat negara ini harus dibuktikan melalui sikap ikhlas
melayan tetamu kita itu. Umpamanya, pemandu teksi yang dianggap
sebagai duta pelancongan negara haruslah bersikap ramah, mesra dan
menjauhi amalan ingin mengambil kesempatan atas kehadiran pelancong
asing bagi mengaut keuntungan dengan mudah. Rakyat perlulah
menunjukkan nilai sopan santun dan lembut bahasa keranabudi bahasa
budaya kita. Rakyat negara ini harus mengubah sikap mereka dengan
melayan para pelancong dengan lebih baik agar kunjungan mereka ke
Malaysia sentiasa memberikanmemorabiliasepanjang hidup mereka.
Masyarakat Malaysia perlulah mengelakkansikap bagai enau dalam
belukar melepaskan pucuk masing-masing. Deduksinya, sinergi
daripada pelbagai lapisan masyarakat dapat membantu meningkatkan
bidang pelancongan negara seterusnya dapat menyumbang kepada
kemajuan negara.Berdasarkan penerangan di atas, jelaslah bahawa
terdapat pelbagai cara yang dapatdilakukan untuk memajukan industri
ini. Segala usaha yang direncanakan itu memerlukanobligasidan
komitmen jitu daripada semua pihak serta perlu dijalankan secara
bijaksana umpamamenarik rambut dalam tepung, rambut tidak putus dan
tepung tidak berselerak. Usaha yangholistikdansyumulini perlu
dijalankan secara sistematikdan tidak hanyasekadar melepaskan batuk
di tangga. Diharapkan industri pelancongan negara ini akan terus
berkembang dan sentiasa meniti dari bibir ke bibir rakyat di
peringkatglokaldanglobal. Bukan itu sahaja, diharapkan juga
industri pelancongan di Malaysia dapatberdiri sama tinggi dan duduk
sama rendahdengan negara-negara pelancongan yang lain.CARA MEMUPUK
SEMANGAT KEJIRANANDalam mendepani era modenisasi pada abad-21 kini,
dunia menyaksikan iktisad(ekonomi)negara membangun seperticendawan
tumbuh selepas hujan. Negara yang semakin pesat membangun
sepertitenggelam sama basah, timbul sama hanyutseiringan dengan
negara maju lain. Namun begitu,isu memupuk semangat kejiranan masih
menjadi polemik dalam kalangan marhaen(golongan bawahan)di
Malaysia.Dewasa ini, semangat kejiranan dalam kalangan masyarakat
kita semakin hari semakin terpinggir. Maasyarakat pada hari ini
lebih mementingkan diri sendiri dan membudayakan hidup bagaienau
dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing. Dari segikonsepnya
semangat kejiranan boleh ditakrifkan sebagai suatu perasaan yang
harus dipupuk oleh setiap masyarakat di Malaysia tanpa mengira
warna kulit bangsa dan agama dalam usaha untuk mengukuhkan
perpaduan kaum demi negara yang tercinta. Biasanya semangat
kejiranan merangkumi semua lapisan masyarakat tidak kira muda
ataupun tua yang perlu kita amalkan.Menurut Dato Dr. Fadzillah
Kamsah jiran merupakan orang yang tinggal di sekeliling kita sama
ada di depan, belakang, kiri , atau pun kanan dan merupakan orang
pertama yang membantu kita ketika kita berada dalam kesusahan. Hal
ini boleh dianalogikan seperti awan yang melindungi bumi daripada
cahaya matahari. Oleh itu, langkah yang signifikan harus diambil
bagi menerapkan semangat kejiranan kepada semua lapisan
masyarakat.Cara yang afdal untuk memupuk semangat kejiranan
ialahibu bapa perlu menjadi suri teladan kepada anak-anak. Hal ini
kerana ibu bapa merupakan guru pertama dan guru terbaik kepada
anak-anak. Jika ibu bapa menunjukkan teladanyang baik kepada
anak-anak maka mereka akan mencontohi teladan yang ditunjukkan
keranabagaimana acuan begitulah kuihnya. Sekiranya ibu bapa
menunjukkan suri teladan yang buruk kepada anak-anak maka mereka
akan menjadi anak-anak yang jahat malah lebih teruk lagi.Hal ini
boleh dianologikan seperti anak burung yang baru belajar terbang
daripada ibunya. Sebagai contoh, ibu bapa haruslah mengunjungi atau
menziarahi jiran tetangga walaupun mereka berada dalam keadaan yang
baik atau tidak. Selain itu, ibu bapa haruslah tidak sombong dengan
jiran dan sering bertegur-sapa agar dapat memupuk semangat
kejiranan. Kesannya, semangat kejiranan dapat dipupuk antara jiran
dalam kalangan anak-anak dan ibu bapa sekali gus dapat mewujudkan
masyrakat yang harmoni. Sekiranya cara memupuk semangat kejiranan
dapat dipupuk oleh ibu bapa maka negara dapat melahirkan generasi
yang bijaksana dan bekerjasama dalam mentadbir membangunkan negara
kearah kemajuannegara pada masa akan datang. Tegasnya, contoh
teladan yang terbaik daripada ibu bapa mampu memupuk semangat
kejiranan dalam kalangan anak-anak.Memetik wasitah nirmala
seterusnya, minhaj(cara)untuk memupuk semangat kejiranan dalam
masyarakat setempat di Malaysia ialahprogram rukun tetangga di
kawasan perumahan mesti dihidupkan semula. Hal ini kerana program
rukun tetangga berfungsi sebagaiperisai untuk mengawal keselamatan
kawasanperumahan terutama pada malam hari. Anggotanya membabitkan
semua pihak tanpa mengira kaum kerana masing-masing
bertanggungjawab menjaga keselamatan kendiri dan keluarga. Sebagai
contohnya, anggota rukun tetangga akan bergilir-gilir bertugas
meronda kawasan tanpa mengira usia, agama dan status. Secara
ghalibnya(lazimnya), senario ini akan mewujudkan jalinan hubungan
yang mesrabagai isi dengan kukusekali gus memupuk semangat
kejiranan yang hakiki(sebenar).Menurut Tun Dr. Mahathir, jiran yang
muafakat akan membentuk masyarakat yang harmoni. Oleh itu, kita
perlu mengaktifkan program rukun tetangga bagi melahirkan semangat
kejiranan yang utuh dan bersatu padu.Meninjau dari skop yang lain,
langkah yang seterusnya adalah denganmengadakan aktiviti
gotong-royong.Melalui aktiviti gotong-royong, jiran dapat berkumpul
dan bekerjasama sambil berbincang tentang aktiviti yang akan
