Top Banner

of 31

C2006UNIT1

Oct 17, 2015

Download

Documents

Mohd Asmawi
Welcome message from author
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
  • C 2006/UNIT 1/

    ATURCARA KONTRAK DAN UKUR BINAAN

    1

    INDUSTRI BINAAN SECARA AM

    BIDANG INDUSTRI BINAAN

    Objektif am: : Mengetahui secara am mengenai bidang industri binaan , dapat

    membezakan tugas-tugas ahli kumpulan perekabentuk, kumpulan

    jurubina dan susunatur organisasi firma kontraktor serta aturcara

    pendaftaran kontraktor.

    Objektif khusus: Di akhir unit ini anda sepatutnya dapat:

    Mendefinisikan industri binaan.

    Menyatakan jenis-jenis kerja kejuruteraan awam, bangunan dan

    kejuruteraan awam berat.

    Menghuraikan perhubungan industri binaan dengan pertumbuhan

    ekonomi negara

    Mengenalpasti aktiviti-aktiviti yang terlibat di dalam pembinaan

    sesebuah projek.

    Membezakan tugas-tugas ahli kumpulan perekabentuk

    Membezakan tugas-tugas ahli kumpulan Jurubina.

    Menerangkan secara am susun atur organisasi firma kontraktor yang

    baik

    Mengenal pasti ciri-ciri organisasi firma kontraktor mengikut bidang,

    tugas dan tanggung jawab serta melakarkan carta organisasinya.

    Menerangkan perhubungan sistem kepala dengan firma kontraktor

    Menerangkan atur cara pendaftaran kontraktor.

    UNIT 1

    OBJEKTIF

  • C 2006/UNIT 1/

    ATURCARA KONTRAK DAN UKUR BINAAN

    2

    INDUSTRI BINAAN SECARA AM

    1.0 Pengenalan

    Industri binaan adalah satu bidang yang sangat penting bagi menstabilkan negara.

    Ia merupakan satu bidang perniagaan yang meliputi kerja bangunan, kejuruteraan awam,

    mekanik, air, elektrik, kuari, memajukan hutan dan tanah, telehubungan dan lain-lain.

    Matlamat utama ialah untuk mendapatkan pulangan atau keuntungan ke atas pelaburan

    yang telah dibuat sehingga ke peringkat yang paling maksimum. Bagi menjamin

    melicinkan perjalanan sesuatu projek binaan ini, maka pengurusan dan aturcara yang baik

    mesti dirancangkan.

    1.1 Definisi Industri Binaan

    Industri yang meliputi kerja-kerja bangunan dan kerja-kerja kejuruteraan awam.

    1.2 Jenis-jenis kerja dalam industri binaan

    1.2.1 Kejuruteraan Awam

    Ia melibatkan projek-projek besar serta kos yang banyak dan komplek.

    Contoh-contoh kerjanya seperti :

    pembinaan jalanraya dan lebuhraya

    jambatan dan jeti

    terowong

    pembentungan najis dan lain-lain.

    INPUT 1A

  • C 2006/UNIT 1/

    ATURCARA KONTRAK DAN UKUR BINAAN

    3

    INDUSTRI BINAAN SECARA AM

    1.2.2 Bangunan

    Ia melibatkan kerja-kerja pembinaan :

    Rumah-rumah kediaman

    Pejabat-pejabat

    Hotel dan resort

    Hospital

    Sekolah dan institusi pendidikan

    Masjid dan lain-lain

    1.2.3 Kejuruteraan Awam berat

    Pelantar minyak

    Empangan sungai

    Lapangan terbang

    Rangkaian lebuhraya negara

    Landasan keretapi dan lain-lain

    1.3 Hubungan di antara industri binaan dengan pertumbuhan ekonomi

    negara.

    Industri binaan merupakan salah satu industri utama yang mempunyai

    hubungan yang rapat dengan keadaan ekonomi negara. Apabila keadaan

    ekonomi berkembang, industri binaan akan turut berkembang bagi

    memenuhi permintaan yang bertambah. Ini kerana permintaan berkesan

    terhadap barangan dan perkhidmatan akan bertambah apabila jumlah

    pendapatan penduduk bertambah.

  • C 2006/UNIT 1/

    ATURCARA KONTRAK DAN UKUR BINAAN

    4

    INDUSTRI BINAAN SECARA AM

    Oleh sebab itu industri binaan dianggap sebagai penggalak terhadap

    perkembangan industri-industri lain. Banyak aktiviti ekonomi lain yang

    berkaitan dengannya turut berkembang. Umpamanya ialah pengeluaran

    bahan-bahan, komponen, peralatan dan loji binaan. Selain itu jika sesuatu

    projek binaan mula dilaksanakan di sesuatu tempat , berbagai-bagai

    aktiviti seperti perumahan, perniagaan dan lain-lain mula berkembang.

    Industri binaan juga merupakan industri perkhidmatan yang membantu

    industri industri lain dalam menyediakan kemudahan infrastruktur fizikal dan bangunan. Walaupun demikian, industri binaan adalah sangat

    komplek dan mempunyai ciri- ciri tersendiri. Oleh itu kontraktor sebagai

    pihak terakhir dalam industri binaan yang akan merealisasikan projek

    binaan ke alam nyata perlu memahami beberapa aspek penting

    yang akan mempengaruhi kerja-kerja di tapak binaan.

