8/2/2019 CACATAN REFLEKTIF PRAKTIKUM
1/14
CACATAN REFLEKTIF PRAKTIKUM
MINGGU: PERTAMA ( 9 JANUARI - 13 JANUARI 2005)
FOKUS /
PERISTIWA
Minggu ini merupakan minggu ke dua sesi persekolahan
bermula bagi tahun 2006.Untuk menyesuaikan diri di SekolahKebangsaan Jelutong Barat ini,tidaklah menjadi satu masalah
kepada saya.Ini kerana saya telah ditempatkan di sekolah inisudah hampir setahun dan sudah mengenali rakan-rakan guru
yang lain.Latihan praktikum saya bermula pada 9 Januari
2006.Sepanjang minggu ini,apa yang menjadi kemusykilan
kepada saya ialah mengenai tarikh sebenar praktikum dan jadualwaktu yang masih tidak teratur dan tersusun secara sistematik.
BISIKAN HATI /
PERASAAN
Sepanjang minggu ini,saya rasa kurang bersedia untuk
menjalani latihan praktikum kerana banyak maklumat yangkabur.Banyak persoalan yang negetif timbul dalam fikiran
saya,memandangkan latihan praktikum saya bermula pada awal
tahun persekolan lebih-lebih lagi apabila teringatkan murid-murid tahun satu yang belum dapat menyesuaikan diri dengan
suasana sekolah sudah tentu pelbagai ragam dan tingkah laku
yang dapat dipertontonkan.
MENGANALISIS/MENILAI
Setiap permasalahan yang timbul sudah tentu ada jalan
penyelesaiannya.Ia perlu dikaji dan diselesaikan dengan berhati-hati.Kadangkala kita perlu mendapat pandangan dan buah fikiran
orang lain untuk menyelesaikan masalah dan menyesuaikan diridengan suasana yang baru bagi kita.
KESEDARAN BARU
HARAPAN.
Langkah yang terbaik yang saya ambil ialah berbincang
dengan Penolong Kanan 1 untuk menyelesaikan masalah jadual
dan berhubung dengan Bahagian Praktikum untuk mendapatkan
penjelasan.Saya perlu berpijak di bumi yang nyata.Amanah,visidan misi yang dipertanggungjawabkan perlu dilaksanakan
dengan seikhlas hati dan tidak terlalu mengharapkan kejayaan itu
datang dengan sendiri.
TINDAKAN /
CADANGAN
Saya perlu cepat bertindak untuk selesaikan masalah yang
dihadapi.saya akan mengatasi masalah yang dihadapi pada
minggu ini secepat mungkin dalam masa seminggu akan datang.
CACATAN REFLEKTIF PRAKTIKUM
8/2/2019 CACATAN REFLEKTIF PRAKTIKUM
2/14
MINGGU: KEDUA ( 16 JANUARI - 20 JANUARI 2006)
FOKUS/
PERISTIWA
Pada minggu ini,kelas berjalan seperti biasa kerana
masalah jadual telah dapat dselesaikan.Apa yang menjadikerunsingan kepada saya ialah pengurusan masa yang tepat
tidak dapat dilaksanakan sebagaimana yang telah
dirancangkan.Mensyuarat Panitia Agama Islam kali
pertama telah berlangsung pada januari 2006.Aktivitiko-kurikulum telah berlangsung pada 17 Januari 2006 saya
sebagai Guru Penasihat Kelab Bola Jaring .
BISIKAN HATI/
PERASAAAN
Buat pertama kalinya saya menjejaki kaki ke kelasdarjah satu, perasaan gemuruh dan gementar menguasai
jiwa saya.Saya berpendapat murid-murid sekarang mampu
mencapai tahap perkembangan mental yang tinggi keranasudah ramai yang mendapat pendedahan terutama di umur
5 hingga 6 tahun.
MENGANALISIS /MENILAI
Bagi mengelakkan keadaan tidak terkawal, saya
menjalankan aktiviti yang boleh memberi keseronokan dantidak membosankan dengan menggunakan kaedah bermain
huruf dan menyanyi.
KESEDARAN BARU
HARAPAN
Saya merasakan cara terbaik untuk mengajar murid-murid tahun satu perlulah kepada psikologi yang tinggi
mengikut tahap perkembangan mereka.Kerana mereka
mudah dibentuk dan mudah pula terpengaruh dengan cara
hidup keadaan sekeliling yang semakin mencabar.