dilakukan. Sebagai contoh, aktiviti yang boleh diadakan secara
bergotong-royong adalah sepertimembersihkan kawasan taman,
menyediakan hidangan untuk kenduri-kendara dan sebagainya. Apabila
berkumpul dan berbincang, mereka akan dapat berkenal-kenalan antara
satu dengan yang lain yang sekali gus membolehkan seseorang itu
mengenal hati budi jiran mereka dengan lebih dekat. Hal ini dapat
digambarkan melalui pepatah Melayu yang mengatakan bahawatak kenal
maka tak cinta. Selepas mengenali hati budi antara satu sama lain
barulah benih-benih kasih sayang. Melalui cara ini, masyarakat yang
penyayang dapat dilahirkan di samping dapat menerapkan pelbagai
nilai murni.Tun Dr. Mahathir, Mantan Perdana Menteripernah
menegaskan bahawa dengan melibatkan diri dalam kegiatan
bergotong-royong, kita berupaya menerapkan pelbagai nilai murni
dalam diri.Bukan itu sahaja, kawasan kediaman juga akan menjadi
bersih dan terpelihara daripada penyakit demam denggi. Jelaslah
bahawa aktiviti gotong-royong dapat memupuk semangat kejiranan
dalam kalangan masyarakat.Jika dilihat dari perspektif yang
lain,kita juga hendaklah mengadakan majlis-majlis rumah terbuka
semasa sesuatu sambutan perayaan. Amalan ini dapat membentuk ikatan
silaturahim dan memperkukuh semangat kejiranan dalam kalangan jiran
setempat. Melalui acara rumah terbuka, jiran dapat bertanyakan
khabar dan bercerita tentang pengalaman masing-masing dengan lebih
dekat. Seterusnya, melalui majlis rumah terbuka ini, semua ahli
dalam masyarakat berpeluang untuk berkumpul dan berbincang sambil
menikmati juadah yang disediakan oleh tuan rumah. Sebagai contoh,
semasa perayaan Hari Raya Aidilfitri, Tahun Baharu Cina, Krismas,
Deepavali, dan sebagainya majlis-majlis rumah terbuka hendaklah
dijadikan acara tahunan.Maka, dengan adanya pengimplimentasian
program seperti Rumah Terbuka Kebangsaan bagi setiap sambutan
perayaan, rakyat dapat diterapkan dengan nilai hormat-menghormati
dan sayang-menyayangi antara satu sama lain ibarat kata bidalan,
serumpun seperti serai, seikat seperti sirih. Hal ini dikuatkan
lagi dengankajian dari Universiti Sains Malaysia yang menunjukkan
keberhasilan penganjuran program Rumah Terbuka Kebangsaan dalam
mewujudkan institusi kejiranan yang kukuh di sembilan buah kawasan
perumahan di sekitar Pulau Pinang. Pendek kata, majlis rumah
terbuka mampu mengeratkan hubungan kejiranan dan memupuk semangat
kejiranan dalam kalangan masyarakat. Lontaran idea yang seterusnya
ialah kita mestilahmenyemarakkan budaya kunjung-mengunjung dalam
kalangan rakyatsebagai langkah untuk memupuk dan mengekalkan
semangat kejiranan. Dalam hidup bermasyarakat, kita digalakkan
menziarahi jiran kita. Melalui aktiviti ini, kita akan mengetahui
masalah dan kesusahan yang dialami oleh jiran kita. Sebagai contoh,
kita perlu berkunjung ke hospital jika kita mendapat berita bahawa
jiran kita dimasukkan ke hospital kerana menghidap sesuatu penyakit
atau kemalangan. Walaupun pepatah Melayu ada mengatakan bahawaberat
mata memandang berat lagi bahu memikulnya, namun sebagai jiran,
kita mestilah berpegang pada prinsipcubit paha kiri, paha kanan
terasa juga. Maksudnya ialah jika kita mempunyai semangat kejiranan
yang tinggi, kita akan dapat merasai segala kesusahan dan keperitan
yang dialami oleh jiran kita. Dengan ini, kita dapat meringankan
penderitaan dan kesusahan yang dialami oleh jiran kita. Izharlah
bahawa amalan ziarah-menziarahi mampu menyemarakkan semangat
kejiranan dalam kalangan masyarakat kita.Sebagai menggulung segala
lontaran idea yang telah dinyatakan, dapatlah disimpulkan bahawa
terdapat beberapa cara yang dapat dipraktikkan untuk memupuk
semangat kejiranan dalam kalangan masyarakat kita. Dalam era
globalisasi ini, sikap mementingkan diri sendiri dan sikap tidak
mempedulikan orang lain semakin menebal.Jika hal ini dibiarkan,
semangat kejiranan akan luntur dan seterusnya akan menjejaskan
perpaduan negara kerana bersatu kita teguh, bercerai kita
roboh.Oleh itu, kita perlu memupuk semangat kejirananbermula
daripada sekarang.Cogan kata Jiran Sepakat Membawa Berkat perlu
terus diamalkan dalam kehidupan kita sehari-hari.Golongan remaja
seharusnya menyuburkan semangat kejiranan kerana mereka merupakan
pemimpin yang akan mewarnai corak pemerintahan pada masa hadapan.
Namun begitu, kita tidak seharusnya meletakkan usaha ini pada bahu
satu pihak keranabertepuk sebelah tangan tak akan berbunyi. Oleh
itu, semua pihak perlulah bersinergi ibaratberat sama dipikul,
ringan sama dijinjinguntuk menghidupkan semangat kejiranan di
negara kita.Allah berfirman yang maksudnya,Wahai manusia,
sesungguhnya Kami menciptakan kamu daripada seorang lelaki dan
seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan
bersuku-suku supaya kamu kenal-mengenali.Semoga Malaysia menjadi
sebuah negara yang mempunyai perpaduan yang utuh dan kukuh. / Dalam
mendepani era modenisasi pada abad-21 kini, dunia menyaksikan
iktisad negara membangun seperti cendawan tumbuh selepas hujan.
Negara yang semakin pesat membangun seperti tenggelam sama basah,
timbul sama hanyut seiringan dengan negara maju lain. Namun isu
memupuk semangat kejiranan masih menjadi polemik dalam kalangan
marhaen di Malaysia. Dari segi konsepnya semangat kejiranan boleh
ditakrifkan sebagai suatu perasaan yang harus dipupuk oleh setiap
masyarakat di Malaysia tanpa mengira warna kulit bangsa dan agama
dalam usaha untuk mengukuhkan perpaduan kaum demi negara yang
tercinta. Biasanya semangat kejiranan merangkumi semua lapisan
masyarakat tidak kira muda ataupun tua yang perlu kita amalkan.