    1.4 Aktiviti-aktiviti yang terlibat di dalam pembinaan.

    1.4.1 Kajian Kemungkinan

    Kajian ini perlu dilaksanakan terlebih dahulu sebelum sesuatu

    pembinaan dijalankan. Di antara kajian yang perlu dibuat

    ialah :

    i. Kajian Sosial iaitu untuk menentukan untung rugi, dapat memenuhi permintaan pelanggan atau tidak

    juga

    tercapai atau tidak bagi menyelesaikan masa

    sosial.

    ii. Kajian penyiasatan tanah bagi menentukan jenis-jenis tanah dan keupayaan galasnya.

    iii. Laporan perlu dibuat berdasarkan laporan yang sedia ada dan kajian-kajian baru yang telah dibuat.

  • C 2006/UNIT 1/

    ATURCARA KONTRAK DAN UKUR BINAAN

    5

    INDUSTRI BINAAN SECARA AM

    1.4.2 Rekabentuk Peringkat rekabentuk dibahagikan kepada subperingkat : cadangan

    rangka,reka bentuk skim, rekabentuk terperinci dan maklumat

    pengeluaran. Cadangan rangka dan rekabentuk skim kadang kala

    dikenali sebagai pelan lakar, manakala reka bentuk terperinci dan maklumat pengeluaran sebagai lukisan kerja.

    Sebagai rumusannya peringkat ini merangkumi :

    Reka bentuk skim, termasuk anggaran kos Reka bentuk terperinci Lukisan kerja, spesifikasi dan jadual Bil kuantiti anggaran kos akhir

    1.4.3 Tender Tawaran dikeluarkan setelah plan selesai dibuat bagi memilih

    kontraktor yang sesuai untuk membina dan menyiapkan projek

    pembinaan tersebut.

    1.4.4 Kontrak Kontrak adalah suatu perjanjian di antara dua atau lebih pihak yang

    bertanggungjawab dan perjanjian itu berkuatkuasa oleh undang-

    undang.

    Dari segi kontrak, pihak utama dalam kontrak binaan ialah

    kontraktor sebagai pihak yang membuat tawaran dan tuanpunya

    sebagai pihak yang menerima. Manaakala perunding merupakan

    pihak lain yang biasanya dilantik oleh tuanpunya.

    Rajah 1.1 menunjukkan pertalian di antara kontrak

    TUANPUNYA KONTRAKTOR

    Arkitek Jurukur Bahan

    pembekal

    Jurutera Kontraktor

    kecil

  • C 2006/UNIT 1/

    ATURCARA KONTRAK DAN UKUR BINAAN

    6

    INDUSTRI BINAAN SECARA AM

    1.4.5 Pembinaan

    Kontraktor yang telah menandatangani kontrak mesti membina dan

    menyiapkan pembinaan mengikut waktu yang dihadkan dan kos

    yang dipersetujui dan juga mengikut kualiti yang telah ditentukan.

    1.4.6 Penyerahan

    Projek pembinaan akan diserahkan oleh kontraktor kepada pemaju

    atau tuanpunya setelah pembinaan siap sepenuhnya (termasuk

    setelah tamat tempoh tanggungang kecacatan).

    1.4.7 Penggunaan dan penyenggaraan.

    Setelah projek pembinaan itu boleh digunakan atau diduduki oleh

    pengguna maka majikan atau tuanpunya akan sentiasa membuat

    penyenggaraan yang mana perlu.

    2.0 Tugas-tugas ahli kumpulan perekabentuk

    Ahli kumpulan perekabentuk ialah :

    2.1 Pemaju projek.

    2.1.1 merupakan tuanpunya yang berniat atau

    berkehendak untuk membina projek.

    2.1.2 melantik perunding dan kontraktor.

    2.2 Arkitek.

    2.2.1 menyempurnakan hajat tuanpunya projek serta

    memberi nasihat dan cadangan.

    2.2.2 menyediakan rekabentuk awal dan terperinci

    berdasarkan kehendak dan modal yang dimiliki

    oleh tuanpunya projek itu.

  • C 2006/UNIT 1/

    ATURCARA KONTRAK DAN UKUR BINAAN

    7

    INDUSTRI BINAAN SECARA AM

    2.3 Jurutera struktur/Awam, Elektrik dan Jentera.

    2.3.1 Peranannya hampir sama dengan arkitek cuma

    merujuk bidang masing-masing dan selalu

    berhubung dengan arkitek.

    2.4 Jurukur Bahan

    2.4.1 Berperanan sebagai penasihat kos pada

    peringkat awal walaupun lukisan terperinci

    belum disediakan.

    2.4.2 Membuat Anggaran kasar untuk rujukan pihak

    pemaju.

    2.4.3 Sebagai perancang kos bagi menganalisa secara

    sistematik setiap elemen di dalam sesebuah

    bangunan serta membuat perbandingan dengan

    kos keseluruhan.

    2.4.4 Menyediakan Dokumen tawaran.

    3.0 Tugas-tugas ahli Kumpulan Jurubina

    Ahli-ahli kumpulan Jurubina ialah :

    3.1 Kontraktor.

    Ia bertanggungjawab untuk:

    3.1.1 membina dan menyiapkan projek pembinaan

    berdasarkan dokumen kontrak.