TINDAKAN/CADANGAN
Saya akan mengatasi masalah pengurusan masa dengan
lebih efektif.Saya juga perlu menimba ilmu pengetahuandengan lebih mendalam.Saya juga akan berusahameningkatkan prestasi murid dan kelemahan dalam
pengajaran saya.
CACATAN REFLEKTIF PRAKTIKUM
8/2/2019 CACATAN REFLEKTIF PRAKTIKUM
3/14
MINGGU: KETIGA( 23 JANUARI - 27 JANUARI 2006)
FOKUS/
PERISTIWA
Sepanjang minggu ini tidak ada peristiwa yang berlaku
Cuma ada beberapa masalah yang terpaksa saya
hadapi.Masalah pengurusan masa masih lagi tidakselesai..Pelbagai aktiviti-aktiviti kurikulum dan ko-
kurikulum berlangsung antaranya ialah mensyuarat antararumah-rumah,mensyuarat kebersihan dan perjumpaan
dengan peserta-peserta bagi setiap rumah.Saya juga
menerima kedatangan pensyarah pembimbing buat kali
pertama.
BISIKAN HATI/
PERASAAAN
Saya merasakan sebagai seorang guru kita perlu
mendisplinkan diri dan bijak dalam menguruskan masa.Apa
yang penting jadikan pengalaman lalu sebagai batu loncatanuntuk masa depan.Perlukan perubahan kalau hendak
berjaya.
MENGANALISIS /MENILAI
Masalah ini timbul disebabkan setiap kali waktu PAI
murid-murid yang terlibat dengan j-QAF terpaksa menukarkelas.Kadangkala Proses pertukaran ini mengambil masa
hampir 10-15 minit.Saya terpaksa mempercepatkan proses
pengajaran.Didapati murid hanya belajar dan tidak mampumenguasai pembelajaran yang diajar sepenuhnya
KESEDARAN BARUHARAPAN
Saya perlu pandai untuk membahagikan masa dengan
bijak.caranya ialah dengan menimba ilmu pengetahuan
yang berkaitan dengan pengurusan masa yang baik.Bagimemastikan masa yang diambil tidak terlalu lama ke kelas
j-QAF saya mengambil inisiatif menunggu murid-murid
pemulihan di kelas sebelum loceng berbunyi.
TINDAKAN/CADANGAN
Untuk memastikan P & P yang saya jalankan berjalanlancar,saya akan mengatasi masalah yang berlaku secepat
mungkin.Apabila saya sudah mahir dalam pengurusan masasaya akan memastikan tidak terlalu banyak objektifsehingga tidak sempat dicapai.Biarlah sedikit yang
disampaikan tetapi murid boleh memahami dan menerima
isi pelajaran dengan berkesan.
CACATAN REFLEKTIF PRAKTIKUM
8/2/2019 CACATAN REFLEKTIF PRAKTIKUM
4/14
MINGGU: KEEMPAT (30 JANUARI - 6 FEBRUARI 2006)
CUTI TAHUN BARU CINA
29- 30 JANUARI 2006
TAHUN BARU HIJRAH
1 FEBRUARI 2006
1 MUHARAM 1427
CUTI PERISTIWA 2/2/2006
CUTI BERGANTI 3/2/2006
CACATAN REFLEKTIF PRAKTIKUM
8/2/2019 CACATAN REFLEKTIF PRAKTIKUM
5/14
MINGGU: KELIMA ( 6 FEBRUARI - 10 FEBRUARI 2006)
FOKUS/PERISTIWA
Pada minggu ini saya adalah salah seorang guru bertugas
bagi kumpulan A.Saya dipertanggungjawabkan memantaukeadaan murid-murid ketika di rehat pertama dan selepas
waktu persekolahan.Alhamdulillah banyak perubahan yangberlaku semasa proses p & p berlangsung.Saya dapat atasi
masalah pengurusan masa dengan lebih efektif.
BISIKAN HATI/PERASAAAN
Bagi saya seorang guru itu mestilah mereka yang dapat
menguasai pelbagai ilmu pengetahuan.Bukan sahaja ilmuyang diajar semata-mata tetapi ilmu-ilmu lain selaras
dengan perkembangan semasa apatah lagi di era ICT ini.
