CADANGAN PENAMBAHBAIKAN PENGURUSAN MAKMAL
A. KEADAAN FIZIKAL MAKMAL Susunan dan label alatan Kebersihan
dan keceriaan di dalam makmal Kebersihan dan keceriaan stor makmal
Kebersihan dan keceriaan di koridor makmal Susunan sudut-sudut khas
Keseluruhan bahagian makmal berfungsi Papan kenyataan &
pengisian Hasil kerja pelajar - Buku skrap Model/gambar/poster dll
Akuarium/bahan awet Carta pencapaian mata pelajaran sains
Koridor di makmal sains Sebelum : tiada sebarang mural di
sepanjang koridor makmal sains sekolah ini.Selepas penambahbaikan :
mural Kitaran hidup katak telah dilukis untuk mencantikkan laluan
di makmal sains sekolah ini. Saya dapati ramai murid termasuk guru
yang suka akan mural ini. Mural ini begitu sesuai dengan
matapelajaran Sains sekolah rendah.
Papan kenyataan di makmal sains Sebelum : papan kenyataan di
makmal sains tidak begitu menarik.Selepas penambahbaikan : papan
kenyataan telah dihias cantik agar makmal nampak ceria dan menarik
minat murid.
B. PENYIMPANAN STOK
Tujuan penyimpanan stok makmal sains adalah untuk memastikan
stok yang diterima, disimpan dalam keadaan teratur dan sistematik.
Stok ini merangkumi semua peralatan dan bahan sains. Sebelum ini,
makmal sains Sekolah Kebangsaan Pauh tidak mempunyai buku stok.
Jadi untuk penambahbaikan makmal sains, maka saya telah berusaha
mewujudkan buku-buku stok. Penyimpanan dan kawalan stok peralatan
dan bahan sains adalah secara spesifik seperti tercatat dalam
prosedur. Guru perlu pastikan stok makmal sains disemak dan
dikemaskini sekurang-kurangnya enam bulan sekali.Di dalam stor
makmal, terdapat almari, laci, kabinet dan rak untuk menyimpan
peralatan dan radas sains.Setiap rak mestilah dilabel mengikut apa
yang disimpan padanya supaya mudah membuat pemeriksaan stok.
Antara buku stok yang saya wujudkan ialah : Buku stok penggunaan
alat Merekod penggunaan alatan dan radas sains yang diperlukan
untuk setiap sesi pdp. Buku stok peralatan makmal Merekod radas dan
bahan yang baru dibeli serta memasukkan ke stor sains mengikut
bilangan dan spesifikasinya. Seterusnya, mengemaskini butir-butir
dalam kad stok berdasarkan rekod invois bagi peralatan sains, bahan
kimia dan bahan biologi yang baru diterima. Rekod pergerakan alat
Merekodkan peralatan dan bahan sains yang dipinjam oleh
guru-guru.Merekodkan pemindahan peralatan dan bahan sains dari
makmal.Merekodkan penyelenggaraan dan pemeriksaan peralatan dan
bahan sains. Buku rekod peralatan rosak/hilang Merekod peralatan
dan bahan sains yang rosak dan hilang untuk tujuan hapus kira dan
pelupusan.
C. PROSEDUR PELUPUSAN
Di makmal sains terdapat banyak bahan sains yang digunakan untuk
membuat ujikaji dan eksperimen. Setelah selesai eksperimen, bahan
sisa dan toksik tersebut perlulah dilupuskan. Bahan sisa toksik
tadi tidak boleh dibuang ke dalam sistem saliran atau longkang. Ia
akan menyebabkan pelbagai masalah, terutamanya pencemaran alam
sekitar. Guru perlulah memastikan bahan sisa makmal dilupuskan
dengan cara yang betul.
Cara-cara pelupusan yang sesuai : Pencairan merupakan cara
paling baik bagi pelupusan cecair dan gas.Bahan yang larut dalam
air boleh dibuang terus ke dalam sistem salirandengan air yang
banyak. Bahan-bahan organik yang tidak larut dalam air hendaklah
dikumpulkan di dalam botol dan dilabelkan. Jangan buang bahan-bahan
itu ke dalam sistem saliran.