    3.1.2 menanggung segala kerja yang telah

    dilaksanakan dan disiapkan di tapak bina.

  • C 2006/UNIT 1/

    ATURCARA KONTRAK DAN UKUR BINAAN

    8

    INDUSTRI BINAAN SECARA AM

    3.1.3 Melaksanakan kerja dengan teratur dan cekap

    bagi menyiapkan kerja mengikut tarikh yang

    telah ditentukan.

    3.1.4 Mematuhi segala peraturan pihak berkuasa

    tempatan .

    3.1.5 Menyediakan perlindungan insuran ke atas kerja

    dan pekerjanya.

    3.2 Arkitek.

    3.2.1 Mengawas dan menyelia projek semasa

    pembinaan

    3.2.2 Sebagai ketua di kalangan perunding

    3.2.3 Berhubung dengan kontraktor

    3.3 Jurutera Struktur/Awam, Elektrik dan Jentera

    3.3.1 Mengawas dan menyelia projek semasa

    pembinaan

    3.3.2 Penasihat utama di dalam bidang masing-masing

    di tapak bina.

    3.4 Jurukur Bahan

    3.4.1 menilai kerja di tapak bina untuk bayaran

    kemajuan.

    3.4.2 Menilai arahan pindaan kerja

    3.4.3 Memastikan sebarang kecacatan telah diperbaiki

    apabila tamat tempoh tanggungan kecacatan.

    3.4.4 Menyediakan akaun muktamad

  • C 2006/UNIT 1/

    ATURCARA KONTRAK DAN UKUR BINAAN

    9

    INDUSTRI BINAAN SECARA AM

    Sila uji kefahaman anda dengan menjawab soalan-soalan berikut sebelum

    meneruskan unit yang selanjutnya. Anda boleh menyemak jawapan

    berdasarkan maklum balas di halaman berikutnya.

    1.1 Nyatakan definasi industri binaan.

    1.2 Senaraikan TIGA (3) jenis kumpulan kerja yang utama di dalam industri

    binaan.

    1.3 Senaraikan jenis-jenis kerja yang terlibat bagi setiap kumpulan kerja di

    bawah :

    a) Kejuruteraan Awam

    b) Bangunan

    c) Kejuruteraan Berat

    1.4 Nyatakan aktiviti-aktiviti yang terlibat di dalam pembinaan sesebuah projek

    mengikut urutannya.

    1.5 Terangkan dengan jelas perbezaan tugas-tugas Jurukur Bahan sebagai

    perekabentuk dan Jurubina.

    1.6 Huraikaan peranan masing-masing bagi Perekabentuk sesuatu projek

    pembinaan :

    a) Pemaju projek

    b) Arkitek

  • C 2006/UNIT 1/

    ATURCARA KONTRAK DAN UKUR BINAAN

    10

    INDUSTRI BINAAN SECARA AM

    PERHATIAN

    Anda hanya boleh berpindah ke input selanjutnya jika anda dapat

    menjawab kesemua soalan dalam aktiviti 1A

    1.1 Industri yang meliputi kerja-kerja bangunan dan kejuruteraan awam. Matlamat

    yang utama ialah untuk mendapatkan pulangan atau keuntungan ke atas pelaburan

    sehingga ke peringkat yang paling maksimum. Untuk mencapainya perlu ada

    kerja sama di antara pihak-pihak yang terlibat.

    1.2 a) Kejuruteraan Awam

    b) Bangunan

    c) Kejuruteraan awam berat

    1.3 a) Kejuruteraan Awam - pembinaan jalanraya, jambatan , terowong,

    pembentungan najis dan lain-lain.

    b) Bangunan - Rumah kediaman, pejabat, , hospital, sekolah dan lain-lain.

    c) Kejuruteraan awam berat - Pelantar minyak, empangan, lapangan terbang,

    rangkaian lebuh raya dan lain-lain.

    1.4 Urutan aktiviti-aktiviti :

    i) Kajian kemungkinan

    ii) Rekabentuk

    iii) Tender

    iv) Kontrak

    v) Pembinaan

    vi) Penyerahan

    vii) Penggunaan dan penyenggaraan.

  • C 2006/UNIT 1/

    ATURCARA KONTRAK DAN UKUR BINAAN

    11

    INDUSTRI BINAAN SECARA AM

    1.5 Rujuk nota 2.4 dan 3.4

    1.6 a) Pemaju projek merupakan tuanpunya yang berniat atau berkehendak

    untuk membina projek , melantik perunding dan kontraktor serta

    sebagai pembayar projek.

    b) Arkitek menyempurnakan hajat tuanpunya projek serta memberi nasihat

    dan cadangan. Juga menyediakan rekabentuk awal dan terperinci

    berdasarkan kehendak dan modal yang dimiliki oleh tuanpunya projek

    itu

  • C 2006/UNIT 1/

    ATURCARA KONTRAK DAN UKUR BINAAN

    12

    INDUSTRI BINAAN SECARA AM

    ORGANISASI FIRMA KONTRAKTOR

    4.0 STRUKTUR ORGANISASI FIRMA KONTRAKTOR

    Pada umumnya sesebuah syarikat kontraktor dijalankan dalam bentuk organisasi.

