BUKU PANDUAN KAEDAH PENJIMATAN Disediakan Oleh : JABATAN MENJIMAT KOS UTILITI (JIMAT), JABATAN KETUA MENTERI MELAKA Edaran : Jabatan / Agensi / Anak Syarikat Kerajaan Negeri Melaka PENGGUNAAN UTILITI DAN PERBELANJAAN LAIN Untuk Semua Urusan, Gunakan Talian 06-2333333 Termasuk SMS
38
Embed
BUKU PANDUAN KAEDAH PENJIMATAN - Plone · PDF fileLapor Pencapaian Capai Sasaran Teruskan Aktiviti Tidak Ya Ya Tidak *Borang Cadangan *Laporan KPI 6 ... Ini membolehkan kompressor
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
BUKU PANDUAN
KAEDAH PENJIMATAN
Disediakan Oleh : JABATAN MENJIMAT KOS UTILITI (JIMAT), JABATAN KETUA MENTERI MELAKAEdaran : Jabatan / Agensi / Anak Syarikat Kerajaan Negeri Melaka
PENGGUNAAN UTILITI DAN PERBELANJAAN LAIN
Untuk Semua Urusan, Gunakan Talian 06-2333333 Termasuk SMS
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam 1Malaysia.
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah s.w.t kerana dengan izinNya, maka Buku Panduan Kaedah
Penjimatan Penggunaan Utiliti dan Perbelanjaan Lain dapat disediakan dan diperkenalkan pada
tahun 2011. Buku Panduan ini merupakan satu inisiatif dan bertetapan dengan kehendak kerajaan
ke arah mengamalkan budaya perbelanjaan secara berhemah dan efektif. Usaha ini juga akan
meningkatkan lagi kesedaran penjawat awam ke arah usaha - usaha penjimatan yang seterusnya
melahirkan seorang penjawat awam yang mempunyai minda kelas pertama dan berdisiplin dari
segi penggunaan utiliti dan perbelanjaan lain.
Harapan saya agar penerbitan buku panduan ini akan dapat memastikan nilai tambah yang tinggi dan penjimatan di dalam kos
operasi agar individu, organisasi dan negeri Melaka akan terus kekal berdaya saing di peringkat nasional dan global.
Sekalung tahniah kepada YB Datuk Wira Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka yang telah mengambil daya usaha yang cemerlang
bagi menyediakan buku panduan ini. Selamat Maju Jaya.
“MELAWAT MELAKA BERSEJARAH BERERTI MELAWAT MALAYSIA”
“MELAKA BANDARAYA WARISAN DUNIA – UNESCO”
“1MALAYSIA , MELAKA MAJU 2010”
“MELAKA, NEGERI BANDAR TEKNOLOGI HIJAU”
Sekian, terima kasih.
DATUK SERI HAJI MOHD ALI BIN MOHD RUSTAM
Ketua Menteri Melaka
1
Prakata
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Perbelanjaan Kerajaan merupakan salah satu pemboleh ubah yang penting dalam identiti belanjawan
fiskal dan perakaunan pendapatan negara. Penjimatan utiliti adalah alternatif Kerajaan dalam usaha
menjimatkan perbelanjaan tahunan.
Oleh yang demikian, saya percaya melalui penerbitan “Buku Panduan Kaedah Penjimatan Utiliti dan
Perbelanjaan Lain “ ini akan menjadi satu wadah rujukan dan pemudah cara kepada jabatan, agensi
dan anak syarikat Kerajaan Negeri sebagai best practices dalam tugasan seharian.
Akhir kata, saya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada pihak yang terlibat sama ada secara langsung
atau tidak langsung dalam merealisasikan penerbitan “Buku Panduan Kaedah Penjimatan Utiliti dan Perbelanjaan Lain” ini. Saya juga
ingin mengambil kesempatan untuk menyeru seluruh penjawat awam negeri Melaka untuk menghayati dan mempraktikkan budaya
berjimat cermat bagi kepentingan bersama. Semoga amalan berjimat cermat ini dapat membantu dalam mencapai kualiti hidup
yang lebih baik dan selesa demi generasi akan datang.
Sekian, terima kasih.
