BUKU TERBAHARU JUN 2005 Tamadun Sains Teknologi SAINS PERUBATAN Safian Sulaiman ISBN 983-62-8330-7 RM12.00 # 48 Halaman KETAHUI kemajuan sains perubatan masa kini, amalan-amalan perubatan dalam tamadun-ta- madun awal Mesir, Mesopotamia, India dan China sehinggalah perkembangan perubatan Is- lam. Pembaca juga dapat menghayati sumbangan tokoh perubatan zaman silam dan Islam yang terkemuka, yang akhirnya membawa kepada ke- wujudan ilmu perubatan moden. Halaman Enam Halaman Tujuh BERITA HARIAN Isnin, 13 Jun 2005 BERITA HARIAN Isnin, 13 Jun 2005 BIDANG: SAINS DAN TEKNOLOGI BIDANG: SAINS TULEN BIDANG: KESUSASTERAAN Bacalah Tentang REPTILIA Jen Green Penterjemah Hasnah Mohamad ISBN 983-62-7647-5 RM11.00 # 32 Halaman KETAHUILAH tentang dunia Reptilia dan rahsia kehidupan haiwan yang unik ini. Merupakan siri bacaan yang ditulis dengan gabungan bahasa yang mudah difahami, ilustrasi besar dan menarik serta penceritaan yang senang diikuti. Sesuai untuk tahap pembacaan awal. Panduan Asas PROSES KEJURURAWATAN Aminah Haji Hashim Ooi Saw Geok Ch'ng Saw Chin ISBN 983-62-7540-1 RM10.00 # 82 Halaman BUKU ini mengandungi kaedah kejururawatan yang sistematik dan dinamik untuk memberi rawatan kepada setiap pesakit. Jururawat perlu mempelajari dan memahami semua proses keju- rurawatan supaya dapat dipraktikkan dalam tu- gas mereka. Buku ini perlu dimiliki oleh semua jururawat pelatih di Malaysia. ASAS PENGAUDITAN Edisi Kedua Takiah Iskandar ISBN 983-62-8252-1 RM35.00 # 374 Halaman BUKU ini telah dikemaskinikan dengan me- ngambil kira perkembangan terbaharu dalam profesion pengauditan dan perakaunan. Kandu- ngannya menyentuh seluruh ilmu pengauditan dengan penekanan aspek perundangan, piawa- ian, etika dan tatacara audit serta disampaikan dengan cara mudah difahami walaupun pem- baca belum mempunyai pengetahuan dalam bidang ini. INFEKSI HELICOBACTER PYLORI Sabiha Pit ISBN 983-62-8023-5 RM6.00 # 48 Halaman BUKU ini membincangkan tentang Helicobac- ter Pylori, iaitu sejenis bakteria berbentuk spiral yang penting dalam gastroenterologi tubuh manusia yang menyebabkan sakit gastritis, ulser peptik dan kanser gaster. Teknik diagnosis untuk mengesan infeksi helicobacter pylori dan beberapa rawatan pilihan turut dibincangkan. PASCAKOLONIALISME DALAM PEMIKIRAN MELAYU Penyelenggara Mohamad Daud Mohamad Zabidah Yahya ISBN 983-62-8527-X RM28.00 # 313 Halaman HIMPUNAN makalah yang membahaskan, me- ngupas, dan menerapkan pascamodenisme dan pascakolonialisme dalam bidang kesusasteraan khususnya, dan bidang-bidang lain, seperti bu- daya, politik, dan ekonomi. DI KEBUN KHATULISTIWA Rahimidin Zahari ISBN 983-62-8726-4 RM11.00 # 120 Halaman MENGUNGKAPKAN sejarah awal diri penulis dengan alam kampung sejak kecil sehingga kini. Beliau juga menulis pelbagai aspek tema dalam puisi-puisinya, sama ada tentang agama; takjub akan kebesaran-Nya dan kepentingan ekologi terhadap alam dan kehidupan. Kumpulan Puisi IGA Zaen Kasturi ISBN 983-62-8769-8 RM10.00 # 94 Halaman MERAKAMKAN 77 kuntum