BULETIN 5S April 2017 Dato’ TNC HEMA Sokong 5S Sokongan padu daripada pengurusan tertinggi Pejabat Hal Ehwal Mahasiswa (HEMA) dalam menggalakkan Amalan Persekitaran Berkualiti (QE) merupakan salah satu kunci utama dalam men- jayakan 5S. Ini dibuktikan apabila Y.Bhg. Prof. Dato’ Dr. Mohd Ismail Abdul Aziz, Tim- balan Naib Canselor (HEMA) sendiri turun padang merasmikan Majlis Kick Off Ke Arah Persijilan Amalan Perseki- taran Berkualiti dan Gotong Royong Per- dana Pejabat Am HEMA pada 2 April 2017 di Lobi Pejabat Am HEMA. Pada majlis yang sama, Y.Bhg. Prof. Dato TNC HEMA telah menandatangani Polisi dan Objektif Kualiti 5S yang ba- haru. Y.Bhg. Prof. Dato’ turut menyam- paikan fail sebagai simbolik penyerahan tugas kepada Jawatankuasa Pemandu 5S (Jawatankuasa Induk 5S, Jawa- tankuasa Audit, Jawatankuasa Promosi dan Jawatankuasa Latihan) dan empat Ketua Zon 5S Pejabat Am HEMA iaitu Zon BOS, Zon SYNERGY, Zon SIGMA dan Zon DNA. Komitmen yang ditunjukkan oleh Y.Bhg. Dato’ TNC HEMA dapat mening- katkan semangat dan motivasi kepada staf untuk terus menggerakkan budaya kualiti di dalam Pejabat HEMA. Terima Kasih Dato’. PEJABAT AM HEMA GUNA KHIDMAT MPC SEBAGAI KONSULTAN 5S Pejabat Am Hal Ehwal Mahasiswa (HEMA) sedang mengorak langkah menuju ke arah persijilan amalan persekitaran berkualiti (QE) menerusi amalan 5S. Justeru, Pejabat HEMA telah melantik pegawai perunding da- ripada Malaysia Productivity Corporation iaitu Encik Mazuan bin Salih bagi membimbing dan memastikan hasrat Pejabat Am HE- MA untuk persijilan 5S tercapai. Beliau akan membimbing dan memberi khidmat nasihat ten- tang keperluan ke arah persijilan 5S yang dijangka pada bulan September 2017. Pada 16 Mac 2017, taklimat lawatan perundingan pertama di antara Encik Mazuan dengan Jawatankuasa Pemandu 5S Pe- jabat Am HEMA telah diadakan. Dalam perjumpaan tersebut, Encik Mazwan menerangkan tentang tugas-tugas jawatankuasa pemandu dan pelaksana 5S Pejabat Am HEMA di samping dokumen-dokumen yang perlu dimasukkan ke dalam Fail Induk, Pelaksana dan Zon masing- masing. Encik Mazwan turut membincangkan tentang carta per- batuan dan aktiviti-aktiviti yang perlu dilaksanakan. Selepas sesi perbincangan tersebut, Encik Mazuan telah membuat lawatan ke setiap zon 5S. Beberapa penambahbaikan perlu dibuat di ruang kerja staf, ruang guna sama dan bilik fail. Encik Mazuan akan membuat lawatan perundingan kedua ke Pejabat Am HEMA pada 17 April 2017 bagi melihat perkem- bangan perjalanan 5S Pejabat Am HEMA berdasarkan penam- bahbaikan yang telah dicadangkan. Encik Mazuan sedang membentangkan perancangan aktiviti 5S kepada penggerak utama 5S Pejabat Am HEMA PEJABAT AM HAL EHWAL MAHASISWA