DATUK WIRA OMAR BIN KASEH
Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka
2
Jawatankuasa Menjimat Kos
Saranan Penubuhan : Setiap Jabatan, Agensi, Anak Syarikat Kerajaan Negeri Melaka disarankan untuk menubuhkan Jawatankuasa Menjimat Kos merangkumi setiap Bahagian dan Unit.
Tujuan : Memberi cadangan dan memantau setiap pelaksanaan aktiviti penjimatan agar mencapai matlamat yang disasarkan.
Objektif : i) Untuk mengelakkan pembaziran dalam penggunaan sumber kewangan kerajaan ke atas perbelanjaan utiliti dan lain-lain.
ii) Meningkatkan tahap kesedaran dan peranan semua penjawat awam terhadap perbelanjaan berhemah.
iii) Menyumbang ke arah penjagaan alam sekitar melalui pengurangan pelepasan gas rumah hijau serta penggunaan sumber alam semulajadi.
iv) Menerapkan budaya berjimat cermat di kalangan penjawat awam.
3
Jawatankuasa Induk
4
PENGERUSIYB SETIAUSAHA KERAJAAN
PENASIHATYAB KETUA MENTERI
URUSETIAJABATAN MENJIMAT KOS UTILITI (JIMAT)
TIMBALAN PENGERUSIYB PEGAWAI KEWANGAN
AHLI JAWATANKUASA
1. TSUK (PENGURUSAN), JKMM 2. TSUK (PEMBANGUNAN), JKMM 3. PENGARAH, JABATAN KERJA RAYA4. KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF PKNM 5. DATUK BANDAR MBMB 6. YANG DI PERTUA MPHTJ7. YANG DI PERTUA MPAG 8. YANG DI PERTUA MPJ 9. KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF SAMB10. PENGURUS BESAR TM 11. PENGURUS BESAR TNB 12. PEGAWAI DAERAH MELAKA TENGAH13. PEGAWAI DAERAH ALOR GAJAH 14. PEGAWAI DAERAH JASIN 15. PENGARAH PEJABAT TANAH DAN
GALIAN MELAKA
Jawatankuasa Kecil
5
PENGERUSIKetua Jabatan / Agensi
PENASIHATJIMAT
SETIAUSAHA
AHLI JAWATANKUASA
Ahli Jawatankuasa dilantik mewakili setiap bahagian atau unit di Jabatan / Agensi
TIMBALAN PENGERUSI
Proses Aktiviti
Mesyuarat Bulanan
Cadang Aktiviti Penjimatan
Setuju TOLAK
Implementasi
Pantau Aktiviti
Lapor Pencapaian
CapaiSasaran
Teruskan Aktiviti
Tidak
Ya
Ya
Tidak
*Borang Cadangan
*Laporan KPI
6
TindakanPenambaikan
Tahukah anda ?
Elektrik merupakan sumber utama dalam kehidupan seharian dan kini dikelaskan sebagai keperluan utama manusia. Permintaan bekalan elektrik negara mencatatkan kenaikan sebanyak 6.1 peratus setahun.
Bagaimana elektrik dijana ?
Bekalan elektrik dijana melalui dua sumber utama iaitu sumber yang boleh diperbaharui dan sumber yang tidak boleh diperbaharui.
i. Sumber yang boleh diperbaharui merujuk kepada sumber yang tidak akan kehabisan seperti air, sinaran matahari dan angin.
ii. Sumber yang tidak boleh diperbaharui pula adalah sumber yang akan kehabisan suatu hari nanti seperti gas, petrol dan arang batu.
Di Malaysia, sumber utama untuk penjanaan kuasa elektrik melalui sumber yang tidak boleh diperbaharui ialah gas dan petrol iaitu sebanyak 60 peratus dan arang batu sebanyak 30 peratus. Sumber ini bukan sahaja menyebabkan pencemaran alam sekitar malah akan lupus suatu hari nanti.
Penjimatan Penggunaan Elektrik
7
Fakta Mengenai Elektrik
Penjimatan Penggunaan Elektrik
Padamkan lampu atau penghawa dingin pada waktu rehat atau apabila keluar dari pejabatuntuk jangka waktu yang lama.
Asingkan litar lampu mengikut kedudukan bilik dan susunan tempat kerja* Ini membolehkan kita memati dan menghidupkan lampu mengikut tempat yang perlu
sahaja.
