AUDIT PENGEKALAN 5S TERBITAN: JK PROMOSI BULETIN 5S BILANGAN 1/ 2016 JK PROMOSI • Pn Zubaidah • Pn Nur Aisyah • En Ruslan • Pn Fauziah • Pn Afida Ediana Sekiranya tuan / puan ada sebarang makluman 5S yang ingin dikongsikan bersama semua ahli , sila hubungi kami. JAN—MAC 2016 Sekali lagi Jabatan Farmasi, Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru melakar sejarah apabila berjaya mem- perbaharui Pensijilan Amalan Berkualiti 5S daripada Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) untuk kali ke lima berturut-turut. Pengauditan telah dijalankan pada tanggal 5 November 2015 oleh Encik Mazuan Salih dan Encik Muhammad Hafiz Sabarudin . Majlis dimulakan tepat jam 8.30 pagi dengan sesi ucapan pembukaan majlis daripada Ketua Pegawai Farma- si, Dr. Siti Norlina Bt Md Said dan kemudian disusuli dengan Tayangan ‘Slide Power Point” sejarah dan perjalanan Aktiviti 5S daripada Penyelaras 5S, Jabatan Farmasi iaitu Encik Tan Chee Chin dan kemudian disusuli dengan taklimat ringkas daripada juruaudit. Sesi audit bermula dengan semakan dokumentasi di fail Jawatankuasa Induk dan fail setiap zon. Juruaudit kemudiannya membuat pembahagian tugas dan mula membuat lawatan ke zon– zon yang dipilih. Kejayaan memperbaharui semula sijil 5S ini memperlihatkan satu jalinan kerjasama yang erat antara pihak pengurusan dan semua kakitangan dalam membudayakan Amalan 5S. Komitmen yang ditunjukkan oleh semua warga kerja Jabatan Farmasi harus diberi pujian. Syabas dan Tahniah diucapkan dan semoga 5S akan terus menjadi amalan berterusan dalam membudayakan Amalan 5S di Jabatan Farmasi. Majlis Penyampaian Sijil Pengekalan Amalan Berkualiti 5S telah di adakan semasa Perhimpunan Bulanan HSAJB pada 25 Februari 2016. Sijil tersebut telah diserahkan sendiri oleh Pengarah Hospital, Dr. Hjh. Rooshaimi Merican binti A. Rahim Merican kepada Ketua Jabatan Farmasi, Dr. Siti Norlina bt Md Said. Majlis diakhiri dengan sesi bergambar bersama Puan Pengarah Hospital dan semua anggota Jabatan Farma- si, HSAJB. MAKLUMAN Rombakan zon di Unit Farmasi Logistik telah dibuat. Oleh yang demikian Zon Daisy telah diserap ke Zon Reflesia dan Zon Lavender telah diserap ke Zon Exo- ra. Diharap dengan penambahbaikan ini Zon –zon yang bergabung ini akan lebih cemerlang.