BULETIN UNIT KEUSAHAWANAN Terbitan : April - Jun 2014
Poly Agropreneur Hidroponik NFT
Politeknik Nilai telah menyertai ‘Your Ac-
tion Project Competition’ (YAPC) anjuran
Majlis Belia Malaysia yang berlangsung
dari April – Jun 2014.
Poly Agropreneur Hidroponik NFT
Politeknik Nilai di wakili oleh Saudari Nik
Nur Zaisya binti Zulkifli, Saudara Roslan
Hussin, Saudara Samsol Bahari bin
Hamdan dan Saudari Nor Syafirah
Syazwin binti Ridzuan.
Poly Agropreneur Hidroponik NFT
Politeknik Nilai berjaya disenarai pendek
daripada 39 penyertaan yang diterima.
Sebanyak 17 pasukan pasukan membentangkan projek masing-
masing pada 10 Jun 2014 di Pusat Belia Antarabangsa Kuala
Lumpur dan Poly Agropreneur Hidroponik NFT Politeknik
Nilai telah berjaya menarik hati juri dan mendapat tempat
kedua dengan memenangi tunai RM1,000 dan geran projek
bernilai RM5,000.
Projek Poly Agropreneur Hidroponik NFT telah dicalonkan
oleh Majlis Belia Malaysia untuk menyertai ‘Youth Citizen En-
trepreneurship Competition’ pertandingan di peringkat an-
tarabangsa yang dianjurkan oleh The Goi Peace Foundation,
Stiftung Entrepreneurship (Berlin) dan UNESCO.
Poly Agropreneur Hidroponik NFT Politeknik Nilai
meraih tempat kedua di YAPC MBM
BULETIN KEUSAHAWANAN APRILBULETIN KEUSAHAWANAN APRILBULETIN KEUSAHAWANAN APRIL––– JUN 2014JUN 2014JUN 2014
Poly Agropreneur Hidroponik NFT Politeknik Nilai
telah menyertai Pertandingan Inovasi di Conference,
Competition and Exihibition (CCE 2014) di Politeknik
Seberang Perai, Pulau Pinang yang berlangsung pada 23
-25 Jun 2014.
Projek yang bertajuk ‘AgriFlexi’ adalah idea inovasi
yang melibatkan idea strategi pemasaran produk agro.
Agri merujuk kepada produk agro dan Flexi pula adalah
kepelbagaian kaedah pemasaran yang digunakan. Projek
ini diaplikasikan khusus kepada produk salad (Green
Coral, Red Coral dan Butterhead) yang ditanam
menggunaka kaedah hidroponik NFT . Produk salad ini
dipasarkan dalam bentuk yang pelbagai iaitu set hobi
tanaman secara hidroponik NFT (hobby set), salad segar
bersama pot dan akar dengan pembungkusan transparen,
cendermata ( salad basket & salad bouquet) dan jus sal-
ad.
Projek AgriFlexi Poly Agropreneur Hidroponik NFT Politeknik Nilai meraih Silver Medal di Pertandingan Inovasi di Conference , Competition and Exihibition
(CCE 2014)
Pasukan Inovasi ini disertai oleh pensyarah yang
terdiri daripada Puan Suraya binti Abd Warif, Puan Nurulhuda binti Che Abd Rani dan Cik Jasmine binti
Jamaluddin serta pelajar iaitu Nik Nur Zaisya binti Zulkifli,Ainaa binti Mohd. Nasir ,Nur Syafirah Syazwin
binti Ridzuan dan Siti Fatimah binti Abduraman
Projek inovasi sulung dari Poly Agropreneur Hidroponik NFT ini telah berjaya memperoleh ‘Silver Medal’
di dalam CCE 2014 dan menjadi suntikan kepada projek-projek inovasi yang lebih menarik pada masa
hadapan.
“ Inginkan sesuatu dengan bakat yang kau miliki,
dan jangan menginginkan sesuatu sesuai dengan
nafsu dan seleramu…”
- Lukman Hakim
BULETIN KEUSAHAWANAN APRILBULETIN KEUSAHAWANAN APRILBULETIN KEUSAHAWANAN APRIL––– JUN 2014JUN 2014JUN 2014