Laraskan suhu bilik antara 23°C - 25°C* Bilik yang mempunyai suhu < 22°C dianggap terlalu sejuk. Dalam keadaan ini kompresor
bagi alat penghawa dingin akan lebih berada dalam keadaan “loading” menyebabkanpenggunaan tenaga elektrik yang tinggi.
Menjalankan penyelenggaraan berkala untuk setiap peralatan atau pemasangan elektrik.* Ini dapat memastikan setiap peralatan berada dalam keadaan sempurna dan mencapai
keupayaan yang maksima. Ia juga dapat mengurangkan kos baik pulih dan mengelakkandaripada kerosakan yang serius.
8
Langkah-langkah Penjimatan Penggunaan Elektrik
Laraskan suhu untuk “Chilled Water Supply” bagi bangunan yang menggunakan Sistem HawaDingin Berpusat. Laraskan suhu antara 8 °C – 10 °C.* Penyelarasan suhu bergantung pada beban (load) semasa. Ini membolehkan kompressor
beroperasi dalam keadaan “Load/Unload”.
Setkan kedudukan “Sleep/Standby” pada komputer atau peralatan elektrik apabila tidakdigunakan dalam jangka waktu singkat atau matikan terus jika tidak digunakan untuk jangkamasa lama.* Peralatan elektrik masih lagi menggunakan sedikit tenaga elektrik jika dalam keadaan
“Sleep/Standby”.
Pastikan setiap sistem atau peralatan dijalankan mengikut kehendak beban semasa (Chiller/ Cooling Tower, Pump, AHU, FCU dan lain-lain).* Ini dapat mengelakkan daripada penggunaan tenaga yang sia-sia.
Hidupkan peralatan atau motor elektrik yang berkuasa tinggi dahulu semasa memulakanoperasi .* Ini dapat mengurangkan caj “Maximum Demand” bagi pengguna yang mendapat bekalan
Voltan Sederhana dan Tinggi (Tarif E).
Penjimatan Penggunaan Elektrik
9
Langkah-langkah Penjimatan Penggunaan Elektrik
Hidup dan matikan sistem penghawa dingin mengikut jadual atau masa yang telah ditetapkan.
* Penggunaan yang tidak mengikut masa menyebabkan pembaziran.
Periksa dan laraskan “TIMER” bagi semua lampu jalan dan lampu limpah bagi setiap 3 bulan.
* Ini bagi mengelakkan lampu beroperasi di luar jangka waktu yang dikehendaki.
Semua lampu hiasan bangunan pejabat dipadamkan selepas jam 2.00 pagi.
* Dalam keadaan biasa selepas jam 2.00 pagi ianya tidak memberikan impak yang positif.
Penjimatan Penggunaan Elektrik
10
Langkah-langkah Penjimatan Penggunaan Elektrik
Memasang meter berasingan untuk lampu limpah daripada meter bangunan.
* Ini membolehkan kita menikmati Tarif Elektrik yang lebih rendah RM 0.164 / kWh
berbanding RM 0.397/kWh.
Sediakan jadual pemeriksaan harian bagi memastikan “ Power Factor Regulator atau Capacitor Bank” beroperasi dengan baik.
* Ini dapat mengelakkan daripada sebarang denda atau penalti daripada TNB disebabkan “Power Factor Rendah”.
Pastikan pembayaran bil elektrik dibuat mengikut tarikh yang tertera pada bil.
* Ini bagi mengelakkan sebarang penalti lewat bayar sebanyak 1% daripada jumlah
tunggakan semasa yang dikenakan oleh TNB.
Penjimatan Penggunaan Elektrik
11
Langkah-langkah Penjimatan Penggunaan Elektrik
Pengawal bertugas hendaklah memeriksa setiap pejabat atau mana-mana bilik yang alat penghawa dingin atau lampunya tidak dimatikan.
* Membuat laporan bertulis terus kepada Ketua Jabatan yang terlibat agar tindakan segera
dapat diambil.
Gunakan peralatan elektrik yang mempunyai kemampuan “Cekap Tenaga”.
* Pastikan label “EnergyStar” ada pada peralatan cekap tenaga. Ini menunjukkan persijilan daripada pihak-pihak kerajaan atau pensijilan membuktikan peralatan ini menggunakan tenaga elektrik secara cekap. Jika peralatan tersebut buatan Malaysia, lihat label “Cekap Tenaga” yang dikeluarkan oleh SuruhanjayaTenaga.