MENGANALISIS /
MENILAI
Guru yang cemerlang ialah guru yang sentiasa
berdampingan dengan ilmu.Tanpa ilmu seseorang itu akan
didibaratkan batu asahan yang dapat menajamkanbesi,sedangkan ia sendiri tetap tumpul,ia laksana sumbu
lampu ,bila orang menyalakannya,ia memberi cahaya
selalu,tetapi hangus membakar dirinya.
KESEDARAN BARUHARAPAN
Sebagai seorang guru saya perlu prihatin dan bersifat
penyayang kepada anak didik saya.Guru yang baiktingkahlaku akan menjadi contoh kepada orang
lain,sebagaimana akhlak nabi Muhammad S.A.W yangmenjadi ikutan sepanjang zaman.
TINDAKAN/CADANGAN
Alhamdulillah murid dapat menerima pengajaran dengan
baik setelah digunakan pelbagai kaedah-kaedah pengajaran
walaupun terdapat beberapa orang murid yang tidak bolehmembaca iqra.Saya akan cuba mengatasi masalah ini
dengan cara berbincang dengan guru pembimbing dan saya
juga akan terus berusaha untuk meningkatkan prestasi anakdidik saya InsyaAllah.
CACATAN REFLEKTIF PRAKTIKUM
MINGGU: KEENAM ( 13 FEBRUARI - 17 FEBRUARI 2006)
8/2/2019 CACATAN REFLEKTIF PRAKTIKUM
6/14
FOKUS/
PERISTIWA
Proses P & P berjalan dengan baik.Saya dapat membezakantahap penguasaan anak didik saya,samaada yang
cemerlang,sederhana dan yang lemah.Saya perlu mencari
alternative lain untuk membimbing pelajar saya yang
lemah, supaya mereka tidak rasa tercicir dan lemahsemangat.
BISIKAN HATI/PERASAAAN
Bagi saya menjadi satu kepuasan sekiranya ilmu yang kita
curahkan kepada anak didik kita dibalas dengan kejayaanyang dikecapi oleh mereka.Tidak ada seorang guru pun di
dunia ini mendoakan kegagalan anak didiknya.Bahkan
setiapa kali mendoakan kejayaan yang gilang gemilanguntuk anak-anak muridnya.
MENGANALISIS /
MENILAI
Didapati murid yang lemah mengalami masalah
komunakasi iaitu tidak mahu membuka mulut apabiladitanya,tidak pernah menghadiri kelas pra sekolah,dan ada
setengah daripadanya mengalami masalah kesihatan yang
membuatkan mereka tidak aktif dan bermaya di dalam
kelas dan sesetengah daripadanya mempunyai masalahkeluarga contohnya ibu bapa bercerai ,tinggal bersama
saudara-mara terdekat membuatkan diri mereka merasa
tertekan.
KESEDARAN BARU
HARAPAN
Saya rasa saya perlu membuat sesuatu yang boleh memberimanfaat kepada anak didik saya terutamanya yang lemah
dengan memberi perhatian yang lebih dan selalu
mengambil berat tentang masalah yang dihadapi.Saya akan beri kaunseling dan nasihat yang berguna kepada
mereka.Ini kerana jiwa mereka masih boleh dibentuk jika
dipimpin ke jalan yang betul.
TINDAKAN/CADANGAN
Saya akan cuba mempelbagaikan kaedah dan aktiviti yang boleh memberi minat mereka terhadap isi pelajaran.Saya
akan lebih mengenali mereka dengan lebih dekat lagisupaya mereka rasa disayangi dan dihargai.Saya juga akanmengkaji semula tahap keberkesanan kaedah pengajaran
saya sama ada mencapai objektif atau tidak.
CACATAN REFLEKTIF PRAKTIKUM
8/2/2019 CACATAN REFLEKTIF PRAKTIKUM
7/14
MINGGU: KETUJUH ( 20 FEBRUARI - 24 FEBRUARI 2006)
FOKUS/PERISTIWA
Bagaimana cara untuk menjalankan proses pengajaran dan
pembelajaran supaya lebih menarik dan efectif sertamencapai objektifnya..Saya dapat mengesan tahap
kebolehan pelajar saya,
PERMASALAHAN
.Masalah yang saya hadapi dalam minggu ini ialah bagaimana untuk memastikan aktiviti pengajaran dan
pembelajaran yang saya jalankan menjadi lebih menarik
dan tidak membosankan.