Rawatan secara kimia Kebanyakan bahan sisa makmal boleh
dijadikan tidak berbahaya melalui rawatan secara kimia. Ada yang
boleh dimusnahkan melalui tindak balas tertentu dan ada pula yang
boleh dineutralkan dan dicairkansebelum dibuang.Garam-garam logam,
terutamanya merkuri dan kadmium hendaklah dimendakkan terlebih
dahulu. Merkuri ialah logam yang paling berbahaya di dalam makmal.
Langkah keselamatan mestilah diutamakan semasa mengguna dan
membuang bahan ini.
Pembuangan bersama-sama sampah Bahan-bahan pepejal yang tidak
berbahaya boleh dibuang secara ini. Bahan-bahan kaca dan logam
hendaklah diasingkan. Jangan buang bahan-bahan yang boleh diguna
semula.
Penanaman Najis, bangkai haiwan serta sisa tumbuhan boleh
ditanam di tempat yang sesuai. Pastikan lubangnya agak dalam.
Bahan-bahan kimia tidak sesuai dilupuskan melalui cara ini kerana
boleh mencemarkan sumber air bawah tanah yang berdekatan.
Sumber tertutup Sumber yang tidak diperlukan hendaklah
dikembalikan kepada pembekalatau pembuatnya.Jika sumber tertutup
itu disyaki merbahaya atau bocor, pihak berkuasa yang berkenaan
hendaklah diberitahu dengan serta-merta.
Sumber terbuka Sisanya hendaklah dilupuskan secepat yang mungkin
melalui sink dan dicurahkan dengan air yang banyak atau dengan
membuangkannya ke dalam tong sampah seperti yang diperuntukkan.
Pelupusan sisa pepejal mestilah tidak lebih daripada 10 mikrocurie
seminggu. Bagi menumpukan perhatian tentang perlunya mengawal
perlupusan sisa radioaktif, maka bekas bagi mengisinya mestilah
diuji supaya pencemaran secara tidak sengaja tidak berlaku.
Pelupusan bahan sisa A. Gas - Gunakan almari wasap untuk
membuangnya. B. Cecair yang mengurai hendaklah dicairkan dengan air
yang banyak dan dituang ke dalam sink. Cecair yang mudah terbakar
hendaklah dibuangkan ke dalam botol kosong dan dibakar di luar
makmal.JANGAN SEKALI-KALI dibuang ke dalam sink. C. Pepejal - Bagi
pepejal yang tidak larut dan aktif, ia bolehlah dimasukkan ke dalam
kotak bekas sisa. D. Kaca - Sebuah kotak bekas sisa yang khas
membuang kaca mestilah diadakan. E. Haiwan yang dibelah - ia
hendaklah ditanam sebaik sahaja selepas digunakan untuk mencegah
lalat dan renga, F. Semaian hidupan seni- semua semaian mestilah
dicampur dengan formalin sebelum membuangnya.
D. PERATURAN DAN KESELAMATAN MAKMALAspek keselamatan di dalam
makmal amat penting bagi mengelakkan sebarang kemalangan dan
perkara yang tidak diingini berlaku. Kesedaran terhadap kepentingan
keselamatan dapat mengurangkan kemalangan di makmal. Keselamatan
makmal merupakan tanggungjawab siapa? Jawapannya, pihak sekolah,
guru dan pelajar sendiri seharusnya bertanggungjawab menjaga
keselamatan dan mematuhi peraturan di makmal sains. Antara
keselamatan yang perlu ditekankan di dalam makmal ialah: Peti
pertolongan cemas Alat pemadam api Pelan laluan kecemasan Latihan
kebakaran Carta bantuan kecemasan Peraturan keselamatan makmal
Sistem penjagaan makmal teratur (gas, air dan elaktrik) Peralatan
keselamatan diri Peredaran udara dalam makmal Utamakan keselamatan
diri di dalam makmal Penggunaan baju makmalPeti pertolongan cemas
Sebelum : peti pertolongan cemas berada di dalam stor makmalSelepas
penambahbaikan : peti pertolongan cemas yang telah lengkap,
diletakkan di hadapan makmal. Isi kandungannya hendaklah diperiksa
dari semasa ke semasa untuk memastikan ianya lengkap. Peti
pertolongan cemas mestilah mengandungi item berikut: a. Pelbagai
saiz kain balutan (tidak kurang daripada 6 saiz).