Penjimatan Penggunaan Elektrik
12
Langkah-langkah Penjimatan Penggunaan Elektrik
Tahukah anda ?
Air meliputi 70% daripada permukaan bumi.
Jumlah keseluruhan air di muka bumi ialah 344 juta kubik batu air.* 315 juta kubik batu air (93%) ialah air laut (air masin)
* 9 juta kubik batu air (2.5%) ialah di dalam akuifer di bawah permukaan tanah
* 7 juta kubik batu air (2%) berada dalam keadaan beku di kawasan kutub (salji)
* 53,000 kubik batu air akan mengalir melalui tasik dan sungai di muka bumi
* 4,000 kubik batu air kekal sebagai kelembapan di atmosfera
* 3,400 kubik batu air terkandung di dalam badan kehidupan di dunia
Kita boleh hidup selama sebulan tanpa makanan tetapi tanpa air, kita hanya boleh bertahan di antara 5 hingga 7 hari sahaja.
Badan manusia mengandungi 65% sehingga 70% kandungan air.
Otak manusia mengandungi 75% air.
Penjimatan Penggunaan Air
13
Fakta Mengenai Air
Gunakan kepala paip jenis Tekan untuk sinki
* Dapat mengawal penggunaan air dengan lebih baik.
Memasang “Orifice Plate” di dalam paip air bagi mengehadkan pengaliran yang berlebihan
* Ini dapat mengawal jumlah air yang mengalir walaupun kepala paip dibuka sepenuhnya.
Elakkan penyiraman pokok ketika musim hujan.
* Satu perbuatan yang membazir.
Penjimatan Penggunaan Air
14
Langkah-langkah Penjimatan Penggunaan Air
Elakkan penggunaan air untuk membersihkan longkang atau parit.
* Perkara yang selalu berlaku untuk memudahkan kerja dan tidak sepatutnya diamalkan.
Lakukan pemeriksaan berkala bagi mengenalpasti sebarang kebocoran paip bawah tanah.
* Sebarang kebocoran dapat dikesan di peringkat awal.
Lakukan pemeriksaan berkala ke atas setiap tangki air, cooling tower dan semua sistem bekalan air daripada sebarang tumpahan atau bocor.
* Semua pemeriksaan hendaklah direkodkan dengan menggunakan “Check Sheet”.
Pamerkan nombor telefon juruteknik bertugas di setiap bilik air untuk tujuan aduan kerosakan.
* Tindakan segera dapat diambil ke atas setiap laporan kerosakan atau kebocoran.
Penjimatan Penggunaan Air
15
Langkah-langkah Penjimatan Penggunaan Air
Gunakan salur getah untuk tujuan menyiram pokok atau cucian
dengan muncung pengawal.
* Ini membolehkan air ditutup semasa tidak diperlukan.
Masukkan 1 atau 2 botol air (500ml) berisi pasir ke dalam Tangki Curahan (Flushing Tank).
* Ini dapat menjimatkan 1 liter air setiap kali tangki curahan digunakan.
Penjimatan Penggunaan Air
16
Langkah-langkah Penjimatan Penggunaan Air
Laraskan pengaliran air yang bersesuaian pada setiap “Urinal”
* Ini akan dapat mengawal pengaliran air mengikut kesesuaian.
Laraskan pengaliran air yang bersambung pada semua “Toilet Flush”
Penjimatan Penggunaan Air
17
Langkah-langkah Penjimatan Penggunaan Air
Bahagikan setiap sambungan telefon pegawai / kakitangan kepada 4 kategori.
A - Semua Panggilan (IDD)
B - Luar Melaka (STD)
C - Tempatan (local)
D - Dalaman
Hadkan masa bagi setiap panggilan keluar mengikut kategori sambungan.
A - Tiada had
B - 3 minit + 1 minit
C - 2 minit + 1 minit
Sediakan Laporan Bulanan Penggunaan Telefon mengikut nombor sambungan.
* Laporan bulanan diedarkan kepada semua Ketua Jabatan, Bahagian dan Unit bagi tujuan pemantauan.
Setiap Pegawai dan Kakitangan mestilah menggunakan sistem talian ONCC bagi tujuan membuat panggilan ke Jabatan / Agensi yang mempunyai sistem tersebut.
