CADANGAN JAWAPAN KERTAS 3 TAHUN 2014
DEMOKRASI BERPARLIMENLatar belakang sistem Demokrasi
BerparlimenSelepas pembentukan Malaysia pada tahun 1963, jentera
pentadbiran kerajaan telah diperkemaskan.Sistem pemerintahan dan
pentadbiran negara selepas merdeka adalah berlandaskan sistem
pemerintahan demokrasi berparlimen.Negara demokrasi lahir dpd
perjuangan berasaskan kedaulatan rakyat.Terdapat dua corak
pemerintahan demokrasi.Sistem Raja Berperlembagaan iaitu sistem
pemerintahan yang mengekalkan raja sebagai pemerintah tertinggi
negara dan negeriPemerintah dibantu oleh Perdana MenteriMalaysia
mengamalkan sistem Demokrasi Berparlimen dan Raja Berperlembagaan
sejak merdeka pada tahun 1957.Demokrasi Berparlimen bermaksud
rakyat melibatkan diri dalam sistem pemerintahan negaraRaja-raja
Melayu menjadi lambang taat setia rakyatRakyat berpeluang membentuk
kerajaanRakyat bebas memilih perwakilan melalui pilihanrayaRakyat
berhak menyokong, mengekal atau menukarkan kerajaaan yang sedia ada
melalui pilihanrayaPerlembagaan Malaysia menjadi garis panduan
sistem pemerintahan demokrasi berparlimen di Malaysia.Beberapa
pindaan perlembagaan dibuat untuk menyesuaikan sistem pentadbiran
dengan perkembangan politik semasa.Sistem Demokrasi berparlimen
berjaya mengekalkan kerajaan yang adil, sejahtera dan stabil.Konsep
PerlembagaanPerlembagaan merupakan undang-undang tertinggi yang
menjadi asas kepada pembentukan sesebuah kerajaan.Tujuan
perlembagaan adalah sebagai dokumen rasmi negara.Mengandungi segala
peraturan dan prinsip sebagai panduan kepada kerajaan untuk
melaksanakan kuasanya dan mentadbir negara.Parti politik yang
mentadbir akan mengetahui hala tuju pentadbiran negara.Menjamin
kerajaan menunaikan tanggungjawab kepada rakyat melalui peruntukan
yang terkandung di dalamnya.Perlembagaan Malaysia yang
diperkenalkan pada 16 september 1963 mengandungi 183
perkara.Perlembagaan ini mengandungi peruntukan seperti senarai
kerajaan persekutuan, kerajaan negeri dan senarai bersama.Institusi
Yang Dipertuan Agong, Parlimen, Jemaah Menteri dan badan
kehakiman.Perlembagaan Malaysia telah membuat pembahagian kuasa
antara kerajaan persekutuan dengan kerajaan negeri kerana Malaysia
merupakan sebuah negara persekutuanNegeri -negeri yang bergabung
dengan persekutuan Malaysia diberikan hak, kuasa dan tanggungjawab
seperti yang diperuntukkan dlm perlembagaan negeri
Keluhuran perlembagaanBermaksud keagungan dan ketertinggian
undang-undang atau perlembagaan itu sendiri.Bukti keluhuran
perlembagaan ialah kuasa parlimen, kedudukan Yang Dipertuan Agong,
kuasa perundangan dan kebebasan asasi diperuntukkan oleh
perlembagaanParlimen memperoleh kuasa daripada perlembagaanYang
Dipertuan Agong tertakluk kepada perlembagaan Malaysia.Keluhuran
perlembagaan Malaysia mengatasi Yang Dipertuan Agong, parlimen,
jemaah Menteri, dan mahkamahSemua jenis undang-undang yang
bercanggah dengan perlembagaan Malaysia adalah tidak sah
Sebab-sebab pindaan PerlembagaanMelindungi kepentingan
rakyat.Menjaga keselamatan Negara.Melicinkan urusan.Supaya sentiasa
releven.Sesuai dengan keperluan semasa.Menjadikan perlembagaan
sebagai undang-undang yang munasabah.Kandungan dipatuhi oleh rakyat
dengan rela hati.Melarang perkara sensitif dipersoalkan secara
terbuka.Parlimen telah meluluskan pindaan Akta Hasutan 1970 yang
menghadkan seorang individu daripada bercakap
sewenang-wenangnya.Mengelakkan perbalahan kaum.Memelihara
keselamatan/ketenteraman/ keharmonian masyarakat.
PILIHAN RAYA DI MALAYSIA
Maksud dan Latar Belakang Pilihan RayaPilihan raya ialah proses
memilih wakil rakyat untuk memerintah sama ada pada peringkat
negeri atau persekutuan.Pemilihan ini dilakukan secara sulit
menggunakan prosedur yang telus dan teratur.Pengiraan undi dibuat
secara terbuka dan keputusannya direkodkan.Calon yang mendapat undi
terbanyak dikira menang.Sistem ini dikenali dengan sistem majoriti
mudah.Pilihan rayamerupakan ciri penting sistem demokrasi
berparlimen di Malaysia.
Peranan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR)Pilihan raya di Malaysia
dijalankan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).Keanggotaannya
dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong selepas berunding dengan Majlis
Raja-Raja Melayu.Suruhanjaya Pilihan Raya ditubuhkan untuk menjamin
pilihan raya yang adil dan bebas tanpa tekanan parti pemerintah
atau pembangkang.Tiga fungsi utama SPR adalah menentukan sempadan
bahagian-bahagian pilihan raya, menjalankan pendaftaran pemilih dan
mengendalikan pilihan raya sama ada pilihan raya umum atau pilihan
raya kecil.
Tujuan Pilihan RayaPilihan raya umum diadakan untuk memilih ahli
Dewan Rakyat dan ahli Dewan Undangan Negeri secara serentak di
seluruh Semenanjung Malaysia.Di Sarawak dan Sabah pula pilihan raya
umum bagi bagi Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri diadakan
secara berasingan.Pilihan raya kecil diadakan apabila berlaku
kekosongaan kerusi di mana-mana kawasan Parlimen atau Dewan
Undangan Negeri.Kekosongan itu berlaku mungkin disebabkan hal-hal
tertentu seperti kematian, peletakan jawatan dan perlucutan
jawatan.Pilihan raya kecil mesti diadakan dalam tempoh 60 hari bagi
Semenanjung Malaysia dan 90 hari bagi Sarawak dan Sabah selepas
kekosongan itu.
Proses Pilihan Raya di MalaysiaPenetapan tarikh penamaan calon
dan pengundian oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).Penamaan
calon.Penyediaan manifesto oleh parti yang bertanding.Pelancaran
kempen pilihan raya.Pengumuman tentang tempat pengundian dan tempat
pengiraan undi oleh SPR.Pemberian kertas undi yang mengandungi
lambang parti calon yang bakal dipilih kepada pengundi di tempat
pengundian.Pengundi akan memangkah calon pilihannya pada kertas
undi dan memasukkan kertas tersebut ke dalam peti undi.Pembuangan
undi.Pengiraan undi.Pengumuman keputusan pilihan raya oleh Pegawai
Pilihan Raya.