    Organisasi adalah satu proses bagaimana kerja yang hendak dibuat oleh seseorang

    atau kumpulan dapat disatukan supaya tugas dan kerja yang berlainan dalam

    firma itu dapat mencapai matlamatnya melalui satu sistem operasi yang cekap dan

    sistematik.

    Menurut Paulson, Fonahl dan Parker (1992), struktur organisasi adalah berkait

    rapat dengan ketepatan membuat keputusan dalam situasi projek. Hal ini bererti

    jika struktur organisasi itu pincang, kelam kabut dan tidak menepati kehendak

    projek, maka keputusan yang tepat berkaitan projek mungkin tidak dapat dibuat.

    Keadaan ini tentunya menggambarkan pula kelemahan struktur organisasi secara

    keseluruhannya.

    INPUT 1B

    Ayah tahu tak syarat syarat hendak menjadi

    kontraktor .

  • C 2006/UNIT 1/

    ATURCARA KONTRAK DAN UKUR BINAAN

    13

    INDUSTRI BINAAN SECARA AM

    Susun atur organisasi adalah berdasarkan tugas dan tanggung jawab mengikut

    bahagian-bahagian tertentu dalam firma. Rajah 1.2 menunjukkan hiraki struktur

    organisasi.

    Tertinggi Pengurusan mengikut

    kuasa dan

    Pertengahan Penyeliaan / teknikal polisi

    firma

    Bawah Pekerja

    Rajah 1.2 Hiraki struktur organisasi

    4.1 CIRI-CIRI ORGANISASI .

    Terdapat banyak ciri bagi setiap organisasi berdasarkan bidang kuasa, tugas

    dan tanggung jawab masing-masing. Bidang kuasa ini berubah-rubah

    berdasarkan kecil atau besar firma kontraktor tersebut dan juga projek yang

    dilaksanakan.

    Rajah 1.3.menunjukkan bidang kuasa di dalam firma kontraktor.

  • C 2006/UNIT 1/

    ATURCARA KONTRAK DAN UKUR BINAAN

    14

    INDUSTRI BINAAN SECARA AM

    Rajah 1.3 : Bidangkuasa di dalam firma kontraktor

    PENGARAH URUSAN

    PENGURUS PROJEK

    Bidang kuasa

    1. Pengurusan projek 2. Polisi-polisi syarikat. 3. Pengurusan projek baru

    4. Mentadbir kontrak

    KOORDINATOR PROJEK

    Bidang kuasa

    1. Membantu pengurus projek. 2. Pengurusan tapak dan kontrak. 3. Membuat pesanan di atas

    bahan-bahan binaan.

    4. Mengawasi pembaziran bahan-bahan binaan.

    5. Menyediakan tuntutan bayaran

    PENYELIA TAPAK

    KERJA SIVIL

    PENYELIA TAPAK

    KERJA BANGUNAN

    PEKERJA PEKERJA

    Bidang kuasa

    1. Membantu pengurus projek. 2. Membuat laporan mingguan

    kepada pengurus projek

    3. Mengawasi kemajuan kerja di tapak kerja supaya

    mengikut jadual.

    4. Koordinasi dengan wakil tapak pemilik dan sub-

    kontraktor.

    5. Membahagikan penggunaan

    jentera di tapak.

    Bidang kuasa

    1. Membantu Pengurus projek 2. Memastikan keselamatan di

    tapak dipatuhi.

    3. Mengawasi kerja-kerja dan pekerja di tapakbina.

    4. Mencatitkan kerja-kerja

    harian dan cuaca harian.

  • C 2006/UNIT 1/

    ATURCARA KONTRAK DAN UKUR BINAAN

    15

    INDUSTRI BINAAN SECARA AM

    5.0 CARTA ORGANISASI FIRMA KONTRAKTOR

    Carta organisasi amat penting :

    i) untuk melicinkan pentadbiran ii) untuk mengetahui bidang kerja dan tugas-tugas sendiri. iii) bagi mewujudkan satu pengurusan yang cekap iv) menjimatkan perbelanjaan.

    Saiz atau bentuk carta organisasi firma kontraktor sama ada kecil,

    sederhana atau besar bergantung kepada firma ataupun projek pembinaan

    yang dijalankan. Namun begitu sebagai asasnya, carta organisasi adalah seperti

    rajah 1.4

    Rajah 1.4 Carta Organisasi Firma Kontraktor

    PENGURUS

    PENTADBIRAN TEKNIKAL

    AM KEWANGAN PEMBELIAN PROJEK

  • C 2006/UNIT 1/

    ATURCARA KONTRAK DAN UKUR BINAAN

    16

    INDUSTRI BINAAN SECARA AM

    6.0 SISTEM KEPALA

    Anda tahu apa itu kepala ? Anda tentu mengambil berat terhadap kepala anda.

    Tetapi anda jangan ingat sistem kepala yang kita akan pelajari ini sama dengan

    kepala yang anda faham. Amat jauh sekali bezanya. Mari kita fahami apa itu

    Sistem Kepala.

    Sistem kepala memainkan peranan yang besar di dalam industri pembinaan.

    Pihak yang terlibat dinamakan Kontraktor Kepala. Sistem ini menjuruskan

    kepada pengkhususan sesuatu jenis kerja. Setiap Kontraktor yang ingin berdaftar

    dengan Pusat Khidmat Kontraktor (PKK) mestilah menyatakan kepala-kepala

    yang ingin didaftarkan mengikut kepakaran masing-masing.

