960515-13-5253 1.0 PENGENALAN Menurut Sicco van Gelder dalam karyanya, “Strategi Jenama Global (diterjemah oleh Haniza Lockman)”, campuran pemasaran melibatkan perumusan dasar bagi pembangunan produk dan perkhidmatan baharu, pilihan saluran agihan, strategi penetapan harga, komunikasi pemasaran dan memberi perkhidmatan kepada pelanggan. Menurut Darinah Ahmad. (1988) dalam ”Pengiklanan dan Promosi Jualan”, Campuran pemasaran adalah satu set elemen- elemen pemasaran yang boleh dikawal dan berstrategi di mana setiap firma menggabungkannya untuk menghasilkan maklum balas yang dikehendaki di dalam pasaran sasaran. Dengan menggunakan elemen-elemen di dalam campuran pemasaran, firma boleh melakukan aktiviti-aktiviti pemasaran untuk mempengaruhi permintaan terhadap produknya. Ia mengandungi empat elemen iaitu produk, harga, saluran agihan dan promosi atau lebih dikenali sebagai ‘4 P’ (product, price,place and promotion). Kepentingan campuran pemasaran adalah salah satu strategi dalam pemasaran di persada dunia. Selain itu, campuran pemasaran juga dapat memastikan pengurusan perniagaan lebih sistematik dan berdaya saing dalam dunia perniagaan. Oleh hal yang demikian kaedah campuran pemasaran boleh membantu pengurus untuk meningkat ekonomi dalam bidang perniagaan. Seterusnya, campuran pemasaran yang berkesan juga dapat menarik minat pelanggan dan pelabur. 1
46
Embed
Campuran Pemasaran Syarikat Airasia Berhad Di Malaysia Complete
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
960515-13-5253
1.0 PENGENALAN
Menurut Sicco van Gelder dalam karyanya, “Strategi Jenama Global (diterjemah oleh
Haniza Lockman)”, campuran pemasaran melibatkan perumusan dasar bagi pembangunan
produk dan perkhidmatan baharu, pilihan saluran agihan, strategi penetapan harga,
komunikasi pemasaran dan memberi perkhidmatan kepada pelanggan.
Menurut Darinah Ahmad. (1988) dalam ”Pengiklanan dan Promosi Jualan”,
Campuran pemasaran adalah satu set elemen-elemen pemasaran yang boleh dikawal dan
berstrategi di mana setiap firma menggabungkannya untuk menghasilkan maklum balas yang
dikehendaki di dalam pasaran sasaran. Dengan menggunakan elemen-elemen di dalam
campuran pemasaran, firma boleh melakukan aktiviti-aktiviti pemasaran untuk
mempengaruhi permintaan terhadap produknya. Ia mengandungi empat elemen iaitu produk,
harga, saluran agihan dan promosi atau lebih dikenali sebagai ‘4 P’ (product, price,place and
promotion).
Kepentingan campuran pemasaran adalah salah satu strategi dalam pemasaran di
persada dunia. Selain itu, campuran pemasaran juga dapat memastikan pengurusan
perniagaan lebih sistematik dan berdaya saing dalam dunia perniagaan. Oleh hal yang
demikian kaedah campuran pemasaran boleh membantu pengurus untuk meningkat ekonomi
dalam bidang perniagaan. Seterusnya, campuran pemasaran yang berkesan juga dapat
menarik minat pelanggan dan pelabur.
Kajian ini menitikberatkan mengenai Syarikat Air Asia Berhad di Malaysia. Kajian
ini dilakukan bagi mengkaji campuran pemasaran Air Asia Berhad iaitu daripada promosi,
penetapan harga dan produk. Kajian ini juga bertujuan untuk mengenal pasti elemen-elemen
produk. Kajian ini juga dijalankan bagi mengenal pasti pendekatan yang diamalkan dalam
penetapan harga. Selain itu, kajian ini turut bertujuan mengenal pasti campuran promosi yang
diamalkan oleh Air Asia Berhad.