Kelayakan CalonWarganegara Malaysia bebas memilih dan
menganggotai mana-mana parti politik yang mereka gemari.Mereka
boleh menjadi calon dan bebas untuk bertanding dalam pilihan
raya.Seseorang yang ingin menjadi calon dalam pilihan raya mestilah
warganegara Malaysia, berumur 21 tahun, bermastautin di Malaysia,
sempurna akal, bukan orang yang muflis, tidak memegang jawatan
dalam perkhidmatan awam dan tidak disabitkan dengan sesuatu
kesalahan oleh mahkamah.Seseorang warganegara akan hilang
kelayakannya sebagai ahli Parlimen atau ahli Dewan Undangan Negeri
jika dihukum penjara tidak kurang daripada 12 bulan atau didenda
tidak kurang daripada RM2000 dan belum mendapat
pengampunan.Calon-calon dalam sesuatu pilihan raya boleh bertanding
atas nama parti atau atas nama individu sebagai calon bebas.Mereka
harus mengemukakan kertas penamaan calon pada hari penamaan
calon.
Kelayakan PengundiSeseorang pengundi yang berkelayakan boleh
mengundi jika namanya didaftarkan dalam Senarai Daftar
Pemilih.Menuruf perkara 119 Perlembagaan Malaysia, seseorang
warganegara yang berumur 21 tahun, bermastautin atau tidak
bermastautin, tinggal di mana-mana kawasan pilihanraya Dewan Rakyat
atau Dewan Undangan Negeri mengundi dalam pilihanraya
tersebut.Seseorang pengundi hanya boleh mengundi dalam sebuah
kawasan pilihanraya sahaja.Perlembagaan membenarkan anggota pasukan
keselamatan, pelajar di luar negara dan pegawai kerajaan yang
bertugas di luar negara mengundi melalui pos dengan syarat nama
mereka terdaftar sebagai pengundi.
Kempen Pilihan RayaDi negara kita, sebelum proses pengundian
dijalankan sama ada dalam pilihanraya umum atau pilihan raya kecil,
calon daripada pelbagai parti yang bertanding
dibenarkanberkempen.Tempoh berkempen adalah antara tujuh hingga
lima belas hari sahaja.SPR telah menubuhkan urus setia yang
diketuai oleh seorang setiausaha yang berperanan sebagai Ketua
Eksekutif dan Ketua Pentadbir urus setia.Mereka dibantu oleh
sekumpulan kakitangan awam.Urus setia SPR diwajibkan mengikuti
garis panduan dan dasar SPR.Tujuannya untuk memastikan piliharaya
dijalankan dengan efektif dan adil.
Kepentingan Pilihan RayaPilihanraya penting kepada semua
warganegara dalam sistem pemerintahan demokrasi.Setiap warganegara
perlu bertanggungjawab mengambil tahu perkembangan politik
semasa.Mereka harus melibatkan diri dalam poses memilih pemimpin
negara serta menentukan bentuk kerajaan dan corak pemerintahan
demokrasi melalui pilihan raya.
Sebab-Sebab Demokrasi Berparlimen diamalkan di
MalaysiaMelahirkan taat setia rakyat yang tidak berbelah bagi
kepada pemimpin yang dipilih.Rakyat terlibat dalam menentukan hala
tuju politik negara.Memberi ruang dan peluang kepada rakyat memilih
pemimpin.Dapat menentukan pemimpin yang berkebolehan dan
berkualiti.Rakyat mempunyai hak bersuara, berpolitik dan
berpersatuan.Pemimpin yang terpilih akan berkhidmat dengan sebaik
mungkin kepada rakyat.Ekonomi negara akan berkembang
maju.Mengekalkan kestabilan politik negara.
Kebaikan Amalan DemokrasiMengekalkan kedaulatan
kerajaan.Kerajaan dipilih oleh rakyat.Berpeluang menentukan
kepimpinan negara.Menentukan masa depan negara.Segala pemasalahan
diselesaikan melalui rundingan.Kecekapan pentadbiran
negara.Kestabilan negara aman.Memudahkan perancangan
kerajaan.Meningkatkan kerjasama dalam kalangan masyarakat.Menjamin
hak rakyat.Mengurangkan tekanan antarabangsa.Memperkukuhkan
perpaduan.Mengekalkan perkongsian kuasa.Kerajaan stabil.Kemajuan
ekonomi.Menarik pelaburan asing.
Cara-Cara Sistem Demokrasi di Malaysia Dapat dikekalkanMendidik
rakyat agar menggunakan demokrasi dengan cara yang
betul.Mengamalkan demokrasi dengan cara yang betul.Mengelakkan
campur tangan asing dalam urusan negara.Mengekalkan keharmonian
hidup pelbagai kaum.Semangat demokrasi harus disuburkan di
peringkat sekolah.Amalan demokrasi mengikut acuan negara
sendiri.Kekalkan sistem pilihanraya yang adil dan bebas.Memelihara
undang-undang dan perlembagaan negara.Rakyat mesti memelihara jati
diri bangsa.Mengutamakan kepentingan negara.
Kebaikan Sistem Pemerintahan DemokrasiRakyat terlibat dalam
memilih dan membentuk kerajaan.Rakyat boleh bersuara dan kemukakan
pandangan.Pemimpin tidak berkuasa mutlak.Rakyat bebas memilih
pemimpin melalui pilihanraya.Menjamin hak asasi rakyat.Memastlkan
keamanan.Menjamin kerajaan yang adil dan stabil.Kedaulatan di
tangan rakyat.
Cara-Cara Mengekalkan Kedaulatan dan Kemerdekaan NegaraMenjaga
nama baik negara.Mewujudkan kerjasama.Sanggup berkorban demi
kebaikan bersama.Bermusyawarah untuk mencapai kata sepakat.Bertolak
ansur dalam politik.Merealisasikan dasar-dasar kerajaan.Menghayati
sejarah perjuangan para pejuang negara.Menghormati lambang-lambang
negara.PERANAN BADAN KEHAKIMAN DAN SISTEM MAHKAMAH
Badan kehakimanMenentukan kesahihan undang-undangBerkuasa
mentafsir Perlembagaan Persekutuan dan Perlembagaan NegeriMempunyai
kuasa mendengar serta menentukan perkara sivil dan jenayah.Perkara
sivil berkaitan dengan saman.Biasanya memerlukan afidavit
(keterangan bertulis dengan mengangkat sumpah yang disaksikan oleh
seorang peguam).Perkara jenayah melibatkan kanun keseksaan.
Sistem mahkamahBerkuasa mentafsir perlembagaan negara.Mentfsir
undang-undang.Mengisytiharkan undang-undang bertulis Kerajaan
Persekutuan atau Kerajaan Negeri.Berkuasa mengisytiharkan sesuatu
tindakan kerajaan tidak sah di sisi undang-undang.Melaksanakan
undang-undangTidak boleh meminda undang-undang.
CIRI-CIRI BADAN PERUNDANGAN (LEGISLATIF)Berperanan mengubal
undang-undang oleh Parlimen.Bagi menjamin keadilan dan
kesejahteraan rakyat.Parlimen terdiri daripada Yang di-Pertuan
Agong, Dewan Negara dan Dewan Rakyat.