puisi yang ditulis oleh Zaen Kasturi antara tahun 1990 hingga tahun 1999. IGA berusaha menemukan makna “kesepian dan kesunyian” manusia dalam hi- ruk-pikuk percaturan hidup. Siri Panduan Permainan Tradisional Kanak-Kanak CONGKAK LUBANG SEPULUH Shamsul Anuar Hj. Nasariah Ahmad Shahar Hj. Nasariah ISBN 983-62-6962-2 RM10.00 # 63 Halaman BUKU ini menghuraikan 10 jenis permainan tradisional kanak-kanak pada zaman dahulu. Antara yang menarik ialah congkak lubang sepuluh yang bertujuan menguji kebijaksa- naan kanak-kanak menggunakan akal untuk menikam atau menembak buah di pihak la- wan. Di samping berbentuk pertandingan, kanak-kanak boleh bermain secara rekreasi bersama-sama ahli keluarga. Siri Panduan Permainan Tradisional Kanak-Kanak RAM-RAM RIP Shamsul Anuar Hj. Nasariah Ahmad Shahar Hj. Nasariah ISBN 983-62-6955-X RM10.00 # 63 Halaman RAM-RAM Rip merupakan permainan yang me- nyeronokkan kanak-kanak dan dimainkan pada waktu petang atau pada masa-masa lapang. Ia juga boleh digunakan sebagai undian untuk memula- kan permainan lain. Permainan ini menguji kece- kapan pemain menangkap jari tangan pemain- pemain lain. Siri Panduan Permainan Tradisional Kanak-Kanak TEBANG-TEBANG TEBUK Shamsul Anuar Hj. Nasariah Ahmad Shahar Hj. Nasariah ISBN 983-62-6961-4 RM10.00 # 63 Halaman PERMAINAN ini merupakan sejenis permainan anjung rumah atau permainan dalaman. Ia berbentuk rekreasi atau hiburan sahaja dan tidak bermiripkan pertandingan atau peraduan dan juga terdapat unsur nyanyian. Ia sesuai dimain- kan bersama-sama ahli keluarga untuk mewu- judkan suatu bentuk ikatan kekeluargaan. Siri Warisan Sastera Klasik SYAIR MISA GUMITAR Penyelenggara Wahyunah Haji Abd. Gani ISBN 983-62-8525-3 RM14.00 # 109 Halaman MERUPAKAN salah satu cerita panji klasik yang diungkap indah dalam bentuk syair. Walaupun begitu, wira dan wirawatinya tetap mendapat sorotan utama melalui episod-episod pengemba- raan, penyamaran dan penjelmaan. Pertarungan antara Panji dan Raja Menggada turut menjadi tarikan dalam cerita ini. Satu lagi bacaan dan rujukan yang tinggi nilai sasteranya. Siri Warisan Sastera Klasik SYAIR SERIBU SATU HARI Penyelenggara Sharniza Sahir ISBN 983-62-8312-9 RM16.00 # 164 Halaman PUTERI Farukhtar telah menolak semua lamaran yang diterimanya. Malah Puteri Farukhtar terus hilang kepercayaan terha- dap lelaki. Semuanya kerana sebuah mimpi. Bagaimana Murdhi'ah, seorang pengasuh raja mengembalikan kepercayaan tuan pu- terinya itu? Satu karya klasik yang diungkap melalui syair dan perlu dimiliki. Siri Warisan Sastera Klasik HIKAYAT NAKHODA MUDA Penyelenggara Wahyunah Haji Abd. Gani ISBN 983-62-7748-X RM16.00 # 141 Halaman PUTERI Rakna Kemala menyamar menjadi Nakhoda Muda mengembara mencari kekan- danya. Rintangan dan dugaan terpaksa ditem- puhi terutama dalam penyamarannya sebagai lelaki. Bagaimanakah Raja Bikrama Indera da- pat mengetahui rahsia Nakhoda Muda? Menga- pakah terjadi peperangan selepas perkahwinan Puteri Rakna Kemala? Dapatkan naskhah anda hari ini.