Menurut Dato Dr. Fadzillah Kamsah jiran merupakan orang yang
tinggal di sekeliling kita sama ada di depan, belakang, kiri , atau
pun kanan dan merupakan orang pertama yang membantu kita disaat
kita berada dalam kesusahan. Hal ini boleh dianalogikan seperti,
awan yang melindungi bumi daripada cahaya matahari. Oleh itu,
langkah yang signifikan harus diambil bagi menerapkan semangat
kejiranan kepada semua lapisan masyarakat. Sudah terang lagi
bersuluh cara memupuk semangat kejiranan ialah ibu bapa perlu
menjadi suri teladan kepada anak-anak. Hal ini kerana, jika ibu
bapa menunjukkan teladan yang baik kepada anak-anak maka mereka
akan mencontohi teladan yang ditunjukkan. Sekiranya ibu bapa
menunjukkan suri teladan yang buruk kepada anak-anak maka mereka
akan menjadi anak-anak yang jahat malah lebih teruk lagi. Sebagai
contoh ibu bapa haruslah mengunjungi atau menziarahi jiran tetangga
walaupun mereka berada dalam keadaan yang baik atau tidak. Selain
itu, ibu bapa haruslah tidak sombong dengan jiran agar dapat
memiupuk semangat kejiranan. Biasanya ibu bapa yang berfikiran
terbuka dan luas akan mendidik dan mengajar anak mereka dengan ilmu
agama yang secukupnya supaya mereka menjadi jiran yang baik dan
dapat merapatkan hubungan silaturahim antara jiran. Natijahnya,
semangat kejiranan dapat dipupuk antara jiran dalam kalangan
anak-anak dan ibu bapa sekaligus dapat mewujudkan masyrakat yang
harmoni. Ibu bapa perlu menjadi suri teladan kepada anak-anak
bertepatan dengan aforisme anak-anak ibarat kain putih , ibu bapa
bertanggungjawab mencorakkannya. Hal ini boleh dianologikan
seperti, anak burung yang baru belajar terbang daripada ibunya.
Menurut Albert Einstein, agama tanpa amal adalah buta manakala amal
tanpa agama adalah lumpuh. Oleh itu, ibu bapa perlulah memberi
ajaran agama yang secukupnya dan menjadi suri teladan kepada
anak-anak supaya mereka dapat mencontohi dan menjadi jiran yang
baik dan bertanggungjawab. Sekiranya cara memupuk semangat
kejiranan dapat dipupuk oleh ibu bapa maka negara dapat melahirkan
generasi yang bijaksana dan bekerjasama dalam mentadbir
membangunkan negara ke arah kemajuan negara pada masa akan datang.
Memetik wasitah nirmala seterusnya minhaj untuk memupuk semangat
kejiranan dalam masyarakat setempat di Malaysia ialah kita perlu
bertegur sapa dengan jiran kita yang lain. Hal ini demikian, kita
akan dapat mengenali antara satu sama lain dan dapat mengeratkan
hubungan silaturahim. Biasanya jiran yang berwawasan dan cemerlang
mampu memupuk semangat kejiranan. Jiran yang berwawasan bertepatan
dengan peribahasa bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana
muafakat. Menurut Tun Dr. Mahathir, jiran yang muafakat akan
membentuk masyarakat yang harmoni. Oleh itu, kita perlu bertegur
sapa bagi melahirkan semangat kejiranan yang utuh dan bersatu padu.
Dari sudut kodifikasi yang berbeza, prakarsa yang berkesan yang
perlu dilakukan oleh kerajaan ialah mengadakan kempen kesedaran
untuk memupuk semangat kejiranan dalam kalangan masyarakat. Hal ini
kerana, masyarakat pada hari ini terlalu mementingkan diri sendiri
dan bodoh sombong Kempen mampu menyedarkan segenap lapisan marhaen
di negara kita akan kepentingan semangat kejiranan.Amsalnya, Datuk
Seri Najib Tun Razak sendiri mengadakan jamuan Rumah Terbuka 1
Malaysia setiap kali tibanya Aidilfitri sebagai meraikan
kepelbagaian bangsa dan agama di negara ini. Selain mempromosikan
negara, rumah terbuka mampu mempererat hubungan pelbagai bangsa
supaya lebih memahami dan mengenali budaya masyarakat berbilang .
Hal ini kerana, tak kenal maka tak cinta dan jiran sepakat membawa
berkat. Selain itu, komuniti Rukun Tetangga dan Skim Rondaan
Sukarela merupakan elemen terpenting dalam mempromosikan kempen
supaya lebih segar dalam sanubari rakyat Malaysia. Sekiranya,
kempen yang digerak kerangka mampu menjadi wadah semangat kejiranan
maka rakyat Malaysia mampu menjadi bangsa kelas pertama di persada
dunia.Sebagai pengitlakkannya, isu semangat kejiranan masih menjadi
polemik dalam kalangan marhaen di Malaysia. Semoga Malaysia menjadi
sebuah negara yang mempunyai perpaduan yang utuh dan kukuh.
Sememangnya negara kita tidak memiliki semangat kejiranan kerana
masing-masing mementingkan diri sendiri dan tidak mengambil tahu
tentang hal orang lain. Oleh itu, kita perlu memupuk semangat
kejiranan bermula daripada sekarang. Golongan remaja seharusnya
menyuburkan semangat kejiranan seperti burung jentayu yang patah
sayap bertongkatkan paruh, patah paruh bertongkatkan dagu, patah
dagu bertongkatkan kuku dalam menyuburkan semangat kejiranan.
Sekiranya masyarakat berjaya mengamalkan semangat kejiranan maka
negara Malaysia akan melahirkan generasi yang berdisiplin dan
berhemah.Petang hari memancing ikan, Terlupa janji dengan Pak
Musa;Semangat kejiranan perlu diamalkan, Agar negara aman
sentosa.BERJIMAT CERMAT Setelah menghela nafas kemerdekaan selama
55 tahun, ibu pertiwi kita yang telah bebas daripada cengkaman
penjajah begitu pesat membangun bagaikan cendawan tumbuh selepas
hujan. Sehubungan dengan hal itu, peribahasa ada menyebut bahawa,
ada bukit, ada paya, namun kita tidak boleh mendabik dada kerana di
sebalik kemajuan yang sedang dikecap, negara kita masih lagi
terkongkong dalam gelombang inflasi yang semakin rumit. Walaupun
isu ini hangat diperkatakan dan sering meniti di bibir masyarakat,
tetapi pernahkah terlintas dalam benak fikiran kita, apakah yang
dimaksudkan dengan inflasi? Mengikut penjelasan yang terdapat dalam
Kamus Dewan Edisi Keempat, inflasi didefinisikan sebagai keadaan
kenaikan harga barangan yang disebabkan oleh bertambahnya kuasa
membeli. Oleh itu, masalah ini tidak boleh dipandang remeh dan
formula penyelesaian harus diimplementasikan untuk merungkaikan
masalah ini bak kata peribahasa, tak ada gunung yang tak dapat
didaki, tak ada lurah yang tak dapat dituruni. Setiap penyakit ada
penawarnya yang mustajab, setiap masalah ada jalan penyelesaian
yang berkesan, oleh itu, pihak kerajaan sewajarnya mengambil
inisiatif dengan menganjurkan kempen berhemat secara istiqamah dan
konsisten ke seluruh pelosok negara dan bukannya sekadar melepaskan
batuk di tangga. Memetik kata-kata azimat Lao tze, kehidupan
membazir dan tamak haloba mendorong manusia ke arah kebinasaan.
