Busana Sarawak Keindahan pakaian kaum etnik dari Sarawak terserlah dengan ragamhias yang mempamerkan kemahiran tangan yang menghasilkannya. Ragamhias pada pakaian membentuk motif-motif etnik samada dari tenunan, jalian manik dan labuci. Perhiasan diri dari perak dan manik yang sarat melambangkan status dan kekayaan bagi pemakainya. G1-Pakaian tradisinal Iban semasa keraian Pakaian Istiadat suku kaum Iban. Lelaki memakai Baju Burung dan sirat serta tali pinggang lampit dan manik-manik. Kepala memakai setapok tunjang dan bulu kenyalang. Wanita memakai bidang berhias syiling dan loceng serta selampai dan marek empang. Perhiasan diri dari perak seperti ringgit gobeng, gelang kelunchong dan sugu tinggi. 1 Tapok Tunjang dan bulu burung Sirat Lampit Selampai Marek Empang KainKebat Syiling
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
Busana Sarawak
Keindahan pakaian kaum etnik dari Sarawak terserlah dengan ragamhias
yang mempamerkan kemahiran tangan yang menghasilkannya.
Ragamhias pada pakaian membentuk motif-motif etnik samada dari
tenunan, jalian manik dan labuci. Perhiasan diri dari perak dan manik
yang sarat melambangkan status dan kekayaan bagi pemakainya.
G1-Pakaian tradisinal Iban semasa keraian
Pakaian Istiadat suku kaum Iban. Lelaki memakai Baju Burung dan sirat
serta tali pinggang lampit dan manik-manik. Kepala memakai setapok
tunjang dan bulu kenyalang. Wanita memakai bidang berhias syiling dan
loceng serta selampai dan marek empang. Perhiasan diri dari perak
seperti ringgit gobeng, gelang kelunchong dan sugu tinggi.
1
Tapok Tunjang dan bulu burung
Sirat
Lampit
Selampai
Marek Empang
KainKebat
Syiling
G2- Pakaian Iban dan kain tenun pua
Lelaki Iban memakai Baju Burung iaitu jaket tenunan motif Iban dan sirat
atau cawat dari kain tenun kasar dan puncanya dihiasi tenunan bercorak.
Memakai ikat kepala dari kain tenun dan tali pinggang perak. Wanita
memakai skirt atau bidang tenun Pua. Bahagian atas memakai baju kecil
atau kemban dan dilindungi dengan marek empang dari manik. Hiasan
diri sarat barangan perak seperti tali pinggang, rawai dan sugu tinggi.
G 3 – Pakaian Iban
Lelaki Iban memakai jaket bulu kambing atau harimau bintang
dipadankan dengan sirat kain tenun, pakaian kepala ketapu berhias perak
dan bulu kenyalang. Wanita memakai pakaian istiadat lengkap, bidang,
selampai yang disilangkan di dada dan marek empang. Perhiasan diri
barangan perak, rawai, ringgit gobeng dan sugu tinggi.
2
G4- Baju wanita orang Ulu
Wanita orang Ulu banyak menggunakan manik dan labuci sebagai penyeri
pakaian. Pakaian ini dibuat dari baldu berhias labuci motif aso dan naga.
Subang telinga iseng dari tembaga bagi melanjutkan telinga yang menjadi
kebanggaan bagi wanitanya.
G 5 – Pakaian pasangan orang Ulu
Pasangan Orang Ulu. Lelaki memakai kulit kambing sunong dan cawat
satin serta perhiasan kepala daripada bulu kenyalang. Wanita
menggayakan ta'ah baldu merah berhiaskan labuci motif aso dan naga.
3
G6- Pakaian lelaki Bidayuh semasa keraian
Pakaian lelaki Bidayuh baju dan seluar dari satin dihiasi pita merah dan
putih. Bahagian luar memakai jipo Boyuh dari kulit kayu dan kalung gigi
beruang.
G7 – Pakaian Bidayuh
Pakaian lelaki Bidayuh. Jaket daripada kulit kayu jipo Boyuh dipadankan
dengan cawat berlatarkan warna biru, merah dan hitam. Lazimnya lelaki
Bidayuh memakai baju berlengan panjang dan seluar berwarna hitam dan
menyarungkan jipo di sebelah luarnya.
