This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
SULIT 011
JABATAN PELAJARAN NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS
UJIAN PENCAPAIAN SEKOLAH RENDAH 2008BAHASA MALAYSIA – PEMAHAMAN 011Mei50 minit Lima puluh minit
CANANG 1
JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU
1. Kertas soalan ini mengandungi 40 soalan.
2. Jawab semua soalan. 3. Tiap-tiap soalan diikuti oleh tiga pilihan jawapan A, B dan C atau empat pilihan jawapan A, B, C dan D. Antaranya ada satu jawapan sahaja yang paling sesuai. Pilih jawapan itu. Kemudian, tandakan jawapan kamu dengan menghitamkan ruangan pada kertas jawapan.
4. Jika kamu hendak menukar jawapan, padamkan tanda yang telah dibuat. Kemudian hitamkan jawapan yang baru.
Kertas soalan ini mengandungi 20 halaman bercetak. [ Lihat sebelah
10. Saya ingin sangat makan ____________ daripada ____________ durian yang sudahdikopek itu.
A sebiji ... sebuah
B sebutir ... sebiji
C seulas ... sepangsa
D sebuah ... sepangsa
11. Kerani pejabat pos itu meminta orang ramai beratur. _________ mengatakan bahawa hal itu bertujuan bagi memudahkan orang ramai berurusan dengan ____________.
“Apa yang kamu intai-intai itu, Hana?” tanya Suhaila sambil mencuit bahu Suhana yang berada di tepi tingkap dapur.
“Oh, Kak Su! Terkejut Hana. Hana sedang memerhatikan rumah Mak Cik Malar. Mengapa rumahnya gelap saja, sedangkan tingkapnya terbuka? Setahu Hana, Mak Cik Malar pasti menutup tingkap sebaik sahaja senja menjelang,” kata Suhana kepada Suhaila.
Suhaila segera melihat ke arah rumah Mak Cik Malar. Dahinya berkerut seperti memikirkan sesuatu. “Yalah, Hana. Kalau Mak Cik Malar tiada di rumah, tentu dia menutup tingkap rumahnya sebelum keluar. Jangan-jangan ada sesuatu yang berlaku kepadanya,” kata Suhaila.
“Hana pun berfikir begitu. Mari kita jenguk Mak Cik Malar, kak,” ajak Suhana. “Hana risau,” kata Suhana perlahan seolah-olah berkata kepada dirinya. Suhaila hanya mengangguk lalu menuju ke pintu. Suhana mengekorinya.
Mereka keluar melalui pintu dapur. Selepas pintu ditutup, mereka berjalan ke rumah Mak Cik Malar dengan pantas. Apabila sampai di bahagian dapur rumah Mak Cik Malar, Suhaila terus mengetuk pintu sambil memanggil Mak Cik Malar beberapa kali. Sementara itu, Suhana menuju ke tingkap yang terbuka lalu menjenguk ke dalam rumah.
“Ya Allah, Kak Su! Mari sini. Mak Cik Malar terbaring di lantai tu,” jerit Suhana dengan suara yang cemas. Matanya terpaku memandang Mak Cik Malar yang terbaring kaku di lantai dapur. Namun, perasaan lega muncul di hatinya apabila ternampak enjutan perlahan pada dada Mak Cik Malar. “Mak Cik Malar masih bernafas,” kata hati Suhana.
Suhaila yang entah bila berada di sisinya tiba-tiba bersuara, “Hana tunggu di sini sekejap. Biar Kak Su panggil emak dan abah.” Tanpa menunggu sebarang jawapan, Suhaila berlari ke rumah.
Suhana berdiri di tingkap itu. Dia terus memerhatikan Mak Cik Malar sambil memanggil namanya. Suhana berharap agar Mak Cik Malar mendengar panggilannya lalu membuka mata. Suhana ingin melihat senyuman ramah Mak Cik Malar seperti yang lazim dilihatnya.
Baca surat rasmi di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.
Kelab Pencinta Alam,Sekolah Kebangsaan Kampung Ladang,73450 Gemas,Negeri Sembilan Darul Khusus.
Guru Besar,Sekolah Kebangsaan Kampung Ladang ,73450 Gemas,Negeri Sembilan Darul Khusus. 14 MAC 2008.
Tuan,
Memohon Peruntukan Untuk Projek “Sungai Kita Nadi Kita”
Dimaklumkan bahawa Kelab Pencinta Alam telah mencapai kata putus dalam mesyuarat baru-baru ini untuk mengadakan projek “Sungai Kita Nadi Kita” secara gotong-royong.
2. Projek ini bertujuan untuk memupuk kecintaan masyarakat terhadap kebersihan melalui kegiatan membersihkan sungai. Sungai yang terlibat dalam projek ini ialah Sungai Berkat, iaitu sungai di belakang sekolah ini. Sungai Berkat akan dijadikan sebagai “projek anak angkat” Kelab Pencinta Alam. Pelaksanaan projek ini diharapkan dapat membuka jalan untuk mendidik masyarakat kita agar lebih mengambil berat terhadap kebersihan sungai dan alam sekitar.
3. Bagi melancarkan perjalanan projek ini, pihak kelab ingin memohon bantuan kewangan dan peralatan daripada pihak sekolah. Bersama-sama dengan surat ini saya lampirkan laporan belanjawan dan senarai peralatan yang kami perlukan.
4. Saya amat berbesar hati jika pihak tuan dapat menimbangkan permohonan ini. Saya berharap agar jawapan tersebut dapat saya peroleh sebelum 28 Mac 2008. Kerjasama dan sokongan tuan amat saya hargai dan saya dahului dengan ucapan ribuan terima kasih.