    Kontraktor kepala mempunyai hubungan yang rapat dengan kontraktor tetapi

    pekerjanya bukan pekerja kontraktor. Hanya kontraktor kepala yang mempunyai

    kontrak dengan kontraktor untuk menyiapkan kerja-kerja yang diberikan.

    KEPALA ! !

  • C 2006/UNIT 1/

    ATURCARA KONTRAK DAN UKUR BINAAN

    17

    INDUSTRI BINAAN SECARA AM

    Kontraktor kepala bekerja berdasarkan kepada keuntungan. Peralatan

    pertukangan ringan adalah di bawah penyediaan dan penyelenggaraan kontraktor

    kepala. Kontraktor hanya menyediakan peralatan atau jentera berat sahaja.

    Kebaikan Sistem Kepala

    i. Kontraktor terlepas dari tanggung jawab mengurus dan mengawal pekerja

    binaan.

    ii. Ianya lebih anjal (pekerja dapat bertukar ke tempat kerja)

    iii. Kerja dapat disempurnakan dengan lebih cepat.

    Keburukan Sistem Kepala

    i. Pengawasan pekerja (kontraktor tiada kuasa untuk mengawasi secara terus

    pekerja kontraktor kepala)

    ii. Kualiti kerja

    iii. Pembaziran bahan binaan.

  • C 2006/UNIT 1/

    ATURCARA KONTRAK DAN UKUR BINAAN

    18

    INDUSTRI BINAAN SECARA AM

    Jenis- jenis Kepala

    Jenis-jenis kepala yang wujud dalam pendaftaran kontraktor kerja awam ialah :

    JENIS KEPALA BIDANG KERJA

    Kepala I Kerja Kejuruteraan Awam

    (Civil Engineering Works)

    Kepala II Kerja Bangunan

    (Building Works)

    Kepala III Kerja Kejuruteraan Mekanikal, Kejuruteraan

    Pembersihan dan Kejuruteraan Air.

    (Mechanical, Sanitary and Water Engineering

    Works)

    Kepala IV Lain-lain Kerja Kejuruteraan Awam Specialist.

    (Other Specialist Civil Engineering Works)

    Kepala V Kerja pecah batu, Pembekalan Tanah dan

    Pengangkutan.

    (Quarrying Metal and Earth Supply, Cartage and

    Transport)

    Kepala VI Kerja Perhutanan dan Pembangunan tanah.

    (Forest and Land Development)

    Kepala VII Kerja Elektrik

    (Electric Works)

    Kepala VIII Kerja Telekomunikasi

    (Telecommunication Works)

    Jadual 1.1 : Jenis-jenis Kepala

  • C 2006/UNIT 1/

    ATURCARA KONTRAK DAN UKUR BINAAN

    19

    INDUSTRI BINAAN SECARA AM

    7.0 ATUR CARA PENDAFTARAN KONTRAKTOR DI PUSAT KHIDMAT

    KONTRAKTOR (PKK)

    7.1 Pendaftaran Kontraktor

    Kontraktor yang ingin melibatkan diri dalam industri binaan hendaklah

    mendaftarkan diri di Pusat Khidmat Kontraktor (PKK) atau Lembaga

    Pembangunan Industri Malaysia (LPIM).

    7.2 Tugas tugas Pusat Khidmat Kontraktor

    i. Pusat pendaftaran bagi semua kontraktor kerja di peringkat Persekutuan atau negeri.

    ii. Memberi pengiktirafan Bumiputera kepada kontraktor-kontraktor yang berkelayakan.

    iii. Pusat rujukan perihal kontraktor kerja iv. Memberi khidmat nasihat dan bantuan kepada kontraktor

    bumiputera.

    7.3 Syarat-syarat Pendaftaran Kontraktor

    i. Mestilah mendaftar perniagaan di Pejabat Pendaftaran Perniagaan.

    ii. Memiliki modal yang minimum.

    iii. Mempunyai kelayakan Teknikal (sijil/diploma/ijazah)

    iv. Mempunyai pengalaman kerja atau rekod kerja syarikat.

    v. Mempunyai kemudahan kredit, bekalan bahan dan mesin.

    vi. Mempunyai surat sokongan daripada penyelia projek dan kontraktor utama.

    vii. Mempunyai alat kelengkapan dan jentera

    viii. Mempunyai kakitangan teknikal dan pengurusan.

    Pemohon-pemohon yang memiliki syarat-syarat (berkelayakan) boleh memohon

    di PKK dan akan ditemuduga.

  • C 2006/UNIT 1/

    ATURCARA KONTRAK DAN UKUR BINAAN

    20

    INDUSTRI BINAAN SECARA AM

    7.4 Kelas Pendaftaran Kontraktor

    Pemohon hendaklah menyatakan Kelas pendaftaran yang hendak dipohon.

    Kontraktor dibenarkan berdaftar dalam satu kelas sahaja.

    Pendaftaran Kelas F adalah dikhaskan untuk syarikat perseorangan

    Bumiputera dan syarikat-syarikat yang 100% Bumiputera dari segi

    pegangan saham, Lembaga Pengarah, pengurusan dan pekerja.