Lantaran itu, kempen tersebut haruslah menekankan kepentingan
amalan berjimat cermat supaya nilai murni ini dapat dijadikan
amalan dalam kehidupan masyarakat Malaysia. Tindakan yang lebih
afdal, masyarakat sewajarnya diseru supaya berbelanja mengikut
kemampuan sendiri ibarat mengukur baju di badan sendiri dan usahlah
bersikap membesarkan kerak nasi. Cara berbelanja dengan mengikut
hawa nafsu akan membawa padah yang buruk kerana peribahasa Melayu
ada menyatakan, ikut nafsu lesu, ikut hati mati, ikut rasa binasa.
Tambahan pula, pihak kerajaan juga harus mengadakan pertandingan
yang dapat menarik penyertaan khalayak seperti sayembara puisi,
menulis esei, persembahan artis dan sebagainya dalam usaha
menyebarluaskan kempen tersebut. Jelaslah bahawa penganjuran kempen
berhemat secara berterusan dan holistik merupakan perisai yang
ampuh untuk merungkaikan masalah kenaikan harga barangan. Jika satu
pintu tertutup, pintu lain akan terbuka untuk menyelesaikan
sebarang kesulitan yang berlaku di negara kita termasuk isu
kenaikan harga barang. Namun begitu. kita tetap melihat dan
kemudiannya menyesal kerana pintu penyelesaian itu tertutup terlalu
lama sehingga kita tidak dapat melihat pintu lain yang telah
terbuka. Begitulah gambaran implikasi daripada kata-kata mutiara
Alexander Graham Bell, seorang ahli sains dan matematik Barat yang
menunjukkan bahawa setiap masalah pasti ada cara yang berkesan
untuk mengatasinya. Sebagai kesinambungan idea, tindakan badan
bukan kerajaan atau NGO melindungi hak-hak pengguna daripada
kenaikan harga barangan tanpa kawalan di pasaran merupakan langkah
konkrit yang patut dilaksanakan sepanjang masa. Organisasi atau
agensi yang menyokong peranan kerajaan ini seperti Gabungan
Persatuan Pengguna Malaysia atau FOMCA dan Persatuan Pengguna Pulau
Pinang atau CAP, telah mendukung obligasi untuk melindungi hak para
pengguna. Pihak-pihak ini berperanan untuk menerima sebarang aduan
dan menyiasat segala permasalahan yang dihadapi termasuklah masalah
kenaikan harga barangan keperluan, penjualan barangan yang telah
luput tarikh, caj perkhidmatan yang melampau dan sebagainya.
Seterusnya FOMCA dan CAP haruslah mengambil tindakan yang
sewajarnya untuk memastikan hak golongan pengguna akan terpelihara
dan tidak mudah dieksploitasi oleh peniaga-peniaga yang licik dan
tidak bertanggungjawab. Organisasi-organisasi ini haruslah
menjalinkan hubungan ukhuwah ibarat seikat bak sirih, serumpun bak
serai dan kita juga berpegang pada falsafah Confusius, apalah
gunanya sekiranya kita tidur sebantal tetapi mimpi kita lain-lain,
lebih baik kita tidur bantal yang berlainan, tetapi mimpi kita
tetap sama. Deduksinya, melindungi hak-hak pengguna daripada
kenaikan harga barangan tanpa kawalan di pasaran merupakan tindakan
efektif oleh agensi bukan kerajaan atau NGO. Tokoh psikologi Barat
pernah mengungkapkan bahawa tiada masalah yang tidak boleh
diselesaikan, sebaliknya hidup tanpa dibebani masalah adalah
kosong. Kata-kata ini memang ada kebenarannya dan semua rakyat di
negara ini perlu berpijak di bumi nyata kerana setiap kemelut yang
kita hadapi mesti ada uslub dan minhaj yang komprehensif. Bertitik
tolak daripada manifestasi ini, pihak berkuasa seharusnya sentiasa
membuat pemantauan dan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana
pihak yang menaikkan harga barangan sesuka hati tanpa memperoleh
kelulusan daripada pihak berwajib. Pegawai kerajaan berkaitan juga
haruslah memainkan peranan yang penting untuk mengadakan
pemeriksaan secara mengejut ke premis-premis perniagaan dari semasa
ke semasa untuk memastikan para peniaga mematuhi peraturan yang
telah ditetapkan dan tidak bersikap seperti lintah darat.
Sementelahan itu, pihak kerajaan juga haruslah melunaskan
tanggungjawab yang terletak di atas pundak mereka untuk menggubal,
mengkodifikasikan seterusnya menguatkuasakan undang-undang secara
serius dan telus supaya dapat memberi peringatan kepada golongan
peniaga. Mana-mana peniaga yang cuba menaikkan harga barangan atau
memasang lukah di pergentingan hendaklah didakwa di mahkamah agar
kesalahan sebegini tidak berulang ibarat pisang berbuah dua kali.
Oleh itu, usaha pihak berkuasa yang sentiasa membuat pemantauan dan
mengambil tindakan tegas terhadap peniaga yang tidak
bertanggungjawab dapat mengekang masalah kenaikan harga barangan di
pasaran. Lampu Aladdin tidak akan bersinar sendiri, tetapi Aladdin
akan menggosoknya terlebih dahulu, persis ungkapan kata Alex Osborn
telah membuktikan bahawa kejayaan semanis madu tidak akan terjana
tanpa curahan usaha yang bersungguh-sungguh kerana peribahasa
Melayu ada menyebut, kalau tak dipecahkan ruyung, manakan dapat
sagunya. Hakikatnya, media massa juga menggalas kewajipan untuk
menyebarluaskan informasi berkaitan ilmu kepenggunaan merupakan
prakarsa bagi menangkis masalah kenaikan harga barang. Sebagaimana
yang kita sedia maklum bahawa ilmu kepenggunaan dalam kalangan
masyarakat Malaysia masih kurang meluas dan berada di takuk yang
lama. Oleh itu, tidak hairanlah sekiranya segelintir golongan
peniaga yang mengutamakan keuntungan akan bersikap ibarat menangguk
di air keruh, menindas golongan pengguna yang tidak berdosa. Oleh
hal yang sedemikian, media massa haruslah menyumbang tenaga secara
optimum dengan menerapkan pengetahuan berkaitan hak-hak pengguna
kepada seluruh strata masyarakat. Dengan komitmen pihak media
massa, pengguna akan mengetahui kaedah yang efisien untuk menuntut
hak mereka daripada dimanipulasikan oleh para peniaga yang durjana.