Dewan NegaraMerupakan dewan tertinggiMengandungi 69 orang
ahli.Mewakili setiap negeri.Ahli digelar Senator.Tempoh keanggotaan
adalah tiga tahun.Berumur sekurang-kurangnya 30 tahun.Senator
setaraf sama dengan Ahli Parlimen.Beliau boleh dilantik menjadi
ahli Jemaah Menteri.Senator dilantik tanpa melalui pilihan raya
oleh Yang di-Pertuan Agong.Terdiri daripada individu yang memberi
sumbangan cemerlang dan berpengalaman.Dalam perkhidmatan awam,
bidang profesional atau bidang tertentu seperti perniagaan,
perusahaan, pertanian, kesenian, dan kebajikan, atau mewakili
sesuatu kumpulan minoriti seperti Orang Asli.Keahlian Dewan Negara
dibahagikan kepada tiga kumpulan.Dua orang ahli yang dipilih oleh
Yang di-Pertuan Agong yang mewakili Wilayah Perekutuan Kuala Lumpur
dan seorang ahli mewakili Wilayah Persekutuan Labuan.40 orang ahli
dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong yang terdiri daripada individu
yang telah berjasa dan cemerlang dalam bidang profesional.
Dewan RakyatDewan Rakyat merupakan dewan terpenting.Ahlinya
dipilih oleh rakyat dalam pilihan raya umum.Dewan Rakyat
mengandungi 219 orang ahli.Mereka mewakili semua kawasan pilihan
raya.Tempoh keanggotaannya lima tahun.Tugas utama menggubal dan
meluluskan undang-undang di peringkat Dewan Rakyat.
BADAN PELAKSANA (EKSEKUTIF)
Jemaah MenteriTerdiri daripadaJemaah Menteriatau
Kabinet.Merupakan badan pelaksana dasar kerajaan.Pembuat dasar
tertinggi negara.Diketuai oleh Perdana Menteri.Perdana Menteri dan
Timbalan Perdana Menteri mengetuai sesebuah atau beberapa
kementerian.
KementerianKementerianbertanggungjawab menggubal dasar-dasar
kerajaan.Merancang serta menyelaraskan program pembangunan ekonomi
dan sosial.Setiap kementerian diketuai oleh seorang Menteri.
MenteriMenteridibantu oleh Timbalan Perdana Menteri , Setiausaha
Parlimen dan Setiausaha Politik.Menteri yang tidak diberikan tugas
dalam kementerian tertentu dikenali sebagai Menteri Tak
Berportfolio.Beliau akan diberikan tugas-tugas tertentu oleh
Perdana Menteri.
Perkhidmatan AwamPerkhidmatan Awamdiketuai olehsetiausaha
Negara(KSN).Bertanggungjawab mengawasi perjalanan kementerian dan
jabatan kerajaan.Pentadbiran kementerian diketuai oleh Ketua
Setiausaha Kementerian (KSK).KSK dibantu oleh kakitangan kerajaan
yang dikenali sebagai pegawai perkhidmatan awam.Kakitangan awam
melaksanakan dasar yang ditetapkan oleh kerajaan.Jabatan kerajaan
diketuai oleh Ketua Jabatan dengan gelaran Ketua Pengarah.
Badan BerkanunBadan berkanun merupakan badan separuh
kerajaan.Mempunyai kuasa autonomi tertentu.Mempunyai peruntukan
kewangan tersendiri.Ditadbir oleh sebuah Lembaga Pengarah yang
bertanggungjawab kepada Menteri yang berkenaan.
SuruhanjayaMengendalikan urusan pelantikan, kenaikan pangkat,
dan pemantauan disiplin.Antara Suruhanjaya ialah Perkhidmatan
Awam(SPA), Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP), Suruhanjaya
Perkhidmatan Undang-undang dan Kehakiman, Suruhanjaya Pasukan Polis
dan Majlis Angkatan Tentera.
Kronologi proses meluluskan undang-undang di Parlimen.Proses
meluluskan undang-undang di Parlimen dicadangkan oleh
kementerian.Penggubalan rang undang-undang oleh Jabatan Peguam
Negara.Pembacaan pertama di Dewan Negara danPembacaan tajuk rang
undang-undang sahaja.Pembacaan kedua di Dewan Rakyat dan rang
undang-undang dibahaskan.Perbincangan secara terperinci tentang
rang undang-undang pada peringkat jawatankuasa di Dewan
Rakyat.Pembacaan ketiga di Dewan Rakyat danRang undang-undang
dibahaskan semula sebelum diluluskan untuk dikemukakan ke Dewan
Negara.Pembentangan di Dewan Negara menjalankan proses yang sama
seperti di Dewan RakyatPenyerahan rang undang-undang yang
diluluskan oleh Dewan Negara kepada DYMM Yang di-Pertuan Agong
untuk diperkenankan dan dicop mohor.Pewartaan atau pemberitahuan
undang-undang dalam Warta Kerajaan.
Kepentingan pengagihan kuasa kepada tiga badan
pentadbiranMenjamin kesejahteraan hidup rakyatPengagihan kuasa bagi
mengelakkan pemusatan kuasa berlaku.Berperanan untuk
mengimbangicheck and balancedalam pentadbiran.Pengagihan kuasa
dapat mengelakkan penindasan terhadap rakyat.Dapat menjamin
kebebasan rakyat dan hak asasi rakyat dilindungi.Mewujudkan
kecekapan dalam pentadbiran.Menjadikan sistem pentadbiran yang
sistematik.Pengagihan kuasa dapat mengurangkan bebanan tugas.Dapat
membantu pembangunan negara yang pantas.Dapat mengelakkan salah
guna kuasa dalam pentadbiran.Mengelakakan perbalahan dalam bidang
pentadbiran.
Usaha-usaha meningkatkan kecekapanpentadbiranKerajaan perlu
memberi keutamaan kerja berpasukan.Mengamalkan budaya kerja yang
mesra pelanganMenggunakan kemajuan teknologi dalam pentadbiran
seperti dikaunter perkhidmatan.Mengamalkan dan memberikan
perkhidmatan yang cepat dan pantas.Memastikan sifar rasuah dalam
pentadbiran.
Ciri-ciri pemimpin negaraBerpengetahuan luas dalam pelbagai
bidang politik, ekonomi dan sosial.Menggunakan sistem pentadbiran
yang moden .Menolak amalan rasuah dan mengukuhkan integriti dalam
pentadbiran.Seorang yang menepati masa dan melicinkan urusan
pentadbiran.Pemimpin yang mahir dalam ICT dan menggunakannya dalam
urusan pentadbiran.Seorang yang profesional dalam tindakanya.
Peranan badan perlaksanaPembuat dasar tertinggi Negara.Menggubal
dasar-dasar kerajaan dalam semua perkara.Perdana Menteri sebagai
Ketua Jemaah Menteri.Mengetuai kementerian dan beberapa
kementerian.Kementerian bertanggungjawab menggubal dasar-dasar
kerajaan / merancang dan menyelaras program pembangunan ekonomi dan
social.Terdapat 26 kementerian.Kementerian diketuai seorang
menteri.Dibantu oleh timbalan menteri / setiausaha parlimen/
politik.Menteri tak berpotfolio.Perkhidmatan awam diketuai
setiausaha Negara.Pentadbiran diketuai Ketua Setiausaha
NegaraDibantu oleh kakitangan kerajaan.Bertanggungjawab
melaksanakan tugas.Jabatan diketuai oleh ketua pengarah.Jabatan di
peringkat pusat/ daerah.Badan berkanun berkuasa autonomi.Mempunyai
kewangan sendiri.Ditadbir lembaga pengarah.Penubuhan
suruhanjaya.