* Tiada sebarang caj terhadap panggilan yang dibuat melalui sistem ONCC.
Rancang perkara yang hendak dibincangkan sebelum membuat panggilan.
Penjimatan Penggunaan Telefon
18
Langkah-langkah Penjimatan Penggunaan Telefon
Gunakan kertas dengan mengambil kira konsep 3R – Reduce, Reuse and Recycle.
Sediakan buku catitan penggunaan mesin cetak dan rekod bagi setiap penggunaan.
Sediakan pusat pengumpulan kertas terpakai untuk dijual sebagai bahan kitar semula.
Mengelakkan penggunaan warna bagi setiap percetakan jika boleh.
* Bagi mesin cetak yang disewa, percetakan warna bagi 1 helaian ialah RM 0.50 berbanding RM 0.02 bagi hitam atau putih.
* Bagi yang menggunakan mesin cetak sendiri, kos bagi toner warna adalah lebih mahal.
Memanfaatkan sistem IT untuk sesuatu mesyuarat dan taklimat bagi mengurangkan penggunaan kertas.
Mahir dalam penggunaan peralatan pejabat.
* Tiada pembaziran disebabkan salah cetak atau silap ketika mengendalikan peralatan.
Sediakan satu prosedur kerja (SOP) bagi tujuan permohonan bagi mendapatkan alatan pejabat.
* Pengambilan peralatan pejabat dapat dikawal dengan lebih sistematik.
Penjimatan Penggunaan Alatan Pejabat
19
Langkah- langkah Penjimatan Penggunaan Alatan Pejabat
Memandu dengan kelajuan yang sesuai mengikut had yang telah ditetapkan.
* Sikap dan cara pemanduan banyak mempengaruhi penggunaan petrol kenderaan. Jangan
gopoh dan membuat sesuatu secara mengejut.
Kurangkan berat atau bebanan kenderaan. Jangan bawa barangan yang tidak perlu.
* Penambahan berat menyebabkan peningkatan penggunaan minyak sebanyak 2
peratus.
Tayar diisi dengan tekanan angin yang betul.
* Tekanan yang tidak mengikut spesifikasi mengakibatkan peningkatan penggunaan bahan api.
* Periksa dan tetapkan tekanan tayar mengikut spesifikasi kenderaan sekurang-kurangnya
sebulan sekali.
Lakukan penyelenggaraan dan servis berkala.
* Penalaan (tuning) enjin yang tidak sesuai meningkatkan penggunaan bahan api sehingga lebih 50 peratus.
* Pastikan palam pencucuh, tali kipas dan penapis udara diperiksa secara berkala.
Penjimatan Penggunaan Kenderaan
20
Langkah-langkah Penjimatan Penggunaan Kenderaan
Matikan enjin kenderaan jika perlu menunggu melebihi 5 minit.
* Ini dapat mengelakkan berlakunya pembaziran penggunaan minyak dan memanjangkan
jangka hayat komponen dalaman kenderaan.
Jangan membrek secara mengejut.
* Jika ingin memberhentikan kenderaan, perlahankan kenderaan dari jarak yang selamat.
Rancang perjalanan.
* Rancang perjalanan terlebih dahulu sebelum ke sesuatu destinasi. Ini dapat mengelakkan
dari kesesakan lalulintas dan secara tidak langsung akan dapat menjimatkan bahan api.
Panaskan enjin sebelum memulakan perjalanan.* Ini untuk meningkatkan prestasi enjin dan memastikan enjin dapat berfungsi secara
optimum.
Penjimatan Penggunaan Kenderaan
21
Langkah-langkah Penjimatan Penggunaan Kenderaan
Isi bahan api pada waktu yang sesuai.
* Waktu yang paling sesuai untuk mengisi minyak adalah di waktu pagi atau malam.
* Ini kerana pada waktu ini bahan api kurang termeluwap ke udara akibat cuaca panas.
Lakukan penyelenggaraan atau servis bagi setiap kenderaan mengikut jadual. Sediakan“Kad Servis” bagi setiap kenderaan.
* Enjin yang teruk meningkatkan penggunaan minyak sehingga lebih 50%.
Melaporkan penggunaan minyak bagi setiap kenderaan pada setiap bulan.
* Penggunaan minyak dikira mengikut kaedah RM/km.
* Laporan juga termasuk Kos Penyelenggaraan .