    Kontraktor yang berdaftar hanya dibenarkan menyertai tender yang

    dipelawa bagi kelas pendaftaran yang ianya didaftarkan.

    Had Kewangan (iaitu kos kerja) bagi satu-satu kelas pendaftaran adalah

    seperti berikut :

    KELAS HAD KEWANGAN (RM)

    A 4,000,001 keatas

    B 2,000,001 hingga 8,000,000

    BX 1,000,001 hingga 4,000,000

    C 750,001 hingga 2,000,000

    D 150,001 hingga 750,000

    E 100,001 hingga 350,000

    EX 50,001 hingga 150,000

    F 100,000 ke bawah

    Jadual 1.2 - Had Kewangan bagi kelas pendaftaran

    7.5 Pengiktirafan Bumiputera

    Syarikat yang memohon Pengiktirafan Bumiputera hendaklah memenuhi syarat

    yang tercatat dalam Surat Pekeliling Perbendaharaan Bil. 7 tahun 1974 iaitu :

    i. Majoriti atau sekurang-kurangnya 51% daripada Ahli Lembaga Pengarah terdiri daripada kaum Bumiputera.

    ii. Majoriti atau sekurang-kurangnya 51% daripada Ahli Pengurusan terdiri daripada kaum Bumiputera.

    iii. Majoriti atau sekurang-kurangnya 51% daripada hak milik saham dimiliki oleh kaum Bumiputera.

    iv. Majoriti atau sekurang-kurangnya 51% daripada pekerja-pekerja (perkeranian dan tapak bina) terdiri daripada kaum Bumiputera.

  • C 2006/UNIT 1/

    ATURCARA KONTRAK DAN UKUR BINAAN

    21

    INDUSTRI BINAAN SECARA AM

    7.6 Kelayakan Kakitangan

    Syarikat yang memohon hendaklah ada sekurang-kurangnya seorang

    berkelulusan teknikal di dalam syarikat, sama ada sebagai Ahli Lembaga

    Pengarah, Pemegang Saham atau kakitangan yang dibayar gaji dan

    dibayar caruman kepada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

    Kelulusan teknikal yang diwajibkan adalah seperti berikut :

    i. Kelas A, B dan BX

    Ijazah atau Diploma Lanjutan daripada institusi pengajian tinggi

    yang diiktiraf oleh kerajaan dalam bidang yang ada kaitan dengan

    bidang kerja yang dipohon.

    ii. Kelas C

    Diploma daripada institusi pengajian tinggi yang diiktiraf oleh

    kerajaan dalam bidang yang ada kaitan dengan bidang kerja yang

    dipohon.

    iii. Kelas D, E, EX dan F

    Sijil kursus pemborong dan/atau pengalaman kerja dalam bidang

    kerja yang dipohon.

    iv. Kelulusan Tambahan

    a) Bagi bidang kerja Telekomunikasi (kepala VIII), syarikat

    yang memohon mestilah mempunyai ahli pengurusan atau

    pekerja yang memiliki Sijil Kelulusan / Surat Perakuan

    Kompetensi daripada Jabatan Telekom Malaysia (JTM)

    atau Syarikat Telekom Malaysia (STM) bagi pihak JTM.

    b) Bagi bidang kerja tertentu yang lain perlu surat akuan sama

    ada dari Jabatan Kilang dan Jentera, Jabatan Bomba, Majlis

    Perbandaran, Jabatan Galian, Polis Di Raja Malaysia dan

    sebagainya.

  • C 2006/UNIT 1/

    ATURCARA KONTRAK DAN UKUR BINAAN

    22

    INDUSTRI BINAAN SECARA AM

    7.7 Denda Terhadap Pihak Kontraktor

    Pihak kontraktor yang melanggar syarat-syarat pendaftaran akan didenda

    sama ada dalam bentuk penggantungan atau pembatalan atau penarikan

    semula Perakuan (lesen) Pendaftaran.

    Faktor-faktor berikut akan menyebankan pendaftaran kontraktor digantung

    atau ditarik balik :

    pemegang perakuan telah dihukum sebagai bankrup atau

    petisyen penggulungan berhubung dengan kontraktor telah

    diserahkan atau

    pemegang perakuan gagal mematuhi mana-mana peruntukan

    Akta atau peraturan-peraturan pendaftaran atau

    pemegang perakuan telah memperolehi perakuan dengan

    membuat perakuan atau pernyataan palsu secara bertulis atau

    sebaliknya atau

    pemegang perakuan meninggalkan kerja pembinaan yang sedang

    dijalankan atau

    pemegang perakuan telah didapati bersalah oleh mahkamah atau

    mana-mana badan penyiasat yang ditubuhkan di bawah mana-

    mana undang-undang bertulis kerana cuai dalam perlaksanaan

    kerja-kerja pembinaan yang dilaksanakan atau

    pemegang perakuan telah melanggar atau gagal mematuhi, atau

    telah membantu pelanggaran mana-mana terma, syarat-syarat

    atau batasan yang dikenakan oleh Lembaga.

