Cabaran Bahasa Melayu Menongkah Zaman
Apabila kita membincangkan perihal bahasa Melayu, hala tuju
bahasa Melayu, masa depan bahasa Melayu, kita tidak terlepas
daripada membincangkan soal cabaran bahasa Melayu terutamanya dalam
mengharungi arus perubahan globalisasi. Walaupun perbincangan demi
perbincangan, seminar demi seminar dilaksanakan nasib bahasa Melayu
masih berada ditakuk yang sama. Adakah perbincangan dan
perbahasan-perbahasan selama ini gagal mencapai kata sepakat atau
hanya perbincangan mencukupkan waktu atau sasaran kerja yang perlu
dilaksanakan.Kadang kala kita harus dan perlu berbangga dengan
sejarah bahasa Melayu yang megah terukir dan tidak akan berubah
untuk sekian lamanya. Walaupun sesetengah pihak mendakwa bahawa
sejarah yang berlaku jangan dilihat kembali. Namun, bagi penulis
sejarah yang tercipta perlu dibanggakan dan perlu dilihat semula
kerana dengan sejarah kita mampu melihat kekuatan dan kelemahan
yang kita ada. Manifestasi ini jugalah penulis sandarkan terhadap
perkembangan bahasa Melayu ketika ini. Kita boleh melihat kekuatan
bahasa Melayu yang mampu menjadi bahasalingua francadi persisiran
Selat Melaka sejak kurun pertama Masihi lagi.Malah, bahasa Melayu
juga dipercayai menjadi bahasa rasmi kerajaan Srivijaya pada abad
ke-7 hingga abad ke-13. Menurut Allahyarham Hassan Ahmad dalam
pidatonya Cabaran Dunia Bahasa Melayu 1995 telah menyatakan bahawa
84 bahasa digunakan di pelabuhan Melaka dan bahasa Melayu menjadi
bahasalingua franca. Seiring itu juga bahasa Melayu turut menjadi
wahana penyebaran pelbagai ilmu pengetahuan dan falsafah dengan
wujudnya pusat-pusat intelektual terkemuka sepertidi Pasai, Melaka,
Acheh, Patani,Palembang, Banjar, Betam dan Riau. Namun, kehadiran
penjajah yang silih berganti bermula Portugis yang menakluki
Melaka, seterusnya Belanda sehingga British telah mematikan sama
sekali perkembangan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu, bahasa
komunikasi serta bahasa persuratan Melayu. Bermodalkan kuasa
politik yang ada bahasa Inggeris secara sinis telah diguna pakai
untuk menggantikan fungsi bahasa Melayu daripada segenap sudut. Hal
ini dilakukan oleh penjajah British adalah disebabkan tidak mahu
menggalakkan orang Melayu menuntut ilmu bukan sahaja di dalam
bahasa Melayu malah di dalam bahasa Inggeris sekalipun. Hal ini
disebabkan, British bimbang sekiranya orang Melayu terlalu pandai
dalam segenap ilmu pengetahuan dikhuatiri orang Melayu akan bangkit
memberontak dan menentang penjajah British, seterusnya menggugat
potensi British menguasai ekonomi Tanah Melayu dengan lebih lama.
Penulis yakin kegemilangan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu dan
bahasa persuratan Melayu pasti akan kembali memihak kepada bahasa
Melayu.Walaupun bahasa Melayu ketika ini menerima hambatan begitu
hebat dalam bentuk nasional dan supernasional. Kita sebagai
pengguna, penutur, dan pencinta bahasa Melayu perlu bersiap siaga
dan berusaha lebih gigih untuk meletakan bahasa Melayu mampu duduk
sama rendah, dan berdiri sama tinggi dengan bahasa-bahasa terutama
dunia lebih-lebih lagi bahasa Inggeris sebagai bahasa
antarabangsa.Kita tidak menafikan bahawa globalisasi adalah salah
satu fenomena dunia tanpa sempadan yang menghambat negara-negara di
dunia dan Malaysia tidak terkecuali daripada menerima hambatan yang
begitu hebat ini. Hal ini, menyebabkan bahasa Melayu tutur
mengharungi satu cabaran getir dalam bentuk dimensi baru yang
memerlukan perhatian semua pihak terutamanya golongan
pejuang-pejuang dan aktivis-aktivisbahasa. Cabaran dimensi baru ini
menurut pandangan penulis bukanlah mudah untuk ditangkis, jika
strategi berkesan tidak dilakukan sewajarnya.Ditambahkan lagi,
saban waktu kita sering dihujani dengan pelbagai persoalan yang
dikira menguji tahap kesabaran kita sebagai pencinta bahasa Melayu.
Mampukan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu? Jika dilihat kepada
kegusaran ini bukanlah sesuatu yang baru. Ketidakyakinan ini
berlaku disebabkan serangan-serangan dan momokan-momokan yang mana
melihat bahasa Inggeris adalah satu-satunya bahasa yang mampu
membawa kemodenan dan kemajuan sesuatu bangsa dan negara. Hal ini
sangat sukar untuk diyakini kerana kemajuan yang dicapai bukan
terletak secara mutlak kepada bahasa sesuatu bangsa tetapi terlatak
kepada tahap kesungguhan dan strategi yang berkesan. Apabila kita
melihat negara-negara yang sudah sememangnya maju dari segi sains
dan teknologi seperti Jepun, Korea, dan Perancis. Mereka membangun
dengan pesat berdasarkan keupayaan bahasa mereka sendiri sebagai
bahasa ilmu. Malah negara-negara berkenaan tetap mempertahankan
bahasa ibunda mereka dan menjadikan bahasa berkenaan sebagai bahasa
wahana ilmu pengetahuan dan bahasa sains teknologi. Hal ini berlain
pula apabila di Malaysia, yang mana ramai dalam kalangan kita tidak
yakin dengan keupayaan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu dan bahasa
sains teknologi.Menurut, Asiah Idris dalam makalahnya Bahasa Melayu
sebagai Bahasa ilmu Pelita Bahasa 1995, petikan syarahan
Prof.Dr.Abdul Hamid Mahmood menyatakan bahasa Inggeris bukanlah
faktor yang menentukan sama ada sesebuah negara akan menjadi maju
atau rakyatnya akan menjadi kaya. Yang menjadi faktor penentu dalam
hal ini bukanlah bahasa tetapi orang yang menggunakan bahasa itu.