Kebaikan sistem pemerintahan demokrasiRakyat terlibat dalam
memilih/ membentuk kerajaan.Rakyat boleh bersuara/ kemukakan
pandanganPemimpin tidak berkuasa mutlakRakyat bebas memilih
pemimpin melalui pilihanrayaMenjamin hak asasi rakyatMemastikan
keamananMenjamin kerajaan yang adil/ stabilKedaulatan di tangan
rakyat
Kebaikan amalan demokrasi dalam sesebuah negaraMengekalkan
kedaulatan negara.Kerajaan dipilih oleh rakyat.Berpeluang
menentukan kepimpinana negara.Menentukan masa depan
negaraBerpeluang menentukan kepimpinan negaraMenentukan masa depan
negara.Segala permasalahan di selesaikan melalui
rundingan.Kecekapan pentadbiran negaraKestabilan negara
aman.Memudahkan perancangan kerajaanMeningkatkan kerjasama dalam
kalangan masyarakat.Menjamin hak rakyat.Mengurangkan tekanan
antarabangsa.Memperkukuhkan perpaduan.Mengekalkan perkongsian
kuasa.Kerajaan stabil.Kemajuan ekonomi.Menarik pelaburan asing.
Cara sistem demokrasi di Malaysia dapat dikekalkan.Mendidik
rakyat agar menggunakan demokrasi dengan cara yang
betul.Mengamalkan demokrasi dengan cara yang betul.Mengelakkan
campur tangan asing.Mengekalkan keharmonian hidup
pelbagainkaum.Semangat demokrasi harus disuburkan sejak di sekolah
lagi.Amalan demokrasi mengikut acuan negara sendiri.Kekalkan sistem
pilihanraya dan adil dan bebas.Memelihara undang-undang dan
perlembagaan negara.Rakyat mesti memelihara jati diri
bangsa.Mengutamakan kepentingan negara.
Peranan anda untuk mengekalkan sistem demokrasi di negara
kita.Menganggotai mana-mana parti politik.Mendaftar sebagai
pemilih.Menjadi calon pilihan raya.Bertanding atas parti atau calon
bebas.Memilih pemimpin yang bertanggungjawab.Memilih pemimpin yang
amanah.Memilih pemimpin berwawasan.Memilih pemimpin yang mesra
rakyat.Tidak menyertai demonstrasi haram.Tidak menganggotai
pertubuhan haram.Memilih pemimpin.Menghormati hak asasi
manusia.Patuh pada undang-undang negara.Bertolak
ansur.Bekerjasama.Hormat-menghormati
Kejayaan yang dicapai oleh negara kitaPemodenan
pertanian.Perkembangan teknologi.Pelaksanaan k-ekonomi.Tumpuan
pelancong asing.Hubungan antarabangsa berkembangKemajuan sistem
pengangkutan.Kemajuan sistem komunikasi.Pembuatan automobil/
industri berat.Sektor perkilangan.Industri elektronik.Pembangunan
wilayah.Koridor raya multimedia.Penganjuran sukan antarabangsa.Hub
pendidikan bermutu.Pusat kecemerlangan pendidikan.Pusat
kecemerlangan pendidikan.Universiti berkembar dengan universiti
terkenal luar negara.
Cabaran yang dihadapi dalam pelaksanaan sistem demokrasi
berparlimen.Kemunculan golongan radikal.Masalah perpaduan.Kewujudan
pelbagai kaum.Gejala sosial.Perlakuan jenayah.Kebanjiran pendatang
asing.Peluang pekerjaan.Globalisasi.Masalah kemiskinan.Jurang
ekonomi antara kaum.
Langkah-langkah untuk mengatasi cabaran di atas.Memperkukuh
perpaduan.Penguatkuasaan undang-undang.Mewujudkan konsep 1
Malaysia.Memastikan Wawasan 2020 tercapai.Menghayati Rukun
Negara.Mewujudkan rakan cop.Menambah peluang
pekerjaanMemperketatkan kawalan sempadan.
Nilai-nilai murni atau iktibar yang dapat diambil daripada
pelaksanaan sistem demokrasi berparlimen terhadap diri sendiri,
masyarakat dan negaraialahMemelihara perpaduanMengekalkan
keamananBersikap toleransiBersedia menerima perubahanSaling
memahamiBertanggungjawabBersikap inovatif dankreaktif.Patuh kepada
undang-undangMenghormati pemimpinSemangat cintakan
NegaraMenghormati lambang Negara
Cara mengekalkan kedaulatan dan kemerdekaan NegaraMenjaga nama
baik NegaraMewujudkan kerjasamaSanggup berkorban demi kebaikan
bersamaBermusyawarah untuk mencapai kata sepakatBertolak ansur
dalam politikMerealisasikan dasar dasar kerajaanMenghayati sejarah
perjuangan para pejuang NegaraMenjayakan konsep 1 MalaysiaPatuh
kepada undang-undangSetia kepada pemimpinMenjaga kedaulatan
negara
Aktiviti yang boleh mengukuhkan sistem pemerintahan beraja di
Malaysia.Menyemai semangat patriotik dalam kalangan
pelajarMenghormati lambang-lambang kebesaran.Menganjurkan
pertandingan bahas /pidato/syarahan/kuiz/melukis berkaitan yang di
Pertuan Agong dan raja.Menghasilkan buku skrap mengenai institusi
rajaMencari maklumat berkaitan melalui internetMenggantung gambar
Yang di Pertuan Agong dan Raja-Raja MelayuKembara Tengku Mahkota
dilaksanakan.
CADANGANKESIMPULANPengetahuan:Malaysia mengamalkan sistem
pemerintahan demokrasi berparlimen.Kuasa pemeritahan dibahagikan
kepada tiga badan iaitu badan perundangan, badan pelaksanaan, dan
badan kehakiman.Sistem demokrasi melibatkan rakyat dalam
pentadbiran.
IktibarSokongan rakyat menjamin kelicinan pentadbiran
negara.Kerjasama antara pemimpin dan rakyat menjamin kestabilan
politik dan kemakmuran ekonomi.Permuafakatan antara rakyat dengan
kerajaan dapat mengekalkan keharmoniam negara.Kesetiaan dan
semangat patriotisme mengukuhkan pembentukan identiti negara dan
bangsa Malaysia.Perpaduan rakyat menjamin kedaulatan negara.
HarapanIalah rakyat bertanggungjawabmengamalkan ciri-ciri
demokrasi supaya dapatmeletakkan Malaysia sebagai negara yang
berdaulat dan disegani di persada dunia.Diharap semua rakyat
mematuhi dan menghormati sistem pentadbiran negara demi kemakmuran
negara.
SPM 2014 KERTAS 3 BAB 7 ( TEKS TINGKATAN 5)KERTAS 3 SPM
2014.
Soalan SPM 2014: Selepas pembentukan Malaysia 1963, jentera
pentadbiran Kerajaan Malaysia telah diperkemaskan berasaskan sistem
pemerintahan demokrasi berparlimen.
Berdasarkan pernyataan di atas, murid akan diminta bagi
membincangkan soalan2 di bawah. UNTUK PELAJAR SMKDJ, EDARAN AKAN
DIBERIKAN KEPADA SETIAP ORANG PELAJAR.
Sila tulis dalam perenggan dengan kemas. Key word boleh digaris
dengan warna pensil atau highlight supaya jelas. (berwarna merah
dalam perenggan)
Terdapat 17 soalan yang dijangka boleh ditanya dalam tajuk ini.