Misalnya, apabila berlaku kenaikan harga barangan, pengguna akan
dapat membuat aduan kepada pihak berwajib dan agensi bukan kerajaan
supaya hak-hak mereka dapat dipertahankan. Melalui penyebaran
maklumat oleh media cetak dan media elektronik, para pengguna
termasuk suri rumah tangga akan memperoleh ilmu kepenggunaan secara
total dan bertindak berani kerana benar dalam memperjuangkan hak
mereka seterusnya mengatasi kemelut kenaikan harga barangan di
negara ini. Setelah meniti perbincangan secara panjang lebar, sudah
terang lagi bersuluh, segenap lapisan masyarakat mesti bersama-sama
menggembleng tenaga untuk mengekang kenaikan harga barangan dari
peringkat akar umbinya. Sebagai manusia yang kamil dan soleh, kita
tidak wajar menadah tangan ke langit menunggu kejatuhan lampu ajaib
Aladdin kerana peribahasa Melayu ada menyatakan, yang bulat tak
datang bergolek, yang pipih tak datang melayang. Oleh itu,semua
anggota komuniti haruslah mendukung semangat habis kapak berganti
beliung untuk membendung masalah tersebut. Oleh itu, Wawasan 2020
yang dicetuskan oleh mantan Perdana Menteri kita yang keempat, Tun
Mahathir bin Mohamad bukan lagi menjadi angan-angan Mat Jenin.Cara
untuk mengekalkan keharmonian masyarakat berbilang kaumMarcapada
ini, masyarakat berbilang kaum yang tinggal di negara kita hidup
dalam aman dan harmoni. Hubungan antara masyarakat berbilang kaum
seperti kaum Melayu, Cina dan India ini terjalin erat dan membentuk
masyarakat yang bersatu padu. Idea penubuhan Datuk Seri Mohd Najib
B. Tun Abd. Razak tentang slogan 1 Malaysia telah membawa negara
kita ke arah satu anjakan paradigma dan mengubah cara hidup
masyarakat majmuk yang tinggal di negara Malaysia. Namun begitu,
apakah prakarsa-prakarsa yang harus dilaksanakan oleh semua pihak
untuk mengekalkan keharmonian dan keamanan di negara kita?Prakasa
perdana bagi mengekalkan keharmonian masyarakat berbilang kaum di
Malaysia ialah sikap individu itu sendiri. Hal ini demikian kerana,
amannya sesuatu komuniti amnya bergantung kepada individu itu.
Setiap individu itu haruslah mengamalkan sikap tolak ansurdan
saling sayang menyayangi antara satu sama lain. Setiap rakyat
haruslah sentiasa mengamalkan 17 nilai murni dalam kehidupan
seharian mereka. Dengan adanya pengamal sikap-sikap murni dalam
diri masyarakat di Malaysia, hidup setiap masyarakat rakyat
pelbagai kaum akan sentiasa aman dan harmoni. Sebagai contohnya,
rumah kita mengadakan rumah terbuka sempena sesuatu perayaan
seperti Hari Raya Aidilfitri, tidak seharusnya kita menghalang
jiran kita walaupun mereka bukanlah seagama dengan kita dari
mengunjungi kita dan bersama-sama meraikannya bersama kita.
Seandainya setiap rakyat mengamalkan sikap bertolak ansur dan
sayang menyayangi antara satu sama lain, sudah pasti keharmonian
masyarakat berbilang kaum akan dapat dikekalkan, kerana tegap rumah
kerana sasaknya, teguh negara kerana keutuhan bangsanya. Tegasnya,
sikap individu memainkan peranan yang paling penting untuk
mengekalkan keharmonian dan kemakmuran masyarakat berbilang kaum di
Malaysia hari ini. Di samping itu, pihak sekolah juga merupakan
penjamin masyarakat berbilang kaum yang tinggal di negara kita agar
hidup dalam keadaan aman dan harmoni. Pihak sekolah mestilah
mengadakan aktiviti-aktiviti yang berunsurkan kemasyarakatan dan
melibatkan komuniti pelbagai kaum. Seterusnya, pihak sekolah juga
haruslah menggalakkan pemakaian pakaian tradisi kaum masing-masing
semasa sambuatan-sambutan seperti sambutan Hari Kemerdekaan,
perayaan dan sebagainya supaya masyarakat berbilang kaum di negara
kita akan dapat merasai nikmat keharmonian dan kemakmuran hidup
dalam masyarakat majmuk di negara Malaysia. Sebagai contoh, bagi
kaum Melayu mereka hendaklah memakai baju Melayu dan baju kurung
manakala kaum Cina memakai cheongsam dan memakai sari bagi kaum
India . Sikap ini berjaya menyemaikan semangat perpaduan dalam diri
pelajar seterus akan terus bercambah dengan subur apabila mereka
memasuki alam dewasa. Sesungguhnya, pihak sekolah memainkan peranan
penting dalam mengekalkan keharmonian dan kemakmuran masyarakat
berbilang kaum di negara Malaysia, bak kata peribahasa jika tidak
dipecahkan ruyung masakan dapat sagunya. Amalan masyarakat itu juga
salah satu langkah untuk mengekalkan keharmonian antara kalangan
masyarakat berbilang kaum di Malaysia. Amalan masyarakat yang baik
dapat mengamankan masyarakat majmuk di Malaysia. Keamanan
masyarakat ini dapat dikekalkan dengan penglibatan pelbagai kaum
dan setiap aktiviti yang diadakan dalam sesebuah komuniti. Sebagai
contoh, pengamalan tradisi sukan komuniti tahunan dengan
penglibatan dari setiap golongan kaum yang berlainan disertai
dengan pengamalan sikap-sikap terpuji dalam tradisi yang dilakukan.
Seandainya amalan tradisi dalam sesebuah masyarakat dengan
penglibatan pelbagai kaum tidak diamalkan, sudah pastilah
keharmonian masyarakat tidak dapat dikekalkan. Pendek kata, amalan
tradisi masyarakat dengan penglibatan masyarakat majmuk dapat
mengekalkan keamanan dan kemakmuran hidup bermasyarakat dalam
komuniti pelbagai kaum, seperti yang diperjelas dalam peribahasa ke
lurah sama dituruni, ke gunung sama didaki. Di samping itu, media
massa juga memainkan peranan yang penting dalam mengekalkan
keharmonian dan keamanan antara masyarakat majmuk di negara kita.
