BULETIN PEMBIMBING ANDA ISU KELUARAN SEHATI SEJIWA 1) SEHATI SEJIWA 2) KESERONOKAN BEKERJA 3) DIREKTORI WAKIL AKRAB / SPPSI 4) TEKNOLOGI MUDAHKAN JAMBATAN SILATURAHIM 5) GALERI GAMBAR BULETIN BIL. 155/ JUL-OGOS 2016 Sumber : Internet. Tanggal 31 Ogos tahun ini genap 59 tahun negara kita mencapai kemerdekaan. Kedatangan bulan Ogos setiap tahun memperkukuhkan jati diri dan semangat patriotisme dalam kalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum. Sambutan Hari Kemerdekaan pada tahun 2016 menekankan kepada semangat kejiwaan dan bersatu hati rakyat Malaysia apabila Sehati Sejiwa masih dipilih sebagai tema sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia untuk tahun 2016. Melalui semangat cintakan tanah air dan memupuk semangat bersatu- padu yang telah lama menjadi amalan dalam kalangan rakyat Malaysia, tema rasmi Sambutan Hari Kemerdekaan 2016 ialah "Sehati Sejiwa" yang membawa maksud bersatu hati dalam perpaduan antara negeri Sabah, Sarawak dan Semenanjung Malaysia serta membawa maksud bersama saling memahami dan membantu antara satu sama lain adalah teras utama yang memacu negara kita untuk terus mengorak langkah kehadapan. Generasi pasca merdeka, dilahirkan dapat menghirup udara kebebasan, dilimpahi curahan kemewahan kehidupan. Hakikatnya, kita generasi pada hari ini tidak melalui kesusahan, kepayahan dan kegentiran zaman sebelum merdeka, baik zaman penjajahan British mahupun zaman pendudukan tentera. Justeru itu, semangat cinta akan negara tidak begitu dirasai kerana kita dilahirkan .di dalam sebuah negara yang aman dan sentosa. Justeru itu, kita harus bersatu hati mempertahankan kemerdekaan yang kita miliki pada hari ini tidak mengira agama dan bangsa. Kemerdekaan ini bukanlah takdir semata-mata tetapi adalah hasil pengorbanan pejuang dan pemimpin terdahulu. Sebagai rakyat yang bertanggungjawab, marilah kita bersama-sama menjaga maruah serta kedaulatan negara. Sematkan juga di dalam diri semangat cintakan negara serta sentiasa menjaga dan menjulang nama baik Malaysia walau di mana kita berada.
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
BULETIN PEMBIMBING ANDA
ISU KELUARAN
SEHATI SEJIWA
1) SEHATI SEJIWA
2) KESERONOKAN BEKERJA
3) DIREKTORI WAKIL AKRAB / SPPSI
4) TEKNOLOGI MUDAHKAN JAMBATAN
SILATURAHIM
5) GALERI
GAMBAR
BULETIN BIL. 155/ JUL-OGOS 2016
Sumber : Internet.
Tanggal 31 Ogos tahun ini genap 59 tahun negara kita mencapai kemerdekaan. Kedatangan bulan Ogos setiap tahun memperkukuhkan jati diri dan semangat patriotisme dalam kalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum. Sambutan Hari Kemerdekaan pada tahun 2016 menekankan kepada semangat kejiwaan dan bersatu hati rakyat Malaysia apabila Sehati Sejiwa masih dipilih sebagai tema sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia untuk tahun 2016.
Melalui semangat cintakan tanah air dan memupuk semangat bersatu-padu yang telah lama menjadi amalan dalam kalangan rakyat Malaysia, tema rasmi Sambutan Hari Kemerdekaan 2016 ialah "Sehati Sejiwa" yang membawa maksud bersatu hati dalam perpaduan antara negeri Sabah, Sarawak dan Semenanjung Malaysia serta membawa maksud bersama saling memahami dan membantu antara satu sama lain adalah teras utama yang memacu negara kita untuk terus mengorak langkah kehadapan.
Generasi pasca merdeka, dilahirkan dapat menghirup udara kebebasan, dilimpahi curahan kemewahan kehidupan. Hakikatnya, kita generasi pada hari ini tidak melalui kesusahan, kepayahan dan kegentiran zaman sebelum merdeka, baik zaman penjajahan British mahupun zaman pendudukan tentera. Justeru itu, semangat cinta akan negara tidak begitu dirasai kerana kita dilahirkan .di dalam sebuah negara yang aman dan sentosa.
Justeru itu, kita harus bersatu hati mempertahankan kemerdekaan yang
kita miliki pada hari ini tidak mengira agama dan bangsa. Kemerdekaan ini
bukanlah takdir semata-mata tetapi adalah hasil pengorbanan pejuang dan
pemimpin terdahulu. Sebagai rakyat yang bertanggungjawab, marilah kita
bersama-sama menjaga maruah serta kedaulatan negara. Sematkan juga di
dalam diri semangat cintakan negara serta sentiasa menjaga dan menjulang
nama baik Malaysia walau di mana kita berada.
BULET IN BIL. 155/ JUL -OGOS 2016 Mukasurat 2
Definisi:
Keseronokan bekerja didefinisikan sebagai perihal perasaan yang menyenangkan, me-nyedapkan hati apabila melaksanakan sesuatu tugas atau tanggungjawab yang diberi-kan. Keseronokan bekerja juga merupakan tonggak ketiga dari dua belas tonggak yang perlu diamalkan oleh semua kakitangan awam di semua peringkat organisasi.