Pelajar boleh print (mencetak) dan membawa masuk info semasa SPM.
(copy, paste, dan jadikan page berwarna putih supaya lebih
jelas)
Soalan 1Berikan latar belakang demokrasi berparlimen yang
diamalkan di Malaysia.(5 markah) Negara demokrasi lahir daripada
perjuangan berasaskankedaulatan rakyat.Terdapat
duacorakpemerintahan negara demokrasi, iaitu Sistem Raja
Berperlembagaan dan Sistem Republik.Sistem Raja
Berperlembagaanmengekalkan raja sebagai pemerintah tertinggi
peringkat negara dan negeri. Pemerintah dibantu olehPerdana
Menteri.Sistem Republikmenolak institusi beraja dan diketuai
olehpresidenyang dipilih oleh rakyat melalui pilihan raya. (m/s
161-162)
Soalan 2Bolehkan anda berikan definisi atau maksud demokrasi
berparlimen(5 markah)
Demokrasi Berparlimen bermaksudrakyat melibatkan diridalam
sistem pemerintahan negara.Raja-RajaMelayu menjadi lambang taat
setia rakyat. Dalam sistem pemerintahan demokrasi berparlimenrakyat
berpeluang membentuk kerajaan.Rakyat bebas memilih perwakilan
melaluipilihan raya.Rakyat berhakmenyokong, mengekalkan atau
menukarkankerajaanyang sedia ada melalui pilihan raya. (m/s
161-162)
Soalan 3Senaraikan Ciri-ciri demokrasi berparlimen(15
markah)Ciri-ciri Demokrasi Berparlimen di Malaysia terbahagi kepada
perlembagaan, RajaBerpelembagaan, Parlimen, Pilihan Raya, Kuasa
pemerintahan Parti-parti politik dan Kebebebasan hak
asasi.Ciri-ciri demokrasi berparlimen pada peringkat Kerajaan
Persekutuan atau pusat diketuai olehYang di-Pertuan
Agongsebagaipemerintah tertinggiNegara.Pada peringkat negeri atau
Kerajaan Negeri adalahsultan atau raja. Yang di-Pertuan Agong akan
dibantu olehPerdana Menterimanakala sultan olehMenteri Besar.
Rakyatterlibatdalam pemerintahan dan Raja-Raja Melayu
menjadilambang taat setiarakyat. Rakyat jugaberpeluang membentuk
kerajaandanbebas memilihperwakilan melalui pilihan raya. Di samping
itu, rakyat juga berhakmenyokong, mengekal dan menukarkerajaan
melalui pilihan raya.Pemerintahan dalam sistem demokrasi
berparlimenberasaskan perlembagaandanmembenarkan perlembagaan
dipinda.Di samping itu,menjaga hak kebebasan rakyatyangmembenarkan
parti-parti politik dibentukdan menyertai pilihan raya. Di samping
itu, terdapatParlimenyang terdiri daripadaYang di-Pertuan Agong,
Dewan Rakyat dan Dewan Negara.Demokrasi berparlimen juga berasaskan
konsep Raja Berperlembagaan. (m/s 161-162)
Soalan 4Jelaskan kepentingan Perlembagaan kepada negara yang
mengamalkan sistem pemerintahan demokrasi berparlimen (15
markah)
Kepentingan perlembagaan kepada negara yang mengamalkan sistem
pemerintahan demokrasi berparlimen ialahmenjamin kestabilansesebuah
negara denganmenentukanrangka dan bentukpemerintahan. Selain itu,
perlembagaanmenentukan bentukkerajaan danmenjadi panduankepada
kerajaan supayapemerintahannya menepati kehendak
perlembagaandanaspirasi rakyat.Rakyat memegangmatlamat yang
samasupaya semangatpatriotismedapat dibentuk.Contohnya Perkara
25menyebut, seseorang warganegara Malaysia boleh dilucutkan
kerakyatannya jikaterbukti tidak setia kepada
Negara.Perlembagaanmenjamin taat setia rakyatkepada negara.
Perlembagaan juga menjaminhak asasidankebebasan rakyat.
Contohnya,hak kebebasan berpersatuan, beragama dan memiliki harta.
Dengan itu, rakyat mengetahui had kebebasan mereka di sisi
undang-undang.Kepentingan lain ialah perlembagaanmemperuntukkan
peranan Yang di DipertuanAgongdalam menjaga dan memeliharahak
istimewa orang Melayu dan Bumiputera Sabahdan Sarawaktanpa
mengabaikan hak-hak kaum lain.Hak tersebut adalah biasiswa, lessen
perniagaan dan sebagainya. Perlembagaan juga bolehmenjamin
kerjasamaantara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri.
Perlembagaan menjadirujukan utamadalam penggubalan undang-undang
persekutuan dan negeri dan dengan situasi ini,pentadbiran negara
dapat diselaraskantanpa ada perbalahan. (m/s 163-164)
Soalan 5Jelaskan tujuan dan kaedah pindaan perlembagaan oleh
Parlimen Malaysia yang terdapat dalam sistem pemerintahan demokrasi
berparlimen.(15 markah)
Tujuan pindaan perlembagaan dibuat oleh Parlimen Malaysia adalah
untukmelindungi kepentingan rakyat, menjaga keselamatan negara dan
melicinkan urusan pentadbiran Negara.
Selain itu pindaan juga bertujuan supaya perlembagaansentiasa
relevan dan sesuai dengan keperluan semasa. Pindaan ini menjadikan
perlembagaan sebagai undang- undang yangmunasabah dan kandungannya
dipatuhioleh rakyat dengan rela hati. Perlembagaan yang dipinda
melarangPerkara Sensitifdalam perlembagaan yang tidak boleh
dipersoalkan sepertipemerintahan beraja, kedudukan Bahasa Melayu,
Hak Keistimewaan Bumiputera.Akta hasutan 1970,melarang individu
daripada membincangkan atau bercakap dan menyentuhsensitiviti atau
menimbulkan hasutansehingga menimbulkan perbalahan kaum. Tujuannya
bagi memelihara keselamatan dan ketenteraman serta keharmonian
masyarakat.Terdapat empat kaedah pindaan perlembagaan oleh
Parlimen. Kaedah pertama melibatkanpersetujuan majoriti lebih suara
dua pertiga dewan parlimendan persetujuan Majlis Raja- Raja.Perkara
pindaan yang termasuk dalam kaedah ini ialah Tugas dan Kuasa Majlis
Raja- Raja Melayu, kewarganegaraan danperubahan sempadan
negeri.
Manakala kaedah kedua melibatkanpersetujuan majoriti lebih dua
pertiga dewan parlimen dan kelulusan Yang Dipertua Negeri Sarawak
danSabah.Perkara yang dipinda seperti keanggotaan dan bidang kuasa
mahkamah tinggi di Sarawak dan Sabah. PerkaraPerundangan dan
pemerintahan kuasa negeri,agama, bahasa dan keistimewaan orang
bumiputera Sabah dan Sarawak.