Malah, beliau menambah lagi yang penting jika kita benar-benar mahu
menjadikan bahas Melayu sebagai bahasa ilmu, kita perlu mengubah
sikap negatif dan keraguan kita terhadap bahasa Melayu sebagai
bahasa ilmu termasuklahdalam bidang sains dan teknologi. Ternyata
daripada pandangan yang diberikan oleh beliau mengenai keraguan
segelintir pihak yang tidak yakin dengan keupayaanbahasa Melayu
sebagai bahasa ilmu adalah sesuatu masalah besar kepada
perkembangan bahasa Melayu ketika ini. Ramai melihat potensi bahasa
Melayu sebagai bahasa peneraju dunia keilmuan, bahasa sains
teknologi adalah masih lagi jauh. Menurut Hassan Ahmad masalah kita
sebenarnya bukan cabaran bahasa Inggeris tetapi masalah orang kita
yang tidak mengetahui ketidakupayaan kita setelah sekian lama kita
merdeka untuk memajukan bangsa dengan menggunakan bahasa sendiri
sebagai alatnya yang utama.Hal ini terbukti apabila, bahasa
pengantar di institusi-institusi pengajian tinggi beransur-ansur
ditukar daripada bahasa Melayu kepada bahasa Inggeris. Adakah kita
perlu menyalahkan bahasa Inggeris yang membawa bencana kepada
bahasa Melayu. Penulis melihat kita tidak perlu menyalahkan bahasa
asing tersebut seperti yang dinyatakan oleh Hassan Ahmad kerana
bahasa itutidak harus dipersalahkan, namun diri kita sendiri yang
perlu dipersalahkan kerana mengangkat bahasa itu lebih tinggi
sehingga bahasa Melayu tenggelam daripada kedudukan sebenarnya.
Tindakan institusi-institusi pengajian tinggi yang meminggirkan
bahasa Melayu secara tidak langsung telah menyekat kemajuan dan
perkembangan bahasa Melayu itu sendiri. Bagaimana mungkin
istilah-istilah yang sedia ada dapat digunakan secara meluas jika
buku tidak ditulis di dalam bahasa Melayu dan penerbitan buku
bahasa Melayu kian mengecil di sebab semua ilmu tersebut telah
diajar di dalam bahasa Inggeris.
Kemuncak kepada keraguan bahasa Melayu ini direalisasikan dengan
terlaksananya sistem Pengajaran dan Pembelajaran Sains Matematik
dalam Bahasa Inggeris (PPSMI).Pelaksanaan dasar ini yang mula
dilaksanakan pada 2003 adalah sesuatu peristiwa yang cukup
mengguris hati-hati para pejuang bahasa. Pelaksanaan PPSMI
adalahoutputdaripada polemik-polemik yang sekian lama membelenggu
yang mana perasaan ketidakyakinan fungsi bahasa Melayu sebagai
bahasa keilmuan dan bahasa sains teknologi tercerna melalui
pelaksanaan PPSMI. Namun, pandangan ini lantasdisanggah oleh Prof.
Dr James T. Collins dengan memberi penegasan bahawa kemampuan
bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu yang telah digunakan berpuluh
tahun di Malaysia dan juga Indonesia tidak perlu dipersoalkan lagi.
Malah beliau menambah, sejak 140 tahun bahasa Melayu sudah
digunakan sebagai bahasa ilmu bukan sahaja orang Melayu malah orang
asing. Jangan menganggap bahasa Inggeris itu sebagai mantera atau
azimat yang dapat melindungi kejayaan yang telah dicapai selama
ini, tetapi kemajuan itu lebih bergantung pada azam dan
kesungguhan. Bagi menyatakan bahawa bahasa Melayu mampu atau
tidakmampu bersaing dengan bahasa-bahasa lain dari sudut keilmuan
penulis nyatakan bahawa bahasa Melayu lebih cukup mampu dan hebat
untuk bersaing dengan bahasa-bahasa lain di dunia. Ha ini terbukti
dengan kelahiran beberapa tokoh ilmuwan seperti Syeikh Nuruddin
al-Raniri, Hamzah Fansuri, Samsudin ai-Sumatrani, Tun Sri Lanang
dan Raja Ali Haji, yang mana kesemua hasil karya mereka di jana
melalui bahasa Melayu. Sekiranya Sejarah Melayu kitab yang tulisan
oleh Tun Sri Lanang lahir di England dalam bahasa Inggeris, saya
kira ia akan menjadi karya terkenal seluruh dunia (Hassan Ahmad,
1995).Dalam usaha kita untuk memperkasa bahasa Melayu sebagai ilmu
pengetahuan, kita tidak menafikan bahawa cabaran bahasa Melayu pada
masa kini tidak terhenti setakat di situ sahaja tetapi semakin
mencabar terutama dalam usaha kita untuk membentes penggunaan
bahasa Melayu bukan standard danbahasa Inggeris dalamurusan-urusan
rasmi khasnya urusan melibatkan jabatan-jabatankerajaan. Kita tidak
menolak bahawa sikap yang masih menebal dalam kalangan sebilangan
kecil kitayang acuh tidak acuh dalam menggunakan bahasa Melayu
standarddan lebih parah lagi menggunakanbahasa Inggeris. Mungkin
berbangga bertutur dalam berbahasa Inggeris sepatah dua atau ingin
menunjuk yang kita lebih pandai dalam bahasa tersebut perlulah
dirujuk pada diri masing-masing. Kita bukan bersikap rasis terhadap
bahasa Inggeris atau anti bahasa Inggeris.Namun bagi mendukung
bahasa Melayu sebagai rasmi negara yang telah termaktub di dalam
perlembagaan. Justeru, wajar untuk kita mengambil semangat ini dan
meletakan bahasa Melayu pada kedudukan tertinggi.Usaha ini perlulah
diterjemahkan di dalam urusan seharian kita. Kita tidak menghalang
sesiapa pun untuk bertutur atau menggunakan bahasa tersebut, tetapi
perlulah bijak untuk melihat kepada suasana atau situasi wajar atau
tidak untuk kita menggunakannya.Bagi menterjemahkan hasrat negara,
bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara, Dewan Bahasa dan Pustaka
(DBP) komiteddi bawah pimpinan Prof.Dr. Awang Sarian telah
mengambil pendekatan untuk melaksanakan audit bahasa bagi kesuma
agensi kerajaan.Pendekatan ini diambil oleh DBP adalah untuk
memastikan agensi-agensi yang terlibat menggunakan bahasa Melayu
dengan betul terutama dalam urusan rasmi. Langkah ini diambil oleh
DBP disebabkan menyedari akan krisis serta cabaran bahasa Melayu
yang kini semakin hebat dihambat dengan arus globalisasi. Jika
elemen ini tidak dibendung dengan segara dengan langkah menyedarkan
rakyat akan kepentingan penggunaan bahasa Melayu standard dengan
baik dan betul. Hal ini, adalah seiring dalam usaha kita untuk
memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara dalam
kerangka 152 perlembagaan Malaysia.Ditambahkan lagi, menurut Rozali
Rejab dalam makalahnya Cabaran Bahasa Melayu Dalam MenghadapiAbad