1
960515-13-5253
2.0 Objektif Kajian
Kajian ilmiah ini dilaksanakan untuk mencapai tiga objektif utama berkaitan dengan
campuran pemasaraan yang diamalkan oleh AirAsia Berhad. Objektif-objektif tersebut
adalah:
2.1 Mengenal pasti elemen-elemen produk berdasarkan:
2.1.1 Ciri-ciri perkhidmatan
2.1.2 Kedalaman dan Kelebaran Produk
2.1.3 Aktribut produk, penjenamaan,pelabelan dn khidmat sokongan
2.2 Mengenal pasti pendekatan yang diamalkan dalam penetapan harga.
2.3 Mengenal pasti campuran promosi yang diamalkan oleh Air Asia Berhad.
2
960515-13-5253
3.0 LATAR BELAKANG
3.1 SEJARAH
Air Asia ditubuhkan pada tahun 1993 dan mula beroperasi pada 18 November 1996.
Ia pada asalnya diasaskan oleh syarikat kepunyaan kerajaan Malaysia iaitu DRB-HICOM.
Pada tahun 2001, syarikat yang dibebani dengan hutang yang amat banyak dibeli oleh
syarikat Tony Fernandes, Tune Air Sdn Bhd dengan jumlah RM1 bersama hutang berjumlah
USD 11 juta bersamaan dengan RM 40 juta.
Misi syarikat Air Asia Berhad pula ialah pekerja dilayan seperti ahli sebuah keluarga
besar dan menjadi syarikat terbaik untuk bekerja. Air Asia turut ingin memcipta jenama
ASEAN yang dikenali dunia. Air Asia juga mahu mencapai kos terendah yang menjadikan
sesiapapun boleh terbang dengan Air Asia. Syarikat Air Asia juga mahu mengekalkan produk
berkualiti paling tinggi, merangkumi teknologi bagi mengurangkan kos dan menambah tahap
perkhidmatan.
Visi syarikat Air Asia Berhad ialah menjadi syarikat tambang rendah terbesar di Asia
dan memberikan perkhidmatan kepada 3 bilion orang yang terkini tidak mendapat
perkhidmatan yang maksimum kerana sambungan yang kurang dan tambang yang tinggi.
Hub pertama yang dilancarkan oleh Air Asia ialah di Lapangan Terbang
Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). Di hub pertama, Air Asia memperkenal banyak laluan
penerbangan yang baru dengan tawaran harga yang amat murah. Hub kedua pula mula
beroperasi pada tahun 2003 di Lapangan Terbang Antarabangsa Senai, Johor yang berdekatan
dengan Singapura. Laluan luar negara pertama yang dilancarkan oleh Air Asia berjaya
melonjakkan namanya di sana. Namun jika cabaran untuk bersaing tidak disahut dengan
formula yang bersesuaian untuk berjaya, Air Asia pasti akan kecundang. Tony Fernandes
merupakan tokoh yang amat berwibawa dalam menentukan nama Air Asia kekal berjaya di
Asia dan mula menempah nama di rantau yang lain.
