-
This document consists of 14 printed pages and 2 blank
pages.
DC (LEG/FC) 143232/1© UCLES 2018 [Turn over
Cambridge International ExaminationsCambridge International
General Certificate of Secondary Education
*8670336367*
MALAY 0546/23Paper 2 Reading May/June 2018 1 hourCandidates
answer on the Question Paper.No Additional Materials are
required.
READ THESE INSTRUCTIONS FIRST
Write your Centre number, candidate number and name in the
spaces at the top of this page.Write in dark blue or black pen.Do
not use staples, paper clips, glue or correction fluid.DO NOT WRITE
IN ANY BARCODES.
Answer all questions.
The number of marks is given in brackets [ ] at the end of each
question or part question.
-
2
0546/23/M/J/18© UCLES 2018
BLANK PAGE
-
3
0546/23/M/J/18© UCLES 2018 [Turn over
Bahagian 1
Latihan 1 Soalan 1–5
Baca soalan-soalan berikut. Tanda kotak jawapan yang betul.
Pilih jawapan yang betul untuk soalan-soalan di bawah ini:
1 Salah satu binatang di bawah ini boleh terbang.
A
A B C D
[1]
B
C
D
2 Di dalam bilik tidur ada ...
A katil
B kolam
C dapur
D taman [1]
3 Anda nampak papan tanda ini di kedai:
Seluar panjang
Apakah yang anda boleh beli?
A
A B C D
[1]
B
C
D
-
4
0546/23/M/J/18© UCLES 2018
4 Kakak isi minyak kereta di ...
A
A B C D
[1]
B
C
D
5 Apakah yang Jenny bawa ke kolam renang?
A
A B C D
[1]
B
C
D
[Total: 5]
-
5
0546/23/M/J/18© UCLES 2018 [Turn over
Latihan 2 Soalan 6–10
Lihat gambar-gambar berikut:
12
6
93
13
A B C
D E F
Tulis huruf yang betul (A, B, C, D, E atau F) di dalam kotak
yang berkaitan.
6 Cita-cita Amran adalah untuk menjadi juru gambar terkenal.
7 Kegemaran masa lapang Susie adalah membeli-belah.
8 Danny ialah seorang ahli sukan yang berjaya di sekolahnya.
9 Anne menaiki kenderaan ini ke rumah neneknya.
10 Chao mahu mencari arah ke utara bandar.
[Total: 5]
-
6
0546/23/M/J/18© UCLES 2018
Latihan 3 Soalan 11–15
Baca nota Amy kepada adiknya Danial.
Danial
Esok kakak jemput kawan-kawan kakak untuk berkelah di taman
rumah kita.
Tolong pergi ke pasar raya dan belikan sebiji kek, tiga botol
minuman ringan dan dua paket biskut. Kalau ada limau yang manis,
belilah beberapa biji. Jangan beli limau muda. Jangan lupa beli
gula-gula kegemaran kakak. Kita tidak ada roti untuk buat sandwic.
Jadi, belilah roti dan juga keju serta telur. Kakak tinggalkan wang
di dalam almari di dalam bilik tidur Danial. Simpan wang itu di
dalam dompet. Jangan lupa beli barang-barang ini hari ini.
Amy
Tanda kotak yang betul.
11 Amy menjemput kawan-kawannya untuk ... di taman rumahnya.
A bermalam
B berkelah
C bersukan [1]
12 Amy menyuruh adiknya Danial untuk pergi ke ...
A pasar raya
B kedai bunga
C restoran [1]
-
7
0546/23/M/J/18© UCLES 2018 [Turn over
13 Amy tidak suka limau yang ...
A manis
B pahit
C muda [1]
14 Selain daripada kek, Amy juga akan sediakan ...
A sandwic
B keropok
C kacang [1]
15 DaniaI disuruh ambil wang di dalam ...
A almari
B katil
C kotak [1]
[Total: 5]
-
8
0546/23/M/J/18© UCLES 2018
Bahagian 2
Latihan 1 Soalan 16–20
Baca e-mel Atan kepada kawannya Adam.
Adam,
Saya tidak boleh pergi ke rumah awak pada hujung minggu ini.