4
G8- Pakaian wanita Bidayuh
Wanita Bidayuh menggayakan baju jipo pendek dan skirt bidang fabrik
satin rona hitam berhias selempang merah perhiasan pinggang daripada
syiling perak. Perhiasan kepalanya ialah sipiah dari tiga warna hitam,
merah dan putih berhias manik, labuci dan syiling perak.
G9- Pakaian pasangan Melayu Sarawak
Pasangan Melayu Sarawak menggayakan pakaian tradisional. Lelaki
5
berbaju Melayu Cekak Musang dan bersamping songket. Wanita berbaju
Kurung Teluk Belanga, kepala dihiasi selayah diserikan selempang sarung
di bahu. Baju Melayu Cekak Musang merupakan pakaian tradisional bagi
lelaki Melayu. baju ini dipadankan dengan samping songket tenunan
Sarawak. Wanita Melayu pula memakai Baju Kurung dan kain sarung
songket serta tudung kerengkam
G10 – Pakaian wanita Melayu Sarawak
Wanita Melayu Sarawak menggayakan Baju Kurung broked, sarung
songket bunga tabur, selayah kerengkam dan selempang songket.
6
G11 – Pakaian lelaki Melanau
Pakaian lelaki Melanau dari satin berwarna gelap dipadankan dengan kain
songket bunga tabur dan pakaian kepala sengkulon dari Jawa. Lelaki.
G12 – Pakaian wanita Melanau
Pakaian pengantin zaman silam Serebaeng atau Baju Baban ini digayakan
wanita Melanau berketurunan Sembilan Pikul. Bajunya dari kain satin atau
baldu dan selendang yang dihiasi kepingan perak dan emas. Kain sarung
songket jong sarat dan memakai tali pinggang serta pending.
7
G13- Pakaian wanita Melanau
Wanita Melanau menggayakan baju baldu hitam dengan sarung songket
Brunei tenunan Sarawak, bertali pinggang pending besar, diserikan dokoh
dan perhiasan kepala kepih sanggul.
G14 – Pakaian Lelaki Melanau
Pakaian tradisional Melanau. Lelaki menggayakan baju potongan moden
Kehadiran kaum India ke Tanah Melayu menyaksikan bermulanya gaya
pemakaian dari benua India khususnya di kalangan Hindu-Ceylonese-
Tamil juga keturunan Punjabi-Singhs. Pakaian kaum India lebih dikenali
dengan warna-warna terang dan kaya dengan tenunan dan sulaman
benang emas, perak, labuci juga batu-batu permata.
Di hari perkahwinan lelaki India memakai dhoti dilengkapi dengan turban
manakala wanitanya memakai sari yang digandingkan dengan choli ketat.
Wanita remaja mengenakan skirt labuh 'Ihenga' juga dipadankan dengan
baju pendek atau choli. Lelaki Punjabi menggayakan dhoti atau kurta dan
wanitanya mengenakan salwar-khameez-dupatta iaitu seluar dengan baju
labuh yang diperindah dengan sulaman benang emas dan labuci.
Lelaki memakai pakaian penari Bhangra Punjabi dan wanita memakai
pakaian gadis kampung Punjabi.
28
G39- Gujerat
Pakaian lelaki golongan biasa dari Gujerat, seluarnya dari kain satin dan
baju dari sutera. Wanita golongan bangsawan Monghul memakai choli dan
skirt bersulam benang emas dan labuci.
G40- Sari
Sari, busana tradisional India yang paling disukai.
29
G41- Pavadai Choli
Gadis India menggayakan Baju Pavadai Choli yang menggandingkan baju
pendek dipadankan kain kembang dari sutera bertenun benang emas.
G42- Kurta Pyjama
Lelaki memakai Kurta Pyjama, pakaian yang terkenal di India, manakala
wanita memakai sari sutera bersempadan benang perak.
30
G42- Lehenge( i)
Lehenge atau Ihenga, baju pendek dari baldu ditekat benang emas atau
perak berhias permata. Dipadankan dengan skirt labuh satin.
Lehenge (ii)
Lehenge gandingan blaus sontok dan gaun kembang serta selendang
panjang.
31
Lehenge (iii)
Satu lagi himpunan Lehenge yang menggandingkan blaus lengan panjang
dan gaun kembang biru sedondon dipadankan dengan selendang
panjang.