MENGANALISIS /
MENILAI
Didapati masalah ini timbul apabila murid menjadi kurang berminat untuk memberi tumpuan ketika guru sedangmengajar.Lebih-lebih lagi kelas yang bermula selepas
waktu rehat.Pada langkah pertama dan kedua murid masih
lagi memberi tumpuan namun mereka hilang sedikittumpuan pada langkah pengajaran yang ketiga dan
seterusnya.
KESEDARAN BARUHARAPAN
Saya akan mempelbagaikan aktiviti dalam pengajaran saya
dengan menggunakan pelbagai kaedah seperti
permainan,nyanyian,lakonan dan sebagainya.Sebagaiseorang guru saya perlu lebih kreatif dalam menyampaikan
isi pengajaran kepada anak murid saya,supaya segalanyaberjalan dengan lancar dan tercapai objektifnya.
TINDAKAN/CADANGAN
Saya akan meminta jasa baik guru pembimbing dalam
memberi buah fikiran untuk menyelesaikan masalah ini
disamping bertanyakan kepada guru-guru yang lebih mahirdan berpengalaman.Sementara itu saya akan menilai semula
keberkesanan cadangan saya samaada ia mencapai
objektifnya seperti yang digariskan atau tidak.
CACATAN REFLEKTIF PRAKTIKUM
MINGGU: KELAPAN ( 27 FEBRUARI - 3 MAC 2006)
8/2/2019 CACATAN REFLEKTIF PRAKTIKUM
8/14
FOKUS/
PERISTIWA
UJIAN BULANAN (1)
BERMULA 28 FEB 2 MAC 2006
Kelas hari Isnin dan Jumaat berjalan seperti biasa.Penyeliaan bersama Jumaat 3 mac 2006.
PERMASALAHAN
Sepanjang ujian diadakan saya diberi kertas ganti(relief)
untuk menjaga peperiksaan.Memandangkan saya tidakbegitu biasa dengan kelas tahap dua,didapati ramai murid
yang masih bercakap dan berbincang ketika ujian
dijalankan.Keadaan ini mengganggu murid-murid lainuntuk menjawab kertas ujian.
MENGANALISIS /
MENILAI
Sikap pelajar yang tidak menghiraukan kehadiran
guru,menyebabkan mereka tidak mengindahkan arahanyang diberikan, lebih-lebih lagi guru yang bukan mengajar
mereka.Perlu diterapkan nilai-nilai murni supaya murid
beradab dan menghormati guru.
KESEDARAN BARU
HARAPAN
Saya perlu lebih tegas dan mengambil tindakan kepadamurid-murid yang tidak mematuhi peraturan semasa ujian
dijalankan.Murid yang bermasalah perlu diambil kertas
ujian sebagai pengajaran.
TINDAKAN/
CADANGAN
Sebagai seorang guru saya perlu menerapkan nilai-nilai
murni kepada murid-murid saya supaya mereka lebihmenghormati guru dan orang yang lebih tua daripada
mereka.Sikap bergini perlu dipupuk dari awal lagi bak kata
pepatah Melentur Buluh biar dari Rebungnya.
CACATAN REFLEKTIF PRAKTIKUM
MINGGU: KESEMBILAN ( 6 MAC - 11 MAC 2006)
8/2/2019 CACATAN REFLEKTIF PRAKTIKUM
9/14
FOKUS/
PERISTIWA
Pengalaman seorang guru mengatasi taraf akademik
Saya rasa bertuah kerana mendapat guru pembimbing dan
pensayarah pembimbing yang punyai pengalaman yang
banyak dalam bidang agama teritama guru pembimbingyang selalu memberi idea dan petua bagaimana
menjalankan proses p & p dan mengawal kelas.Ada jugaguru lain yang memberi petua bagaimana megawal kelas
dan bagaimana kita mengenal keupayaaan seorang murid.
PERMASALAHAN
Manusia selalu menghormato manusai yang tinggi darjat
atau pangkat dan banyak harta tetapi melupakan guru yangpenuh ilmu dan pengalaman.Yang mengajar kita mengenal
A,B dan C dan mengenal nombor.