Air Asia Berhad telah mendapat pencapaian yang amat memberangsangkan dari tahun
2003 sehingga 2015. Antaranya ialah:
3
960515-13-5253
Tahun 2003
Syarikat Penerbangan Sedang Membangun Terbaik Tahun
2003
oleh Jurnal Airfinance
Ketua Pegawai Eksekutif Terbaik Tahun 2003 (Tony
Fernandes)
oleh Business Times dan American Express
Antara 100 Penerima Utama Anugerah CIO untuk
kecemerlangan dalam pelaksanaan strategik IT
Memperoleh status Superbrand Malaysia
oleh Superbrands International
www.airasia.com diundi sebagai laman web paling popular
untuk pembelian dalam talian menurut Tinjauan ke-11 Pengguna
Internet Malaysia yang telah dikendalikan oleh AC Nielsen
Consult
Tahun 2004
Syarikat Penerbangan Tambang Murah Terbaik Asia Pasifik
Tahun 2004
Oleh Pusat Penerbangan Asia Pasifik (CAPA)
Eksekutif Penerbangan Terbaik Asia Pasifik Tahun 2004
dianugerahkan kepada Tony Fernandes, CEO Kumpulan
oleh Pusat Penerbangan Asia Pasifik (CAPA)
Anugerah Iklan Kos Rendah Asia Pasifik untuk Iklan Cetak
Syarikat Penerbangan Tambang Murah Terbaik Asia Pasifik /
Timur Tengah 2004
oleh Pusat Penerbangan Asia Pasifik (CAPA)
Syarikat Terurus Terbaik Asia dalam Sektor Talian Udara dan
Penerbangan
oleh Euromoney
Syarikat Terbaik yang Baru Tersenarai Dalam Bursa Saham
4
960515-13-5253
(Tempat ketiga)
oleh Euromoney
Anugerah Serantau Triple A untuk Tawaran Awam Permulaan
(IPO) Syarikat Penerbangan Terbaik bagi tahun 2004
oleh Majalah The Asset
Tawaran Awam Permulaan Terbaik Tahun 2004
oleh The Edge Singapore
Senarai penerima anugerah 25 Bintang Asia (Tony Fernandes)
oleh Business Week
‘Pakaian Seragam Terbaik’ untuk Pertandingan Ratu Cantik
Syarikat Penerbangan Antarabangsa 2004
Pertunjukan Udara ke-5 China, Zhuhai
Anugerah Kepimpinan Pasaran, Anugerah Pencapaian Syarikat
Penerbangan 2005
oleh Majalah Pengangkutan Udara Dunia (ATW)
Tahun 2005
Eksekutif Penerbangan Terbaik CAPA Tahun 2005
dianugerahkan kepada YBhg. Dato' Tony Fernandes
Anugerah Kepimpinan Kos Rendah/Serantau dalam
Anugerah Strategi Perniagaan Syarikat Penerbangan
2005
oleh Airline Business – dianugerahkan kepada YBhg.
Dato' Tony Fernandes
Anugerah Kepimpinan Pasaran Penerbangan
oleh Pengangkutan Udara Sedunia (ATW)
5
960515-13-5253
Anugerah Kecemerlangan Syarikat Pengangkutan
oleh Ports World Sdn. Bhd
Antara 200 Syarikat “Best Under A Billion" Terbaik
Asia
oleh Forbes Asia
Kad Kredit AirAsia RHB
oleh Superbrands
Program Cip Terbaik untuk Anugerah Kepimpinan
Pemasaran MasterCard 2005
oleh MasterCard
Tahun 2006
Usahawan Terbaik Malaysia Tahun 2006 oleh Ernst & Young
dianugerahkan kepada YBhg. Dato' Tony Fernandes
Syarikat Penerbangan Tambang Murah Terbaik Tahun 2006
dalam Anugerah KLIA
oleh Malaysia Airports Holdings Berhad
Anugerah Merit bagi Syarikat Penerbangan Terbaik CAPA
Tahun 2006
oleh Pusat Penerbangan Asia Pasifik (CAPA)
Syarikat Penerbangan Bajet Terbaik Asia menurut Undian
Terbaik dalam Industri Pelancongan 2006