  • C 2006/UNIT 1/

    ATURCARA KONTRAK DAN UKUR BINAAN

    23

    INDUSTRI BINAAN SECARA AM

    Pendaftaran akan terbatal secara automatik seperti kes-kes di bawah :

    i) Apabila pendaftarannya dengan Pendaftar Perniagaan telah tamat, kecuali kontraktor menyerahkan salinan perakuan pembaharuan

    dengan pendaftar Perniagaan dalam tempoh satu (1) bulan selepas

    tarikh tamat Perakuan Pendaftaran Perniagaan

    ii) Bgi kontraktor yang pendaftarannya dengan Jabatan bekalan Elektrik dan gas telah tamat, kecuali kontraktor menyerahkan

    salinan perakuan pembaharuan dalam tempoh dua (2) minggu

    selepas tarikh tamat pendaftaran.

    iii) Apabila seseorang kontraktor yang menjalankan operasi secara milik tunggal meninggal dunia kecuali waris atau walinya memohon

    kebenaran dari Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan

    Malaysia ( LPIPM) dalam masa satu (1) bulan dari tarikh kematian,

    di mana dengan kelulusan LPIPM, pendaftarannya boleh diteruskan

    sehingga kerja-kerja semasa yang sedang dilaksanakan siap.

    iv) Apabila rakan kongsi kontraktor yang beroperasi secara perkongsian meninggal dunia atau berpecah kongsi kecuali rakan kongsi yang

    masih hidup atau tinggal memohon kebenaran LPIPM dalam

    tempoh satu (1) bulan dari tarikh kematian atau pemecahan, dimana

    dengan kelulusan LPIPM, pendaftaran kontraktor dibenarkan

    sehingga kerja semasa siap atau tamat pendaftarannya yang mana

    lebih awal.

    Kontraktor yang pendaftarannya telah dibatalkan, digantung atau ditarik

    balik tidak dibenarakan dari menyertai mana-mana tender baru atau

    meneruskan mana- mana kerja pembinaan.

    Pihak Lembaga boleh dalam keadaan tertentu membenarkan kontraktor

    yang pendaftarannya telah dibatalkan untuk menyiapkan kerja semasanya.

    Perakuan Pendaftaran adalah hak milik LPIPM dan hendaklah diserahkan

    balik kepada LPIPM dalam tempoh empat belas (14) hari setelah notis

    dihantar apabila pendaftaran kontraktor dibatal, digantung atau di tarik

    balik atas apa-apa sebab.

  • C 2006/UNIT 1/

    ATURCARA KONTRAK DAN UKUR BINAAN

    24

    INDUSTRI BINAAN SECARA AM

    7.8 Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (LPIPM atau

    CIDB)

    Peranan Lembaga ini ialah :

    i) Untuk mendaftarkan kontraktor-kontraktor yang hendak melaksanakan perniagaan di Malaysia sama ada syarikat kerajaan

    atau swasta.

    ii) Mendaftarkan kakitangan pengurusan dan penyeliaan.

    iii) Mendaftar pekerja mahir atau tukang.

    iv) Menyediakan latihan bagi peningkatan latihan dan kemahiran.

  • C 2006/UNIT 1/

    ATURCARA KONTRAK DAN UKUR BINAAN

    25

    INDUSTRI BINAAN SECARA AM

    Sila uji kefahaman anda dengan menjawab soalan-soalan berikut sebelum

    meneruskan unit yang selanjutnya. Anda boleh menyemak jawapan berdasarkan

    maklum balas di halaman berikutnya.

    1.7 Terangkan bidang kuasa bidang kuasa bagi :

    i) Penyelia Tapak Kerja Sivil.

    1.8 Nyatakan tujuan carta organisasi bagi sesebuah firma kontraktor.

    1.9 Mengapakah sistem kepala mendatangkan keburukan di dalam industri

    binaan ?

    1.10 En. Ahmad adalah seorang kontraktor yang telah didapati bersalah oleh

    mahkamah kerana memberi rasuah kepada pegawai Pusat Khidmat

    Kontraktor (PKK).

    Terangkan kedudukan En. Ahmad.

  • C 2006/UNIT 1/

    ATURCARA KONTRAK DAN UKUR BINAAN

    26

    INDUSTRI BINAAN SECARA AM

    1.11 Berdasarkan satu contoh diberi, padankan jenis-jenis kepala dalam

    pendaftaran kontraktor kerja awam berdasarkan bidang kerja masing-masing di

    dalam Jadual 1

    JENIS

    KEPALA

    BIDANG KERJA

    Kepala I Kerja Bangunan

    (Building Works)

    Kepala II Kerja pecah batu, Pembekalan Tanah dan

    Pengangkutan.

    (Quarry Metal and Earth Supply, Cartage

    and Transport)

    Kepala III Kerja Elektrik

    (Electric Works)

    Kepala IV Lain-lain Kerja Kejuruteraan Awam

    Specialist.

    (Other Specialist Civil Engineering Works)

    Kepala V Kerja Kejuruteraan Awam

    (Civil Engineering Works)

    Kepala VI Kerja Telekomunikasi

    (Telecommunication Works)

    Kepala VII Kerja Perhutanan dan Pembangunan tanah.

    (Forest and Land Development)

    Kepala VIII Kerja Kejuruteraan Mekanikal,

    Kejuruteraan Pembersihan dan Kejuruteraan

    Air.