MENGANALISIS /MENILAI
Perbezaan antara taraf pendidikan akademik dengan
pengalaman adalah umpama jurang yang
dalam.Pengalaman diperolehi daripada perubahan umurtetapi akademik diperolehi dengan pelajaran yang
diperolehi.Seorang yang mempunyai taraf akademik yang
tinggi belum tentu berpengalaman.
KESEDARAN BARU
HARAPAN
Saya berharap akan dapat menjadi guru yang penuh dengan
pengalaman dan menggunakan pengalaman untuk mendidikanak bangsa.
TINDAKAN/
CADANGAN
Pengalaman seorang guru perlu kita ambil untuk
peningkatan dalam kerjaya.Oleh itu saya akan berusahamenggunakan dan mengamalkan petua dari pengalaman
yang diberik oleh guru guru yang sudah lama
berkecimpung dalam dunia pendidikan ini.
8/2/2019 CACATAN REFLEKTIF PRAKTIKUM
10/14
CACATAN REFLEKTIF PRAKTIKUM
8/2/2019 CACATAN REFLEKTIF PRAKTIKUM
11/14
MINGGU: KESEPULUH ( 20 MAC 24 MAC 2006)
FOKUS/
PERISTIWA
SUKANTARA
21- 23 MAC 2006
Mensyuarat Panitia Agama Islam23 MAC 2006
PERMASALAHAN
Sukantara diadakan pada waktu pagi semasa sesi proses
pengajaran dan pembelajaran ,sedikit sebanyak telah
menjejaskan aktiviti P & P pada hari tersebut.
MENGANALISIS /
MENILAI
Didapati murid-murid yang terlibat dengan sukantaraterganggu pembelajaran mereka.Bagi saya aktiviti
kokurikulum perlulah dijalankan di waktu yang sesuai
tanpa melibatkan proses p & p.
KESEDARAN BARU
HARAPAN
Bersukan itu perlu bagi setiap orang,ia dapat meningkatkan
tahap kecerdasan dari segi fizikal dan mental.Selain itu
bersukan juga menguatkan tubuh badan kita dan
menjadikan kita sentiasa sihat dalam menerima isipengajaran yang disampakan oleh guru.
TINDAKAN/
CADANGAN
Saya berharap agar pihak sekolah memberi perhatian yangserius mengenai perkara ini.Walau bagaimana pun saya
tetap menjalankan tugas saya sebagai ketua rumah sukan
dengan sebaik mungkin bagi memastikan peserta-pesertarumah saya membuat yang terbaik untuk sukan tahunan
nanti.
MAJULAH SUKAN UNTUK SEKOLAH
8/2/2019 CACATAN REFLEKTIF PRAKTIKUM
12/14
CACATAN REFLEKTIF PRAKTIKUM
MINGGU: KESEBELAS ( 27 MAC 31 MAC 2006)
8/2/2019 CACATAN REFLEKTIF PRAKTIKUM
13/14
FOKUS/
PERISTIWA
Proses P & P terganggu
PERMASALAHAN
Keadaan ini disebabkan latihan rumah sukan yang
dijalankan berdasarkan cuaca.Oleh yang demikian
konsentrasi murid-murid terhadap pelajaran sedikitterganggu.Kelas berjalan seperti biasa pada hari-hari
berikutnya .
MENGANALISIS /
MENILAI
Walau bagaimana keadaan sekalipun sebagai seorang guru
perlulah bijak menyelesaikan masalah yang berlaku.,Bagisaya kaedah pengajaran penting supaya murid boleh
membiasakan dengan pelbagai keadaan.
KESEDARAN BARUHARAPAN
Saya perlu mendalami ilmu pengetahuan, supaya ilmu yang
akan saya sampaikan akan memberi manfaat kepada semua.
TINDAKAN/
CADANGAN
Saya cuba mengembalikan mood murid-murid saya
terhadap isi pelajaran yang akan saya sampaikan dengan
cara mempelbagaikan aktiviti-aktiviti yang melibatkanmurid serta mengunakan teknik dan kaedah pengajaran
yang berkesan.
8/2/2019 CACATAN REFLEKTIF PRAKTIKUM
14/14