b. Kapas yang telah disteril.
c. 1 gulung kapas.
d. Plaster luka.
e. Plaster berpelekat.
f. Penyepit dan gunting.
g. Sabun dan tuala.
h. Botol pencuci mata.
i. Krim antiseptik atau (paraffin gauze).
j. Larutan antiseptik
Alat pemadam api Sebelum : alat pemadam diletakkan di luar
makmal sainsSelepas penambahbaikan : alat pemadam api ini telah
diubah ke dalam makmal dan diletakkan berdekatan dengan pintu dan
mudah dicapai iaitu kira-kira 900mm dari atas lantai. Pemadam api
jenis ABC digunakan kerana ia dapat memadamkan banyak jenis api.
Jabatan bomba telah dihubungi bagi mendapatkan nasihat dan
tunjukcara serta memastikan alat pemadam ini diperiksa oleh pihak
bomba sekurang-kurangnya sekali setahun.
Selain alat pemadam api jenis ABC, saya turut tambahkan baldi
yang berisi pasir (bersih dan kering) di sudut hadapan makmal. Ia
sesuai digunakan untuk memadamkan api kecil termasuk kebakaran
logam seperti natrium, serbuk zink, magnesium, fosforus dan
lain-lain.
Pelan laluan kecemasan Sebelum : tiada pelan laluan kecemasan di
makmal sains ini kerana ianya telah tertanggal.Selepas
penambahbaikan : menyediakan pelan laluan kecemasan dengan jelas
dan mudah difahami. Saya juga telah mempamerkan pelan laluan
kecemasan di dinding makmal berhampiran dengan pintu. Seterusnya
mengadakan latihan kecemasan (dengan kerjasama Unit Keselamatan
Sekolah) untuk mengenalpasti pelan laluan kecemasan.
Peredaran udara dalam makmal Sebelum : tingkap makmal tidak
dibuka semasa pdp dijalankan.Selepas penambahbaikan : setiap kali
pdp sains, guru perlu minta murid membuka semua tingkap. Makmal
mesti mempunyai peredaran udara yang baik untuk mengelak daripada
lemas atau menghidu asap yang beracun.
Carta bantuan kecemasan Sebelum : tiada carta bantuan kecemasan
di dalam makmal.Selepas penambahbaikan : menyediakan carta bantuan
kecemasan di dalam makmal dan memastikan guru dan murid-murid
memahami isi kandungannya serta dapat mengambil langkah-langkah
keselamatan dan tindakan segera untuk memberi pertolongan cemas
bila perlu.
Peraturan keselamatan makmal Sebelum : tiada carta peraturan
keselamatan di dalam makmal.Selepas penambahbaikan : satu senarai
peraturan keselamatan makmal telah ditampal di tempat yang mudah
dilihat oleh murid. Semua pengguna makmal sains perlu mematuhi
peraturan supaya makmal menjadi satu tempat yang selesa dan
selamat. Ini juga akan memastikan pdp yang dijalankan dalam makmal
menjadi lebih efektif.
Petunjuk Sebelum : tiada petunjuk dipamerkan di dalam
makmal.Selepas penambahbaikan : satu petunjuk JAGALAH KESELAMATAN
ANDA berukuran besar telah diletakkan di atas (siling) makmal. Ini
bertujuan untuk mengingatkan murid-murid tentang keselamatan diri
ketika berada di dalam makmal.