* Mengenal pasti penggunaan minyak yang efisyen.
Penjimatan Penggunaan Kenderaan
22
Langkah-langkah Penjimatan Penggunaan Kenderaan
Tayar sepatutnya ditukarkan kedudukannya setiap 5,000 km hingga 8,000 km.
* Keadaan ini membolehkan bunga tayar menjadi lebih serata dan dapat memanjangkan jangka hayat tayar tersebut.
Cara Putaran Tayar
Saiz tayar yang digunakan haruslah sesuai dengan keupayaan kenderaan.
* Penggunaan saiz tayar yang kurang sesuai akan mengakibatkan :
i) kekuatan pecutan kenderaan tersebut menurun. ii) speedometer tidak merekodkan bacaan yang tepat.
iii) jangka hayat alat penyerap hentakan lebih pendek.
23
Penjimatan Penggunaan KenderaanLangkah-langkah Penjimatan Penggunaan Kenderaan
Melakukan pemeriksaan ke atas kenderaan secara mingguan.
* Pemandu haruslah melakukan pemeriksaan sebelum memulakan perjalanan sekurang -
kurangnya secara mingguan dengan menggunakan “ Borang Pemeriksaan Kenderaan ” seperti di Contoh Borang yang disediakan.
24
Penjimatan Penggunaan KenderaanLangkah-langkah Penjimatan Penggunaan Kenderaan
“ Dan berikanlah kepada kaum keluarganya,
dan orang miskin serta orang musafir akan haknya masing-masing;
dan janganlah engkau membazir dengan pembaziran yang melampau.
Sesungguhnya orang-orang yang membazir itu adalah saudara-saudara syaitan,
sedang syaitan itu pula sangat kufur kepada Tuhannya”
Surah al-Isra : Ayat 26-27
25
Contoh Jadual Pemantauan Penyelenggaraan
Jadual ini dapat memastikan setiap perancangan dibuat mengikut tarikh yang ditetapkan.
Rekodkan tarikh sebenar kerja-kerja yang telah dibuat.
Penyelenggaraan yang sistematik dapat mengelakkan daripada sebarang kerosakan yang akan melibatkan
kos baik pulih yang tinggi dan gangguan pada sistem berkaitan.
KOMPLEKS SERI NEGERI
JADUAL PEMANTAUAN PENYELENGARAAN TAHUN 2010
BIL PERALATAN / SISTEM
KOS (
RM )
JAN FEB MAC APRIL MEI JUN JULAI OGOS SEPT. OKT. NOV DIS.
1Janakuasa Tunggu Sedia 1 1,500.00
Tarikh Service 20.1.2010 18.3.2010 10.05.10
2Janakuasa Tunggu Sedia 2 1,500.00
Tarikh Service
3Sistem Pencegah Kebakaran 750.00
Tarikh Service
4Mesin Angkat 1,200.00
Tarikh Service
5Kereta MAR 1313 600.00
Tarikh Service
6Kereta MBR 1212 2,500.00
Tarikh Service
7Sistem Penghawa Dingin 2,500.00
Tarikh Service
8Sijil Bomba 2,500.00
Tarikh di perbaharui
9Permit Mesin Angkat 2,500.00
Tarikh di perbaharui
10Sijil Alat Pemadam Api 2,500.00
Tarikh di perbaharui
JUMLAH 18,050.00
Petunjuk :
20.1.2010
Rancang Telah di buat
26
• Jadual ini bagi memastikan setiap unit “Penghawa Dingin” dihidup atau dimatikan mengikut jadual.
• Catitkan apa-apa makluman jika sistem yang digunakan tidak mengikut jadual biasa.
Contoh Jadual Pemantauan Penggunaan Penghawa Dingin
Lokasi : ………………… Chiller No : ……………… Bulan: ……………….
Tarikh:
Masa Tanda Catitan
ON OFF Tangan
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15
16
17
18
19
20
21
22
23
24
25
26
27
28
29
30
31
Di semak oleh :
………………………………………
Penyelia
Bahagian Utliti
27
AIR CONDITION (CHILLER ) SYSTEM
ON / OFF RECORD YEAR 20__
• Rekod Harian ini perlu dibuat setiap hari. Ini bagi memastikan sistem atau peralatan sentiasa berada dalam keadaan baik.