oleh SmartTravelAsia.com
Syarikat Terurus Terbaik, Tadbir Urus Korporat Terbaik,
Hubungan Pelabur Terbaik, dan Paling Komited Terhadap Dasar
Dividen Kukuh menurut Undian Pelabur Tahunan
oleh FinanceAsia.com
Tahun 2007
Syarikat Penerbangan Terbaik Tahun 2007
oleh Pusat Penerbangan Asia Pasifik (CAPA)
6
960515-13-5253
Syarikat Penerbangan Bajet Terbaik Asia menurut Undian
Terbaik dalam Industri Pelancongan 2007
oleh SmartTravelAsia.com
Anugerah Strategi Perkembangan Modal Insan Syarikat
Penerbangan
oleh Frost & Sullivan
Syarikat Baru Muncul Terbaik Asia dari segi Tadbir Urus
Korporat
oleh The Asset
Syarikat Penerbangan Tambang Murah Terbaik di Asia
oleh Skytrax
Anugerah The BrandLaureate 2006-07
kerana kecemerlangan jenama dalam Kategori Syarikat
Penerbangan – Pengangkut Tambang Murah
Tahun 2008
Anugerah Kehormat untuk Pengangkutan Komersial Terbaik
ke Lapangan Terbang
daripada Aviation Week
Tony dianugerahkan Anugerah Ikon Jenama Malaysia oleh
Timbalan Perdana Menteri YAB Dato' Seri Najib Tun Razak di
Forum Jenama Global Malaysia
AirAsia – Antara 30 Jenama Paling Bernilai di Malaysia
Tahun 2008
oleh Jenama-jenama Malaysia Paling Bernilai (MMVB)
Anugerah Kecemerlangan Organisasi PIKOM ICT
oleh Persatuan Industri Komputer dan Multimedia (PIKOM)
AirAsia X –Syarikat Penerbangan Baru Terbaik Tahun 2008
oleh Pusat Penerbangan Asia Pasifik (CAPA)
7
960515-13-5253
Pengangkut Tambang Murah Terbaik Asia
oleh TTG Travel Awards 2008
Jenama Ketua Pegawai Eksekutif Terbaik & Jenama
Korporat Ketiga Terbaik di Malaysia
oleh Tinjauan Kumpulan Pulse
Syarikat Penerbangan Baru Terbaik Dunia (AirAsia X)
oleh Anugerah Sistem Penerbangan Tambang Murah Dunia
Budgie 2008
Anugerah Rakan Negara Thai 2008
oleh Lembaga Pelancongan Thailand
Tinjauan 1000 Jenama Terbaik di Asia Pasifik 2008
(AirAsia- Antara 5 Syarikat Penerbangan Terbaik)
oleh Taylor Nelson Sofres
Syarikat Penerbangan Bajet Terbaik Asia menurut Undian
Terbaik dalam Industri Pelancongan 2008
oleh SmartTravelAsia.com
AirAsia meraih Anugerah Strategi Syarikat Penerbangan
dalam Kategori Kewangan
oleh Airline Business
AirAsia diiktiraf sebagai salah satu daripada 50 Syarikat
Paling Inovatif di Dunia
oleh FastCompany.com
Kepimpinan Penembusan Pasaran Penerbangan Terbaik
Tahun 2008
oleh Frost & Sullivan
Pemimpin yang Semakin Menonjol dalam 10 Tahun Akan
Datang
oleh Institut Hal Ehwal Antarabangsa Singapura (SIIA) dengan
8
960515-13-5253
kerjasama AXN Asia
Anugerah Kepujian Prestij atas sumbangan cemerlang di
Macau
oleh Wilayah Pentadbiran Khas Macau
Tahun 2009
Syarikat Penerbangan Terbaik Tahunan
oleh Pusat Penerbangan Asia Pasifik (CAPA)
Tony telah menerima Anugerah Kecemerlangan dalam
Kepemimpinan Frost & Sullivan 2009
oleh Frost & Sullivan
Pengangkut Tambang Murah Terbaik Asia
oleh TTG Travel Awards 2009
Syarikat Penerbangan Tambang Murah Terbaik Dunia
oleh Skytrax
Tahun 2010
CEO Terbaik Global Masterclass dianugerahkan kepada