Kaedah ketiga pula ialah melibatkanpersetujuan lebih suara dua
pertigadewan parlimendalamperkara-perkara yang tidak disebut dalam
mana-mana kaedah pindaan.Kaedah keempat pulamelibatkan persetujuan
lebih suara dewan parlimen. Antara pindaannya berkaitan dengan
kewarganegaraan, bentuk sumpah, ikrar,pemilihan dan persaraan ahli
dewan Negara serta persempadanan pilihanraya. (m/s 165-166)Soalan
6Huraikan dengan terperinci bidang Kuasa Yang di-Pertuan Agong (10
Markah)
Yang di-Pertuan Agong (YDA) selain mengetuai tiga badan Kerajaan
iaituBadanPerundangan, Badan Pelaksana dan Badan Kehakiman, adalah
juga Ketua NegaraMalaysia. Baginda bertindak mengikut perlembagaan
Malaysia, di mana baginda bolehmemanggil danmembubarkan
parlimen.Yang di-Pertuan Agong juga merupakanKuasa tertinggi dalam
Angkatan Tentera.Baginda bolehmengampundan menangguhkan hukuman
oleh Mahkamah Tentera. Selainitu, bidang kuasa baginda yang
lainmenjaga, memelihara kedudukan dan hak istimewa orang
Melayu.Baginda juga berkuasamenitahkan Majlis Raja-Raja Melayu
bersidang.Bidang kuasa Yang di-Pertuan Agong juga merangkumiKetua
agama Islam bagi negeri baginda sendiri, Pulau Pinang, Melaka,
Wilayah Persekutuan, Sabah dan Sarawak.Baginda juga
berkuasamelantik Perdana Menteri,memecat menteridan timbalan
menteri atas nasihat Perdana Menteri.YDA juga boleh
mengisytiharkanundang-undang Daruratdi bawah Undang-undang X jika
keselamatan Negara terancam. (m/s 168)Soalan 7Huraikan ciri-ciri
/Fungsi Badan-badan Kerajaan. (30 markah) Badan kerajaan terdiri
daripada Badan Perundangan/Legislatif, Badan Pelaksanaan/Eksekutif
dan Badan Kehakiman/Judisiaria) Badan Perundangan/Legislatif (10
markah)
Perundangan merujuk pada undang-undang yangdigubaloleh badan
perundangan yangdipertanggungjawabkanoleh perlembagaan. Fungsi
badan perundangan,menggubalundang-undangbagimenjamin keadilan dan
kesejahteraanrakyat.Parlimenialah badan perundangan yang
bertanggungjawab menggubal undang-undang di negara kita. Parlimen
terdiri daripadaYang di-Pertuan Agong, Dewan Negara dan Dewan
Rakyat.Dewan Negaramerupakan dewan tertinggi dalam sistem
pemerintahan negara kita. Ahli Dewan Negara digelarSenatoryang
mewakili setiap negeri. Merekadilantikoleh Yang di-Pertuan Agong.
Seseorang senator memegang jawatan bagitempoh tiga tahundan
mestilah berumur sekurang-kurangnya30 tahun.TarafSenator sama
dengan Ahli Parlimen dan boleh dilantik menjadiahli Jemaah Menteri.
(P172)
b) Badan Pelaksanaan/Eksekutif (10 markah)Badan Pelaksana
terdiri daripadaJemaah Menteriatau Kabinet. Kabinet
merupakanpembuat dasartertinggi negara. Tugas Jemaah Menteri
adalahmenggubal dasar-dasar kerajaandalam semua perkara.Perdana
Menterimeupakan Ketua Jemaah Menteri. Perdana Menteri atau Timbalan
Perdana Menterimengetuaisesebuah atau beberapa kementerian.Dewan
Rakyat terdiridaripada ahli yang dilantik melalui proses pilihan
raya. Tempoh jawatan mereka adalah lima tahun. Tugas ahli,menggubal
dan meluluskan undang-undangperingkat Dewan
Rakyat.Setiapkementerianbertanggungjawab menggubal dasar-dasar
kerajaan. Setiap kementeriandiketuaioleh seorang Menteri dan
dibantu oleh Timbalan Menteri, Setiausaha Parlimen dan Setiausaha
Politik. Menteri yang tidak diberkan tugas dalam kementerian
tertentu dikenali sebagaiMenteri Tak Berportfolio.Perkhidmatan
awamdi Malaysia diketuai oleh Ketua Setiausaha Negara. Beliau
bertanggungjawabmengawasiperjalanan kementerian dan jabatan
kerajaan. Beliau dibantu olehkakitangan kerajaanyang dikenali
sebagai pegawai perkhidmatan awam, contohnya Suruhanjaya
Perkhidmatan Awam. Badan kerajaan dikenali sebagai Badan Berkanun,
iaitu separuh kerajaan yang mempunyai kuasa autonomi tertentu.(p
172)
c) Badan Kehakiman/Judisiari (10 markah)Sistem
mahkamahdiwujudkan bagi melaksanakantugas kehakimandi Negara ini.
Sistem ini disusun berasaskansistem hieraki piramid. Badan
Kehakiman mempunyaikuasa mendengarserta menentukan perkara sivil
dan jenayah. Perkarasivilberkaitan dengan saman biasanya memerlukan
afidavit. Perkarajenayahjugamelibatkankanun keseksaan.Badan
Kehakiman boleh menentukankesahihan undang-undangyang dibuat oleh
badan perundangandan pihak badan pelaksana.Badan Kehakiman juga
berkuasamentafsirPerlembagaanPersekutuan dan Perlembagaan Negeri.
Semua hakimdilantikoleh Yang di-Pertuan Agong dengan nasihat
Perdana Menteri. Hakim tidak dibenarkan mengambil bahagian
dalampolitiksupaya hakimdilindungidaripada pengaruh politik
untukmenjamin keadilan dan kesaksamaanundang-undang.Penasihat
undang-undang kerajaan ialahPeguam Negarayang berperanan
sebagaiPendakwa Raya atau Peguam Belabagi kerajaan dandibantuoleh
PegawaiPerkhidmatan Undang-undang dan Kehakiman.
Soalan 8.Jelaskan dengan terperinci konsep pilihan raya yang
dijalankan di Malaysia.Soalan 8.Jelaskan konsep pilihan raya dalam
yang diamalkan di Malaysia.Pilihan raya adalahelemen pentingdalam
amalan demokrasi. Pilihan rayaialahproses memilih wakil
rakyatsamada di peringkat negeri atau persekutuan. Terdapatdua
jenispilihan raya di Malaysia iaitu Pilihan Raya Umum dan Pilihan
Raya Kecil yang diadakan untukmemilihAhli Dewan Undangan Negeri dan
Ahli Dewan Rakyat.Pilihan Raya Umumdiadakan serentak di seluruh
Malaysia kecuali di Sabah dan Sarawak yang menjalankanpilihan raya
berasinganbagi memilih Ahli Dewan Rakyat dan Ahli Dewan Undangan
Negeri mereka.Pilihan Raya Kecil diadakan apabila
berlakukekosonganpada mana-mana kerusi parlimen atau DUN
hasildaripadakematian, perletakan jawatan dan perlucutan jawatandan
biasanya diadakan dalamtempoh60 haribagi Semenanjung Malaysia dan90
hari bagi Sabah dan Sarawak.Kesemua proses pilihan raya ini
dijalankan secarasulitdengan menggunakan prosedur telus dan teratur
oleh Badan Bebas iaiti Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Proses
pengiraan undidibuatsecaraterbukadan direkodkan. Calon yangmendapat
undi terbanyakdikira sebagai pemenang. (m/s 177)
Soalan 9Jelaskan manafaat atau keistimewaan/kelebihan pilihan
raya kepada rakyat dan Negara /keistimewaan perlaksaan demokrasi
dalam Negara. (10 markah)
Pilihanrayamendidik pemimpin bertanggung jawabapabila diberi
mandat, dan akan hilang mandat jika tidak bertanggung jawab.