21, beliau telah menyenaraikan beberapa elemen yang membawa cabaran
getir kepada bahasa Melayu. Salah satunya elemen tersebut ialah
sikap penutur bahasa Melayu itu sendiri. Penulis amati tetarik
dengan huraian yang diberikan oleh beliau yang mana kita tidak
menafikan bahawa ramai dalam kalangan penutur bahasa Melayu sendiri
tidak mahu bertutur di dalam bahasa Melayu dan berbangga pula
apabila bertutur di dalam bahasa Inggeris, walaupun bahasa Inggeris
yang dituturkan itu tidak sebaik yang diharapkan. Mungkin situasi
menggunakan bahasa Inggeris ketika berkomunikasi ini sudah sebati
di dalam kalangan penutur bahasa Melayu itu sendiri.Tidak hairan
jika di dalam sesuatu majlis kalau terdapat seorangsekali pun warga
asing kita sanggup menukar ucapan kita daripada bahasa Melayu
kepada bahasa Inggeris, walhal lingkungan tetamu majlis tersebut
majoritinya memahami bahasa Melayu. Persoalannya, di manakah
ketegasan kita dalam berbahasa? Tiadanya sifat kasih, ambil kisah
dan prihatin dengan bahasa ibunda (bahasa kebangsaan) adalah sikap
yang harus dikikis dalam jiwa dalam setiap kalangan kita.Menurut
Ibnu Khaldun (1332-1406), sarjana sosiologi dan falsafah Islam
pernah menyatakan bahawa bangsa yang pernah ditakluki oleh sebuah
kuasa lain lazimnya terus menjadi kagum terhadap penakluknya. Oleh
sebab itu, mereka gemar meniru pakaian, simbol, kepercayaan, budaya
dan amalan bangsa yang menakluki mereka. Mereka menyangka bangsa
yang mengalahkan mereka ialah bangsa yang agung. Akibatnya mereka
tidak percaya bahawa mereka mungkin dikalahkan oleh faktor-faktor
yang biasa sahaja. Oleh sebab itu, kita tidak berasa hairan apabila
ada dalam kalangan kita yang terus mengagumi kuasa Inggeris. Mereka
terus terkesima dengan bahasa Inggeris. Mereka tidak dapat melihat
kejayaan bahasa Melayu dalam memandaikan rakyat kerana minda mereka
sudah terjajah oleh Inggeris. Bagi mereka, bahasa Inggeris dapat
digunakan untuk menjayakan segala-galanya. Minda sudah lama
terjajah. Itulah yang membelenggu masyarakat kita hari ini.
Mengikis minda yang telah lama terpaku bak sekian lama bukanya
sesuatu yang mudah kerana ia memerlukan masa dan juga kerjasama
semua pihak.Ditambahkan lagi, cabaran bahasa Melayu terus menerima
persaingan dan hambatan daripada pelbagai sudut, kehadiran
berpuluh-puluh universiti, kolej swasta sejajar dengan Akta
InstitusiPengajian Tinggi swasta (IPTS) 1996 yang lebih cenderung
menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar menghimpitkan
lagi peranan bahasa Melayu. Mahu tidak mahu, suka atau tidak bahasa
Melayu terpaksa bersaing dalam situasi sebegini. Persoalannya
mampukan bahasa Melayu bersaing? Mampu atau tidak ia terletak di
bahu kita semua sebagai pengguna bahasa Melayu itu sendiri. Kita
sedar bahawa bahasa Melayu dijamin di dalam perlembagaan 152.
Namun, status quo bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan
bahasa rasmi bukanlah satu jamin yang kukuh. MenurutAbang Patdeli
Abng Muhi dalam makalahnya Bahasa Melayu Menyongsong Era Cabaran
menyatakan nilai sosialdan nilai ekonomi bahasa Melayu tidak dapat
dielakkandengan bayangan dengan bahasa Inggeris.Hal ini disebabkan,
suasana dan juga persepsi masyarakat Malaysia yang masih cenderung
menanggap sesuatu yang berbau Inggeris dan barat itu lebihsuperior.
Tidak mustahil tiba satu tahap lulusan bahasa Melayu juga dianggap
sebagai lulusan kelas kedua berbanding mereka yang memperoleh
lulusan berbahasa Inggeris. Fenomena ini bukan asing tatkala
pasaran pekerjaan yang mana menekankan kepada penguasaanbahasa
Inggeris sebagai ciriutama temu duga. Hal ini berlainan pula
pendapat daripada Kamal Shukri Abdullah Sani yang mana berpendapat
krisis siswazah tidak mendapat pekerjaan pada hari ini bukanlah
disebabkan masalah penguasaan bahasa Inggeris secara mutlak, tetapi
faktor lain yang memerlukan kajian fakta yang lebih jelas seperti
masalah ekonomi negara, syarat khusus pekerjaan, dominasi syarikat
tertentu, dan penutupan serta perpindahan industri tertentu ke
negara lain. Di tambahan pulakebanyakan masyarakat korporat dan
elit tidak begitu berminat dalam soal kebahasaan dan juga sastera
kerana mereka lebih menumpukan kepada kemajuan ekonomi, sains, dan
teknologi.Menurut A. Azizi Deraman dalam makalahnya Bahasa Melayu
Dan Cabaran Globalisasi, Dewan Bahasa 2007 menegaskan bahawa
cabaran utama bahasa Melayu sebagai bahasa nasional adalah lemahnya
sokongan, jagaan, kawalan, peneguhan dan penegasan bahasa Melayu
sebagai bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan. Tambah beliau lagi,
wujudnya keserongan persepsi terhadap keperluan atau cara sesebuah
negara memilih bahasa dan bahasa Inggeris dianggap mampu membawa
kemajuan negara telah memusnahkan kemajuan dan keupayaan bahasa
kebangsaan. Bahasa Melayu agung dengan sejarah yang dilakarnya bak
sekian lama sehinggakan penjajah yang datang mengaut segala
keuntungan tanah Melayu telah mematikan kagungan bahasa Melayu
dengan membawa bahasanya. Untuk mengembalikan maruah bahasa Melayu
yang kini semakin diheyak-henyak dari pelbagai penjuru. Justeru
penulis tinggalkan sidangpembaca sekalian denganbeberapa persoalan
berdasarkanpandangan Aziz Deraman:(1)Orang Melayu sendiri kurang
yakin terhadap kemampuan bahasa Melayu.(2)Rakyat bukan Melayu belum
semunya menjiwai bahasa Melayu.(3)Bahasa Inggeris terus
dianggapsuperior.(4)Penekanan terhadap sains dan teknologi serta
perindustrian yang mencetuskan tanggapan bahawa kemajuan hanya
boleh dicapai melalui bahasa Inggeris yang dianggap bahasa sangat
unggul itu.Justeru, hala tuju, nasib, dan masa depan bahasa Melayu
terletak di tangan kita semua sebagaipenutur dan pencinta bahasa
Melayu. Kita tidak boleh menyalahkan orang lain jika kita gagal
memartabatkan bahasa kita, kerana kita sendiri menggagalkan usaha
tersebut. Justeru bahasa Melayu milik kita semua wadah sendi pusaka
bangsa.