Y.Bhg. Dato' Tony Fernandes
Syarikat Penerbangan Tambang Murah Terbaik Dunia
oleh Skytrax
AirAsia diundi sebagai Anugerah Pendatang Baru Industri
Kargo Udara di Anugerah Kargo Udara Dunia ACW 2010
oleh Air Cargo Week
Tahun 2011
9
960515-13-5253
Pengangkut Tambang Murah Terbaik Asia
oleh TTG Travel Awards 2011
Syarikat Penerbangan Tambang Murah Terbaik Dunia
Syarikat Penerbangan Tambang Murah Terbaik Asia
oleh Skytrax
Syarikat Terbaik untuk Hubungan Pelabur – Saiz Sederhana
Laman Web Hubungan Pelabur Terbaik – Saiz Sederhana
oleh Persatuan Perhubungan Pelabur Malaysia (MIRA)
Anugerah Pengangkut Kargo Tambang Murah Terbaik Asia
oleh Anugerah Penerbangan Asia 2011
Syarikat Penerbangan Asing Paling Pesat Berkembang bagi
Kargo
oleh Lapangan Terbang Antarabangsa Baiyun Guangzhou
Anugerah Syarikat Terurus Terbaik Asiamoney 2010
Tahun 2012
Syarikat Penerbangan Tambang Murah Terbaik Dunia
oleh Skytrax
Syarikat Penerbangan Berharga Terbaik ATW Tahun 2012
Tahun 2013
Syarikat Penerbangan Tambang Rendah Terunggul Dunia oleh
World Travel Awards 2013
10
960515-13-5253
Syarikat Penerbangan Tambang Murah Terbaik Dunia
oleh Skytrax
Tahun 2014
Syarikat Penerbangan Tambang Murah Terbaik Dunia
oleh Skytrax
Tahun 2015
Syarikat Penerbangan Tambang Murah Terbaik Dunia
oleh Skytrax
3.2 CAMPURAN PEMASARAAN
11
960515-13-5253
Menurut Sharifah Yuhayu S. dan Suzana M. dalam “Kajian Sorotan Kepentingan
Pengetahuan Campuran Pemasaran Di Dalam Bidang Keusahawanan”, campuran pemasaran
adalah satu konsep yang diguna oleh pemilik perniagaan, eksekutif pemasaran, pengurus
operasi dan juga usahawan dalam mengaplikasikan strategi campuran pemasaran tradisional :
empat Ps (4Ps) iaitu produk, harga, promosi dan saluran pengagihan. Produk merupakan
tawaran pemasar untuk dilihat atau peragaan, dicuba dan digunakan untuk tujuan peribadi, isi
rumah, pengeluaran atau jual semula. Terdapat dua kategori utama dalam produk iaitu,
produk ketara atau tangible dan tidak ketara atau intangible. Produk ketara dikenali sebagai
’barangan’ manakala produk tidak ketara dikenali sebagai ’perkhidmatan’.
Pembentukan campuran pemasaran yang berkesan melibatkan penumpuan usaha
pemasar untuk memuaskan keinginan dan keperluan pengguna. Apabila sesuatu kumpulan
pengguna telah dikenal pasti, pemasar haruslah dapat memenuhi keperluan pengguna supaya
pemasar mendapat keuntungan daripada aktiviti pemasaran yang telah dilaksanakan. Aktiviti
pemasaran dibentuk daripada campuran pemasaran, iaitu kombinasi pemboleh ubah yang
menentukan strategi pemasaran yang akan digunakan oleh sesebuah perniagaan. Melalui
pasaran sedia ada, pemasar akan menggunakan campuran pemasaraan untuk mengenal pasti
sasaran yang boleh membantu organisasi bagi mengekalkan kedudukannya dalam pasaran
dan boleh menguasai keseluruhan pasaran.
Campuran pemasaran terdiri daripada empat pemboleh ubah, iaitu penetapan harga,
promosi, produk dan pengedaran atau pengagihan.