Melalui pilihan raya akan berlakupersaingan sihatdi kalangan ahli
politik untuk membantu rakyat. Pilihanraya jugamenjadikan rakyat
bertanggung jawabuntuk memilih pemimpin. Rakyat berpeluangmemilih
parti politik yang baikuntuk membentuk kerajaan.Saya juga
berpendapat melalui pilihan raya, mana-manaindividu berpeluang
untukmenjadi calonahli dewan Rakyat (peringkat pusat atau
negeri)Idea-idea baharu dapat dipraktikkanoleh pemimpin-pemimpin
baharu. Pilihan raya memberi peluang rakyat untuk samada
mengekalkan atau menukarkan kerajaan. Saya juga berpendapat pilihan
raya memberi peluangparti politik menyediakan manifesto atau akur
janjiuntuk rakyat. Akhirnya, pilihan raya mendidik rakyat
untukmengambil tahu perkembangan politik semasayang berlaku di
negara kita, danmenentukan corak pemerintahan demokrasiyang tulen
melalui pilihan raya.
Soalan 10Huraikan dengan terperinci konsep dan bidang kuasa
Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri)(15 markah)Malaysia
merupakan sebuahNegara persekutuan. Persekutuan
bermaksudpenyatuanbeberapa buah negeriyang mempunyai sebuahKerajaan
Persekutuan serta beberapa buahKerajaan Negeri.Kedua-dua kerajaan
ini menjalankan tugas berdasarkankuasayang diperuntukkan dalam
Perlembagaan Malaysia.Kerajaan Persekutuan berkuasa
dalampentadbiran negarameliputi aspek ekonomi, sosial, keselamatan
dan pendidikan.Kuasa eksekutifbagi Kerajaan Persekutuan terletak
pada Yang di-Pertuan Agong.Jemaah Menteripula menjalankan kuasa
bagi pihak Yang di-Pertuan Agong yang diketuai olehPerdana
Menteri.Kerajaan Negeri berkuasa dalampentadbiran negeri.Badan
PelaksanaNegeri terletak pada Sultan atau Yang Dipertua
Negeri.Majlis Mesyuarat Kerajaanmenjalankan pentadbiran bagi pihak
Sultan atau Yang Dipertua Negeri. Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri,
Majlis Tertinggi dan Kabinet diketuai olehMenteri Besaratau Ketua
Menteri. Menteri Besar atau Ketua Menteridilantikoleh Sultan atau
YDP Negeri.Bidang kuasa Kerajaan Persekutuan mengikutSenarai
PersekutuanmeliputiHal EhwalLuar Negeri, Pertahanan dan Keselamatan
Dalam Negeri.Manakala bidang kuasa Kerajaan Negeri pula
mengikutSenarai NegerimerangkumiUndang-Undang Islamdan Tanah.Bidang
kuasa Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri mengikutSenarai
BersamamerangkumiKebajikan Sosial, Biasiswa dan Taman Negara.
Soalan 11 Jelaskan Kebaikan/Kepentingan/Faedah/Manfaat sistem
demokrasi berparlimen yang diamalkan dalam Negara ini.
(10 markah)Sistem demokrasi Berparlimen banyak memberi kebaikan
kepada negara dan rakyat. Dari sudut social, Negara akan
menjadiamandan terhindar dariberlakunyaperpecahan kaumkerana
pemilihandijalankan secara telus, benar dan teratur oleh
Suruhanjaya Pilihan Raya. (SPR)Hal iniakan memberi lonjakan dari
segi ekonomi, di mana situasi Negara akanmenarik ramai pelabur
asingdan mereka akanmenanam modaldi negara kita, sekaligus
membentuk situasi ekonomi yang lebih stabil dan dinamik. Ekonomi
yang stabil juga akhirnya akan membentuk situasinegara yang
aktifdalam persada perdagangan antarabangsa.Jika dilihat dari sudut
politik, melalui Sistem demokrasi berparlimen jugarakyat bebas
bersuara. Mereka bebasmemilih pemimpindan ini akan
menjaminkestabilan politikdalam negara.Ramaipelancong asing akan
datangdan hal iniakanmenaikkan imej negara. Malaysia akan
dapatbersaing di peringkat antarabangsadalam semua bidang.
Soalan 12 Bincangkan kebaikan/kepentingan/keistimewaan
pengagihan kuasa antara kerajaan persekutuan dengan kerajaan
negeri.) (10 markah)Kebaikan pengagihan kuasa antara kerajaan
persekutuan dengan kerajaan negeri mewujudkan keadaanpolitik yang
lebih stabil.Kerajaan Pusattidak akan campurtangan dalam
pentadbiran negeri dan sebaliknya.Di samping itu, akan
mewujudkanpentadbiran yang seragam. Seterusnya, pengagihan kuasa
juga akan menyebabkanpentadbiran menjadi lebih
cekap.Pembangunanantara negeriakan menjadi lebih mantap. Selain
itu,perpaduan akan menjadi lebih eratdi kalangan rakyat.Pengagihan
kuasa kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri juga akan
menyebabkanprogram pembangunan Negara yang disusun akan menjadi
lebih lancar.Hal ini juga dapatmemupuk semangat taat setia kepada
negara.Keamanan negara akan dapat dikekalkan.
Seterusnya,keharmonian masyarakat tetap terpelihara. Akhir sekali,
pengagihan ini dapatmengurangkan beban kerajaan pusatyang terpaksa
menanggung kos bagi semua elemen dalam pentadbiran negeri.
Soalan 13Bagaimanakah kejayaan dapat dibentuk Malaysia melalui
amalan demokrasi berparlimen sehingga Malaysia dihormati di persada
antarabangsa.(10 markah)Amalan demokrasi berparlimen
dapatmewujudkan kestabilan politikyang menyebabkan negara kita
dapat mengamalkan dasar dasar berkecuali. Amalan sistem
pemerintahan demokrasi berparlimen telah menjadikan Malaysia pusat
tumpuan pelaburan antarabangsaakibatkemakmuranekonomi negara.Amalan
sistem demokrasi yangmementingkanpilihan rakyatdengan
pengekalanperpaduan kaumtelah menjadikan Malaysia dihormati sebagai
negara aman dan damai.Selain itu, amalan pilihan raya yang telus
berjayamelahirkanpemimpin yang berwibawadan terserlah sebagai tokoh
dihormati di peringkat antarabangsa. Sistem pemerintahan demokrasi
yangberjaya membangunkanbidang sosial dan pendidikan telah
menyebabkan Malaysia menjadi hub pendidikan antarabangsa. . Amalan
demokrasi berparlimen yang berjaya meningkatkan ekonomitelah
membukapeluang pekerjaan kepada penduduk Negara DuniaKetiga..Amalan
demokrasi berparlimen yang berjayamembentuk identiti Malaysia
menyebabkan Malaysia dianggap sebagaiNegara berbilang kaum yang
paling unik..Amalan memberikan kebebasan kepada Negara agar
mencapai objektifWawasan 2020iaitu melahirkan masyarakatberminda
kelas pertama.