Saya minta maaf. Saya tidak tahu datuk saya akan datang ke rumah
saya. Dia akan datang selama dua hari sebelum dia terbang ke
London. Saya tahu awak sudah membuat beberapa rancangan untuk kita.
Kalau awak belum beli tiket untuk ke konsert pada hari Sabtu ini,
jangan beli lagi. Kalau awak sudah beli, saya akan bayar untuk
tiket itu. Saya rasa kita boleh berjumpa pada hari Jumaat minggu
akan datang. Awak boleh datang ke rumah saya dan kita boleh pergi
berenang di pantai. Kita juga boleh bermain layang-layang kalau
cuaca pada hari itu baik.
Sekali lagi, saya minta maaf.
Atan
Lengkapkan ayat-ayat berikut dengan perkataan Melayu yang sesuai
di bawah.
rancangan maaf terbang konsert
bayar berenang datuk filem
cuaca pantai
16 Atan meminta
........................................................ kerana dia
tidak dapat berjumpa Adam. [1]
17 ........................................................ Atan
akan datang ke rumahnya pada hujung minggu. [1]
18 Dia akan berada di rumah Atan sebelum
........................................................ ke London.
[1]
19 Adam mungkin sudah beli tiket untuk
........................................................ . [1]
20 Kalau
........................................................ baik, Atan
ajak Adam untuk bermain layang-layang. [1]
[Total: 5]
-
9
0546/23/M/J/18© UCLES 2018 [Turn over
Sila buka halaman untuk Latihan 2.
-
10
0546/23/M/J/18© UCLES 2018
Latihan 2 Soalan 21–28
Baca rencana di dalam blog ini dan jawab soalan-soalan dalam
Bahasa Melayu.
Tidak lama lagi saya akan meninggalkan bandar ini. Saya telah
tinggal di bandar ini sejak lima belas tahun yang lalu dan saya
mempunyai ramai kawan dari pelbagai bangsa. Kami membesar bersama,
pergi ke sekolah yang sama dan mempunyai minat yang sama.
Bapa saya memberitahu bahawa saya akan dihantar belajar di luar
negara. Saya sedih kerana saya terpaksa meninggalkan kawan-kawan
saya. Pada masa yang sama, saya berasa gembira dapat belajar dalam
suasana yang baharu. lbu bapa saya mahu saya menyambung pelajaran
di Australia. lbu saudara saya tinggal di sana dan saya akan
tinggal dengan dia sementara saya mencari asrama. Saya tahu dia
akan menjaga saya dengan baik.
Saya juga berasa takut sebab saya akan terpaksa membuat
segalanya sendiri dan tidak lagi boleh bergantung kepada ibu bapa
saya. Saya rasa pengalaman ini akan membuat saya lebih dewasa.
Kita tidak akan belajar membuat apa-apa sendiri kalau sepanjang
hidup kita, segalanya dibuat untuk kita. Saya tahu semua ini
bukanlah mudah.
Saya berjanji akan terus menghubungi kawan-kawan saya. Saya akan
menulis setiap perkembangan saya dalam blog ini dengan memuatkan
gambar-gambar yang menarik! Jumpa lagi.
-
11
0546/23/M/J/18© UCLES 2018 [Turn over
21 Sejak bilakah penulis tinggal di bandar itu?
......................................................................................................................................................[1]
22 Mengapakah penulis akan meninggalkan bandar itu?
......................................................................................................................................................[1]
23 Mengapakah penulis berasa sedih bercampur gembira? Beri dua
jawapan.
(i)
...............................................................................................................................................[1]
(ii)
...............................................................................................................................................[1]
24 Di manakah ibu bapa penulis mahu dia bersekolah?
......................................................................................................................................................[1]
25 Penulis akan tinggal dengan siapa sementara mencari
asrama?
......................................................................................................................................................[1]
26 (a) Apa perasaan penulis mengenai pengalaman tinggal jauh
dari ibu bapanya?
...............................................................................................................................................[1]
(b) Mengapa?