Bibliografi :
CABARAN BAHASA MELAYUCABARAN BAHASA MELAYU DALAM MENGHADAPI ABAD
KE-21Rozali bin RajabAbstrakPada masa ini, Bahasa Melayu menghadapi
cabaran yang sengit terutamanya dalam abad ke-21. Pada dasarnya
bahasa Melayu telah menjadi bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan
seperti yang termaktub dalam perlembagaan negara iaitu perkara 152
yang menyatakan bahawa Bahasa Kebangsaan ialah bahasa Melayu. Jadi,
pada abad ke-21, bahasa Melayu yang diperkasakan dan dimartabatkan
di negara ini terpaksa menghadapi saingan dengan penggunaan bahasa
Inggeris yang merupakan bahasa global. Persaingan yang paling hebat
dan mencabar kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara
ini ialah pengajaran sains dan matematik dalam bahasa Inggeris.
Oleh yang demikian, tumpuan kertas kerja ini ialah membincangkan
cabaran pemerkasaan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi, cabaran
bahasa Melayu dalam kemajuan teknologi maklumat, cabaran bahasa
Melayu terhadap sikap penuturnya dan cabaran bahasa Melayu dalam
penggunaan bahasa Melayu. Jadi, pelbagai seminar atau pembentangan
telah dijalankan, kegusaran bahasa Melayu terus membimbangkan pada
setiap insan yang mencintai bahasa Melayu. Melalui kertas kerja
ini, perbincangan akan ditumpukan kepada cabaran-cabaran yang
dihadapi oleh bahasa Melayu dalam abad ke-21 supaya cabaran-cabaran
tersebut tidak membantut perkembangan bahasa Melayu pada masa akan
datang. Justeru, cabaran- cabaran ini tidak akan mengancam
kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dan bahasa pengantar
pendidikan di Malaysia pada abad ke-21. Isu-isu akan dibincangkan
secara satu persatu supaya jelas tentang cabaran-cabaran
tersebut.
PENDAHULUAN
Sebelum mengorak melangkah untuk membicarakan cabaran-cabaran
bahasa Melayu dalam abad ke-21, penulis ingin mengajak sekalian
dahulu berkenaan bahasa Melayu. Menurut Prof. Dato Awang Had
Salleh, dalam Laporan Jawatankuasa Mengkaji Penggunaan Bahasa
Malaysia menegaskan bahawa bahasa Melayu ialah bahasa ibunda kepada
orang-orang keturunan Melayu. Jadi, Perkara 152 Perlembagaan
Malaysia telah memperuntukkan bahawa bahasa Melayu menjadi Bahasa
Kebangsaan dan Bahasa Kebangsaan ini hendaklah digunakan di dalam
urusan rasmi dalam semua bidang. Walaupun terdapat pelbagai
halangan, penggunaan Bahasa Kebangsaan tetap berjalan dengan
lancar. Untuk memenuhi kehendak tersebut, pada peringkat awal,
Bahasa Kebangsaan telah diperkenalkan sebagai satu mata pelajaran
di sekolah rendah atau menengah, khususnya sekolah yang bahasa
pengantarnya bukan bahasa Melayu.. Pada peringkat yang terkemudian,
apabila kedudukan Bahasa Kebangsaan ini sudah cukup matang dan
stabil, barulah wujud pula keperluan untuk memperkukuhkan perpaduan
rakyat dan memupuk keperibadian Malaysia, maka istilah Bahasa
Malaysia telah digunakan.
Manakala cabaran pula ialah sesuatu iaitu unsur, atau faktor
yang mencabar,menguji, kemampuan dan ketabahan seseorang atau
sesuatu organisasi. (Kamus Dewan Edisi Ke-4, 2005). Oleh itu
cabaran bahasa Melayu dalam abad ke-21 bermaksud mencabar kemampuan
bahasa Melayu dalam menuju abad ke-21 atau dipanggil era
globalisasi. Jadi, abad ke-21 atau lebih dikenali sebagai era
globalisasi merupakan satu zaman yang penuh dengan cabaran terutama
kedudukan bahasa Melayu di negara ini.
Persoalannya, apakah cabaran bahasa Melayu mempunyai kemampuan
dalam abad ke-21. Adakah cabaran-cabaran itu menidakkan kedudukan
bahasa Melayu di negara ini? Oleh yang demikian, harapan kita
terhadap bahasa Melayu terlalu besar.
Bahasa Melayu harus berupaya menggambarkan kelahiran fikiran,
kreativiti dan aktiviti besar bangsa Malaysia. Cabaran-cabaran
bahasa Melayu dalam abad ke-21, perlu ditangani dengan berhati-hati
supaya bahasa Melayu terus hidup dan mampu bersaing di peringkat
antara bangsa.Kajian ini akan membincangkan cabaran dalam
memperkasa bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dengan perbincangan
tertumpu kepada cabaran bahasa Melayu dalam kemajuan teknologi
maklumat, cabaran bahasa Melayu terhadap sikap penutur cabaran
bahasa Melayu dalam penggunaannya.