Menurut Darmawan dan Ferrinadewi (1996), produk merupakan sesuatu yang
memiliki nilai dan ditawarkan untuk memenuhi kerperluan semasa. Menurut Kotler dan
Armstrong (2003), produk ialah sesuatu yang ditawarkan kepada pembeli untuk perhatian,
dimiliki, dan kegunaan untuk memuaskan keinginan atau keperluan pembeli.
Menurut Gronroos (1990), perkhidmatan juga merupakan aktiviti atau siri aktiviti
yang lebih kurang tidak ketara sifat yang biasanya, tetapi tidak semestinya, mengambil kadar
dalam interaksi antara pelanggan dan perkhidmatan pekerja atau sumber fizikal atau barang-
barang atau sistem pembekal perkhidmatan, yang disediakan sebagai penyelesaian kepada
masalah pelanggan. Aktiviti perniagaan berasaskan perkhidmatan ini juga melibatkan
penawaran barang tidak nampak kepada pelanggan dan juga merujuk kepada aktiviti yang
dijalankan di peringkat pemasaran dalam memasarkan produk ataupun perkhidmatan mereka
kepada pengguna.
12
960515-13-5253
Ciri-ciri perkhidmatan AirAsia Berhad terbahagi kepada perkhidmatan intangibiliti dan
perkhidmatan kebolehubahan. Menurut Md. Alias B. Hj. Khalil (2011), perkhidmatan
intangibiliti merupakan perkhidmatan tidak nampak, tidak boleh disentuh, tidak boleh dihidu,
dan tidak boleh didengar sebelum digunakan dan tidak pula boleh dipamerkan di dalam
sesuatu rak seperti produk fizikal. Menurut (Md. Alias B. Hj. Khalil (2011) pula
perkhidmatan kebolehubahan merupakan perkhidmatan dengan kualiti yang berbeza
bergantung kepada bila, di mana dan bagaimana sesuatu perkhidmatan diberi. Antara
perkhidmatan intangibiliti yang ditawarkan ialah perkhidmatan kargo, kad kredit, dan Tune
hotel. Perkhidmatan kebolehubahan pula ialah tempat duduk yang selesa dan harga yang
menarik.
Setiap produk mempunyai kelebaran dan kedalaman. Menurut Mohd Kamal Mustaffa
(2012), kelebaran campuran produk merujuk kepada bilangan atau lini produk yang
ditawarkan kepada pengguna. Mohd Kamal Mustaffa (2012) juga menyatakan bahawa
kedalaman campuran produk merujuk kepada bilangan lini item produk yang terdapat dalam
satu barisan produk.
Atribut produk menurut Tjiptono (2007) merupakan unsur-unsur produk yang
dipandang penting oleh konsumen dan dijadikan dasar pengambilan keputusan pembelian.
Manakala menurut Kotler dan Armstrong (2003) pula atribut produk adalah pengembangan
suatu produk atau jasa yang melibatkan penentuan manfaat yang akan diberikan. Sebagai
contoh, AirAsia Berhad menawarkan perkhidmatan dan produk seperti penerbangan tambang
murah, hidangan panas (makanan), perkhidmatan penyewaan kereta, minuman, perkhidmatan
kargo dan kad kredit.
Seterusnya, menurut Sabri (2002), penjenamaan merupakan satu elemen penting
dalam sesebuah perniagaan. Jenama merupakan istilah, tanda nama atau simbol yang
dikaitkan dengan identiti sesebuah produk. Sebagai contoh, AirAsia mengamalkan kaedah
kerja yang lebih fokus untuk memberi peluang kepada setiap orang supaya mereka mampu
terbang dengan AirAsia.
Selanjutnya, menurut Kotlar & Amstrong (2011), penawaran khidmat sokongan dapat
menambahkan nilai produk sedia ada. Sebagai contoh, terdapat pelbagai jenis khidmat
sokongan yang ada dalam syarikat Air \Asia Berhad seperti laman sesawang rasmi Air Asia