...............................................................................................................................................[1]
27 Apakah janji penulis kepada kawan-kawannya?
......................................................................................................................................................[1]
28 Bagaimanakah penulis akan membuat blognya lebih menarik?
......................................................................................................................................................[1]
[Total: 10]
-
12
0546/23/M/J/18© UCLES 2018
Bahagian 3
Latihan 1 Soalan 29–33
Baca teks di bawah dengan teliti.
Kita tidak semestinya mengembara jauh untuk mendapat pengalaman
yang menarik. Pengalaman Rose semasa bercuti di rumah neneknya di
Sabah merupakan satu pengalaman yang sungguh tidak disangka. Ini
merupakan pengalaman yang dia akan ingat selama-lamanya.
Rose memilih untuk bercuti bersama neneknya di kampungnya sebab
dia ingin menikmati kehidupan jauh dari bandar. Biasanya, Rose
bercuti di luar negara bersama ibu bapanya. Pada percutian kali
ini, setiap hari yang Rose berada bersama neneknya, dia mempelajari
sesuatu yang baharu. Nenek Rose menceritakan kepada Rose mengenai
Pesta Kaamatan kaum Kadazan Dusun selepas selesai menuai padi. Rose
juga dapat menyertai pesta ini dan belajar tarian kaum petani dan
memakai pakaian tradisional mereka yang cantik.
Semasa membesar di Kuala Lumpur, Rose tidak tahu banyak tentang
kebudayaan kaum Kadazan Dusun, walaupun ibunya adalah dari kaum
itu. Dia hanya dapat melihat gambar dan video dan membaca mengenai
perayaan ini. Semasa nenek Rose melawat mereka di Kuala Lumpur, dia
tidak pula teringat untuk menceritakan tentang kehidupannya di
kampung.
Jiran nenek Rose membuat kraftangan untuk dijual di pasar. Rose
selalu melawat jiran ini untuk melihat bagaimana dia membuat
bakul-bakul kecil dengan bentuk yang sungguh menarik. Kemudian Rose
ikut jiran ini untuk menjual bakul-bakul ini kepada
pelancong-pelancong, terutama sekali dari negara barat, yang suka
kraftangan seperti ini. Rose mempelajari cara untuk berjual beli,
cara tawar-menawar dan cara bergaul dengan pelancong-pelancong
itu.
Setiap hari Rose menulis jurnal di dalam bukunya mengenai setiap
pengalaman semasa dia bersama neneknya di kampung. Dia juga telah
mengambil gambar pesta menuai dan tarian-tarian. Gambar-gambar ini
akan dimuatkan di dalam blognya apabila dia pulang selepas bercuti.
Rose pasti rencana mengenai pengalamannya ini akan menarik lebih
ramai pembaca ke blognya.
-
13
0546/23/M/J/18© UCLES 2018 [Turn over
Jawab soalan-soalan berikut dengan menandakan BETUL atau SALAH.
Jika kenyataan itu SALAH, betulkannya berdasarkan teks di atas.
(Terdapat 2 kenyataan yang betul dan 3 kenyataan yang salah)
Contoh: BETUL SALAH
Kita perlu pergi ke luar negara untuk mendapat pengalaman yang
menarik.
3
Kita tidak semestinya mengembara jauh untuk mendapat pengalaman
yang menarik.
..........................................................................................................................................................
BETUL SALAH
29 Rose sudah tahu apa pengalaman yang akan didapatinya semasa
bercuti di rumah neneknya.
..........................................................................................................................................................
BETUL SALAH
30 Rose ingin bercuti di tempat yang jauh dari bandar.
..........................................................................................................................................................
BETUL SALAH
31 Pesta Kaamatan ialah pesta sebelum petani menuai padi.
..........................................................................................................................................................
BETUL SALAH
32 Maklumat mengenai budaya kaum Kadazan Dusun terdapat dalam
video dan tulisan.
..........................................................................................................................................................
BETUL SALAH
33 Bakul-bakul ini dijual kepada orang tempatan.
..........................................................................................................................................................
[Total: 8]
-
14
0546/23/M/J/18© UCLES 2018
Latihan 2 Soalan 34–38
Baca e-mel di bawah dan jawab soalan-soalan berikutnya dalam
Bahasa Melayu.