Skop perbincangan kertas kerja ini menumpukan cabaran-cabaran
yang dihadapi oleh bahasa Melayu dalam abad ke-21. Oleh yang
demikian, penulisan kertas kerja ini membataskan tentang cabaran
bahasa Melayu dalam menghadapi abad ke-21.
CABARAN BAHASA MELAYU DALAM MENGHADAPI ABAD KE-21
Untuk memastikan kesinambungan kewujudannya dan kegemilangannya
di persada dunia dalam abad ke-21 , bahasa Melayu terpaksa
menghadapi pelbagai cabaran, sama ada dalam konteks nasional atau
antarabangsa. Cabaran-cabaran ini memperlihatkan bahawa bahasa
Melayu pada suatu ketika dahulu iaitu bahasa Melayu dalam
sejarahnya telah membuktikan bahawa bahasa Melayu telah menjadi
bahasa antarabangsa sejak zaman Empayar Srivijaya pada abad ke-7
Masihi sehingga abad ke-19 Masihi. apabila bahasa Melayu menjadi
lingua franca dirantau ini. Malahan bahasa Melayu telah menjadi
bahasa perdagangan dan bahasa perhubungan antarabangsa.
Kegemilangan bahasa Melayu telah menjadi kenyataan pada masa itu
apabila bahasa Melayu dijadikan bahasa rasmi dan bahasa persuratan
bagi pusat- pusat pemerintahan seluruh rantau berkenaan.
Namun, permulaan abad ke-20 merupakan era penjajahan Barat ke
atas Kepulauan-kepulauan Melayu iaitu Inggeris bagi Semenanjung
Tanah Melayu dan utara Borneo,Belanda bagi kepulauan Sumatera,
Jawa,selatan Borneo,Sulawesi ,Meluku, Madura dan Bali, dan Sepanyol
bagi kepulauan Filipina.[Prof.Dr.Hashim Hj. Musa,2009].Keadaan yang
sedemikian telah menyebabkan bahasa Melayu telah menghadapi cabaran
iaitu bermulalah kemerosotan kedudukan bahasa Melayu sebagai lingua
franca di rantau ini. Dalam konteks ini, pihak penjajah telah
memaksa menggunakan bahasa mereka sebagai bahasa rasmi dan bahasa
pengantar pendidikan terhadap jajahan takluk mereka. Setelah sekian
lama, kemerdekaan tercapai barulah bahasa Melayu telah dikembalikan
statusnya sebagai bahasa kebangsaan, bahasa rasmi dan lingua franca
di rantau ini.
Setelah 52 tahun Malaysia merdeka dan 32 tahun pelaksanaan
sepenuhnya dasar bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar pendidikan,
bahasa Melayu telah menghadapi cabaran yang tidak diduga apabila
Akta Pendidikan 1996 dan Akta IPTS 1996 diluluskan, maka semua IPTS
dibenarkan menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar.
Keadaan belum reda, satu cabaran telah muncul iaitu pada tahun
2003, penggunaan bahasa Inggeris bagi semua matematik dan sains
dalam semua peringkat. Namun, pejuang-pejuang bahasa bersatu tenaga
untuk memastikan bahasa Melayu mendapat tempat di negara ini
seperti termaktub dalam Perlembagaan Negara, Perkara 152. Akhirnya,
tahun 2012 penggunaan bahasa Inggeris dalam sains dan matematik
dihapuskan.Munculnya abad ke-21, telah menjadikan bahasa Melayu
semakin mendapat persaingan sengit atau cabaran daripada bahasa
Inggeris. Jadi, dalam kertas kerja ini membincangkan empat cabaran
yang bahasa Melayu hadapi pada abad ke-21.
Cabaran Pemerkasaan Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Rasmi
Oleh yang demikian, pemerkasaan bermaksud menjadikan sesuatu itu
berwibawa, dominan, kuat, hebat, terkenal, berdaulat, dominan, dan
sebagainya.[Kamus Dewan Edisi Ke-4,2005] Justeru, pemerkasaan
bahasa Melayu bermaksud menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa
yang hebat, terkenal, berdaulat dan dominan di dunia ; hebat dari
segi kandungan ilmunya, keintelektualannya, keluasan penggunaannya,
nilai ekonominya dan keterbacaannya.[Prof,Dr, Hashim Hj.Musa,2009]
Pada masa ini, sistem pendidikan negara berpengantarkan bahasa
Melayu seperti yang tercatat dalam Perkara 152 Perlembagaan Negara
iaitu bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan. Dalam abad ke-21, bahasa
Melayu telah menghadapi cabaran apabila pada tahun 2003, sains dan
matematik dalam semua peringkat diajar dalam bahasa Inggeris.
Senario ini telah memberi impak kepada kedudukan bahasa Melayu
sebagai bahasa rasmi di negara ini. Pejuang-pejuang bahasa telah
bersatu hati untuk mendaulatkan dan memperkasakan bahasa Melayu,
Seminar-seminar, pembentangan kertas kerja dan sebagainya telah
diadakan bukan sahaja di dalam negara malahan di luar negara. Tidak
cukup dengan itu, badan NGO dan bukan NGO turut bersama-sama untuk
memastikan bahasa Melayu perlu dikembalikan dalam mata pelajaran
sains dan matematik.
Pada tahun 2010,, Tan Sri Muhiyidin Yasin,Timbalan Perdana
Menteri telah mengumumkan bahawa pada tahun 2012, mata pelajaran
Sains dan matematik akan diajar dalam bahasa Melayu. Langkah ini,
telah menjadikan bahasa Melayu kembali dominan dan diperkasa.
Kejayaan sesuatu bangsa bukanlah berdasarkan bahasa Inggeris,
tetapi kefahaman sesuatu perkara dengan menggunakan bahasa ibunda.