    (Mechanical, Sanitary and Water

    Engineering Works)

    Jadual 1

  • C 2006/UNIT 1/

    ATURCARA KONTRAK DAN UKUR BINAAN

    27

    INDUSTRI BINAAN SECARA AM

    Anda hanya boleh berpindah ke PENILAIAN KENDIRI jika anda dapat menjawab

    ke semua soalan dalam Aktiviti 2B.

    1.7 Bidang kuasa bagi penyelia tapak kerja sivil ialah :

    1. Membantu pengurus projek.

    2. Membuat laporan mingguan kepada pengurus projek

    3. Mengawasi kemajuan kerja di tapak kerja supaya mengikut jadual.

    4. Koordinasi dengan wakil tapak pemilik dan sub-kontraktor.

    5. Membahagikan penggunaan jentera di tapak.

    1.8 Tujuan carta organisasi ialah :

    i) untuk mengetahui bidang kerja dan tugas-tugas sendiri.

    ii) bagi mewujudkan satu pengurusan yang cekap

    ii) menjimatkan perbelanjaan.

    1.9 Sistem kepala mendatangkan keburukan kerana :

    i. Pengawasan pekerja (kontraktor tiada kuasa untuk

    mengawasi secara terus pekerja kontraktor kepala)

    ii. Kualiti kerja tidak memuaskan.

    iii. Bahan binaan berlaku pembaziran.

    MAKLUM BALAS 1B

    PERHATIAN

  • C 2006/UNIT 1/

    ATURCARA KONTRAK DAN UKUR BINAAN

    28

    INDUSTRI BINAAN SECARA AM

    1.10 En. Ahmad akan digantung atau ditarik balik Perakuan Kontraktor kerana beliau

    telah disahkan bersalah oleh mahkamah.

    (Rujuk fakta mukasurat 22)

    2.6 Rujuk nota mukasurat 18

  • C 2006/UNIT 1/

    ATURCARA KONTRAK DAN UKUR BINAAN

    29

    INDUSTRI BINAAN SECARA AM

    Sila cuba semua soalan dalam penilaian kendiri ini dan semak jawapan anda

    pada maklum balas yang disediakan.

    Semoga berjaya.

    SOALAN 1 - 1

    Huraikan hubungan industri binaan dengan pertumbuhan ekonomi negara.

    SOALAN 1 2

    Pada pendapat anda mengapakah kontrak penting di dalam industri pembinaan?

    SOALAN 1 3

    Huraikan dengan terperinci perbezaan di antara tender dan kontrak.

    SOALAN 1 - 4

    Anda pemegang Sijil /Diploma Kejuruteraan Awam berhasrat membuka

    sebuah syarikat kontraktor. Nyatakan syarat syarat yang perlu dipatuhi untuk memenuhi hasrat tersebut.

    SOALAN 1 - 5

    Anda ditugaskan untuk mendapatkan contoh-contoh carta organisasi yang

    sebenar daripada sebuah syarikat / firma kontraktor yang anda pilih.

    Sila buat ulasan anda berdasarkan maklumat yang diperolehi itu.

    PENILAIAN

    KENDIRI

  • C 2006/UNIT 1/

    ATURCARA KONTRAK DAN UKUR BINAAN

    30

    INDUSTRI BINAAN SECARA AM

    Adakah anda telah mencuba dahulu ?

    Jika YA, sila semak jawapan anda.

    JAWAPAN 1 1

    Industri binaan merupakan salah satu industri utama yang mempunyai hubungan yang

    rapat dengan keadaan ekonomi negara. Apabila keadaan ekonomi berkembang, industri

    binaan akan turut berkembang bagi memenuhi permintaan yang bertambah. Ini kerana

    permintaan berkesan terhadap barangan dan perkhidmatan akan bertambah apabila

    jumlah pendapatan penduduk bertambah.

    JAWAPAN 1 2

    Kontrak amat penting di dalam industri pembinaan kerana ia merupakan satu perjanjian

    yang disahkan oleh undang-undang. Tanpa perjanjian yang bertulis kemungkinan akan

    berlaku di mana kontraktor akan membina secara sambil lewa ataupun tidak mengikut

    spesifikasi yang telah ditetapkan. Kontraktor juga mungkin menyiapkan pembinaan tidak

    mengikut tempoh yang telah ditetapkan. Jadi tuanpunya boleh mengambil tindakan

    mengikut undang-undang jika kontraktor melanggar kontrak.

    JAWAPAN 1 3

    Perbezaan di antara tender dan kontrak.

    Tender adalah proses penawaran untuk memilih kontraktor yang layak untuk membina

    dan menyiapkan projek pembinaan yang dicadangkan. Semasa proses ini juga dokumen

    tender disediakan.

  • C 2006/UNIT 1/

    ATURCARA KONTRAK DAN UKUR BINAAN

    31

    INDUSTRI BINAAN SECARA AM

    Manakala kontrak ialah perjanjian yang dibuat setelah kontraktor yang layak menerima

    tawaran untuk membina dan menyiapkan projek tersebut. Kontrak ini ditantatangani

    sebelum pembinaan dimulakan. Hanya kontraktor dan tuanpunya yang terlibat di

    daalam kontrak ini.

    JAWAPAN 1- 4

    Rujuk nota 7.3 muka surat 19

    JAWAPAN 1- 5

    Berdasarkan maklumat yang diperolehi oleh pelajar.

    .