Tuan/Puan,
Nama saya Joana Johan dan saya berumur 16 tahun. Bulan depan
saya akan bercuti panjang dan saya ingin memohon pekerjaan yang
diiklankan di dalam surat khabar tempatan baru-baru ini.
Saya tahu pejabat Tuan/Puan memerlukan pembantu pejabat. Saya
rasa, saya boleh membuat pekerjaan ini. Walaupun saya tidak
mempunyai pengalaman bekerja di pejabat, saya tahu saya boleh
belajar dengan cepat. Saya pasti dapat melakukan pekerjaan seperti
menghantar e-mel, menyediakan bungkusan untuk dipos, menyambut
tetamu dan lain-lain. Saya sanggup belajar untuk mendapat
pengalaman.
Di sekolah, saya merupakan setiausaha Persatuan Bahasa Melayu,
dan mempunyai tanggungjawab untuk menyediakan bahan-bahan untuk
mesyuarat, merancang program untuk acara tahunan kami dan berjumpa
dengan orang ramai untuk meminta tajaan untuk acara-acara persatuan
kami.
Saya boleh bekerja sepanjang bulan Ogos pada setiap hari minggu.
Saya tidak ada rancangan lain untuk mengisi masa cuti saya sebab
saya sudah membuat keputusan untuk mencari pekerjaan. Saya tinggal
tidak jauh dari pejabat Tuan/Puan dan boleh berbasikal ke sana.
Jadi, saya tidak ada masalah pengangkutan. Masa saya bekerja juga
agak longgar.
Saya sedang belajar pelbagai mata pelajaran seperti Sejarah,
Geografi, Sains, Bahasa lnggeris dan Bahasa Melayu. Saya tahu
pengalaman bekerja akan menambahkan lagi pengetahuan saya di luar
bilik darjah.
Saya ingin mendapat pengalaman bekerja ini sebab pengalaman ini
akan membantu menolong saya membina kepercayaan diri saya di
samping memberi saya wang berbelanja. Saya mempunyai sifat yang
sentiasa ingin menolong, mesra dan rajin. Saya memang senang
bergaul dengan sesiapa sahaja. Saya yakin dengan sifat-sifat ini
saya sesuai untuk bekerja di pejabat Tuan/Puan yang banyak
mengendalikan urusan dengan syarikat-syarikat ternama di negara
ini.
Saya harap Tuan/Puan dapat mempertimbangkan permohonan saya.
Saya menunggu jawapan Tuan/Puan. Terima kasih.
Joana Johan +6012 659 273
-
15
0546/23/M/J/18© UCLES 2018
34 Dari manakah Joana mengetahui tentang pekerjaan pembantu
pejabat ini?
......................................................................................................................................................[1]
35 Mengapakah Joana rasa dia boleh membuat pekerjaan ini
walaupun tanpa pengalaman?
......................................................................................................................................................[1]
36 Apakah antara tugas Joana dalam Persatuan Bahasa Melayu di
sekolahnya? Beri dua contoh.
(i)
...............................................................................................................................................[1]
(ii)
...............................................................................................................................................[1]
37 Mengapakah Joana tidak mempunyai rancangan lain semasa
cutinya?
......................................................................................................................................................[1]
38 Apakah yang Joana harap untuk dapat dari pengalaman bekerja
ini?
(i)
...............................................................................................................................................[1]
(ii)
...............................................................................................................................................[1]
[Total: 7]
-
16
0546/23/M/J/18© UCLES 2018
Permission to reproduce items where third-party owned material
protected by copyright is included has been sought and cleared
where possible. Every reasonable effort has been made by the
publisher (UCLES) to trace copyright holders, but if any items
requiring clearance have unwittingly been included, the publisher
will be pleased to make amends at the earliest possible
opportunity.
To avoid the issue of disclosure of answer-related information
to candidates, all copyright acknowledgements are reproduced online
in the Cambridge International Examinations Copyright
Acknowledgements Booklet. This is produced for each series of
examinations and is freely available to download at www.cie.org.uk
after the live examination series.
Cambridge International Examinations is part of the Cambridge
Assessment Group. Cambridge Assessment is the brand name of
University of Cambridge Local Examinations Syndicate (UCLES), which
is itself a department of the University of Cambridge.
BLANK PAGE