Justeru, ada yang menganggap bahawa orang Melayu atau negara ini
tidak akan maju jikalau orang Melayu tidak menggunakan bahasa
Inggeris sebagaibahasa ilmu dan bahasa kemajuan. Perlu diingati,
negara Jepun, Korea Selatan dan banyak negara lain masih
menggunakan bahasa ibunda dalam semua bidang. Pemerkasaan bahasa
ibunda mereka, telah menjadikan negara mereka maju malah lebih maju
daripada negara barat.Selain itu, masyarakat sudah mula menunjukkan
pentingnya peneguhan dan penegasan bahawa bahasa Melayu sebagai
bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan. Maksudnya, masyarakat sudah
sedar betapa pentingnya bahasa Melayu dan kini wujudnya generasi
yang mahu mempelajari dan mahir menggunakan bahasa Melayu. Menurut
Dr. Nik Safiah Karim[1993], Dasar Bahasa Kebangsaan di Malaysia
telah berjaya, terutamanya jika dilihat dari perspektif
penggunaannya dalam jentera pentadbiran, dalam sistem pendidikan,
dan dalam beberapa domain utama kehidupan sehari-hari masyarakat
Malaysia. Kita boleh berbangga dengan kejayaan tersebut. Namun
cabaran yang lain timbul pula, iaitu dalam bentuk penggemblengan
usaha daripada pelbagai pihak yang masih diperlukan untuk
melestarikan (mengekalkan atau menetapkan) sekali gus
mempertingkatkan mutu bahasa yang digunakan. Dalam kata lain, semua
pihak perlu bekerjasama untuk memastikan bahasa Melayu terus
diperkasakan agar cabaran abad ke-21 tidak meminggirkan bahasa
Melayu sama ada dalam sistem pendidikan atau pentadbiran.
Cabaran Bahasa Melayu Dalam Kemajuan Teknologi Maklumat
Pada masa ini, bidang teknologi maklumat amat penting. Jadi,
Malaysia telah mendapat impak yang besar terutama dari segi
penggunaan bahasa teknologi maklumat. Sedia maklum, bahasa
teknologi maklumat yang paling dominan di dunia ialah bahasa
Inggeris. Keadaan ini sudah tentu memberi kesan kepada penggunaan
bahasa Melayu dalam teknologi maklumat. Oleh itu, kita seharusnya
mempelajari bahasa teknologi maklumat supaya perbendaharaan kata
berkenaan teknologi maklumat dalam bahasa Melayu diperkaya. Jadi,
bahasa Inggeris tetap dipelajari kerana ilmunya. Kita haruslah
berfikiran positif dan memandang ke hadapan. Semua negara
mempelajari bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua selain bahasa
ibunda. negara Korea Selatan, dan Jepun merupakan sebuah negara
yang maju dalam bidang sains dan teknologi, namun mereka tetap
mempertahankan bahasa ibunda dan bahasa Inggeris tetap
dipelajari.
Menurut Kamal Shukri Abdullah Sani,[2007;50] bahawa Jepun tidak
berganjak daripada menggunakan bahasanya dari peringkat tadika
sehinggalah ke peringkat pengajian tinggi dalam semua bidang mata
pelajaran. Bahasa Inggeris hanya dipelajari mulai di peringkat
menengah dan bukan di peringkat rendah. Peluang mempelajari bahasa
lain seperti Jerman, Sepanyol, Portugis, Rusia,Mandarin dan
lain-lain turut disediakan sama ada di institusi pendidikan,
rancangan televisyen dan lain-lain. Walau bagaimanapun bahasa Jepun
tetap diutamakan dan dijunjung tinggi martabat dan maruahnya.
Oleh yang demikian, teknologi maklumat dan komunikasi (ICT)
adalah diasaskan oleh perkembangan dan kemajuan yang pesat dalam
bidang mikroelektronik sehingga menghasilkan pelbagai kemudahan
teknologi maklumat seperti komputer peribadi, telekomunikasi
multimedia dan sebagainya. Seterusnya kemunculan Internet telah
meluaskan penggunaan ICT dengan jaringan informasi bersepadu
sehingga membolehkan diaplikasikan sebagai media komunikasi yang
melibatkan teks, bunyi, grafik dan video.
Permasalahan ini secara langsung mempengaruhi dan mencabar
kewibawaan dan kedudukan bahasa Melayu di rantau Nusantara ini.
Apatah lagi, negara Malaysia yang menjadikan bahasa Melayu sebagai
bahasa rasmi di negara ini. Adakah kita mampu menghadapi cabaran
ini dan menidakkan penggunaan teknologi maklumat dalam arus
pembangunan negara. Bagaimana dengan Jepun.? Negara mereka maju
dalam teknologi maklumat, namun bahasa ibunda tetap terjaga dan
terpelihara. Perkara ini perlu kita renung dan fikir bersama.
Oleh yang demikian, penekanan terhadap ICT pada era globalisasi
dan liberalisasi bermakna penggunaan bahasa Inggeris menjadi
semakin penting dan tidak dapat dielakkan oleh masyarakat dunia.
Era ICT telah menunjukkan bahasa Inggeris mengiringi kelahiran
pertama Internet dunia di Amerika Syarikat dan seterusnya diikuti
dengan pengeluar perisian dan perkakasan komputer seperti
Microsoft, Dell dan Hewlett-Packard yang semuanya diasaskan oleh
mereka yang berbahasa Inggeris. Perubahan persekitaran ini
menimbulkan persoalan sama ada mampukan bahasa Melayu digunakan di
dalam era ICT sebagai bahasa perantaraan alternatif untuk
dimanfaatkan oleh masyarakat bahasanya? Mampukah penggiat-penggiat
bahasa Melayu menggunakan ICT sebagai alat penyelidikan,
perkakasan, perisian dan aplikasi untuk pembangunan bahasa
Melayu?
Sebagai satu pandangan umum, masyarakat perlu memperlihatkan
sikap terbuka dan kesediaan untuk menghadapi cabaran perkembangan
yang pesat dalam ICT dengan pengaruh bahasa asing khususnya bahasa
Inggeris. Perlu diakui bahawa bahasa Melayu masih lagi muda atau
setahun jagung dari sudut peristilahan sains dan teknologi
berbanding dengan bahasa Inggeris. Usaha supaya bahasa Melayu
diterima dalam era siber hanya akan terlaksana jika masyarakat
bahasanya mempelajari pengalaman dan kejayaan yang telah dicapai
oleh bahasa Inggeris. Dengan cara dan langkah ini, kita percaya
perkembangan bahasa Melayu akan terus bersemarak seandainya kita
bersikap terbuka. Dengan adanya ilmu sains dan teknologi maklumat
dalam bahasa Inggeris, kita boleh menterjemahkan ke dalam bahasa
ibunda iaitu bahasa Melayu.
Secara langsung, bahasa Melayu dalam sains dan teknologi
maklumat akan terus meningkat dan berkembang. Mengikut pendapat
Prof. Dr. Hashim Hj. Musa, dalam buku Sosiolinguistik Lanjutan, [
2009; 61]bahawa penguasaan ilmu, sains dan teknologi yang tinggi,
kemahiran dan kepakaran secara meluas dalam kalangan rakyat jelata,
merupakan faktor utama dalam pembangunan Sumber Daya Tenaga Manusia
sesebuah negara secara menyeluruh, yang menjadi faktor utama pula
kepada pembangunan dan kemajuan negara itu. Penyampaian dan
pemahaman ilmu pengetahuan, sains, teknologi dan kepakaran serta
kemahiran dengan cara yang paling berkesan adalah dengan
perantaraan bahasa kebangsaan rakyat jelata itu sendiri.