Soalan 14Nyatakan usaha-usaha yang boleh dijalankan bagi
memantapkan perlaksanaan sistem demokrasi berparlimen/ nyatakan
peranan warganegara Malaysia menjayakan sistem pemerintahan
demokrasi berparlimen di Malaysia. / Bagaimanakah peranan yang
boleh dimainkan oleh warganegara Malaysia bagi memastikan amalan
demokrasi dijalankan.(10 markah)
Usaha bagi memantapkan pelaksanaan demokrasi berparlimen di
negara kita ialah senantiasamenghormati keluhuran
perlembagaannegara. Sebagai rakyat, kita mestilah mematuhi
syarat-syarat yang terkandung dalamRukun Negara Malaysia.
Contohnya,menghormati Raja dan pemimpin Negara Malaysia.Selain itu,
kita haruslahmempertahankan kedaulatan negaradari diceroboh.
Sebagai rakyat, sudah menjadi keperluan tidak terlibat dengan
anasir yang boleh merosakka negara seperti perhimpunan di
jalanan.Seterusnyamengadakan kempen kesedaranmengenai kepentingan
daripada pengamalan demokrasi berparlimen di negara kita. Kita juga
seharusnyamenyemai semangatcinta akan negaradi kalangan rakyat.
Semangat perpaduandiperkukuhkandalam kalangan masyarakat
agarkedaulatan negara terpelihara. Kitadilarang menimbulkan isu-isu
sensitifdansentiasa berpegang teguh dengan nilai sejagat.Pengenalan
dakwat kekal semasa pilihan rayacontohnya oleh Suruhan Jaya Pilihan
Raya (SPR) juga merupakan usaha kerajaan dalam memantapkan
pelaksanaan demokrasi berparlimen.Penguatkuasaan undang-undangyang
lebih tegas perlu dilaksanakan untuk membanteras golongan pelampau
dalam negara.
Peranan yang perlu ada dalam diri setiap warganegara bagi
menjayakan sistem pemerintahan demokrasi berparlimen adalah
denganmematuhi segala undang-undangyang telah ditetapkan oleh
kerajaan. Selain itu, kita jugaharuslahmenyokong dasar-dasaryang
telah dilaksanakan oleh kerajaan. Seterusnya, kita mestilah
meningkatkansemangat jatidiri agar tidak terpengaruh dengan gejala
negatif. Setiap warganegara perlumenghormati pemimpin
negaradanmengamalkan semangat toleransisertameningkatkan ilmu
pengetahuan. Kita haruslahberusaha meningkatkan taraf hidup.Akhir
sekali,mewujudkan perpaduan antara kaumdanmengutamakan
rundingandalam menyelesaikan masalah.
Soalan 15Jelaskan cabaran-cabaran yang mungkin akan dihadapi
oleh Malaysia dalam pelaksanaan sistem pemerintahan demokrasi
berparlimen dan langkah-langkah mengatasi cabaran tersebut)(10
markah)
Cabaran yang dihadapi ialah berlakunyamasalah rasuahdalam proses
pemilihan pemimpin dalam Parti-parti politik.Pilihanraya
jugatercemardengan tindakan pihak-pihak tertentu yang sering
mengadakan protes ataudemonstrasi jalanan. Rakyat jugamudah
terpengaruhdengan ideamedia sosial baruterutamanya campurtangan
negara luar. Media-media asing termasuk saluran intenet sering
menggunakan elemen negatif bagi memburukkan negara. Selain
itu,institusi beraja akan turut dipersendakandanperpaduan kaum akan
sukar dicapai. Segelintir rakyatjugakurang menghayati semangat
patriotik.
Untuk mengatasi cabaran di atas pihak SPRM dan Badan Pencegah
Rasuah mestilahmenguatkuasakan undang-undangyang lebih tegas untuk
membendung masalah rasuah. Badan Pencegah Rasuah perlu mengambil
tindakan segera kepada ahli-ahli politik yang mencemarkan sistem
pilihan raya. Selain itu,akta baru perludigubalbagi membendung hak
kebebasan bersuara yang melampau.Peranan SPR perludimantapkanlagi,
bagi menjamin pilihanraya yang lebih adil. Pihak
polisperlumemperketatkan pemberian permitdan mengambil tindakan
yang lebih tegas kepada penganjur yang mengadakan perhimpunan.
Rakyat pula perlu diberiilmukeagamaanyang secukupnya supaya dapat
menilai baik buruk bahan yang terdapat dalam media sosial terkini.
Manakala pihak-pihak yang mempersendakan institusi beraja perlulah
menerimahukuman setimpal. Seluruh rakyat perlu mengamalkankonsep 1
Malaysiadan mengamalkanpenghayatan Rukun Negarasecara mendalam.
Soalan 16Nyatakan nilai-nilai murni & Iktibar yang boleh
didapati daripada perlaksanaan sistem pemerintahan demokrasi
berparlimen) (5 markah)
Nilai-nilai dan iktibar yang boleh diambil daripada pelaksanaan
sistem pemerintahan demokrasi berparlimen ialahmemilih pemimpin
yang benar-benar layakuntuk memimpin negara. Setiap warganegara
bertanggungjawabmemilih pemimpin yang jujur,dan amanahagar dapat
membina negara yang berintegriti. Setiap rakyat mestimenghormati
pemimpinnegarayang telah dipilih secara adil dalam proses pilihan
raya agar pentadbiran negara berjalan dengan lancar. Kita mesti
memikul tanggungjawabmengekalkan keamanannegara supaya keadaan
politik negara menjadi stabil. Kita juga mestilahmenghormati hak
asasi dan kebebasan individusupaya setiap rakyat dapat membuat
keputusan untuk mengekalkan kerajaan berwibawa. Kita
hendaklahmematuhiundang-undang negaraagar keselamatan negara
terjamin. Sebagai warganegara yang baik, kita mestilahmenghormati
agama dan budaya kaum lainagar konsep 1 Malaysia dapat dihayati
oleh setiap warganegara.
SOALAN 17 : KESIMPULAN(Kesimpulan keseluruhan isi yang
dibincangkan) (5 markah)a. Pengetahuan yang diperoleh
Pengetahuan yang diperoleh ialah sistem ini merupakan satu
sistem pemerintahan yang membolehkanrakyat memilih pemimpindan
kerajaan melaluipilihan raya. Kerajaan yang memerintah perlu
menunaikantanggungjawab terhadap rakyat.Di samping itu, rakyat
berpeluangmembentuk sebuah kerajaan yang teguh.
b. Iktibar kepada diri bangsa dan negaraNilai murni dan
patriotisme yang diperoleh denganmemupuk semangat cinta akan
negara.Kestabilan negara bergantung kepadapermuafakatanantara
rakyat dengan kerajaan. Di samping itu, negara terus dihormati
keranakestabilan politik.Kita hendaklahberganding bahuuntuk
memajukan negara dan bangsa.
c. Harapan menjadi bangsa dan negara Malaysia harmoni dan stabil
Saya berharap agar negaraakanterus aman dan makmur. Selain itu,
kerajaan yang adil dapat dikekalkan hasilkerjasamadalam kalangan
rakyat.Perasaansetia dan banggaperlu diteruskanoleh generasi akan
datang. Amalan demokrasi yang dijalankan di Malaysia perlulah
diteruskan bagi memastikanpentadbiran demokrasi berparlimen terus
dilaksanakan.