Hal ini demikian kerana, media massa merupakan satu mekanisma atau
alat sebaran am yang dapat menyampaikan maklumat atau berita kepada
orang ramai dengan cepat dan dalam masa yang singkat. Sikap mudah
terpengaruh dengan media massa seperti radio atau televisyen
merupakan senario yang biasa kita lihat pada hari ini. Dengan
tersiarnya iklan-iklan atau cerita-cerita yang bertemakan perpaduan
dan keharmonian, semangat cinta akan keamanan akan terus tersemat
di dada semua rakyat di Malaysia. Sebagai contoh, cerita dan iklan
seperti filem Papadom dan iklan TM yang memaparkan persahabatan
antara kaum seperti kaum Melayu, Cina dan India. Seandainya, media
massa tidak memainkan peranan mereka sebagai alat sebaran am
terpantas, sudah pasti keharmonian dan kemakmuran masyarakat sukar
dikekalkan dalam anggota masyarakat di negara kita. Jelaslah bahawa
media massa merupakan mekanisma penghubung antara masyarakat dalam
mengekalkan keharmonian rakyat berbilang kaum di Malaysia. Kerajaan
juga memainkan peranan yang penting dalam mengekalkan keharmonian
masyarakat berbilang kaum di negara kita. Hal ini demikian kerana
negara kita mengamalkan amalan demokrasi dan diperintah oleh sebuah
kerajaan yang adil dan saksama. Gagasan 1 Malaysia yang sentiasa
berubah bergantung kepada sesuatu peristiwa yang penting telah
membawa kepada satu transformasi yang drastik dalam mengekalkan
keharmonian negara. Setiap rakyat haruslah sanggup berjuang
berkorban dan bergadai nyawa untuk mempertahankan kedaulatan,
keamanan dan cara hidup tanpa mengira kaum. Sebagai contoh sempena
Hari Kemerdekaan ke-54 tahun 2011, pengasas cogan kata 1 Malaysia,
Perdana Menteri Malaysia keenam iaitu Datuk Seri Mohd Najib B. Abd
Razak telah menjadikan tema 1 Malaysia kepada tema transformasi
berjaya,rakyat sejahtera. Seandainya kerajaan memainkan peranan
dengan betul, jujur dan amanah sudah pasti kesejahteraan hidup
bermasyarakat dalam pelbagai kaum dapat dikekalkan. Tegaslah bahawa
kerajaan merupakan satu pihak yang memainkan peranan yang penting
dalam mengekalkan keharmonian masyarakat berbilang kaum.
Kesimpulannya, semua pihak haruslah bekerjasama untuk mengekalkan
keamanan dan keharmonian antara masyrakat berbilang kaum di negara
kita. Dalam konteks ini,masyarakat haruslah berganding bahu dan
bertolak ansur di samping pengamalan amalan tradisi serta kerjasama
antara sekolah,media massa dan kerajaan bagi mengekalkan
keharmonian masyarakat pelbagai kaum di Malaysia. Oleh itu, sempena
menyambut Hari Kemerdekaan Ke-54 dan bulan pembentukan Malaysia,
marilah kita sama-sama bertekad untuk menjadi lebih
patriotik,berikrar untuk memberi sumbangan penuh beerti kepada
masyarakat, lebih bersatu padu dan mahu berkorban kepada negara
kerana sesungguhnya Bulat air kerana pembetung,bulat manusia kerana
muafakat.MEMUPUK SEMANGAT KEJIRANAN DALAM KALANGAN MASYARAKAT Jiran
ialah orang yang tinggal di sekeliling rumah kita, iaitu di
sebelah, di hadapan, dan juga di belakang rumah kita. Jika kita
tinggal di satu taman atau di sebuah kampung yang sama, mereka akan
dikenali sebagai jiran tetangga kita. Jiran sangat penting kerana
merekalah yang akan menjadi sahabat kita dan orang yang akan
membantu kita apabila kita menghadapi kesusahan nanti. Pepatah
Melayu ada mengatakan bahawa"Jiran sepakat membawa berkat".Jadi,
kita perlulah mengukuhkan semangat kejiranan supaya kita sentiasa
bersatu hati dalam melakukan sesuatu perkara. Persoalannya apakah
faedah di sebalik cogan kata jiran sepakat membawa berkat ?. Faedah
yang dogmatik untuk merealisasikan semangat kejiranan dalam
kalangan masyarakat adalah akan dapat memupuk hubungan baik antara
jiran. Hal ini demikian kerana, memupuk hubungan baik antara jiran
amat penting bagi mewujudkan sebuah kehidupan yang harmoni dan aman
antara jiran. Hubungan baik antara jiran dapat dipupuk melalui
aktiviti gotong-royong, ziarah-menziarahi serta sukan komuniti.
Amalan gotong-royong akan dapat akan dapat menyatukan rakyat
Malaysia yang berbilang kaum. Hal ini bertepatan dengan peribahasa
seperti aur dengan tebing. Selain itu, hubungan baik melalui amalan
gotong-royong ini, setiap komuniti akan saling bertanya khabar dan
dapat dilakukan dengan cara membersih taman-taman di kawasan
kediaman. Sebagai contoh, amalan gotong-royong ini boleh dilakukan
di kawasan pembiakan nyamuk aedes dan dapat menghalang masyarakat
kejiranan daripada dijangkiti demam denggi. Sekiranya semangat
kejiranan dalam kalangan masyarakat tidak dapat direalisasikan,
sudah pasti hubungan baik antara jiran tidak dapat dipupuk.
Jelaslah bahawa semangat kejiranan dapat diwujudkan melalui
hubungan baik antara jiran. Selain itu, semangat kejiranan juga
dapat memupuk nilai kerjasama dalam kalangan masyarakat di negara
ini. Hal ini dikatakan demikian kerana, nilai kerjasama dapat
menyatupadukan rakyat Malaysia yang berbilang kaum. Nilai kerjasama
juga dapat membentuk jati diri yang baik dalam diri setiap
masyarakat. Melalui amalan gotong-royong dapat meningkatkan lagi
nilai kerjasama dalam kalangan masyarakat lantas semangat kejiranan
ini akan dapat diperkukuhkan. Di samping itu,nilai kerjasama akan
wujud apabila setiap individu membantu jiran mereka semasa
mengadakan rumah terbuka terutama pada musim perayaan, sebagai
contoh semasa perayaan Aidilfitri, masyarakat Islam, masyarakat
India, masyarakat Cina bekerjasama dalam menyempurnakan rumah
terbuka tersebut. Seterusnya, melalui majlis rumah terbuka ini,
semua ahli dalam masyarakat berpeluang untuk berkumpul dan
berbincang sambil menikmati juadah yang disediakan oleh tuan rumah.