Amalan Positif Amalan Negatif
Menganggap kerja sebagai ibadat Menganggap kerja sebagai beban
Sedia memberi kerjasama Hanya menunggu arahan sahaja
Menghasilkan sesuatu yang berfaedah Tidak diberi tanggungjawab yang
Mempunyai inisiatif sendiri Tidak diberi masa yang cukup
Hubungi Rakan Pembimbing anda untuk berbincang dan berkongsi pendapat, pandangan, pengalaman dan membuka celik akal melalui telefon atau e-mail. Rujuk pada Buku Panduan
Telefon JPM atau hubungi Seksyen Pengurusan Psikologi (SPPsi) JPM :-
Badrul Hani Bin Abu Hani Mohammed Kamal Bin Hj. Mohamed Yusoff
(Ketua Pegawai Psikologi) ( Pegawai Psikologi Kanan )
HARI ini, jalinan ukhuwah menjadi semakin mudah dengan adanya pelbagai medium untuk mengukuhkan ikatan silaturrahim dengan memanfaatkan teknologi masa kini seperti emel, khidmat pesanan ringkas (SMS), Whatsapp, laman-laman sosial seperti Facebook, Instagram dan lain-lain.
Namun ramai yang tidak menyedari bahawa antara rahsia yang boleh mengeratkan hubungan silaturrahim, dan kasih sayang antara sesama ahli masyarakat ialah mengucapkan salam dan bertanya khabar tentang diri masing-masing.
Rasulullah SAW menunjukkan cara yang mudah dalam mewujudkan hubungan silaturrahim antara masyarakat Islam iaitu melalui:
* Mengucapkan salam ketika bertemu dan bertanya khabar.
* Menyahut panggilannya jika dipanggil
* Mendoakan ketika bersin.
* Menziarahi ketika sakit/kematian.
* Menolong ketika kesempitan
* Memenuhi undangan apabila dijemput.
Kita boleh gunakan kesempatan hari-hari perayaan untuk menjalinkan hubungan silaturrahim yang lebih erat antara ahli keluarga, sahabat dan jiran. Amalan ziarah-menziarahi mempunyai banyak hikmah dan kelebihan yang sangat bermakna terutama sekali dalam menghubung dan merapatkan ikatan ukhuwah. Amat digalakkan agar masyarakat sentiasa berusaha untuk memperbaiki dan mempertingkatkan tautan silaturrahim dan ukhuwah.
Bagi mencapai matlamat sebenar amalan ziarah-menziarahi ini terdapat adab-adab yang perlu difahami dan dihayati. Ikatan ukhuwah yang erat dan kukuh merupakan elemen yang amat penting ke arah merealisasikan visi dan misi perpaduan ummah sama ada di peringkat nasional mahupun antarabangsa. Perpaduan ummah yang jitu di semua peringkat mampu mengangkat keunggulan martabat umat Islam di persada dunia.
Silaturrahim juga merupakan tunjang utama kekuatan ummah dengan syarat ia diasaskan dengan ketakwaan dan berlandaskan syariat. Ia boleh menjauhkan manusia daripada hasad dengki dan fitnah. Silaturrahim juga boleh mengukuhkan hubungan dengan Allah SWT kerana dapat membentuk akhlak manusia lebih baik daripada sebelumnya. Seandainya jalinan silaturrahim diabaikan, ia bukan sahaja merenggangkan hubungan dengan Allah tetapi juga memisahkan kasih sayang antara sesama manusia. Orang yang paling berhak mendapat keakraban silaturahim daripada kita adalah orang yang hampir dengan kita. Antaranya, ibu bapa dan kaum kerabat yang mempunyai hubungan kekeluargaan dan pertalian darah dan seterusnya orang-orang lain di luar lingkungan ini termasuklah jiran tetangga.
Untuk menjalinkan silaturrahim sebenarnya bukanlah sukar. Apa yang penting ialah keinginan untuk bersilaturrahim dalam diri manusia, tidak sombong, mengenepikan keegoan, kebencian dan dendam dan digantikan dengan perasaan kasih sayang, bersabar terhadap perbuatan yang menyakitkan dan berbuat baik serta bergaul bersama mereka dengan akhlak yang mulia.
Tanggungjawab untuk membina semula silaturrahim yang retak bukan sahaja terletak kepada dua pihak yang bermusuhan tetapi sanak saudara atau kawan-kawan yang berhampiran.
Ini bertepatan dengan sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: Orang yang menjalinkan hubungan
kekeluargaan bukanlah mereka yang membalas sesuatu kebaikan, tetapi adalah mereka yang
menyambungkan (menjalinkan semula) suatu perhubungan yang telah terputus. (riwayat Bukhari)
TEKNOLOGI MUDAHKAN JAMBATAN SILATURAHIM
BULET IN BIL. 155/ JUL -OGOS 2016 Mukasurat 7
PROGRAM NAZIRAN DAN KELOMPOK BIMBINGAN AKRAB 1MOCC
PADA 21 JULAI 2016 (KHAMIS)
JAM 9.30 PAGI BERTEMPAT DI 1MOCC, CYBERJAYA.
BULET IN BIL. 155/ JUL -OGOS 2016 Mukasurat 7
Mesyuarat Rakan Pembimbing (AKRAB) Jabatan Perdana Menteri Bil.3/ 2016
22 Julai 2016 (Jumaat)
BULET IN BIL. 155/ JUL -OGOS 2016 Mukasurat 8
SESI PENTAULIAHAN KUMPULAN PERTAMA RAKAN PEMBIMBING (AKRAB) JABATAN PERDANA MENTERI TAHUN 2016
BERSEMPENA
MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN BERSAMA YBHG. TAN SRI TKSUK
PADA BULAN JULAI 2016
27.07.2016
SESI PENTAULIAHAN KUMPULAN KEDUA RAKAN PEMBIMBING (AKRAB) JABATAN PERDANA MENTERI TAHUN 2016
BERSEMPENA MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN BERSAMA YBHG. TAN SRI TKSUK