Oleh yang demikian, walaupun cabaran dalam teknologi maklumat
begitu hebat, bahasa Melayu perlu seiring dengan perkembangan
teknologi maklumat. Hal ini disebabkan, pelbagai maklumat yang
terkandung dalam pelbagai jenis teknologi maklumat yang sedia ada
harus terdapat dalam bahasa Melayu ini, benar-benar sesuai dengan
hasrat untuk menyejagatkan bahasa Melayu, dan teknologi maklumat
itu sendiri merupakan saluran yang cukup penting canggih, cekap dan
pantas untuk tujuan tersebut. Oleh itu, bahasa Melayu bukannya
perlu bersaing dengan teknologi maklumat, sebaliknya ia patut
bersepadunya dengannya. Dengan cara ini, bahasa Melayu mampu
mengaplikasikan sumber ilmu itu untuk menjanakan maklumat pelbagai
bidang dalam dunia serba teknikal ini.
Cabaran Bahasa Melayu Terhadap Sikap Penuturnya
Dalam abad ke-21, sikap penutur atau masyarakat amat penting
dalam penggunaan bahasa ibunda. Sekiranya sikap penutur tiada
kesungguhan atau perasaan malu menebal dalam diri penutur kerana
menggunakan bahasa ibunda, sudah pasti bahasa ibunda akan terkubur.
Oleh yang demikian, bagi bahasa Melayu, cabaran yang sebenarnya
terletak pada sikap yang dipegang oleh penuturnya. Jadi , abad
ke-21 telah memperlihatkan kelemahan terhadap sikap penutur yang
tidak mengambil berat terhadap bahasa kebangsaan mereka. Hal ini
disebabkan mereka sudah terdidik dalam bahasa Inggeris dan lebih
selesa bercakap bahasa Inggeris. Akibatnya, mereka yang tidak mahu
menggunakannya telah membentuk satu sikap tidak kisah terhadap
bahasa ibunda. Peristilahan dan tutur kata tidak dilakukan kerana
tidak mengikuti perkembangan bahasa Melayu. Apabila disuruh memberi
pendapat dan idea, mereka lebih suka bertutur dalam bahasa
Inggeris. Begitulah apabila ada seminar atau pembentangan walaupun
di dalam dewan ada seorang bukan rakyat Malaysia, mereka lebih suka
bertutur dalam bahasa Inggeris. Justeru, permasalahan ini iaitu
sikap penutur merupakan satu cabaran yang perlu ditangani secara
berhati-hati pada abad ke-21 agar bahasa Melayu tidak dipandang
rendah oleh masyarakat sendiri. Nik Safiah Karim dalam buku
Sumbangsih, Kumpulan Esei Mengenang Jasa Asraf, memperkatakan,
bahawa bahasa Melayu, cabaran yang sebenarnya terletak pada sikap
yang dipegang oleh penuturnya. Yang tidak dapat dinafikan ialah
hakikat kepentingan dan kesesuaian bahasa Inggeris sebagai bahasa
antarabangsa. Jadi, yang tidak dapat dinafikan ialah hakikat
kepentingannya dan kesesuaian bahasa Inggeris sebagai bahasa
antarabangsa.
Abad ke-21 memang membawa cabaran kepada bahasa Melayu dari segi
persaingan dengan bahasa Inggeris tetapi tidaklah keadaan ini
menjadi satu cabaran besar sehingga menggugat kedudukan bahasa
Melayu. Oleh yang demikian sikap rakyat Malaysia mesti yakin dengan
keupayaan dan kemampuan bahasa kebangsaan. Kita seharusnya berasa
bangga dengan bahasa Melayu kerana kekal sehingga sekarang dan
bangga terhadap bahasa kebangsaan sebagai bahasa rasmi. Kemudian
sesuaikan dengan keadaan apabila hendak menggunakan bahasa
Inggeris. Ironisnya, langkah ini tidak akan timbul keadaan bahasa
Melayu tergugat oleh bahasa Inggeris.
Cabaran Bahasa Melayu Dalam Penggunaan Bahasa Melayu
Belakangan ini, pada abad ke-21 beberapa gejala yang amat
membimbangkan berkaitan dengan penggunaan bahasa Melayu. Pengaruh
media elektronik telah merosakkan penggunaan bahasa Melayu dari
segi pertuturan,ayat, istilah, bahasa rojak dan sebagainya.
Kerosakan penggunaan bahasa Melayu yang paling teruk berlaku ialah
golongan remaja. Pada abad ke-21, sudah menjadi satu trend atau
ikutan kepada golongan remaja dalam penggunaan bahasa Melayu.
Senario ini cukup membimbangkan dan jika tidak ditangani dengan
segera, sudah pasti keindahan bahasa Melayu tidak kedengaran atau
berkumandang lagi.
Berbalik kepada penggunaan bahasa Melayu, kebanyakan pengacara
majlis atau program di televisyen dan radio dalam pengendalian
sesuatu program, sudah menjadi kewajiban untuk mencampuradukkan
bahasa mereka. Dalam mengendalikan sesuatu program atau rancangan,
pengacara pada peringkat awal menggunakan bahasa Melayu. Namun,
perkara yang sebaliknya telah berlaku iaitu dalam pertengahan
program hingga akhir, pengacara mencampuradukkan penyampaian bahasa
Melayu dan bahasa Inggeris walaupun programnya lebih kepada
berbahasa Melayu dan penontonnya majoritinya berbangsa Melayu.
Memang tidak dapat dinafikan, rakyat di negara kita mahir dalam
dua bahasa iaitu bahasa Melayu dan bahasa Inggeris. Terdapat
pelbagai bentuk dan cara dalam pertuturan mereka. Mengikut Nik
Safiah Karim, [2004], ada kalanya dua bahasa ini berselang-seli
,iaitu satu ayat dalam satu bahasa diikuti oleh ayat dalam bahasa
kedua. Sebagai contoh ialah Saya mengambil keputusan untuk pergi,
then I thought I should consult my father. Begitulah dengan
penggunaan perkataan yang lain iaitu Dalam hal ini you paling best.