Sekiranya,nilai kerjasama tidak diamalkan dalam kalangan masyarakat
majmuk sudah pasti semangat kejiranan di negara ini sukar
diterapkan. Sudah terang lagi bersuluh nilai kerjasama merupakan
salah satu kelebihan bagi memupuk semangat kejiranan dalam kalangan
masyarakat di negara ini. Seterusnya, jiran yang baik akan membantu
jirannya yang menghadapi kesusahan.Hal ini dikatakan demikian
kerana sakit pening, susah senang, jiran adalah orang paling utama
untuk kita mengadu. Apatah lagi dalam hal kecemasan, jiran orang
pertama yang diharapkan untuk menghulur bantuan atau yang
diharapkan bagi mendapatkan pertolongan. Jiran yang baik akan
prihatin dan sentiasa bersedia memberikan pertolongan sekiranya
jiran mereka memerlukan pertolongan tidak kira dalam keadaan susah
atau senang. Jadi, melalui amalan ini, hubungan yang erat sesama
jiran dapat dibentuk yang secara tidak langsung akan menimbulkan
perasaan ingin membantu antara satu dengan yang lain seperti yang
terungkap dalam peribahasa Melayu ke bukit sama didaki, ke lurah
sama dituruni. Seandainya , sikap saling membantu jiran yang
menghadapi kesusahan tidak diamalkan dalam diri masyarakat, sudah
pasti masyarakat hidup dalam kucar-kacir dan berpecah belah.
Sesungguhnya, sikap saling membantu jiran yang menghadapi kesusahan
merupakan salah satu faedah di sebalik cogan kata jiran sepakat
membawa berkat. Bukan itu sahaja, melalui masyarakat yang mempunyai
semangat kejiranan juga akan menjamin keselamatan masyarakat. Hal
ini dikatakan demikian kerana, jiran yang baik akan bersama-sama
menjaga kawasan kediaman mereka daripada berlaku kejadian yang
tidak diingini, seperti kejadian pecah rumah. Masyarakat sebegini
boleh membuat rondaan pada waktu malam bagi memastikan kawasan
kediaman mereka sentiasa berada dalam keadaan selamat. Selain itu,
mereka juga akan melaporkan kejadian tersebut kepada pihak yang
bertanggungjawab apabila kawasan kediaman mereka dimasuki orang
yang mencurigakan. Sekiranya masyarakat di negara ini tidak
mengamalkan cogan kata jiran sepakat membawa berkat dengan
sebaiknya bersama jiran tertangga mereka sudah pasti keselamatan
masyarakat tidak mendapat jaminan yang sepenuhnya. Tegasnya
masyarakat yang mempunyai semangat kejiranan ini dapat menjamin
keselamatan masyarakat setempat. Dalam pada itu, mengenali adat
kebudayaan kaum lain juga merupakan faedah hidup berjiran. Hal ini
demikian kerana masyarakat di Malaysia ialah masyarakat yang
berbilang kaum. Adat budaya yang berbeza antara kaum akan lebih
merapatkan hubungan kejiranan dalam kalangan masyarakat. Sebagai
contoh, pada musim perayaan Aidilfitri kaum Melayu di negara ini
memakai baju kurung dan baju melayu manakala pada musim perayaan
Tahun Baru Cina, kaum Cina memakai pakaian tradisional mereka
seterusnyan pada musim perayaan Deepavali, kaum india memkai sari.
Majlis rumah terbuka juga sering diadakan pada perayaan-perayaan
tersebut dan pelbagai jenis makanan tradisi dapat dinikmati. Selain
itu, adat resam sesuatu kaum dapat diketahui oleh jiran yang
berlainan kaum. Hal ini boleh menggambarkan hidup berjiran juga
membolehkan kita mengenali adat budaya antara kaum. Sekiranya
semangat kejiranan tidak diamalkan, maka adat dan budaya antara
kaum akan lapuk dek hujan, lekang dek panas. Tegasnya semangat
kejiranan memberikan faedah kerana masyarakat dapat mengenali adat
dan budaya kaum lain. Kesimpulannya, terdapat banyak faedah yang
diperoleh di sebalik cogan kata jiran sepakat membawa berkat .
Semua pihak hendaklah memainkan peranan dalam mengamalkan semangat
kejiranan kerana bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana
muafakat. Oleh itu, dengan meningkatkan semangat kejiranan,
perpaduan akan bertambah utuh dan teguh. Jadi, dalam setiap masa,
kita mestilah sentiasa berusaha untuk memastikan semangat kejiranan
sentiasa terpelihara supaya negara kita sentiasa aman, harmoni dan
sejahtera.Jenayah Siber - SALAH LAKU MORAL MENERUSI INTERNET Kita
sering digemparkan dengan kes-kes jenayah siber membabitkan
penggodam profesional yang menceroboh laman-laman web sosial,
kerajaan dan bank-bank bertaraf antarabangsa. Perbuatan itu
mengakibatkan kerugian kepada syarikat-syarikat kewangan kerana
penggodam tersebut membuat pindahan wang bernilai jutaan ringgit.
Sayangnya kes-kes sedemikian akhirnya dilupakan begitu sahaja
umpama layang-layang putus tali. Kes sedemikian menggambarkan
betapa penciptaan peralatan komunikasi seperti internet telah
disalahgunakan oleh segelintir masyarakat yang tidak bermoral untuk
tujuan plagiasme. Secara ringkasnya, salah laku menerusi internet
adalah bertentangan dengan etika, tatasusila dan salah di sisi
undang-undang seperti yang ditegaskan oleh baginda Rasulullah s.a.w
yakni Akhlak yang buruk merosakkan amal seperti cuka merosakkan
madu. Perlakuan salah laku menerusi internet melibatkan perlakuan
gangguan seksual. Hal ini demikian kerana segelintir masyarakat
yang gilakan kebebasan seks menggunakan internet untuk menawarkan
khidmat seks malahan ada yang memaparkan perlakuan sumbang yang
bertentangan dengan nilai, etika dan peradaban manusia normal. Isu
ini mungkin kecil tetapi kesannya kepada individu amat besar kerana
salah laku sedemikian akan terus dimanipulasi tanpa pengujungnya,
ibarat kecurian maruah yang tidak dapat dikembalikan. Sebagai
contohnya, aduan daripada Syarikat Komunikasi Multimedia (SKMM)
mendakwa bahawa banyak laman sesawang yang telah diceroboh oleh
golongan yang tidak bertanggungjawab untuk menghantar emel
berbentuk lucah kepada teman-teman, rakan sekerja, dan pengguna
lain. Tegasnya, salah laku internet ini jika dibiarkan ibarat
membiarkan bisul kecil yang akan memakan sel-sel tubuh dan
tulang-temulang manusia sehingga menjadi bangkai bernyawa.