G44- Gujerat
Pakaian orang lelaki kebanyakan dari Gujerat.
32
G45- Bangsawan
Pakaian lelaki Bangsawan dari utara India dari fabrik broked, berbengkung
dan memakai 'turban'.
G46- Pakaian masyarakat Utara India
Pasangan dari utara India, lelaki memakai Kurta Pyjama dan turban
mundas. Wanita memakai salwar-kameez bertekat benang emas dan
taburan labuci.
33
Dhoti merupakan pakaian untuk kamum lelaki. Pakaian ini diperbuat
daripada kain yang bewarna putih. Kebanyakan dhoti hanya boleh dilihat
di hari perkahwinan sahaja kerana generasi muda hari ini tidak berminat
dengan pakaian tersebut.
Dhoti diperbuat daripada lembaran kain putih yang panjang. Kain tersebut
dililit di bahagian pinggang dan diikat pada celah paha dan kemudian
disangkukan pada bahu. Kemudian kain tersebut dihiasi dengan manik-
manik kecil supaya kelihatan menarik. Ada juga dhoti yang bewarna
kuning pudar atau kuning susu. Pakaian ini banyak dipakai oleh golongan
ceti.
G46- Dhoti
34
Busana Tradisional Cina
CHEONGSAM
Pakaian tradisional bagi kaum cina perempuan ialah cheongsam. Cheongsam ialah baju panjang selesa dan anggun. Lazimnya, cheongsam mempunyai leher yang tinggi, butang di bahagian bahu, bentuk yang sendat di pinggang dan belahan di kiri dan kanan kain. .Pakaian ini selalunya diperbuat daripada kain sutera, satin dan jenis kain lembut.
Biasanya dipakai pada upacara-upacara tertentu seperti majlis perkahwinan dan semasa Tahun Baru Cina. Tetapi kini, pakaian ini jarang dipakai oleh wanita Cina di Malaysia kerana mereka lebih gemar memakai pakaian fesyen negara barat. Cheongsam dikatakan berasal dari baju tradisional lelaki Cina yang labuh sampai ke kaki. Perkataan 'cheong sam' dalam dialek kantonis bermaksud 'baju labuh'. Cheongsam dipercayai mula diperkenalkan semenjak revolusi di Negera China pada tahun 1911.
Baju ini asalnya labuh tetapi lama-kelamaan disingkatkan hingga ke paras lutut. Pada mulanya, kolar baju antara 3 hingga 4 cm sahaja tetapi kemudiannya ditinggikan sehingga menjadi 7 cm. Cheongsam dipakai ketat dan berbelah di kiri dan kanannya.
SAMFOO
Samfoo adalah baju pendek yang biasanya dipadankan dengan seluar. Pakaian ini sesuai digunakan oleh lelaki dan perempuan cina. Lazimnya samfoo diperbuat daripada fabrik satin cina dan ditenun dengan motif-motif tertentu.
Samfoo membawa maksud 'baju dan seluar' dalam dialek Kantonis. Ia merupakan pakaian harian wanita keturunan Cina selain dari 'cheong sam'. Ia digemari oleh wanita-wanita separuh umur dan yang bekerja di ladang, lombong atau di rumah. Samfoo diperbuat daripada kain nipis yang tidak bercorak atau berbunga halus.
Samfoo turut dipakai oleh lelaki berketurunan Cina tetapi mempunyai sedikit perbezaan dengan samfoo yang dipakai oleh wanita Cina. Pakaian ini terdiri daripada baju yang longgar dan terbelah di depan dan berkolar tinggi serta dipakai bersama seluar longgar seperti seluar baju Melayu. Pakaian ini biasanya diperbuat daripada kain lembut seperti kain sutera.
35
Pakaian tradisional ini jarang sekali dipakai oleh lelaki berketurunan Cina di Malaysia.
JUBAH LABUH
Jubah labuh dipakai oleh kaum lelaki cina. Pakaian ini sesuai digunakan
dalam majlis dan upacara tertentu. Kebanyakan jubah labuh masih
dihasilkan di China. Selalunya dipakai sebagai pakaian pengantin.
Menggunakan kain sutera atau broked yang berwarna terang dan disulam
dengan warna emas atau kuning. Mempunyai pengaruh Arab.
BAJU SHANGHAI
Baju Shanghai ialah baju pendek yang dipakai oleh golongan wanita.