• Ia juga dapat membantu dalam mengesan sebarang keadaan yang tidak normal dan membolehkan tindakan segera dapat diambil.
Contoh Rekod Pemantauan Harian Sistem Penghawa Dingin
KOMPLEKS SERI NEGERI AYER KEROH
REKOD HARIAN SISTEM PENGHAWA DINGIN (CHILLER) 2010
DATE :
CHILLER NO. DESCRIPTIONMASA
SPEC 0800 1000 1200 1400 1600 1800
CHILLER NO #1
CHILLER TEMP-IN 44 ˚ F - 55˚ F
CHILLER TEMP-OUT 41 ˚ F - 52 °F
CHILLER PRESS-IN 40 - 60 PSI
CHILLER PRESS-OUT 30 - 50 PSI
CONDENSOR TEMP-IN 80 ˚ F - 90 ˚ F
CONDENSOR TEMP-OUT 89 ˚ F -95 ˚ F
CHILLER PRESS-IN 20 - 40 PSI
CHILLER PRESS-OUT 10 - 30 PSI
CONDENSOR PRESSURE 190 - 240 PSI
COOLER PRESSURE 60 - 75 PSI
VOLTAGE 390 V - 420 V
CURRENT 165 A - 180 A
CHILLER NO#2
CHILLER TEMP-IN 44 ˚ F - 55˚ F
CHILLER TEMP-OUT 41 ˚ F - 52 °F
CHILLER PRESS-IN 40 - 60 PSI
CHILLER PRESS-OUT 30-50 PSI
CONDENSOR TEMP-IN 80 ˚ F - 90 ˚ F
CONDENSOR TEMP-OUT 89 ˚ F -95 ˚ F
CONDENSOR PRESSURE 20 - 40 PSI
CONDENSOR PRESSURE 10 - 30 PSI
CONDENSOR PRESSURE 190 - 240 PSI
COOLER PRESSURE 60 - 75 PSI
VOLTAGE 390 V - 420 V
CURRENT 165 A - 180 A
Di ambil oleh : …………………………………….
Di semak oleh : …………………………………….
28
Contoh Borang Penggunaan KenderaanJABATAN KETUA MENTERI MELAKA
BUTIR-BUTIR PENGGUNAAN KENDERAAN
JENIS KENDERAAN : .............................. NO. PENDAFTARAN: ..................................... NO. JABATAN : ...................................
TarikhMasa Nama
Pemandu
Sila NyatakanTujuan danPerjalanan
dengan terangdan ringkas
Nama danTandatanganPegawai yang
memberi kuasa
Nama danTandatanganPegawai yang
Mengguna
BacaanOdometer Kiraan Km/Batu
Pembelian Bahan Api/MinyakPelicin
BilPesanan
Liter
Dari Hingga Petrol/ Diesel
MinyakPelicin
Cerakinan Penggunaan Bahan Api Bagi Bulan Jumlah
(a) Dari Bulan Lepas (b) Jumlah Dibeli (c) Jumlah (a+b) (d) Dalam Tangki (e) Jumlah digunakan (c-d): (f) Liter per 100km/B.S.G
29
Keadaan Sekarang Cadangan Kos (RM) Anggaran Penjimatan(RM/Bulan)
Sebelum Selepas
Contoh Borang Cadangan Penjimatan
Jabatan / Unit : …………………………………………………
Tarikh : ………………………………………………...
Dicadang oleh :
………………………………
Diluluskan oleh :
……………………………………
Gunakan Borang Cadangan Penjimatan untuk dibawa dalam Mesyuarat Jawatankuasa Menjimat Kos dandibincang.
Ia juga bertujuan agar setiap aktiviti penjimatan direkodkan.
30
LAPORAN PENJIMATAN BULANAN (KPI)
JABATAN / AGENSI KERAJAAN 20__
JABATAN / AGENSI : …………………….......... BULAN : …………. ………… …………. …………….
NO PERKARAPURATA KOS
2009(RM)SASARAN (RM)
PENCAPAIAN JUMLAH
(RM)
MEI JUN JULAI OGOS SEPT. OKT. NOV. DIS.
1 Elektrik 50,000.00 45,000.00 51,000.00 53,000.00 43,000.00 147,000.00
2 Telefon 5,000.00 4,700.00 4,900.00 4,500.00 4,400.00 13,800.00