How are you today..harap OKlah.Keadaan ini sudah menjadi kebiasaan
mana-mana rancangan atau program televisyen pada abad ke-21.
Sekiranya permasalahan ini tidak dibendung, sudah tentu memberi
impak atau cabaran yang besar kepada kedudukan bahasa Melayu di
negara ini.
Manakala golongan remaja pula, penggunaan bahasa Melayu mereka
cukup membahayakan dan boleh merosakkan nilai bahasa Melayu. Hal
ini disebabkan kecanggihan teknologi maklumat pada abad ke-21 iaitu
penggunaan telefon bimbit. Untuk menghantar sms kepada rakan-rakan,
mereka menggunakan bahasa rojak dan berlakulah kerancuan bahasa.
Menurut Prof Dr. Hashim Hj. Musa, kerancuan bahasa ialah penggunaan
bahasa yang tidak mengikut peraturannya sama ada dari segi
sintaksis, morfologi, fonologi, kosa kata, istilah dan sebagainya,
yang mengakibatkan kekacauan dan ketidaktekalan dari segi
pembentukan ayat, klausa, frasa, ejaan, sebutan, kosa kata dan
istilah. Di sini , terdapat beberapa perkataan yang sering
disalahgunakan semasa menghantar sms.Misalnya, perkataan-perkataan
seperti kang (nanti), akum (assalamualaikum), wlam
(waalaikumsalam), dowang (mereka), tipon (telefon) dan persal
(mengapa). Pengubahsuaian juga telah dibuat kepada kata gantinama
seperti sayer (saya), dier (dia) dan nko (engkau). Begitu juga
dengan kata tanya telah diubah suai seperti biler (bila), camner
(bagaimana) dan maner (mana). Kerancuan bahasa Melayu abad ke-21
merupakan satu cabaran yang boleh merosakkan keteraturan,kehalusan
dan keintelektualan bahasa Melayu, kerana menjejas sistem dan
peraturannya yang menyebabkan kecelaruan dan ketidaktekalannya. Hal
ini akan merosakkan martabat dan kewibawaan bahasa Melayu sebagai
bahasa kebangsaan, bahasa pendidikan dan bahasa ilmu tinggi, yang
akhirnya akan menurunkan maruahnya dan disisihkan sedikit demi
sedikit oleh pengguna bahasanya.
KESIMPULAN
Mampukah bahasa Melayu menghadapi cabaran pada abad ke-21?
Daripada perbincangan di atas, kita telah membincangkan cabaran
bahasa Melayu sebelum dan selepas kemerdekaan secara ringkas.. Pada
peringkat ini, bahasa Melayu terus berkembang tanpa menghadapi
masalah. Namun, semasa penjajahan Inggeris perkembangan bahasa
Melayu terus malap dan tidak bermaya. Pejuang-pejuang bahasa yang
mencintai bahasa, terus berjuang untuk memartabatkan bahasa Melayu.
Selepas kemerdekaan, bahasa Melayu telah menjadi bahasa pengantar
di sekolah-sekolah dan universiti.
Walau bagaimanapun pada abad ke-21, bahasa Melayu mula
dipersoalkan dan ada pihak-pihak tertentu ingin mengembalikan
bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar di negara ini. Oleh yang
demikian, cabaran-cabaran seperti cabaran pemerkasaan bahasa Melayu
sebagai bahasa rasmi, cabaran bahasa Melayu dalam kemajuan
teknologi maklumat , cabaran bahasa Melayu terhadap sikap
penuturnya dan cabaran bahasa Melayu dalam penggunaan bahasa Melayu
menjadi isu perbincangan dalam abad ke-21. Cabaran-cabaran ini
terpaksa dilalui secara berhati-hati agar permasalahan yang sedikit
akan memberi impak yang besar terhadap bahasa Melayu. Pada masa
ini, pengaruh bahasa Inggeris begitu kuat dan dikenali sebagai
bahasa antarabangsa.Untuk berhubung pada peringkat antarabangsa,
bahasa Inggeris menjadi keutamaan.
Justeru, jalan terbaik untuk menghadapi cabaran ini ialah sikap
kita terhadap bahasa Melayu. Walaupun kita menghadapi pelbagai
cabaran, bahasa kedua perlu kita pelajari. Sebab saya berkata
demikian, bahasa Inggeris amat diperlukan untuk kita berhubung di
peringkat antarabangsa. Namun , tidaklah keadaan ini menjadi satu
cabaran besar sehingga menggugat kedudukan bahasa Melayu sebagai
bahasa kebangsaan, bahasa pengantar dan bahasa berdaulat seperti
yang tercatat dalam Perlembagaan Negara. Paling penting rakyat
Malaysia mempunyai sikap atau jati diri yang betul terhadap bahasa
kebangsaan. Seandainya rakyat Malaysia mempunyai perasaan bangga
terhadap bahasanya, jikalau rakyat Malaysia tahu bila hendak
menggunakan bahasa Inggeris dan bilakah pula keadaan penggunaan
bahasa kebangsaannya, maka tidak akan timbul persaingan dan tidak
akan timbul keadaan bahasa Melayu dalam dilema itu, kita mesti
mengetahui tempat penggunaannya supaya permasalahan tidak
timbul.
Dengan langkah yang sedemikian, nescaya permasalahan dan
cabaran-cabaran bahasa Melayu dalam abad ke-21 dapat diatasi.
Paling penting, masyarakat Malaysia perlu mempunyai sikap bangga
diri terhadap bahasa ibunda kerana pada suatu masa dahulu bahasa
Melayu merupakan bahasa yang telah diterima di peringkat
antarabangsa iaitu zaman Empayar Srivijaya. Pada hari ini, bahasa
Melayu mempunyai jumlah penutur yang dianggarkan hampir 250 juta
dan bahasa Melayu telah menjadi bahasa rasmi untuk empat buah
negara iaitu Malaysia, Indonesia, Brunei, dan Singapura. Hal ini
ditambah lagi bahawa bahasa Melayu pernah berkumandang buat kali
pertama di Perhimpunan Bangsa-Bangsa Bersatu [PBB].Oleh itu,
semangat dan jiwa seumpama ini perlu diikuti,dicontohi dan
diteladani oleh masyarakat Malaysia, pemimpin-pemimpin dan ilmuwan.
Saya percaya dengan langkah yang sedemikian, membolehkan bahasa
Melayu menongkah arus pada abad ke-21 dan martabat bahasa Melayu
akan kembali di landasan yang kita ingini.