Perlakuan salah saku internet juga menyebabkan manusia semakin
hilang harga diri. Hal ini sedemikian menggambarkan bahawa generasi
kini semakin cetek agama dan budaya. Hal ini dibuktikan daripada
laporan seorang Ketua Perunding Pengurusan Perkhidmatan dan
Perundingan, HiTech Managed Services yang mendakwa ramai pekerjanya
telah menerima emel lucah daripada penggodam tidak
bertanggungjawab. Sesiapa sahaja boleh mengirimkan emel sedemikian
asal sahaja mereka mahir teknologi maklumat termasuklah kanak-kanak
kerana kerja ini sangat mudah dilakukan. Tambahan pula, maklumat
mengenai teknik menggodam begitu mudah didapati di Internet. Dalam
hal ini, hanya keimanan dan didikan agama yang mantap boleh menjadi
benteng kepada perlakuan ini. Pendita bijak pandai pernah
mengatakan, Kesilapan yang kecil boleh membawa banyak perkara buruk
kepada mangsanya. Perlakuan salah laku tidak bermoral melibatkan
sebilangan besar masyarakat merangkumi golongan remaja dan
kanak-kanak. Hal ini demikian kerana ramai penggodam internet
terdiri daripada golongan remaja. Mereka begitu mahir melakukan
penipuan, pencurian identiti, phishing, pencurian data, spyware,
dan malware. Fenomena ini sangat sukar untuk dikesan dan memberi
impak negative kepada masyarakat dan negara. Sebagai contohnya,
perbuatan salah laku moral penggodam internet telah menggunakan
laman web untuk meraih populariti seperti laman web Facebook dan
Twitter. Mereka mencuri maklumat peribadi, gambar-gambar dan video
dan menyalahgunakannya untuk tujuan yang tidak sihat. Oleh itu,
semua pengguna laman sesawang ini perlu berhati-hati kerana
dibimbangi perbuatan mereka akan menyusahkan sendiri. ibarat
menepuk air di dulang akhirnya terpercik ke muka sendiri. Langkah
menangani kemelut ini perlu dilakukan agar kita tidak menjadi
mangsa penggodam komputer. Dalam erti kata lain, seseorang itu
mesti mempunyai etika siber kerana pengetahuan ini akan akan
mengajar pengguna lebih berhemah dan bertanggungjawab. Seandainya,
setiap pengguna mampu melaksanakan etika siber dengan baik sudah
pasti perlakuan salah laku tidak bermoral ini tidak berlaku. Selain
itu, pengguna perlu mempunyai program antivirus yang baik, mengemas
kini kata laluan, belajar untuk membuat kata laluan yang selamat
serta tidak mendedahkan maklumat peribadi kepada individu tidak
dikenali. Hal ini dibuktikan dari laporan CyberSecurity Malaysia,
sebanyak 4,000 kes jenayah siber dikenal pasti berlaku di Malaysia
sejak dua tahun lalu. Pendek kata, jika pengguna internet
mengamalkan sikap sediakan payung sebelum hujan, sudah tentu mereka
akan dapat mengurangkan kes salah laku moral internet yang mereka
layari. Prof Hamka pernah berpesan, Gunalah akal kerana akal
membentuk budi, membentuk kebudayaan dan tidak menjerumuskan
manusia kepada kehancuran sebaliknya jika manuasia menggunakan hawa
nafsu, ia akan membawa kesesatan. Pihak berwajib telah mengenal
pasti bahawa perlakuan salah laku moral menerusi internet juga
melibatkan kes jenayah komputer. Hal ini demikian dibuktikan
daripada kajian Mohd Ali, wakil SKMM yang menegaskan bahawa
kebanyakan kes melibatkan pengeluaran wang mangsa tanpa kebenaran
melalui mesin juruwang automatik (ATM) manakala kebanyakan kes
jenayah Komunikasi dan Multimedia pula membabitkan perbuatan
merosakkan rangkaian pondok telefon. Oleh itu, langkah menangani
kes jenayah ini memerlukan kepakaran pihak berwajib, khasnya pihak
polis dalam menangani jenayah ini. Justeru, pihak SKMM telah
menganjurkan bengkel multimedia dengan PDRM. Hal ini bertujuan
meningkatkan keupayaan pihak berkuasa dalam menangani siasatan
dalam hal berkaitan jejayah siber. Sebagai natijah daripada
perbincangan ini, dapat saya simpulkan bahawa salah laku moral
menerusi internet merupakan masalah sejagat. Bermakna usaha
membendungnya juga perlu kerjasama sejagat seperti kata peribahasa,
bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat. Yang
berat sama kita pikul yang ringan sama kita jinjing, barulah
masalah ini berjaya kita tangani. Pujangga juga pernah mengingatkan
kita agar berfikir secara rasional tanpa dipengaruhi oleh naluri
atau emosi merupakan satu cara menyelesaikan masalah yang paling
berkesan. Golongan muda merupakan pemangkin kesejahteraan negara
dan mereka yang perlu diberi kesedaran tentang isu ini. Didikan
agama yang mantap daripada ibu bapa, disusuli dengan kesepaduan
pendidikan di sekolah dari aspek sahsiah dan jati diri akan
membentuk golongan ini sebagai insan berpekerti mulia. Bijak
mengendali arus pembangunan globalisasi dan tidak mudah tunduk
dengan arus liberalisasi. Mereka mesti menjadi seperti pepohon yang
rendang tempat insan tumpang berteduh, bukan sekadar menjadi
seperti pohon kering tempat sang pungguk melepas rindu dan hanya
layak dibuat kayu api. Hal ini demikian kerana mereka merupakan
pasak keutuhan negara pada masa akan datang, umpama madah pujangga
yang berbunyi, teguh rumah kerana sasaknya, teguh negara kerana
bangsanya.Peranan anda untuk membanteras kegiatan lumba motosikal
haram daripada terus leluasa? Kegiatan lumba motosikal haram
semakin menjadi-jadi pada masa kini sehingga boleh dikatakan sudah
menjadi tokak dan nanah kepada negara. Baru-baru ini rancangan 999
di TV3 telah menyiarkan kegiatan lumba motosikal haram dan melalui
rancangan tersebut didapati majoriti pelumba haram ialah golongan
remaja. Golongan remaja merupakan aset penting negara yang akan
memimpin kita pada zaman atom akan datang. Seandainya, kebanyakan
remaja kita terlibat dengan kegiatan lumba haram nescaya negara
kita tidak akan du